Malaysian Business Locations Directory

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Showing posts with label Palestin. Show all posts
Showing posts with label Palestin. Show all posts

Tuesday, August 12, 2014

Al-Qardawi : Kalau diberi kekuatan, aku akan pergi jihad Palestin

Syeikh Dr Yusuf Al-Qardawi menafikan tuduhan bahawa beliau telah mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyebut tidak wajib jihad di Palestin atau sudah tutup pintu jihad pada zaman ini sambil menyifatkan tuduhan tersebut adalah satu perkara yang tidak berasas.

“Sesiapa yang mengenali sejarah hidup aku, yang membaca risalah dan tulisan aku, mendengar ceramah dan khutbah aku, mengambil tahu berita dan menziarahi aku, akan sedar betapa tidak benarnya kenyataan ini disandarkan kepada diriku”

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Ulama Sedunia turut menambah bahawa beliau telah menulis buku yang sangat banyak bahkan kitab berjilid (fiqh jihad) yang menyebut secara jelas dalam tulisan itu akan kewajipan untuk membebaskan Palestin samada dengan jiwa atau harta.

Beberapa hari yang lalu, timbul khabar angin di beberapa laman sesawang pro militan Iraq-Syria ISIL kononya Dr Yusuf al-Qardawi telah mengeluarkan kenyataan tidak wajib pada waktu ini jihad di Palestin tetapi jihad yang wajib adalah terhadap Basyar Asad di Syria.

“Bahkan Persatuan Ulama Islam Sedunia juga sejak awal lagi telah memberikan pendirian yang sangat tegas berkenaan isu Gaza dan menyeru untuk diadakan hari-hari khusus untuk Palestin, aku sebut secara jelas bahawa umat Islam wajib bantu Palestin berdasarkan kemampuan masing-masing” jawabnya dalam laman sesawang Persatuan Ulama Islam Sedunia.

Tegasnya lagi beliau pernah menyebut dalam satu rancangan televisyen bahawa haram (berdosa) ke atas umat Islam samada di timur atau di barat yang tidak berbuat apa-apa apabila melihat kezaliman yang berlaku ke atas umat Islam Palestin.

“Seluruh kehidupan aku telah aku penuhi dengan mengajak ke arah jihad Palestin, menentang sifat kebinatangan Israel sejak tahun 1948 hinggalah ke hari ini”

“Bahkan jika aku diberi kekuatan pada hari ini, aku akan pergi ke Palestin untuk berjihad disana kerana sesungguhnya isu Palestin adalah isu umat Islam paling utama yang tidak patut kita lupakan”

Syeikh Dr Yusuf Al-Qardawi hingga ke hari ini telah disenarai hitam pasportnya dari memasuki beberapa Negara akibat ketegasan serta kelantangan beliau terhadap beberapa isu umat Islam khususnya isu rabi’ arabi (kebangkitan arab) dan isu Palestin.

Sumber :
http://muis.org.my/2014/08/al-qardawi-kalau-diberi-kekuatan-aku-akan-pergi-jihad-palestin/
‪#‎Pray4Gaza‬
‪#‎WeAreAllAlQassam‬
‪#‎GazaUnderAttack‬
‪#‎DedaunHancur‬
‫#‏البنيان_المرصوص‬
‫#‏غزة_تقاوم‬
Menderma ke Palestin ;
http://on.fb.me/1zoCkpO
Million Souls Fight For Gaza Petition :
http://www.gopetition.com/petitions/million-souls-fight-for-gaza.html

Posted on Tuesday, August 12, 2014 by wirajiwa Faintallah

No comments

Wednesday, August 6, 2014

Kenyataan pemimpin HAMAS Khaled Meshaal berkenaan gencatan senjata antara Gaza dan Israel;

Kami tidak pernah menipu. kami akan sentiasa di hadapan menunaikan janji janji kami, jangan bermain-main dengan pejuang Palestin.

Isu mensasarkan orang awam, mereka Israel terlebih dahulu mensasarkan orang awam bahkan tentera komando mereka mensasarkan orang awam, manakala kami di hadapan mereka seperti benteng yang kuat.

Kami tak akan kalah depan mereka kami mempertahankan rakyat kami, syuhada kami adalah orang awam dan pembunuh nya adalah askar.

Israel hanya fikir untuk menghancurkan kami. Kami tahu Israel lebih kuat dari kami kerana mereka mempunyai kelengkapan perang yang jauh ke hadapan.

Kami tidak akan meletakkan senjata, tiada sesiapa mampu melucutkan senjata kami, dengan izin allah.

Kami beri 2 syarat untuk letakkan senjata:
1. berhentikan penjajahan,
2. kalian (Israel) lucutkan senjata.

Sesetengah menyangka itu adalah mustahil. Kerana apa ia mustahil?

Kami menolak syarat gencatan senjata yang melihat kami di kedudukan yang sama sedangkan kami ditindas dan mereka penindas.

Mereka perompak tanah air kami dan kami adalah pemilik sebenar tanah air ini.

Mata dan badan kami tak pernah lena dari menjaga bangsa yang hebat ini.

Sehingga kini syuhada Palestin seramai kira-kira 700 orang yang kebanyakan mereka adalah kanak-kanak, orang tua, dan wanita.

Netanyahu yang gagal dan kalah cuba untuk membalas dendam ke atas orang awam. Mereka memasuki Gaza dengan mata yang buta melepaskan peluru buta.

Telah berlalu 3 buah peperangan di samping penjajahan yang tak pernah berhenti.

Kami melakarkan hidup kami dari tempat kematian, kami tidak akan keluar dari tanah ini tetapi akan memanggil para pelarian kami supaya kembali ke tanah ini dan jarak masa itu semakin dekat dengan izin Allah.

Berapa banyak hospital telah mereka musnahkan, berapa banyak masjid yang telah mereka nodai, dan lebih 1,000 rumah dihancurkan secara total dan 1,500 rosak teruk.

Kami adalah korban keganasan bukan Israel yang terkorban. Wahai Ban Ki Moon dan John Kerry, yang mana kalian lebih cenderung memilih dan berpihak kepada aduan Israel.

Seperti mana kita bersedih akan kapal terbang Malaysia yang ditembak jatuh oleh pemberontak, begitu jugalah kami.

Dan aku secara peribadi sangat bersedih di atas apa yang menimpa Malaysia kerana mereka adalah saudara kami dengan rakyatnya yang mulia dan kerajaannya yang terhormat.

Kami menyeru semua kerajaan dan para pemimpin dunia agar menghentikan perang ke atas Gaza.

Kami menyeru untuk membuka pintu sempadan yang patut dimiliki oleh orang Arab. Ia digunakan untuk menghantar ubat-ubatan dan bekalan bahan-bahan mentah dari negara-negara Arab.

Wahai Ban Ki-moon Israel adalah PENJENAYAH dan bukannya rakyat kami di GAZA!

Kami adalah orang yang paling berpegang dengan janji dan gencatan senjata. Namun kami tidak akan membelakangkan tuntutan perjuangan Palestin. Kami tak akan pernah memungkirinya.

Tetapi kami tak akan tertipu dengan permainan mereka. Israel telah gagal dan cuba untuk menutup kegagalan mereka, kemudian meminta diberhentikan peperangan.

Kami bersedia untuk gencatan senjata tetapi kami hanya akan menerima sekiranya kepungan terhadap Gaza dihentikan sepenuhnya dengan JAMINAN dan bukannya cakap-cakap kosong!

Sesetengah orang mengatakan bahawa Turki dan Qatar yang menekan Israel.

Tetapi sebenarnya John Kerry yang mengarahkan mereka memujuk kami. Kami tidak melawan mereka di atas inisiatif mereka tersebut, tetapi kami menentang apa jua bentuk cubaan untuk memujuk kami dari menuntut hak kami ke atas bumi Palestin.

Kami meminta untuk dihentikan kepungan terhadap Gaza sebelum apa sahaja Perjanjian Gencatan Senjata!

Kedahsyatan perang tidak akan pernah memberhentikan kami untuk menuntut hak kami sebagai rakyat Palestin. Dunia akan menekan kamu.

Mereka mengajak kami untuk memberhentikan serangan kami. Kemudian kami mempersoalkan, apa selepas itu? Dan mereka jawab, selepas itu kita akan berunding.

Kami menolak tawaran sebegini sejak dari hari pertama perang lagi. Apakah permintaan kami? Kami telah menggariskan semua permintaan dan telah serahkan semua tuntutan kami kepada semua yang terlibat.

Tuntutan agar kepungan ini perlu berhenti dan perlu diberhentikan.

Kami, para pemimpin Hamas telah menghadapi rintangan ini dengan penuh amanah. Kami tak akan mengkhianati amanah bangsa ini semasa Ramadhan ataupun selepas Ramadhan.

Kepungan berlaku sejak 2006, kerana Hamas berjaya memenangi pilihanraya Gaza.

Kami ingin sampaikan kepada mereka bahawa tindakan mengepung sebuah bangsa yang merdeka akan membawa kepada sebuah kekuatan letupan yang dahsyat.

Kekuatan letupan itu akan terjadi di hadapan muka-muka penjajah dan muka-muka pelampau.

Bangsa kami akan meletupkan kekuatannya di hadapan muka-muka penjajah dan sesiapa pun yang menzalimi kami.

Ada pun yang menolong dan menyokong kami, kami akan kembali menyokong dan membantu mereka.

Membunuh dengan cara melaparkan dan mengepung adalah sama dengan membunuh dengan cara menembak di sisi undang-undang antarabangsa.

Kalian akan berjumpa dengan rakyat Palestin di tanah yang merdeka selepas ini.

Tentera Israel yang ditawan sebelum ini ingin kembali kepada keluarga dan ibu mereka. Begitu jugalah kami ingin melihat anak-anak dan saudara-mara kami.

Tuntutan kami semua adalah sama.

Kami sebagai sebuah bangsa yang merdeka, menuntut untuk mereka mengangkat segala sekatan dan kepungan atau kami akan terus berjuang.

