Kisah ini di cerikakan oleh Zin-Nun rahimahullah di
mana pada suatu hari beliau bercadang untuk pergi ke seberang laut
untuk mencari barang yang di hajatinya. Setelah persiapan diatur, beliau
telah membeli tiket untuk menaiki kapal untuk menuju ke tempat yang
dihajatinya. Kapal yang di naiki oleh Zin-Nun penuh sesak dengan orang
ramai. Di antara penumpang-penumpang yang menaiki kapal tersebut, ada
seorang pemuda yang sangat kacak paras rupanya, wajahnya bersinar
cahaya. Pemuda itu duduk di tempat duduk dengan tenang sekali, tidak
seperti penumpang lain yang kebanyakkannya mudar-mandir di atas kapal
itu.
Kisah ini di ceritakan oleh
Zin-Nun rahimahullah di mana pada suatu hari beliau bercadang untuk
pergi ke seberang laut untuk mencari barang yang di hajatinya. Setelah
persiapan diatur, beliau telah membeli tiket untuk menaiki kapal untuk
menuju ke tempat yang dihajatinya. Kapal yang di naiki oleh Zin-Nun
penuh sesak dengan orang ramai. Di antara penumpang-penumpang yang
menaiki kapal tersebut, ada seorang pemuda yang sangat kacak paras
rupanya, wajahnya bersinar cahaya. Pemuda itu duduk di tempat duduk
dengan tenang sekali, tidak seperti penumpang lain yang kebanyakkannya
mudar-mandir di atas kapal itu.
Keadaan di dalam kapal tersebut agak panas kerana suasana di dalam kapal
tersebut penuh sesak dengan orang ramai. Pada peringkat permulaan
pelayaran, keadaannya berjalan dengan lancar sekali kerana keadaan laut
tidak bergelombang dan angain bertiup tidak terlalu kencang. Suasana di
dalam kapal ketika itu sangat tenang, kerana penumpang dengan hal
masing-masing, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan pengumuman yang di
buat oleh kapten kapal tersebut bahawa dia telah kehilangan satu barang
yang sangat berharga. Satu pemeriksaan akan dijalankan sedikit masa
lagi. Semua penumpang di ingatkan supaya duduk di tempat masing-masing.
Keadaan
di dalam kapal tersebut telah menjadi hingar-bingar kerana penumpang
sibuk bercakap dan berpandangan di antara satu sama lain. Masing-masing
membuat andaian tersendiri mengenai kehilangan barang tersebut. Tidak
berapa lama kemudian, pemeriksaan di lakukan seorang demi seorang, semua
beg, barang-barang digelidah tetapi tidak menjumpai barang yang di
cari. Akhirnya sampai kepada pemuda yang disebutkan oleh Zin-Nun. Oleh
kerana pemuda itu orang terakhir yang di periksa, pada anggapan orang
ramai dan pegawai pemeriksa sudah tentu pemuda ini yang mencuri barang
tersebut. Maka pemuda itu di perlakukan dengan kasar sekali di dalam
pemeriksaan tersebut, pemuda itu memprotes di atas tindakan kasar yang
di lakukan oleh pegawai pemeriksa sambil berkata, bahawa dia bukannya
seorang pencuri, Dengan protes tersebut, ia menambahkan lagi syak
wasangka pegawai dan kapten tersebut.
Oleh kerana tidak tahan dengan kekasaran yang di lakukan oleh
pemeriksa tersebut, maka pemuda itu terjun ke laut, yang menghairankan
orang ramai yang memerhatikan tingkah laku pemuda itu ialah pemuda itu
tidak tenggelam di dalam laut, malah ia duduk di atas permukaan air.
Pemuda itu berdoa kepada Allah dengan suara yang keras sekali "Ya Allah,
mereka sekalian menuduhku pencuri, demi ZatMu, wahai tuhan yang membela
orang teraniaya, perintahkan ikan-ikan di laut supaya timbul dan
membawa permata-mata berharga di mulutnya".
Tidak
lama kemudian, dengan kuasa Allah beribu-ribu ikan timbul dan kelihatan
di mulutnya batu-batu permata yang berkilauan cahayanya. Semua orang
yang berada di atas kapal bersorak dan menepuk tangan kepada pemuda itu.
Nakhoda kapal dan pegawainya sungguh terperanjat dan bingung
seolah-oleh tidak percaya apa yang telah mereka telah lihat.
Pemuda itu berkata "Apakah kamu sekalian masih menuduhku sebagai
pencuri pada hal perbendaharaan Allah ada di tanganku dan jika mahu aku
boleh mengambilnya". Kemudian pemuda itu menyuruh ikan-ikan tersebut
kembali ke tempat asal mereka dan pemuda itu berdiri dan berlari di atas
air dengan cepat sekali sambil menyebut ayat ke- 4 surah Al Fatihah
yang bermaksud 'Hanya kepada Mu-lah aku menyembah dan hanya kepada Mu
pula aku meminta bantuan'.
Dipetik daripada utaian kisah para wali Allah
0 comments :
Post a Comment