Malaysian Business Locations Directory

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Showing posts with label Catatan Seri Naga. Show all posts
Showing posts with label Catatan Seri Naga. Show all posts

Friday, January 5, 2018

Kami adalah wakil jualan Sim card ONEXOX dan produk kesihatan untuk lelaki XTRA INCH V2.
Semua pertanyaan boleh disuarakan pada talian kami dibawah ini.

HUBUNGI TERUS KEPADA KAMI

Executive Pemasaran ( *Hakim* ) : HTTP://wasap.my/601113282484/
Executive Pemasaran ( *SHAM* )  : HTTP://wasap.my/60139885188/

Posted on Friday, January 05, 2018 by wirajiwa Faintallah

No comments

Wednesday, April 26, 2017



Assalamualaikum Sayang.

Engkaulah yang dahulu aku teragak-agak untuk memanggilmu sayang. Tetapi kini, engkaulah yang aku tidak boleh berhenti dari memanggilmu dengan panggilan itu.

Engkaulah  dulu yang telah menghidupkan hatiku yang telah mati sepenuhnya untuk mencintai seseorang. Dan sungguh hari ini,  aku telah mencintaimu sepenuh hatiku.

Engkaulah yang dulu yang menyakinkanku yang aku mampu membahagiakanmu. Sedang aku sendiri sudah lama hilang keyakinan tersebut. Malah aku sudah tidak yakin bisa mampu membahagiakan diriku sendiri, inikan pula org lain.

Engkaulah yang dulu yang berkata sentiasa mahu aku. Dan hanya mahu aku. Dan demikianlah juga sebaliknya bagiku. Aku hanya mahu kamu.

Kaulah yang dulu berkata, kaulah lilinku. Dan akan tetap menjadi lilin untukku. Dan sungguh, kau selalu menjadi lilin buatku. Selalu sahaja bersabar dengan setiap karenahku.

Engkaulah yang dulu, yang sangat teruja dan bahagia malah gembiramu sehingga kepetang, saat kali pertama aku memanggilmu ‘SAYANG’.

Engkaulah yang dulu, yang sentiasa menghantar setiap gambar-gambar aktivitimu. Sehingga aku sentiasa terasa seolah engkau ada benar disisiku.

Engkaulah yang dulu yang sentiasa memanggil namaku dengan panggilan yang paling elok yang pernah kudengar seumur hidupku.

Engkaulah yang dulu sentiasa mengingatkan perihal kesihatan dan ubat-ubatku. Sehingga aku ingin hidup lebih lama untukmu.

Engkaulah yang dulu yang sentiasa menangis saat aku menyakitkan hatimu. Tetapi engkau jugalah yang sentiasa memaafkan aku. Sehingga aku merasakan seolah-olah aku ini beban kepadamu.

Engkau jugalah yang mengajarku semula mengenai rasa sayang dan menyayangi. Sehingga aku tidak mampu untuk berada jauh darimu.

Engkaulah yang membuat seolah-olah dunia ini dan seisi-isinya adalah kepunyaan aku.

Sehingga kini, engkaulah segala-galanya bagi aku. Dan aku sangat jauh hati jika engkau memilih untuk menjarakkan diri. Kerana aku sudah tidak biasa hidup jauh darimu. Kini aku seperti kanak-kanak yang mahukan perhatian. Tidak tahu caranya bagaimana, lalu kadang-kala protes melulu.

Mungkin satu hari  kesabaranmu terhadapku  akan  sampai ke penghujungnya.

Andai jika semalam adalah kali terakhir aku mendengarmu memanggilku dengan panggilan ‘sayang’?

Andai jika hari ini adalah kali terakhir aku berpeluang memanggilmu  dengan panggilan itu?

Sayanggg….

Andai tiba satu waktu engkau telah tiada hati lagi kepadaku, halalkanlah, semua kasih sayang yang  pernah  engkau beri kepadaku. 

Dan sesungguhnya demi Allah, hari itu akhirnya tiba juga.

Posted on Wednesday, April 26, 2017 by wirajiwa Faintallah

1 comment

Tuesday, March 7, 2017

Jodoh ini aneh. Ia adalah ketentuan Allah, yg kadang² kita sendiri tak faham kenapa kita dijodohkan dengan seseorg tu.

Dan bila kita sayang sgt pada pasangan kita , Allah pisahkan pula.

Kita juga tak paham kenapa Allah buat macam tu.

Sebenarnya kita adalah hamba Allah. Bukanlah tugas kita utk memahami setiap perancangan Allah kepada kita.

Tetapi tugas kita yg sebenar adalah redha dan bersabar dengan setiap ketentuan Dia. Sama ada kita suka atau sebaliknya.

Posted on Tuesday, March 07, 2017 by wirajiwa Faintallah

No comments

Tuesday, November 15, 2016

Hujah mesti datang dengan 2 perkara,

1. Dalil = AlQuran dan Hadits
2. Akhlak

Jika tidak mampu tampil dengan dua ini maka diamlah.

Jika mampu mengemukakan dalil tetapi tidak dapat disertakan dgn akhlak yg baik. Maka diam juga.

Demikianlah juga kalau mampu datang dengan akhlak yg baik, tutur yg sopan tetapi tak dapat menyertakan dengan dalil yg sahih,
maka diamlah juga.

Kerana kebenaran yang tidak datang dengan dua perkara itu atau hanya salah satu darinya, nescaya akan bersama dengannya kemudaratan.
Sama ada utk diri sendiri atau pun org lain.

Wallahu'alam

Sollualan Nabi.

Umat Islam itu sesungguhnya bersaudara.
Dan saudara itu tidak menyakiti saudara yang lain.

Posted on Tuesday, November 15, 2016 by wirajiwa Faintallah

No comments

Thursday, November 10, 2016

Pada suatu hari yang tenang, Azwa datang kerumahku. Katanya kepada aku. “Abg Long ajarkanlah saya ilmu kunfu yang power-power.” Aku pun kata pada dia. “Boleh’ tapi kena bertapalah dulu.”

Dia jawab. “Boleh, apa pun saya sanggup. Janji dapat belajar ilmu kunfu.”

Aku pun membawak dia ke sebuah busut jantan dan suruh dia duduk kat situ. Dia tanya ngaper, aku jawab jangan banyak  soal kalau nak power macam aku. Maka bertapalah Azwa kat atas busut tu. Aku ajarkan dia sebaris dua jampi yang aku belajar dari tok guru aku dulu. Bunyinya bergini “Buah cempedak didalam pagar ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar , kalau salah tolong tunjukkan.”