Kami boleh meletakkan senjata jika tuntutan kami didengari dan ditunaikan. Tiada kata lain selain tuntutan-tuntutan tersebut.

Kami memang akan memberhentikan serangan dengan syarat kalian memenuhi tuntutan-tuntutan kami iaitu menghentikan sekatan dan kepungan ini. Kemudian barulah kami akan berunding.

Kenapa mereka tak setuju ?

Kerana terdapat tekanan dari Israel yang tidak mahu tuntutan kami ditunaikan.

Jika kalian kepung tempat kami, kami akan kepung kalian danjika kalian mengepung udara kami kami akan mengepung udara kalian. Umpama seekor nyamuk yang tahu bagaimana menyerang seekor singa, walaupun engkau bukanlah singa tidak layak dipanggil singa wahai netanyahu.

Wahai rakyat Gaza sesungguhnya kalian telah memberikan banyak pengorbanan sesungguhnya aku sangat berbangga di sisi kalian bahkan selain ku masih ramai yang ingin bersama kalian.

Saya ingin bertanya, berapa ramai lagi tentera yang Israel mahukan mereka terbunuh dan tercatat di atas bil sehingga mereka akan menghentikan kepungan ini?

Dr Khalil Al-Hayyah telah kehilangan sebahagian keluarganya, dan kami dengan segala jiwa-jiwa yang sedia berkorban kami akan berdiri di sisi kalian.

Wahai bangsaku di Tebing Barat, kalian telah memberikan banyak kesabaran namun kami meminta sedikit kesabaran lagi.

Jangan dirisau, umat akan bersama mu, kalian kan melihat semua bangsa arab dan kaum muslimin seluruh dunia akan bersamamu.

Harapan bahawa perang Gaza ini akan menyatukan kami, cumanya kesatuan ini perlu berpegang atas asas yang kuat.

Kami akan bersatu seperti mana kami pernah bersatu ketika Intifadhah kedua dahulu.

Ucapan terima kasih buat seluruh yang terlibat dan seluruh bangsa dunia yang cintakan kebebasan.

Adapun kerajaan dunia khususnya Amerika mereka perlu menukar pendirian politik mereka dan kami tidaklah berharap sangat(kerana sudah tahu) dunia akan menekan mereka satu hari nanti.

Kita akan berjumpa lagi dengan izin Allah di sebuah negara Gaza yang bebas dan merdeka dan berdaulat.

Kami akan berdepan dengan Israel dengan berperang dan dengan menggunakan undang-undang ke atas mereka.

Para pejuang kami dengan segala kemampuan dan semua fraksi mampu bersabar dan bertahan di atas penjajahan, sabar kami itu sangat panjang.. maka begitu jugalah kami akan bersabar dan bertahan dalam peperangan ini..!!

Posted on Wednesday, August 06, 2014 by wirajiwa Faintallah

No comments

Tuesday, August 5, 2014


Hadith riwayat Ibn Hatim, dari A’isyah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda :”Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim…”

Siapa kata BOIKOT TIDAK EFEKTIF?

Sebenarnya, untuk sesebuah syarikat besar mengalami kerugian yang banyak, tidak memerlukan 100% orang boikot. Tidak juga memerlukan 50% pengguna berhenti menggunakan produk mereka. Memadai untuk sebuah syarikat besar jatuh keuntungan mereka sebanyak 10% sahaja, sudah memadai untuk memberi impak yang besar kepada organisasi. Inilah yang terjadi pada dua syarikat Coca Cola dan McDonalds.

-Irfan Khairi, Kuala Lumpur

TAMBAH PENDAPATAN DENGAN HANYA MENJADI PENGUNA SIM CARD ONEXOX

Posted on Tuesday, August 05, 2014 by wirajiwa Faintallah

No comments

Monday, February 4, 2013


http://wirajiwa.bumicyber.com/images/remote/http--2.bp.blogspot.com-_IeML_eG16GM-SAZIhR8AnnI-AAAAAAAAAFQ-_uG6RGAnYc8-S210-boycott-poster3.jpg

Manusia mencari berbagai alasan untuk lari dari jihad dan membantu jihad saudara-saudaranya, malah lansung menidakkan jihad orang lain. Dan ramai lagi orang yang berfikiran macam Idris Sulaiman. SHAME ON YOU!!!

Cegah kemungkaran (aka kezaliman) melalui 3 cara.

1. Dengan tangan(macam yang mereka buat di Palestine, dan turun padang kempen diseluruh dunia untuk boikot dan menjatuhkan ekonomi israel),

2. dengan mulut(Macam yang saudara/saudari kita lakukan lewat di facebook,blog dan kempen di seluruh dunia),

3. dan dengan hati. (Ada diantara kita yang lansung tidak mencapai piawaian yang paling minimun ini)

Saya kagum dengan kesungguhan sebahagian mereka yang ingin melihat negara israel lumpuh dari segi ekonomi lansung menjejaskan kemantapan melitarinya. Mereka ini semut-semut api yang punya hati jauh lebih besar dari gajah, dan lebih berani dari singa jantan.

Kilang atau syarikat yang menyalurkan % keuntungan mereka kepada zionis wajar kita boikot dari membeli produk mereka, dan pekerja-pekerja mereka yang beragama Islam sepatutnya telah beransur-ansur  berusaha mencari sumber rezeki dari tempat yang tidak mempunyai kaitan bantuan ekonomi kepada  Israel, (kerana kita tahu umat Islam sekarang belum mampu mengabaikan PERUT MEREKA DEMI SAUDARA MEREKA YANG LAIN)

Syarikat-syarikat tertentu milik israel yang menyalurkan % keuntungan mereka untuk menyokong kempen zionis/israel untuk menjajah tanah palestine. Maka barang dan produk syarikat itu jatuh HARAM utk umat Islam menggunakannya. Kerana keuntungannya digunakan untuk membantu kampen ketenteraan keatas umat Islam. Apa anda tidak pernah terfikir sejauh itu mengenai isu ini? SHAME ON YOU!!!

Barang kali tulisan saya yang panjang ini juga tidak mendatangkan menafaat apa-apa dalam situasi ini, kerana orang yang tidak suka membaca, dan tidak mahu sama sekali menerima pendapat dan tulisan orang lain, kerana katanya "tiada keshahihan didalam internet." Saya tidak mengatakan bahan yang kita dapat dari internet ini adalah 100% boleh dipercayai. TETAPI TIDAKKAH IANYA DAPAT MENGERAKKAN OTAK KITA SUPAYA BERFIKIR?

Pernah dengar perpatah Melayu yang berbunyi : "JIKA TIADA ANGIN MASAKAN POHON BERGOYANG." dan "KALAU TIDAK ADA MASAKAN ORANG MENGATA."

Dan didalam hal mempercayai stedment dari badan-badan/ngo dan pihak-pihak tertentu yang menyenaraikan syarikat-syarikat yang menyalurkan profit tahunan mereka kepada israel ini , saya lebih kepada : "Kenyataan yang diterima pakai oleh seluruh dunia mengenai isu ini(list barangan yang membantu israel) menghampiri kesahihan walaupun tidak 100 benar."

Jangan jadi orang yang  menolak 100 alasan untuk menerima kebenaran tetapi  mencari 1 atau 2 alasan untuk tidak menerimanya.

HANYA KERANA KEBETULAN MUNGKIN KITA SALAH SEORANG PEKERJA  SYARIKAT YANG  DISENARAIKAN SEBAGAI PENYUMBANG KEPADA israel. SHAME ON YOU!!!

Kita sangsi kepada perjuangan pejuang-pejuang di palestine? Sungguh kekeliruan yang aneh kepada seorang yang mengaku dirinya Islam. Dan semua orang Islam itu adalah saudaranya.
Quote Someone : " itu musuh Islam nyata. tak perlu dipersoalkan. kenapa zaman Rasulullah tak perang je time ada Yahudi & Nasrani di Madinah?"
Saya mau tanya kembali, adakah orang Yahudi dizaman Rasulullah SAW meruntuhkan rumah-rumah orang Islam? Adakah mereka merampas tanah-tanah orang Islam? Adakah mereka membunuh orang-orang tua, orang perempuan dan anak-anak kecil orang Islam?

Dan saya tolong jawab untuk anda. JAWAPANNYA ADALAH TIDAK. Dan lantaran dari ittulah Rasulullah SAW tidak memerangi mereka. Anda fikir Nabi takut kerana bilangan mereka lebih ramai atau ekonomi mereka lebih kuat masa itu? Yahudi dizaman Rasulullah SAW hanya sekadar hippokrik tetapi tidak memudharatkan dan tidak memerangi Nabi SAW. Inilah jawapannya Baginda SAW tidak memerangi mereka.

Quote Someone: " insya-Allah kalau kita amalkan Al-Fatihah setiap hari insya-Allah kita sudah memerangi Yahudi & Nasrani. Amalkan."

Anda kira peranan anda sebagai seorang saudara Islam kepada orang Islam yang lain bakal terlunas dengan Al-Fatihah sahaja?
PERCAYALAH, TUNTUTAN SAUDARA MUSLIM KEATAS SAUDARANYA JAUH LEBIH BESAR DARI YANG DEMIKIAN ITU.

SAYA SANGAT HAIRAN ,, RAMAI RUPANYA ORANG ISLAM SANGSI KEPADA BERITA-BERITA YANG CENDERUNG KEPADA PEMBELAAN KEATAS UMAT ISLAM SENDIRI.

Quote Someone: "saya tak kata usahaanda semua tak betul(Memboikot produk Israel). cuma teguran, kita patut selidik betul-betul kenyataan dalam internet. jgn percaya 100% kita ada rukun islam, rukun iman. Zakat, masya-Allah lebih dari cukup untuk membangunkan umat Islam."

Jawapan saya Kepada anda : “Anda dapat membezakan atau tidak. Antara usaha untuk menambah baik UMMAH dengan usaha MEMBELA MARUAH/TANAH AIR/RUMAHTANGGA/ANAK ISTERI YANG BERLAKU DI PALESTINE. ?!


