Kisah ini diceritakan
oleh seorang Wali Allah di mana dia mempunyai seorang kawan yang sangat
baik paras rupanya dan berbudi luhur. Dia mempunyai seorang isteri dan
hidup dalam keadaan sederhana tetapi sangat bahagia. Kerjanya setiap
hari adalah membuat kipas dari bulu burung dan menjualnya di pasar.
Saya
sering menziarahinya disamping mengharapkan doanya. Setiap kali saya
menziarahinya saya dapati banyak bulu-bulu burung yang cantik dan jarang
dijumpai berselerak di atas lantai. Pada suatu hari saya bertanya
kepada kawan saya, "Wahai saudaraku, dari mana engkau memperolehi
bulu-bulu burung itu sedangkan saya tidak pernah melihat saudara keluar
mencarinya".
Kawan
saya menjawab dengan tersenyum, katanya, "Allah s.w.t telah menugaskan
malaikatNya untuk mengirimku bulu-bulu burung ini setiap hari Jumaat,
sebagai rezeki untuk keluargaku" sambungnya lagi " Dari bulu-bulu burung
inilah aku membuat kipas dan menjualnya di pasar kepada sesiapa yang
memerlukannya.
Setelah
beberapa lama saya tidak berjumpa dengan dia terasa pula rindu untuk
bertemu dengannya. Pada suatu hari saya pergi ke pasar dengan tujuan
untuk menziarahi kawan saya itu. Setelah tiba di sana saya dapati kawan
saya tidak ada di tempat ia selalu menjaja dagangannya. Puas saya
mencari di sana sini tetapi tidak berjumpa, lalu saya bertanya kepada
orang-orang yang berjaja di situ, mereka berkata bahawa kawan saya itu
telah lama tidak datang untuk menjual dagangannya.
Saya
begitu kecewa kerana tidak dapat bertemu dengannya. Saya mengambil
keputusan untuk pergi ke rumahnya. Tiba di rumahnya saya dapati keadaan
sunyi sepi dan saya memberanikan diri untuk mengetuk pintu dan memberi
salam. Tidak lama kemudian saya mendengar suara isterinya bertanya
"Siapa di luar itu?" saya menjawab "Sahabat dari suami kamu, saya amat
rindu untuk bertemu dengannya". "Adakah ia berada dirumah?" tanya saya
lagi. Isterinya menjawa "Ia, dia ada di dalam, tetapi sedang sibuk
berzikir dengan Allah Azzawajalla".
Isterinya
membuka pintu dan mempersila masuk. Saya merayu supaya mengizinkan saya
bertemu dengannya kerana saya amat rindu sekali dengannya. Isterinya
pun segera masuk dan mendapatkan suaminya dan tidak lama kemudian ia
kembali seraya berkata "Masuklah". Saya masuk dan menuju tempat yang di
tunjukkan oleh isterinya. Saya melihat kawan saya berada di suatu tempat
yang khusus di bina untuk beramal ibadat. Apabila melihatku segeranya
bangun dan memeluku dengan erat sekali, kelihatan sekali di wajahnya nur
dan cahaya kebahagian.
Kami
pun berbual agak lama juga dan tidak lama kemudian saya di hidang dan
di jamu dengan makanan yang sungguh lazat rasanya. Belum pernah saya
merasa minuman dan makanan yang sedemikian lazat kerana saya tidak
pernah melihat makanan sedemikian di dunia ini. Saya berfikir mungkin
makanan ini didatangkan khusus dari syurga.
Setelah
lama berbual saya memberanikan diri untuk bertanya "Kenapakah kamu
tidak lagi berjaja daganganmu di pasar, apakah ia tidak laku lagi?"
Kawan saya tersenyum dan berkata "Tidak, tidak bukan kerana itu" "Habis
kenapa? Dengan tidak sabar lagi saya bertanya keran ingin mengetahui
keadaan sebenarnya". "Sebenarnya saya mengalami suatu peristiwa aneh"
katanya. "Peristiwa aneh, apakah yang dimaksudkan oleh saudara" saya
terus mendesak.
