Malaysian Business Locations Directory

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Showing posts with label Kitab-kitab. Show all posts
Showing posts with label Kitab-kitab. Show all posts

Saturday, January 11, 2014

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-


1.Hendaklah ia menjaga solatnya


2.Hendaklah dia bersedekah


3.Hendaklah dia membaca al-Quran


4.Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.


Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-




1.Jangan berdusta


2.Jangan mengkhianat


3.Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)


4.Jangan kencing sambil berdiri


Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu berpunca dari kencing."


Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam seksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.


Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."


Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al- Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.


Artikel di olah dari : http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/1001kisahteladan3.htm

Posted on Saturday, January 11, 2014 by wirajiwa Faintallah

No comments

Sunday, January 5, 2014

Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tahukah kamu apakah ghibah?" Jawab sahabat: "Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. yang lebih mengetahui." "Ghibah itu jika kau menyebut (membicarakan) hal keadaan saudaramu yang ia tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada orang lain, maka itu bererti ghibah padanya." Jawab Rasulullah s.a.w. Lalu ditanya: "Bagaimana kalau saudaraku betul begitu?" "Jika yang kau sebut itu benar ada padanya. maka itu ghibah tetapi jika tidak betul maka itu buhtan (membuat-buat kepalsuan, pendustaan untuk menjelekkan nama orang)." jawab Rasulullah s.a.w.

                         Menyebut: "Baju orang itu pendek atau panjang." itu bererti ghibah.

                         Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abi Najih berkata: "Ada seorang wanita pendek datang kerumah Nabi Muhammad s.a.w. dan ketika telah keluar, Siti Aisyah r.a. berkata: "Alangkah pendeknya orang itu." Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Engkau ghibah." Aisyah r.a. berkata: "Saya tidak menyebut kecuali yang sebenarnya ada padanya." Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Engkau telah menyebut yang paling jelek padanya."

                         Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhudri r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Pada malam Israa ke langit aku melalui suatu kaum yang dipotongkan daging pinggangnya, kemudian dimakankan kepadanya dengan kalimat Makanlah apa yang dahulu kamu makan dari daging saudaramu. Maka saya bertanya: "Ya Jibril, siapakah mereka itu?" Jawabnya: "Mereka dari ummatmu yang mengumpat ghibah (menyebut kejelekkan orang lain) Hammaz lammaz iaitu mengejek dengan isyarat atau lidah atau dengan tangan.

                         Abul Laits berkata: "Saya mendengar ayahku menceritakan suatu kisah seperti berikut:

                         Ketika Nabi Muhammad s.a.w. dirumah, sedang sahabat ahlis-shuffah dimasjid dan Zaid bin Tsabit menceritakan apa yang telah ia dengar dari Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. dihantar oleh orang daging, maka ahlis-shuffah itu berkata kepada Zaid bin Tsabit: "Engkau masuk kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan katakan kepada Baginda s.a.w. bahawa kami sudah lama tidak makan daging, supaya Nabi Muhammad s.a.w. mengirimkan daging kepada kami." Ketika Zaid telah berdiri dari mereka, mereka membicarakan Zaid diantara mereka: "Zaid itu telah mendapat dari Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana yang kami dapat, tetapi mengapa ia mengajar hadis kepada kami?"

Maka ketika Zaid telah sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan menyampaikan amanat orang-orang ahlis-shuffah itu. tiba-tiba Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepada Zaid: "katakan kepada mereka: "Kamu kini telah makan daging." Maka segera Zaid bin Tsabit kembali menyampaikan apa yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Mereka berkata: "Demi Allah, kami sudah lama tidak makan daging." Maka kembali Zaid kepada Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan jawapan orang-orang ahlis-shuffah itu, tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tetap berkata: "Mereka kini telah makan daging." Maka kembali Zaid kepada mereka dan menyampaikan apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Lalu ahlis-shuffah itu datang semua menghadap kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan oleh Nabi Muhammad s.a.w. langsung dikatakan: "Sekarang kamu telah makan daging saudaramu sedang bekas itu masih ada digigimu, cuba ludahlah kamu supaya dapat melihat merahnya darah daging itu." Maka ludah orang-orang itu berupa darah, maka bertaubatlah mereka dan minta maaf kerana telah ghibah terhadap Zaid bin Tsabit."

                         Jabir bin Abdillah r.a. berkata: "Terasa angin yang membawa bau busuk dimasa Nabi Muhammad s.a.w. Maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Ada orang-orang munafiq yang ghibah orang muslimin, maka inilah tandanya bau busuk." Allah s.w.t. akan menunjukkan kepada kaum muslimin yang taat dan patuh kenyataan kebusukan dari apa yang telah dilarang oleh Allah s.w.t. kepada hambaNya."

                         Ketika ditanya kepada seorang hakim: "Apakah hikmat dari busuknya bau ghibah itu?" Jawabnya: "Dimasa Nabi Muhammad s.a.w., Allah s.w.t. akan membuktikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya tetapi dimasa kini kerana banyaknya ghibah itu sehingga hidung kita telah berbau yang demikian, maka tidak busuk lagi bau ghibah itu, sebagaimana seorang yang pertama kali tidak dapat tinggal lama kerana tajamnya baunya kepada hidungnya tetapi ahli tempat itu dapat makan minum disitu dan tidak merasakan bau apa-apa kerana hidung mereka telah penuh dengan bau itu."

                         Asbaath dari Assuddi berkata: "Ketika Salman Alfarisi bersama para sahabat yang diantara mereka juga ada Umar r.a. dalam perjalanan, tiba-tiba mereka berhenti dan berkhemah, maka tidurlah Salaman sedang para sahabatnya ada yang memasak, lalu ada beberapa orang berkata: "Apakah maksud hamba ini, hanya mahu datang kekhemah yang sudah didirikan dan makanan yang sudah siap?" Kemudian mereka berkata kepada Salman: "Pergilah engkau kepada Nabi Muhammad s.a.w. minta lauk pauk untuk kami." Maka pergilah Salman menyampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. permintaan mereka. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada Salman: "Beritahulah kepada mereka bahawa mereka telah makan lauk pauk." Maka kembalilah Salman kepada kawan-kawannya dan memberitahu apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Lalu mereka berkata: "Kami belum makan apa-apa." Salman berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. tidak berdusta dalam sabdanya." lalu dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.:"Kamu telah makan daging saudaramu ketika kamu membicarakan (ghibah) padanya diwktu ia sedang tidur." Lalu Nabi Muhammad s.a.w. membacakan Surah Alhujuraat ayat 12 (Yang berbunyi): "Ya ayyuhalladzina aamanuuj tanibu katsira minadhdhanni inna ba'dhadhdhaani its mun wala tajassanu, wala yagh tabba'dhukum ba'dha, a yuhibbu ahadukum an ya'kula lahma akhihi maita fakarih tumuuhu." (Yang bermaksud): "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan sangka-sangka, sebab sebahagian dari sangka-sangka itu dosa. Dan jangan menyelidiki kesalahan orang lain dan jangan ghibah (membicarakan hal orang lain) setengahmu pada setengahnya, apakah suka salah satu sekiranya makan daging saudara yang telah mati, tentu kamu jijik (tidak suka)."

                         Ibn Abbas r.a. berkata: " Ayat(Yang berbunyi): "Wala yagh tab ba'dhukum ba'dha (Yang bermaksud): "Dan jangan ghibah (menjelekkan) kejelekkan setengahmu.  Turunnya ayat ini adalah mengenai dua orang sahabat Nabi Muhammad s.a.w.. Pada suatu ketika semasa berpergian Nabi Muhammad s.a.w. mengaturkan tiap dua orang kaya dititipi sahabat yang tidak punya harta supaya dapat membantu kepadanya dan ikut makan bersama keduanya. Bertepatan Salman dititipkan kepada dua orang dan pada hari itu Salman tidak membantu menyediakan keperluan kedua kawannya itu, lalu disuruh oleh keduanya: "Pergilah kepada Nabi Muhammad s.a.w. minta untuk kami sisa-sisa lauk pauk." Maka pergilah Salman akan tetapi ketika Salman baru saja berangkat tiba-tiba kedua orang itu berkata: "Orang itu andaikan dia pergi kesumur nescaya akan berkurang airnya." Maka ketika telah sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w. Salman berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w. apa yang diminta oleh kedua kawannya itu. Tiba-tiba Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Beritahu kepada keduanya bahawa kamu berdua telah makan lauk pauk." Dan ketika disampaikan oleh Salman apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Maka segeralah keduanya pergi berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. dan berkata: "Kami tidak makan lauk pauk." jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Saya telah melihat merahnya daging dalam mulut kedua kamu." Berkata kedua mereka itu: "Kami tidak punya lauk pauk (daging) dan tidak makan daging pada hari ini." Maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Kamu telah membicarakan saudaramu, apakah kamu suka makan daging orang mati?" Jawab keduanya: "Tidak." Maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sebagaimana kamu tidak suka makan daging orang mati maka jangan membicarakan kejelekkan orang lain sebab siapa yang ghibah pada kawannya bererti makan dagingnya."

                         Alhasan Albashri diberitahu: "Bahawa ada orang membicarakan kejelekkanmu." maka langsung ia mengirimkan kepada orang itu setalam kurma ruthab sambil berkata kepadanya: "Saya mendapat berita bahawa engkau telah menghadiahkan hasanatmu kepadaku, maka saya ingin membalaskan hadiah itu, kerana itu harap diterima sebab saya tidak dapat membalas yang sesuai dengan pemberianmu itu."

                         Ibrahim bin Adham mengundang makan beberapa orang dan ketika makan bersama, tiba-tiba mereka menyebut kejelekkan seseorang, maka berkata Ibrahim: "Orang biasa makan roti sebelum daging tetapi kamu makan daging dahulu sebelum roti."

                         Abu Umamah Albahili r.a. berkata: "Seorang hamba telah diberi suratan amalnya pada hari kiamat, maka terlihat padanya hasanat-hasanat yang ia tidak merasa melakukannya, lalu ia bertanya: "Ya Tuhan, dari manakah hasanat-hasanat ini?" Jawab Allah s.w.t.: "Itu dari apa yang orang ghibah kau dan engkau tidak merasa."

                         Ibrahim bin Adham berkata: "Wahai orang yang mendustakan, engkau kikir (bakhil) dengan kekayaanmu terhadap kawan-kawanmu tetapi loman dengan akhiratmu kepada musuh-musuhmu, maka engkau tidak untung kerana bakhil dan tidak terpuji kerana kelomananmu."

                         Seorang hakim berkata: "Ghibah itu sebagai lalap untuk para qurra dan jamuan orang-orang fasik dan hiburan wanita dan lauk-pauk anjing-anjing manusia dan tempat pembuangan kotoran bagi orang-orang yang bertaqwa."

                         Anas bin Malik r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Empat macam yang dapat membatalkan puasa dan wuduk dan menghapuskan amal (merosakkan) ialah:

    1. Ghibah

    2. Dusta

    3. Mengadu domba antara seorang dengan yang lainnya

    4. memperhatikan kecantikan wanita yang haram dilihatnya

Semua itu dapat menyuburkan bibit-bibit kejahatan sebagaimana air menyuburkan bibit-bibit tanaman dan minum arak (khamar) itu mengatasai semua dosa-dosa.

                 Ka'bul Ahbaar berkata: "Saya telah membaca dalam kitab Nabi-nabi yang dahulu: "Bahawa siapa yang mati baru taubat dari ghibah, maka ia terakhir orang yang masuk syurga dan siapa yang mati sedang terus menerus ghibah maka ia pertama yang masuk neraka."

                   Nabi Isa bin Maryam a.s. berkata kepada sahabatnya: "Bagaimana jika kamu melihat seseorang yang sedang tidur lalu terbuka auratnya, apakah kamu menutupinya?" Jawab mereka: "Ya." Berkata Nabi Isa a.s. "Bahkan bertambah kamu buka yang belum terbuka." Mereka berkata: "Subhanallah, bagaimana akan kami buka yang belum terbuka?" Nabi Isa a.s. berkata: "Tidakkah bila ada orang menyebut kepadamu kejelekkan seseorang lalu kamu tambahi apa-apa yang tidak disebut oleh orang yang membicarakan itu, maka kamu yang membuka sisa auratnya."

                 Khalid Arrib'i berkata: "Ketika saya masuk kemasjid Jami, tiba-tiba ada orang membicarakan kejelekkan orang, maka saya larang mereka lalu mereka berhenti. Kemudian mereka membicarakan orang lain pula lalu kembali pada orang yang pertama dan saya juga masuk dalam pembicaraan itu, maka pada malam harinya saya mimpi didatangi seorang yang hitam tinggi membawa talam berisi daging babi lalu berkata kepadaku: "Makanlah." Saya jawab: "Saya disuruh makan daging babi!, Demi Allah saya tidak akan makan." Lalu ia membentak keras kepadaku sambil berkata: "Engkau telah makan yang lebih keji dari ini." Lalu dipaksakan daging babi itu didalam mulutku sampai bangun dari tidurku. Demi Allah, saya telah tinggal selama tiga atau empat puluh hari, tiap makan makanan masih terasa rasa dan bau busuknya daging babi itu dalam mulutku."

                        Sufyan bin Alhushain berkata: "Saya duduk bersama Iyaas bin Mu'awiyah, tiba-tiba ada orang berjalan, maka saya membicarakan kejelekkannya, maka berkata Iyaas kepadaku: "Diam." Kemudian ia bertanya: "Hai Sufyan, apakah kau pernah memerangi Rom?" Jawabku: "Tidak." "Apakah kau telah berperang dengan Turki?" tanya Iyaas lagi. Jawabku: "Tidak." Lalu ia berkata: "Rom dan turki selamat daripadamu tetapi saudaramu sesama muslim tidak selamat dari gangguanmu." Maka sejak itu saya tidak lagi berani ghibah."

                        Hatim Azzahid berkata: "Tiga macam jika terdapat dalam majlis maka rahmat Allah s.w.t. akan berpaling dari mereka iaitu:

 1.  Membicarakan soal keduniaan semata-mata

 2.   Ketawa keseronokkan

 3.  Ghibah

                        Yahya bin Mu'aadz berkata: "Jadikanlah bagian orang mukmin daripadamu tiga macam supaya tergolong orang yang baik iaitu:

    1. Jika kau tidak dapat menguntungkan kepadanya maka jangan merugikannya (merosakkan)

    2. Jika engkau tidak dapat menyenangkannya maka jangan menyusahkannya

    3. Jika engkau tidak memujikannya maka jangan mencelanya

                         Mujahid berkata: "Tiap anak Adam ada kawan dari Malaikat, maka apabila ia menyebut saudaranya dengan baik maka disambut oleh Malaikat: "Untuknya dan untukmu mendapat seperti itu." sebaliknya jika menyebut kejelekkan saudaranya, maka Malaikat itu berkata: "Engkau buka auratnya, engkau baiki dirimu dan ucapkan Alhamdulillah yang telah menutupi kejelekkan auratmu." 