Kita tidak bicarakan isu hal Keadaan Umat Islam secara Global(keseluruhan) Tetapi skopnya tertumpu kepada isu Palestine yang di tindas. SHAME ON YOU!!!!!”

Kita tidak menyerang mereka, kita BERJUANG MEMPERTAHANKAN (dengan cara dan usaha untuk melumpuhkan ekonomi yang digunakan untuk membeli senjata untuk membunuh Umat Islam). Ada perbezaan bukan?

Kenapa bandingkan kegawatan akidah dan akhlak diMalaysia? Tidak ada sesiapa memaksa mereka meminum arak di changkat Bukit Bingtang dan sebagainya. WALAUPUN KITA TELAH ADA TAKAZAR PERJUANGAN MENANTI (menghapuskan kebatilan di Kampung kita sendiri) ini tidak bermakna kita harus meminggir dalam Isu Umas Islam di seluruh dunia. Kita tidak sepatutnya mengabaikan terus hal-hal umat Islam diseluruh dunia dengan alas an, di Negara kita juga ada masaalah yang perlu diselesaikan.

Isu Palestine/Rohingya/syiria dan merata-rata lagi umat Islam yang ditindas. Mereka perlukan pembelaan kerana mereka BUKAN RAKYAT SEPERTI RAKYAT MALAYSIA YANG MASIH BOLEH MENGUNAKAN AKAL UNTUK MEMILIH. MEREKA TIDAK PUNYA PILIHAN, MELAINKAN BERJUANG MEMPERTAHANKAN DIRI MEREKA. DAN KITA HARUS IKUT SIMPATI. DAN SIMPATI YANG HANYA PADA UCAPAN TIDAK MEMADAI SAUDARA DAN SAUDARI.

Saya tidak menidakkan perjuangan menegakkan Islam juga utama di Malaysia(utk menghapuskan kejahatan disini). Tetapi ini tidak bermakna lansung tidak ada yang dapat kita lakukan untuk Palestine. Hatta sekadar boikot McD dan 2,3 lagi produk Israel. Itu pun tak mampu? Itu pun keberatan? Mana mungkin hati-hati yang demikian akan sanggup mengadaikan nyawa mereka untuk Islam. SHAME ON YOU!

Demi Allah, mereka di Palestine sedang dibunuh. Dan Umat Islam di Syiria sedang dibunuh sebanyak 42 ribu dalam masa 2 tahun. Dan anak gadis mereka dirogol. JIKA ANDA TIDAK MEMPERCAYAINYA SEKALI PUN, TIDAKKAH ANDA MERASA PRIHATIN DENGAN KABAR INI .


Saya tidak hanya membaca, tetapi saya mendengar dari orang yang pergi sendiri kesana. Adakah mereka menipu untuk meraih publisiti macam Aflin sauki tu(semua org kenal dia ni kalau anda nak kata dia menipu, saya rasa seluruh orang di Malaysia lebih dahulu akan mengeluarkan kata-kata : "Bukan boleh percaya sangat dia ni, dia buat cerita nak melaga-lagakan kita dengan israel jer ni.").

Bacalah, dan dengarlah laporan-laporan dari mereka yang telah pergi membantu disana. Apa tidak sedikit kita rasa isu ini utama? Setidaknya di letakkan setanding dengan isu-isu lain (macam isu bukit bintang? yaa Tuhan). [“Ada orang Islam yang bergini mentalitinya?”]

ADIK-ADIK KITA DI BUNUH DAN DIROGOL DISANA. BERAT SANGATKAN UNTUK MEMBOIKOT BARANGAN ISRAEL BERMULA DENGAN 1,2 JENAMA YANG BIASA KITA GUNA(dan kita ada jenama lain untuk dibuat pilihan?)

Anda sangsi dengan falsafah hidup saya? :"Dunia ini terlalu sempit untuk persengketaan."
Benar SAYA MENCINTAI KEDAMAIAN, TETAPI INI BUKAN BERMAKSUD SAYA AKAN REDHA SAUDARA-SAUDARA KITA DIBUNUH SEWENANGNYA. DAN ITU BUKAN MENJADIKAN SAYA TIDAK BERTINDAK BALAS ATAU BERTINDAK MEMPERTAHANKAN DIRI SAYA/SAUDARA-SAUDARA SAYA.

DEMI ALLAH AKU TIDAK REDHA DUIT RINGGIT YANG ALLAH BAGI KEPADAKU DIGUNAKAN UNTUK MEMBELI BARANGAN JENAMA ISRAEL. DAN MENGUKUHKAN EKONOMI NEGARA ISRAEL YANG MENJAJAH PALESTINE . DAN DUIT TERSEBUT DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN MERAMPAS INCI DEMI INCI TANAH PALESTINE. DAN SAYA JUGA BERHARAP SEMUA SAUDARA-SAUDARA SEISLAM BERPRINSIP DEMIKIAN.

TETAPI JIKA  TIDAK MAHU SERTA DENGAN USAHA KECIL INI TIDAK MENGAPA. TIDAK ADA PAKSAAN SAMA SEKALI. KAMI HANYA BERKEMPEN, BUKAN MEMAKSA. SEDANGKAN ANDALAH YANG MEMPERLEKEH-LEKEHKANNYA DENGAN MENGELUARKAN STEDMENT,: "CUKUP DENGAN SEMBAHYANG DAN MEMENUHKAN MASJID SUDAH MAMPU MEMBUATKAN MUSUH ISLAM MENJADI GERUN".


BARANG KALI israel AKAN MEMULANGKAN SEMULA TANAH PALESTINE YANG DIJAJAH? SO NAIF.

JIKA INILAH PRINSIP YANG DIAMALKAN OLEH UMAT ISLAM YANG TERDAHULU(Para Sahabat RA)=(CUKUP DENGAN BERSEMBAHYANG DAN MERAMAIKAN MASJID) MAKA ISLAM TIDAK BAKAL TERSEBAR KESINI. DAN ORANG MELAYU BARANG KALI MASIH MENYEMBAH ‘BUSUT-BUSUT JANTAN’ DISEKITAR KAMPUNG-KAMPUNG MEREKA.

ADAKAH ANDA MEMBACA SEJARAH TENTANG KESUKARAN DAN KECEKALAN MEREKA YANG TERDAHULU DALAM MEMPERKEMBANGKAN ISLAM? SEHINGGA JATUHNYA ROM DAN PARSI. DAN DENGAN ITU MEMBUATKAN ISLAM BEBAS TERSEBAR KESELURUH DUNIA? ANDA FIKIR MEREKA INI BERPERINSIP CUKUP DENGAN SEMBAHYANG RAMAI-RAMAI?

SEMBAHYANG ITU ADALAH KEMENANGAN YANG BERKONSEP ROHANI. UNTUK JASMANI/FIZIKALNYA KENA USAHA TUAN DENGAN CARA JASMANI. ALLAH ITU MENJADIKAN ISLAM INI AGAMA YANG LOGIS DAN BOLEH DITERIMA AKAL, BUKAN AGAMA YANG BERSANDARKAN KEAJAIPAN-KEAJAIPAN SEBAGAI AKIDAH.

KENAPA RASULULLAH SAW BERPERANG PADA PERANG BADAR YANG JUMLAHNYA HANYA 313 ORG SEDANGKAN PIHAK MUSYRIK QURAISY BERJUMLAH 1000 LEBIH? KENAPA RASULULLAH SAW TIDAK BERDOA SAHAJA DAN BERSEMBAHYANG DAN MEMINTA KEPADA ALLAH KEMENANGAN TANPA BERJUANG? SEDANGKAN SEMBAHYANG RASULULLAH SAW DAN PARA SAHABAT ra. LEBIH UTAMA DISISI ALLAH. DAN DOA MEREKA LEBIH UTAMA JUGA DISISI ALLAH UNTUK DIMAKBULKAN.


"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut: 3-4)

Dan isu umat Islam diseluruh dunia ini adalah ujian untuk umat Islam diMalaysia. Adakah kita perihatin?.

Saya tidak mahukan kemenangan didalam hujah-hujah saya disini. Saya Cuma ingin menyatakan yang kritikan mereka kepada usaha-usaha mereka yang memboikot produk Israel ini adalah melampau . Dan tidak mencerminkan keperihatinan seorang saudara Islam kepada saudaranya yang lain.

SESUNGGUHNYA ISLAM ITU ADALAH AGAMA YANG PENUH DENGAN LEMAH LEMBUT. TETAPI JANGAN SAMAKAN ERTI LEMAH LEMBUT ITU DENGAN LEMAH.TIDAK SAMA DAN JAUH SAMA SEKALI BEZANYA.

Posted on Monday, February 04, 2013 by wirajiwa Faintallah

No comments

Monday, November 5, 2012


Penulis  Gaza: Walid Al-Ilmi Persoalan yang berkisar dalam minda pemilik hati yang beriman: Apakah yang dapat aku lakukan untuk membantu mereka yang berada di Gaza? Saudaraku, Sekiranya anda ialah seorang doktor atau guru atau artis atau pekerja atau penuntut atau pelajar; lelaki atau perempuan, setiap daripada anda mempunyai peranan masing-masing, maka saya berharap agar anda dapat membaca kesemua peranan yang akan disenaraikan, kenal pasti yang mana satukah yang bersesuaian, kemudian kita laksanakan dan sebarkan sekadar yang termampu; mudah-mudahan anda akan tergolong di kalangan mereka yang berusaha untuk memenangkan Gaza:
1.Berpuasa paling kurang sehari dan doakan untuk saudara-saudara anda di Gaza tatkala berbuka.