Aku cakap kat dia. Jangan berenti  baca sampai datang  seekor jin kepada dia. Dia nganggukkan kepala tanda paham cakap aku. Aku pun pergi dan meninggalkan dia seorang diri. Dan dia pun aku dengar dari jauh terus membaca jampi yang aku ajarkan tersebut. Kadang-kadang dengar kuat kadang-kadang dengar selow.

Aku pun pergi kedarat meninggalkan Azwa disitu. Aku lepak rumah Abg Asim. Tiba-tiba , dengan tak semena-mena, aku terasa nak makan air batu campur. Lalu aku mengoder air batu campur. Tak lama kemudian Wan Semah datang dari Tanjung menghantarkan air batu campur yang aku oder. Timbul pula niat jahat aku ke Azwa. Lalu aku berlari ke tebing semula. Aku nengok dia masih lagi bersila di atas busut itu. Sambil membaca jampi yang aku ajarkan.

Aku pun minum air batu campur itu di hadapan dia. Dengan menganjing-nganjing ke dia. Dia pun bukan mainlah terliurnyer. Memandangkan aku suruh dia bertapa pada tengah hari hangat-hangat. Dia berasa sangat bengang kepada aku. Tiba-tiba badan dia meletup-letup dan bertukar menjadi ultraman Taro. Aku bukan main tekanjatnya. Sehingga aku menghabiskan semua air batu campur tu tadi. Tanpa meninggalkan sedikit pun, sedangkan aku telah berjanji kepada abg Asim untuk berkongsi air batu campur tersebut.

Bila ultraman Taro menjelma , dia pun mengamuk dengan sangat garang. Sambil berguling-guling dan memfire sana-sini. Lantas tiba-tiba dia masuk kedalam semak di hadapan aku. Aku lihat ultraman Taro mengutip pucuk paku dengan gelojohnya. Aku tanya pada dia. “Eh encik ultraman Taro. Kenapa encik berkelakuan pelik sangat ?”

Lepas tur dia pun berborak dengan aku. Kata dia, dia gemar sangat makan sayur pucuk paku ni. Jadi dia minta aku tolong masakkan. Aku cakap dengan dia , aku tak pandai masak. Kalau nak juga kena ikut aku baliklah. Kena suruh bini aku masakkan. Dia pun bersetuju. Lalu kami pun berjalan sambil berpimpin tangan. Aku kemain kembangnyer idung, memandangkan ultraman Taro nih kira populer juga dalam kampung aku. Jadi Tok Andak dengan Tok Cik aku sangat respeklah dengan aku kerana dapat berkawan dengan ultraman Taro.

Tetapi sesuatu yang tak di ingini telah terjadi bila kami sampai kerumah. Ultraman Taro telah terpijak pasu bunga kertas kesayangan bini aku. Apa lagilah bini aku mengamuk. Dan dengan tak dapat di sabar-sabarkan bini aku terus mengambat ultraman Taro. Ultraman Taro sangat takut , dan dia berlari kearah rumah Tok Penghulu kampung aku dengan niat nak minta tolong gamaknya. Tetapi niat itu tidak kesampaian kerana bini aku telah bertukar menjadi  Power Ranger. Power Ranger kuning. Dan dia menokek tengkuk ultramen Taro dengan pedangnya. Ultraman Taro kata. “aduh”

Mereka bergumpal-gumpal berdua. Aku menjadi serba salah betul dibuatnya. Sebelah pihak member, sebelah pihak lagi bini aku. Jadi aku membiarkan sajalah perkara itu berlalu sambil aku dan anak-anak menonton macam-macam Aznil dirumah. Tiba-tiba aku di kejutkan oleh suara abg Asim. Kata dia.

“D, D  !!! ada orang bertumbuk.!” Aku tanya balik . “Saper?” Kata dia. “Ultraman Taro dengan Power Ranger kuning.” Aku pun cakap. “Ouwhhh Power Ranger kuning tur bini aku..dan..” Belum sempat aku ngabihkan ayat aku dia dah melompat tinggi kelangit seraya menjerit.  “Gampang betul ultraman Taro nihh!!!! Dia bertumbuk dengan geng kita nih.!!!!” Dan dengan satu letupan yang maha dasyat. Aku lihat abg Asim telah bertukar bentuk menjadi seekor raksaksa yang sangat huduh lagi brutal. Dia pun tak menanti lama, dia terus menerkam ultraman Taro dengan bengkengnya dan bergeng dengan Power Ranger kuning.

Kerana teruk di asak dengan perlawanan yang berat sebelah maka kalahlah ultraman Taro. Dan dia sambil menangis balik ke Jepun. Aku ingatkan dia dah putus asa dah. Rupa-rupanya dia balik dan mengistiharkan perang ke atas Tanah Melayu. Dan mereka telah datang beramai-ramai kemari. Ultraman Seven, ultraman Ace, dan pat lima orang lagik ultraman yang kuat-kuat yang aku tak tau namanya.

Jadi aku dengan perasaan sedihnya telah berlari kerumah  Tok Andak aku, dan kerumah-rumah orang kampung lain. Aku kata pada mereka, kita terpaksa berperang. Kita dah kena serang. Mereka, yang kecik, yang besar, yang tua dan yang muda semua telah keluar. Tok Andak aku pun menjelma menjadi Power Ranger merah. Dan ramai lagi orang kampung aku yang pernah bertapa di atas busut jantan itu dulu. Seorang demi seorang telah menunjukkan power mereka. Ada yang bertukar menjadi Gaban, ada pula yang bertukar menjadi  Optimis Prime, dan ada dua tiga orang lagi yang bertukar menjadi robot Transformer. Dan akhirnya meletuslah perang antara mereka.
(Nanti aku sambung lagik)

Posted on Thursday, November 10, 2016 by wirajiwa Faintallah

No comments

Pada hari ini saya ingin menceritakan pengalaman dan pendapat saya mengenai perkembangan politik dan dunia hiburan di Negara kita ini. Lebih-lebih lagi selepas terjadinya gempa bumi di Sri Langka baru-baru ini.

Pada mulanya masalah ini berlaku adalah ketidak fahaman manusia untuk menjadikan sesuatu cerita kartun itu lawak mistilah meletakkan taman bunga yang cantik didalamnya.

Dan taman bunga itu pastikan tidak mengandungi keretapi yang sudah tidak boleh dinaiki.

Ouwww,,, harus diingat jika hendak menaiki keretapi, pastikan juga anda memandang kekiri dan kekanan sebanyak 3 kali untuk melintas jalan.

