Malaysian Business Locations Directory

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Showing posts with label Aku Faintallah. Show all posts
Showing posts with label Aku Faintallah. Show all posts

Wednesday, April 26, 2017



Assalamualaikum Sayang.

Engkaulah yang dahulu aku teragak-agak untuk memanggilmu sayang. Tetapi kini, engkaulah yang aku tidak boleh berhenti dari memanggilmu dengan panggilan itu.

Engkaulah  dulu yang telah menghidupkan hatiku yang telah mati sepenuhnya untuk mencintai seseorang. Dan sungguh hari ini,  aku telah mencintaimu sepenuh hatiku.

Engkaulah yang dulu yang menyakinkanku yang aku mampu membahagiakanmu. Sedang aku sendiri sudah lama hilang keyakinan tersebut. Malah aku sudah tidak yakin bisa mampu membahagiakan diriku sendiri, inikan pula org lain.

Engkaulah yang dulu yang berkata sentiasa mahu aku. Dan hanya mahu aku. Dan demikianlah juga sebaliknya bagiku. Aku hanya mahu kamu.

Kaulah yang dulu berkata, kaulah lilinku. Dan akan tetap menjadi lilin untukku. Dan sungguh, kau selalu menjadi lilin buatku. Selalu sahaja bersabar dengan setiap karenahku.

Engkaulah yang dulu, yang sangat teruja dan bahagia malah gembiramu sehingga kepetang, saat kali pertama aku memanggilmu ‘SAYANG’.

Engkaulah yang dulu, yang sentiasa menghantar setiap gambar-gambar aktivitimu. Sehingga aku sentiasa terasa seolah engkau ada benar disisiku.

Engkaulah yang dulu yang sentiasa memanggil namaku dengan panggilan yang paling elok yang pernah kudengar seumur hidupku.

Engkaulah yang dulu sentiasa mengingatkan perihal kesihatan dan ubat-ubatku. Sehingga aku ingin hidup lebih lama untukmu.

Engkaulah yang dulu yang sentiasa menangis saat aku menyakitkan hatimu. Tetapi engkau jugalah yang sentiasa memaafkan aku. Sehingga aku merasakan seolah-olah aku ini beban kepadamu.

Engkau jugalah yang mengajarku semula mengenai rasa sayang dan menyayangi. Sehingga aku tidak mampu untuk berada jauh darimu.

Engkaulah yang membuat seolah-olah dunia ini dan seisi-isinya adalah kepunyaan aku.

Sehingga kini, engkaulah segala-galanya bagi aku. Dan aku sangat jauh hati jika engkau memilih untuk menjarakkan diri. Kerana aku sudah tidak biasa hidup jauh darimu. Kini aku seperti kanak-kanak yang mahukan perhatian. Tidak tahu caranya bagaimana, lalu kadang-kala protes melulu.

Mungkin satu hari  kesabaranmu terhadapku  akan  sampai ke penghujungnya.

Andai jika semalam adalah kali terakhir aku mendengarmu memanggilku dengan panggilan ‘sayang’?

Andai jika hari ini adalah kali terakhir aku berpeluang memanggilmu  dengan panggilan itu?

Sayanggg….

Andai tiba satu waktu engkau telah tiada hati lagi kepadaku, halalkanlah, semua kasih sayang yang  pernah  engkau beri kepadaku. 

Dan sesungguhnya demi Allah, hari itu akhirnya tiba juga.

Posted on Wednesday, April 26, 2017 by wirajiwa Faintallah

1 comment

Saturday, August 15, 2015

Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaji menyebabkan perut ular terluka.
Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.

Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya.

Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.

Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.
Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.

Maka benarlah sabda Nabi saw yang bermaksud, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah."
(HR Bukhari & Muslim)

Posted on Saturday, August 15, 2015 by wirajiwa Faintallah

No comments

Thursday, May 21, 2009

Hidup niey tak  delah huduh sangat sebenarnya. Walaupun untuk orang yang paling malang sekali di dunia nih. 
 