2.Himpunkan keluarga anda dan dirikan Qiamullail(bangun malam) dan berdoalah kepada Allah untuk kemenangan Gaza.
3.Menderma walaupun RM 1 untuk pembaik-pulihaan Gaza.
4.Membuat kutipan derma daripada mereka yang berada di jalanan ataupun orang-orang kampung atau rakan-rakan sekerja untuk untuk pembaik-pulihan Gaza.
5.Menghubungi salah seorang daripada ahli Gaza; untuk memotivasikannya dan menaikkan semangat moral: 009708285 + apa-apa  4 nombor , atau 00972599 + apa-apa 6 nombor atau 009702599.
6.Menyertai institusi kewangan dan menyumbangkan kepada Gaza pertama-tamanya bagi setiap orang 10% daripada nilai penyertaan, duit itu dikumpulkan dan disumbangkan ke Gaza.
7.Boikot produk Zionis dan Amerika.
8.Mengedarkan senarai produk yang perlu diboikot kepada rakan-rakan dan kenalan-kenalan.
9.Menghantar mesej ringkas kepada mobil salah seorang di Gaza untuk memotivasikan dan menaikkan semangat moralnya.
10.Menyertai(pent: memanfaatkan)  laman Facebook untuk memberi dorongan kepada ahli Gaza.
11.Menyertai(pent: memanfaatkan)  laman Youtube untuk member dorongan kepada ahli Gaza.
12.Menghantar artikel/esei kepada salah satu akhbar berkenaan sokongan/bantuan kepada Gaza.
13.Mengarang syair/sajak tentang sifat-sifat Yahudi dan keperluan untuk menolong Gaza.
14.Melukis karikatur tentang menolong Gaza.
5.Mereka poster untuk menolong Gaza.
16.Melayari internet untuk mengambil tahu khabar-khabar tentang ahli gaza.
17.Menyertai(pent:memanfaatkan) “chat” dan bantu ahli Gaza.
18.Menziarahi rakan-rakan atau saudara-mara dan menbincangkan isu-isu perang Gaza.
19.Menghantar mesej ringkas doa atau permintaan untuk pertolongan ahli Gaza.
20.Menghantar emel doa atau permintaan untuk pertolongan ahli Gaza.
21.Memusnahkan/merosakkan laman web zionis di internet.
22.Mereka slogan untuk membantu ahli Gaza.
23.Mencipta lagu puisi beratian membantu Gaza.
24.Menyertai acara/aktiviti membantu ahli Gaza(muktamar-demonstrasi…dll)
25.Menghantar surat(pent: atau apa-apa yang sewaktu) ucapan terima kasih kepada ulama yang membicarakan tentang pertolongan kepada Gaza.
26.Menghantar surat kutukan(teguran) kepada ulama yang berdiam diri/tidak membicarakan tentang pertolongan kepada Gaza.
27.Memberi pengajaran kepada salah seorang anak anda tentang Gaza dan melaksanakannya sepanjang hayat.
28.Mengkhususkan perbelanjaan harian untuk seorang anak Gaza sama sepertimana anda memberikannya kepada anak anda.
29.Membentuk suatu ikatan atau perhubungan untuk menolong Gaza dan berkali-kali mengulang untuk melebarluaskannya.
30.Memperbanyak zikir kepada Allah dan doa untuk pertolongan kepada Gaza pada setiap kali waktu lapang.
31.Ketika anda pergi bersolat di masjid yang tidak imamnya membuat qunut nazilah maka dorongkan beliau agar melakukannya.
32.Mengecat dinding rumah anda dengan tulisan yang berbunyi seperti: Kami semua berjihad pada jalan untuk membantu kemenangan Gaza.
33.Praktis riadah yang membina persediaan untuk berjihad di Palestin.
34.Jika anda tahu bahasa Ibrani atau Inggeris, maka sertailah(pent: manfaatkan) ruangan “chat” untuk menyampaikan mesej bantu Gaza kepada orang asing, jika tidak boleh berbahasa asing bolehlah dimanfaatkan ruangan “chat” dengan menyebarkan idea bantu Gaza kepasa sesama bangsa.
35.Meninggalkan rokok dan dadah, bertaubat kepada Allah supaya doa dimakbulkan Allah bagi membantu Gaza.
36.Menghadap salah seorang kerabat atau sesiapa jangan bercakap tentang membantu Gaza dan minta dia yang bercakap tentang hal itu.
37.Jikalau anda mempunyai saudara di parlimen atau DUN atau di media atau pegawai keamanan atau ahli politik, bicara kepadanya tentang peranan beliau dalam membantu Gaza.
38.Membantu mereka yang ditahan dengan sebab membantu Gaza.
39.Menyumbang majalah(pent: poster/risalah) di dinding masjid atau di pintu masuk blok kediaman berkaitan membantu Gaza.
40.Menghafaz surah At-Taubah dan dan mempelajari tafsirnya daripada mana-mana buku tafsir.
41.Menghafaz surah Muhammad dan dan mempelajari tafsirnya daripada mana-mana buku tafsir.
42.Menghafaz surah Al-Anfal dan dan mempelajari tafsirnya daripada mana-mana buku tafsir.
43.Menghantar mesej/surat-surat kepada pemimpin-pemimpin rakyat(ahli parlimen/ADUN) atau pihak keamanan atau pihak informasi(media/penyiaran) berkenaan membantu Gaza.
44.Menyertai/memanfaatkan forum dalam internet untuk membantu Gaza.
45.Menyertai/memanfaatkan blog di internet untuk membantu Gaza.
46.Jika anda seorang pelajar maka sertailah radio/penyebaran di sekolah untuk membantu Gaza.
47.Jikalau anda ialah penuntut di universiti sebarkan kefahaman yang sahih tentang situasi di Palestin di kawasan universiti.
48.Menyertai aktiviti di universiti dan fakulti anda untuk membantu Gaza.
49.Meminta izin daripada doktor/pensyarah sebelum bermulanya kuliah untuk menyampaikan sepatah-dua kata berkenaan darurat dan kewajipan membantu Gaza.
50.Mengarahkan aktiviti dan program persatuan pelajar di fakulti anda kepada membantu Gaza.
51.Menjadikan aktiviti komuniti pelajar terarah kepada membantu Gaza.
52.Menampal/menggantung poster di kelas dan sekolah anda berkenaan membantu Gaza.
53.Jika anda ialah majikan atau pekerja di mana-mana firma maka bersolat sunat sebanyak dua rakaat sebelum bersurai, dan berdoalah kepada Allah agak menurunkan bantuan kepada Gaza.
54.Meletak kertas di atas meja atau papan hitam pensyarah atau guru: “Mohon jasa baik untuk menceritakan kepada kami tentang Gaza” atau “Doakan untuk bantuan kepada Gaza”.
55.Sebarkan peta Palestin dan Gaza.
56.Membuat sesuatu seperti makanan atau cenderahati dan jualkannya untuk membantu Gaza.
57.Membicarakan ketika berkomunikasi tentang membantu Gaza, atau berdoa kepada Allah agar membantu Gaza.
58.Suburkan dalam jiwa anda ruh jihad untuk membantu Gaza.
59.Menghantar surat ucapan terima kasih kepada semua media informasi yang membantu Gaza.
60.Menghantar surat kecaman/teguran kepada media informasi yang mengabaikan Gaza.
61.Mempelajari bersama-sama anak-anak anda sejarah Gaza dan Palestin.
62.Mempelajari bersama-sama rakan-rakan tentang syuhada Gaza dan kisah hidup mereka.
63.Namakan anak-anak anda dengan nama-nama syuhada Gaza.
64.Namakan jalan-jalan dengan nama-nama syuhada Gaza.
65.Menghantar surat/memorandum kepada Perdana Menteri agar membantu Gaza.
66.Menghantar surat kepada Ketua Majlis Rakyat atau Penasihat untuk membantu Gaza.
67.Menghantar surat kepada ketua menteri-menteri untuk membantu Gaza.
68.Menghantar surat kepada datuk Bandar anda untuk membantu Gaza.
69.Membantu orang yang ingin syahid atau menyediakan orang untuk syahid.
70.Memberi reaksi kepada mereka yang tidak mengendahkan untuk membantu Gaza.
71.Menyertai dengan menghubungi/memberi reaksi kepada saluran-saluran bebas yang membantu Gaza
72.Menyertai dengan pandangan anda untuk membantu Gaza dalam pungutan suara di pelbagai laman elektronik.
73.Bertanyakan pada salah seorang ulama berkenaan isu/situasi Palestin.
74.Menggantung dokumen mempertahankan Gaza di rumah anda.
75.Menggantungkan di kenderaan anda poster untuk membantu Gaza.
76.Memakai mafela/selendang Palestin.
77.Membuat tabung derma di rumah untuk membantu Gaza.
78.Menyebarkan idea/cadangan tabung.
79.Duduk bersama ahli keluarga sambil berharap membina hubungan nurani dengan penduduk-penduduk Gaza.
80.Meninggalkan dosa membina bantuan kepada Gaza.
81.Menghimpunkan gambar syuhada Gaza dan Palestin.
82.Mengadakan pertandingan kad berkenaan membantu Gaza.
83.Teater berkenaan membantu Gaza.
84.Menggantung gambar tanda sokongan pada Gaza di tempat anda atau tempat kerja.
85.Lagu dan nasyid berkenaan Gaza.
86.Mempraktikkan fadilat amar makruf nahi munkar untuk kemenangan dan membantu Gaza.
87.Mengeluarkan produk yang bergambar Gaza. (T-shirt, buku, risalah, pembaris, pen).
88.Menamakan nama syuhada atau negeri-negeri Palestin pada tempat anda atau blok anda.
89.Menamakan nama syuhada atau negeri-negeri Palestin pada kumpulan atau pasukan sukan.
90.Memasang papan tanda di jalan: Kami semua berjuang bersama ahli Gaza.
91.Jikalau anda seorang guru sejarah, tuliskan sejarah Yahudi dan Palestin.
92.Jika anda seorang majikan yang bebas maka sebarkan idea/cadangan anda bagi menolong Gaza kepada mereka yang ragu-ragu dan kumpulkan sumbangan daripada mereka.
93.Menyampaikan ucapan ringkas di masjid atau tempat kerja tentang Gaza setiap kali selepas solat.
94.Menulis ayat-ayat Al-Quran dan hadis tentang membantu orang yang dizalimi di papan kenyataan masjid.
95.Jikalau anda seorang peniaga sediakan plastik untuk pelanggan yang tercetak padanya kata-kata berkenaan membantu Gaza.
96.Jika anda seorang doktor tulis pada preskripsi(atau kertas lain): Ya Allah bantulah mujahidin di Gaza(atau sewaktu dengannya).
97.Sumbangan kepada Gaza bernilai bil selama satu hari.
98.Jika anda seorang guru tulis pada nota yang dihasilkan oleh anda hadis-hadis dan ayat-ayat tentang Gaza dan Yahudi.
99.Menyumbang dengan nilaian kuota bagi seorang pelajar sebagai membantu Gaza.
100.Jika anda seorang farmasi sumbang satu persen daripada keuntungan(harian-mingguan-bulanan) untuk membantu Gaza.
101.Menyertai rombaongan mujahidin ke Gaza.
102.Menjaga solat berjemaah di masjid dan berdoa kepada Allah agar membantu Gaza.
103.Menjauhi wang sumber haram supaya Allah membantu Gaza.104.Menyertai kempen pendaftaran untuk persediaan bagi syahid pada jalan membebaskan bumi itu.105.Menyumbangkan kaset(pent: ceramah atau nasyid yang berkaiatan) bagi membantu Gaza
106.Menyumbang buku kecil berkenaan membantu Gaza.
107.Mendedahkan dan menyatakan keengganan pemulihan hubungan dengan Yahudi.
108.Mempelajari bersama anak-anak anda sifat-sifat Yahudi.
109.Menyebarkan sifat-sifat Yahudi kepada sesiapa yang anda kenal.
110.Menyebarkan bahawa jihad ialah satu jalan kepada sesiapa yang anda kenal.
111.Menolak segala salah-faham berkenaan pelarian Gaza dan bahawa Hamas yang bertanggungjawab terhadap berlakunya serangan itu, sekiranya anda tidak mengetahuinya maka anda boleh mengetahuinya melalui laman-laman berikut:

