Di suatu masa dahulu, terdapat seorang alim ulamak
yang tersohor kerana ilmu dan amalannya. Beliau adalah seorang penghafal
Al-Quran dan juga penghafal beribu-ribu hadith sahih semenjak kecil
lagi. Dan semenjak kecil lagi,beliau telah di hantar oleh kedua ibu dan
bapanya untuk menuntut di Mekkah dan Madinah selama berpuluh tahun
lamanya.
Bapanya juga adalah seorang alim
ulamak yang pernah mengembangkan agama Islam sampai ke negara selatan
Siam,Mengikut ceritanya, bapanya adalah orang pertama di zaman moden ini
yang bukan daripada warga Arab Saudi diberi penghargaan mengimamkan
solat fardhu di Masjidil Haram, Mekkah. Nak dijadikan cerita, pada suatu
masa, alim ulamak tersebut telah jatuh sakit lalu tidak dapat untuk
mengimamkan solat fardhu di suraunya. Maka tiba-tiba datanglah seorang
yang berpakaian buruk (seolah-olah kelihatan tidak siuman) sejurus
sebelum solat fardhu di laksanakan.Alim ulamak tersebut telah meminta
supaya orang yang berpakaian buruk tersebut untuk menggantikannya
menjadi imam! Setelah solat fardhu selesai, maka orang yang berpakaian
buruk tersebut telah memohon untuk mengundur diri. Kelihatan senyuman
terukir pada wajah murid - murid alim ulamak tersebut kerana semasa
sembahyang fardhu tadi, orang yang berpakaian koyak tersebut tidak
membaca surah fatihah dan surah yang lain dengan tajwid yang
betul.Mereka tidak biasa dengan keadaan sebegitu kerana guru mereka,
yaitu alim ulamak tersebut, adalah seorang yang fasih dalam berbahasa
arab serta mempunyai bacaan tajwid yang sungguh baik sekali (maklumlah
seorang al-hafiz dan sudah berpuluh tahun belajar di Mekkah).
Maka
alim ulamak tersebut telah bersalaman dan berpelukan dengan orang yang
berpakaian buruk tersebut sebelum orang yang berpakaian buruk
meninggalkan surau. Setelah itu, alim ulamak memanggil keseluruh
muridnya berkumpul dihadapannya lalu beliau telah bercerita :Pernah
berlaku di suatu kampung di timur tengah dimana terdapat seorang
pengembala kibas yang sangat alim, sangat suka merendahkan diri dan suka
menolong penduduk kampung sekiranya di minta pertolongan. Cuma yang
peliknya, ternakan kibasnya yang di kurung didalam sebuah kandang yang
serdehana besar itu tidak pernah luak walau banyak mana sekalipun orang
datang untuk membeli kibas daripadanya. Belilah sampai seratus ekor
sekalipun, setelah kibas-kibas tersebut di bawa keluar daripada
kandang,yang tinggal di dalam kandang tetap kelihatan sama banyak
bilangannya seperti sebelum seratus ekor di bawa keluar daripada
kandang!
Maka seluruh alim ulamak penduduk kampung
telah beranggapan bahawa pengembala kibas tersebut adalah seorang
aulia' Allah dan mereka telah bermuafakat untuk pergi berjumpa dengan
pengembala kibas tersebut dan memohon supaya dia mengimamkan solat
dimasjid kerana mereka mahu mengambil berkat menjadi makmum kepada
pengembala kibas tersebut.Hasrat mereka telah di persetujui oleh
pengembala kibas. Sembahyangpun di laksanakan di masjid, dan pengembala
kibas telah menjadi imam.Malangnya, semasa membaca surah fatihah dan
surah berikutnya, bacaan beliau tidak sempurna tajwidnya.
Maka
setelah selesai sembahyang,seluruh penduduk kampung telah pulang
kerumah masing -masing sambil ketawa terbahak-bahak kerana mereka
berfikiran bahawa tanggapan mereka terhadap pengembala kibas sebelum ini
sebagai aulia'Allah telah jauh meleset.Pada malam tersebut, seluruh
alim ulamak penduduk kampung telah bermimpi,dan mereka mendapat mimpi
yang sama. Datang seorang lelaki yang tinggi dan kacak di dalam mimpi
mereka dan lelaki tersebut telah mengatakan bahawa seumur hidup mereka
bersembahyang, itulah baru kali pertamanya sembahyang mereka telah
diterima Tuhan!Subhanallah! Keesokan harinya, kesemua alim ulamak
penduduk kampung berkumpul di masjid untuk menunaikan sembahyang subuh
dan setelah selesai sembahyang subuh mereka terus menuju ke kandang
pengembala kibas. Malangnya,pengembala kibas telah tiada, kandang dan
kibasnyapun telah tiada.Bekas kandangpun tiada, seolah-olah kandang
kibas tidak pernah wujud!
Setelah selesai
menceritakan kisah pengembala kibas, maka kebanyakan anak muridnya telah
menangis kerana mereka tahu mereka telah membuat kesalahan kerana telah
mendahalui Allah dengan merendahkan amalan makhluk Allah yang lain,
sedangkan mereka sendiri tidak tahu akan kedudukan mereka di sisi
Allah.Allah Ta'ala telah berfirman yang sekira - kira bermaksud
:"Janganlah engkau semua melagak - lagakkan dirimu sebagai orang suci.
Allah adalah lebih mengetahui kepada siapa yang sebenarnya
bertaqwa.(SurahAn-Najm : 32)
copy from : http://dakwahilahi.blogspot.com
0 comments :
Post a Comment