Malaysian Business Locations Directory

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Showing posts with label Tokoh-tokoh Islam. Show all posts
Showing posts with label Tokoh-tokoh Islam. Show all posts

Saturday, December 14, 2013

Sokongan Kepada Muhamad Bin Abdul Wahab

Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah menyebut di dalam satu seminar memperingati Syeikh Mohd al-Ghazali di Amman, Jordan beberapa tahun yang lalu “orang-orang Islam tidak menghargai tokoh-tokoh mereka”.

Ini ditimbulkan ketika mengulas betapa ramainya ulama dan tokoh dakwah Islam yang tidak terlepas daripada fitnah dan cercaan umat Islam sendiri.

Di antara ulama yang sering menjadi bahan fitnah musuh ialah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab. Malangnya, kalangan umat Islam yang jahil terpengaruh dengan dakyah yang palsu itu lalu turut sama mencercanya tanpa sebarang pengetahuan tentang perkara yang sebenar.

Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Abdul Wahab bin Sulaiman bin Ali at-Tamimi al-Hambali an-Najdi. Dilahirkan pada tahun 1115 H (1701 M) di ‘Uyainah. Beliau menghafaz Quran sebelum berusia 10 tahun dan mempelajari fiqh mazhab Hanbali, tafsir, hadis dan ilmu lain dari bapanya. Beliau amat tertarik dengan penulisan dua orang tokoh iaitu Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan Ibn al-Qayyim (Kedua-keduanya bermazhab Hanbali).

Seterusnya beliau telah mengembara menuntut ilmu seperti ke Mekah, Madinah, Basrah, Baghdad, Hamazan dan Asfahan. Guru-gurunya ialah Syeikh Abdullah bin Ibrahim, Syeikh Ismail al-Ajlouni. Syeikh Ali Afandy ad-Daghastani dan Syeikh Muhammad Hayat as-Sindi.

Sekembalinya dari pengembaraan didapati perkara-perkara syirik, mungkar, khurafat dan bidaah begitu berleluasa di dalam masyarakat. Di Madinah, beliau telah mendengar ramai orang beristighasah (mohon petolongan ) daripada Rasulullah saw dan bukannya daripada Allah Taala.

Beliau lantas bertanya kepada gurunya iaitu syeikh Muhammad Hayat as-Sindi berhubung dengan hal itu. Jawab gurunya : Sesungguhnya celakalah mereka itu dengan apa yang mereka lakukan .

Di Najd pula, beliau mendapati ramai di kalangan masyarakatnya yang sering berulang alik ke kuburan untuk memohon hajat. Di al-Jubailah, masyarakat di situ telah membina sebuah kubur yang kononya milik Yazid bin al-Khattab saudara kandung Umar al-Khattab yang syahid di medan al-Yamamah.

Mereka memohon hajat di kubur tersebut sedangkan kubur itu sendiri tidak dipastikan siapakah penghuninya kerana ramai lagi tentera Islam yang terkorban bersamanya. Manakala perbuatan membina binaan pada kubur adalah di haramkan oleh syara` dan berdoa kepada selain daripada Allah adalah syirik.

Sementara itu di al-Mantahah pula masyarakat di sana telah bertawaf dan bertawasul serta memohon hajat khususnya tentang hal perkahwinan kepada sebatang pokok tamar jantan. Mereka yang belum berkahwin akan berkata: Wahai bapa segala pokok (pokok tamar jantan), saya ingin berkahwin sebelum cukup tahun. Di beberapa tempat lain terdapat suatu kebiasaan masyarakat berkunjung ke gua-gua dan makam-makam yang di sangka keramat untuk bermunajat, membayar nazar, memohon pertolongan dan sebagainya .

Demikianlah kesyirikan dan kemungkaran yang amat nyata. Seorang yang beriman kepada Allah pasti akan berusaha menghapuskan perkara-perkara tersebut. Sebaliknya di kalangan yang mengaku Islam tetapi masih mempercayai bahawa berdoa kepada Nabi, para auliya`, kuburan,pokok kayu dan seumpamanya adalah di benarkan, tiada alasan lain yang dapat diberikan melainkan sama ada dia jahil, berkepentingan peribadi ataupun memang musyrik yang bertopengkan Muslim.

Lantaran kemungkaran yang bermaharajalela itu, beliau telah mula mengorak langkah menyebarkan risalah dakwahnya, beliau berjalan di atas manhaj ulama` salaf di dalam mesej akidahnya. Ini boleh di dapati di dalam penulisan-penulisannya. Malang sekali kalau ada yang menuduhnya sesat, sedangkan sang penuduh itu tidak mampu membaca tulisanya kerana di dalam Bahasa Arab.

Dua asas penting yang ditekankan di dalam aqidah :

Pertama: Tauhid yang murni tanpa sebarang penyelewengan.

Kedua: Memerangi Bidaah.

Beliau berpegang teguh bahawasanya halal dan haram sesuatu perkara hanya boleh diambil dari kitab Allah dan Sunnah Rasulullah sebagai penjelasanya.

Adapun pendapat Mutakalimin, fuqaha` atau siapa saja bukanlah hujah selama mana dia tidak berdasarkan dua sumber ini. Beliau juga berpendapat bahawa pintu ijtihad belum tertutup dan mengharuskannya bagi sesiapa yang memiliki keupayaan tersebut.

Beliau berpendapat bahawa menziarah kubur Auliya` lalu bertawasul kepada mereka akan merosakkan tauhid kepada Allah. Ia sebahagian daripada syirik.

Ketegasan beliau dalam menyampaikan risalah ini banyak dipengaruhi oleh gaya dan manhaj Ibnu Taimiyah dan ulama-ulama mazhab Hanbali sebelumnya. Cuma beliau agak lebih keras dari Ibnu Taimiyah dalam beberapa perkara.

Di antara perkara yang diharamkan ialah menghisap rokok, yang mana terdapat juga manusia yang dianggap ulama pada masa itu yang menghisap rokok termasuklah Syeikh Ahmad Zaini Dahlan. Justeru, tidak pelik jika berlaku pergeseran di antara mereka, tetapi sayang apabila sumber maklumat kurang, ada yang menghukum tanpa usul periksa.

Sekiranya Ibnu Taimiyah banyak menjadikan penulisan sebagai alat perjuanganya, beliau pula telah bekerjasama dengan penguasa yang ada lalu menggunakan kuasa ketenteraan.

Yang paling bekerjasama ialah Syeikh Ibnu Sa`ud penguasa Dar`iyah sehingga terbentuknya kerajaan Arab Saudi hingga sekarang. Sungguhpun menggunakan kekerasan, dakwah ini mula diterima ramai melainkan puak-puak yang berkepentingna misalnya puak Badwi yang banyak mengamalkan perkara-perkara karut, serta penguasa-penguasa dan ulama yang mula kehilangan pengaruh. Lantaran itu, aduan-aduan palsu di hantar ke pihak Khilafah Uthamaniyah kononnya gerakan Muhammad Bin Abdul Wahhab ini menjalankan kegiatan subversif menentang khalifah.



Pentadbiran khalifah sendiri pada waktu itu sudah mula lemah dan gerakan perkauman Turkiyyah Tauraniyyah yang anti Arab telah mula menguasai kerajaan. Retak menanti belah, hasil fitnah itu berlaku beberapa pertempuran antara dua pihak.

Jadi gerakan Muhammad Bin Abdul Wahhab bukan sengaja keluar dari khilafah, sebaliknya terdapat faktor-faktor lain yang menyumbang ke arah itu. Tidak tepat kalau gerakan itu di tuduh Asobiyyah atau mazhab baru, ia hanya garakan islah yang akhirnya berjaya menubuhkan daulah.

    Kata Muhammad Qutb: Ketika orang membicarakan tentang kehilangan khilafah Islamiyah di Turki mereka lupa kewujudan negara Islam di Arab Saudi pimpinan Muhammad Bin Abdul Wahhab.

Merujuk kepada tohmahan-tohmahan yang dilemparkan oleh musuh-musuh Islam terhadapnya. Antara yang sering di ungkit ialah kononnya guru beliau iaitu Syeikh Sulaiman al-Kurdi dan Syeikh Hayat as-Sindi telah berfirasat yang syeikh Muhammad Bin Abdul Wahhab akan di sesatkan oleh Allah dan akan sesatlah pengikut-pengikutnya.

Pertamanya, para penuduh sebenarnya hanya menyalin balik apa yang telah ditohmahkan oleh seorang penulis yang tidak di ketahui asal usulnya bernama Jamil Afandi Sidqi az-Zahawi, lalu di alam Melayu di dapati Sirajuddin Abbas di dalam bukunya Ahli Sunnah wal Jamaah mengungkitkan perkara yang sama, selanjutnya diteruskan oleh beberapa individu secara taqlid buta yang keji.

Walaupun Nabi saw di dalam sebuah hadis ada bersabda: Takutlah kepada firasat mukmin, kerana ia memandang dengan pandangan Allah”. Apakah dalil yang dapat membuktikan bahawa kedua-dua guru kepada Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahhab ini berfirasat sedemikian?

Sedangkan Syeikh Hayat as-Sindi telah sependapat dengan beliau berhubung dengan kesesatan umat. Mungkin ia hanya fitnah musuh atau mainan syaitan semata-mata? Bagaimana kalau sang penuduh itu di beitahu bahawa seorang soleh atau tuan guru telah berfirasat bahawa dia (si penuduh itu ) dajal akhir zaman ? Bolehkah diterima sewenang-wenangnya ? Fikrikanlah !

Selain itu, di antara perkara yang paling asas bagi orang yang mempelajari syariat Islam ialah sumber istinbat hukum adalah Quran, hadis, ijma`, qias dan beberapa perkara lagi yang diperselisihkan oleh ulama pelbagai mazhab.

Namun tidak ada seorang pun di antara ulama yang menerima pakai ilham, mimpi atau firasat sebagai dalil atau bukti apatah lagi untuk di buat hujah. Kalau ada yang melakukan sebaliknya, itu juhala` bukan ulama.

Berkata al-Imam Hassan al-Banna di dalam kitabnya, Risalah at-Ta`lim pada bab rukun al-Fahm….. “akan tetapi ilham, rasa hati atau kasyaf dan mimpi-mimpi bukan daripada dalil-dalil hukum hakam syar`iyyah…”

Berkenaan penentangan saudara kandungnya iaitu Syeikh Sulaiman Abd Wahab, memang berlaku. Namun penentangan itu sebelum dia mengetahui hakikat perjuangan beliau. Selepas mengetahui kebenaran, Sulaiman menyesal dan menerima perjuagan tersebut. Hal ini dibuktikan dengan penemuan surat-surat berkenaan. Si penuduh mungkin tidak menjumpai bahan bacaan ini.

Berhubung pengaruh Ibnu Taimiyah di dalam manhaj Muhammad Bin Abdul Wahhab, adalah perkara biasa bagi pemikir agung yang mana pemikiranya dicontohi. Apatah lagi mereka sama-sama bermazhab Hanbali, selain beliau ramai lagi ulama terbilang sepanjang zaman yang menjadi murid atau terkesan dengan pemikiran atau manhaj Ibnu Taimiyyah antaranya Ibn al-Qayyim, Ibnu Kathir (pengarang tafsir al-Quran al-Azim yang turut dipelajari di tempat-tempat pengajian yang anti Ibn Taimiyah), Az-Zahabi, asy-Syaukani, syeikh Muhammad Abduh, Rasyid Redha, Bahjah al-Baitar, Amin asy-Syinqiti, Yusuf al-Qaradhawi, Umar al-Asyqar dan banyak lagi ulama-ulama muktabar yang lain.

Dakwaan kononnya Ibn Taimiyyah menyanggahi pandangan jumhur ulama hanyalah dakwaan orang jahil. Sepatutnya si penuduh memberikan contoh fatwa Ibn Taimiyyah yang berkenaan.

Tambahan pula orang yang mempelajari Fiqh Islami pasti tahu bahawa apabila diistilahkan JUMHUR ia bermaksud majoriti bukan seluruh atau ijma`. Maknanya masih terdapat kalangan ulama yang tidak setuju dengan pandangan ini. Ramai tidak semestinya betul, walaupun ia mungkin kuat. Malang kalau ini pun tidak di ketahui.

Kalau celaan dan penghinaan terhadap sahsiah Ibn Taimiyyah hanya berdasarkan pembohongan yang terdapat di dalam kitab Ar-Rihlah karangan Ibnu Bathutah yang kemudiannya diteruskan oleh Sirajuddin Abbas, maka amat malang sekali dunia ilmu umat Islam. Bacalah kitab-kitab Ibnu Kathir, Syeikh Bahjah al-Baithar atau sekurang-kurangnya Tarikh al-Mazahib al-Islamiyah oleh Muhammad Abu Zahrah mudah-mudahan bertambah pengetahuan .

Gerakan Muhammad Bin Abdul Wahhab juga di cap sebagai menurut telunjuk Amerika, kerana kelemahan pentadbiran kerajaan Arab Saudi. Perlu di soal, negeri umat Islam yang tidak Wahabi mana yang tidak menjadi hamba Amerika dan Barat? Negeri kita atau Indonesia? Wahabi atau tidak bukan soalnya. Pokok pangkalnya ialah ketulenan akidah dan iman.

Sebaliknya jika di lihat kepada kajian yang di buat oleh Dr. Nabil at-Tantawi bagi mendapatkan ijazah PHD di Perancis, beliau mendapat ada satu watikah atau nota yang dikirimkan oleh Napoleon kepada Pope di Vatikan, Rome, yang mengandungi laporan gerakan dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab. Dia menyatakan kebimbangan terhadap gerakan ini dan satu usaha yang berkesan perlu dilakukan bagi mengelak bahaya yang mengancam kepentingan Barat di Negeri-Negeri jajahan mereka. Termasuk di dalam agenda penjajah ialah memburuk-burukkan gerakan Wahabiah.

Sesungguhnya kejayaan gerakan Wahhabiyyah di Najd telah menjadi sumber ispirasi kepada kemunculan gerakan al-Mahdiyyah di Sudan, as-Sanusiyyah di Algeria, Syeikh Abdul Qadir di Syria, Pan Islami tajaan Jamaluddin al-Afgani, Sarekat Islam di Indonesia, Ikhwan Muslimin di Mesir dan Tanah Arab serta banyak lagi harakah Islamiyyah seluruh dunia.