• Islam Online http://www.islamonline.net
• Ikhwan Online http://www.ikhwanonline.com
• Manarat Web http://www.manaratweb.com/
• Multaqa Ikhwan http://www.ikhwan.net/vb/
• Nafizah Misr http://www.egyptwindow.net
• Gaza under siege and fire http://qudsday.org/gaza
• Sharkia Online http://sharkiaonline.com/

112.Mengutus suat berterima kasih kepada ulama yang menyokong dan membantu Gaza.
113.Mengutus surat kecaman/teguran kepada ulama yang diam daripada kebenaran dalam membantu Gaza.
114.Menyebarkan semangat bercita-citakan kemenangan Gaza dengan cara yang pelbagai.
115.Menyediakan slide show power point bagi membantu Gaza.
116.Meneruskan (dan menyertai) ruang program yang baik, membina Islam dalam diri dan membantu Gaza.
117.Mereka permainan kanak-kanak berkaitan membantu Gaza.
118.Menulis cerita untuk kanak-kanak tentang membantu Gaza.
119.Menambahkan cadangan baru bagi membantu Gaza.
120.Menyebarkan artikel ini sekadar termampu.Akhirnya, maaf Palestin; sepatutnya kita berbicara mengenai kewajipan kita terhadap bumi Palestin seluruhnya, tetapi kami fokus pada Gaza kerana ia sedang cedera berdarah sekarang.
Maaf segala silap dan kurang.
Jom sama-sama kita manfaatkan setiap ruang yang ada untuk membantu saudara kita.

Sumber Artikel : http://yieever.wordpress.com/2010/04/30/100-ideacadangan-baru-untuk-menolong-rakyat-palestine/

Posted on Monday, November 05, 2012 by wirajiwa Faintallah

No comments

Saturday, February 18, 2012

http://wirajiwa.bumicyber.com/images/thumbnails/images/remote/http--2.bp.blogspot.com-_dMXaD0ePpuI-TAVFcZYJwNI-AAAAAAAAB74-R-JRwzm-jmk-s1600-556689-219x219.jpg
PALESTIN SEPINTAS LALU

Negara ‘haram’ *israel terbina di atas tanah rakyat Palestin yang dirampas semenjak tahun 1948; di atas restu England, Amerika dan PBB. Episod ganas dan mengerikan itu bermula pada 9 April 1948 apabila kumpulan komando pengganas Zionis yang terdiri dari kumpulan Irgun, Stern Gang dan Palmach menyerang perkampungan Deir Yassin yang jaraknya 5.5km dari sebelah barat kota Baitul Maqdis. Kumpulan pengganas ini diketuai oleh Menachem Begin, yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri israel. Sejumlah 254 dari 750 penduduk kampung tersebut dibunuh dengan kejam dalam masa 3 hari. Manakala mereka yang terselamat pula diarak di bandar israel sebagai trofi, dicaci maki, diludah, dibaling dengan batu; kemudiannya sebahagian dari mereka dibawa pulang semula ke Deir Yassin untuk dibunuh dan sebahagiannya lagi dipenjara dan diseksa. Bermula dari hari itu, seluruh rakyat Palestin terus menanggung episod derita yang tak berkesudahan. Setiap hari mereka dibunuh, dipenjara dan diseksa oleh tentera dan rakyat israel. Seperti juga di Iraq, senjata kimia juga digunakan secara meluas untuk menghapuskan orang-orang Islam Palestin. Kebun-kebun tanaman masyarakat Palestine dimusnahkan, perniagaan dan perdagangan dihancurkan, rumah dan sekolah dibom, serta tanah-tanah milik mereka dirampas sepanjang masa. Sebahagian masjid-masjid ditukarkan menjadi kuil Yahudi manakala sebahagiannya lagi dijadikan tempat minum arak (pub) dan pusat pelacuran. Hatta tempat-tempat menyimpan air bagi rakyat Palestin juga diracuni oleh Zionis israel yang jahat itu. Regim Zionis israel juga telah membina tembok-tembok raksasa yang tinggi untuk memisahkan baki wilayah Palestin yang tinggal dari negara haram israel. Akhirnya, seluruh rakyat Palestin akan tinggal dalam penjara gergasi ciptaan Zionis israel.

Pada bulan November 2006 lalu, Dunia Hari Ini (RTM) melaporkan 3000 kanak-kanak Palestine yang berusia di bawah 15 tahun (lelaki dan perempuan) ditahan di penjara-penjara israel. Kanak-kanak ini terdedah kepada penderaan fizikal, mental dan seksual yang dilakukan oleh tentera-tentera Syaitan israel setiap hari. Tidak kurang juga wanita-wanita Palestin yang menjadi mangsa. Semenjak tahun 1967, lebih 650,000 rakyat Palestin telah ditangkap dan dipenjarakan, sementara lebih 2 juta orang lagi menjadi pelarian yang hidup dalam keadaan yang sangat daif. Secara keseluruhannya, 6 juta rakyat Palestin telah diusir dari tanah air mereka semenjak tahun 1946.

Peristiwa penyembelihan di Shabra dan Shatila (kem pelarian Palestin yang terletak di sempadan Lubnan) pada 16 September 1982, menyaksikan lebih 3000 pelarian Palestin yang tinggal di kem-kem sementara telah dibunuh dengan kejam oleh pengganas israel yang dibantu oleh kumpulan Falangis (kumpulan pengganas kejam Kristian Lubnan). Pembunuhan kejam itu dilakukan dalam masa 36 jam. Kanak-kanak disembelih di hadapan ibu-ibu mereka. Wanita dan gadis diperkosa. Orang-orang tua disiksa dengan memotong anggota badan termasuk mencungkil keluar mata dan dibiarkan mati perlahan-lahan. Bayangkan….tiada kata-kata yang dapat menggambarkan keadaan yang berlaku pada waktu itu. Jika ini boleh berlaku di Palestin, ianya mungkin pada bila-bila masa boleh berlaku di tempat kita sekiranya kita terus mengambil langkah mendiamkan diri dan berpeluk tubuh.

Masjidil Al Aqsa, tempat ketiga paling suci bagi umat Islam (di mana Nabi Muhammad SAW Mi’raj ke langit bertemu Allah Ta’ala) berada dalam keadaan yang amat genting. Golongan Yahudi Zionis di israel dan seluruh dunia sedang berusaha keras untuk merobohkan masjid ini bagi mendirikan kuil mereka di atas tapak Al Aqsa. Masjid Al Aqsa telah beberapa kali mengalami kebakaran yang teruk akibat percubaan Yahudi untuk memusnahkannya semenjak berpuluh tahun yang lalu. Mereka telahpun menggali beberapa terowong yang besar di bawah Al Aqsa untuk melemahkan strukturnya.

IRAQ DAN AFGHANISTAN

Selain dari Palestin, Amerika yang didalangi oleh israel telah melakukan pemusnahan total terhadap Iraq dan Afghanistan. Lebih 1.2 juta nyawa yang tidak berdosa melayang. Iraq, sebuah negara yang paling maju di Timur Tengah suatu masa dulu, telah dihancurkan dengan berbagai jenis bom sehingga mengembalikannya ke zaman batu. Lebih 800,000 kanak-kanak Iraq menjadi yatim. Kebanyakan mereka hidup melarat dan terdedah kepada kegiatan tidak bermoral. Lama sebelum perang bermula, lebih setengah juta bayi dan kanak-kanak Iraq terkorban kerana kekurangan zat dan kemudahan perubatan akibat tindakan sekatan ekonomi yang dikenakan PBB atas desakan Amerika semenjak tahun 1991. Generasi yang sepatutnya menjadi harapan untuk mempertahan dan membangunkan negara pada masa depan telah habis dihapuskan secara sistematik. Sepanjang sekatan ekonomi, hampir semua jenis kemudahan yang diperlukan disekat sekeras-kerasnya termasuk kertas dan pen. Ini untuk memastikan generasi Islam di Iraq yang masih hidup akan terus menjadi bodoh tanpa bahan pendidikan yang sempurna.