"Begini
ceritanya" jawab kawan saya. Dia pun mula bercerita. Pada suatu hari
saya pergi ke pasar seperti biasa untuk menjual kipas daripada bulu-bulu
burung, tetapi tidak satu pun yang laku. Sedangkan pada hari itu saya
benar-benar tidak mempunyai apa-apa pun untuk menyara hidup keluarga
saya. Saya mengambil keputusan untuk menjaja dangangan saya ke sebuah
kampung tempat tinggal orang-orang kaya, tiba-tiba saya terdengar suara
orang memanggil, saya mencari-cari suara itu dan mendapati ianya datang
dari sebuah bangunan yang tinggi dan saya terus mendongak dan mendapati
seorang wanita memanggil untuk melihat kipas buatan saya.
Saya
terus mengikuti perempuan itu dan dibawanya naik ke tingkat atas sekali
bangunan itu. Saya dapati hiasan di dalamnya sungguh cantik, lantainya
di alas dengan karpet yang tebal sekali,dan bau ruangan itu sungguh
harum. Ditengah-tengan ruangan itu terdapat sebuah katil yang di ukir
indah dan bertatah dengan intan permata. Kelambunya berbunga emas dan
perak.
Tiba-tiba
saya terkejut ditegur oleh seorang wanita yang sungguh cantik, seluruh
tubuh badannya dihiasi dengan bermacam-macam perhiasan. Wanita itu
merenung saya dan seluruh badan saya menjadi gementar lalu saya
memejamkan mata kerana tidak sanggup bertentang mata dengannya. "Selamat
datang wahai tamuku" kata wanita itu "Mulai malam ini kamu akan di
layan selama tiga hari tiga malam, aku akan memberi kepuasan kepada kamu
dengan pelbagai kenikmatan yang kamu tidak akan bertemu sepanjang
hayatmu" sambung wanita itu lagi.
"Apa
maksudmu?" tanya saya. "Aku akan memberi kepuasan syurga, yang anda
tidak akan menyesal seumur hidup anda" jawab wanita itu. Saya merasa
takut sekali dan meminta supaya Allah menjauhkan aku daripada pekerjaan
terkutuk ini. Saya cuba mencari helah namun dia terus memaksa saya
supaya menuruti kehendahnya. Saya tidak dapat mengelak lagi dan akhirnya
saya terpaksa bersetuju dengan kehendaknya.
Saya
meminta izin dari wanita itu untuk naik kebumbung bangunan itu, dan
berjanji akan kembali lagi selepas itu. Wanita itu berkata " Biarlah
saya menemani dan membantu anda, jika ingin membuang air" "Tidak" jawab
saya dengan tegas. "Saya cuma ingin melihat dan meninjau keadaaannya
saja" sambung saya lagi. Wanita itu berkata "Anda tidak boleh pergi ke
mana-mana kerana semua pintu telah di kunci ". Saya terus memujuk dan
berjanji akan kembali lagi. Lama kelamaan wanita itu bersetuju dan
membenarkan saya naik.
Saya
terus naik ke atas dan mendapati bangunan itu sungguh tinggi sekali dan
saya terus berdoa "Ya Allah, Engkau amat mengetahui tentang urusanku,
mati adalah lebih baik bagiku daripada melakukan maksiat yang terkutuk
terhadapMu". Saya berfikir sejenak, lalu saya mengambil keputusan dan
terus terjun daripada bangunan yang tinggi itu. Tiba-tiba datang satu
lembaga telah menyambut dan saya jatuh di atas sayapnya. Lembaga itu
tidak lain tidak bukan adalah malaikat yang di utuskan Allah untuk
menyelamatkan saya. Dalam sekelip mata saya telah berada di rumah saya.
Saya bersyukur kepada Allah s.w.t atas pertolonganNya dan menyelamatkan
saya daripada pekerjaan yang terkutuk itu.
Dipetik daripada Untian kisah para wali Allah
0 comments :
Post a Comment