Antara ulama sezaman dan selepas beliau yang terpengaruh dengan manhajnya ialah as-Son`ani pengarang Subulus-Salam, as- Syaukani pengarang Nailul Authar, Sayyid Sabiq pengarang Fiqh Sunnah, Hussin an-Na`imi, Ustaz Bahjah al-Baithar, al-Amir Syakib Arselan pengarang Hadhir `Alam al-Islami, Muhammad Abduh dan muridnya Rasyid Redha pengarang Tafsir al-Manar.

Demikianlah beliau menjalankan dakwah dan jihadnya. Beliau dan pengikutnya bermazhab Hanbali sekali pun terdapat beberapa perbezaan fatwa dalam beberapa urusan. Ini adalah suatu yang biasa di kalangan ulamak muktabar. An-Nawawi meskipun bermazhab Syafie, berbeza pandangan dengan Iman Syafie sendiri dalam beberapa hal contohnya dalam bab Tayammum. Ibn Hajar juga bermazhab Syafie tetapi berbeza pendapat dengan mazhab dalam hal menyapu kepala ketika wudhuk dan banyak lagi.

Ibn Qudamah bermazhab Hambali tetapi adakalanya bersalahan dengan pendapat mazhab. Ibn al-Arabi bermazhab Maliki tetapi berkali-kali menyatakan pandangan yang berbeza dengan mazhab. Abu Hanifah, Abu Yussuf, asy-Syaibani dan Zufar adalah pengasas mazhab Hanafi tetapi tidak sedikit fatwa mereka yang saling bercanggahan. Inilah keluasan ilmu Islam. Dalam situasi ini adakalanya seorang iman itu bersalah dalam pandangannya. Ketika itu pandangan itu ditolak tanpa menjejaskan peribadinya. Tiada yang maksum melainkan Rasulullah s.a.w.

Sekiranya terdapat kritikan yang mungkin wajar dilemparkan terhadap gerakan Wahabi ini ialah kekerasan yang digunakan itu mungkin menyentap banyak pihak. Mereka kurang mementingkan perasaan orang awam. Mereka merobohkan tempat-tempat sejarah umat Islam. Walaupun memedihkan ia perlu dilakukan demi menyelamatkan aqidah umat. Umar al-Khattab sendiri pernah menebang pokok tempat Bai`ah ar-Ridhwan apabila melihat ada yang berkunjung ke situ bagi mendapat keberkatan.

Wahabi membakar kitab Dalail al-Khairat dan Syawariq al-Anwar yang mengandungi pelbagai selawat dan kisah Nabi bukan kerana bencikan Nabi (sedangkan beliau mewajibkan selawat ke atas Nabi di dalam Tasyahhud), sebaliknya untuk menghapuskan pujian-pujian yang melampau terhadap Nabi, yang tidak diajarkan serta kisah-kisah palsu tentang Nabi saw. Ini sangat bertepatan dengan hukum Syara`.

Sebagai penutup, ingin di syorkan kepada musuh-musuh Wahabi agar ingat firman Allah Taala yang mafhumnya

    “…janganlah kamu berpendirian dengan apa yang kamu tiada berpengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati itu akan dipersoalkan di akhirat”.

Sejarah umat Islam dalam era penjajahan sangat kabur. Dalam waktu para ulama memuji Muhammad Bin Abdul Wahhab, banyak juga tulisan yang mencela dan menyesatkannya. Buku-buku celaan ini boleh didapati percuma dari Vakf Ikhlas, Istanbul, Turki. Tetapi apalah faedahnya ?

Jika ragu-ragu dengan sejarah yang di tulis, cubalah timbang kemurnian fahaman Muhammmad bin Abdul Wahhab ini melalui tulisannya yang sangat banyak, antaranya kitab at-Tauhid, Mabadi`al-Islam, Kasyfu asy-Syubahat, Sirah Nabawiyyah dan lainnya. Kalau tidak mampu faham bahasa Arab, yang telah diterjemah pun banyak.

Saya hanyalah penyalin yang tidak berhak membuat rumusan apa-apa mengenai pegangan wahabi ini. Lantaran dari itulah saya letakkan dua artikel yang bertentangan supaya dapat sama-sama kita menilainya. Dan mungkin juga kedua-dua artikel ini hanya 10 peratus atau mungkin kurang dari itu kesahihan fakta dan ceritanya.

Posted on Saturday, December 14, 2013 by wirajiwa Faintallah

No comments

Friday, December 13, 2013

Kenapa Constantinople begitu istimewa?

Constantinople atau kini dikenali sebagai Istanbul adalah merupakan salah  sebuah bandar yang istimewa dan sangat bersejarah di dunia. Ianya telah diasakan oleh Maharaja Rom yang bergelar Emperor Constantine pada tahun 330M.

Constantinople begitu  strategik dari sudut ketenteraan, perniagaan, perhubungan dan politik pemerintahan antarabngsa sehinggakan Napoleon Bonaparte (Panglima dan Pemimpin Perancis 1769-1821) mengatakan bahawa kalaulah dunia ini sebuah negara , maka Constantinople adalah Bandar yang paling layak menjadi ibu kotanya -  “If the Earth were a single state, Constantinople would be its capital.”

Di dalam sejarah Islam, keistimewaan Constantinople telah pun diumumkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri ketika baginda menggali Parit Khandaq
“Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Bagaimana sikap pemimpin umat Islam terdahulu terhadap sabdaan Rasulullah s.a.w?


Para sahabat dan pemimpin umat Islam selepasnya begitu berlumba-lumba di dalam usaha untuk membebaskan Constantinople bagi mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt sebagaimana di dalam Hadis tersebut. Daripada catatan sejarah mendapati bahawa tidak kurang daripada 8 kempen yang besar daripada keseluruhan 29 kempen yang telah dilancarkan tetapi kesemua kempen-kempen tersebut menemui kegagalan. Di antaranya ialah sebanyak  5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 lagi kempen yang besar di zaman  Kerajaan Uthmaniyyah.


(Foto Masjid Abu Ayyub al-Ansary di Turki)

Usaha yang pertama telah dilancarkan di zaman Kerajaan Umayyah pada tahun 44H, apabila seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary r.a telah syahid dan beliau telah dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka Abu Ayyub al Ansari menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda milik sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah hebatnya keyakinan seorang sahabat besar Nabi s.a.w.

Di zaman pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah pula, beberapa kempen pembebesan telah diusahakan termasuk di zaman Khalifah Harus ar Rashid pada tahun 190H tetapi turut menemui kegagalan.

Hadith Nabi s.a.w ini kemudiannya hanya menjadi kenyataan setelah hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fateh, Khalifah yang ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah bersama seramai kira-kira 265,000 orang tenteranya.

Siapakah Muhammad al Fateh?

Nama sebenar Baginda ialah Muhammad bin Murad Bin Muhammad Bin Bayazid. Baginda telah dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi (833H) di Adrianapolis (sebuah bandar bersempadankan Turki – Bulgaria).
Baginda dikenali dengan gelaran ‘Muhammad Al Fateh’ kerana kejayaannya membebaskan kota Constantinople.
Baginda telah menaiki takhta seawal berusia 19 tahun lagi apabila menggantikan ayahandanya Sultan Murad II. Baginda telah memerintah empayar yang begitu luas selama kira-kira 30 tahundi antara tahun 1451–1481M. Baginda merupakan seorang   negarawan yang ulung dan seorang panglima tentera agung yang telah memimpin sebanyak 25 kempen peperangan. Baginda telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 (855H) ketika berumur 49 tahun.

Bagaimanakah kehebatan pendidikan Baginda?

Kehebatan Sultan Muhammad al-Fateh banyak dibuktikan pada ketinggian keperibadian dan kesungguhan Baginda di dalam menjalani hidupnya. Semenjak kecil ayahandanya, Sultan Murad II telah membawa para ulama yang berwibawa untuk mendidik Muhammad all-Fateh secara intensif dan bersepadu.
Sheikh Muhammad Bin Ismail al Kurany telah diamanahkan untuk mengetuai barisan pendidik kepada Muhammad al-Fateh. Beliau telah diberikan autoriti untuk memukul Muhammad sekiranya diperlukan. Bahkan beliau pernah diberikan hadiah penghargaan oleh Sultan Murad II kerana beliau telah memukul Muhamamad al-Fateh dalam rangka untuk mendidiknya secara serius. Ini dibuktikan sehingga Muhammad al-Fateh dapat menghafal al Quran dalam tempoh yang pendek.
Guru sebenar yang membimbing Baginda secara bersepadu ialah Sheikh Shamsuddin al Wali yang merupakan seorang ulama yang hebat daripada keturunan Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a.

Muhammad al-Fateh telah diyakinkan semenjak kecil oleh Sheikh Shamsuddin bahawa Baginda adalah orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadith pembukaan Costantinople berkenaan.
Beliau mengajar Muhammad al-Fateh ilmu-ilmu asas iaitu Al-Qur’an, Hadith, Feqah serta ilmu kemahiran yang lain seperti Matematik, Falak, Sejarah, tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda.
Di dalam bidang bahasa pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek,  Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.

Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II telah melantik baginda yang baru berusia 12 tahun sebagai pemangku Khalifah dengan tujuan mendidiknya, semasa Sultan Murad II pergi bersuluk ke Pulau Magnesia. Dalam usia semuda ini Baginda telah mulai matang untuk menangani tipu helah musuh.
Apabila Baginda menaiki takhta, Sultan Muhammad segera menemui Syeikh Shamsuddin bagi menyiapkan bala tentera ke arah penawanan Costantinople demi merealisasikan hadith Rasulullah s.a.w berkenaan.

Bagaimanakah hasil pendidikan ini terhadap Muhammad al-Fateh?

Baginda seorang yang sentiasa berani, tegas, kuat menyimpan rahsia pemerintahan di samping bersikap tenang dan pendiam. Baginda sangat mencintai para ulama dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
Kubu Rumeli Hisari yang dibina oleh al-Fateh bersama tenteranya(Kubu Rumeli Hisari yang dibina oleh al-Fateh bersama tenteranya)

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri. Semasa membina Kubu Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, Baginda mengangkat batu dan pasir hingga para ulama  dan menteri-menteri pun terpaksa ikut sama bekerja.

Muhammad Al-Fateh sangat menyayangi Sheikh Shamsuddin dan Sheikh mempunyai kedudukan yang istimewa pada diri Sultan Muhammad Al-Fatih. Ini jelas dibuktikan ketika di dalam ucapan Baginda semasa pembukaan Constantinople, “Sesungguhnya kamu semua melihat aku gembira sekali. Kegembiraanku ini bukanlah semata-mata kerana kejayaan kita menawan kota ini, akan tetapi ia adalah kerana hadirnya Sheikhku yang mulia yang merupakan pendidikku, Asy-Sheikh Shamsuddin al Wali”

Bagaimanakah persiapan awal peperangan dipersiapkan?

Semenjak kecil, Muhammad al-Fateh telah meninjau dan mengkaji usaha yang dibuat oleh ayahnya untuk menawan kota Constantinople. Juga  sepanjang 2 tahun pertama selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople secara terperinci setiap malam bagi mengenal pasti sebarang faktor-faktor kelemahan Constantinople di samping mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen panglima Islam yang terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi-strategi terkini yang sesuai untuk digunakan.

Baginda telah membuat satu persiapan yang besar ke arah cita-citanya yang menggunung bagi menawan Constantinope. Baginda telah menyediakan angkatan tentera yang besar dan canggih dengan para mujahidin seramai kira-kira 265,000 orang dan kapal laut sebanyak 400 buah untuk tujuan ini.
Baginda juga telah mengarahkan pembinaaan peralatan perang termoden seperti meriam gergasi yang boleh menembak bom seberat 300 kg dengan jarak sejauh 1.5 kilometer.

Kota Rumeli Hisari telah dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 8 km dari Kota Constantinople. Ia dibina bertentangan dengan Kota Anadolu Hisari di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim yang terdahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Baginda juga telah mengikat perjanjian damai dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila mereka diserang nanti.
Baginda membawa bersama batalionnya para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat  jihad tenteranya. Sebaik sahaja mereka menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan agar azan dilaungkan dan solat berjemaah disempurnakan. Tentera Byzantine begitu gementar melihat kira-kira 265,000 orang tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir yang memecah kesunyian alam.
Bagaimanakah serangan ke atas Constantinople dilancarkan?

Dari suduk geografinya, Kota Costantinople mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana ianya dikelilingi oleh lautan dari tiga penjuru iaitu Laut Marmara, Selat Bhosphore  dan Teluk Golden Horn. Kemasukan ke perairan Teluk Goldern Horn telah dihalang dengan adanya rantai besi raksasa. yang berfungsi menghalang kapal daripada masuk ke pintu utama Kota Costantinople.

Setelah segala persiapan diatur, akhirnya Sultan Muhammad al-Fateh telah menghantar utusan supaya Maharaja Byzantine menyerahkan kota Constantinople kepadanya tetapi beliau enggan berbuat demikian. Kota Costantinople telah dikepung dan mula diserang pada hari Rabu 19 April 1453M bersamaan 12 Rabiul Akhir 857H bersama angkatan tenteranya yang menjangkau seramai 265,000 orang,
Kota tersebut telah dihujani oleh peluru daripada meriam rasaksa selama 48 hari namun hanya merosakkan sebahagian dinding luar kota tersebut.

Menara Bergerak

Baginda kemudiannya memerintahkan tenteranya menggunakan menara bergerak yang mempunyai ketinggian lebih tinggi daripada Kota Constantinple serta boleh memuatkan ratusan Islam. Namun tentera Byzantine Berjaya memusnahkan menara bergerak tersebut setelah ianya Berjaya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan dari Vatican.

Tentera laut Byzantine turut diperkukuhkan oleh bantuan yang dihantar oleh Vatican dan eropah dengan sebanyak 5 buah armada. Apatah lagi tentera Islam gagal untuk merentasi perairan Teluk Goldern Horn disebabkan rantai besi gergasi yang menghalang kemasukan kapal laut mereka. Ini menaikkan semula semangat tentera Vatican. Para paderi pula mengingatkan penduduk Constantinope supaya banyak berdoa agar Constantinople selamat.

Maharaja byzantine cuba memperdaya Muhammad al-Fateh dengan pelbagai tawaran, hadiah dan rasuah bagi menyelamatnya kedudukannya tetapi ditolak dengan tegas oleh Baginda supaya Constantinople diserahkan secara aman kepada mereka.