                        Ibrahim bin Ad-ham diundang makan dan ketika ia duduk tiba-tiba ada orang berkata: "(Fulan) tidak datang." Lalu disambut oleh yang lain: "Itu memang berat (tidak biasa bergaul)." Lalu Ibrahim bin Ad-ham berkata: "Ini yang menjadikan perutku berat ketika menghadiri makanan, dimana kau ghibah pada seorang muslim." Lalu ia keluar dan tidak makan sampai tiga hari.

                        Seorang hakiem berkata: "Jika engkau tidak dapat mengerjakan yang tiga, maka kerjakanlah yang tiga iaitu:

 1.  Jika engkau tidak dapat berbuat kebaikan maka jangan berbuat kejahatan

 2.  Jika engkau tidak dapat berguna kepada manusia maka jangan kejam pada mereka

 3.  Jika engkau tidak dapat berpuasa maka jangan makan daging manusia

                        Wahb Almakki berkata: "Bila saya dapat meninggalkan ghibah maka itu lebih baik bagi saya daripada mendapat dunia seisinya, sejak dijadikan sehingga rosak, lalu saya gunakan untuk kepentingan fisabilillah dan bila saya dapat menahan mataku dari yang haram lebih baik bagiku daripada mendapat dunia seisinya untuk bersedekah fisabilillah." Kemudian ia membaca: "(Yang berbunyi): "Wala yagh tab ba'dhukum ba'dha (Yang bermaksud): "Dan jangan ghibah (menjelekkan) kejelekkan setengahmu.  Qul lilmu'minnina ya ghughghu min abshaarihim. (Yang bermaksud): "Katakanlah kepada orang-orang mukmin supaya memejamkan matanya."

                        Abul Laits berkata: "Orang-orang telah membicarakan cara taubatnya orang ghibah, apakah boleh tanpa memberitahu kepada orang yang dibicarakan. Sebahagian menyatakan boleh dan yang lain mengatakan tidak boleh. Menurut pendapat kami, jika ghibah itu telah sampai kepada yang dibacarakan maka harus minta halalnya dan bila belum sampai maka cukup dengan istighfar dan berjanji kepada Allah s.w.t. tidak akan mengulanginya."

                        Seorang datang kepada Ibn Sirin dan berkata: "Saya telah ghibah membicarakan kejelekkanmu, kerana itu halalkan dan maafkan bagiku." Jawab Ibn Sirin: "Bagaimanakah saya akan menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t." Seolah-olah Ibn Sirin mengisyaratkan kepadanya supaya minta ampun kepada Allah s.w.t. disamping minta maaf kepada yang dighibah itu. Jika belum diketahui oleh orangnya maka cukup dengan bertaubat kepada Allah s.w.t. disamping mendoakan baik bagi yang dahulu dighibah itu sebagai imbalan gantinya dan tidak perlu memberitahu kepada orangnya supaya tidak merisaukan hatinya.

                        Jika yang diperbuat itu buhtan pemalsuan nama (gelaran) atau menjelekkan kehormatan yang tidak benar, maka taubatnya dalam tiga cara iaitu:

    Ia harus kembali kepada orang-orang yang diberitahu tentang berita bohong itu dan menyatakan kepada mereka berita yang ia sampaikan dahulu adalah bohong

    Pergi kepada orang yang dijelekkan namanya (gelaran) itu untuk meminta maaf dan menghalalkannya

    Minta ampun dan membaca istighfar dari perbuatan dosa-dosanya sebab itu termasuk dosa besar

                        Bahkan Allah s.w.t. telah menggandingkan penyembahan berhala dengan buhtan didalam ayat yang berbunyi: "Faj tani'bur rijsa minal autsaan, waj tanibu qoulazzur. (Yang bermaksud): "Tinggalkan semua yang najis dari berhala-berhala itu dan tinggalkan juga kata-kata yang palsu tuduhan yang palsu. Dan tidak dianggap ghibah kecuali jika disebut nama perseorangan tetapi menghindari itu lebih baik."

                        Seorang yang bernama Zahid membeli kapuk untuk isterinya, tiba-tiba isterinya berkata: "Penjual-penjual kepuk itu telah mengkianati kamu dalam kapuk itu." Maka Zahid segera menceraikan isterinya itu. Kemudian ditanya: "Mengapakah kau menceraikan isterimu?" Jawabnya: "Saya ini seorang yang sangat cemburu dan saya khuatir ia akan dituntut oleh semua penjual kapuk pada hari kiamat, lalu disebut-sebut isteri Fulan bin Fulan itu dituntut oleh penjual-penjual kapuk maka kerana itu segera saya ceraikannya."

                        Tiga macam cara yang tidak dianggap ghibah yang dosa iaitu:

  1.  Menyebut kekejaman raja yang zalim

  2.  Menyebut kerosakan akhlak orang yang terang-terangan berbuat dosa dimuka orang

  3.  Menyebut kesalahan ahli bida'ah jika disebut faham madzhabnya

Adapun bila menyebut badannya maka itu termasuk ghibah yang dosa. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sebutlah kejahatan orang lacur supaya orang lain berhati-hati daripadanya."   

                        Ghibah itu ada empat macam iaitu:

 1.   Menyebabkan kufur (kafir)

 2.   atau Munafiq

 3.  atau Dosa

 4.  atau Mubah berpahala

                        Adapun yang menyebabkan kekufuran, maka iaitu ghibah terhadap seorang muslim dan ketika diperingatkan, ia berkata: "Ini bukan ghibah, sebab saya berkata sebenarnya.", maka ini telah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. dan siapa yang menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. maka hukumnya Kafir.

                        Adapun yang bernama nifaq iaitu jika ghibah pada orang tetapi tidak disebut namanya didepan orang yang mengetahui bahawa ia menujukan kepada seseorang dan ia merasa bahawa ia berlagak wara' (menjauhi yang haram) maka ini nifaq.

                        Adapun yang bernama maksiat ialah ghibah pada orang dan merasa bahawa itu memang haram dan maksiat. Adapun yang mubah: Jika ia ghibah pada seorang fasiq yang terang-terangan fasiqnya atau orang ahli bida'ah, maka ia akan mendapat pahala sebab oarng-orang lalu menghindarinya dan menyelamatkan diri daripadanya. Sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sebutlah kehajatan orang yang lacur supaya orang-orang berhati0hati daripadanya."

                        Abul Laits berkata: "Ayahku menceritakan: "Bahawa diantara para Nabi yang bukan Rasul itu ada yang menerima wahyu dalam impian dan ada yang hanya mendengar suara, maka ada Nabi yang menerima wahyu dengan mimpi itu, pada suatu malam ia bermimpi diperintahkan: "Jika engkau keluar diwaktu pagi maka pertama yang kau lihat (hadapi) maka makanlah, dan yang kedua sembunyikan dan yang ketiga terimalah dan keempat jangan kau putus harapannya dan yang kelima larilah daripadanya." Maka pada esok harinya yang dihadapinya ialah bukit hitam besar, maka ia terhenti bingung sambil berkata: "Aku diperintahkan makan apa yang aku hadapi ini." lalu ia sedar dan berkata: "Tuhan tidak menyuruhku sesuatu yang mustahil dan tidak dapat dilaksanakan." Maka ia berjalan menuju kebukit itu untuk memakannya dan ketika ia mendekat tiba-tiba bukit itu mengecil sehingga sebesar satu suap dan ketika dimakan terasa manis bagaikan madu, maka ia mengucapkan Alhamdulillah. Lalu berjalan lagi dan bertemu pula dengan mangkuk emas dan ia ingat ini harus disembunyikan, maka ia menggali lubang dan menanam emas itu dan ditinggalkannya, akan tetapi tiba-tiba mangkuk itu keluar dari dalam tanah lalu ditanam algi dan keluar lagi sehingga ketiga kali hal keadaan ini berlaku. Maka dia berkata: "Saya telah melaksanakan perintah." maka ia terus berjalan dan tiba-tiba ada burung kecil sedang dikejar helang dan burung itu berkata: "Ya Nabiyallah, tolong aku." Lalu diterima dan dimasukkan dalam bajunya maka datang helang itu dan berkata: "Ya Nabiyallah, saya lapar sejak pagi dan saya mengejar buruanku itu, kerana itu jangan kau patahkan harapanku dan rezekiku." Nabi merasa yang keempat tidak boleh diputuskan harapannya tetapi ia bingung untuk menyelesaikannya, kemudian ia mengambil pisau dan memotong sedikit daging pahanya dan diberikan kepada helang itu sehingga terbang. Lalu burung itu dilepaskan. Dan kelima ia melihat bangkai yang berbau, maka ia lari daripadanya. Maka pada malam hari ia berdoa: "Ya Tuhan, aku telah melaksanakan perintahMu, maka jelaskan bagiku semua itu." Maka ia bermimpi: "

    Bahawa yang pertama kau makan itu ialah amarah pada mulanya nampak sebesar bukit tetapi pada akhirnya jika sabar dan ditahan menjadi lebih manis dari madu.

   Kedua, amal perbuatan (budi) walaupun kau sembunyikan, maka ia tetap akan nampak

   Ketiga, jika diamanati orang, maka jangan kianat padanya

  Keempat, jika ada orang minta padamu maka usahakan untuk membantu padanya meskipun kepadamu sendiri berhajat

  Kelima, Ghibah, maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul untuk ghibah (mengumpat orang).

Artikel asal ehsan: http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/

Posted on Sunday, January 05, 2014 by wirajiwa Faintallah

No comments

Sunday, December 22, 2013

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Saya bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan kelapangan dan sedikit kemudahan, ingin saya manfaatkan dengan menyalin satu bab yang terkandung dalam kitab MUKASHAFAH AL QULUB (Penenang Jiwa) karangan Hujatul Islam Imam Al-Ghazali, rahimahu Allah.

Secara peribadinya bagi saya kitab ini sangat bagus untuk dijadikan bahan bacaan bagi umat Islam seluruhnya kerana ianya banyak mengandungi panduan dan pedoman untuk kita menuju kearah kecantikan iman dan amal. Cuma sedikit kemuskilan kerana cetakan yang kedua belas kitab ini terlalu banyak perubahan gaya bahasanya. Jelasnya gaya bahasa dari karangan-karangan Imam Al-Ghazali yang lainnya sangatlah berbeza dari yang ini, ianya lebih halus dan indah bahasanya. Walau bagaimana pun ianya masih sebuah sumber ilmu yang bermutu.

Saya memohon ampun dari Allah jika terdapat kekurangan dari salinan saya dan saya memohon maaf dari para pembaca sekeliannya. Dan di sini hanyalah 1 bab dari 111 bab yang terkandung didalam MUKASHAFAH AL QULUB

BAB 37 - QADA UNTUK MANUSIA

Telah berkata Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:

"Tahukah engkau siapa si miskin itu?" Kami berkata, "lalah orang yang tidak punya dirham, dinar atau harta. "

Nabi SAW bersabda:

"Umatku yang miskin itu orang yang datang di hari Kiamat membawa solat, puasa dan zakat namun dia memaki, menuduh, memakan harta, menumpahkan darah dan memukul. Maka kebaikannya diberikan kepada si anu dan si anu. Jika habis kebaikannya sebelum selesai hutangnya, maka kesalahan mereka diberikan kepadanya lalu dia dilemparkan ke Neraka."

Bagaimana nasibmu di hari itu? Kebaikanmu hilang oleh riak dan tipu daya syaitan. Jika kamu ada satu kebaikan dapat menyelamatkanmu tetapi musuhmu telah mengambilnya. Jika kau teliti puasamu di siang hari dan ibadahmu di malam hari, pada hari itu belum cukup pula untuk menebus ghibahmu, bagaimana dengan keburukan yang lain, seperti makan benda yang haram dan syubhat serta meninggalkan ibadah? Bagaimana engkau ingin bersih dari kezaliman di mana bukti bicara di hari itu?

Abi Zar merawikan bahawa Rasulullah SAW melihat dua ekor kambing sedang bertanduk-tandukkan. "Hai Abi Hurairah, tahukah engkau mengapa kambing itu bertanduk-tandukkan?" Tanya Rasulullah. "Tidak," Aku menjawab. "Tetapi Allah tahu dan akan mengadilinya di hari Kiamat. " Kata Rasulullah.

Dalam menafsirkan ayat:

"Tiadalah (haiwan) yang me/ata di bumi dan tiada pula burung yang terbang dengan dua sayapnya, melainkan semuanya itu beberapa umat seumpama kamujuga ... " (Q.S. Al An 'am: 38)

Abi Hurairah berkata, "Semua manusia, binatang melata dan burung, pada hari Kiamat dibawa untuk mendapat pengadilan dari Allah, lalu setengahnya berkata, "Wahai sekiranya aku jadi debu saja." Dan demikianlah ucapan orang kafir.

Bagaimanakah keadaan kau jika melihat bukumu tidak ada catatan kebaikan.

Lalu kau berkata, di mana kebaikanku dan dikatakan, "Telah diberikan kepada musuh-musuhmu." Jika kau lihat bukumu penuh keburukan di mana kau telah sabar meninggalkannya. Lalu kau berkata, "Ya Tuhan, keburukan ini sama sekali tidak pernah kulakukan." Maka dikatakan, "Itulah keburukan orang yang kau ghibahi, kau maki dan kau zalimi dalam bermuamalat."

Ibnu Mas'ud berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW:

"Syaitan tidak mengharapkan kau menyembah berhala di bumi Arab tetapi dia rela dengan keburukan darimu yang lebih hina dari itu. "

Hindarkan kezaliman seboleh yang mungkin. Di hari Kiamat seorang hamba datang membawa segudang ketaatan. Dia kira akan menyelamatkannya. Tapi selalu datang orang berkata, "Ya Tuhan si fulan menganiayaku." Allah berkata, "Ambillah kebaikannya." Demikianlah seterusnya hingga habis kebaikannya sama sekali.

Ketika turun ayat:

"Sungguh engkau akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula. Kemudian kamu berbantah-bantahan pada hari Kiamat di sisi Tuhanmu. " (Q.S. Az Zumar: 30)

Az-Zubair berkata, "Betapa dahsyat hari di mana tidak diampuni satu langkah, satu tamparan dan tidak pula satu kata. Yang dianiaya membalas yang menganiaya." Az-Zubair berkata, "Ya Rasulullah, berulang-kalilah kita bertang­gung-jawab ke atas dosa masing-masing?" Rasulullah menjawab, "Benar, berulangkali. Hingga kau berikan setiap hak yang punya hak."