Jalan yang kita bicarakan disini bukanlah jalan-jalan perjalan kaki, tetapi sebaliknya adalah jalan-jalan kebenaran.

Dan kebenaran mengenai cara-cara membuat kari kepala ikan yang paling enak dan berketerampilan hanyalah diketahui oleh shef wan bin abdullah bin ismail. Dan beliau, maksud saya ayah kepada Abdullah itu. Oh, tidak tepat. Maksud saya datuk kepada Shef Wan itu, yakni Ismail. Adalah seorang yang sangat brutal dan keberutaannya itu telah menjadikan dia seorang yang sangat memahami rahsia-rahsia kuih tradisional.

Sedangkan kuih tradisional pula terbahagi kepada dua macam. Satu macam ialah kuih yang lebek. Dan satu jenis macamnyer lagi adalah yang keras.

Dan secara peribadinya, saya menyukai kuih tradisional yang keras.

Sedangkan kekerasan yang berlaku dirantau asia barat khususnya di Palestin sangatlah membimbangkan hati perut kita semua. Kerana pada bila-bila masa sahaja buaya yang dipelihara di Zoo Negara itu akan terlepas kesungai Kelang.

Tetapi ini tidak merisaukan encik Hamid selaku pengawal keselamatan dibangunan Dayabumi. Kerana pada pendapat beliau, keunikan lagu-lagu rock itu perlulah dititik beratkan kepada juru foto perkahwinan anak gadis beliau yang akan melansungkan perkahwinan beliau pada 20hb 11 tahun ini.

Dan tarikh itu adalah satu tarikh yang sangat bersejarah. Hang Tuah telah menikam perut Hang Jebat pada tarik tersebut. Oh, tidak-tidak, maafkan saya. Saya telah melakukan kesilapan. Sebenarnya beliau, maksud saya Hang Jebat telah ditikam dipunggung bukan diperut. Sedangkan punggung yang ditikam oleh Hang Tuah itu adalah punggung sebelah kiri Hang Jebat.

Bertapalah sakitnya hati beliau. Bila memikirkan keadaan yang tidak seimbang itu. Sedangkan kemarahan penjual-penjual ikan di pasar-pasar Ramadhan tidak mendapat perhatian para pemimpin. Dan ini akan menyebabkan rakyat Malaysia mengalami kekurangan vitamin didalam hidup mereka.

Lalu saya katakan kepada diri saya. “Ada apa sama cinta ya?” Tetapi sayangnya saya tidak menjumpai jawapannya. Dan saya telah menghempaskan diri saya kebantal peluk saya dengan perasaan yang sangat malu. Eh silap, maksud saya dengan perasaan yang sangat kecewa.

Dan kekecewaan itu saya lepaskan kepada roti canai yang dibeli dari kedai mamak di tepi simpang rumah saya. Sedangkan beliau tidak mengetahui keadaan sebenar yang terjadi kepada kuih apam balik yang dijual oleh sepupu beliau di pekan sehari di kampungnya. Adakah apam balik itu telah basi? Atau telah dicuri oleh driver lori yang ketika itu kebetulan lalu disebelah rumah beliau?

Oh ini sangat menyusahkan hati makcik-makcik yang berada di ruang legar balai raya kampung saya.

Jadi kesimpulannya disini, jagalah kebersihan sungai kita.


Posted on Thursday, November 10, 2016 by wirajiwa Faintallah

No comments

Thursday, October 27, 2016

Yaa Allah. Tambahilah aku dalam mengusahakan sesuatu kebaikan. Dan mudahkanlah dunia ini kepadaku. Kerana aku ingin memenafaatkannya untuk akhiratku. Dan dengan itu aku melihat hanya dengan jalan takwa kepadaMu. Namun ia tidaklah semudah menyebutnya. Dan sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui tingkatanku. Dan Engkau lebih mengenali seseorang hamba itu dari dia mengenali dirinya sendiri. Maka aku meletakkan yang diriku ini sesat dalam mencari hala tuju perjuanganku. Aku juga sesat dalam memilih bilangan yang manakah hendak didahulukan. Maka Engkaulah Sebaik-Baik Pembimbing. Maka inilah aku. Yang telah engkau serahkan kepadaku, lalu aku mengembalikannya kepadaMu semula. Kerana aku lebih yakin dengan takbirMu dari diriku sendiri. Kerana diriku ini pastilah akan leka semula. Dan terpedaya juga kepada segala tipu daya itu andainya tiada Perlindungan dan Pembelaan dariMu.

Dan telah aku tinggalkan keluh kesah itu. Keluhan kecewa pada sesuatu ketentuan. Dan risau resah pada hari esok yang telah ditentukan. Dengan ini aku melihat jalannya adalah dengan syukur dan redha. Menggunung juga penyesalan pada setiap nafas yang tersia-sia. Pada kudrat yang terbazir dalam mencari keutamaan dan kelebihan dunia. Sedang ianya telah tersedia dan terhidang untukku. Maka kenapakah wahai diri,…engkau merasa sangat risau kepada khazanah yang banyak itu? Tidakkah engkau mendengar peringatan. “Jika seluruh hambaKu berdoa kepadaKu dan memohon kepadaKU, dan AKU menunaikan seluruhnya. Maka ianya tidak sedikitpun mengurangi khazanahKU”

Dari kamus Dewan Bahasa CINTA = perasaan atau berperasaan sangat sayang kepada (Sesuatu)

Akan aku dirikan hidup ini diatas satu jalan, iaitu CINTA. Cinta kepada Allah, dan cinta kerana Allah. Janganlah memandangnya dengan KEJI dan JIJIK.

Diantara tujuh golongan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat, salah satu dari tujuh golongan itu adalah golongan yang didalam diri mereka mempunyai kasih sayang dan cinta yang tinggi. Iaitu golongan yang Rasulullah SAW sabdakan : “Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah.”(Abu Daud & Ibnu Majah)

Di dalam sebuah Hadits, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya Allah ta’ala hanya merahmati hamba-hambaNya yang pengasih.”(HR. Bukhari)

Sungguh besar nilai kasih sayang ini. Hinggakan didalam hadith tersebut dikatakan Allah itu hanya merahmati hamba-hambaNya yang pengasih. Barang siapa yang mengasihi makhluk, maka ia akan dikasihi Allah. Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang pengasih akan di kasihi Dzat yang Maha Pengasih, kasihilah yang di bumi, maka yang di langit akan mengasihimu.”(HR. Tirmidzi)

Allah ta’ala berfirman: “Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni mereka maka sesungguhnya Allah ta’ala Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(QS. at-Taghobun: 14).