Masihkah anda ingat, seluruh dunia dikejutkan dengan peristiwa yang berlaku di penjara Abu Gharib, Iraq. Betapa dahsyat apa yang kita saksikan berlaku di situ melalui foto-foto yang kita lihat tersiar di media massa seluruh dunia. Malahan, terdapat banyak lagi foto-foto ngeri tentang penyeksaan dan penderaan seksual ke atas tahanan lelaki, wanita serta kanak-kanak yang masih tersimpan rapat di dalam peti rahsia di Pentagon USA. Sebahagian besar bukti penyeksaan telah berjaya dimusnahkan oleh ‘Bush and the gang’, sebelum mereka meninggalkan Rumah Putih.

Tidak dilupakan, Vietnam juga dihancurkan lebih 35 tahun dulu sewaktu Amerika cuba menjajah negara tersebut (1965-1975). 3 juta orang awam dibunuh tanpa sebab. Banyak lagi negara lain di dalam dunia menerima nasib yang sama dari angkara Amerika, cuma kisahnya dibiarkan tersorok dalam lipatan sejarah silam. (untuk berita terkini dan analisis sila layari http://www.uruknet.info)

APA YANG PERLU KITA LAKUKAN? BAGAIMANA DAPAT KITA MEMBANTU?

BERMULA dengan ‘3B’: Berdoa. Berderma. Boikot.

BERDOA dan terus BERDOA UNTUK SAUDARA KITA.

Doa merupakan senjata bagi orang mukmin. Ibnu Abi Aufa berkata :

“Aku mendengar Rasulullah SAW berdoa di waktu peperangan Ahzab : “Wahai Allah, Tuhan yang menurunkan Al Kitab, dan Tuhan yang cepat perhitunganNya, kalahkanlah tentera-tentera musuh dan goncangkanlah mereka.” (Ibnu Mas’ud).

“Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran.” (Al Baqarah 2:186)

BERDERMA
Di antara usaha lain yang InsyaAllah dapat kita lakukan ialah dengan menghulurkan derma sekadar yang mampu kepada warga Palestin (melalui badan-badan Amal tertentu). Mereka sajalah umat yang ada untuk menjadi sandaran bagi mempertahankan Masjidil Al Aqsa dan bumi Palestin buat masa ini. Hilang bangsa Palestin, hilanglah Al-Aqsa. Walaupun dalam keadaan yang serba daif mereka masih bertahan dengan izin Allah, hampir 60 tahun lamanya. Rakyat Palestin sangat sengsara akibat sekatan ekonomi oleh israel mutakhir ini. Bekalan makanan semakin berkurangan begitu juga ubat-ubatan. Jika mereka tidak ditolong oleh saudara-saudara Islam yang lain, maka ramailah di antara mereka yang akan mati akibat kebuluran dan penyakit. Kanak-kanak pula akan mati akibat tidak cukup zat dan ubat-ubatan. Oleh itu, pertolongan melalui derma oleh Umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia sangat-sangat diperlukan dengan segera. Lebih Memburukkan lagi keadaan apabila kerajaan pengganas israel pada 27 Disember 2009 melancarkan serangan berskala besar yang meragut banyak nyawa yang tidak berdosa terutama kanak-kanak. Beribu-ribu pula cedera parah, dan jika berpeluang untuk hidup, kebanyakan mereka akan mewarisi kecacatan kekal sepanjang hayat. Bom kimia WP (White Phosphorus) digunakan dengan berleluasa yang mengakibatkan kecederaan parah dan kematian yang mengerikan. SEGERALAH BERTINDAK!

BOIKOT

Nabi bersabda: “Apabila kamu melihat kemungkaran, hendaklah kamu cegah dengan tangan; jika tak mampu, dengan lidah; jika tak mampu juga, dengan hati; maka itu adalah selemah-lemah iman.” Riwayat Muslim.

(Dapatkan maklumat yang lebih terperinci, berserta senarai lengkap (bergambar) Barang Yang DiBoikot Sepenuhnya dan Barang Yang DiBoikot Sebahagian)

Kenapa perlu Boikot?

Setiap ringgit yang kita belanjakan untuk membeli produk seperti Coca Cola, Pepsi, Mirinda, Pringle’s, Kraft, Johnson&Johnson, Levi's, Caltex, Esso, McDonald, KFC, Burger King, dan banyak lagi, akan secara langsung menyumbangkan kepada kekukuhan ekonomi Amerika dan israel. Dengan kekukuhan ekonomi, mereka dapat mencipta lebih banyak senjata pembunuh dan pemusnah yang bakal digunakan terutamanya ke atas Umat Islam bukan sahaja di Iraq, Afghanistan, Palestin, malahan di seluruh muka bumi ini pada suatu hari nanti.

Sebagai manusia yang beragama dan bertamadun, sudah tentu kita tidak suka menggunakan cara keganasan yang digunakan oleh Amerika dan israel untuk menegakkan pendirian (dengan menjadi pembunuh dan pemusnah). Boikot adalah salah satu cara untuk meluahkan penentangan terhadap kezaliman, ketidakadilan dan keganasan zionis; tanpa perlu kita bertindak ganas. Sebagai pengguna, kita mampu memainkan peranan untuk merubah keadaan. Kalau tak mampu boikot semua produk keluaran Amerika dan syarikat yang menyokong israel, kita bermula dengan beberapa item yang kita mampu dulu, InsyaAllah. Kita sebagai Insan yang lemah hanya merancang, mencari ikhtiar dan berusaha, Allah Taa'la yang Maha menentukan segalanya. Walau apapun, perjalanan 1000 batu bermula dengan satu langkah.

Bagi kita rakyat Malaysia yang merdeka, kita masih mampu mengubah keadaan dengan lidah dan tangan. Sebagai pengguna pula, kita masih mampu untuk berbuat sesuatu dengan kuasa membeli yang ada pada kita. Kita juga mampu menggunakan lisan kita untuk memberi penerangan dan pendidikan kepada oran lain.

Sewaktu Nabi Allah Ibrahim a.s dibakar oleh Namrud dengan api yang menjulang seperti gunung, seekor burung membawa beberapa titis air di dalam paruhnya untuk cuba membantu memadamkan api yang membakar. Burung-burung yang lain mengatakan apalah gunanya engkau membawa beberapa titis air untuk memadamkan api yang menggunung itu. Belumpun sempat air itu jatuh ke bawah, sudah tentu hilang sekelip mata akibat kepanasan api. Burung yang cuba membantu menjawab, "sekurang-kurangnya, aku tidak berpeluk tubuh tanpa cuba berbuat sesuatu. Setidak-tidaknya aku telah berusaha setakat termampu untuk menyelamatkan agama Allah di atas muka bumi ini."

(Ar Raad 13:11) "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri …"

Apakah matlamat yang ingin dicapai dengan memBoikot?

Aktiviti pemboikotan barangan negara-negara yang terlibat dalam keganasan membunuh Umat Islam bukan sahaja dipraktikkan oleh kita di Malaysia sahaja malahan di merata tempat di seluruh dunia dengan matlamat untuk menghentikan keganasan Amerika Syarikat dan sekutunya terhadap orang awam yang tidak berdosa. Sebahagian dari penduduk di negara-negara Timur Tengah telah lama mengambil langkah ini. Sebahagian rakyat Eropah misalnya dari Norway, Belgium, Greece, Perancis, Sepanyol dan lain-lain lagi telahpun secara terbuka memulau barangan Amerika, israel dan negara penyokong mereka. InsyaAllah, dengan gabungan ini, tidak dapat tidak, syarikat-syarikat gergasi Amerika terutamanya akan terasa juga bahangnya. Hanya 10% penurunan dalam jualan mereka di seluruh dunia akan membuatkan pelabur-pelabur mereka melompat dari kerusi. Ini diharapkan dapat memaksa mereka untuk mengkaji dan menilai kembali sokongan terhadap dasar luar kerajaan mereka yang ganas. (Untuk maklumat dan gambaran jelas layari http://www.inminds.co.uk/)

Cari Alternatif - Alhamdulillah, mutakhir ini, telah terdapat banyak produk kegunaan harian keluaran Malaysia yang lebih murah dan bermutu tinggi. Kalau dahulu, kita hanya kenal Colgate, tetapi hari ini kita dapat berbangga dengan produk ubat gigi keluaran negara kita sendiri seperti Safi, Najwa, Halagel, Mukmin, Raiya yang kesemuanya berstatus Halal. Begitu juga dengan produk sabun, kita sudah punya banyak alternatif lain selain dari Fab (USA) dan Breeze (England); misalnya Puteri Emas, Daia, Harimau Kuat dan banyak lagi. Nestle merupakan salah satu penyumbang utama kepada Ekonomi israel. Oleh itu, carilah alternatif kepada Milo >>>(Vico - buatan Malaysia, MyVico-M’sia), Maggie mee >>>(Mamee, Adabi, Rusky - Malaysia, Indo Mi - Indonesia), Cap Junjung >>> (Marigold, F&N, Dairy Champ - Malaysia), Nescafe >>> (Radix, Gold Choice, Super CoffeeMix - Malaysia, Indocafe-Indonesia) dan banyak lagi pilihan yang lain dengan kualiti yang setanding dan harga yang lebih murah.

Adakah cara ini efektif? Proses pemulauan barangan pernah dilakukan oleh sebahagian penduduk dunia ke atas regim kulit putih Apartheid di Afrika Selatan yang menindas kaum kulit hitam berabad lamanya. Hasilnya, ekonomi regim Apartheid terpukul dan seterusnya melemahkan mereka dan akhirnya terpaksa menyerahkan kembali negara tersebut kepada mereka yang berhak. Ini memberi ruang kepada penduduk asal menikmati kembali hak mereka di mana Presiden Nelson Mandela yang dipenjarakan oleh tentera regim kulit putih berbelas tahun lamanya akhirnya dibebaskan.