Sekarang aku dah faham cam maner rasanya jadi orang yang gagal nih. Selama nih aku Cuma tau kritik itu ini tentang life orang lain terutama bila bender tur melintas depan mata. Apa lagi kengkadang tur sesedap rasa jer mengata. Aku rasa kebanyakan orang lain pun mcm aku juga. Tapi tak siapa yang tau macam maner bila terkena batang hidung sendiri. Aper rasanya bila beban yang melaut tur terpikul atas bahu sendiri.

 Walaupun aku tak pernah rasa yang aku akan menjadi orang yang berjaya dalam hidup ni. Tapi jujur juga aku tak pernah bayangkan yang aku akan menjadi orang yang ketinggalan. Aku tak kata aku orang yang gagal. Kerana definasi kegagalan yang mutlak bagi aku adalah mereka yang meninggalkan dunia ini dengan tidak ada keampunan dari Penciptanya. Itulah definasi aku bagi manusia yang gagal.

 Dalam kadaan seperti ini tepat kalau aku katakan,  ketinggalan. Dari aspek duniawi dan ukhrowi. Permintaan aku dalam kehidupan ni tidak tinggi sebenarnya. Cukup sekadar cukup, dari segi kewangan, punya kerjaya yang terjamin dan tidak menyusahkan kehidupan orang lain. Itu sudah memadai. Tapi untuk mengadakan itu semua juga bukan semudah yang kita bayangkan.

 Tambah pula bila telah tersasar dalam memilih jalan kehidupan. Kehidupan yang serba sempit dan ditambah pula dengan kesilapan demi kesilapan dalam menentukan jalan hidup. Sedang jalan hadapan sangat kelam dan jalan pulang yang gelap gelita.

Posted on Thursday, May 21, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Monday, May 18, 2009

Nama aku WIRAJIWA. Lahir tahun 1974. Kira tua juga la dah. Sempatlah aku rasa zaman rock kapak, pakai seluar getah ngan kasut Aliph Search. Korang budak2 sekarang nih aku rasa tah pernah dengar ketidak nama kasut tuh.
Pendidikan aku sampai takat SPM jer. Entahlah, aku tak taulah masa sekolah dulu aku nih jenis yang bengap sangat ker, atau jenis yang pemalas. Tapi apa yang aku belajar dari pengalaman hidup aku, jangan sekali2 melakukan kesilapan yang sama berulang-ulang kali. Sebab bila sampai satu masa kita tak akan mampu nak membetulkan kesilapan kita tur. Bukan maksud aku hidup aku SUCK sangat. Tak, aku tak maksudkan macam tu.

Aku telah berkahwin. Aku bersyukur kerana dikuniakan oleh Allah seorang isteri yang sangat baik. Seorang isteri yang paling sedikit permintaannya bagi aku bukanlah satu perkara yang mudah.

Aku sambung dari mula semula. Aku mempunyai keluarga yang besar. Anak pertama dari 8 adik beradik. Tapi aku dibesarkan dalam keluarga yang kecil. Aku tinggal dengan Tok(nenek). Tok Aki aku meninggal waktu aku berumur 5 tahun. Terlalu sedikit Memori tentang dia untuk aku ceritakan di sini. Memadai kalau aku katakan dia seorang Atuk yang penyayang.

Aku mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Bota Chenor, Pahang dari tahun 1981 sehingga 1986. Seorang kanak-kanak kecil yang pendiam tetapi sangat lasak.

Aku seorang yang berani. Memang dari kecil aku berani. Aku tak takut hantu. Aku tak takut bergaduh dengan teman-teman sebaya aku kalau aku tak puas hati. Mungkin kesedaran yang aku tak ada sapa-sapa nak bela aku membuatkan aku macam tu.

Aku mendapat pendidikan sekolah menengah di 4 buah sekolah. Dari tahun 1987 sehingga 1990 aku telah bersekolah di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan Chenor, Sekolah Menengah Chini, Sekolah Menengah Kebangsaan Palo Hinai dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi. Susah aku nak ceritakan satu-satu kenapa banyak sangat sekolahnya.