Firman Allah ta’ala: “Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, apakah kamu tidak ingin jika Allah ta’ala mengampunimu.”(QS. an-Nuur: 22)

Pada perkiraannya bisakah kita menjadi seorang yang pemaaf sepertimana saranan Al-Quran itu jika kita tidak mensaratkan hati dengan kasih sayang dan cinta? Dan dalam tulisan-tulisan aku terdahulu. Aku menyuarakan yang kehidupan ini indah. Bantu membantu, berbuat baik. Dan salin mencintai antara satu sama lain. Ambillah yang mana baik didalamnya, dan tinggalkanlah yang mana buruk dan tercela. Sedang aku sendiri bukanlah dari golongan yang mengerjakannya. Aku ini hanyalah digolongan yang baru sahaja berusaha kearah melakukannya. Dan kebaikan ini pada pendapatku, tidak mungkin sama sekali mampu dilakukan secara bersendirian.

“Barang siapa yang menolong kesusahan orang muslim, maka Allah ta’ala akan menolongnya dari kesusahan pada hari kiamat.”(HR. Bukhari).

Baginda juga bersabda: “Barang siapa yang menyelamatkan orang dari kesusahan, maka Allah ta’ala akan menyelamatkannya dari kesusahan pada hari kiamat.”(HR. Ahmad)

Katakanlah, yang percintaan yakni berkasih sayang sesama makhluk ini tidak penting dan boleh dipandang enteng serta sambil lewa sahaja. Maka dengarkanlah Sabdanya.

“Allah ta’ala menolong seorang hamba selagi hamba tersebut menolong sesamanya.” Baginda juga bersabda: “Barang siapa menolong saudaranya yang memerlukan maka Allah ta’ala akan menolongnya.” (HR. Muslim)

Jadilah kita orang yang mempermudah kesulitan orang lain. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang mempermudah kesulitan orang lain, maka Allah ta’ala akan mempermudah urusannya di dunia dan akhirat.”(HR. Muslim).

Baginda juga bersabda: “Terdapat pada umat sebelum mu seorang pedagang yang sering memberi pinjaman kepada orang lain, jika dia melihat si peminjam dalam kesulitan dia berkata kepada anak-anaknya: ‘Maafkan dia (jangan ditagih hutangnya) mudah-mudahan Allah ta’ala mengampuni kita’, maka Allah ta’ala pun mengampuninya.”(HR. Bukhari)

Katakanlah juga yang perlakuan ini bisa saja dilakukan dengan mudah dan senang andainya tidak memiliki kasih sayang dan cinta didalam diri. Dan katakan juga engkau tidak memerlukan kasih sayang didalam dirimu untuk berlaku adil dan sopan. Maka dengarkanlah ini lagi.

Berlemah-lembutlah terhadap hamba Allah ta’ala maka kamu akan termasuk orang yang didoakan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Ya Allah, barang siapa yang berlemah-lembut terhadap umatku maka berlemah-lembutlah terhadapnya, dan barang siapa yang mempersulit umatku maka persulitlah ia.” (HR. Ahmad)

Baginda juga bersabda: “Sesungguhnya Allah ta’ala adalah Dzat yang Maha Lemah Lembut mencintai kelembutan dan memberi pada kelembutan suatu kebaikan yang tidak pernah diberikan pada kekerasan.”(HR. Muslim)

Beliau juga bersabda: “Barang siapa yang tidak memiliki kelembutan maka ia kehilangan suatu kebaikan.”(HR. Muslim)

Serta berbuat baiklah kepada saudara kita. Kerana berbuat baik itu salah satu bukti yang engkau menyayanginya. Tidak diterima perkataan seseorang lelaki itu yang kononnya dia mencintai saudaranya sendiri tetapi dia tidak melakukan sepertinya. Dan tidak menunaikan hak-hak saudaranya.

Datang kepada Nabi SAW itu seorang sahabat, lalu ia berkata : “ Islam yang bagai manakah yang lebih utama?” . Lalu sabda Baginda : “ memberi makan (orang-orang miskin), mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenal dan orang yang tidak engkau kenal.(HR Bukhari)

Dan dari Anas ra. Dari Nabi SAW : “Tidak (sempurna) iman seseorang kamu, sebelum ia menyukai untuk saudaranya (sesama Islam) apa yang disukainya untuk dirinya sendiri.”(HR Bukhari)

Muamalah (hubungan) Allah ta’ala terhadapmu sebagaimana hubunganmu terhadap hamba-Nya, maka pilihlah muamalah yang kau sukai yang mana Allah ta’ala akan me-muamalahimu dengannya, dan pergaulilah hamba-hamba-Nya dengan (pilihanmu) itu maka kamu akan mendapat ganjarannya. Jauhilah menyakiti sesama sendiri (Jika kamu melakukannya) maka Allah ta’ala akan menyiksamu.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya Allah ta’ala akan menyiksa orang-orang yang menyakiti manusia.”(HR. Muslim)

Dan manusia yang punya rasa kasih dan cinta yang tinggi itu mendapat kasih dan cinta Allah juga buat dirinya. Seperti pengajaran dari kisah ini.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Pada suatu hari Nabi SAW keluar (rumah). Beliau tidak bicara kepadaku dan aku pun tidak bicara pula kepada beliau. Sampai di pasar Bani Qainuqa’, beliau duduk di halaman rumah Fatimah, lalu beliau bersabda : “Adakah anak kecil disitu?” Fatimah menahannya sebentar mungkin ia sedang memakaikan kalung atau memandikan anak itu. Tidak lama kemudian datanglah anak kecil itu dengan tergesa-gesa, lalu dipeluk dan diciumnya. Baginda mendoakan, “Wahai Allah. Kasihanilah kiranya dia dan kasihi pula kiranya orang yang mengasihinya.”

Disini terlihat jelas barang siapa mengasihi dan mencintai orang lain itu sebenarnya pasti Allah akan mencintainya pula. Sesuai dengan maksud hadith tersebut. Malah Rasulullah SAW telah berdoa secara khusus bagi mereka.

