Malaysian Business Locations Directory

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Showing posts with label Keganasan Rumahtangga. Show all posts
Showing posts with label Keganasan Rumahtangga. Show all posts

Friday, January 17, 2014

Al-Quran mengizinkan suami memukul isterinya jika mereka tidak taat(sudah terjadi), atau dikuwatiri tidak taat(belum terjadi).

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar." [QS. Surah An-Nisa’ : 34]

Ibn Kathir berkata : “ayat ini mengenai wanita yang kamu kuwatirkan akan tidak taat kepada suami mereka.Dan ketidaktaatannya bertambah, wanita yang tidak taat adalah wanita yang melawan suaminya, mengabaikan keperluannya, dan yang membencinya.”

Salah satu tanggungjawab suami adalah mendisiplinkan isterinya jika dia tidak taat. Taat disini adalah perintah yang diperintahkan syara’ dan hak-hak suami yang telah ditentukan syara’. Tidak dikira nusyuz seorang isteri yang tidak mentaati perintah suaminya yang bertentangan dengan syara’, dan haram pula bagi suaminya memukuli isteri jika isteri menolak untuk taat pada yang bertentangan dengan syara’.

Pukulan disini bukanlah pukulan yang kuat dan menyebabkan cedera, lebam, bengkak, luka dan sebagainya. Tidak dipukul di muka dan kemaluannya.

Ada sebahagian Ulama berpendapat, pukul dengan kain basahan, ada sebahagiannya memberi gambaran tahap pukulan itu, mengunakan kayu sugi (berus gigi).

Atha’ rahimahullahu berkata: "Aku pernah bertanya kepada Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, “Apakah yang dimaksudkan dengan pukulan ghairu al-mubarrih?” Ibnu Abbas ra menjawab, “Memukul dengan siwak/kayu sugi dan yang seumpama dengannya.”

Anda sekelian boleh membayangkan setahap manakah pukulan dengan berus gigi? Demikianlah adanya. Dan bukanlah dipukul isteri yang tidak taat itu sampai lebam dan bengkak sana sini.

Walaupun yang demikian(Islam membolehkan memukuli Isteri yang tidak taat). Tetapi ang terbaiknya adalah bersabar dan memaafkan mereka. Serta bersikap hikmah dengan mereka.

Sesuai dengan Sabda Nabi SAW. Diriwayatkan dari Aisyah ra., beliau berkata: Rasulullah saw. Bersabda: " Sesungguhnya diantara kesempurnaan iman orang-orang Mukmin ialah mereka yang paling bagus akhlaknya dan bersikap lemah lembut terhadap keluarganya". (HR. Tirmidzi, shahih namun tidak diketahui apakah Abi kilabah mendengarnya dari Aisyah, sumber: Sunan Tirmidzi hal: 2612).

{Ada sebahagian Ulama berpendapat, pukul dengan kain basahan, ada sebahagiannya memberi gambaran tahap pukulan itu, mengunakan kayu sugi (berus gigi).}

http://www.youtube.com/watch?v=mtpowSvVf7w

Posted on Friday, January 17, 2014 by wirajiwa Faintallah

No comments

Thursday, December 2, 2010

Malam semalam aku nengok Buletin Utama (sebenarnya jarang sangat nengok berita ni). Tapi entah kenapa semalam nak terbukalah pulak. Dan kebetulan tersiar berita “Bapa Simbah Asid”

Dibawah adalah artikel dari Berita harian Online:

Bapa simbah asid :Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin, Hamid Salleh dan Ahmad Rabiul Zulkifli
 NURUL Dahyatul Fazlinda cedera parah di muka dan mata, manakala adiknya, Mohd Irfan Firdaus turut cedera disimbah cuka getah oleh bapa mereka yang mengamuk di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu, semalam. Mereka kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
 Lelaki disyaki penagih dadah naik angin isteri minta cerai....

 KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang terlalu marah terhadap isterinya kerana menuntut cerai bertindak menyimbah cuka getah ke muka wanita itu dan dua anaknya dalam kejadian amuk di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu di sini, awal pagi semalam.