Tak dapat melanjutkan pelajaran kemana-mana IPTA. Kelayakan tak cukup. Zaman tur mana ada kolej2 swasta macam sekarang nih. Institud kemahiran pun cuma ada IKBN je (Intitud Kemahiran Belia Negara) entah ada ketidak lagi sekarang nih, tak ambil pusing.Tak perlah dah tak ada rezeki. (Aku tak pernah kecewa dengan semua tu)

Aku seorang yang tak ramai kawan. Senang didekati tapi payah untuk dikenali. Dan kebanyakan kawan2 aku yang tak ramai tur semua dah meninggal dunia. Tinggal entah berapa kerat jer dah. Aku pun tak tau kenapa Allah pendekkan umur mereka. Cuma yang aku tahu mereka semuanya orang-orang yang hebat2 peribadinya. Seorang sahabat yang setia, seorang sahabat yang sentiasa memberikan inspirasi kepada aku. Agaknya orang yang macam ni memang Allah sayang sebab tu lah dia ambil cepat.

Sebenarnya kisah perjalanan hidup aku terlalu penuh dengan perkara-perkara yang terlalu hardcore' nak diceritakan kat sini. Mungkin kalau korang pernah tengok cerita 'Young and Dangerous' mungkin korang dapat figure dia sikit-sikit.

Aku seorang yang optimis. Selalu bersangka baik pada setiap perkara yang berlaku. Kelemahan aku pula, aku cepat sangat melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir 2x. Maknanya aku nih seorang yang gopoh. Gopoh ! bukan gelojoh.

Aku seorang yang sangat sensitif. Perihatin. Tetapi kadang-kadang menyusahkan. Sifat aku, permikiran aku sukar diramal. Kadang-kadang aku seorang yang sangat penyabar. Kadang-kadang pula aku seorang yang sangat pemarah. Tapi yang pasti aku seorang yang sangat penyayang.

Aku seorang lelaki yang tak malu untuk menangis di hadapan temannya sewaktu ia putus cinta. Tapi aku juga lelaki yang akan cepat menyayangi seseorang yang lain pula pada keesokan harinya.

Aku secara keseluruhannya adalah pemalu. Tetapi tidak bermakna aku sombong. Aku tidak sombong, aku sangat peramah. Sangat murah dengan senyuman.

Aku selalu melakukan sesuatu perkara dengan besungguh-sungguh. Tapi sayangnya aku kekurangan kecekalan. Contohnya kalau berlari tu, aku akan berlari dengan sangat laju... tapi aku akan cepat berhenti bila menyedari yang aku dah berada di hadapan. Sebab tulah aku nih payah berjaya dalam apa saja yang aku usahakan.

Aku pernah jatuh cinta, dan aku juga pernah kecewa. Bukan maksud aku , aku tak bahagia dengan perkhwinan aku selama ni. Itu satu perkara yang lain. Itu adalah aku yang di dalam Aku itu. Hehehe... hapoo punya ayat dah nih.

Aku pernah melakukan perkara yang sangat aku banggakan. Dan aku juga pernah melakukan perkara yang aku sangat menyesal seumur hidup aku.(tak mungkin untuk aku ceritakan kepada sesiapa pun, biarlah Allah saja yang tahu)

Aku juga seorang yang tidak kedekut. Tetapi aku seorang yang sangat berkira apabila pemberian aku tidak dihargai. Pada amnya semua orang pun macam tu kan. Sapa tak bengang bila bagi sesuatu tapi tak dihargai.
Aku seorang yang sangat suka pada benda yang baru. Suka belajar. Tapi tak suka bertanya.(bodo sombong laa).

Aku juga seorang yang sangat mudah untuk memberi tunjuk ajar dan nasihat. Tapi aku sendiri sangat susah untuk menerima nasihat. Kadang-kadang aku suka termenung. Aku suka berangan. Aku seorang yang tidak pandai berjimat cermat. Aku seorang yang lemah dalam matematik. Malah aku sangat tak suka pada angka. Sehinggakan aku tak ingat no telifon isteri aku, hari jadi anak2 aku, hari jadi adik beradik aku. No telifon aku sendiri pun aku tak ingat.

Aku seorang yang sentiasa bernasib baik. Tapi aku juga seorang yang tidak pandai serik. Aku seorang yang degil tapi mempunyai hati yang sangat lembut.