Dan lagi permudahkanlah saudaramu itu atas sesuatu yang kuasa kepadamu. Jauhilah menyusahkan sesama sendiri (Jika kita melakukannya), maka kita akan masuklah kedalam doa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang bermaksud: “Ya Allah, barang siapa yang mengurus perkara umatku lalu mempersulit mereka, maka persulitlah dia dan barang siapa yang mempermudah mereka, maka permudahkanlah dia.”(HR. Muslim)

Demi Allah, kayakanlah hatimu dengan perasaan cinta. Dan sesungguhnya cinta yang sebenar-benar itu bukanlah yang menjurus kepada nafsu syahwat. Tetapi rasa kasih dan sayang yang ikhlas. Yang tidak menginginkan sesuatu apa pun sebagai imbal balasnya. Dan janganlah kita sentiasa mencari-cari kelemahan dan kesalahan saudara kita. Kerana kelak Allah juga akan memperlakukan kita dengan sedemikian rupa.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barang siapa yang senantiasa mencari kesalahan seorang muslim, maka Allah ta’ala akan senantiasa mencari kesalahannya pula, sehingga akan terbuka kesalahannya meskipun (tersembunyi) di dalam mulut unta (kendaraan) nya.”(HR. Tirmidzi)

Beliau juga bersabda: “Barang siapa yang membuka aib saudaranya maka Allah ta’ala akan membuka aibnya sampai diperlihatkan kepada keluarganya.”(HR. Ibnu Majah)

Sesungguhnya aku melihat ianya benar, dan kalimat–kalimat itu benar. Dan janji Allah itu juga benar. Maka, besertalah denganku dalam perkara ini. Janganlah berhati batu dan degil. Serta tidak mempunyai belas kasihan(tidak kasih) sesama sendiri.

Nabi SAW bersabda: “Barang siapa yang tidak menaruh belas kasihan terhadap sesamanya, maka Allah ta’ala tidak akan mengasihinya.”(HR. Muslim)

Beliau juga bersabda: “Tidaklah dicabut rasa belas kasihan itu kecuali dari hati orang-orang yang celaka.” (HR. Tirmidzi)

Sangatlah keras peringatan ini. Tidakkah gentar wahai hati-hati yang menyebut nama Allah? Dan demi Allah jika terlalai aku dalam pekerjaan ini dan menjadi kasar dan bengis lalu telah berkurangan dan menjadi sedikit cinta kepadamu didalam hatiku. Maka peringatkanlah aku. Kerana sesungguhnya didalam hatiku ini ada bahagian yang menjadi hak saudaraku.

Di dalam shahih Bukhori terdapat sebuah hadits yang menyebutkan bahwa Rasululloh shalallahu `alaihi wassalam ketika ditanya oleh seorang laki-laki tentang amalannya yang memasukkan dia ke syurga. Setelah beliau menyuruhnya untuk beribadah kepada Allah dan mentauhidkan ibadah itu untuk Nya, menegakkan sholat dan menunaikan zakat, beliau lalu bersabda: ” Wa Ashilaturrohim” ( “Dan sambunglah tali silaturrohim”) (Bukhori, hadits no 5637)

“Barang siapa yang ingin Allah banyakkan rezekinya atau Allah panjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung tali kekerabatannya (Bukhari,hadits no 5639; Muslim , hadits no 1961).

“Maka apabila jika kamu berkuasa , kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang-orang yang Allah laknat. Allah akan menulikan pendengaran dan membutakan penglihatan mereka . (QS Muhammad: 22-23).

Ibnu Katsir berkata : Ayat ini mengandung larangan berbuat kerusakan bumi secara umum dan larangan memutus silaturrohim secara khusus.

Dan jika ikhtiar aku dalam mengeratkan silaturahim itu menjadi sendaan dan gurauan orang lain. Maka teruskanlah ketawa dan gelakmu itu. Jika engkau melihat ada menafaatnya didalam perbuatan itu. Sedangkan aku mengharapkan kamu berbai’at denganku dalam perkerjaan ini.

Ayat Al Quran lain yang berbicara tentang hal ini adalah QS. Ar-Ro`du:25 dan QS Annisa: 1)

Pada suatu hari Rasulullah Shalallahu `alaihi wassalam pernah duduk-duduk bersama sahabat nya. Beliau memerintahkan orang yang memutus tali silaturrohim untuk keluar dari majlis tersebut agar rahmat dapat turun kepada mereka.Hal ini menunjukkan, memutuskan tali silaturrohi itu dosanya amat besar. Dan orang yang tidak berusaha kearah membaik pulihnya itu adalah orang yang zalim kepada dirinya sendiri dan saudaranya. Dan sesungguhnya tidak adalah tempat bagi orang-orang yang zalim itu disisi Allah.

Manakala di akhirat, Rasulullah SAW bersabda: “Umatku! Umatku!” Ketika itu, manusia sibuk mendapatkan pertolongan para Nabi, sedangkan mereka pula sibuk memikirkan nasib diri mereka. Tetapi Nabi Muhammad sibuk memikirkan umatnya bukan dirinya.

Justeru, wajiblah bagi kita menyaksikan kemuliaan Baginda dalam setiap nikmat yang diterima oleh seorang Muslim kerana Baginda SAW adalah pembuka jalan-jalan kebaikan untuk kita dan menzahirkan bagi kita jalan-jalan yang mulia.

Rasulullah menghulur cinta bukan untuk dibalas tetapi untuk diteladani.

Cinta Rasulullah SAW juga unggul kerana ia merentasi tempat dan zaman hingga meliputi umatnya yang tidak pernah bersua dengannya mahupun keluarganya atau sahabatnya.

“Bertuahlah sesiapa yang melihatku dan beriman padaku.” Mendengar sabdanya ini mungkin kita umatnya yang datang kemudian agak sedih dan terkilan kerana tidak turut terangkum dalam sabdaannya itu. Tetapi alangkahnya terhibur hati kita apabila mendengar Rasulullah menyambung lagi sabdanya dengan bersemangat, “Bertuahlah, dan bertuahlah, dan bertuahlah, sesiapa yang tidak melihatku dan beriman padaku.”

Posted on Thursday, October 27, 2016 by wirajiwa Faintallah

No comments

Wednesday, October 19, 2016


Ape salah aku ??? Ape dosa aku ??? Kenapa sampai tahap nk santau2 aku ?? Aku tak kacau ko n keluarga ko pon .

So tak payah la nk sihir2 aku .. Tengah sedap2 makan terjumpa kain putih yg diikat ..

Istighfar panjang aku dibuatnye .. Hilang selera makan aku .. Aku terus tunjuk kat mak aku bnde putih tu n cakap ade org cuba nk sihirkan aku .

 Masa tu aku tgk mak aku mcm dah kena rasuk .. Mata dah naik merah ...