 Dalam kejadian jam 1.45 pagi itu, anak suspek, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 8, melecur pada muka dan badan manakala isterinya, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, melecur belakang badan dan sebahagian lehernya.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata seorang lagi anak suspek, Muhammad Irfan Firdaus, 2, melecur pada muka dan badan, manakala ibu mentua, Minah Omar, 56, cedera ringan pada mata kiri. 

 “Siasatan awal mendapati suspek, Mat Haizan Mat Yasin, 32, yang disyaki seorang penagih dadah dan tidak bekerja, marah dengan isterinya yang bekerja sebagai penjual sayur di pasar di Kuala Berang, kerana menuntut cerai.

 “Mereka masih pasangan suami isteri, tetapi sudah tidak tinggal sebumbung sejak lima bulan lalu. Mangsa (Che Ku Zaimah) membawa empat anak mereka berusia antara 10 dan dua tahun berpindah ke rumah ibunya di Kampung Sekayu.

 “Bagaimanapun, suspek dikatakan sering ke rumah ibu mentuanya untuk meminta wang daripada mangsa,” katanya.

Katanya, keempat-empat mangsa kecuali Minah yang dibenarkan pulang, masih dirawat di Unit Kebakaran Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), manakala dua daripada mangsa iaitu Che Ku Zaimah dan anaknya Nurul Dahyatul tidak mampu bercakap kerana melecur teruk.

 Manoharan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serius dan polis kini memburu suspek.

 Sementara itu, Minah berkata, menantunya datang ke rumahnya awal pagi semalam untuk meminta wang RM30.

 Bagaimanapun, katanya anaknya enggan memberi wang berkenaan menyebabkan menantunya itu berang dan menendang pintu rumah.

 “Sebelum ini, menantu saya memang pernah mengugut untuk menyimbah asid di muka anak saya apabila menuntut bercerai, tetapi anak saya tidak ambil peduli sehingga kejadian ini berlaku.

 “Sepanjang pengetahuan saya, menantu saya bukan saja pernah menampar isterinya apabila berlaku pergaduhan, malah pernah menyimbah cat rumah ke atas kepalanya, selain mencederakannya dengan api rokok.

 “Menantu saya tidak bekerja dan hanya tahu meminta wang daripada anak saya yang menjual sayur di pasar, menyebabkan dia tidak tahan dengan kerenah suaminya itu dan pergi ke pejabat agama untuk menguruskan perceraian,” katanya. [Berita harian Online]

 MasyaAllah, ada manusia jenis macam ini. Yang aku nak sentuh disini adalah. Sejurus selepas jatuh hukuman tersebut. Beliau telah dibawa keluar dari mahkamah. Orang ini telah mengangkat tangannya yang bergari kepada orang-orang diluar Mahkamah. Dengan senyuman ‘berpuas hati’. Serta menunjukkan isyarat ‘bagus’. (Dengan mengangkatkan ibu jarinya) kepada para hadirin.

‘BAGUS’ ?!!! orangkah, atau BINATANGKAH ini?

Dibawah ada dua keping  gambar anak-anak dan isteri yang disimbah dengan asid itu. Dikatakan, mereka mengelupur sewaktu terkena asid itu.

Gambar Ehsan Myberita.com


Aku mencari dimana-mana gambar  Mat Haizan Mat Yasin sejurus keluar dari mahkamah. Tetapi tidak menjumpainya. Atau barangkali tidak ada yang sempat meng-upload-nya. Entah. Tetapi yang pasti kelakuan dan tindak balas beliau diatas pertuduhan dan hukuman yang dijatuhkan, sangatlah mengejutkan. Tidak sedikit terlihat rasa menyesal diwajahnya. Malah dia mengangkat tangannya, seolah telah memenangi acara seratus meter lari berpagar. Sangat jahat orang ini. Celakalah keatas dia, bagi kezalimannya itu jika dia tidak bertaubat, dan memohon maaf.

Published on 02 December 2010

Posted on Thursday, December 02, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Malaysian Business Locations Directory