Berkata Anas: Kudengar Rasulullah SAW bersabda:

"Allah membawa hamba-hamba dengan telanjang, berdebu dan  belum jelas. "

Kutanya, "Apakah belum jelas itu?" Rasulullah bersabda, "Mereka tidak punya apa-apa. Kemudian Tuhan memanggil mereka dengan suara yang terdengar dari jauh mahupun dekat. "Aku Raja. Tidak akan ahli Syurga masuk Syurga, sedang dia menzalimi seorang ahli Neraka, sebelum dibayarnya. Tidak pula ahli Neraka masuk Neraka, sedang ia menzalimi seorang ahli Jannah, sebelum ditebusnya. Sekalipun satu tamparan." Kutanya lagi, "Bagaimana kami datang dengan telan­jang, berdebu dan tidak jelas itu?"

Rasulullah SAW bersabda:

"Yakni dengan kebaikan dan keburukan. Takutlah menganiaya orang dengan mengambil harta, tidak menjaga harga diri, menyedihkan hati dan jahat dalam bergaul dengan mereka. Antara hamba dengan Allah ada ketentuan. Ampunan kepadanya lebih cepat. Orang yang zalim, telah bertaubat, namun mereka susah untuk minta halal pada yang dizalimi, hendaklah memperbanyak kebaikannya untuk hari qisas. Sukalah aku kebaikan antara dia dan Allah dengan penuh ikhlas. supaya boleh mendekatkannya kepada Allah hingga mendapat rahmat-Nya dan menyembunyikan dia pada kekasih-kekasih-Nya yang mukmin dalam menolak kezaliman darinya. "

Dari Anas, suatu hari Rasulullah SAW duduk. Kami lihat baginda tertawa hingga kelihatan gigi tengahnya. Umar bertanya, "Apakah yang membuatkan engkau tertawa, ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Dua lelaki umatku berdebat di hadapan Tuhan. Yang satu berkata, "Ya Tuhan, ambillah untukku kezaliman saudaraku kepadanya!" Tuhan berkata, "Berikan saudaramu kezalimanmu padanya!" Lelaki itu berkata, "Ya Tuhan, aku tidak punya kebaikan lagi." Allah berkata kepada lelaki yang meminta. "Apakah yang hendak kau perbuat, dia tidak punya kebaikan apa-apa?" Lelaki itu menjawab, "Tuhanku, pikulkan keburukanku padanya."

Anas berkata, "Rasulullah menangis, berlinang air matanya. Lalu baginda bersabda, "Itulah hari dahsyat, di mana orang ingin benar dosanya dipikulkan." Rasulullah berkata, "Kemudian Allah berkata kepada lelaki yang meminta,

                "Angkatlah kepalamu, lihatlah Syurga." Lelaki itu mengangkatt kepala lalu berkata, "Ya Tuhan kulihat kota dari perak indah dan gedung dari emas bertatahkan lukluk. Untuk nabi mana ini? Atau untuk siddiq mana ini? Atau untuk syahid siapa ini?" Allah berkata, "Untuk orang yang memberikan harganya pada-Ku."

Orang itu bertanya lagi, "Ya Tuhan siapa orang yang memiliki harganya?" Allah berkata, "Kamu memilikinya." Lelaki itu bertanya lagi, "Apa itu harganya?" Allah berkata, "Ampunan kepada saudaramu." Lelaki itu berkata, "Tuhan, aku telah mengampuninya." Allah berkata, "Jabatlah tangannya, bawalah ia masuk ke Syurga." Kemudian Rasulullah SAW bersabda ketika itu, "Takutlah kepada Allah, berdamailah kamu kepada sesamamu. Allah mendamaikan sesama mukmin."              '-

Ini peringatan, bahawa hal itu boleh didapati dengan memiliki akhlak Allah.

Yakni suka berdamai dengan sesama saudara. Fikirkan jika dalam bukumu tidak ada kezaliman atau kau diampuni dan mendapatkan nikmat abadi, betapa bahagia kau menerima keputusan. Dikenakan padamu mahkota redha, dijamin dengan kebahagiaan dan kenikmatan yang tidak ada hentinya. Saat itu hatimu melayang bahagia, mukamu putih berseri, bersinar bagai bulan purnama, luhur di antara manusia, tanpa beban dosa,kesejukan redha bersinar dari dahimu, semua orang memandangmu, terpegunkan keelokan dan keindahanmu. Para Malaikat mengelilingimu dan menyerukan, "Ini, si fulan bin fulan, telah redha dan diredhai akan bahagia selamanya."

Bukankah balasan itu lebih agung dari kedudukan di hati manusia yang kau dapatkan di dunia dengan riak dan kepalsuanmu? Jika kau tahu lebih agung, usahakanlah untuk mendapatkannya dengan keikhlasan dan ketulusan niat dalarn bermuamalah bersama Allah. Jika tidak, kau akan celaka. Di mana dalam bukumu, kesalahan yang kau anggap ringan itu adalah besar di hadapan Allah. Dia memurkaimu dan berkata, "Terimalah laknat-Ku hai hamba yang jahat, tidak KU-terima ibadahmu." Tentu saja, setelah mendengarnya, mukamu jadi hitam dan malaikat membencimu kerana kemurkaan Allah. Mereka berkata, "Terimalah laknatku dan laknat semua manusia." Kerana kemurkaan Allah, Malaikat zabaniah pun turut murka padamu. Mereka mencengkam ubun-ubunmu lalu mengangkatmu hingga orang-orang melihat betapa hitam mukamu dan nampak jelas kesedihanmu. Kau meratap dan mereka berkata, "Merataplah terus!" Dan para Malaikat berkata, "Ini, si fulan bin fulan, keburukan dan kedukaan telah dibukakan Allah. Dia melaknatinya setimpal keburukanya. Ia akan sengsara." Mungkin itu kerana dosa yang samar, ia takut tembelangnya terbongkar dan mencari kedudukan di hati orang. Betapa bodoh kau sembunyikan tembelangmu di hadapan sekelompok manusia di dunia, tapi tidak takut terbongkar di hadapan semua manusia bersama kemurkaan Allah dan seksaan-Nya yang pedih di tangan Zabaniah. Inilah keadaanmu. Tapi kau tidak hiraukan juga.

Posted on Sunday, December 22, 2013 by wirajiwa Faintallah

No comments

Saturday, December 21, 2013

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Saya bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan kelapangan dan sedikit kemudahan, ingin saya manfaatkan dengan menyalin satu bab yang terkandung dalam kitab MUKASHAFAH AL QULUB (Penenang Jiwa) karangan Hujatul Islam Imam Al-Ghazali, rahimahu Allah.

Secara peribadinya bagi saya kitab ini sangat bagus untuk dijadikan bahan bacaan bagi umat Islam seluruhnya kerana ianya banyak mengandungi panduan dan pedoman untuk kita menuju kearah kecantikan iman dan amal. Cuma sedikit kemuskilan kerana cetakan yang kedua belas kitab ini terlalu banyak perubahan gaya bahasanya. Jelasnya gaya bahasa dari karangan-karangan Imam Al-Ghazali yang lainnya sangatlah berbeza dari yang ini, ianya lebih halus dan indah bahasanya. Walau bagaimana pun ianya masih sebuah sumber ilmu yang bermutu.

Saya memohon ampun dari Allah jika terdapat kekurangan dari salinan saya dan saya memohon maaf dari para pembaca sekeliannya. Dan di sini hanyalah 1 bab dari 111 bab yang terkandung didalam MUKASHAFAH AL QULUB

BAB 18

KEUTAMAAN KASIH SAYANG

Telah bersabda Rasulullah SAW:

"Tidak akan masuk Syurga selain pengasih. "

Mereka bertanya, "Ya Rasulullah, tiap-tiap kami pengasih."

Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah pengasih orang yang menyayangi dirinya saja. Tetapi pengasih itu orang yang menyayangi orang lain seperti menyayangi diri sendiri. "

Erti menyayangi diri itu menyayangi dari seksa Allah dengan meninggal¬kan maksiat serta bertaubat di samping taat dan ikhlas. Erti menyayangi orang lain adalah tidak menyakiti seorang muslim.

Rasulullah SAW bersabda: "Muslim adalah orang yang menjaga tangan dan lisannya terhadap orang lain. Di samping itu juga menyayangi binatang dan tidak menyeksanya. "

Telah bersabda Rasulullah SAW: "Suatu hari orang berjalan. Di tengah jalan dia kehausan, apabila terjumpa sumur terus dia turlln dan minum. Ketika naik dia melihat anjing menjulurkan lidah kerana kehausan. Lelaki itu berkata, "Anjing ini kehausan seperti aku tadi. Sepatutnya dia berikan anjing itu minum. Legalah anjing ilu dan bersyukur kepada Allah. Sehinggalah Allah mengampunkan lelaki itu."

Mereka berkata, "Ya Rasulullah, adalah pahala bagi kami bila berbuat baik pada binatang?" Rasulullah SAW menjawab, "Pada setiap yang berhati baik ada pahalanya. "

Dari Anas bin Malik ra, dia berkata, "Pada suatu malam Umar r.a berjalan.

Tiba-tiba beliau berjumpa dengan orang-orang yang bimbang akan kecurian. Lalu Umar berjumpa Abdul Rahman bin Auf lalu ditegurnya, "Apa yang engkau bawa saat ini wahai Amirul Mukminin?" Umar menjawab, "Aku bertemu dengan orang-orang yang bercerita padaku ketika sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga kerana selalu terjadi kecurian. Marilah bersamaku menjaga mereka." Anas berkata, "Keduanya lalu pergi menjaga orang yang bimbang pada pencuri itu hingga terbit fajar dan memanggil, "Wahai penduduk Rufqah! Solat! . Hingga keduanya melihat mereka bangun dan berangkat. Demikianlah, kita mengikuti jejak para sahabat di mana Allah SWT memuji mereka dengan firman-Nya, "Belas kasihan antara mereka. Sedang mereka Jelas mengasihi sesama muslim, semua makhluk dan ahlus  zimmah.

Dirawikan dari Umar ra bahawa dia melihat lelakI tua sedang mengemis.

Umar menegurnya, "Alangkah lalainya aku. Telah kuambil tenagamu di waktu mudanya namun kini kusia-siakan kau." Lalu Umar perintahkan agar orang tua itu beri wang dari Baitul Mal. 

Dari Hasan dan Rasulullah SAW, baginda bersabda:

"Umatku masuk Syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim. "

Rasululullah SAW bersabda:

"Para pengasih akan dikasihi oleh Yang Maha Pengasih. Kasihanilah yang di bumi maka yang di langit akan mengasihimu. "

Baginda bersabda:

"Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi dan siapa yang tidak pemaaf, takkan dimaafi pula. "

Telah berkata Malik bin Anas, Rasulullah SAW bersabda:

"Padamu ada empat hak sesama muslim; kau ziarahi yang sakit dan kau sukai taubat. "

Dirawikan bahawa Nabi Musa as berkata, "Ya Tuhanku, sebab apa Engkau jadikan aku sufi?" Allah berfirman, "Sebab kasihmu pada makhluk-Ku." Dari Abi Darda' ra, sesungguhnya dia membeli burung dari seorang budak lalu dia melepaskannya sambil berkata, "Pergi dan hiduplah engkau!" Rasulullah SAW bersabda:

"Ibarat sesama mukmin dalam kasih sayang, cinta, hubungan mereka itu bagai satu jasad. Bila sebahagian sakit, seluruh badan turut berduka dengan panas dan berjaga. "

Diriwayatkan: Seorang abid Bani Israel melalui bukit pasir yang dihuni oleh bani Israel yang ketika itu sedang ditimpa kebuluran. Maka si abid itu berharap, “Jika pasir ini menjadi gandum, tentu mengenyangkan mereka." Kemudian Allah memberi wahyu kepada Nabi Bani Israel, "Katakan pada fulan bahawa Allah memberimu pahala atas sedekahmu kepada manusia kerana berharap pasir menjadi gandum."

Oleh kerananya Rasulullah SAW bersabda,

"Niat seorang mukmin lebih baik dari amalnya. "

Diceritakan: Nabi Isa as pada suatu hari keluar berjumpa Iblis membawa :madu dan abu. Beliau bertanya, "Apa yang engkau perbuat dengan madu dan itu wahai musuh Allah?" Iblis menjawab, "Madu ini kuletakkan ke bibir orang-orang yang mengadu domba sehingga mereka menelannya. Sedangkan abu ini kuletakkan di muka anak-anak yatim sehingga orang membencinya."

Rasulullah SAW bersabda:

"Jika anak yatim dipukul, maka goncanglah Arasy Allah kerana tangisannya. Kemudian Allah SWT berkata, "Hai Malaikat-Ku, siapa yang membuat anak yatim itu menangis dan di mana ayahnya telah terkubur?"

Rasulullah SAW bersabda:

"Siapa yang memberi makan dan minum anak yatim, pastilah Syurga baginya. "

Dalam kitab 'Raudatul ulama' diceritakan: Nabi Ibrahim as jika hendak makan, di akan berjalan satu atau dua batu mencari orang supaya dapat diajak makan bersama.

Pernah suatu hari Ali ra menangis. Ditegur, "Mengapa kau menangis?"

Ali menjawab, "Tidak ada tamu yang datang tujuh hari ini. Aku merasa cemas kalau Allah telah menghinakanku."

Telah bersabda Rasulullah SAW:

"Siapa beri makan orang yang sedang lapar semata-mata untuk mengkehendaki keredhaan-Nya, wajiblah baginya Syurga. Dan siapa tidak mahu memberi makan orang yang sedang lapar, maka Allah tidak memberi fadlal padanya di haki Kiamat dan akan menyeksanya di Neraka."

Baginda bersabda:

"Pemurah itu dekat dengan Allah, dekat dari Syurga, dekat dari manusia dan jauh dari Neraka. Dan orang bakhil jauh dari Allah,jauh dari Syurga, jauh dari manusia dan dekat pada Neraka. "

Baginda bersabda lagi:

"Pada hari Kiamat empat golongan masuk Syurga tanpa hisab; Orang alim yang mengamalkan ilmunya. Orang yang menunaikan haji tidak berbuat dosa dan tidak menjadi fasik sampai meninggal. Pejuang yang mati di medan perang menegakkan kalimah Allah dan pemurah yang bekerja melalui jalan yang halal dan menggunakannya di jalan Allah tanpa riak. "

Ulama berselisih pendapat terhadap dua golongan ini yang mana masuk Syurga dahulu.

Dari Ibnu Abbas ra, dia berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW:

"Allah jadikan segolongan hamba-Nya memberikan nikmat yang diberikan oleh Allah untuk kemanfaatan hamba-hamba-Nya yang lain. Siapa bakhil akan kemanfaatan itu terhadap orang lain, maka Allah akan memberikannya kepada orang lain. "

Baginda juga bersabda:

"Orang yang pemurah ibarat pohon di Syurga. Cabangnya menurun ke tanah. Siapa mengambil cabang itu, Allah akan memindahkannya ke Syurga."

