HUKUM MENJAWAB SALAM KETIKA SOLAT
Soalan:
Assalamu'alaikumu Ustazah, saya nak tanya, apakah hukum memberi salam kepada orang yang sedang solat? Dan jika orang bagi salam ketika kita sedang solat, wajibkah kita menjawabnya?
Syukran Ustazah/Ustaz
Jawapan:
Wa'alaikumus-salam wr.wb.
Kebanyakan ulamak berpendapat, harus memberi salam kepada orang yang sedang solat jika diyakini tidak mendatangkan kekeliruan kepadanya atau menyebabkan solatnya batal. Umpamanya memberi salam kepada orang yang tidak tahu hukum. Dia menyangka, bila orang beri salam, dia wajib jawab. Maka diapun jawab dengan perkataan. Batallah solatnya. Dalam keadaan ini, tidak harus memberi salam kepadanya.
Imam an-Nawawi berkata: "Daripada perbahasan ashab kita (fuqahak Mazhab Syafi'ei), memberi salam kepada orang yang sedang solat, tidak makruh." Demikian juga pendapat fuqafak Mazhab Maliki.
Berbeza dengan fuqahak Mazhab Hanafi, mereka berkata: Makruh memberi salam kepada orang yang sedang solat, sedang membaca al-Quran, sedang duduk di dalam majlis penghakiman, sedang membuat kajian tentang fiqh, sedang berada di bilik sunyi (tandas). Jika diberi salam, tidak wajib mereka menjawabnya kerana salam itu bukan pada tempatnya. (Tabyin al-Haqaeq)
Jika orang bagi salam ketika kita sedang solat, kita wajib menjawabnya berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.” (An-Nisaa’:86)
Namun begitu, ulamak berbeza pendapat dari segi cara menjawab salam ketika solat. Ada yang berkata, jawab selepas solat. Yang lain pula berkata, jawab di dalam hati. Dan ada yang berkata, jawab dengan isyarat.
Terdapat beberapa cara menjawab salam dengan isyarat ketika solat.
a. Isyarat dengan kepala
b. Isyarat dengan jari
c. Isyarat dengan tangan, iaitu mengangkat tangan sehingga orang yang memberi salam itu mengetahui salamnya telah dijawab. Caranya ialah buka tapak tangan dengan bahagian belakangnya ke atas dan bahagian perutnya ke bawah.
Asy-Syaukani berkata: himpunan riwayat-riwayat menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. melakukan kadang-kadang begini dan kadang-kadang begitu. Jadi semuanya harus.
Setelah selesai solat, sekiranya orang yang memberi salam itu masih ada, hendaklah dijawab salam tadi dengan lafaz. Sekiranya dia sudah tiada, tidak wajib lagi dijawab. Cukup dengan isyarat ketika solat.
Dalil yang menunjukkan harus memberi salam kepada orang yang solat dan cara menjawabnya:
1. Daripada Ibn Umar r.a., dia berkata: "Saya berkata kepada Bilal, "Bagaimana kamu melihat Rasulullah s.a.w. menjawab salam mereka (orang Ansar) ketika mereka memberi salam kepada Rasulullah yang sedang solat?" Bilal berkata: "Begini. Dia membuka tapak tangannya." Dikeluarkan oleh Abu Daud dan at-Tirmizi.
2. Daripada Suhaib r.a. dia berkata: "Aku lalu berhampiran dengan Rasulullah s.a.w. yang sedang solat. Lalu aku memberi salam kepadanya. Maka dia menjawab salamku dengan isyarat." Periwayat Hadis berkata: "Isyarat dengan jarinya." Musnad Ahmad
Jelasnya menjawab salam adalah wajib. Namun oleh kerana tidak boleh menjawab dengan lafaz kerana boleh membatalkan solat, maka wajib dijawab dengan isyarat.
Sumber : http://penyuluh.blogspot.com/2014/03/hukum-menjawab-salam-ketika-solat.html
Sedikit rujukan : https://www.youtube.com/watch?v=viB4VbE2vTo

0 comments :
Post a Comment