Bagi negara-negara kapitalis, kekuatan ekonomi merupakan kunci bagi mereka menakluki dunia dan menjalankan aktiviti keganasan sesuka hati mereka. Kebanyakan punca kekayaan yang mereka perolehi semenjak berkurun dulu datang dari hasil rompakan yang mereka lakukan ke atas negara-negara timur dan Afrika yang kaya dengan hasil bumi yang ditakluki mereka. Hari ini, ekonomi mereka disokong penuh oleh sebahagian besar pengguna di dunia terutamanya melalui pembelian produk dari negara Amerika.

Walaubagaimanapun, mutakhir ini dunia menyaksikan Amerika dan negara-negara Eropah mengalami kejatuhan ekonomi yang terburuk di dalam sejarah. Ini diharapkan dapat merencatkan keegoan mereka untuk terus membuli negara-negara lemah dan mencipta lebih banyak pembunuhan dan kemusnahan. Sebagai pengguna, ini adalah kesempatan terbaik untuk digunakan bagi memberi tekanan serta menyampaikan mesej yang jelas kepada kerajaan Amerika supaya berhenti dari terus menyokong keganasan israel secara membuta tuli.

Keadaan ini juga membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk memberi sokongan penuh kepada produk tempatan dan di dalam masa yang sama membebaskan diri dari kebergantungan hidup kepada produk dari luar. Menyokong produk tempatan menjadikan Malaysia negara yang berdikari. Lebih banyak kita menggunakan produk tempatan, lebih mengukuhkan ekonomi negara kita sebenarnya.
Kenapa kita masih lagi terpaksa menjual sebahagian barangan yang diBoikot?

Tidak dapat kami nafikan bahawa usaha memboikot barangan USA dan penyokong israel bukanlah sesuatu yang mudah disebabkan beberapa faktor. Faktor utama ialah kebergantungan semenjak sekian lama rakyat Malaysia terhadap produk impot.

Terdapat beberapa jenis jenama barangan yang telah menjadi sebati dengan pengguna di Malaysia. Produk-produk ini telah kita gunakan dalam kehidupan harian kita semenjak zaman datuk nenek lagi. Sebahagian besar dari kita telahpun beranggapan bahawa produk tersebut berasal dari negara kita sendiri disebabkan terlalu lama penggunaannya dan sangat popular. Antara jenama yang sangat popular di negara kita yang hampir kesemua rakyat Malaysia menggunakannya ialah Milo, Maggie, Kiwi, Colgate dan banyak lagi.

Semenjak puluhan tahun dulu lagi, saban hari kita disajikan dengan iklan produk-produk tersebut melalui media cetak dan elektronik; siang dan malam. Sebagai syarikat multinasional yang kaya, syarikat-syarikat yang menyokong israel boleh dikatakan memonopoli sepenuhnya ruangan iklan, terutamanya di kaca TV. Kebanyakan syarikat tempatan tidak mampu untuk bersaing melalui pengiklanan disebabkan kosnya yang sangat mahal. Kebanyakan pengguna di Malaysia pula boleh dikatakan sangat terkesan dengan pengaruh iklan yang mereka tontoni di dalam membuat keputusan terhadap pembelian.

Kadar penggunaan produk Milo oleh rakyat Malaysia adalah di antara yang tertinggi di dunia. Milo telah diperkenalkan kepada rakyat Malaysia semenjak dari mereka kecil lagi. Milo mula bertapak di Malaysia lebih dari 50 tahun dahulu. Oleh itu, untuk memaksa pengguna Milo di Malaysia berhenti menggunakan produk tersebut serta-merta, tidak ramai orang yang mampu melakukannya. Di dalam menangani kes seperti ini, pihak Sabasun akan cuba mengambil langkah strategi jangka panjang.

Contoh kes: Produk penjagaan bayi Johnson & Johnson mula diboikot pada tahun 2006 yang lalu. Johnson & Johnson merupakan salah satu syarikat Amerika yang hipokrit. Di dalam iklan-iklan mereka, ditonjolkan tentang betapa prihatinnya syarikat itu terhadap keselamatan dan penjagaan bayi di seluruh dunia. Hakikatnya, mereka merupakan salah satu penyumbang kewangan yang utama supaya rejim zionis boleh terus membunuh bayi-bayi serta kanak-kanak yang tidak berdosa. Mereka melakukannya melalui (kononnya) pembelian sebuah syarikat israel, Colbar LifeScience. Pada 3 Ogos 2006 yang lalu, di waktu tentera israel sedang galak membunuh rakyat Lubnan, Johnson & Johnson tidak sabar-sabar menghulurkan bantuan kepada israel sebanyak USD 159 juta, kononnya untuk menambah pelaburan dalam Colbar.

Proses pemboikotan terpaksa dilakukan secara berperingkat memandangkan penggunaan produk ini yang meluas di kalangan pengguna di Malaysia serta faktor sejarah dan jenamanya yang sudah lama bertapak di negara kita. Strategi yang digunakan ialah dengan memboikot 30 jenis barangan daripada jumlah keseluruhan 126 jenis pada peringkat pertama. Pada tahun berikutnya, 100 jenis dari 126 jenis barang berjaya diboikot. Hanya beberapa jenis yang masih mendapat permintaan pelanggan dijual seperti bedak bayi. Di samping itu, ruangan jualan dan pameran dihadkan serta sebarang bentuk pengiklanan, aktiviti promosi atau sampel barangan tidak dibenarkan. Dengan produk alternatif tempatan yang ditawarkan berserta sokongan pelanggan, jualan produk dari syarikat Amerika ini semakin berkurangan dari sehari ke sehari lalu dapat diboikot sepenuhnya sebelum berakhir bulan Januari 2009. Pengguna yang berbelanja di Sabasun mula selesa memilih bedak bayi buatan tempatan seperti Carrie, Safi Manja Care, Do Re Mi dan beberapa jenis lagi.

Kuasa mutlak terletak di tangan pengguna. Andalah yang menentukannya. Bantulah kami dengan mengurangkan penggunaan produk yang diboikot; dan seterusnya mencari alternatif kepada produk terbabit.

Kenapa Disney pun perlu diBoikot?

Selain dari menjadi penyumbang kepada ekonomi Amerika dan israel, Syarikat Disney melalui filemnya memainkan peranan penting untuk menanamkan rasa kekeliruan serta kebencian, terutamanya kepada golongan kanak-kanak. Contohnya filem animasi bersiri Aladin, yang telah tersiar semenjak hampir 20 tahun dulu. Di dalam filem ini, orang Arab digambarkan sebagai ganas dan jahat. Orang Arab yang ‘jahat’ di dalam filem ini akan bertutur di dalam bahasa Inggeris dengan pelat Arab yang pekat. Manakala hero dan heroin di dalam cerita tersebut pula akan bertutur bahasa Inggeris Amerika yang standard. Di dalam filem itu digambarkan Baghdad (Iraq) dipenuhi dengan orang-orang jahat. Anak-anak kecil terutamanya dari Amerika akan membesar dengan mendapat gambaran yang salah dan kebencian yang menebal kepada bangsa Arab. Hari ini, sebahagian anak-anak dari Amerika ini menjadi tentera yang menyerang Iraq dan Afghanistan. Mereka menyeksa dan membunuh manusia sesuka hati akibat dari perasaan benci yang menebal akibat dari gambaran buruk yang ditonjolkan dengan salah oleh Disney terhadap orang-orang Arab.

Tidak cukup dengan itu, Disney juga pernah menggunakan taman temanya ‘Disneyland’ di Florida Amerika untuk membuat satu pertunjukan bagi menggambarkan bahawa Baitulmaqdis adalah ibu negara israel. Baitulmaqdis telah diduduki secara haram oleh israel. Perkara ini telah diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa dan disahkan melalui resolusi 242, 237 dan 405 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Resolusi PBB juga menyatakan, Baitulmaqdis (Jerusalem) tidak boleh menjadi ibu negara israel. Disney memperuntukkan sejumlah USD 8 juta bagi merealisasikan projek itu, dimana israel turut menghulurkan sumbangan sebanyak USD 1.8 juta.

TERKINI

Usaha boikot telah mula menampakkan kesan dan memberi tekanan kepada ekonomi Amerika dan sekutu mereka. Coca-Cola mengalami kejatuhan jualan 20% di seluruh dunia. 20% merupakan satu peratusan yang besar buat syarikat itu yang memungkinkan kerugian berbilion dolar. Begitu juga dengan syarikat-syarikat penyokong zionis yang lain. Ditambah dengan keadaan ekonomi yang sangat gawat, Amerika, israel dan sekutu mereka juga berada dalam keadaan yang sangat tertekan. Semuga keadaan ini dapat meredakan keganasan dan kebinatangan mereka; juga bakal menghancurkan cita-cita mereka untuk menguasai dunia, Insya Allah!
"Dan berpegang teguhlah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai."(Ali Imran : 103)

"...dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa selain Allah..."~Ali Imran : 135~
*p/s: Semua perkataan yang melibatkan ‘negara haram’ israel, secara sengaja ditulis dengan huruf kecil. Ini adalah kerana israel sememangnya tidak layak untuk diiktiraf sebagai sebuah negara pun.

Published on 18 February 2012

Posted on Saturday, February 18, 2012 by wirajiwa Faintallah

No comments

Wednesday, January 18, 2012

Memperingati Tragedi Deir Yassin – 9 April 1948

Tarikh 9 April akan sentiasa terpahat di hati rakyat Palestin sebagai tragedi pilu yang masih dirasai sehingga kini. Meskipun tragedi dahsyat itu sudah berlalu 63 tahun yang lalu, ia tetap menghantui rakyat Palestin dan sesiapa sahaja yang punya rasa kemanusiaan tanpa mengira bangsa dan agama.