Dari Jabir ra dia berkata: Ditanyakan, "Ya Rasulullah, apakah amal terutama?" Rasulullah SAW menjawab, "Sabar dan pemurah."

Miqdam bin Syuraih merawikan dari bapanya dari abangnya, dia berkata, "Kutanyakan kepada Rasulullah SAW, apakah amal yang boleh memasukkanku ke Syurga?" Rasulullah SAW menjawab, "Yang mewajibkan itu memberi makan, memberi salam dan berkata dengan baik."

Posted on Saturday, December 21, 2013 by wirajiwa Faintallah

No comments

Ketika telah terang bagi anda. makna su-ul-khatimah dan apa yang menakutkan padanya, maka berbuatlah dengan menyiapkan diri untuknya. Maka rajin berdzikir (mengingati) akan Allah Ta'ala! Keluarkanlah dari hati  akan kecintaan kepada dunia! Jagalah anggota tubuh anda dari perbuatan maksiat dan hati anda daripada berpikir padanya! Dan peliharalah kesungguhan anda daripada menyaksikan perbuatan-perbuatan maksiat dan menyaksikan orang-orangnya! Sesungguhnya yang demikian membekas pada hati anda. Dan memalingkan kepadanya pikiran anda dan gurisan-gurisan hati anda.

Awaslah bahwa anda menyerahkan hal itu kepada masa nanti dan mengatakan: "Aku akan menyiapkan untuk itu, apabila telah datang al-khatimah (kesudahan)". Sesungguhnya setiap nafas engkau itu kesudahan engkau. Karena mungkin padanya akan disambar nyawa engkau. Maka intiplah akan hati engkau pada setiap detik! Awaslah bahwa engkau meIengahkannya, akan sedetik pun! Mungkin detik itu kesudahan engkau. Karena mungkin akan disambar nyawa engkau padanya.

Ini adalah selama engkau dalam jaga. Adapun apabila engkau tidur, maka awaslah bahwa engkau tidur itu, selain di at as kesucian zahir dan batin. Dan jagalah, bahwa tidur itu mengerasi akan engkau, selain sesudah banyaklah dzikir kepada Allah pada hati engkau.

Aku tidak mengatakan pada lidah engkau. Sesungguhnya gerakan Iidah semata-mataitu lemah kesannya (membekasnya). Dan ketahuilah dengan yakin, bahwa tiada yang mengerasi atas hati engkau ketika tidur, selain apa yang biasanya ada sebelum tidur. Sesungguhnya, tiada yang mengerasi pada tidur, selain apa yang biasanya telah mengerasi sebelum tidur. Dan tidak membangkit  dari tidur engkau, selain apa yang mengerasi atas hati engkau pada tidur engkau. Kematian dan kebangkitan itu menyerupai tidur dan jaga. Maka sebagaimana hamba itu tidak tidur, selain di atas apa yang telah mengerasinya pada jaganya dan ia tidak jaga (bangun dari tidur), selain di atas apa, ia berada dalam tidurnya, maka seperti demikianlah, manusia itu tidak akan mati, selain di atas apa yang ia hidup padanya. Dan ia tidak akan dibangkitkan, selain di atas apa, yang ia mati padanya. Yakinilah dengan tegas dan yakin, bahwa kematian dan kebangkitan itu dua keadaan dari hal-hal keadaan engkau. Sebagaimana tidur dan jaga itu dua keadaan dari hal-hal keadaan engkau. Dan percayalah dengan ini. dengan pembenaran dengan i'tikad hati, jikalau engkau tidak  ahli untuk menyaksikan yang demikian, dengan 'ainul-yaqin dan nur penglihatan hati!

Intiplah nafas engkau dan detik-detik engkau! Dan jagalah diri engkau. daripada melupakan kepada Allah sekejap mata pun! Maka sesungguhnya, apabila engkau berbuat setiap yang demikian itu, niscaya engkau berada dalam bahaya besar. Maka bagaimana apabila engkau tidak berbuat? Manusia itu semua dalam kebinasaan, selain orang-orang yang berilmu. Dan orang-orang yang berilmu itu semua dalam kebinasaan. selain orang-orang yang beramal. Dan orang-orang yang beramal itu semua dalam kebinasaan. selain orang-orang yang ikhlas. Dan orang-orang yang ikhlas itu dalam bahaya besar.

Ketahuilah, bahwa yang demikian itu tidak mudah atas engkau. selama engkau tidak merasa cukup dari dunia. sekadar yang penting bagi engkau. Dan yang penting bagi engkau itu, ialah: makanan. pakaian dan tempat tinggal. Dan yang lain dari itu semua adalah hal kelebihan (tidak perlu).

Dan yang penting dari makanan, ialah: yang dapat menegakkan tulang  pinggang engkau dan menyumbat nyawa engkau dari keluar. Maka sayogialah bahwa pengambilan engkau itu, sebagai pengambilan orang yang  sangat memerlukan, yang tidak begitu suka kepadanya. Dan tidak ada keinginan engkau kepadanya,lebih banyak dari keinginan engkau pada membuang air besar engkau (ber-qadha-hajat). Karena, tiada berbeda, antara memasukkan makanan dalam perut dan mengeluarkannya dari perut. Keduanya itu penting pada tabiat kejadian manusia. Dan sebagaimana tidaklah membuang air besar itu termasuk cita-cita engkau yang menyibukkan hati engkau, maka tiada sayogialah bahwa mengambil makanan itu termasuk dari cita-cita engkau. Dan ketahuilah, bahwa jikalau ada cita-cita engkau itu apa yang masuk kedalam perut engkau, maka nilai engkau itu apa yang keluar dari perut engkau.

Apabila tidak ada maksud engkau dari makanan, selain taqwa kepada ibadah kepada Allah Ta'ala, seperti maksud engkau dari membuang air besar engkau, maka tanda yang demikian itu tampak pada tiga hal dari makanan engkau, yaitu: pada waktunya, kadarnya dan jenisnya.

Adapun waktu, maka sekurang-kurangnya bahwa dicukupkan pada sehari semalam, dengan satu kali. Maka dibiasakan berpuasa.

Adapun kadarnya, maka bahwa tidak lebih dari sepertiga perut.

Adapun jenisnya, maka tidak dicari makanan yang enak. Akan tetapi, dicukupkan dengan apa yang kebetulan ada.

Jikalau engkau sanggup di atas tiga keadaan ini dan gugur dari engkau perbelanjaan nafsu keinginan yang enak-enak, niscaya sangguplah engkau sesudah itu, pada meninggalkan harta yang diragukan halalnya (harta syubhat). Dan memungkinkan engkau, bahwa engkau tidak makan, selain dari yang halal. Sesungguhnya yang halal itu sukar dan tidak menyempurnakan semua keinginan nafsu.

Adapun pakaian engkau, maka adalah maksud engkau dari padanya, ialah: menolak panas dan dingin dan menutupi aurat. Maka setiap apa yang menolak kedinginan dari kepala engkau, walau pun dengan peci, yang harganya seperenam dirham, maka engkau mencari yang lain dari itu, merupakan hal yang berkelebihan dari engkau, yang menyia-nyiakan masa engkau. Dan mengharuskan engkau bekerja terus-terusan dan kepayahan pada menghasilkannya. Sekali dengan usaha dan pada kali yang lain dengan harap, dari yang haram dan harta syubhat.

Kiaskanlah dengan ini, akan apa yang dapat engkau tolakkan panas dan dingin dari badan engkau! Maka setiap apa yang dapat menghasilkan maksud pakaian, apabila engkau tidak merasa cukup dengan yang demikian, lantaran buruk mutu dan jenisnya, niscaya tidak adalah bagi engkau tempat berdiri dan kembali sesudahnya. Akan tetapi, adalah engkau itu  orang yang perutnya dipenuhi oleh tanah, demikian pula tempat tinggal. Jikalau engkau merasa cukup dengan maksud dari tempat tinggal itu, niscaya mencukupilah bagi engkau langit itu menjadi atap. Dan bumi itu tempat ketetapan. Jikalau engkau dikerasi oleh panas atau dingin, maka haruslah engkau tinggal di masjid. Jikalau engkau mencari tempat yang khusus, niscaya panjanglah waktu atas engkau. Dan teralihlah kepadanya kebanyakan umur engkau. Dan umur engkau itu adalah harta kekayaan engkau. Kemudian, jikalau mudah bagi engkau, lalu engkau maksudkan dari dinding itu, selain dari untuk mendindingi di antara engkau dan mata orang. Dan dari atap, selain dari untuk menolak hujan. Lalu engkau meninggikan dinding dan menghiaskan atap-atap. Maka engkau terjatuh dalam jurang, yang menjauhkan kemungkinan engkau dapat mendaki daripadanya.

Begitulah semua kepentingan urusan engkau, jikalau engkau singkatkan seperlunya saja, niscaya engkau dapat  mengisikan semua waktu untuk Allah. Dan engkau sanggup menyediakan perbekalan bagi akhirat engkau dan bersiap untuk kesudahan engkau. Dan jikalau engkau lampaui batas yang penting, kepada lembah angan-angan, niscaya kenyanglah angan-angan engkau. Dan Allah tidak memperdulikan pada lembah yang mana, yang membinasakan engkau. Maka terimalah nasehat ini, dari orang yang sangat memerlukan nasehat dari engkau!

Ketahuilah, bahwa lapangan mengatur, mencari perbekalan dan menjaga diri, adalah umur yang singkat ini. Kalau engkau dorong umur ini dari hari ke hari, tentang menyerahkan kepada masa depan atau engkau lengah, niscaya engkau disambar dengan tiba-tiba pada bukan waktu kehendak engkau. Dan tidak berpisah dari engkau, kerugian dan penyesalan engkau. Jikalau engkau tidak sanggup bergantung kepada apa, yang telah aku berikan petunjuk, disebabkan lemahnya takut engkau, karena tidak ada pada urusan kesudahan (al-khatimah) yang telah aku terangkan itu, mencukupi pada menakutkan engkau, maka akan kami bentangkan kepada engkau hal-ihwal orang-orang yang takut, yang kami harap, dapat menghilangkan sebabagian kekesatan hati engkau. Maka sesungguhnya engkau yakini, bahwa akal pikiran nabi-nabi, wali-wali, ulama-ulama, amal mereka dan kedudukan mereka, pada sisi Allah Ta'ala itu, tidaklah kurang dari akal pikiran engkau, amal engkau dan kedudukan engkau. Maka perhatikanlah, serta kaburnya mata penglihatan engkau dan rusaknya mata hati engkau, tentang hal-keadaan mereka! Mengapa bersangatan kepada mereka itu ketakutan? Dan berkepanjangan pada mereka itu kegundahan dan tangisan? Sehingga ada sebabagian mereka itu mati pingsan. Sebabagian mereka itu merasa dahsyat. Sebabagian jatuh dalam keadaan tidak menyadarkan diri. Dan sebabagiannya jatuh tersungkur ke bumi dan meninggal. Dan tidak ragu lagi, jikalau ada yang demikian itu tidak membekas pada hati engkau. Sesungguhnya hati orang-orang yang lalai itu seperti batu atau lebih kesat lagi. Dan sebabagian dari batu itu sesungguhnya tatkala memancar dari padanya sungai-sungai. Dan sebabagian daripadanya tatkala pecah retak, lalu keluar daripadanya air. Dan sebabagian daripadanya, tatkala ia turun dari ketakutan kepada Allah. Dan tidaklah Allah itu lalai dari apa yang kamu kerjakan.

*petikan Ihya’ Ulumiddin PENJELASAN: erti su-ul-khatimah (Artikel penuh dalam bab berkenaan klik disini)

Posted on Saturday, December 21, 2013 by wirajiwa Faintallah

No comments

Thursday, December 19, 2013

IHYA' ULUMIDDIN JILID 7-8 PENJELASAN: Ubat harap dan jalan yang berhasil daripadanya keadaan harap dan mengeras(bersungguh-sungguh) harap itu

Ketahuilah kiranya, bahwa ubat ini diperlukan oleh salah seorang dari dua orang. Adakalanya orang yang telah mengerasi atasnya oleh ke-putusasa-an. Lalu ia meninggalkan ibadah. Dan adakalanya orang yang mengerasi atasnya oleh ketakutan. Lalu ia berlebih-Iebihan pada rajinnya beribadah. Sehingga mendatangkan melarat atas dirinya dan keluarganya. Inilah dua orang, yang cenderung dari kelurusan (di tengah-tengah) ke segi memboros dan membuang-buang tenaga. Keduanya memerlukan kepada pengubatan yang mengembalikannya kepada kelurusan (di tengah-tengah).

Adapun orang maksiat yang tertipu, yang berangan-angan kepada Allah. serta berpaling dari ibadah dan mengerjakan perbuatan maksiat, maka ubat harapnya berbalik menjadi racun yang membinasakannya. Dan herkedudukan ubat itu pada kedudukan air madu, yang menjadi ubat bagi orang yang mengerasi dingin atas dirinya. Dan menjadi racun yang membinasakan bagi orang yang mengerasi panas atas dirinya. Bahkan, orang yang tertipu, tiada memakai pada dirinya, selain ubat-ubat takut dan sebab-sebab yang membangkitkan ketakutan.

Maka kerana inilah, harus ada yang memberi pengajaran kepada orang banyak, yang lemah-Iembut, yang memperhatikan kepada tempat-tempat terjadinya penyakit-penyakit, yang mengubatkan setiap penyakit dengan yang berlawanan dengan dia. Tidak dengan menambahkan pada penyakit. Sesungguhnya yang dicari, ialah: keadilan (yang di tengah-tengah) dan yang sederhana pada seluruh sifat dan akhlak. Dan sebaik-baik pekerjaan itu yang di tengah-tengah. Maka apabila melewati yang di tengah, ke salah satu dari dua tepi, nescaya diubati dengan yang mengembalikan kepada di tengah. Tidak dengan apa yang menambahkan merengnya dari di tengah.

Zaman ini adalah zaman yang tiada sayogianya dipakaikan sebab-sebab harap, bersama orang banyak. Akan tetapi, bersangatan pada menakutkan juga, hampir tidak mengembalikan mereka kepada kebenaran yang sungguh-sungguh dan jalan kebenaran.

Adapun menyebutkan sebab-sebab harap, maka akan membinasakan mereka dan menjatuhkan mereka keseluruhan ke dalam jurang. Akan tetapi, tatkala adalah sebab-sebab harap itu lebih ringan kepada hati dan lebih lazat pada jiwa dan tidaklah maksud juru-juru pengajaran, selain menarikkan hati dan menuturkan kepada orang banyak dengan pujian, di mana pun mereka berada, nescaya mereka itu cenderung kepada harap. Sehingga kerusakan itu bertambah rusak. Dan bertambahlah terjerumusnya mereka dalam kedurhakaan.