Bagaimanakah Constantinople ditawan?

a- Membawa kapal melalui gunung

Ketenangan dan kegembiraan Maharaja dan penduduk Constantinople tidak berpanjangan apabila mereka mendapati kehadiran sebanyak 72 kapal perang Muhammad al-Fateh telah sampai ke perairan Teluk Golden Horn pada 22hb April 1453M. Sultan Muhammad menggunakan satu kaedah yang luar biasa apabila Baginda dan tenteranya telah membawa kapal-kapal ini melalui jalan darat di atas gunung sebelum meluncurkannya semula ke Teluk Goldern Horn.  Ini adalah satu keajaiban dan dianggap sebagai tektik peperangan yang terbaik di dunia oleh sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal Byzantine kemudiannya habis terbakar kerana dibedil oleh meriam tentera Islam dan sistem pertahanan Byzantine menjadi semakin lemah.
b-Suntikan semangat jihad

Baginda yang turut dibantu oleh para  ulama telah mengambi kesempatan pada sebelah malamnya untuk memberikan semangat jihad kepada tenteranya di samping mengingatkan kepada mereka tentang hadith Rasulullah s.a.w dan mereka kemudiannya sama-sama bermunajat kepada Allah s.w.t.
c-Memanjat kota

Keesokan paginya tentera Uthmaniyah telah cuba memanjat dinding di dalam kubu dengan menggunakan  tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik yang besar. Mereka kemudiannya telah memacak bendera Daulah Uthmaniyyah di puncak kota. Tentangan sengit dari pihak Byzantine telah mengakibatkan ramai tentera Islam menjadi syudaha’. Muhammad al-Fateh kemudiannya memerintahkan agar tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
d-Karisma Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda akan berakhirnya dengan kejayaan  telah menimbulkan rasa jemu dan menghilangkan keyakinan di kalangan sebahagian tentera Islam. Melihatkan keadaan yang genting tersebut maka Baginda berpidato bagi menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid marilah ikut aku!”.

Mendengarkan pidato tersebut maka salah seorang tentera Baginda yang bernama Hasan Ulubate telah bangkit dan mengetuai sekumpulan kecil 30 orang tentera yang telah membuka dan kemudiannya melompat masuk ke dalam kubu musuh. Mereka lantas memacak bendera Islam di situ. Ini telah menaikan lagi semangat tentera Islam dan mengetarkan pihak musuh. Mereka kesemuanya kemudiannya gugur syahid setelah dihujani oleh anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantine sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar. Laungan takbir yang telah mengisi ruang angkasa Constantinople telah memberikan kesan serangan psikologi kepada pihak musuh.
e-Terowong

Ketika kekalutan di Kota Constantinople belum pun reda, pihak musuh telah mendapat bahawa tentera Islam telah mengorek terowong untuk memasuki kota tersebut. Ketakutan menimpa mereka dengan rasa gerun dan takut yang teramat sangat.
Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Baginda bersama tenteranya yang hebat berjaya menawan Constantinople ke tangan Islam. Baginda telah membuktikan kebenaran hadith Rasulullah s.a.w. Constantinople telah ditukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) yang telah dijadikan sebagai ibu negara Khilafah Uthmaniyyah.
Gereja Besar St Sophies kemudiannya telah ditukar menjadi Masjid Aya Sophia. Dengan tawadhunya Baginda melumurkan tanah ke dahinya dengan melakukan syujud syukur sebaik sahaja kejayaan tersebut diraih bersama tenteranya. Nama Islambol kemudiannya telah ditukar kepada Istanbul.

Kenapa beliau dikatakan sebagai sebaik-baik raja?

Ketika solat Jumaat hendak didirikan buat pertama kalinya, timbul pertanyaan di kalangan baginda tentang siapakah yang paling layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita yang pernah meninggalkan solat fardhunya sejak baligh hingga sekarang walaupun sekali, sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapakah di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Maka sebahagian daripada tenteranya pun duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri.
Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat Rawatib dan solat Tahajjud sejak baligh .
Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin al Wali. Bagindalah orangnya yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai sebaik-baik raja yang memimpin sebaik-baik tentera di dalam hadithnya itu.

Adakah kemenangan itu adalah disebabkan oleh kelemahan Byzantine?

Sesungguhnya kemenangan tersebut Berjaya dilakukan bukanlah kerana kelemahan Byzantine atau Constantinople tetapi adalah kerana pergantungan tentera Islam terhadap Allah, berpegang kepada taliNya yang teguh dan kemajuan serta kemodenan ketenteraan Daulah Uthmaniyyah ketika itu.
Seorang ahli sejarah Perancis, Baron Karaffoo telah menyifatkan itu dengan menyatakan, ”Pembukaan Constantinople tidaklah berlaku kepada Sultan al-Fateh secara kebetulan dan juga bukan kerana Kerajaan Byzantine berada di dalam keadaan lemah, tetapi ia adalah kerana Sultan al-Fateh menggunakan segala kekuatan ilmu yang ada di zamannya.”

Apakah sumbangan utama lain Muhammad a Fateh?

Para ahli sejarah telah menjadikan tarikh pembukaan Constantinople pada 29hb Mei 1453M sebagai tarikh kepada sejarah moden. Ketika memasuki Bandar tersebut, Sultan Mummad al-Fateh telah mengistiharkan bahawa dunia kuno telah terhapus dan dunia moden telah datang.

1- Keadilan beragama

Ramai orang Yahudi dan Arab yang ditindas di Sepanyol telah berpindah ke Constantinople. Sultan al-Fateh juga telah membenarkan agama Kristian untuk diamalkan dengan mengekalkan gereja dan pengamalan mazhab Orthodoks mereka. Baginda telah meminta pihak gereja berhimpun dan memilih seorang ketua paderi di kalangan mereka. Mereka telah memilih anadius sebagai ketua yang kemudiannya berkata bahawa dia lebih suka melihat serban Sultan daripada melihat topi latin (Katholik)kerana pihak Katholik Barat telah menindas pihak Orthodoks. Sultan juga mengarahkan supaya gereja dan sinagog tidak dimusnahkan atau diapa-apakan.

2-Pengembangan Kerajaan dan Pembangunan

Sultan al-Fateh dikurniakan kejayaan yang besar dalam menyempurnakan penyusunan negara, kekemasan jentera pentadbiran dan membuat ikatan teguh di antara kawasan yang tunduk di bawah pebguasaannya serta menundukkan Serbia, Bosnia, kawasan pantai Laut Merah dan semenanjung Crimea. Baginda telah meluaskan sempadan Negara dari hanya sekiar 600 km persegi kepada keluasa 2,214,000 km persegi. matlamat Baginda dari perluasan negaranya adalah untuk menembusi Eropah dan menyelamatkan umat Islam di Andalus daripada cengkaman Kristian.

3-Perkembangan Tamadun

Bentuk peradaban telah berubah dengan pembukaan Islam tersebut kerana banyak masjid, sekolah  dan hospital yang telah dibina. Baginda amat mengambil berat terhadap pelajaran dan pendidikan. Baginda juga telah menyusun pentadbiran, ketenteraan, politik dan pembangunan.
Sutan Muhammad al-Fateh meninggal dunia pada 1471M (886H) ketika sedang berada di kemuncak kemenangan dan kemuliaan. Ada pendapat mengatakan bahawa kematian Baginda adalah kerana diracun melalui perantaraan doktornya yang menyembunyikan identitinya sebagai seorang Yahudi.
Wahai anak muda ! Mari bersama kita teladani ikon kita….Sultan Muhammad al-Fateh !
Salam perjuangan Dr Z

Rujukan dan Penghargaan
•    Dr Eaman Mohammad Abbas – Sultan Abd al Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah. Pustaka Salam Kuala Lumpur 2007
•    Sheikh Muhhammad Sa’id Mursi – Tokoh=tokoh Besar Islam Sepanjang Sejarah.  Pustaka al Kauthar Jakarta 2007
•    Dr Ali Muhammad as Salabi – Biography of Muhammad al-Fateh. Maktaba as Sahaba
•    Mohd Fauzi Asmuni – Sultan Muhammad al-Fateh dan Pembukaan Constantinople. satuperkongsian.wordpress.com
•    Hasrizal Abdul jamil – Sultan Mummad al-Fatih dan Pembukaan Istanbul – 2007. komuniti.iluvislam.com

Posted on Friday, December 13, 2013 by wirajiwa Faintallah

No comments

Siapakah ASMA’ BINTI UMAIS ra.

Ibn Katsir menulis di dalam kitabnya Bidayah wan Nahiyah beliau ialah  Asma binti Umais bin Maadd bin Tamin al Khatsamiyyah adalah isteri Khalifah Abu Bakar ra yang sebelumnya diperisterikan oleh Jafar bin Abi Talib.

Dari perkahwinan dengan Jafar bin Abi Talib beliau  melahirkan tiga putra yakni Abdullah, Muhammad dan Aunan.[ kitab Nisaa’ Haular Rasuul, karya Mahmud Mahdi al-Istanbuli dan Musthafa Abu an-Nashr asy-Syalabi]

Perkahwinan dengan Abu Bakar ra beliau melahirkan Muhammad bin Abu Bakar ra. Apabila Asma berkahwin dengan Ali ra, maka Muhammad bin Abu Bakar menjadi anak tiri kepada Ali ra.

Setelah Abu Bakar ra meninggal dunia beliau berkahwin pula dengan Ali bin Abi Talib , adek suaminya yang pertama.[ Sejarah Hidup Imam Ali bin Abi Thalib r.a.Oleh H.M.H. Al Hamid Al Husaini] Beliau adalah isteri ke enam bagi Ali ra.

Perkahwinan dengan Ali melahirkan Yahya dan Muhammad al Ashgar.Ibn Katsir mengambil riwayat ini dari Ibnul Kalbi. Bagaimanapun Ibn Katsir mengatakan al Waqidi mengatakan “ Beliau memperoleh dua orang putra darinya, Yahya dan Aun, adapun Muhammad al Ashghar berasal dari ummul walad[Ummul walad adalah hamba wanita]. Dalam hal ini kita dapati ada perselisihan pendapat penulis sejarah.

FITNAH PERIHAL RENGGANGNYA KELUARGA ABU BAKAR RA. DENGAN KELUARGA ALI RA.

Suatu yang istimewa dengan Asma binti Umais, beliau adalah sahabat terdekat Sitti Fatimah r.a. Asma inilah yang mendampingi Fatimah r.a. dengan setia dan melayaninya dengan penuh kasih-sayang  semasa sakit  hingga detik-detik terakhir hayatnya.[ Sejarah Hidup Imam Ali bin Abi Thalib r.a.Oleh H.M.H. Al Hamid Al Husaini]

Kalau demikian rapat hubungan Asma ra  dengan Fatimah ra bermakna rapat jugalah hubungan dengan Abu Bakar ra , kerana masa itu Asma adalah isteri Khalifah Abu Bakar. Perlu diingat Fatimah ra meninggal dunia enam bulan selepas Rasullah saw meninggal dunia. Jadi bagaimana boleh timbul fitnah kerengangan hubungan Fatimah ra dan Ali ra dengan Abu Bakar ra.? Dikatakan berita kewafatan Fatimah ra. telah dirahsiakan dari pengetahuan Abu Bakar ra.

Rumah Fatimah r.a @ Ali r.a  hanya ditepi masjid Nabawi, dan ABu Bakar adalh Imamnya – mungkinkah kematian Fatimah r.a menjadi rahsia? Asma bt Umais r.a yang menguruskan jenazah Fatimah r.a adalah sahabat baik Fatimah r.a adalah isteri Abu Bakar r.a!

HIJRAH ASMA’ KE MADINAH

PERJALANAN dari Habsyah ke Madinah terasa begitu lama. Rindu pada insan mulia, anak saudara suaminya sendiri, membuak-buak di hatinya. Meskipun hidup di Habsyah aman dan tenang di bawah pemerintahan Najasyi yang adil serta terhindar daripada gangguan kafir Quraisy, hatinya tetap rindu bagi bersama insan mulia dalam menegakkan agama Islam.

"Jauh lagikah? Saya tidak sabar tiba di Madinah. Inilah yang saya harapkan sekian lama;' kata Asma' binti Umais pada suaminya, Jaafar bin Abi Talib yang mengetuai penghijrahan kaum Muslimin ke Habsyah.

"Insya-Allah tidak lama lagi;' jawab J aafar lirih.

Jaafar memandang ketiga-tiga anaknya yang dilahirkan di Habsyah iaitu Muhammad, Abdullah dan Aun. Mereka masih kecil dan belum mengerti apakah yang sedang bergolak di hati ibu dan ayah mereka. Mereka belum tahu erti perjuangan menegakkan agama Islam.

Namun, di bawah didikan Rasulullah nanti, Jaafar mahu melihat mereka membesar menjadi pejuang-pejuang agama yang memiliki iman yang kental.

Jaafar kemudian menoleh pada isterinya. "Tidak sedihkah meninggalkan anak susuanmu Abdullah?" Jaafar cuba menduga hati Asma'.

Asma' termenung mendengar pertanyaan suaminya itu. Tujuh tahun lamanya dia tinggal di Habsyah sesudah berhijrah ke sana bersama segelintir kaum Muslimin yang lain demi menyelamatkan diri daripada gangguan kafir Quraisy.

Selama tujuh tahun, mereka begitu akrab dengan Najasyi yang begitu baik kepada mereka. Selepas Najasyi masuk Islam di tangan Jaafar, Asma' mendapat tempat yang istimewa dalaM keluarga raja itu.

Ini terbukti apabila Najasyi menamakan puteranya nama yang serupa dengan anaknya, Najasyi meminta Asma' menyusukan puteranya bersama-sama anaknya.

"Abdullah anak susuan saya dan bumi Habsyah tetap saya ingati. Namun, rindu saya pada Rasulullah dan negara Islam Madinah, tidak ada tolak bandingnya;' jawab Asma'.

Jaafar terangguk-angguk mendengar kata-kata isterinya. "Saya mendapat khabar Rasulullah sedang menunggu kepulangan kita. Beliau juga begitu merindui kita semua kata Jaafar.

Selepas menempuh perjalanan yang lama, akhimya rombongan mereka tiba di Madinah. Ketika itu, kaum Muslimin sedang meraikan kemenangan mereka mengalahkan kafir Quraisy dalam perang Khaibar.

"Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!" Rasulullah dan kaum Muslimin bertakbir memuji kebesaran Allah atas kemenangan mereka itu.

