Hari ini aKu membaca kisah tentang seorang wanita Palestin yang bernama As-Syahidah Reem Soleh Ar-Riyashi. Mungkin tidak ramai yang mengenali beliau ini. Namun namanya sangat disebut-sebut sebagai salah seorang pejuang yang memperjuangkan hak-hak rakyat Palestin.
 
Wanita berusia 22 tahun, isteri kepada seorang suami yang bernama Ziyad ‘Awwad, 27. Ibu kepada dua orang anak. Namun bukan kisah wanita ini yang aku hendak ceritakan. Kerana para pembaca sekelian dapat mencari coretan-coretan mengenai beliau dengan banyak di internet ini.

Aku berasa hiba dan terkilan atau sedih(perasaan yang sangat sulit untuk ditafsirkan kedalam bentuk kata-kata) bila membaca coretan-coretan perjuangnya. Kebesaran cintanya kepada Allah melebihi kecintaannya kepada dunia dan keluarganya sendiri. Kerisauan beliau kepada nasib dan penghinaan keatas agama Allah di bumi Palestin, melebihi kerisauan diri sendiri dan keperluan-keperluannya.

Demi Allah, kalian boleh sahaja meremukkan tulang belulangku, memotong-motong tubuhku serta mampu mencincang-cincangnya. Tetapi kalian tidak akan pernah boleh mengubah agamaku dan mengubah panji perjuanganku. Ingatlah selalu ucapanku. Aku selalu mengatakan kepada diriku, “ wahai diri ! jadilah kamu sebagai penentang Zionis yang memilki rasa dengki abadi sebagai musuh agamamu. Jadikanlah setiap titis darahmu sebagai penghantar dirimu menuju syurga yang kekal abadi”.( As-Syahidah Reem Soleh Ar-Riyashi.)

Aku bukan berasa sedih dengan kematiannya. Tetapi aku menilai diri sendiri. Aku membayangkan aku ditempatnya. Bertapa ia mencintai Allah. Dan bertapa ia menginginkan syahid membela Agama Allah. Membela penderitaan kaum keluarganya, rakyat Palestin umumnya terhadap penindasan rejim zionis. Sedang aku membayang-bayangkan keadaan tersebut, yang lahir dari sudut hatiku adalah ketakutan dan kengerian yang amat sangat. Bertapalah munafiknya aku, bertapalah tebalnya cinta kepada dunia ini. Bertapalah aku ini salah dalam tafsiran ‘cintailah kedamaian’. Dan bertapa tinggi juga toleransi aku terhadap kekejaman dan kezaliman terhadap Agama ini diletakkan di tempat dan maqam yang salah.

Antara Kata-Katanya:
Saya tetap akan akan melakukan aksi ini walaupun saya memiliki 2 orang anak yang masih kecil. Kedua anak saya merupakan kurniaan Allah. Saya sangat mencintai keduanya dengan kecintaan yang sangat besar. Kecintaan saya kepada keduanya tidak ada yang mengetahui kecuali Allah semata-mata. Namun, kecintaan saya untuk bertemu Allah lebih kuat. Kini saya harus memesan anak saya tersebut kepada Pemiliknya. Saya yakin Allah tidak akan menyia-nyiakan amanah itu. Saya tahu, penjagaan yang selama ini saya lakukan akan digantikan dengan penjagaan Ilahi”.

Untuk kaum Muslimin, Reem berpesan, “ saudara-sauadaraku yang kerana Allah kita bersaudara, jika Allah memberi kemuliaan dengan terlaksananya cita-citaku ini, maka aku berharap kepada anda semua untuk menyerahkan anak-anakku kepada keluarga yang selalu berzikir dan taat kepada Allah. Sehingga mereka boleh menanamkan nilai-nilai agama dan keimanan dalam diri anak-anak saya. Daftarkan kedua-duanya ditempat menghafaz Al-Qur’an dan sekolah Islam. Didik dan besarkanlah keduanya dengan pendidikan dan bimbingan yang Islami. Ketahuilah bahawa, kedua anak itu adalah amanah yang ada pada bahu kalian. Kalian kelak akan ditanya tentang keduanya pada saat Hari Qiamat”.

Sebenarnya kematian itu tidak boleh ditakuti secara mutlak. Malah yang sepatutnya menjadi kerisauan adalah cara kematian itu, dan kesudahannya. Adakah kita akan mati dalam kesudahan yang baik atau kesudahan yang buruk. Dan apakah keadaan kubur itu. Adakah ianya salah satu dari jurang-jurang Neraka atau salah satu dari taman-taman Syurga.

Jika mencari dan mempersediakan tempat tinggal serta dinar yang berlebihan itu adalah keperluan dan bukanlah matlamat. Maka sebenarnya aku ini telah berlebih-lebihan dalam usaha kearah keperluan hidup. Malah tidak hanya melebihkan usahanya, justeru melebihkan juga kepada fikir risau pada hal yang sementara itu. Sedang sangat kurang kepada usaha-usaha dan fikir risau kepada kehidupan yang kekal disisi Allah, yaitu matlamat hidup ini.

Dan kematian itu adalah permulaan perjalanan menuju kampung yang kekal yakni akhirat. Adakah aku akan pergi dalam keadaan ini. Dalam keadaan jasmani dan rohani yang sangat cenderung dan condong kepada dunia ini? Sehingga kematian syahid itu membenihkan ketakutan dan kengerian didalam hati, tidak berupa kegembiraan yang melonjak-lonjak? “Wahai diri yang lupa dan leka, aku sedih dengan keadaan ini. Dan aku menda’wahimu(diri sendiri) agar lebih mencintai Allah dan RasulNya, serta tambahilah keghairahanmu untuk kembali kekampung halaman yang kekal abadi itu.”