Ada seorang perempuan
tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak
mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat
kebaikan.Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak
bercakap dan setiap kali hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului
dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan
sentiasa memperolok-olokkan isterinya.Suaminya berkata sambil mengejak,
"Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."Isterinya tidak
berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya
memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu
hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."Untuk
membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang
banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini."
Isterinya
mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu
suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian
dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan
mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.Setelah
beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata,
"Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk
disimpan."Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan
diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia
menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca,
"Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat
Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu
kepada suaminya kembali.Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa
bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu
juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga
membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
0 comments :
Post a Comment