Paaappp !!! Berlekuk dahi aku kena sudip mak .. Mak ckp "kau ni dah kenapa .. ?? Sup bunjut pon dah xkenal ke ..?"...

Posted on Wednesday, October 19, 2016 by wirajiwa Faintallah

No comments

Thursday, October 6, 2016

Hidup kita ni sebenarnya, habis dan banyak dibazirkan dengan memikirkan atau lari dari apa yg kita tak mahu dan tak suka. Sikit je baki masa tu yg kita gunakan utk mengejar dan usaha pada sesuatu yg kita suka dan nak...

Kita mungkin tak berada dalam situasi yg kita benci, tapi kita juga jauh dari situasa atau keadaan yg kita suka dan membahagiakan

Posted on Thursday, October 06, 2016 by wirajiwa Faintallah

No comments

Kadang² kita lebih sibuk meneliti ciri² lelaki atau perempuan yang tak baik, kononnya supaya tak terpilih yg macam tu. Kan ker lebih baik kita meneliti ciri² yg baik. Banyak sgt kesibukan pada sesuatu yg kita tak mahu dari yg kita mahu...
.
Macam tulah dalam kehidupan, kerjaya dan macam² lagi. Saya tak nak itu, saya tak nak ini. Kenapa tak tumpukan kepada apa yang kita nak?

Posted on Thursday, October 06, 2016 by wirajiwa Faintallah

No comments

Wednesday, July 1, 2015

Setiap hakikat yang membatalkan syariat adalah sesat, setiap makrifat yang menyimpang dari tareka Nabi yaitu sunnah adalah sesat.

Yang dikatakan sesiapa yang telah mencapai maqom² itu terlepas dari ketentuan, bukanlah terlepas dari 'syariat' kerana Nabi saw telah mencapai maqom paling tinggi masih mengerjakan syariat.

Yg dimaksudkan terlepas itu adalah terlepas insan dari fitrah. Fitrah kenyang memerlukan makan, mereka tidak memerlukan makan untuk kenyang. Fitrah haus memerlukan minum, mereka tidak memerlukan minum untuk menghilangkan haus.

Senang je nak kenal hakikat yang kita jumpa didalam ilmu keTuhanan itu adalah hakikat yang betul atau tidak. Jika akhirnya menyalahi syariat, maka hakikat yang kita jumpa itu adalah hakikat yang batil. ' jika hakikat yang kita jumpa menjadikan kita tidak lagi wajib bersolat apatah lagi menyanggahi maksud dua kalimah syahadah. Maka sesungguhnya hakikat itu adalah hakikat yang sesat. Jadi wali juga , tapi bukan Wali Allah, sebaliknya wali iblis dan syaiton yg direjam.

http://onexoxians.net/onetelco

Posted on Wednesday, July 01, 2015 by wirajiwa Faintallah

No comments

Monday, June 29, 2015

Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin, pemilik restoran berkenaan pergi ke arah lelaki buta itu dan menghulurkan menu.

"Encik, saya kan buta, saya tak boleh membaca menu. Tolong bawakan sudu kotor yg telah digunakan pengunjung restoran ini, saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tau masakan apa yg enak untuk dipesan," kata lelaki buta.

Amin pun mengumpulkan beberapa puluh batang sudu yg belum dibasuh dan berikannya kepada lelaki tersebut.

"Saya nak ikan patin masak asam, daging goreng kicap, sayur keladi masak lemak cili padi," kata lelaki buta itu selepas mencium sudu-sudu berkenaan.

Terkejut Amin, memang ketiga-tiga masakan itu adalah menu kegemaran para pengunjung restorannya!

Beberapa hari kemudian lelaki buta itu datang lagi dan meminta utk mencium sudu-sudu yg sudah digunakan. Masalahnya ketika itu hanya tinggal sebatang sudu saja yg telah digunakan utk makan menu lainnya.

Amin pun berikan sudu itu kpd lelaki buta tersebut. "Bau sudu yg ini sedap juga, seperti baru digunakan utk makan kerabu sotong gan sayur kailan dan ikan siakap tiga rasa..." kata lelaki buta.

Tepat sekali! Lelaki buta itu utk ketiga kalinya datang semula ke restoran Amin beberapa hari kemudian. Bagaimanapun, dia datang pd waktu pagi sebelum ada seorang pun pengunjung yg datang. Ketika itu juga tidak ada sudu bekas diguna yg boleh diberikan utk dihidu oleh lelaki buta.

Tiba-tiba Amin terfikir utk mengenakan lelaki buta itu. Dia pun pergi ke dapur dan menghampiri isterinya yg menjadi tukang masak di restoran itu. Amin berikan sebatang sudu dan berkata, "Yati, garu sudu ni kat ketiak awak tu."

Yati terkejut. "Apalah abang ni, mengarut je!" kata Yati, tidak faham. "Alah... ikut ajalahhhh, untuk kemajuan restoran kita ni," balas Amin, terus memaksa. Mahu tidak mahu, Yati menenyeh dan menggonyoh- gonyoh sudu tersebut di celah ketiaknya yg berpeluh.

Amin membawa sudu tersebut kpd lelaki buta yg sedang duduk menunggu. Lelaki buta itu pun mencium sudu berkenaan. Hidungnya kembang kempis. Mukanya berubah.

Tiba-tiba lelaki buta itu menoleh ke arah Amin dan berkata...

"Saya tak sangka makwe lama saya, Yati bekerja di sini. Boleh saya jumpa dia, encik?"

Moral : Orang yang suka mendajalkan orang ni lambat laun pasti akan Allah balas untuk dia semula.

Sumber : Facebook

http://onexoxians.net/onetelco

Posted on Monday, June 29, 2015 by wirajiwa Faintallah

No comments

Monday, June 22, 2015

Kita ni kalau ada org bukan Islam yang masuk Islam dan menukar cara hidup mereka mengikut cara hidup Islam yang sebenar²nya, bukan main sukanya. Bergantang² pujian dan share dalam facebook bagai. Tak kiralah mereka org biasa atau selebriti.

Yang kita ni dari mula lahir Islam, sampai dah nak 'balik' pun tak mengamal-amalkan cara hidup Islam ni aper kes?

Note: Tumpang gembira dengan hidayah yang diterima saudara² kita itu bagus. Tapi jangan lupa risaukan diri sendiri sama yang tak dapat² lagi hidayah. 