Ali r.a. berkata: "Sesungguhnya orang yang berilmu, ialah: orang yang tidak mendatangkan ke-putus-asa-an manusia dari rahmat Allah Ta'ala dan tidak menjamin keamanan bagi mereka dari cobaan Allah.

Kami akan menyebutkan sebab-sebab harap, untuk dapat dipakai terhadap orang yang putus asa. Atau pada orang yang dikerasi oleh ketakutan. Kerana mengikuti Kitab Allah Ta'ala dan sunnah RasulNya s.a.w. Kerana keduanya ini melengkapi kepada takut dan harap. Kerana keduanya mengumpulkan sebab-sebab sembuh, terhadap jenis-jenis orang sakit. Supaya dipakai oleh para ulama, yang menjadi pewaris-pewaris para nabi, menurut keperluan, sebagaimana yang dipakai oleh doktor yang ahli. Tidak sebagaimana dipakai oleh orang yang dungu, yang menyangka bahwa setiap sesuatu dari ubat-ubat itu patut bagi setiap penyakit, bagaimana pun adanya penyakit itu.

Keadaan harap itu mengeras dengan dua perkara:-

Pertama: dengan jalan mengambil ibarat (i'tibar).

Kedua: dengan penyelidikan ayat-ayat, hadits-hadits dan atsar-atsar. Adapun i'tibar, yaitu: bahwa diperhatikan semua yang telah kami sebutkan, pada jenis-jenis nikmat dari Kitab Syukur. Sehingga ia tahu akan yang halus-halus dari nikmat Allah Ta'ala kepada hamba-hambaNYA di dunia. Dan keajaiban-keajaiban hikmahNYA yang dipeliharaNYA pada menciptakan insan. Sehingga tersedialah bagi insan itu di dunia, setiap yang penting baginya untuk keterusan adanya. Seperti alat-alat makanan dan apa yang diperlukan, seperti anak jari dan kuku. Dan yang menjadi hiasan baginya, seperti: melengkungnya dua bulu kening, berlainan warn a dua mata, merah dua bibir dan lain-lain, daripada apa, yang tiada sumbing dengan tidak adanya itu, suatu maksud yang dimaksudkan. Hanya ada dengan ketiadaan itu hilangnya ketambahan kecantikan.

Maka bantuan ke-Tuhan-an, apabila tidak berhenti dari hamba-hambaNYA pada contoh-contoh yang halus itu, sehingga IA tidak redha bagi hamba-hambaNYA, bahwa hilang dari mereka, kelebihan-kelebihan dan tambahan-tambahan pada hiasan dan hajat keperluan, maka bagaimana IA redha dibawa mereka kepada kebinasaan yang abadi? Bahkan, apabila insan memperhatikan dengan perhatian yang menyenangkan, nescaya ia tahu, bahwa kebanyakan makhluk telah disiapkan baginya, sebab-sebab kebahagiaan di dunia. Sehingga ia tidak suka berpindah dari dunia itu dengan kematian. Walaupun diberi-tahukan kepadanya, bahwa tiada akan diazabkan sesudah mati selama-lamanya umpamanya. Atau tiada sekalikali akan dibangkitkan sesudah mati itu. Dan kebencian mereka itu tidaklah kerana tidak lagi di dunia, melainkan kerana  sudah pasti  sebab-sebab kenikmatan yang membanyak itu. Dan sesungguhnya yang meangan-angankan mati itu jarang sekali. Kemudian, tiada yang menganganangankannya, selain dalam hal yang jarang sekali dan kejadian yang menyerang yang luar biasa.

Jadi, adalah keadaan kebanyakan makhluk di dunia itu, yang banyak kepadanya, ialah: baik dan selamat. Maka sunnah Allah. tiada anda dapati padanya pergantian. Maka kebanyakannya, urusan akhirat begitu juga adanya. Kerana yang mengatur dunia dan akhirat itu SATU. Yaitu: yang maha pengampun, mahapengasih, maha kasih-sayang kepada hamba-hambaNYA, yang mahabelas-kasihan kepada mereka.

Maka ini, apabila diperhatikan dengan sebenar-benarnya, nescaya kuatlah dengan yang demikian itu sebab-sebab harap. Dan dari i'-tibar juga, diperhatikan tentang hikmah syari'at dan sunnah-sunnahnya tentang kemuslihatan dunia dan segi rahmat bagi segala hambaNYA. Sehingga sebahagian arifin (yang mempunyai ma'rifah yang mendalam) melihat ayat hutang-piutang (ayat al-mudayanah) pada surat Al-Baqarah (1), adalah di antara sebab-sebab harap yang terkuat. Maka ditanyakan kepada orang arifin itu: "Apakah yang padanya itu harap?".

Beliau itu menjawab: "Dunia semuanya itu sedikit. Rezeki insan padanya sedikit. Dan hutang itu sedikit daripada rezekinya. Maka perhatikanlah, bagaimana Allah Ta'ala menurunkan padanya, ayat yang terpanjang. Supaya hambaNYa mendapat petunjuk kepada jalan menjaga diripada menjaga agamanya. Maka bagaimana ia tidak menjaga agamanya. yang tiada tukaran baginya!"

Bidang kedua: penyelidikan ayat-ayat dan hadits-hadits. Maka ayat dan hadits yang datang tentang harap itu di luar dari hinggaan.

(I) Bacalah ayat tersebut pada Sural AI-Baqarah. ayat 282 yang demikian panjangnya. (Pent.).

Adapun ayat-ayat, maka Allah Ta'ala berfirman:-

Artinya: "Katakanlah! Hai hamba-hambaKU yang melampaui batas mencelakakan dirinya sendiri! Janganlah kamu putus harapan dari rahmat Allah! Sesungguhnya Allah mengampuni segenap dosa. Sesungguhnya IA Maha Pengampun dan Maha Penyayang". S. Az-Zumar, ayat 53.

Menurut pembacaan Rasulullah s.a.w ialah:-

Artinya: "Dan IA tidak memperdulikan, sesungguhnya IA Maha Pengampun dan Maha Penyayang". (1).

Allah Ta'ala berfirman:-

Artinya: "Dan malaikat-malaikat itu mengueapkan tasbih memuji Tuhan mereka dan memohonkan ampunan untuk segenap yang mendiami bumi". S. Asy-Syura, ayat 5.

Allah Ta'ala menerangkan. bahwa neraka disediakanNYA bagi musuh-musuhNYA. Dan neraka itu ditakutkanNYA kepada para wali-waliNYA.

Allah berfirman:-

Artinya: "Di atas kepala mereka tumpukan api dan di bawahnya tumpukan (api pula). Dengan itu, Allah memberi ancaman kepada hamha-hambaNYA". S. Az-Zumar, ayat 16.

Allah'Ta'ala berfirman:-

Artinya: "Dan peliharalah dirimu dari neraka yang disediakan untuk orang-orang yang tidak beriman". S. Ali 'Imran, ayat 131.

(I) Yaitu: tambahan kata-kata: wa laa yubaalii. Dan hadits ini dirawikan At-Tirmidzi dari Asma binti Yazid. hadits hasan gharih.

Dan Allah Ta'ala berfirman:-

Artinya: "Sebab itu, AKU memperingatkan kepada kamu api yang menyala. Tiada masuk ke dalamnya selain dari orang yang amat eelaka. Yang mendustakan (kebenaran) dan membelakang". S. AI-Lail, ayat 14 15 - 16.

Allah 'Azza wa lalla berfirman:-

Artinya: "Dan bahwa Tuhan engkau Pengampun kesalahan manusia S. Ar-Ra'd, ayat 6. (1).

Dikatakan, bahwa Nabi s.a.w. senantiasa menanyakan tentang ummatnya, sehingga dikatakan kepadanya: "Apakah engkau tidak redha dan telah diturunkan kepada engkau ayat ini?".

Dan tentang penafsiran firman Allah Ta'ala:-

Artinya: "Dan nanti Tuhan engkau akan memberikan kepada engkau, maka engkau akan bersenang hati (redha)". S. Adl-Dluha, ayat 5, bahwa kata Ibnu Abbas (2), bahwa Muhammad s.a.w. tiada senang seorang pun dari umatnya masuk neraka.

Adalah Abu Ja'far Muhammad bin Ali mengatakan: "Tuan-tuan penduduk Irak mengatakan: "Ayat yang paling mengandung harapan dalam Kitab Allah ' Azza wa Jalla, ialah firmanNYA:-

Artinya: "Katakanlah! Hai hamba-hambaKU yang melampaui batas mencelakakan dirinya sendiri! Janganlah kamu putus harapan dari rahmat Allah! Sesungguhnya Allah mengampuni segenap dosa. Sesungguhnya IA Maha Pengampun dan Maha Penyayang". S. Az-Zumar, ayat 53.

Dan kami keluarga Rasulullah s.a.w. mengatakan, bahwa yang paling mengandung harapan dalam Kitab

Allah 'Azza wa Jalla, ialah firmanNYA:-

Artinya: "Dan nanti Tuhan engkau akan memberikan kepada engkau, maka engkau akan bersenang hati (redha)". S. Adl-Dluha, ayat 5.

(1) Menurul AI-Iraqi, beliau tiada menjumpai hadits. yang bunyinya seperti ini.

(2) Menurul Thya' sendiri, tidak jelas, siapa yang mengatakan itu. Tetapi dijelaskan oleh fll;haf. syarah Thya', jilid IX, hal. 175. bahwa yang mengatakan itu. ialah Tbnu Abbas. (Pent. ).

Adapun hadits-hadits, maka diriwayatkan Abu Musa dari Nabi s.a.w., bahwa beliau bersabda:-

Artinya: "Ummatku itu ummat yang dicurahkan rahmat. Tiada azab atas dirinya di akhirat. Allah menyegerakan siksaannya di dunia, dengan: gempa-gempa bumi dan kekacauan-kekacauan (fitnah-fitnah). Maka apa-bila telah ada hari kiamat nanti, nescaya ditolakkan kepada setiap orang dari ummatku, akan seorang dari pemeluk agama yang berkitab (Yahudi dan Nasrani). Lalu dikatakan: "Inilah tebusan engkau dari neraka!". (1).

(1) Dirawikan Abu Dawud. Dan Ibnu Majah merawikannya dari Anas. Sanad dha`if.

Manurut susunan kata-kata yang lain, ialah:-

Artinya: "Setiap orang dari ummat ini akan datang dengan seorang Yahudi atau Nasrani ke neraka jahannam. Lalu ia mengatakan: "Inilah tebusanku dari neraka". Maka orang Yahudi atau Nasrani itu dicampakkan ke dalam neraka". (1).

Nabi s.a.w. bersabda:-

Artinya: "Demam itu dari kesangatan panas neraka jahannam. Dan itu adalah keuntungan orang yang beriman, dari api neraka". (2).

Diriwayatkan tentang penafsiran firman Allah Ta'ala:-

Artinya: "Pada hari, yang tiada diberikan kehinaan oleh Allah kepada Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengan dia". S. AtTahrim, ayat 8, bahwa Allah Ta'ala menurunkan wahyu kepada NabiNya s.a.w.: "Bahwa AKU jadikan perhitungan amal (hisab) ummat engkau kepada engkau".

Nabi s.a.w. menjawab: 'Tidak, wahai Tuhanku! ENGKAU lebih mengasihani mereka daripadaku".

Maka Allah Ta'ala berfirman: "Jadi, KAMI tidak memberikan kehinaan akan engkau mengenai mereka". (3).

Diriwayatkan dari Annas, bahwa Rasulullah s.a.w. menanyakan Tuhannya tentang dosa-dosa ummatnya.

Nabi s.a.w. bersabda:-

Artinya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah perhitungan amal mereka kepadaku, supaya tidak dilihat keburukan mereka, selain aku".

Maka Allah Ta'ala menurunkan wahyu kepada Nabi s.a.w.: "Mereka itu ummatmu dan mereka itu hamba-hambaKU. AKU kasih sayang kepada mereka dari engkau. AKU tidak menjadikan perhitungan amal mereka kepada selain AKU. Supaya tidak dilihat oleh engkau dan selain engkau kepada keburukan mereka". (4).

(I) Dirawikan Muslim dari Abu Musa.

(2) Dirawikan Ahmad dari Abi Amamah. dari riwayat Abi Shalih AI-Asy'ari. yang tidak dikenal dan tidak terkenal namanya.

(3) Dirawikan Ibnu Abid-Dun-ya.

(4) Menurut AI-Iraqi. beliau tidak mengetahui hadits ini sama sekali.

Nabi s.a.w•. bersabda:-

Artinya: "Hidupku itu kebajikan bagi kamu dan matiku itu kebajikan bagi kamu. Adapun hidupku, maka aku sunnahkan bagi kamu akan sunnah-sunnah dan aku syariatkan bagi kamu syariat-syariat (hukum-hukum Agama). Adapun matiku, maka sesungguhnya semua amal kamu di-datangkan kepadaku. Maka apa yang aku lihat daripadanya itu baik, nescaya aku memujikan Allah atas yang demikian. Dan apa yang aku lihat daripadanya itu buruk, nescaya aku memohonkan ampunan Allah Ta'ala bagi kamu". (2).

Pada suatu hari Nabi s.a.w. mengucapkan:-

Artinya: "Wahai Yang Maha Pemurah memberi kema'afan!".

Lalu Jibril a.s. bertanya: "Adakah engkau tahu, apa penafsiran: "Yaa kariimal-'afwi" itu?". Yaitu: Jikalau IA mema'afkan dari kejahatan-kejahatan dengan rahmatNYA, nescaya digantikanNYA kejahatan itu dengan kebaikan, dengan kemurahanNYA". (3).

Nabi s.a.w. mendengar seorang laki-Iaki berdo'a: "Wahai Allah Tuhanku! Aku bermohon padaMU kesempurnaan nikmat".

Lalu Nabis.a.w.bertanya

Artinya: Adakah engkau tahu, apa Itu kesempumaan nikmat?". Laki-Iaki itu menjawab: "Tidak!".

(2) Dirawikan AI-Bazzar dari Abdullah bin Mas-'ud. perawi•perawinya orang-orang benar (shahih).

(3) Menurut AI-Iraqi, bukan dari Nabi s,a,w. Tetapi, antara Nabi Ibrahim dan Jibril a.s.

Lalu Nabi s.a.w. bersabda:

Artinya: "Masuk syurga". (1).

Para ulama mengatakan, bahwa Allah telah menyempurnakan nikmatNYA kepada kita, dengan redhaNYA Agama Islam bagi kita. Kerana Allah Ta'ala berfirman:-

Artinya: "Dan telah KUsempurnakan kepadamu nikmatKU dan AKU telah meredhai Islam itu menjadi agamamu•'. S. AI Maidah. ayat 3.