Muslimah Pilihan

Ketika itulah Jaafar dan rombongannya tiba di hadapan Rasulullah.

Sebaik sahaja beliau melihat Jaafar, beliau begitu gembira. Beliau segera memeluk Jaafar dan mencium dahinya.

"Demi Allah, aku tidak tahu mana yang lebih menggembirakan diriku, kedatangan Jaafar atau kemenangan Khaibar kata Rasulullah kepada seluruh hadirin.

Asma' dan Jaafar tinggal di Madinah dengan penuh bahagia di samping menimba ilmu yang berharga daripada Rasulullah.

"Isteriku, saya telah mendapat perintah daripada Rasulullah supaya berangkat ke Syam memerangi tentera Byzantine;' ujar Jaafar kepada Asma' pada suatu hari.

"Siapakah yang memimpin tentera Muslimin?" soal Asma'.

"Zaid bin Harisah. Akan tetapi, sekiranya dia syahid, sayalah yang menggantikan tempatnya jawab Jaafar, "Pergilah suamiku. Semoga Allah memberi kemenangan ke atas kaum Muslimin” kata Asma' kepada suaminya.

Seluruh umat Islam temanti-nanti kepulangan kaum Muslimin. Belum ada khabar berita sama ada kaum Muslim memperoleh kemenangan atau sebaliknya.

Hati Asma' bergetar apabila Rasulullah datang ke rumahnya. Rasulullah mendekati ketiga-tiga anak Asma', lalu mencium mereka dengan , mata berlinangan.

"Wahai Rasulullah, apakah yang membuatkan anda menangis? Adakah anda telah mendapat khabar tentang Jaafar dan sahabat-sahabatnya?" soal Asma'.

"Benar, dia telah gugur syahid hari ini” jawab Rasulullah ringkas.

Mendengar jawapan Rasulullah itu, Asma' tidak dapat menahan rasa sedihnya. Dia menangis teresak-esak di samping anak-anaknya. Namun, dia tetap sabar demi mengharapkan reda Allah .

ASMA’ MENJADI ISTERI ABU BAKAR AS-SIDDIQ

Tidak lama sesudah itu, Asma' berkahwin dengan Abu Bakar as-Siddiq selepas isteri beliau, Ummu Rumaan meninggaI. Asma' terus setia di samping Abu Bakar, sehingga beliau dilantik menjadi khalifah selepas Rasulullah wafat. Asma' juga bersabar ketika menghadapi saat-saat Abu Bakar sakit kuat.

"Asma', apabila aku meninggal dunia, mandikanlah jasadku. Dan bukalah puasamu agar dirimu lebih kuat:” pesan Abu Bakar apabila dia merasakan maut semakin menghampirinya.

"Baiklah:” jawab Asma' sambil matanya tidak lepas memandang suaminya yang berada di ambang sakaratul maut.

Tidak lama kemudian, lnnalillahi wainna ilaihirojiun.

Asma' berasa sedih dengan kematian Abu Bakar. Namun begitu, dia segera menunaikan wasiat Abu Bakar agar memandikan jenazahnya.

Asma' kembali bersendirian membesarkan anak-anaknya. Dia mendidik mereka dengan memohon kepada Allah agar memperbaiki anak-anaknya sehingga mereka akhirnya menjadi imam bagi orang-orang bertakwa.

ASMA’ MENJADI ISTERI ALI BIN ABI TALIB

Sedih yang dialami oleh Asma' segera diubati oleh Ali bin Abi Talib. Beliau datang meminang Asma' selepas Fatimah az-Zahra meninggal.

Ketika Ali bin Abi Talib dilantik sebagai khalifah yang keempat, Asma' turut memikul tanggungjawab sebagai isteri khalifah bagi kaum muslimin dalam menghadapi peristiwa-peristiwa besar.

Demikianlah Asma' binti Umais, wanita yang menjadi pendamping kepada tiga pemimpin besar kaum Muslimin iaitu Jaafar bin Abi Talib, Abu Bakar bin Siddiq dan Ali bin Abi Talib. Semoga Allah merahmatinya.

Asma' amat mencintai ketiga-tiga suaminya. Katanya, "Aku tidak melihat seorang pemuda daripada bangsa Arab yang lebih baik daripada Jaafar, dan aku tidak melihat seorang setengah baya yang lebih baik daripada Abu Bakar, dan Ali tidak kurang kebaikannya dibandingkan kedua-duanya".

Sumber petikan: http://aburedza.wordpress.com/2009/06/17/siapa-asma-binti-umais-r-a/ dan Buku Doa Gadis Baitul Maqdis

Posted on Friday, December 13, 2013 by wirajiwa Faintallah

No comments

Thursday, December 12, 2013

Wasiat Aqidah Imam Syafi'i rah.

Imam Syafi'i, begitulah orang-orang menyebut dan mengenal nama ini, begitu lekat di dalam hati, setelah nama-nama seperti Khulafaur Rasyidin.

Namun sangat disayangkan, orang-orang mengenal Imam Syafi'i hanya dalam kapasitasnya sebagai ahli fiqih. Padahal beliau adalah tokoh Ahlus Sunnah wal Jama'ah dengan multi keahlian.

Karena itu ketika memasuki Baghdad, beliau dijuluki Nashirul Hadits (pembela hadits). (Al-Majmu', Syarhul Muhazzab, 1/10). Imam Adz-Dzahabi menjuluki beliau dengan sebutan Nashirus Sunnah (pembela sunnah) dan salah seorang mujaddid (pembaharu) pada abad kedua hijriyah. (Siar A'lam, 10/5-6;46 dan Tadzkiratul Huffazh, 1/361).

Dalam hal aqidah, Imam Syafi'i memiliki wasiat yang sangat berharga.

Muhammad bin Ali bin Shabbah Al-Baldani berkata:

"Inilah wasiat Imam Syafi'i yang diberikan kepada para sahabatnya,

'Hendaklah Anda bersaksi bahwa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Satu, yang tiada sekutu bagiNya.

Dan sesungguhnya Muhammad bin Abdillah adalah hamba dan RasulNya.

Kami tidak membedakan para rasul antara satu dengan yang lain.

Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk Allah semata, Tuhan semesta alam yang tiada bersekutu dengan sesuatu pun.

Untuk itulah aku diperintah, dan aku termasuk golongan orang yang menyerahkan diri kepadaNya.

Sesungguhnya Allah membangkitkan orang dari kubur dan sesungguhnya Syurga itu haq, Neraka itu haq, adzab Neraka itu haq, hisab itu haq dan timbangan amal serta jembatan itu haq dan benar adanya.

Allah subhanahu wa ta'ala membalas hambaNya sesuai dengan amal perbuatannya.

Di atas keyakinan ini aku hidup dan mati, dan dibangkitkan lagi Insya Allah.

Sesungguhnya Al-Qur'an itu adalah kalam Allah, bukan makhluk ciptaanNya.

Sesungguhnya Allah di hari akhir nanti akan dilihat oleh orang-orang mukmin dengan mata telanjang, jelas, terang tanpa ada suatu penghalang, dan mereka mendengar firmanNya, sedangkan Dia berada di atas 'Arsy.

Sesungguhnya takdir, baik buruknya adalah berasal dari Allah Yang Maha Perkasa dan Agung. Tidak terjadi sesuatu kecuali apa yang Allah kehendaki dan Dia tetapkan dalam qadha' qadarNya.

Sesungguhnya sebaik-baik manusia setelah Baginda Rasul shallallahu 'alaihi wasallamadalah Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali radhiallahu'anhum .

Aku mencintai dan setia kepada mereka, dan memohonkan ampun bagi mereka, bagi pengikut perang Jamal dan Shiffin, baik yang membunuh maupun yang terbunuh, dan bagi segenap Nabi.

Kami setia kepada pemimpin negara Islam (yang berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah) selama mereka mendirikan shalat. Tidak boleh membangkang serta memberontak mereka dengan senjata.

Kekhilafahan (kepemimpinan) berada di tangan orang Quraisy. Dan sesungguhnya setiap yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya pun diharamkan. Dan nikah mut'ah adalah haram.

Aku berwasiat kepadamu dengan taqwa kepada Allah, berpegang dengan sunnah dan atsar dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan para sahabatnya.

Tinggalkanlah bid'ah dan hawa nafsu. Bertaqwalah kepada Allah sejauh yang engkau mampu. Ikutilah shalat Jum'at, jama'ah dan sunnah (Rasul). Berimanlah dan pelajarilah agama ini.

Siapa yang mendatangiku di waktu ajalku tiba, maka bimbinglah aku membaca "Laailahaillallah wahdahu lasyarikalahu waanna Muhammadan 'abduhu warasuluh".

Di antara yang diriwayatkan Abu Tsaur dan Abu Syu'aib tentang wasiat Imam Syafi'i adalah,

'Aku tidak mengkafirkan seseorang dari ahli tauhid dengan sebuah dosa, sekalipun mengerjakan dosa besar, aku serahkan mereka kepada Allah Azza Wajalla dan kepada takdir serta iradah-Nya, baik atau buruknya, dan keduanya adalah makhluk, diciptakan atas para hamba dari Allah subhanahu wa ta'ala.

Siapa yang dikehendaki menjadi kafir, kafirlah dia, dan siapa yang dikehendakiNya menjadi mukmin, mukminlah dia.

Tetapi Allah subhanahu wa ta'ala tidak ridha dengan keburukan dan kejahatan dan tidak memerintahkan atau menyukainya. Dia memerintahkan ketaatan, mencintai dan meridhainya. Orang yang baik dari umat Muhammad masuk Surga bukan karena kebaikannya (tetapi karena rahmatNya). Dan orang jahat masuk Neraka bukan karena kejahatannya semata.

Dia menciptakan makhluk berdasarkan keinginan dan kehendakNya, maka segala sesuatu dimudahkan bagi orang yang diperuntukkannya, sebagaimana yang terdapat dalam hadits. (Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan lainnya).

Aku mengakui hak salaf yang dipilih oleh Allah subhanahu wa ta'ala untuk menyertai NabiNya, mengambil keutamaannya. Aku menutup mulut dari apa yang terjadi di antara mereka, pertentangan ataupun peperangan baik besar maupun kecil.

Aku mendahulukan Abu Bakar, kemudian Umar kemudian Utsman kemudian Ali radhiallahu 'anhum. Mereka adalah Khulafaur Rasyidin. Aku ikat hati dan lisanku, bahwa Al-Qur'an adalah kalamullah yang diturunkan, bukan makhluk yang diciptakan.

Sedangkan mempermasalahkan lafazh (ucapan seseorang yang melafazhkan Al-Qur'an apakah makhluk atau bukan) adalah bid'ah, begitu pula sikap tawaqquf (diam, tidak mau mengatakan Al-Qur'an itu bukan makhluk, juga tidak mau mengatakan Al-Qur'an itu makhluk") adalah bid'ah.

Iman adalah ucapan dan amalan yang mengalami pasang surut. (Lihat Al-Amru bil Ittiba', As-Suyuthi, hal. 152-154, tahqiq Mustofa Asyur; Ijtima'ul Juyusyil Islamiyah, Ibnul Qayyim, 165).

Kesimpulan wasiat di atas yaitu:

Aqidah Imam Syafi'i adalah aqidah Ahlus Sunnah wal Jama'ah;

Sumber aqidah Imam Syafi'i adalah Al-Qur'an dan As-Sunnah. Beliau pernah mengucapkan: "Sebuah ucapan seperti apapun tidak akan pasti (tidak diterima) kecuali dengan (dasar) Kitabullah atau Sunnah RasulNya `. Dan setiap yang berbicara tidak berdasarkan Al-Kitab dan As-Sunnah, maka ia adalah mengigau [membual(merepek), tidak ada artinya]. Waallu a'lam." ( Manaqibusy Syafi'i, 1/470&475);

Manhaj Imam Syafi'i dalam aqidah menetapkan apa yang ditetapkan oleh Allah dan RasulNya, dan menolak apa yang ditolak oleh Allah dan RasulNya. Karena itu beliau menetapkan sifat istiwa' (Allah bersemayam di atas), ru'yatul mukminin lirrabbihim (orang mukmin melihat Tuhannya) dan lain sebagainya.

Dalam hal sifat-sifat Allah, Imam Syafi'i mengimani makna zhahirnya lafazh tanpa takwil (meniadakan makna tersebut) apalagi ta'thil (membelokkan maknanya). Beliau berkata: "Hadits itu berdasarkan zhahirnya. Dan jika ia mengandung makna lebih dari satu, maka makna yang lebih mirip dengan zhahirnya itu yang lebih utama."(Al-Mizanul Kubra, 1/60; Ijtima'ul Juyusy, 95).

Imam Syafi'i pernah ditanya tentang sifat-sifat Allah yang harus diimani, maka beliau menjawab,

'Allah memiliki nama-nama dan sifat-sifat yang telah dikabarkan oleh kitabNya dan dijelaskan oleh NabiNya kepada umatnya. Tidak seorang pun boleh menolaknya setelah hujjah (keterangan) sampai kepadanya karena Al-Qur'an turun dengan membawa nama-nama dan sifat-sifat itu. Maka barangsiapa yang menolaknya setelah tegaknya hujjah, ia adalah kafir. Adapun sebelum tegaknya hujjah, ia adalah ma'dzur (diampuni) karena kebodohannya, sebab hal (nama-nama dan sifat-sifat Allah) itu tidak bisa diketahui dengan akal dan pemikiran.

Allah memberitahukan bahwa Dia memiliki sifat "Yadaini" (dua tangan), dengan firmanNya: "Tetapi kedua tangan Allah terbuka" (Al-Maidah: 64). Dia memiliki wajah, dengan firmanNya: "Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali wajahNya" (Al-Qashash: 8." (Manaqib Asy-Syafi'i, Baihaqi, 1/412-413; Ushul I'tiqad Ahlis Sunnah, Al-Lalikai, 2/702; Siyar A'lam An-Nubala', 10/79-80; Ijtima' Al-Juyusy Al-Islamiyah, Ibnul Qayyim, 94).

Kata-kata "As-Sunnah" dalam ucapan dan wasiat Imam Syafi'i dimaksudkan untuk tiga arti.

Pertama, adalah apa saja yang diajarkan dan diamalkan oleh Rasulullah ` berarti lawan dari bid'ah.

