Abu
Burdah bin Musa Al-Asy'ari meriwayatkan, bahawa ketika menjelang
wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: "Wahai anakku,
ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sepotong
roti." Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang
sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama
lebih kurang tujuh puluh tahun.
Tempat
ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang
telah dia tentukan. Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang
wanita sehingga diapun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelumang di
dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh
pasangan suami-isteri. Setelah ia sedar, maka ia lalu bertaubat,
sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan
kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan
bersujud.
Akhirnya
dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya
sudah terdapat dua belas orang fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga
bermaksud untuk menumpang bermalam di sana, kerana sudah sangat letih
dari sebuah perjalanan yang sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur
bersama dengan lelaki fakir miskin dalam pondok itu. Rupanya di samping
kedai tersebut hidup seorang pendita yang ada setiap malamnya selalu
mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin yang menginap di
pondok itu dengan masing-masingnya mendapat sepotong roti. Pada waktu
yang lain, datang pula orang lain yang membagi-bagikan roti kepada
setiap fakir miskin yang berada di pondok tersebut, begitu juga dengan
lelaki yang sedang bertaubat kepada Allah itu juga mendapat bahagian,
kerana disangka sebagai orang miskin.
Rupanya
salah seorang di antara orang miskin itu ada yang tidak mendapat
bahagian dari orang yang membahagikan roti tersebut, sehingga kepada
orang yang membahagikan roti itu ia berkata: "Mengapa kamu tidak
memberikan roti itu kepadaku." Orang yang membagikan roti itu menjawab:
"Kamu dapat melihat sendiri, roti yang aku bagikan semuanya telah habis,
dan aku tidak membagikan kepada mereka lebih dari satu buku roti."
Mendengar ungkapan dari orang yang membagikan roti tersebut, maka lelaki
yang sedang bertaubat itu lalu mengambil roti yang telah diberikan
kepadanya dan memberikannya kepada orang yang tidak mendapat bahagian
tadi.
Sedangkan
keesokan harinya, orang yang bertaubat itu meninggal dunia. Di hadapan
Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang
yang bertaubat itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun dengan dosa
yang dilakukannya selama tujuh malam. Ternyata hasil dari timbangan
tersebut, amal ibadat yang dilakukan selama tujuh puluh tahun itu
dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama tujuh malam. Akan
tetapi ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang
dengan sepotong roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang
sangat memerlukannya, ternyata amal sepotong roti tersebut dapat
mengalahkan perbuatan dosanya selama tujuh malam itu. Kepada anaknya Abu
Musa berkata: "Wahai anakku, ingatlah olehmu akan orang yang memiliki
sepotong roti itu!"
0 comments :
Post a Comment