Pada dinihari sekitar 4.30 pagi Jumaat 9 April 1948, kumpulan pengganas zionis Haganah membariskan 33 orang yang menghadiri majlis perkahwinan di sepanjang tembok bangunan. Kesemua mereka termasuk pasangan pengantin kemudiannya ditembak tanpa belas kasihan. Hanya seorang kanak-kanak yang berumur 12 tahun ketika itu hidup untuk menceritakan pengalaman ngeri yang disaksikan dengan mata kepalanya sendiri. Terselamat kerana dilindungi oleh mayat-mayat ahli keluarganya , beliau melihat sendiri bagaimana adek perempuannya yang berusia 4 tahun bersepai kepalanya ditembak oleh pengganas-pengganas tersebut.

Itulah dia tragedi Deir Yassin yang akan kekal ditulis dengan tinta darah. Peristiwa yang amat dahsyat ini dilakukan oleh sekelompok manusia yang mendakwa mereka diseksa dengan kejam oleh Nazi di kem-kem Auswitch, Bergen-Belsen dan Dachau. Ternyata kezaliman dan tindakan yang tidak akan dilakukan oleh haiwan sekalipun membuktikan bahawa pendukong zionis hanya berselindung disebalik penderitaan mereka untuk melakukan perbuatan yang jauh lebih keji dari apa yang mereka alami. Peristiwa Deir Yassin menyaksikan bagaimana tahap kemanusiaan sudah jatuh ke tahap yang amat keji sehingga tidak mungkin dibayangkan oleh sesiapa yang masih waras akal fikirannya. Cukuplah apa yang didedahkan oleh beberapa orang yang terselamat kerana terlindung di sebalik tumpukan mayat dan timbunan batu dan kayu yang menyaksikan bagaimana wanita-wanita hamil dirodok perut mereka dan dikeluarkan janinnya.

Semua ke 25 orang ibu yang mengandung dipaksa melihat bagaimana bayi yang mereka kandung dikerat sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Kanak-kanak pula dipancung di hadapan ibu-ibu mereka. Seramai 52 orang kanak-kanak dibunuh secara kejam begini. Ternyata perbuatan amat biadap ini sengaja dirancang untuk menimbulkan ketakutan yang mencengkam di sanubari rakyat Palestin supaya mereka segera meninggalkan tanah air mereka demi keselamatan diri dan keluarga. Siri-siri pembunuhan beramai-ramai ini telah berlaku di banyak tempat sebelum Deir Yassin, namun sebagai umat yang bermaruah, rakyat Palestin sama-sekali tidak akan menyerah kalah. Mereka tetap bertahan dan mempertahankan kampong halaman mereka meski terpaksa berhadapan dengan kumpulan pengganas Zionis yang disokong oleh Bangsa-bangsa Bersatu, British dan negera-negara Eropah.

Bantuan kewangan dan senjata terus dinikmati oleh tiga kumpulan pengganas yahudi seperti Irgun, Haganah dan Stern gang. Menjelang November 1974 apabila pelan pemisahan (partition plan) dilaksanakan oleh PBB melalui resolusi 181, pengganas-pengganas yahudi sudah memiliki 16,000 senjata api ringan, 1000 mesin gun dan 750 mortas. Dengan pelbagai senjata ini mereka menceroboh kampong halaman rakyat Palestin di Qilqiya, Nablus, Akka, Tulkarem, Beersheba, Baisan, Haifa dan Yaffa. Kemuncaknya ialah pembunuhan yang berlaku di Dier Yassin pada 9 April 1948.

Tindakan biadap kumpulan Haganah disempurnakan oleh Irgun yang dipimpin oleh tak lain dan tak bukan Menachem Begin. Dia bersama rakan-rakan remajanya, lelaki dan perempuan melakukan ‘operasi pembersihan’ ke atas Deir Yassin. Para doctor dari Persatuan Palang Merah menyaksikan bagaimana para remaja ini memastikan tidak ada yang hidup dengan membunuh sesiapa sahaja yang masih bergerak dengan sub mesin gun, bayonet dan pisau. Cara pembunuhan mereka tidak pernah dilakukan di dalam sejarah iaitu dengan meniris mangsa dari hujung kepala ke hujung kaki dan membiarkan mereka mati dengan penuh seksa.

Menachem Begin kemudiannya diangkat menjadi Perdana Menteri Israel dan dijulang sebagai pejuang kemanan dunia yang dianugerahkan hadial nobel untuk keamanan. Anugerah berprestij ini dikongsi bersama Anwar sadat hasil dari perjanjian damai Camp David pada tahun 1978 di antara Mesir dan Negara haram Israel. Satu perjanjian yang menyaksikan Anwar Sadat dihina di seluruh dunia dengan mengiktiraf Israel dan ditempelak oleh Menachem Begin dengan ucapan biadapnya ‘Selamat dating ke Jerusalem, ibu Negara abadi Israel’. Perjanjian inilah yang telah menggadaikan maruah umat Islam dan rakyat Mesir. Mesir yang sebelum itu merupakan satu-satunya Negara Arab yang mempunyai kekuatan yang standing dengan Israel bertukar menjadi kambing yang dikebirikan. Sejak tahun 1978 hingga tumbangnya Hosni Mubarak pada bulan Februari 2011, Mesir diberikan kepercayaan penuh oleh Amerika Syarikat untuk memastikan keselamatan Israel sentiasa dipelihara.

Tragedi Deir Yassin adalah symbol berdirinya Negara haram Israel di atas darah rakyat Palestin yang tumpah membasahi bumi. Menachem Begin di dalam bukunya ‘The Revolt’ dengan bangganya mengatakan :

“Tanpa apa yang dilakukan di deir Yassin maka tidak akan wujud Negara Palestin. Dia menambah; ketika Haganah menjalankan beberapa operasi yang Berjaya di medan-medan lain…orang-orang Arab menyelamatkan diri mereka dengan disertai panic sambil menjerit ketakutan ‘Deir Yassin!’

 Menachem Begin dan semua pepimpin Israel yang dijulang sebagai negarawan dan pejuang keamanan dunia seperti Arial Sharon dan Shemon Peres adalah remaja-remaja bersenjata yang membunuh rakyat palestin tanpa sedikitpun merasa bersalah. Kejadian pembunuhan beramai-ramai di Sabra dan Shatila pada tahun 1982 yang menyaksikan lebih 3,000 rakyat Palestin dibunuh dengan kejam oleh Arial Sharon adalah bukti jelas bahawa ‘modus operandi’ mereka tidak akan berubah. Inilah pendekatan yang masih digunakan oleh Israel di Gaza, Nablus, Ramallah, Jenin, Baitul maqdis dan al-Khalil bagi mengekalkan pendudukan, pengepungan dan penghinaan ke atas Masjid al-Aqsa. Bagi mereka nyawa rakyat Palestin tidak punya harga dan mereka akan hapuskan seramai mana rakyat palestin yang diperlukan bagi memastikan Negara haram Israel terus kekal dan lestari.
Luka Deir Yassin masih berdarah meski sudah berlalu 63 tahun. Satu-satunya jalan untuk menyembuhkan luka yang amat pedih yang ditanggung oleh rakyat Palestin ini ialah dengan berjuang untuk mengembalikan maruah saudara kita di Palestin.
WAHAI ORANG-ORANG YANG TIDUR, BANGUN!!

Artikel dipetik dari : http://menggapaihusnulkhotimah.blogspot.com/2011/04/memperingati-tragedi-deir-yassin-9.html

Published on 18 January 2012

Posted on Wednesday, January 18, 2012 by wirajiwa Faintallah

No comments

Sunday, July 11, 2010

Tadi aku dapat email forward dari salah seorang kawan. Dan pertama sekali, terimakasih buat beliau. Kerana sudi berkongsi satu coretan yang sangat baik.  Marilah kita sama-sama selami dan hayati . Jangan hanya  memberi pendapat dari sofa-sofa empuk. Mari kita dengar pandangan dari orang yang melaluinya sendiri. InsyaAllah, layannn////

Salam, 

Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yang pergi ke Gaza baru-baru nii, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yang anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat-sekat sebab dia kata dia tak dapat lupakan pengalaman yang dia akan kenang sampai mati. I ada things yang nak share yang buat I tak boleh tido mlm tadi:

Mesir

Razal kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding-dinding masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir ni 14 km long. Kalaulah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran..  "Mesir lebih rela bersempadan dengan Israel daripada bersempadan dengan Hamas!"   Apa punya manusia ni, kata Razali Awang. 

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali bagitau rakyat Palestin yang dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine.

Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dengan pertolongan Allah SWT lepas pulak, tapi perit nya ada yang mintak rasuah, charge naik bas 500 meter is RM70!!!  Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Gaza ( Palestine )

Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah. Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yang ni). Razali kata rakyat Palestine sangat berpegang teguh kepada ajaran Islam dan mazhab Shafie.
Orang Palestine sangat baik dan friendly as compared to other Arabs esp yang kat Mesir tu. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean, boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas

Memang kalangan yang rela mati sebab mati syahid.  Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia orang ucap "Kalau anda datang lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime. 

Tulang-tulang yang melekat kat dinding bangunan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung bila kubur dibedil oleh Israel. Punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil  konon tempat simpan senjata. 

Hamas ada 25,000 orang tak de senjata  canggih tapi yang mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups. 

Isteri kepada  yang mati syahid, hanya ada satu misi, untuk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga. Bagi mereka, kanak-kanak  yang mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yang anaknya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi.

Israel

Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dalam kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia orang tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal. 

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besarlah katakan.

Sedih Razali tengok dia orang rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak-kanak  tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri! 

Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak-budak menjerit-jerit  kesakitan bila kepala di jahit! 

Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yang telah dibedil dengan bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit. 

Razali kata tak der apa yang tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit-sikit here and there. Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write.
Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yang diceritakan oleh beliau. 

Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yang paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana macam kita sokong Israel .
So friend=, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..
Wasalam.











 



Posted on Sunday, July 11, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Malaysian Business Locations Directory