Kedua, adalah aqidah shahihah yang disebut juga tauhid (lawan dari kalam atau ra'yu). Berarti ilmu tauhid adalah bukan ilmu kalam begitu pula sebaliknya.

Imam Syafi'i berkata:

"Siapa yang mendalami ilmu kalam, maka seakan-akan ia telah menyelam ke dalam samudera ketika ombaknya sedang menggunung". (Al-Mizanul Kubra, Asy-Sya'rani, 1/60). Ketiga, As-Sunnah dimaksudkan sebagai sinonim dari hadits yaitu apa yang datang dari Rasulullah ` selain Al-Qur'an.

Ahlus Sunnah disebut juga oleh Imam Syafi'i dengan sebutan Ahlul Hadits. Karena itu beliau juga berwasiat:

"Ikutilah Ahlul Hadits, karena mereka adalah manusia yang paling banyak benarnya." (Al-Adab Asy-Syar'iyah, Ibnu Muflih, 1/231).

"Ahli Hadits di setiap zaman adalah bagaikan sahabat Nabi `." (Al-Mizanul Kubra, 1/60)

Di antara Ahlul Hadits yang diperintahkan oleh Imam Syafi'i untuk diikuti adalah Imam Ahmad bin Hanbal, murid Imam Syafi'i sendiri yang menurut Imam Nawawi :

"Imam Ahmad adalah imamnya Ashhabul Hadits, imam Ahli Hadits." (Al-Majmu', 1/10). (Abu Hamzah).

Posted on Thursday, December 12, 2013 by wirajiwa Faintallah

No comments

Wednesday, December 11, 2013

Saidatina Fatimah r.ha merupakan cahaya mata kelima baginda Rasulullah bersama Khadijah r.ha Beliau dilahirkan pada waktu dimana bapanya sering beruzlah di gua-gua di sekeliling kota Makkah untuk beribadah dan memikirkan tentang kejadian-kejadian makhluk ciptaan Tuhan.

Pada ketika itu, before the Bithah, kakak beliau yang sulung iaitu Zainab r.ha telah berkahwin dengan saudara sepupunya, al-Aas ibn ar-Rabiah. Diikuti pula dengan dua orang kakaknya, Ruqayyah dan Umm Kalthum, yang dikahwinkan dengan dua orang anak lelaki Abu Lahab, bapa saudara baginda Rasulullah. Abu Lahab dan isterinya Umm Jamil sebenar-benarnya merupakan musuh paling sengit kepada Rasulullah sejak awal kerasulan baginda lagi.

Dengan demikian, Fatimah r.ha telah menyaksikan bagaimana kakak-kakaknya meninggalkan keluarganya seorang demi seorang setelah dikahwinkan dengan suami masing-masing. Belaiu pada waktu itu masih terlalu mentah untuk memahami maksud sesuatu pernikahan dan sebab mengapa kakak-kakak beliau terpaksa tinggal bersama suami masing-masing. Beliau sangat menyayangi kakak-kakaknya dan berasa sedih dan sunyi apabila mereka meninggalkan rumah tempat tinggal keluarganya. Beliau dikatakan diselubungi suatu kesedihan yang mendalam pada ketika itu.

Namun begitu, beliau tidak keseorang di rumah walaupun kakak-kakaknya telah berkahwin dan berpindah bersuami mereka. Barakah yang merupakan pembantu Aminah, ibu Rasulullah, yang menjaga baginda sejak lahir, Zaid bin Harithah dan Ali, anak kepada Abu Talib, semuanya merupakan sebahagian dari isirumah baginda Rasulullah pada ketika itu. Tidak terkecuali juga ibu beliau yang pengasih iaitu Saidatina Khadijah r.ha al-Khuwailid.

Melalui ibunya serta Barakah, Fatimah r.ha memperoleh ketenangan dan keselamatan. Ali yang berumur dua tahun lebih tua dari beliau, membekalkan kasih sayang seorang abang dan seorang kawan serta mengambil tempat lelaki Fatimah r.ha, al-Qasim yang meninggal ketika masih bayi. Seorang lagi saudara Fatimah r.ha, Abdullah yang digelar the Good and the Pure, yang lahir selepas Fatimah r.ha, juga meninggal ketika masih bayi. Walaupun begitu, tidak seorang pun di rumah bapanya yang mempu memberikan kegembiraan seperti yang dirasakan Fatimah r.ha bersama kakak-kakak beliau. Fatimah r.ha merupakan seorang yang berjiwa sensitive sejak kecil.

Ketika berusia lima tahun, Fatimah r.ha menerima berita tentang kerasulan bapanya. Tugas baginda yang utama adalah menyampaikan berita baik iaitu Islam kepada kaum kerabat serta sahabat-sahabat terdekat baginda serta mengajak mereka mengesakan Allah. Ibu Fatimah r.ha, wanita sumber kekuatan dan sokongan kepada bapanya, telah menerangkan kepada Fatimah r.ha tugas yang kini ditanggu oleh bapanya. Sejak dari itu, Fatimah r.ha semakin rapat dengan baginda Rasulullah dan menumpahkan kasih saying yang tidak terbatas buat bapanya. Fatimah r.ha sering kelihatan mengiringi baginda menelusuri lorong-lorong sempit sekitar kota Makkah, mengunjungi Kaabah atau menghadiri pertemuan-pertemuan rahsia dengan pengikut-pengikut baginda yang paling awal menerima Islam dan bersumpah setia dengan baginda.

Pada suatu hari, ketika umur Fatimah r.ha belum mencecah sepuluh tahun, beliau telah menemani bapanya ke masjidil-Haram. Beliau berdiri menghadap Kaabah di tempat yang dikenali sebagai al-Hijr lalu menunaikan sembahyang. Fatimah r.ha berdiri di sisi baginda. Sekumpulan orang Quraisy yang sudah pasti membenci baginda mengurumi Rasulullah yang sedang bersolat itu. Di antara mereka termasuklah Abu Jahl ibn Hisyam bapa saudara Rasulullah, Uqbah ibn Abi Muayt, Umayyah ibn Khalaf, serta Shaybah dan Utbah, anak-anak lelaki Rabi’ah. Dengan niat yang keji, mereka menghampiri Rasulullah dan ketua di antara mereka iaitu Abu Jahl bertanya : ‘Siapa di antara kamu yang boleh memdapatkan usus binatang sembelihan untuk kita campakkan kepada Muhammad?’

Uqbah ibn Abi Muayt, orang yang paling keji di antara mereka, menawarkan diri dan bergegas pergi untuk melakukan perkara jahat tersebut. Uqbah kembali dengan usus binatang sembelihan lalu melemparkannya ke atas bahu Rasulullah s.a.w. ketika baginda sedang sujud. Salah seorang sahabat Rasulullah iaitu Abdullah bin Mas’ud hadir ketika kejadian itu namun tidak mampu berkata atau berbuat apa-apa.

Bayangkan perasaan Fatimah r.ha tatkala beliau menyaksikan bapanya diperlakukan sebegitu rupa. Apakah yang mampu dilakukan oleh kanak-kanak berusia sepuluh tahun itu? Beliau menghampiri bapanya lalu membuang bahan kotoran tersebut lalu berpaling dan memarahi kumpulan orang Quraisy tadi. Mereka pula tidak mengeluarkan walau sepatah kata pun kepada Fatimah r.ha. Rasulullah mengangkat kepala setelah selesai bersujud lalu terus menyempurnakan solatnya. Kemudia baginda berdoa : ‘Ya Allah, hukumlah hukumlah orang-orang Quraisy itu!’ serta diulangi baginda doa itu sebanyak tiga kali.

Sambung baginda lagi : ‘Semoga kau menghukum Utbah, Uqbah, Abu Jahl dan Shaybah.’ (Mereka yang disebut Rasulullah di dalam doa baginda ini akhirnya terbunuh beberapa tahun kemudian di dalam perang Badar).

Pada suatu kejadian yang lain, Fatima bersama Rasulullah ketika baginda melakukan tawaf di sekeliling Kaabah. Sekumpulan orang Quraisy mengelilingi baginda. Mereka memegang baginda dengan kasar dan cuba mencekik baginda dengan pakaiannya. Fatimah r.ha hanya mampu menjerit meminta tolong. Abu Bakr segera ke tempat kejadian dan berjaya membebaskan Rasulullah s.a.w. Sambil cuba membebaskan Nabi Allah itu, Abu Bakr merayu ; ‘Sanggupkan kalian membunuh orang yang memperakui “Allah Tuhanku”?’ Enggan mengalah, puak musyrikin Quraisy itu menyerang pula Abu Bakr hingga kepala dan wajah beliau berlumuran darah.

Penentangan yang begitu hebat dan penindasan kejam terhadap bapanya serta umat Islam telah disaksikan oleh Fatimah r.ha yang masih kecil itu. Beliau jauh dari berdiam diri dan bersembunyi, bahkan turut serta dalam perjuangan untuk menegakkan bapanya serta risalah yang dibawa oleh baginda. Beliau masih lagi di usia yang mentah dan bukan kehidupan riang dan gelak ketawa yang mengiringi kehidupan muda belaiu tetapi penyaksian dan penglibatan dalam dugaan-dugaan besar yang beliau hadapi.

Namun begitu, beliau tidak keseorang dalam mengharungi semua itu. Seluruh keluarga Nabi menderita akibat kekejaman dan kebencian puak Quraisy terhadap mereka. Kakak beliau, Ruqayyah dan Umm Kalthum turut menderita. Pada ketika ini mereka sedang tinggal di tempat yang seakan-akan pusat tumpuan segala kebencian dan penentangan terhadap Rasulullah s.a.w. Suami mereka adalah Utbah dan Utaybah, anak Abu Lahab dan Umm Jamil. Umm Jamil terkenal dengan parawakan beliau yang garang dan bengis serta lidah yang tajam. Beliau adalah antara sebab utama Khadijah r.ha kurang bersetuju dengan perkahwinan anak-anaknya dengan anak Umm Jamil sejak dari awal. Sudah pasti Umm Kalthum dan Ruqayyah tersiksa hidup di rumah musuh-musuh yang bukan sahaja turut serta bahkan mengepalai gerakan menentang bapa mereka.

Sebagai satu penghinaan ke atas Muhammad s.a.w. dan keluarga baginda, Utbah dan Utaybah digesa oleh ibubapa mereka agar menceraikan isteri masing-masing. Ini merupakan sebahagian dari langkah-langkah pemuluan terhadap Rasulullah s.a.w. Sebaliknya Rasulullah menerima dengan gembira dan lega akan kepulangan anak-anaknya yang tersayang.

Fatimah r.ha sudah tentu gembira kerana berpeluang bersama kakak-kakaknya kembali. Mereka semua mengharapkan agar Zainab r.ha juga diceraikan oleh suaminya. Bahkan, puak musyrikin Quraisy turut mendesak Abu al-Aas agar menceraikan Zainab r.ha, beliau menjawab :‘Aku mencintai isteriku sepenuh hatiku dan aku menghormati dan memandang tinggi bapanya meskipun aku belum memasuki agama Islam.’

Kedua-dua Ruqayyah dan Umm Kalthum gembira kerana dapat kembali ke pangkuan ibubapa mereka serta meninggalkan deraan mental yang sering dihadapi ketika tinggal bersama Umm Jamil. Tidak lama kemudian, Ruqayyah telah dikahwinkan dengan Uthman bin Affan, pemuda yang pemalu dan antara orang terawal yang memeluk Islam. Ruqayyah dan Uthman telah menyertai hijrah ke Habsyah untuk mencari perlindungan serta tinggal di sana selama beberapa tahun lamanya. Fatimah r.ha tidak bertemu dengan Ruqayyah lagi sehinggalah ketika ibu mereka meninggal dunia.

Penindasan terhadap Rasulullah, keluarga dan pengikut-pengikut baginda berterusan bahkan bertambah teruk setelah penghijrahan sebahagian umat Islam ke Habsyah. Pada lebih kurang tahun ketujuh selepas nubuwwah, baginda dan keluarga baginda dipaksa meninggalkan rumah mereka dan pergi ke sebuah lembah kering kontang yang dikelilingi bukit bukau serta hanya boleh dimasuki melalui satu lorong kecil dari Makkah.

Di lembah tandus itulah tempat Muhammad s.a.w. bersama-sama dengan ahli keluarga Banu Hashim dan al-Muttalib dipaksa tinggal dengan bekalan makanan yang terhad. Fatimah r.ha merupakan antara yang termuda di kalangan mereka – beliau berusia lebih kurang dua belas tahun – dan turut merasa hidup tersiksa berbulan-bulan lamanya. Tangisan wanita dan kanak-kanak kelaparan boleh didengar hingga ke kota Makkah.

Kaum Quraisy menghalang sebarang perhubungan dengan umat Islam yang dipulaukan itu. Kesengsaraan mereka hanya berkurangan sedikit tatkala tiba musim haji. Pemulauan itu berlangsung selama tiga tahun. Setelah ia berakhir, Rasulullah terpaksa pula berhadapan dengan lebih banyak cubaan dan dugaan. Khadijah r.ha, isteri yang setia dan patuh, meninggal tidak lama kemudian. Dengan pemergian Khadijah r.ha, keluarga Rasulullah telah kehilangan satu punca ketenangan dan kekuatan yang mempertahankan mereka pada waktu-waktu ditimpa kesusahan. Tahun di mana Khadijah r.ha, dan kemudiannya Abu Talib r.a., meninggal dunia dikenali sebgai Tahun Kesedihan. Fatimah r.ha yang kini di alam remaja bergitu berdukacita atas pemergian ibunya. Beliau sering menitiskan air mata dan jatuh sakit buat satu ketika disebabkan terlalu sedih. Bahkan beliau dikhuatiri meninggal dunia akibat kesedihan yang melampau.

Walaupun kakaknya Umm Kalthum tinggal bersamanya pada waktu itu, Fatimah r.ha merasakan satu tanggungjawab besar yang harus beliau pikul setelah pemergian ibunya. Beliau menyedari perlunya sokongan yang lebih besar untuk bapanya. Dengan penuh kasih saying, beliau menumpukan seluruh tenaga dalam menjaga setiap keperluan bapanya. Komitmen beliau yang begitu serius terhadapa Rasulullah telah menyebabkan beliau diberi gelaran ‘Umm Abi-ha’ yang bermaksud ‘Ibu kepada Bapanya’. Beliau jugak memberikan sokongan moral dan ketangan rohani ketika baginda dilanda dugaan-dugaan dan kesulitan.