Hidayah itu sesungguhnya perlu dicari dan diusahakan, tidak boleh menanti dan berbaring dengan selesa. Orang yang selesa dengan keadaan jahiliahnya, bagaimana akan menjadi seorang Islam yang baik?
Semoga Ramadhan kali ini menjadi titik mula kepada hijrah.

http://onexoxians.net/onetelco

Posted on Monday, June 22, 2015 by wirajiwa Faintallah

No comments

Di Palestine, Yahudi menyekat umat Islam untuk bersembahyang di Masjid al-Aqsa. Di China, kerajaan mereka juga tidak suka rakyat Islamnya mengamal dan mempamerkan cara hidup islam. Tapi walaupun demikian, Masjid al-Aqsar tetap penuh, mereka datang dari jauh dengan memanjat tembok batu yang dipenuhi kawat duri. Dan demikian juga dengan rakyat China yang beragama Islam, mereka tetap berpuasa walaupun mencuri².

Tapi di Malaysia, tak pernah ada halangan untuk kemasjid. Tetapi masjid² tetap 2 saf je. Dan jabatan Agama di Malaysia sehingga mengambil tindakan kepada org² Islam yang tidak berpuasa, tangkap dan denda. Tapinya bersepah² kedai makan yang penuh dengan org Islam.

note: Sesungguhnya Islam yang ada didalam hati kita hanyalah sedikit kemarahan apa bila Islam yang kita anuti ini dihina dan dipermainkan. Sedangkan yang mengundang penghinaan itu sebenarnya adalah kita sendiri.

Posted on Monday, June 22, 2015 by wirajiwa Faintallah

No comments

Tuesday, April 21, 2015

Hadits mengenai Jaafar bin Abi talib ra. Juga menari sambil memuji² Allah dihadapan Nabi saw.

" Daripada Hani' bin Hani', daripada Ali -radiyallhuanhu- berkata : Aku telah datang kepada rasulullah saw bersama Ja'far dan Zaid – radhiyallahu'anhum- , maka baginda berkata kepada Zaid : ( Kamu adalah 'maula'ku (kekasih), maka zaid pun melompat. Dan baginda berkata kepada Ja'far : Allah menjadikan rupa parasmu dan akhlakmu seiras dengan Allah menciptakan daku, lalu Ja'far pun melompat di belakang Zaid. Dan rasulullah berkata kepadaku (Ali) : Kamu sebahagian dariku dan aku sebahagian darimu. Maka, aku pun melompat di belakang Ja'far".

Jawapan

Pertama :

Hadis diatas mempunyai dua kecacatan :

1. Diriwayatkan oleh Hani' bin Hani' perawi yang "Jahalah hal" iaitu tidak diketahui keadaannya. Hadis yang diriwayatkan oleh perawi sebegini secara bersendirian adalah lemah dalam ilmu penilaian hadis.

Ibn Hajar Al-Asqalani berkata :

"Ibn Saรกd meletakkan beliau pada tabaqoh pertama di kalangan ahli Kufah, lalu berkata : Mempunyai unsur-unsur syiรกh, manakala Ali Al-Madini berkata : Majhul (tidak diketahui keadaannya dalam periwayatan hadis), dan Harmalah memberitahu bahawa Imam Syafiรญ berkata : Ulama-ulama hadis tidak mengetahui keadaannya maka mereka tidak mensabitkan hadis-hadisnya oleh yang demkian itu".

2. Tadlis Ibnu Ishak Al- Sabi'i. Hadis-hadis yang di riwayatkan oleh Ibnu Ishak secara tadlis adalah lemah.

Jadi, kesimpulannya hadis yang menyatakan bahawa sahabat melompat pada riwayat ini adalah lemah menurut ulama hadis.

Kedua :

Dalam hadis sahih tentang kisah diatas yang diriwayatkan Imam Bukhari , tidak disebutkan perkataan melompat (hajal) yang difahami oleh sebahagian orang sebagai menari seperti dalam riwayat ini.

Ketiga :

Kalaulah dikatakan bahawa hadis ini sahih sekalipun, hadis ini tidak menjadi hujah kepada orang-orang yang berzikir secara menari. Lafaz hadis hanya menunjukkan bahawa sahabat-sahabat tersebut melompat gembira dengan mengangkat kaki sebelah seperti yang dilakukan oleh orang habsyah (Hajal), kerana terlalu girang mendengar pujian rasulullah s.a.w kepada mereka. Melompat gembira dengan cara begini sememangnya harus di sisi syara' selagi tidak mengurangkan adab seorang muslim. Jadi, dimanakah hujahnya bahawa boleh berzikir secara menari atau berjoget?

Keempat :

Didalam riwayat tersebut, Jaafar bin Abi talib menari(mengikut sebahagian tafsiran) sambil berzikir memuji Allah swt kerana kelazatan kata² Rasulullah saw.

Bukan Jaafar ra. menari dan berzikir kerana mencari kelazatan didalam zikir. Besar perbezaannya tu.

Tetapi mereka yang membolehkan zikir sambil menari ini menjadikan tarian itu sebagai medium utama untuk mendapatkan kelazatan berzikir.

Agak² kalau sahabat ra. dahulu menari setiap kali nak berzikir, Rasulullah saw setuju kaa dak? Dan kalau mereka(sahabat² ra.) faham hadits mengenai Jaafar ra. menari sambil berzikir tersebut seperti yang org sekarang faham (sunah takririyah, dan hukumnya sunat berzikir sambil menari) kenapa tidak ada diriwayatkan sahabat² beribadat dengan cara demikian? melainkan peristiwa Jaafar ra.

Kes menari sambil berzikir ni samalah macam bab baca yassin malam jumaat tur,. Tak salah baca yassin malam apa pun, tapi yg salah adalah i'ktikad bahawa sunat baca yasin malam jumaat. Memang sunnat baca yassin, tapi bukan khusus malam jumaat.

Dan dalam hal berzikir sambil menari ni,, saya setuju, apabila merasa lazat dan zuk ketika berzikir sehingga menyebabkan badan seseorang bergerak dan beralun² sama ada berdiri atau duduk itu adalah harus saja. Tetapi tidaklah disunatkan untuk berzikir dalam keadaan demikian. Cuma jika berlaku pergerakan seperti menari, lantaran dari kerana kelazatan berzikir maka ianya tidak mengapa.

Tetapi yang salahnya, adalah i'tikad "perlu menari² untuk mencari kelazatan tersebut". Kalau tak menari ketika berzikir, maka takkan jumpa kelazatannya.