Dan tersebut pada hadits:-

Artinya: "Apabila hamba itu berdosa dengan sesuatu dosa, lalu ia meminta ampunan Allah, maka Allah 'Azza wa Jalla berfirman kepada para malaikatNYA: "LihatIah kepada hambaKU yang telah berdosa dengan suatu dosa! Maka ia tahu, bahwa ia mempunyai Tuhan yang mengampunkan segal a dosa dan yang menyiksakan dengan dosa itu. AKU persaksikan kepada kamu, bahwa Aku telah mengampunkan dosanya". (2).

Pada hadits tersebut:

Artinya: "Jikalau berdosalah hamba, sehingga sampai dosa-dosanya itu ke awan langit, nescaya AKU ampunkan baginya, apa yang dimintanya ampunan padaKU dan yang diharapkannya padaKU". (3).

(1) Dirawikan Ath-Thabrani dari Ma-adz dan telah diterangkan dahulu.

(2) Dirawikan Al•Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah.

(3) Dirawikan At-Tirmidzi d;ri Anas, hadits hasan (baik).

Pada hadits, tersebut:-

Artinya: "Jikalau hambaKU menemui AKU dengan dosa sesarung bumi, nescaya AKU menemuinya dengan ampunan sesarang bumi". (1).

Tersebut pada hadits

Artinya: "Sesungguhnya malaikat mengangkat pena (al-qalam) dari hamba, apabila ia telah berbuat dosa enam jam, Maka jikalau ia bertaubat dan meminta ampun, nescaya malaikat itu tidak menuliskan dosa tadi atas dirinya. Dan jikalau tidak, nescaya malaikat itu menuliskannya sebagai kejahatan". (2).

Dan pada kata-kata yang  lain

Artinya: "Maka apabila malaikat itu menuliskannya atas orang itu dan orang itu berbuat amal baik, nescaya malaikat yang di sebelah kanan mengatakan kepada malaikat yang di sebelah kiri dan malaikat yang di sebelah kanan itu amir (kepala) atas malaikat yang di sebelah kiri: "Campakkanlah kejahatan ini, sehingga aku jumpai dari kebaikan-kebaikannya itu satu, penggandaan sepuluh. Dan aku angkatkan baginya akan sembilan kebaikan", Maka dicampakkan daripadanya ke jahatan itu". Diriwayatkan Anas pada suatu hadits. bahwa Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila hamba itu berbuat suatu dosa. nescaya dituliskan atas diri hamba itu" .

Lalu seorang Arab desa(badwi) bertanya: "Dan jikalau ia bertaubat daripadanya?".

(1) Dirawikan Muslim dari Abu Dzar.

(2) Dirawikan AI-Baihaqi dari Abi Amamah.

Nabi s.a.w. menjawab: "Nescaya dihapuskan dari dosa itu", Arab desa(badwi) itu bertanya lagi: "Jikalau diulanginya?".

Nabi s.a,w. menjawab: "Dituliskan lagi atas orang itu". Arab desa(badwi) itu bertanya pula: "Jikalau ia taubat?",

Nabi s.a.w, menjawab: "Dihapuskan dari halaman amalnya", Arab desa(badwi) itu bertanya: "Hingga kapan?".

Nabi s.a,w. menjawab: "Sampai ia meminta ampunan Allah 'Azza wa Jalla dan bertaubat kepadaNYA. Sesungguhnya Allah tidak bosan memberi ampunan, sampai hamba itu bosan daripada meminta ampunan. Apabila hamba itu bercita-cita dengan kebaikan, nescaya ditulis oleh malaikat yang di sebelah kanan akan kebaikan, sebelum dikerjakannya. Maka kalau sudah dikerjakannya, nescaya dituliskan sepuluh kebaikan. Kemudian dilipat-gandakan oleh AlIah Subhanahu wa Ta'ala kepada tujuh ratus ganda. Dan apabila hamba itu bercita-cita dengan kejahatan. nescaya tidak dituliskan. Maka apabila dikerjakan kejahatan itu, nescaya dituliskan satu kesalahan. Dan di belakangnya kebaikan kema'afan Allah 'Azza wa JalIa". (1).

Seorang laki-Iaki datang kepada RasululIah s.a.w. Lalu berkata: "Wahai RasululIah! Sesungguhnya aku tidak berpuasa selain sebulan. Tidak aku tambahkan daripadanya, Dan tidak aku mengerjakan shalat, selain lima waktu, Dan tidak aku tambahkan daripadanya, Dan tiadalah bagi AlIah pada hartaku itu sedekah, hajji dan amalan sunat. Di manakah aku apabila aku mati?".

Rasulullah s.a. w. lalu tersenyum dan bersabda: "Ya, bersama aku, apabila engkau menjaga hati engkau dari dua perkara: iri hati dan dengki.

Engkau menjaga lidah engkau dari dua perkara: umpat dan dusta.

Dan dua mata engkau dari dua perkara: memandang kepada apa yang diharamkan oleh Allah dan bahwa engkau mengejek dengan dua mata itu akan orang Islam.

Engkau masuk syurga bersama aku. atas dua tapak tanganku yang ini". (2).

Tersebut pada hadits yang panjang yang dirawikan Anas, bahwa seorang Arah desa(badwi) bertanya: "Wahai RasululIah! Siapakah yang mengurus hitungan amal makhluk?",

Nabi s.a,w, menjawab: AlIah Yang Mahasuci dan Mahatinggi". Arah desa(badwi) itu bertanya lagi: "DIA sendiri?",

Nahi s.a,w. menjawab: "Ya!".

Maka Arab desa(badwi) itu tersenyum.

Lalu Nabi s.a.w. bertanya: "Dari kerana apa engkau tertawa, hai Arab desa(badwi)?" ,

Ia menjawab: "Sesungguhnya Yang Mahapemurah itu, apabila mentaqdirkan, nescaya memaafkan. Dan apabila mengadakan hitungan amal (hisab), nescaya penuh dengan kelapangan".

(1) Dirawikan AI-Baihaqi dari Anas.

(2) Hadits ini telah diterangkan dahulu pada "Kitab Tercelanya Busuk Hati Dan Dengki".

Lalu Nabi ~.a.w. hersabda:-

Artinya: "Benarlah Arah desa(badwi) ini. Ketahuilah kiranya, bahwa tiada yang pemurah, yang lebih pemurah daripada Allah Ta`ala. DIAlah Yang Maha Pemurah dari orang-orang yang pemurah".

Kemudian, Nabi s.a.w. menyambung: "Arab desa(badwi) ini telah mengerti". Dan pada hadits ini. tersebut pula: "Bahwa Allah Ta'ala memuliakan dan mengagungkan Ka'bah. Dan jikalau seorang hamba meruntuhkannya, batu demi batu, kemudian dibakarkannya. nescaya tiada sampai yang demikian itu. dari dosa orang yang merendahkan seorang wali dari para wali Allah Ta`ala".

Lalu Arab desa(badwi) ilu bertanya: "Siapakah para wali Allah Ta'ala')"

Nabi s.a.w. menjawab:-

Artinya: "Orang mu'min itu semua wali (aulia) Allah Ta`ala. Apakah engkau tidak mendengar firman Allah 'Azza wa .Jalla: "Allah itu yang kasih orang-orang yang beriman. mereka dikeluarkanNYA dari kegelapan kepada caha)'a yang terang (nur)". (I).       

Tersebut pada sehahagian hadih:-

Artinya: "Orang mu'min ilu lebih utama dari Ka•bah". (2).

(1) Hadits ini dirawikan dari Anas. Tetapi AI-Iraqi tidak menjumpai hadits ini dalam kitab-kitab hadits. Dan ayat tersebut itu. pada S. AI-Baqarah. ayat 257.

(2) Dirawikan Ibnu Majah dari Ibnu Umar. dengan bunyi lain yang searti dengan tersebut itu.

Artinya: Orang mu'min itu baik dan suci". (1)

Artinya: "Orang mu'min itu lebih mulia pada Allah Ta'ala daripada malaikat". (2).

Tersebut pada hadits:-

Artinya: "Allah Ta'ala menciptakan neraka jahannam dari kurnia rahmatNYA. untuk menjadi cambuk, yang dihalau oleh Allah dengan cambuk itu akan hamba-hambaNYA ke syurga". (3).

Tersebut pada hadits yang lain:-

Artinya: "Allah 'Azza wa lalla berfirman: "Sesungguhnya AKU jadikan makhluk itu, supaya mereka itu beruntung atas tanggunganKU. Dan tidak AKU jadikan mereka, supaya AKU beruntung atas tanggungan mereka•'. (4).

Tersebut pada hadits Abi Sa'id AI-Khudri. dari Rasulullah s.a.w.:-

Artinya: "Allah Ta'ala tidak menjadikan sesuatu. melainkan dijadikanNYA apa yang mengalahkannya. Dan dijadikanNYA rahmatNYA. mengalahkan marahNYA". (5),

(1) Menurut AI-Iraqi. beliau tidak menjumpai hadits yang bunyinya demikian.

(2) Dirawikan Ibnu Majah dari Abu Hurairah. hadits dha`if.

(3) Menurut AI-Iraqi, beliau tidak menjumpai hadits yang demikian.

(4) Menurut AI-Iraqi. beliau tidak menjumpai hadits ini.

(5) Dirawikan Abusy-Syaikh Ibnu Hibban dari Abi Sa'id AI-Kudri.

Tersebut pada hadits terkenal:

Artinya: "Sesungguhnya Allah Ta'ala menuliskan atas diriNYA rahmat, sebelum IA menjadikan makhluk: Sesungguhnya rahmatKU itu mengalahkan marahKU". (1).

Diriwayatkan dari Ma'adz bin Jabal dan Anas bin Malik, bahwa Nabi s.a.w. bersabda:-

Artinya: "Siapa yang membacakan "Laa ilaaha illal-laah" (Tiada yang disembah, selain Allah), nescaya ia masuk syurga", (2).

Pada hadits lain: "Siapa yang ada akhir perkataannya "Laa ilaaha illallaah", nescaya ia tidak akan disentuh oleh neraka". (3).

Pada hadits lain: "Siapa yang bertemu dengan Allah, yang tidak disekutukanNYA dengan sesuatu. nescaya ia diharamkan dari neraka". (4).

Pada hadits lain: "Tiada akan masuk neraka, orang yang dalam hatinya, seberat atom dari iman". (5).

Pada hadits lain: "Jikalau orang kafir itu tahu, akan luasnya rahmat Allah Ta'ala, nescaya tiada seaorang pun yang putus asa dari syurgaNYA". (6).

Tatkala Rasulullah s.a.w. membaca firman Allah Ta'ala:-

Artinya: "Sesungguhnya kegoncangan kiamat itu suatu peristiwa yang dahsyat". S. AI-Hajj, ayat 1, lalu beliau bersabda: "Tahukah kamu: hari manakah ini? Inilah hari, yang dikatakan kepada Adam a.s.: "Bangunlah! Maka carilah akan kecarian neraka dari anak-cucumu!".

Maka Adam a.s. bertanya: "Berapa?".

Maka dijawab: "Dari setiap seribu itu, maka sembilanratus Sembilan puluh sembilan ke neraka dan seorang ke syurga". Maka kaum itu penuh keheranan. Mereka itu semua menangis dan seharian mereka itu tidak mau berbuat dan bekerja. Maka datanglah kepada mereka, Rasulullah s.a.w. dan bersabda: "Mengapa kamu tidak mau bekerja?" .

Mereka itu menjawab: "Siapakah yang mau bekerja sesudah engkau ceritakan kepada kami dengan ini?"

(I) Dirawikan AI-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah. (2) Dirawikan Ath-Thabrani dari Ma'adz dan Anas.

(3) Dirawikan Abu Dawud dan AI-Hakim dari Ma'adz. dipandangnya shahih. (4) Dirawikan AI-Bukhari dan Muslim dari Anas.

(5) Dirawikan Ahmad dari Sahl bin Baidla•.

(6) Dirawikan AI-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah.

Maka Nabi s.a.w. menjawab:-

Artinya: "Berapa banyak kamu dalam umat-umat itu? Manakah Tawil. Tsaris, Mansik. Ya'-juj dan Ma'juj, umat-umat yang tidak dapat dihinggakan selain oleh Allah Ta'ala. Sesungguhnya kamu dalam umat-umat yang lain itu. adalah seperti bulu yang putih pada kulit sapi jantan yang hitam dan seperti gurisan pada lengan (kaki depan) binatang kenderaan". (1).

Maka perhatikanlah. bagaimana adanya makhluk itu dihalau dengan cemeti ketakutan dan dituntun mereka dengan tali kekang harapan kepada Allah Ta`ala. Kerana mereka dihalau, pertama-tama dengan cemeti ketakutan. Maka tatkala keluar yang demikian dengan mereka daripada batas kesederhanaan kepada bersangatan ke-putus-asa-an. Nescaya mereka diubati dengan ubat harapan. Dan mereka dikembalikan kepada kelurusan dan kesederhanaan. Dan yang penghabisan itu tidak berlawanan bagi yang permulaan.

Akan tetapi. disebutkan pada permulaan apa yang dilihatnya menjadi sebab bagi kesembuhan. Dan disingkatkan kepada yang demikian. Maka manakala mereka itu memerlukan kepada pengubatan dengan harapan, nescaya disebutkan kesempurnaan urusan: bahwa harus atas yang memberi pengajaran, mengikuti penghulu pemberi-pemberi pengajaran. Maka ia berlemah-Iembut pada pemakaian hadits-hadits tentang takut dan harap, menurut keperluan, sesudah memperhatikan sakit-sakit batiniyah.

Dan jikalau tidak dijaga yang demikian. nescaya adalah apa yang rusak dengan pengajarannya itu lebih banyak daripada yang diperbaikinya.

Tersebut pada hadits:-

Artinya: "Jikalau kamu tidak berbuat dosa, nescaya Allah menjadikan suatu makhluk yang berbuat dosa. Maka IA mengampunkan mereka". (2).

(I) Dirawikan At-Tirmidzi dari '!mran bin Hushain. hasan shahih. Dan nama-nama itu adalah putera-putera Nabi Adam a.s.

(2) Dirawikan Muslim dari Abi Ayyub.

Tersebut pada kata-kata lain

Artinya: "Nescaya IA pergi dari kamu dan IA datang dengan makhluk yang lain yang berbuat dosa. Maka IA mengampunkan mereka. Sesungguhnya IA itu Maha Pengampun dan Maha Pengasih".

Tersebut pada hadits:-

Artinya: "Jikalau kamu tidak berbuat dosa, nescaya aku takut atas kamu, apa yang lebih jahat daripada dosa".

Lalu ditanyakan: "Apakah itu yang lebih jahat?".

Nabi s.a.w. menjawab: "Ujub (mengherani diri)". (1).