Kadang kala beliau tidak mampu menghadapi dugaan yang tiba. Pada ketika ini, berlaku satu kejadian di mana sekumpulan penyangak Quraisy telah mencampakkan debu kotoran dan tanah ke atas kepala baginda Rasulullah s.a.w.

Sebaik sahaja baginda pulang ke rumah, Fatimah r.ha menghilangkan kotoran itu dari kepala baginda sambil menangis: 'Jangan engkau menangis, wahai anakku,’ kata baginda, ‘Allah akan melindungi bapamu.’ Baginda Rasulullah terutamanya sangat menyayangi Fatimah r.ha. Baginda pernah bersabda, ‘Barangsiapa menyenangkan Fatimah r.ha, maka dia telah menyenangkan Allah dan barangsiapa membuatkan Fatimah r.ha murka, maka dia telah membuatkan Allah murka kepadanya. Fatimah r.ha adalah sebahagian dariku. Apa yang menyenangkannya, menyenangkanku dan apa yang tidak menyenangkannya adalah tidak menyenangkankan bagiku.’

Beliau turut bersabda, ‘Ada empat wanita yang terbaik di dunia ini : Mariam, Aasiyah isteri firaun, Khadijah r.ha ummul mukminin, dan Fatimah r.ha anak Muhammad.’ Dengan demikian Fatimah r.ha menempati kedudukan istimewa di hati Rasulullah yang hanya dimiliki isteri baginda, Khadijah r.ha.

Fatimah r.ha diberi gelaran ‘az-Zahraa’ yang bermaksud “Yang Menawan”. Ini disebabkan wajahnya yang berseri-seri seakan mengeluarkan cahaya. Apabila beliau menunaikan solat, mihrab di hadapannya dikatakan memantulkan cahaya dari wajahnya. Beliau juga turut digelar ‘al-Batul’ disebabkan sifat syadidnya. Beliau jarang menghabiskan masa bersama wanita-wanita lain. Sebaliknya beliau menggunakan masa yang ada untuk menunaikan solat, membaca al-Quran serta melakukan ibadat-ibadat lain.

Fatimah r.ha memiliki ciri-ciri mirip bapanya, Rasulullah s.a.w. Aisyah isteri baginda pernah berkata : ‘Aku tidak melihat makhluk ciptaan Allah yang menyerupai Rasulullah dari segi bercakapan, perbualan dan perlakuan kecuali Fatimah r.ha Apabila Rasulullah nampak Fatimah r.ha datang kepadanya, baginda akan mengalu-alukannya, bangun lalu mengucup tangannya, memimpinnya dan mendudukkan beliau di tempat baginda. Fatimah r.ha akan melakukan perkara yang sama apabila Rasulullah datang kepadanya. Beliau akan bangun dan menerima baginda dengan gembira dan mencium baginda.

Perlakuannya yang sopan dan percakapannya yang lemah lembut merupakan sebahagian dari keperibadian Fatimah r.ha yang indah dan disegani. Beliau sangat pemurah terhadap fakir miskin dan sangat mudah menyedekahkan apa jua yang dimiliki untuk membantu golongan ini meskipun beliau sendiri kelaparan. Beliau tidak sesekali menginginkan perhiasan dunia atau keselesaan dan kemewahan hidup. Fatimah r.ha hidup penuh tawaddhuk, namun ada ketikanya ketahan beliau tercabar dalam mengahadapi dugaan yang mendatang.

Fatimah r.ha mewarisi kelembutan lidah dalam berkata-kata yang berpunca dari ketinggian ilmu. Apabila beliau berucap, kata-katanya mampu menyentuh hati para pendengarnya sehinggakan menitiskan airmata. Beliau dikurniakan bakat dan kebersihan hati yang membolehkannya menggerak dan mendekatkan hati orang ramai kepada mengagungkan Allah s.w.t dan mensyukuri nikmatNya yang tidak terbatas.

Fatimah r.ha berhijrah ke Madinah beberapa minggu selepas penghijrahan Rasulullah s.a.w. Beliau pergi bersama Zaid bin Harithah yang telah diutuskan oleh baginda untuk membawa ahli keluarganya ke Madinah. Rombongan hijrah itu terdiri daripada Fatimah r.ha dan Umm Kalthum, Sa’udah isteri Rasulullah, Barakah isteri Zaid beserta anaknya Usamah. Turut sama dalam rombongan tersebut ialah anak Abu Bakar, Abdullah yang mengiringi ibunya dan kakaknya, Aisyah dan Asma.

Fatimah r.ha tinggal di Madinah bersama bapanya di sebuah rumah kecil yang dibina Rasulullah bersebelahan dengan Masjid Nabawi. Pada tahun kedua Hijrah, Fatimah r.ha menerima beberapa lamaran perkahwinan melalui bapanya, dan dua daripada lamaran tersebut ditolak. Kemudian Ali bin Abi Talib berjaya menguatkan semangatnya lalu bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dengan lamaran untuk mengahwini Fatimah r.ha. Namun begitu, Ali menjadi gementar ketika berhadapan dengan baginda Rasulullah lalu tidak dapat menyuarakan hajatnya. Beliau hanya tunduk ke bawah tanpa berkata-kata. Lalu Rasulullah pun bertanya : ‘Apakah tujuan kau ke mari? Adakah kau memerlukan sesuatu?’ Ali masih belum dapat bersuara maka Rasulullah s.a.w. pun mencadangkan; ‘Adakah engkau datang untuk melamar Fatimah r.ha?’

‘Ya,’ jawab Ali. Dengan itu, menurut sesetangah riwayat, baginda Rasulullah hanya menjawab : ‘Marhaban wa ahlan – Selamat datang ke dalam keluargaku,’ dan jawapan ini diterima oleh Ali dan sekumpulan orang Ansar yang menunggunya di luar rumah sebagai penerimaan Rasulullah terhadap lamaran tersebut. Satu riwayat lain melaporkan bahawa Rasulullah telah menerima lamaran Ali itu dan bertanya kepada Ali sekiranay dia mempunyai sesuatu yang boleh dijadikan sebagai mahr. Ali menjawab tidak. Rasulullah s.a.w. mengingatkan bahawa beliau mempunyai sebuah perisai yang boleh dijual.

Lalu Ali menjual perisai tersebut kepada Uthman dengan harga empat ratus dirham. Namun ketika sedang menuju ke rumah Rasulullah untuk menyerahkan mahr tersebut, Uthman berkata kepadanya : ‘Aku memulangkan perisai ini kepada engkau sebagai hadiah sempena perkahwinan engkau kepada Fatimah r.ha.’ Dengan itu, Fatimah r.ha dan Ali telah dinikahkan kemungkinan sekali pada awal tahun kedua Hijrah.

Umur Fatimah r.ha pada ketika itu lebih kurang sembilan belas tahun manakala Ali berusia lebih kurang dua puluh satu tahun. Upacara akad nikah telah dilakukan oleh baginda Rasulullah sendiri. Pada upacara walimah pula, para tetamu dihidangkan dengan buah tamar, tiin dan hais (hidangan tamar bercampur lemak mentega). Seorang lelaki ansar yang terkemuka telah menyedahkan seekor kambing manakala beberapa orang yang lain menawarkan gandum sebagai hadiah. Seluruh Madinah meraikan hari yang bahagia itu.

Sempena perkahwinan tersebut, Rasulullah diriwayatkan telah menghadiahi Fatimah r.ha dan Ali dengan sebuah katil kayu yang dililit dengan daun pokok tamar, cadar baldu, sebuah bantal kulit yang diisi dengan pelepah tamar, sebuah karung kulit, sebuah tembikar, sebuah karung air dan penggiling untuk mengisar gandum.

Fatimah r.ha meninggalkan rumah bapanya buat kali pertama untuk memulakan kehidupan bersama suaminya. Rasulullah s.a.w. yang pastinya mengambil berat terhadap anaknya Fatimah r.ha telah mengutuskan Barakah mengiringi Fatimah r.ha dan membantunya.

Barakah memainkan peranan penting dalam membantu Fatimah r.ha dalam menghadapi waktu-waktu kesulitan. Baginda Rasulullah telah berdoa untuk mereka :‘Ya Tuhanku, berkatilah mereka kedua, berkatilah rumah mereka dan berkatilah anak-anak mereka.’ Di rumah Ali yang kecil hanya terdapat sehelai kulit kambing sebagai tempat tidur. Di pagi selepas hari perkahwinan tersebut, Rasulullah pergi berkunjung ke rumah Ali lalu mengetuk pintunya. Barakah menjawab ketukan pintu dan Rasulullah pun berkata kepadanya :‘Ya Umm Aiman, panggilkan saudaraku.’ ‘Saudaramu? Dia itukah yang mengahwini anakmu?’ Tanya Barakah yang seolah berbunyi : ‘Mengapakah Rasulullah menggelar Ali saudaranya?’ (Baginda menggelar Ali sebagai saudaranya kerana baginda dan Ali dihubungkan dengan tali persaudaraan sebagaimana seorang Ansar dan Muhajjirin dipersaudarakan selepas peristiwa Hijrah.)

Rasulullah mengulangi kata-katanya dengan suara yang lebih tinggi. Ali pun datang ke pintu dan Rasulullah telah berdua meminta kerberkatan dari Allah kepadanya. Kemudian baginda memanggil Fatimah r.ha. Beliau datang dengan penuh segan silu lalu berkata Rasulullah kepadanya : ‘Aku telah mengahwinkan engkau kepada ahli keluargaku yang paling aku sayangi.’ Kata-kata Rasulullah ini bertujuan menenangkan hati Fatimah r.ha. Beliau bukanlah sedang memulakan kehidupan baru bersama seseorang yang tidak dikenali tetapi dengan seseorang yang telah membesar bersamanya, seseorang yang merupakan orang paling awal memeluk Islam pada usia yang sangat muda, seseorang yang terkenal dengan semangat yang tinggi, keberanian dan ketakwaannya, seseorang yang digelar Rasulullah s.a.w. sebagai ‘saudaranya di dunia dan di akhirat.’

Kehidupan Fatimah r.ha bersama Ali tidak dihiasi dengan kemewahan, sama seperti kehidupannya bersama Rasulullah s.a.w. Dari segi keselesaan material, kehidupannya serba kekurangan dan kesempitan. Sepanjang hidup mereka sebagai suami isteri, Ali tetap miskin kerana beliau tidak berusaha mengumpul harta kekayaan. Fatimah r.ha merupakan satu-satunya di antara adik-beradiknya yang tidak berkahwin dengan suami yang kaya.

Bahkan, boleh dikatakan bahawa kehidupan Fatimah r.ha bersama Ali lebih sukar berbanding kehidupannya bersama Rasulullah s.a.w. Sekurang-kurangnya, di rumah Rasulullah sentiasa ada orang-orang yang sedia membantunya menajalakan tugas-tugas harian. Namun kini beliau harus menguruskan tanggungjawabnya sendirian. Sebagai sumber pendapatan, Ali bekerja sebagai pengangkut air manakala Fatimah r.ha pula mengisar gandum. Pernah suatu ketika Fatimah r.ha berkata kepada Ali : ‘Aku telah mengisar gandum sehingga tanganku luka-luka.’ ‘Aku telah mengangkut air sehingga dadaku sakit,’ kata Ali lalu mencadangkan kepada Fatimah r.ha : ‘Allah telah memberkati bapamu dengan beberapa orang tawanan perang, pergilah kau kepadanya dan mintalah agar dia memberikan seorang pembantu kepadamu.’

Dengan hati yang berat, Fatimah r.ha telah menemui Rasulullah yang berkata kepadanya : ‘Apa yang telah menyebabkan kau datang kemari, wahai anakku?’ ‘Aku datang dengan doa kesejahteraan buatmu,’ kata Fatimah r.ha, yang menjadi kelu sebaik berhadapan dengan Rasulullah s.a.w. ‘Apa yang telah engkau lakukan?’ Tanya Ali sebaik sahaja Fatimah r.ha pulang dari rumah bapanya.

‘Aku terlalu malu untuk meminta kepadanya,’ jawab Fatimah r.ha. Maka kedua mereka pun pergi menemui Rasulullah untuk menyampaikan permintaan itu. Namun Rasulullah merasakan lebih ramai lagi orang lain yang lebih memerlukan dari mereka. ‘Aku tidak akan memberikannya kepada kamu,’ kata baginda, ‘dan membiarkan ahl as-Suffah (golongan miskin yang tinggal di masjid) dalam kelaparan. Aku tidak mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk menyara mereka….’

Ali dan Fatimah r.ha pulang ke rumah dengan perasaan hampa. Namun begitu, pada malam tersebut ketika mereka sedang tidur, mereka mendengar suara Rasulullah s.a.w. meminta izin untuk masuk ke rumah mereka. Mereka bingkas bangun untuk menyambut baginda namun Rasulullah berkata : ‘Duduk saja di situ,’ lalu baginda duduk bersama mereka. ‘Mahukah kamu sekiranya aku mengajar kamu sesuatu yang lebih baik dari apa yang kau minta dariku?’ Tanya baginda yang dijawab ya lalu baginda berkata lagi, ‘Jibrail telah mengajarku, hendaklah kamu berkata “Subhaan Allah – Maha suci Allah” sepuluh kali selepas setiap solat, dan “al-Hamdu Lillah – segala puji bagi Allah” sepuluh kali dan “Allahu Akbar – Allah Maha Besar” sepuluh kali. Dan apabila kamu hendak tidak, bacakan setiap satu itu tiga puluh tiga kali. Ali sering berkata kemudiannya : ‘Tidak pernah aku lupa untuk mengucapkannya setelah Rasulullah s.a.w. mengajarkannya kepada kami.’

Terdapat banyak riwayat yang menceritakan kepayahan hidup yang dialami oleh Fatimah r.ha. Di rumahnya sering tidak ada makanan. Pernah suatu ketika baginda Rasulullah s.a.w. berasa lapar. Beliau pergi ke rumah isteri-isterinya satu demi satu namun semuanya tidak mempunyai makanan. Baginda kemudiannya pergi ke rumah Fatimah r.ha namun beliau jugak tidak mempunyai sebarang makanan. Apabila baginda akhirnya memperoleh sedikit makanan, beliau telah mengirimkan dua buku roti dan sedikit daging kepada Fatimah r.ha. Pernah juga baginda Rasulullah berkunjung ke rumah Abu Ayyub al-Ansari dan diberikan sedikit makanan.