Huihhh... panjang giler dah mengenai aku nih. Kiranya dah habis dah rahsia2 dan segala kelemahan aku bukakan ni. Sebenarnya, sebelum ni aku rasa tak bersedia nak berkongsi dengan sesiapa tentang diri aku. Tapi sekarang aku rasa lebih matang dan lebih  terbuka. Bagi aku kini tiada apa yang perlu di rahsiakan sangat. Biarlah orang menerima kita seadanya kita. Bukan kita yang berpura2 jadi orang yang sebegini kononnya, sebegitu kononnya.

Secara keseluruhannya hidup aku terbilang dalam golongan orang2 yang gagal dalam kerjaya, tetapi bahagia dalam keluarga.

Aku tak pernah menjadi pekerja yang berjaya. Dan aku juga pernah melalui kejatuhan dalam perniagaan yang aku bina dengan adik2 aku.(ngoh dan Dee) Dan sekarang aku kembali semula kepada permulaannya.Kali ini aku tidak perduli berapa payah, atau berapa panjang perjalanan untuk berjaya itu. Yang aku tahu. KALI INI AKU TIDAK AKAN SEKALI2 BERPUTUS ASA.

Aku seorang yang penuh adventure, perjalanan hidup yang aku lalui, aku rasa terlalu sedikit dari kalian yang melaluinya. Tapi sayangnya pengalaman itu TIDAK bermenafaat untuk aku bawa ke kehidupan yang sebenar. Tiada juga menafaatnya untuk diceritakan.

AKU ADALAH SEORANG PERSALAH YANG SANGAT MENYESAL. AKU ADALAH SEORANG KEKASIH YANG SANGAT KECEWA. AKU ADALAH SEORANG TEMAN YANG SANGAT KESUNYIAN. AKU ADALAH SEORANG SUAMI YANG SANGAT SEPI. AKU ADALAH SEORANG AYAH YANG SANGAT BIMBANG. AKU ADALAH SEORANG LELAKI YANG SANGAT BERUNTUNG. BERUNTUNG KERANA MENDAPAT PELUANG YANG KETIGA INI. 

DAN KINI AKU SEDAR HIDUP SEBENARNYA SANGAT INDAH. DAN AKU SEBENARNYA BUKANLAH SEORANG YANG GAGAL. AKU SEBENARNYA ADALAH SEORANG YANG HEBAT DAN AKU JUGA BERUNTUNG KERANA PERNAH DAN SEDANG DIKELILINGI OLEH ORANG2 YANG SANGAT HEBAT DALAM HIDUPKU.

Assalamualaikum Para Pembaca yang dirahmati Allah .

Tujuan saya menulis artikel ini adalah bertujuan untuk memperbetulkan kesalah fahaman sesetengah pihak yang tidak mengenal saya. Pertama-tama sekali,  saya bukanlah ustaz seperti yang sesetengah pembaca sangkakan. Saya cuma lelaki jahil yang pernah belajar mengaji dengan Pittam Tauhid di hulu kampung saya. Dan pernah mendengar dia membacakan kitab-kitab agama.

Saya juga cuma lelaki yang suka mendengar dan membaca sesuatu berkaitan dengan Islam, dan cuba untuk menulis serta memanjangkan tulisan-tulisan yang sedemikian.

Saya rasa penting untuk saya jelaskan disini, supaya tidak tersalah paham kepada yang lain. Saya bukanlah seorang yang ahli dalam hal-hal feqah, jauh sekali untuk beristijhad. Pendapat saya, serta hujah-hujah saya adalah panjangan dari hujah-hujah ulama-ulama yang telah disepakati.Saya Cuma memanjangkan sahaja. Cuma dalam menyokong sesuatu pendapat dan bertakhlik dengan sesebuah fatwa itu, saya cuba sedaya upaya menghalusinya . Yang manakah paling sesuai dipraktikkan, sesuai dengan masyarakat kita disini. 

Bukanlah bermakna saya keberatan berkongsi maklumat dan pengetahuan yang saya ada. Cuma dalam sesetengah hal yang membabitkan permasalahan baru yang saya tidak jumpai rujukannya(bukan saya katakan tiada). Jika demikian halnya, maka saya memilih berhati-hati dalam memperkatakannya. 