Dan salahnya juga "memahami hadits mengenai Jaafar ra. dari sudut yang kurang tepat"

Kesimpulan peribadi.

a. Tidak salah selagi tidak keterlaluan. Tidak bercampur aduk dengan lelaki dan perempuan. Tiada pergerakan² yang tidak senonoh. (Perlu diingat, tarian bukanlah sesuatu yang tidak senonoh disisi Islam, dengan syarat ianya tidak melewati batas syarak, zaman Nabi SAW juga ada tarian, dan tidak dibantah oleh Nabi. Tetapi Nabi SAW tidak pula mengikut menari sama. Ini bermaksud, menari itu tidak salah, tetapi perbuatan yang 'warak' adalah tidak melakukannya.

b. Tidak salah selagi tidak menganggap ianya sunnah. Aggaplah sekadar hiburan. Sebab orang dulu²   Ulama² Sufi' cuba mencipta sedikit hiburan buat masyarakat tetapi berkonsepkan Agama, bukan hiburan yang berkonsepkan la'gha. Lalu mereka mencari dan menampilkan dalil² yang seperti diatas. Bukanlah mereka bermaksudkan 'zikir harus dikerjakan seperti itu' tetapi lebih kepada maksud, ' Ianya boleh dilakukan seperti itu (“bersangka baik kepada mereka”).' Cuma orang terkemudian daripada mereka(para Ulama Sufi) salah tafsis kepada perbuatan mereka menampilkan dalil² itu. Sebenarnya apa yang mereka tampilkan itu bukanlah bermaksud 'perintah' supaya dilakukan seperti itu. Tetapi bermaksud 'ianya boleh dilakukan seperti itu'.

c. Yang terbaik adalah meninggalkan perbuatan yang tidak pasti dengan jelas hakikatnya.

   i . Yang tidak disanggah oleh Nabi adalah perbuatan menari itu (yakni sesuatu perbuatan yang mengambarkan kegembiraan dan bergembira). Tetapi jika tarian itu diertikan sebagai ibadah, adakah Nabi SAW akan merestuinya? Maksudnya adakah masih lagi didiamkan oleh Nabi SAW ketika itu?

  ii. Akhir² ini perbuatan  berzikir sambil menari itu dianggap ibadah. Sedangkan hanya zikir itu yang ibadah. Pergerakan tarian itu bukan ibadah.

   iii. Pada asalnya perbuatan itu adalah hiburan yang diolah dalam bentuk yang lebih baik. Tetapi akhirnya telah dimengerti oleh masyarakat selepas mereka(Ulama² Sufi itu) sebagai ibadah. Lebih rosak lagi, ada diantara mereka yang menganggap ianya adalah ibadat yang sunnah (kerana ianya ditakrir yaitu"dibenarkan oleh NABI SAW dengan mendiamkan perbuatan itu" )

wallahu 'a lam

rujukan : http://mujaddid2010.blogspot.com/2010/11/bantahan-hujah-keharusan-menari-ketika.html

Posted on Tuesday, April 21, 2015 by wirajiwa Faintallah

No comments

Tuesday, August 12, 2014

Jika didalam kehidupan ini anda hanya mahu berkongsi kedukaan dengan seseorang, tetapi tidak rela berkongsi kegembiraan bersamanya, atau sebaliknya. Maka itu bukanlah perkongsian. Sesungguhnya itu adalah percaturan dan perniagaan.
 1. Wanita mengandung dan menanggung setahun utk melahirkan seorang anak. Tapi ayah dok hadap seumur hidup tanggung dosa depa. Dan depan tuhan nanti tidak ada satu soalan yang ditanyakan kepada emak melainkan semuanya kepada Ayah. Masaklah si Ayah. Tapi yang sentiasa merungut, wanita jugaaa.

2. Sejak lahir dan seumur hidup, anak itu dibin dan di bintikan kepada ayah. Tapi bila mati, syarat demikian tidak sah lagi. Bila masa dikuburkan dibin dan dibintikan kepada Mak pulak. Tapi yang sentiasa merungut wanita jugaaa.

3. Dan seorang wanita yang mendapat kesusahan di akhirat nanti akan diselamatkan oleh 4 golongan lelaki. Lelaki yang mereka cemburui keutamaannya sewaktu didunia. Mereka adalah.
*Ayahnya
*Suaminya
*Saudara kandung lelakinya
*Anak-anaknya

Sedangkan seorang lelaki akan disusahkan oleh 4 golongan wanita. Dan dia tidak akan bisa masuk syurga jika ada dakwaan dari 4 golongan wanita ini.

Tapi yang sentiasa merungut......(alahai, malaslah nak cakap)

Saya menerima disebelah pihak banyak jasa dan pengorbanannya. Tapi jangan kita mengangkat perkara tersebut seolah² disebelah pihak yang lain lansung tiada bebannya.

Hidup ini adalah perkongsian dan tolak ansur.

Dan alhamdulillah rumahtangga saya juga jauh dari kecacatan itu. Cuma anggaplah saja ini teguran ikhlas dari seorang saudara kepada saudaranya yang lain.

Selalu sangat kita menerima luahan pasangan yang tidak berpuashati dengan pasangannya. Sedangkan
pada hakikatnya mereka sebenarnya hanyalah tidak berpuas hati kepada diri sendiri.

Dan perkahwinan bukanlah medium untuk mencari kepuasan sendirian.

(tolong jangan melihatnya dari sudut hubungan intim, bukan itu yang saya maksudkan)
 

Posted on Tuesday, August 12, 2014 by wirajiwa Faintallah

No comments

Sekarang ni semua bangsa² dan penganut² Agama lain sedang giat dan mempergiatkan usaha menonjolkan keburukan bangsa dan agama orang  lain. Segala macam mak nenek vclip, gambar dan fakta(tak kurang juga fitnah) dikemukakan dan dishare melalui facebook.

Untuk membuktikan Agama atau kaum bangsa anda adalah yang terbaik. Tak perlu membuka keburukan  dan kelemahan Agama atau tabiat buruk bangsa lain. Yang kadang² tu hanyalah keburukan individu tertentu sahaja.

Jadi yang terbaik, bentuk akhlak sendiri menjadi manusia yang baik. Tambah kemanusiaan yang dah makin hilang dalam diri. itu lebih membantu menaikkan rating Agama atau Kaum yang anda wakili.

Saya faham dengan kemarahan anda kepada sesuatu isu yang dibangkitkan. Tetapi jika anda tidak membantu menyelesaikan masalah tersebut, sekurang²nya anda tidak menjadi minyak yang ditambah kepada api yang sedia menyala.

Malas nak letak printscr’ carilah sendiri.

Posted on Tuesday, August 12, 2014 by wirajiwa Faintallah

No comments

Malaysian Business Locations Directory