Sebahagian daripada makanan tersebut telah baginda simpan untuk diberikan kepada Fatimah r.ha. Fatimah r.ha jugak sedia maklum tentang keadaan Rasulullah yang sering ketiadaan makanan maka beliau juga akan membawakan makanan kepada baginda sekiranya beliau mampu. Pernah suatu ketika Fatimah r.ha membawa sedikit roti barli kepada Rasulullah dan baginda berkata : ‘Inilah makanan pertama yang dimakan oleh bapamu ini setelah tiga hari.’

Perbuatan-perbuatan baik terhadap bapanya itulah yang menggambarkan kasih saying Fatimah r.ha kepada Rasulullah dan baginda juga menyayangi Fatimah r.ha dengan sebenar-benarnya.

Pada suatu masa, baginda Rasulullah pulang dari suatu perjalanan ke luar Madinah. Tempat pertama yang dituju oleh baginda ialah masjid untuk menunaikan solat dua rakaat seperti kebiasaannya. Dan, seperti biasa juga, baginda terus menuju ke rumah Fatimah r.ha sebelum bertemu dengan isteri-isteri baginda. Fatimah r.ha menyambut kedatangan baginda dan mencium wajah baginda lalu menangis. ‘Mengapa engkau menangis?’ Rasulullah bertanya. ‘Aku melihat engkau, ya Rasulullah,’ katanya, ‘aku melihat wajahmu yang pucat dan pakaianmu yang koyak dan lusuh.’ ‘Wahai Fatimah r.ha,’ jawab Rasulullah dengan lemah lembut, ‘janganlah engkau menangis kerana Allah telah mengutuskan bapamu dengan satu tugas yang akan membawa perubahan kepada setiap rumah di muka bumi ini, baik di kota, desa atau di khemah-khemah (di padang pasir) dan membawa bersamanya kegemilangan atau keruntuhan sehinggalah tugas ini selasai sama seperti malam yang pasti akan datang.’ Kata-kata sedemikian sering kali membuatkan Fatimah r.ha lupa akan kesengsaraan dan kepahitan hidup dan membuka matanya kepada kebesaran dan kehebatan berita besar yang dibawa oleh bapanya.

Fatimah r.ha kemudiannya kembali tinggal di sebuah rumah berhampiran dengan rumah bapanya. Rumah tersebut telah dihadiahkan oleh seorang Ansar yang tahu bahawa Rasulullah pasti bergembira apabila anak kesayangannya itu tinggal berhampiran dengannya. Mereka mengharungi kemenangan dan kejayaan, kepedihan dan kepayahan hidup di kota Madinah yang bersejarah.

Pada pertengahan tahun kedua Hijrah, kakak beliau Ruqayyah telah diserang demam campak. Peristiwa ini terjadi sejurus selepas Peperangan Badar. Suami Rquayyah, Uthman, tinggal bersamanya untuk menjaga Ruqayyah lalu tidak dapat bersama di dalam peperangan tersebut. Ruqayyah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sejurus sebelum bapanya pulang ke Madinah.Antara perkara pertama yang dilakukan Rasulullah s.a.w. sekembalinya dari Madinah adalah menziarahi kubur Ruqayyah.

Baginda ditemani oleh Fatimah r.ha. Ini merupakan kehilangan yang pertama dialami di kalangan keluarga baginda yang terdekat selepas kewafatan Saidatina Khadijah r.ha. Fatimah r.ha amat berdukacita atas pemergian kakaknya yang tersayang. Air mata tidak berhenti mengalir sedang beliau duduk di sisi baginda Rasulullah di kubur Ruqayyah. Baginda menenangkan Fatimah r.ha dan mengesat airmatanya dengan jubah baginda.

Rasulullah s.a.w. pernah menegah umat Islam dari meratapi kematian seseorang, namun perkara ini telah disalahfahamkan. Sekembalinya Rasulullah dan Fatimah r.ha, terdengar suara Umar sedang memarahi wanita-wanita yang meratapi kematian ahli-ahli perang Badar dan juga Ruqayyah.

‘Umar, biarlah mereka menangis,’ kata baginda sambil menambah, ‘apa yang datang melalui hati dan melalui mata, itu adalah dari Allah dan belas kasihNya, akan tetapi apa yang datang melaui tangan dan melalui lidah, itu adalah dari Syaitan.’ ‘melalui tangan’ yang dimaksudkan baginda adalah perbuatan memukul dada dan menampar pipi, dan ‘melalui lidah’ bermaksud perbuatan membuat bising dengan menguatkan suara seperti yang sering dilakukan oleh kaum wanita bagi meraih simpati.

Uthman kemudiannya mengahwini seorang lagi anak perempuan Rasulullah iaitu Umm Kalthum, lalu beliau digelar ‘dhu an-Nurain’ yang bermaksud ‘Pemilik Dua Cahaya’.

Kesedihan yang dialami keluarga Rasulullah akibat kematian Ruqayyah telah diubati dengan kegembiraan apabila Fatimah r.ha melahirkan seorang bayi lelaki pada bulan Ramadhan tahun ketiga Hijrah. Baginda telah mengazankan bayi yang baru lahir itu dan menamakannya al-Hassan yang bermaksud ‘yang indah’.

Setahun kemudian pula Fatimah r.ha melahirkan seorang lagi anak lelaki yang diberi nama al-Husayn yang bermaksud ‘Hassan yang kecil’ atau ‘si kecil yang indah’. Fatimah r.ha sering membawa dua orang anaknya bertemu dengan datuk mereka yang begitu menyayangi mereka. Baginda membawa mereka ke masjid di mana mereka sering menaiki belakang Rasulullah ketika baginda sedang sujud. Perkara yang sama dilakukan oleh Rasulullah terhadap cucunya Umamah, anak perempuan Zainab r.ha.

Pada tahun kelapan selepas Hijrah, Fatimah r.ha melahirkan anaknya yang ketiga, seorang bayi perempuan yang dinamakan Zainab r.ha sempena kakaknya yang telah meninggal sejurus sebelum kelahiran tersebut. Bayi ini kemudiannya membesar dan mencipta nama sebagai ‘Perwira Karbala’. Anak beliau yang keempat dinamakan Umm Kalthum sempena kakaknya yang meninggal dunia setahun sebelum kelahiran anaknya itu.

Susur galur keturunan Rasulullah s.a.w. berterusan melalui anak-anak lelaki Fatimah r.ha. Kesemua anak lelaki Rasulullah s.a.w. meninggal dunia ketika masih bayi manakala kedua orang anak lelaki Zainab r.ha yang bernama Ali dan Umamah turut meninggal ketika masih kecil. Anak lelaki Ruqayyah, Abdullah juga meninggal sebelum sempat mencecah umur dua tahun. Ini merupakan salah satu sebab mengapa Fatimah r.ha mempunyai kedudukan yang istimewa.

Walaupun Fatimah r.ha sering sibuk kerana mengandung, melahirkan serta membesarkan anak-anaknya, beliau tetap cuba melibatkan diri dengan urusan umat Islam di Madinah yang kian hari kian bertambah. Sebelum mendirikan rumahtangga, beliau memainkan peranan sebagai seorang pelayan kepada golong miskin ahl as-Suffah. Sebaik sahaja Perang Badar berakhir, beliau bersama-sama dengan wanita Muslim yang lain bergegas ke medan perang. Di sana beliau meratapi umat Islam yang telah syahid serta menghabiskan masanya merawat kecedaraan bapanya. Ketika peristiwa Perang Tabuk pula, Fatimah r.ha memainkan peranan penting dalam menyediakan bekalan makanan untuk para pejuan Islam mengharungi pertempuran yang panjang itu. Fatimah r.ha juga menjadi imam ketika solat bersama wanita-wanita lain dan di tempat itu kini berdiri sebuah masjid yang digelar Masjid Fatimah r.ha. Ia merupakan salah satu daripada tujuh masjid dimana para mukmin diberi syafaat yang tinggi sekiranya menunaikan solat di masjid tersebut.

Fatimah r.ha turut mengiringi Rasulullah s.a.w. dalam menunaikan umrah pada tahun keenam Hijrah selepas termaktubnya Perjanjian Hudaibiyah. Pada tahun berikutnya, Fatimah r.ha bersama kakaknya Umm Kalthum turut serta bersama umat Islam lain dalam peristiwa pembukaan kota Makkah oleh baginda Rasulullah s.a.w. Fatimah r.ha dan Umm Kalthum dikatakan telah menziarahi rumah ibu mereka Khadijah r.ha serta mengenang kembali zaman kanak-kanak mereka dan zaman awal Islam, mengenang kembali jihad dalam menegakkan agama Allah ketika Rasulullah mula-mula tugas kerasulannya.

Pada bulan Ramadhan tahun kesepuluh Hijrah, iaitu sebelum Rasulullah menunaikan haji wida’, Rasulullah telah memberitahu Fatimah r.ha suatu rahsia yang belum diketahui orang lain : ‘Jibril membacakan al-Quran kepadaku dan aku mengulangi bacaanku kepadanya sekali setiap tahun, akan tetapi pada tahun ini Jibril telah membacakan al-Quran kepadaku sebanyak dua kali. Aku tidak memikirkan yang lain kecuali masaku telah tiba.’

Sekembalinya baginda dari haji wida’, baginda telah jatuh sakit teruk. Hari-hari terakhir baginda sebelum wafat dihabiskan di rumah Saidatina Aisyah r.a. Apabila Fatimah r.ha datang menziarahi bapanya, Aisyah akan beredar meninggalkan Fatimah r.ha bersama bapanya.

Pada suatu hari baginda memanggil Fatimah r.ha. Apabila beliau datang, Rasulullah mencium Fatimah r.ha dan membisikkan sesuatu di telinganya. Fatimah r.ha pun menangis. Kemudian baginda berbisik lagi ke telinga Fatimah r.ha lalu beliau tersenyum.

Aisyah yang melihat perkara tersebut bertanya : ‘Engkau menangis dan ketawa dalam masa yang sama Fatimah r.ha? Apakah yang Rasulullah katakan kepadamu?’

‘Rasulullah memberitahuku bahawa baginda akan menemui Tuhannya tidak lama lagi lalu aku pun menangis. Kemudian baginda berkata : “Janganlah menangis kerana engkau adalah orang pertama dari keluargaku yang akan mengikuti jejakku.” Maka aku pun ketawa.’

Tidak lama kemudian Rasulullah meninggal dunia. Fatimah r.ha sangat bersedih dan sering dilihat menangis tanpa henti. Salah seorang sahabat mengatakan beliau tidak pernah melihat Fatimah r.ha ketawa setelah kewafatan Rasulullah s.a.w.

Pada suatu pagi di awal bulan Ramadhan, tidak sampai lima bulan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., Fatimah r.ha bangun dari tidur dengan wajah yang ceria dari biasa. Pada waktu tengah hari pada hari itu, beliau dikatakan telah memanggil Salma binti Umays yang sedang menjaga beliau pada ketika itu. Fatimah r.ha meminta sedikit air untuk mandi. Kemudian beliau mengenakan pakaian baru dan memakai wangi-wangian. Seterusnya Fatimah r.ha meminta Salmah meletakkan katilnya di halaman rumah beliau. Dengan wajahnya memandang ke arah langit, beliau memanggil suaminya, Ali.

Beliau terkejut melihat isterinya yang sedang berbaring di tengah halaman itu dan bertanya jika ada sesuatu yang tidak kena. Fatimah r.ha hanya tersenyum sambil menjawab : ‘Aku ada temujanji dengan Rasulullah s.a.w. pada hari ini.’

Ali mula menangis dan Fatimah r.ha cuba menenangkan beliau. Beliau berpesan kepada Ali agar menjaga anak-anak mereka Hassan dan al-Husayn. Beliau juga berpesan agar jenazahnya dikebumikan tanpa sebarang upacara. Beliau telah dimandikan dan dikuburkan pada malam hari secara rahsia mengikut wasiat yang telah diwasiatkan oleh Sayyidah  Fatimah r.ha r.ha sendiri.ketika pengkebumiaannya,Ali r.a. dan anak2 mereka serta beberapa orang sahabat yang tertentu sahaja hadir. Makam Sayyidah Fatimah r.ha r.ha sehingga ke hari ini masih lagi tidak diketahui. Setelah itu, beliau memandang kembali ke langit, memejamkan matanya lalu menyerahkan jiwanya ke pangkuan Illahi.

Beliau, Fatimah r.ha az-Zahra, hanya berusia dua puluh sembilan tahun.

Posted on Wednesday, December 11, 2013 by wirajiwa Faintallah

No comments

Harga yang perlu dibayar dengan penggulingan presiden Mursi : puas hati sekarang??


Seorang lelaki yang berketurunan petani dari delta sungai Nil, membesar dalam persekitaran agama, dan ilmu akademik duniawi, membawa lelaki ini ke tahap pencapaian akademik dan kebendaan yang cukup tinggi. Ber dekad menjadi pensyarah kejuruteraan kimia di Universiti dalam dan luar negara, Menjadi staff muslim di NASA, malah menerima gelaran Profesor, itu semua tidak membawa lelaki ini jauh dari ALLAH. beliau, Mohamed Mursi merupakan seorang haffiz al Quran, malah isteri dan 5 orang anaknya juga turut dididik menjadi hafiz al Quran.


Jun 2012, Mursi dilantik menjadi presiden Mesir. Beliau yang memilih Ikhwanul Muslimin sebagai landasan juang hidupnya, tidak pernah mencalonkan dirinya, sebaliknya dipilih oleh syura. Presiden Mursi yang meringkuk didalam Penjara sewaktu era Hosni, kini diangkat menjadi presiden sebuah negara Mesir yang disebut berkali-kali didalam Al Quran.

Presiden Mesir menyahut perlantikan ini dengan ucapan syukur dan mengimami solat hajat dan sunat syukur. Lantas berpidato umpama Khalifah Abu Bakar dan Umar. Tidak menunggu lama, beliau telah berusaha sehabis daya untuk memulihkan hubungan umara’ dan para ulama mesir yang telah lama terpisah sejak era 32 tahun Hosni. Lelaki berani ini, menolak surat ucapan tahniah dari Israel atas kemenangannya. Beliau membuktikan, beliau bukan mudah diperalat dan diboneka kan seperti patung-patung negara arab yang lain. Morsi telah membuka semula pintu sepadan Rafah antara Mesir dan Gaza, bagi memudahkan urusan penghantaran bantuan. Ini merupakan jasa terbesar beliau dan kemerdekaan terbesar rakyat Gaza dan kesenangan hakiki kepada para sukarelawan Gaza.