Nabi S.A.W. bersabda:

Artinya: "Demi Allah, yang jiwaku di TanganNYA! Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih kepada hambaNYA yang mu'min, daripada ibu yang sayang kepada anaknya". (2).

Tersebut pada hadits:

Artinya: "Sesungguhnya Allah Ta'ala mengampunkan pada hari kiamat, akan ampunan, yang tiada terguris pada hati seseorang. Sampai Iblis menyombong diri atas ampunan itu, kerana mengharap diperolehnya". (3).

(I) Dirawikan AI-Bazzar dan ibnu Hibban dari Anas. hadits dha`if.

(2) Dirawikan AI-Bukhari dan Muslim dari Umar.

(3) Dirawikan ibnu Abid-Dun-ya dati ibni Mas-ud. dengan isnad dha`if.

Tersebut pada hadits:-

Artinya: "Sesungguhnya bagi Allah Ta'ala seratus rahmat, yang disimpan daripadanya pada sisiNYA sembilanpuluh sembiIan rahmat. Dan dinampakkanNYA daripadanya di dunia satu rahmat, yang berdesak-desak para makhluk pada yang satu itu. Maka ibu kasih sayang kepada anaknya. Dan binatang sayang kepada anaknya. Maka apabila hari kiamat nanti, IA mengumpulkan nikmat yang satu ini kepada yang sembilanpuluh sembilan. Kemudian, dihamparkanNYA kepada semua makhlukNYA. Dan setiap rahmat daripadanya itu lapisannya langit dan bumi",

Nabi s.a.w. menyambung: "Maka tiada binasa atas tanggungan Allah pada hari itu, se-lain orang yang binasa". (1).           

Tersebut pada hadits: "Tiada seorang pun daripada kamu, yang amalnya memasukkannya ke syurga dan melepaskannya dari neraka".

Lalu para shahubat bertanya: "Tidak juga engkau, wahai Rasulullah?".

Nabi s.a.w.: "Dan tidak juga aku, selain bahwa aku diselubungkan oleh Allah dengan rahmatNYA". (2).

Nabi s.a.w. bersabda: "Beramallah! Berikanlah khabar gembira! Dan ketahuilah, tiadalah seseorang itu dilepaskan oleh amalnya". (3).

Nabi s.a.w. bersabda:-

Artinya: "Sesungguhnya aku sembunyikan syafaatku bagi orang-orang yang berbuat dosa besar dari ummatku. Adakah engkau lihat syafaat itu bagi orang-orang yang tha'at, yang taqwa saja? Bahkan syafaat itu bagi orang-orang yang berlumuran dosa, yang mencampur-adukkan antara dosa dan bukan dosa". (4).

(1) Dirawikan Al-Bukhari dan Muslim dati Abi Hurairah.

(2) Dirawikan AI-BukhaTi dan Muslim dati Abi Hurairah.

(3) Hadits ini telah diterangkan dahulu.

(4) Dirawikan AI-Bukhari dan Muslim dari Abi Hurairah.

Nabi s.a.w. bersabda:-

Artinya: "Aku diutus membawa Agama yang benar, penuh kelapangan, yang mudah". (2).           .

Nabi s.a.w. bersabda dan kepada setiap hamba pilihan: "Aku menyukai, bahwa diketahui oleh orang-orang kafir yang berpegang kepada dua kitab (3). bahwa pada Agama kita itu penuh kelapangan". (4).

Menunjukkan kepada erti hadits ini, akan penerimaan doa oleh Allah Ta'ala bagi orang-orang mu'min, pada do'anya:-

Artinya: "Janganlah ENGKAU pikulkan kepada kami beban yang berat". S. AI-Baqarah, ayat 286.

Dan Allah Ta'ala berfirman

Artinya: "Dan meringankan beban mereka dan belenggu yang menyusahkan mereka". S. AI-A'raaf, ayat 157.

Diriwayatkan Muhammad bin AI-Hanafiyyah, dari Ali La. bahwa tatkala turun firman Allah Ta'ala:-

Artinya: "Maka berilah maaf yang baik". S. AI-Hijr, ayat 85.

Nabi s.a.w. lalu bertanya: "Hai Jibril! Apakah maaf yang baik itu?". Jibril a.s. menjawab: "Apabila engkau maafkan orang yang berbuat zalim kepada engkau, maka janganlah engkau mencelanya".

(2) Dirawikan Ahmad dari Abi Amamah, dengan sanad dha`if.

(3) Dimaksudkan: yang berpegang kepada Taural, yaitu: Yahudi

Dan yang berpegang kepada Injil, yaitu: Nasrani.-

(4) Dirawikan Abu Ubaid dan Ahmad, hadits gharib (tak terkenal).

Nabi s.a.w. lalu bersabda: "Hai Jibril! Maka Allah Ta'ala itu maha pemurah daripada IA mencela orang yang dimaafkanNYA".

Maka menangislah Jibril. Dan menangislah Nabi s.a.w. Maka Allah Ta'ala mengutuskan malaikat Mikail kepada keduanya. Mikail berkata: "Sesungguhnya Tuhanmu menyampaikan salam kepadamu. Dan berfirman:

"Bagaimana AKU mencela orang yang AKU maafkan? Itu adalah hal yang tidak menyerupai kemurahanKU". (1).

Hadits-hadits yang membentangkan mengenai sebab-sebab harapan itu, lebih banyak daripada dapat dihinggakan.

Adapun atsar, maka di antaranya Ali La. berkata: "Siapa yang berbuat suatu dosa, lalu ditutup oleh Allah Ta'ala di dunia, maka Allah itu Maha Pemurah, daripada membukakan penutupannya di akhirat. Dan siapa yang berbuat dosa, lalu ia disiksa di dunia, maka Allah Ta'ala Maha Adil daripada mendua-kalikan siksaanNYA atas hambaNYA di akhirat".

Ats-Tsauri berkata: "Aku tidak suka, bahwa dijadikan perhitungan amalku kepada ibu-bapakku. Kerana aku tahu, bahwa Allah Ta'ala mencurahkan kasih-sayang kepadaku daripada keduanya".

Setengah salaf berkata: "Orang mu'min apabila berbuat maksiat kepada Allah Ta'ala, nescaya Allah menutupkannya dari penglihatan malaikat. Supaya tidak dilihatnya, lalu dinaik-saksikannya".

Muhammad bin Sha'ab menulis surat kepada Aswad bin Salim dengan tulisannya sendiri: "Sesungguhnya hamba apabila berbuat berlebih-Iebihan atas dirinya, maka ia mengangkatkan dua tangannya berdo'a dan mengucapkan: "Wahai Tuhanku!", nescaya malaikat mendindingkan suaranya. Dan demikian juga, kali kedua dan kali ketiga. Sehingga, apabila ia mengucapkan kali keempat: "Wahai Tuhanku!", maka Allah Ta'ala berfirman:

"Hingga kapan, kamu dindingkan daripadaKU, akan suara hambaKU? Sesungguhnya hambaKU itu tahu, bahwa tiada baginya Tuhan, yang mengampunkan dosa-dosa, selain AKU. AKU persaksikan kepada kamu, bahwa AKU telah mengampunkan dosanya".

Ibrahim bin Adham r.a. berkata: "Pada suatu malam, aku tidak melakukan tawaf. Adalah malam itu banyak turun hujan dan gelap. Lalu aku berdiri di Al-Multazam di sisi pintu Ka'bah. Maka aku berdo'a: "Wahai Tuhanku! Peliharakanlah aku, sehingga aku tidak mengerjakan maksiat kepadaMU selama-Iamanya!". Lalu datang suara yang memanggil dari Baitullah: "Hai Ibrahim! Engkau meminta kepadaKU pemeliharaan dari dosa. Semua hambaKU yang beriman, meminta daripadaKU yang demikian. Maka apabila AKU peliharakan mereka, maka kepada siapakah AKU memberikan kurnia? Dan bagi siapakah AKU memberi ampunan?".

(1) Dirawikan Ibnu Mardawaih, hadits mauquf (terhenti) sampai kepada Ali.

AI-Hasan berkata: "Jikalau tidaklah orang mu'min itu berbuat dosa, nescaya ia akan terbang pada alam malakut tinggi. Akan tetapi, Allah Ta'ala mencegahkannya dengan dosa".

AI-Junaid r.a. berkata: "Jikalau nampaklah mata dari orang pemurah, nescaya mata itu menghubungkan orang-orang yang berbuat jahat dengan orang-orang yang berbuat baik".

Malik bin Dinar bertemu dengan Abban bin Abi 'Ayyasy (1). Lalu Malik mengatakan kepadanya: "Sudah berapa banyak engkau berbicara dengan manusia, mengenai hal kemudahan?".

Abban lalu menjawab: "Hai Abu Yahya! Sesungguhnya aku mengharap bahwa engkau melihat dari kemaafan Allah pada hari kiamat, akan apa yang engkau koyakkan pakaian engkau ini kerananya, dari sebab kegembiraan".

Dalam cerita Rib'iy bin Hirasy dari hal saudaranya (Mas'ud bin Hirasy) dan adalah Rib'iy ini termasuk kaum tabi'in pjlihan. Dan saudaranya (Mas'ud) itu, adalah di antara orang yang berkata-kata sesudah meninggal. Kata Rib'iy: "Tatkala saudaraku Mas'ud telah meninggal, lalu ia ditutup dengan kainnya. Dan kami meletakkannya di atas usungan mayatnya. Maka ia membukakan kain dari mukanya dan duduk lurus. Seraya ia berkata: "Aku telah menemui Tuhanku 'Azza wa lalla. Maka IA menyambut aku dengan kegembiraan dan kepuasan. Dan Tuhanku tidak marah. Dan aku melihat keadaan itu lebih mudah dari apa yang kamu sangkakan. Maka janganlah kamu lesu! Dan sesungguhnya Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya menunggu aku. Sehingga aku kembali kepada mereka".



Rib'iy meneruskan ceritanya: "Kemudian, Mas'ud mencampakkan dirinya. Seakan-akan adalah dia sebutir batu, yang jatuh pada tempat cuci tangan. Maka kami bawa dia dan kami kuburkan".



Tersebut pada hadits: "Bahwa dua orang laki-Iaki dari kaum Bani Israil, mengikatkan persaudaraan pada jalan Allah Ta'ala. Yang seorang adalah berlebih-Iebihan atas dirinya dengan perbuatan maksiat. Dan yang lain adalah 'abid (rajin beribadah). Dan ia memberi pengajaran dan menghardik temannya itu. Lalu terman yang jahat itu mengatakan: "Tinggalkanlah aku! Demi Tuhanku! Adakah engkau diutus atas diriku menjadi pengintip?". Sehingga pada suatu hari, terman yang 'abid itu melihat temannya yang jahat, sedang berbuat dosa besar. Lalu ia marah, seraya berkata: "Allah tiada akan mengampunkan dosa engkau".

Terman yang berbuat dosa itu menjawab: "Allah Ta'ala akan berfirman pada hari kiamat: "Adakah sanggup seseorang mencegah rahmatKU kepada hamba-hambaKU? Pergilah engkau, maka sesungguhnya AKU telah mengampunkan dosa engkau". Kemudian, ia mengatakan kepada temannya yang 'abid: "Engkau telah mengharuskan bagi engkau neraka"

(1) Adalah Abban terkenal. banyak sekali membicarakan hadits-hadits mengenai harap dan kemudahan (tidak dipersulitkan) - Peny.

Nabi s.a. w. bersabda: "Demi Tuhan yang nyawaku di tanganNYA! Sesungguhnya orang itu telah mengucapkan perkataan, yang membinasakan dunianya dan akhiratnya", (1)

Diriwayatkan pula, bahwa seorang pencuri telah merampok pada kaum Bani Israil selama empatpuluh tahun. Maka nabi Isa a.s. lalu dekat pencuri itu. Dan di belakang beliau seorang 'abid dari Bani Israil, yang menjadi ternan beliau. Maka pencuri itu berkata pada dirinya: "Ini nabi Allah lewat dan di sampingnya shahubatnya. Jikalau aku turun, lalu aku menjadi orang ketiga bersama keduanya".

Kata yang punya riwayat, lalu pencuri itu turun (menggabungkan diri). Ia bermaksud dekat dengan sahabat nabi Isa a.s. Dan ia menghinakan dirinya, kerana menghormati sahabat nabi Isa a.s, Dan ia berkata kepada dirinya: "Seperti aku tiada akan berjalan di samping 'abid ini".

Kata yang punya riwayat, bahwa sahabat nabi Isa a.s. merasa pada dirinya. Lalu ia berkata kepada dirinya: "Orang ini mau berjalan di sampingku". Lalu ia merapatkan dirinya dan berjalan kepada nabi Isa a.s. Maka ia berjalan di sampingnya. Maka tinggallah pencuri itu di belakangnya. Maka Allah Ta'ala menurunkan wahyu kepada Isa a.s.: "Katakanlah kepada dua orang itu, supaya keduanya mengulangi kembali perbuatannya! Sesungguhnya telah batal apa yang telah berlalu dari amal-perbuatannya. Adapun si sahabat itu, telah batal amal kebaikannya, kerana ia 'ujub (mengherani diri). Adapun yang satu lagi (pencuri), maka telah batal perbuatan jahatnya, disebabkan ia menghinakan dirinya".

Lalu nabi Isa a.s. menceritakan kepada dua orang itu yang demikian. Dan pencuri itu menggabungkan diri kepada nabi Isa a.s. dalam perjalanannya. Dan dijadikannya menjadi sahabatnya.

Diriwayatkan dari Masruq, bahwa seorang dari para nabi itu bersujud. Lalu lehernya diinjak oleh seorang maksiat. Sehingga melengketkan batu dengan dahinya.

Masruq meneruskan ceritanya, bahwa nabi a.s. itu lalu mengangkatkan kepalanya, dengan marah. Seraya berkata: "Pergilah. maka Allah tiada akan mengampunkan dosa engkau!". Maka Allah Ta'ala menurunkan wahyu kepada nabi tadi: "Engkau bersumpah atasKU pada hambaKU! Sesungguhnya AKU telah mengampunkannya".

(1) Dirawikan Abu Dawud dari Abi Hurairah, isnad hadits baik.

Dan mendekati dengan ini, apa yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a., bahwa Rasulullah s.a.w. berdo'a untuk kemelaratan orang-orang musyrik dan mengutuk mereka dalam shalatnya. Maka turunlah kepadanya firman Allah Ta'ala:-

Artinya: "Tiadalah engkau mempunyai kepentingan dalam perkara itu sedikitpun, Allah menerima taubat mereka atau menyiksa mereka". S. Ali 'Imran, ayat 128.