Bagi sesetengah hal yang telah sedia ada rumusan para ahli dalam bidangnya. Maka insyaAllah saya akan memanjangkan(jika kebetulan saya menjumpai bahan rujukannya).

Sebenarnya tujuan saya menulis kenyataan ini, kerana timbul kerisauan saya kepada hal-hal yang berkaitan dengan hukum-hukum ini. Benar, ada ketika dalam membahaskan serta mengutarakan sesuatu isu atau hal yang berkaitan dengan agama. (Ada ketika) Pendapat serta hujahan saya mendahului mereka-mereka yang lebih mengetahui dan mahir. Ini bukanlah bermakna ilmu pengetahuan saya melebihi mereka, atau sebanding dengan mereka, atau sedikit sahaja kurangnya dari mereka. Malah sangat jauhlah bezanya. Jika diumpamakan mereka para alim ulama itu tinggi umpama bintang, sedang saya hanyalah seperti semut-semut yang melata ditanah itu sahaja. 

Jadi saya kuatir, saya tidak mempunyai hujah dihadapan Allah kelak. Jika ramai diantara pembaca-pembaca tulisan saya yang berhimpun dengan saya dalam memegang sesuatu berkaitan dengan agama ini. Anggaplah tulisan-tulisan saya berkenaan dengan sesuatu itu adalah pencetus minda untuk mencari kebenaran semata-mata. Janganlah meletakkan ianya ketingkat ‘nyata kepastiaannya’. Letakkanlah saja di tahap ‘mungkin ada benarnya’.

Perlu juga saya jelaskan kekeliruan dalam sesetengah hal. Ada ketika saya tampak lantang secara bersendirian dalam menentang sesuatu. Sebenarnya yang demikian itu terjadi jika tidak ada dalil-dalil qath’i yang melarang dalam hal yang saya pertikaikan(atau lebih tepat jika saya katakan, saya tidak menjumpai dalilnya). Atau ada ketika pula saya kelihatan tegas secara bersendirian dalam mengangkat sesuatu pendapat. Dalam hal yang demikian, saya tidak hanya memilih untuk bersependapat dengan sesetengah golongan sahaja. Malah keterbukaan saya lebih besar dari yang tampak dalam tulisan-tulisan saya. Cuma saja kebetulan saya lebih banyak memilih pendapat-pendapat dari setengah golongan, dan menolak yang setengah itu lagi. Yang demikian itu terjadi, bukanlah pendapat yang saya tidak beserta dengannya itu bermaksud salah. Cuma saya mengira  yang sebahagiannya lagi itu lebih sesuai dengan masyarakat disini. Dan sesungguhnya benar sungguhlah seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: “sesungguhnya peselisihan(pendapat) dikalangan umatku itu adalah rahmat”.

Saya sangat mengalu-alukan pertanyaan, supaya saya bisa sama-sama belajar. Dan semoga Allah memilih saya dan kita semua kemaqam yang lebih baik dari ini. Dan saya juga mengalu-alukan kritikan dan teguran. Ada yang pernah bercakap, di blog saya orang tidak boleh meninggalkan komen kerana saya alahan kepada teguran dan kritikan. Itu tidak benar sama sekali. Malah telah saya tegaskan dahulu, saya tidak akan menapis sama sekali komen-komen yang anda hantarkan pada setiap artikel-artikel yang saya siarkan.

Baiklah, berbalik kepada soal yang ingin saya sentuhkan. Saya harap, selepas ini, setelah mendapatkan pandangan saya mengenai sesuatu yang berkaitan agama ini. Janganlah menganggapnya ‘pasti benar’. Sehingga anda tidak berasa sangsi sama sekali. Letakkanlah ianya di tangga ‘mungkin ada benarnya’ dan seterusnya carilah orang yang tokoh untuk diajukan persoalan itu. Jika ketemu pendapat yang lebih jelas dan terang kebenarannya. Maka saya juga tidak sama sekali berkeras dan degil dalam mengangkat pendapat saya.

Dan saya harap dengan keterangan yang berikut ini tidak ada lagi dah yang salah faham dengan status saya. Sehingga ada yang memanggil saya ustaz dan sebagainya.


Posted on Monday, May 18, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Malaysian Business Locations Directory