Morsi tidak cukup dengan itu, mengaum deras di persidangan NAM di Tehran dengan memulakan aluan ucapannya dengan memuji-muji saidina Abu Bakar dan Umar, sedangkan beliau sedang berada di negara Syiah yang sering mencerca para sahabat nabi ini. Didalam ucapannya itu, Presiden Morsi telah mengutuk sekeras kerasnya tindakan rejim Basyar keatas rakyat Syria hingga memaksa delegasi syria yang turut berada di dewan itu melangkah keluar dewan dengan rasa tidak puas hati.


Didalam negara pula, presiden Mursi berkeras untuk tetap tinggal di rumah lamannya berbanding tinggal di istana mewah presiden. Beliau memutuskan agar pegawai-pegawai tentera yang berpanas untuk mengawalnya, agar tidak perlu berkawal dan boleh mencari tempat berteduh. Ucapannya yang paling popular, “tidak mengapa, ALLAH ada untuk menjaga saya..” setelah sekian lama Mesir berada dalam cengkaman kerajaan yang pro israel, alhamdulillah kini mesir merdeka dan bakal mendirikan kerajaan khilafah yang pemimpinnya seorang protaz (profesional dan ustaz).


Namun! 3 julai 2013 merubah segala-galanya. Golongan kecil manusia bodoh di Mesir berusaha keras untuk menjatuhkannya. Tidak cukup dengan itu, pegawai tertinggi tentera juga berpaling tadah. Ini membuatkan kumpulan kecil ini menjadi garang dan besar hingga menyaksikan penggulingan kerajaan Mursi dilakukan dengan cara yang sangat biadap!


Dunia islam yang terkenal dengan bacul dan pengecut tahap langit ke tujuh, seperti biasa, mendiamkan diri. Rumah presiden ini dikepung puak khianat ini. Ancaman bertalu talu menghala kearahnya. Dan, profesor dr.Mohamed Mursi Al Hafiz ini akhirnya karier politiknya ditamatkan dengan cara yang cukup kurang ajar. Bagi Morsi, beliau tidak rugi apa-apa. 30 juzuk masih kekal didalam dadanya, profesor dan pakar kejutueraan kimia masih segar di kepalanya. siapa yang rugi dalam hal ini??


Kita!! Termasuk Malaysia. Isu mursi adalah isu dunia islam sejagat. Bukan sekadar isu dalaman mesir semata-mata. Saya sangat sedih bila melihat negara-negara islam dunia menjadi tuli dan bisu dengan pengkhianatan ini, sebaliknya hanya Turki yang menyuarakan sokongan penuh kepada Presiden Mursi. Adakah hanya turki sahaja negara islam didalam dunia ini??

Selepas ini, penempatan tenteran israel di tanah arab akan mara semula, pintu sempadan rafah yang merupakan talian hayat penduduk Gaza bakal ditutup kembali, ulama mesir akan dipinggir dan disingkir semula,rakyat Mesir akan kembali berada dalam wilayah pemerintahan diktator kekeluargaan yang tidak berperi kemanusiaan dan menjadi balaci barua yahudi.

Usah salahkan yahudi dalam hal ini, kerana sebilangan kecil manusia muslim di mesir yang bodoh dan bertindak diluar timbang rasa Iman. Mengapa 32 tahun kezaliman Hosni anda diamkan, 1 tahun perubahan Morsi anda bertindak keterlaluan? Padamlah cahaya dari bumi mesir ini, hilang satu-satunya suara lantang dari negara islam dunia.


Sejarah hanya berulang semula, Umar Abd Aziz hanya sempat memerintah dua tahun, lalu dibunuh oleh kerabat sendiri kerana khianat. Sedangkan baginda memerintah dengan cukup adil. Begitu juga Saidina Uthman, beliau dibunuh ketika usianya 86 tahun, rumahnya dikepung selama 40 hari oleh golongan pemuda islam yang bodoh, lalu beliau dikerat tangannya , dan dipancung tanpa belas kasihan oleh pedang milik islam sendiri. sejarah sekadar berulang. Disebalik kebodohan minoriti muslim ini, kita pemerhati luar tidak sudah-sudah menghentam Yahudi yang berada disebalik konspirasi ini. CUKUP!! Berhenti menunding jari kepada Yahudi, pandanglah kepada diri sendiri! ahh.. mudah benar kita ini, berlaku apa-apa kekalutan dan kecelakaan, kita berasalan, ‘ahh.. ini agenda Yahudi.’ Sedangkan yang berteriak membakar gambar Morsi, memancung saidina Uthman, dan membunuh Khalifah Umar Abd Aziz adalah mereka yang sama mengucap dua kalimah syahadah! Kalau benar pun Yahudi terlibat, apakah bodoh benar kita ini untuk mengikut mereka?? Ya.. peristiwa pembunuhan saidina Uthman menyaksikan puak Yahudi yang mengapi-apikan kemarahan. Tetapi siapa yang mara membawa pedang meragas istana dan memancung saidina Uthman?? Bukankah islam itu sendiri? Yahudi hanya bertepuk tangan. Silap-silap, Yahudi berkata didalam hati, “alamak, gua acah je.. sampai mati pemimpin mereka dibuatnya..”


Buat kita pemerhati luar, bukalah tempurung besimu, lihatlah sekitar mu kini, maka nanti aku akan bertanya, puas hati sekarang? Disaat nanti pintu sepadan rafah kembali dikunci, negara mesir kembali ditindas, aku ingin bertanya, ‘puas hati sekarang?” dan ketika islam dimain-mainkan, dihina, negara islam dizalimi, dan ketika itu OIC berlari bersembunyi dalam dasar laut, ketika itu semua mencari mana pemimpin negara islam yang berani bangun melawan? Pandang kiri, saudi menyorok dibawah meja, pandang kanan, Malaysia berlari bersembunyi dalam bilik paip bomba, dan ketika itu, aku ingin bertanya, “Puas hati sekarang?”


Musuh islam sedang berpesta, dan si bodoh-bodoh di mesir itu pun sedang bergembira, entah apa yang mereka suka. Ingat, jika Morsi hidup, ia tetap pakar kejuruteraan kimia, 30 juzuk tetap tak lekang dalam kepalanya, dan jika beliau mati pun, syurga sedang menantinya. Sekarang kita dan musuh islam sama-sama bersuka. Tunggulah.. tak lama.. nanti dunia islam akan kembali menderita. Ketika itu, aku ingin bertanya, mungkin ini yang kalian mahukan,


PUAS HATI SEKARANG??!

Posted on Wednesday, December 11, 2013 by wirajiwa Faintallah

No comments

Tuesday, December 10, 2013

Dia membesar dalam suasana kesusahan. Bondanya pergi ketika usianya terlalu muda dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Sejak itu,dialah yang mengambil alih tugas menguruskan rumahtangga sepertimemasak, mencuci, mengemas rumah dan menguruskan keperluan ayahandanya.

Di sebalik kesibukan itu, dia juga adalah seorang yang paling kuat beribadah. Keletihan yang ditanggung akibat seharian bekerja menggantikan tugas ibunya yang telah pergi itu, tidak pula menghalang .Sayidatina Fatimah daripada bermunajata dan beribadah kepada Allah SWT.Malam- malam yang dilalui, diisi dengan tahajud, zikir dan siangnya pula dengan sembahyang, puasa, membaca Al Quran dan lain-lain. Setiap hari, suara halusnya mengalunkan irama Al Quran.

Di waktu umurnya mencapai 18 tahun, dia dikahwinkan dengan pemuda yang sangat miskin hidupnya. Bahkan oleh kemiskinan itu, untuk membayar mas kahwin pun suaminya tidak mampu lalu dibantu oleh Rasulullah SAW. Setelah berkahwin kehidupannya berjalan dalam suasana yang amat sederhana, gigih dan penuh ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Digelar Singa Allah, suaminya Sayidina Ali merupakan orang kepercayaan Rasulullah SAW yang diamanahkan untuk berada di barisan hadapan dalam bala tentera Islam. Lalu, seringlah Sayidatina Fatimah ditinggalkan oleh suaminya yang pergi berperang untuk berbulan-bulan lamanya. Namun dia tetap redha dengan suaminya. Isteri mana yang tidak mengharapkan belaian mesra daripada seorang suami. Namun bagi Sayidatina Fatimah r.ha, saat-saat berjauhan dengan suami adalah satu kesempatan berdampingan dengan Allah SWT untuk mencari kasih-Nya, melalui ibadah-ibadah yang dibangunkan.

Sepanjang pemergian Sayidina Ali itu, hanya anak-anak yang masih kecil menjadi temannya. Nafkah untuk dirinya dan anak-anaknya Hassan, Hussin, Muhsin, Zainab dan Umi Kalsum diusahakan sendiri. Untuk mendapatkan air, berjalanlah dia sejauh hampir dua batu dan mencedoknya dari perigi yang 40 hasta dalamnya, di tengah bahang mentari padang pasir yang terik.Kadangkala dia berlapar sepanjang hari. Sering pula dia berpuasa dan tubuhnya sangat kurus hingga menampakkan tulang di dadanya.

Pernah suatu hari, sedang dia tekun bekerja di sisi batu pengisar gandum, Rasulullah datang berkunjung ke rumahnya. Sayidatina Fatimah yang amat keletihan ketika itu lalu meceritakan keperitan hidupnya itu kepada Rasulullah SAW. Betapa dirinya teruk bekerja, mengisar tepung, mengangkat air, memasak serta melayan anak-anak. Dia berharap agar Rasulullah dapat menyampaikan kepada Sayidina Ali, kalau mungkin boleh disediakan untuknya seorang pembantu rumah. Rasulullah saw merasa belas terhadap penanggungan anakandanya itu. Namun baginda amat tahu, sesungguhnya Allah memang menghendaki kesusahan bagi hamba-Nya sewaktu di dunia untuk membeli kesenangan di akhirat. Mereka yang rela bersusah payah dengan ujian di dunia demi mengharapkan keredhaan-Nya, mereka inilah yang mendapat tempat di sisi-Nya.

Lalu dipujuknya Fatimah r.ha sambil memberikan harapan dengan janji-janji Allah. Baginda mengajarkan zikir, tahmid dan takbir yang apabila diamalkan, segala penanggungan dan bebanan hidup akan terasa ringan. Ketaatannya kepada Sayidina Ali menyebabkan Allah SWT mengangkat darjatnya. Sayidatina Fatimah tidak pernah mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan keluarga mereka. Tidak juga dia meminta-minta hingga menyusah-nyusahkan suaminya.

Dalam pada itu, kemiskinan tidak menghilang Sayidatina Fatimah untuk selalu bersedekah. Dia tidak sanggup untuk kenyang sendiri apabila ada orang lain yang kelaparan. Dia tidak rela hidup senang dikala orang lain menderita. Bahkan dia tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberikan sesuatu meskipun dirinya sendiri sering kelaparan. Memang cocok sekali pasangan Sayidina Ali ini kerana Sayidina Ali sendiri lantaran kemurahan hatinya sehingga digelar sebagai 'Bapa kepada janda dan anak yatim' di Madinah.

Namun, pernah suatu hari, Sayidina Fatimah telah menyebabkan Sayidina Ali tersentuh hati dengan kata-katanya. Menyedari kesilapannya, Sayidatina Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali. Apabila dilihatnya air muka suaminya tidak juga berubah, lalu dengan berlari-lari anak dia mengelilingi Sayidina Ali. Tujuh puluh kali dia 'tawaf' sambil merayu-rayu memohon dimaafkan. Melihatkan aksi Sayidatina Fatimah itu, tersenyumlah Sayidina Ali lantas memaafkan isterinya itu.

"Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedang Ali tidak memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu," Rasulullah SAW memberi amaran kepada puterinya itu apabila perkara itu sampai ke pengetahuan baginda. Begitu sekali kedudukan seorang suami yang ditetapkan Allah SWT sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati dan sangat berhalus di saat berdepan dengan suami. Apa yang dilakukan Sayidina Fatimah itu bukanlah disengajakan. Apatah lagi, bukan juga dia merungut-rungut, marah-marah, meninggi suara, bermasam muka, merajuk atau lain-lain keranah yang menyusahkan Sayidina Ali k.w. Pun Rasulullah SAW berkata begitu terhadapnya.

Semasa perang Uhud, Sayidatina Fatimah telah turut sama merawat luka Rasulullah. Dia juga turut bersama Rasulullah semasa peristiwa penawanan Kota Makkah dan ketika ayahandanya mengerjakan 'Haji Wida' pada akhir tahun 11 Hijrah. Dalam perjalanan haji terakhir ini Rasulullah SAW telah jatuh sakit. Sayidatina Fatimah tetap di sisi ayahandanya. Ketika itu Rasulullah membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah r.ha yang membuatkannya menangis, kemudian Nabi SAW membisikkan sesuatu lagi yang membuatkannya tersenyum.

Dia menangis kerana ayahandanya telah membisikkan kepadanya berita kematian baginda. Namun, sewaktu ayahandanya menyatakan bahawa dialah orang pertama yang akan berkumpul dengan baginda di alam baqa', gembiralah hatinya. Sayidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan setelah kewafatan Nabi SAW, dalam usia 28 tahun dan dimakamkan di Perkuburan Baqi', Madinah.

Begitu sekali wanita yang utama, agung dan namanya harum tercatat dalam al-Quran, disusah-susahkan hidupnya oleh Allah SWT. Sengaja dibuat begitu oleh Allah kerana Dia tahu bahawa dengan kesusahan itu, hamba-Nya akan lebih hampir kepada-Nya. Begitulah juga dengan kehidupan wanita-wanita agung yang lain. Mereka tidak sempat berlaku sombong serta membangga diri atau bersenang-senang. Sebaliknya, dengan kesusahan-kesusahan itulah mereka dididik oleh Allah untuk sentiasa merasa sabar, redha, takut dengan dosa, tawadhuk (merendah diri), tawakkal dan lain-lain. Ujian-ujian itulah yang sangat mendidik mereka agar bertaqwa kepada Allah SWT. Justeru, wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah, merasa terhibur dalam melakukan ketaatan terhadap-Nya, dan amat bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya, biarpun diri mereka menderita.

Posted on Tuesday, December 10, 2013 by wirajiwa Faintallah

No comments

Malaysian Business Locations Directory