Lalu Rasulullah s.a.w. meninggalkan berdo'a untuk kemelaratan mereka. Dan Allah Ta'ala memberi petunjuk umumnya mereka kepada Islam. (1)

Diriwayatkan pada atsar, bahwa adalah dua orang laki-Iaki dari orang-orang 'abid, yang bersamaan pada ibadah. Kata yang meriwayatkan, bahwa apabila keduanya dimasukkan ke syurga, lalu yang seorang ditinggikan pada tingkat tinggi atas temannya. Maka yang seorang itu berkata:

"Wahai Tuhanku! Tiadalah orang ini dalam dunia, lebih banyak ibadahnya daripada aku. Lalu ENGKAU tinggikannya di atasku dalam syurga tinggi".

Maka berfirman Allah Ta'ala: "Sesungguhnya ia meminta padaKU di dunia akan darajat tinggi. Dan engkau meminta padaKU akan kelepasan dari neraka. Maka AKU berikan kepada setiap hamba akan permintaannya".

Ini menunjukkan, bahwa ibadah lebih utama dari harap. Kerana kecintaan itu lebih keras pada orang yang mengharap, daripada pada orang yang takut. Maka berapa banyak perbedaannya pada raja-raja, di antara orang yang melayaninya, kerana takut siksaannya dan orang yang melayaninya, kerana mengharap keanugerahan dan kemurahannya. Dan kerana itulah, Allah Ta'ala menyuruh, dengan baik sangka.

Kerana itulah, Nabi s.a. w. bersabda:-

Artinya: "Mintalah kepada Allah akan darajat tinggi. Sesungguhnya engkau meminta pada Yang Maha Pemurah". (2)

(I) Dirawikan AI-Bukhari dari Ibnu Umar, bahwa Nabi s.a.w. apabila mengangkatkan kepalanya dari ruku' daripada rakaat penghabisan shalat Shubuh, beliau berdo'a yang artinya: "Ya Allah! Kutukkanlah si Anu, si Anu dan si Anu!", sesudah beliau membaca:"Sami-'alla'hu Iiman hamidahu, rabbanaa wa lakal-hamdu". Dan inilah yang dinamakan "qunut" pada shalat Shubuh. (Peny.)

(2) Dirawikan Hammad bin Waqid.

Nabi s.a.w. bersabda:-

Artinya: "Apabila kamu meminta pada Allah, maka besarkanlah keinginan dan mintalah syurga firdaus yang tertinggi. Maka sesungguhnya Allah Ta'ala tiadalah sesuatu yang besar padaNYA". (1).

Bakr bin Salim Ash-Shawwaf berkata: "Kami masuk ke tempat Malik bin Anas, pada sore, yang pada sore itu, ia meninggal dunia. Kami menanyakan: "Hai Abu Abdillah! Bagaimana engkau mendapati dirimu?"

Malik bin Anas menjawab: "Aku tidak tahu, apa yang aku katakan kepadamu, kecuali, sesungguhnya kamu akan melihat dari kema'afan Allah, apa yang tidak ada bagimu pada hitungan amal (hisab)". Kemudian, kami tetap di tempat itu, sehingga kami tidak memahami lagi maksud perkataannya".

Yahya bin Ma'adz mengucapkan dalam munajahnya (menghadapkan kata-katanya kepada Allah Ta'ala): "Hampirlah harapanku kepada ENGKAU serta dosa. Keraslah harapanku akan ENGKAU serta amal. Kerana aku berpegang pada amal itu di atas ke-ikhlas-an. Bagaimana aku memelihara amal-amal itu, pada hal aku terkenal dengan bahaya. Aku dapati diriku dalam dosa, yang aku berpegang kepada ke-ma'af-an ENGKAU. Bagaimana ENGKAU tidak mengampunkannya dan ENGKAU itu bersifat dengan kemurahan".

Dikatakan, bahwa seorang majusi minta bertamu pada nabi Ibrahim AIKhalil a.s. Lalu Nabi Ibrahim a.s. menjawab: "Kalau kamu masuk Islam, nescaya aku pertamukan engkau".

Orang majusi itu lalu pergi. Maka Allah Ta'ala menurunkan wahyu kepada nabi Ibrahim: "Hai Ibrahim! Engkau tidak memberi makanan kepadanya, selain dengan ia mengubahkan agamanya. Dan KAMI sejak tujuhpuluh tahun yang lalu, memberi makanan kepadanya, di atas ke-kafirannya. Maka jikalau engkau pertamukannya semalam, nescaya apa yang ada atas engkau?".

Maka pergilah Ibrahim a.s. berusaha mencari orang majusi itu. Maka dimintanya kembali dan dipertamukannya. Lalu orang majusi itu bertanya kepada nabi Ibrahim a.s.: "Apa sebab, pada apa yang nampak bagi engkau itu?".

Nabi Ibrahim a.s. lalu menerangkan kepada orang majusi tadi. Maka orang majusi tersebut bertanya kepada nabi Ibrahim: "Adakah yang begini engkau mengadakan hubungan dengan aku?".

Kemudian, orang majusi itu menyambung: "Kemukakanlah kepadaku Agama Islam!". Maka orang majusi itu pun masuk Agama Islam.

(I) Dirawikan Muslim dari Abu Hurairah.



AI-Ustadz Abu Sahl Ash-Sha'luki bermimpi bertemu dengan Abu Sahl Az-Zujaji. Dan adalah 'Abu Sahl Az-Zujaji mengatakan, dengan: janji azab selama-Iamanya. (1). Lalu Abu Sahl Ash-Sha'luki bertanya kepadanya:



"Bagaimana keadaan engkau?".



Abu Sahl Az-Zujaji menjawab: "Kami dapati keadaan, lebih mudah daripada apa, yang kami sangkakan".

Kemudian, sebahagian mereka bermimpi bertemu dengan Abu Sahl Ash Sha'luki, dalam keadaan yang baik, yang tidak dapat disifatkan. Lalu yang bermimpi itu, bertanya kepadanya: "Hai Ustadz! Dengan apa engkau peroleh ini?".

Lalu Abu Sahl Ash-Sha'luki menjawab: "Dengan baik sangkaanku kepada Tuhanku".

Diceritakan, bahwa Abul-Abbas bin Suraij r.a. bermimpi dalam sakit, yang ia meninggal dunia pada sakit itu, seakan-akan kiamat sudah terjadi. Tiba-tiba Tuhan Yang Maha Perkasa, Yang Maha Suci berfirman: "Mana para ulama?".

Kata Abul-Abbas: "Maka datanglah para ulama itu".

Kemudian, Allah Ta'ala berfirman: "Apakah yang kamu amalkan, pada apa yang kamu ketahui?".

Kata Abul-Abbas: "Maka kami menjawab: "Hai Tuhanku! Kami teledor dan kami berbuat jahat".

Kata Abul-Abbas: "Maka Allah Ta'ala mengulangi pertanyaan, seakan-akan IA tidak redha dengan jawaban tadi dan menghendaki jawaban yang lain.

Maka aku menjawab: "Adapun aku, maka tiadalah pada halaman suratan amalku itu syirik. Dan ENGKAU telah menjanjikan, bahwa ENGKAU akan mengampunkan yang kurang dari itu".

Maka Allah Ta'ala berfirman: "Pergilah dengan Abul-Abbas itu! AKU telah mengampunkan dosa kamu".

Abul-Abbas bin Suraij itu meninggal sesudah tiga malam kemudian. Dikatakan, adalah seorang laki-laki peminum khamar, mengumpulkan suatu golongan dari teman-temannya yang sepeminum. Dan ia menyerahkan kepada budaknya empat dirham. Dan disuruhnya membeli sedikit buah-buahan untuk pertemuannya itu. Maka budak itu melewati pintu majlis Manshur bin 'Ammar. Dan Manshur ini meminta sesuatu untuk fakir-miskin. Ia mengatakan: "Bahwa siapa yang memberikan kepada fakir-miskin itu empat dirham, nescaya aku berdo'a kepadanya empat do'a.

Kata yang punya riwayat, bahwa budak itu lalu menyerahkan empat dirham itu kepada fakir-miskin. Maka bertanya Manshur: "Apakah yang engkau kehendaki, bahwa aku do'akan bagi engkau?".

Budak itu menjawab: "Aku mempunyai tuan. Aku menghendaki supaya aku terlepas daripadanya".

(1) Maksudnya, bahwa menurut keyakinan Abu Sahl Az-Zujaji. apabila Allah Ta'ala telah menjanjikan siksaan atas sesuatu maksiat maka pasti akan terjadi, Ia lupa kepada ampunan Allah, apabila dikehendakiNYA, (Peny,)

Maka Manshur mendo'akan yang demikian. Dan bertanya lagi: "Yang lain?"

Budak itu menjawab: "Kiranya Allah menggantikan kepadaku  akan dirham-dirhamku" ,

Lalu Manshur mendo'akan. Kemudian, bertanya: "Yang lain?", Budak itu menjawab: "Kiranya Allah mentaubatkan tuanku",

Maka Manshur mendo'akan! Kemudian bertanya: "Yang lain?".

Budak itu menjawab' "Kiranya Allah mengampunkan aku, tuanku, engkau dan rombongan teman-teman tuanku!"

Maka Manshur pun mendo'akan yang demikian.

Lalu budak itu kembali. Maka tuannya bertanya kepadanya: "Mengapa engkau lambat?".

Maka ia ceritakan kepada tuannya cerita tersebut, Dan tuannya itu lalu bertanya: "Apa ia do'akan?".

Budak itu lalu menjawab: "Aku minta bagi diriku merdeka",

Maka tuannya lalu menjawab: "Pergilah, engkau sekarang merdeka"

Tuannya bertanya lagi: "Apa yang kedua?",

Budak itu menjawab: "Kiranya digantikan oleh Allah kepadaku, dirham-dirham itu",

Tuannya menjawab: "Untukmu empat ribu dirham", "Dan yang ketiga, apa'?"

Budak itu menjawab: "Kiranya Allah mentaubatkan engkau",

Tuannya menjawab: "Aku bertaubat kepada Allah Ta'ala", Dan ia bertanya lagi: "Apa yang keempat?".

Budak itu menjawab: "Kiranya Allah mengampunkan aku, engkau, rombongan itu dan yang memperingatkan aku",

Lalu tuannya menjawab: "Yang satu ini tidaklah kepadaku",

Tatkala tuannya tidur pada malam itu, maka ia bermimpi, seakan-akan ada yang mengatakan kepadanya: "Engkau telah berbuat apa yang kepada engkau sekalian. Apakah engkau akan melihat, bahwa AKU tiada berbuat apa yang kepadaKU? Maka AKU ampunkan dosa engkau. dosa budak, dosa Manshur bin 'Ammar dan dosa orang-orang yang hadir itu"

Diriwayatkan dari Abdul-wahhab bin Abdul-hamid Ats-Tsaqafi, yang mengatakan: "Aku melihat tiga orang laki-Iaki dan seorang perempuan, membawa jenazah".

Kata Adul-wahhab: "Lalu aku ambil tempat wanita itu dan kami pergi ke kuburan. Kami mengerjakan shalat janazah dan kami kuburkan mayat itu. Maka aku bertanya kepada wanita itu: "Siapakah mayat ini, dari pihak engkau?".

Perempuan itu menjawab: "Anakku",

Aku bertanya lagi: "Apakah kamu tidak mempunyai tetangga?", Perempuan itu menjawab: "Ada! Akan tetapi, mereka menganggap kecil urusannya",

Lalu aku bertanya: "Mengapa ada yang demikian?".

Perempuan itu menjawab: "Anakku itu membuat dirinya menyerupai perempuan (mukhannats)".

Abdul-wahhab itu meneruskan ceriteranya: "Maka aku belas kasihan kepada wanita itu dan aku bawa dia ke tempatku. Aku berikan kepadanya wang beberapa dirham, gandum dan beberapa helai kain".

Abdul-wahhab itu meneruskan ceritanya: "Maka aku bermimpi pada. malam itu, seakan-akan datang kepadaku, seorang yang datang, seolah-olah bulan pada malam pumama dan ia memakai pakaian putih. Ia datang mengucapkan terima kasih kepadaku. Lalu aku bertanya: "Siapakah engkau?".

Maka ia menjawab: "Orang mukhannats, yang engkau kuburkan tadi siang. Tuhanku mengasihani aku, disebabkan manusia menghinakan aku".         .

Ibrahim AI-Athrusy berkata: "Adalah kami duduk di Bagdad bersama Ma'ruf AI-Karkhi di tepi sungai Dajlah. Tiba-tiba datang anak-anak muda dalam suatu perahu. Mereka memukul rabana, minum khamar dan bermain-main. Lalu orang banyak bertanya kepada Ma'ruf: "Apakah tidak engkau melihat mereka berbuat maksiat dengan terang-terangan? Berdo'alah kepada Allah akan kebinasaan mereka!".

Ma'ruf AI-Karkhi lalu mengangkatkan dua tangannya dan berdo'a: "Ya Allah! Wahai Tuhanku! Sebagaimana ENGKAU gembirakan mereka di dunia, maka gembirakanlah mereka di akhirat!".

Orang banyak itu menjawab: "Sesungguhnya kami meminta engkau berdo'a untuk kebinasaan mereka".

Maka jawab Ma'ruf AI-Karkhi: "Apabila Allah menggembirakan mereka di akhirat, niscaya diterimaNYA taubat mereka".

Sebahagian salaf mengucapkan dalam do'anya: "Wahai Tuhanku! Penduduk masa manakah yang tidak berbuat maksiat kepada ENGKAU. Kemudian, adalah nikmat ENGKAU itu merata kepada mereka. Dan rezeki yang ENGKAU berikan itu beredar kepada mereka. Mahasuci ENGKAU! Alangkah amat kasih-sayangnya ENGKAU. Demi keagungan ENGKAU! Sesungguhnya ENGKAU menghinggakan, kemudian ENGKAU ratakan nikmat dan ENGKAU curahkan. Sehingga seolah-olah ENGKAU, hai Tuhan kami, tiada ENGKAU marah".

Maka inilah sebab-sebab yang menarik semangat harapan ke dalam hati orang-orang yang takut dan putus asa. Adapun orang-orang yang dungu, yang terpedaya, maka tiada sayogialah, bahwa ia mendengar sesuatu dari yang demikian. Akan tetapi, mereka akan mendengar apa yang akan kami bentangkan pada sebab-sebab takut. Maka sesungguhnya kebanyakan manusia, tiada pantas, selain atas ketakutan. Seperti budak yang jahat dan anak kecil yang suka kotor. Ia tidak lurus, selain dengan cambuk dan tongkat dan melahirkan kata-kata kasar. Adapun lawan yang demikian, maka menyumbatkan kepada mereka, pintu perbaikan pada Agama dan dunia.

* link IHYA' ULUMIDDIN - Imam Al-Ghazali (masih belum lengkap)

Posted on Thursday, December 19, 2013 by wirajiwa Faintallah

No comments

Malaysian Business Locations Directory