Bismillah hirrahma nirrohim.
Bertapa susah untuk mendidik hati ini untuk menyayangi semua orang. Tetapi ianya bukanlah sesuatu yang mustahil. Dan untuk membenci serta menyakiti pula, kita tak perlukan sebab dan alasan yang besar.
Kenapa susah sangat untuk kita sama-sama paham yang hidup ini indah, dan lebih indah bila kita sentiasa mencintai satu sama lain? Aku adalah lelaki yang membenci permusuhan dan pertengkaran.
Salahkah aku kerana berlaku baik pada 'seseorang' lalu menyebabkan dia menyukai aku. Dan aku menyayangi dia, lalu dia menghargai aku. Adakah perbuatan aku itu satu dosa pada sesetengah golongan? Dan dari sudut manakah mereka terancam kerana perbuatan aku itu? Atau falsafah aku tentang kasih sayang sesama kita itu jatuh menyesatkan? Sehinggakan dunia perlu memerangi aku?
Kenapa membicarakan kehidupan ini dari sudut yang sangat sempit? Sehingga perkara yang semudah itu kalian tidak memahami? Atau kalian sengaja membutakan mata dan membatukan hati? Dan menolak hujahku mentah-mentah tanpa melihatnya dari sudut yang lebih terang? Jikalah engkau pernah hidup didalam dunia yang aku pernah lihat. Yang mana besar dari mereka itu tidak memandang persahabatan suatu yang perlu dipertahankan dan persaudaraan itu hanyalah untuk kepentingan dunia semata-mata. Nescaya engkau akan merasakan harganya sebuah kasih sayang dan keikhlasan itu.
Lihatlah dunia yang dikatakan kecil dan sempit ini. Sebenarnya ia amatlah luas dan besar, sehingga kita tidak perlu berebut dan dengki-mendengki kerananya. Kerana setiap orang pasti ada bahagiannya. Dan bahagian itu sangatlah besar sebenarnya, sehinggakan dia bisa berkongsi dengan yang lain.
Dan jangan pula kalian bertanyakan dimanakah keikhlasannya pada perbuatanku itu. Kerana ikhlas itu adalah umpama membuang najis di sungai yang deras. Yang mana tidak sedikitpun ada rasa terkilan tahtakala melihat ia hanyut. Itulah ikhlas pada sesetengah tamsil.
Jalan hidup yang ada untuk manusia ini ada dua jenisnya. Yang pertama ialah. Jalan yang mana lebih mendatangkan keuntungan. Dan yang kedua itu, jalan yang mana lebih sedikit kerugiannya. Dan dalam memilih itu aku tidak memilih yang mana lebih mendatangkan menafaat, melainkan aku memilih yang mana satukah yang lebih sedikit mudaratnya. Dan aku tidak mengangkat pendapatku supaya kalian semestinya berserta denganku. Jauh sekali meletakkan pendapat orang lain itu dibawah alas kakiku.
Aku adalah perjuang yang lari dari medan pertempuran(sengketa) itu. Kerana aku melihat kemenangan yang lebih besar datangnya dari kasih sayang dan kemaafan. Janganlah pula engkau memandang dari tingkatan yang lebih tinggi dari ini. Kerana fatwaku hanyalah letaknya ditingkatan yang paling bawah sekali. Dan tidak perlulah kalian yang lebih kanan memperkecilkannya. Perlukah bertempur dengan lelaki yang telah mengalah sejak dari mula?
Demi Allah, sesungguhnya aku hanya ingin belajar mencintai kalian sahaja dalam baki hidupku. Dan aku tidak ingin sedikitpun permusuhan...jauh sekali condong memandang tinggi pada diri sendiri. Kata salah seorang dari guruku. “Syurga itu umpama sebuah projek perumahan yang dikeluarkan borang untuk mendudukinya, dan Neraka itu pula umpama penjara yang dibina tetapi tidak dikeluarkan borang untuk mendudukinya” Dan berlaku baik sesama manusia itu adalah salah satu dari pada borang-borangnya yang banyak itu. Pilihlah yang mana kalian terdaya dan mampu melakukannya.
Perumpamaannya pada satu bahagian lagi adalah bergini. Apabila tertawannya Kota Mekah, maka Allah telah menurunkan ayat: "Dan pada hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu, dan Aku redha Islam itu menjadi agamamu" (Al-Maidah:3)
Maka Umar Al-Khatab telah bertakbir dan gembira demikian juga para sahabat Radiallahu yang lainnya, kerana bagi mereka telah benarlah Janji-Janji Allah itu untuk memberi kemenangan bagi mereka-mereka yang berjuang dijalan yang benar. Sedangkan Saidinar Abu Bakar As-Siddiq menangis sehingga basah akan janggutnya apabila turunnya ayat ini. Kerana pada pendapatnya apabila telah sempurna Agama itu maka pasti tidak lama lagi Allah akan mengangkat semula Orang yang membawanya. Dalam ertikata lain Rasulullah SAW pasti akan meninggalkan mereka tidak lama lagi. Dan Abu Bakar merasa sedih dan sayu kerananya.
Pertanyaanku disini adalah. Adakah pendapat dan kefahaman Umar itu salah? Hanya kefahaman Abu Bakar itu yang benar? Atau pendapat Umar itu benar dan Abu Bakar itu salah pula? Sebenarnya pendapat dan kefahaman mereka keduanya benar. Dan janganlah kita mencari yang mana lebih benar sehingga kita membahaskan yang lemah itu. Kerana dengan itu menjadi sempitlah Agama ini.
Sepertinya telah aku katakan tadi, dan sekali lagi aku tegaskan. Aku tidak berkeras membenarkan pendapatku. Dan aku tidak sama sekali menyisihkan pendapat kalian didalam sesetengah hal.
Yang aku hendak nyatakan disini adalah, dalam memandang kehidupan atau agama itu ianya seperti melihat sebuah cawan yang terletak diatas sebuah meja. Sedang aku melihatnya dari sudut yang berlainan denganmu, dan aku melihatnya bulat dan bertangkai. Sedangkan engkau melihatnya dari sudut kanan yang tangkainya terlindung oleh badan cawan itu. Dan engkau katakan, “tidak!! Ianya tidak bertangkai!” Lalu perlukah engkau memandang cawan itu dari sudut yang sempit lalu engkau mendustakan perkataanku? Dan susah benarkah untuk aku menerima kenyataan yang aku tidak dapat melihat cawan itu tadi dari sudut yang engkau berdiri? Bergitulah keadaannya. Sebenarnya kedua-dua kita adalah benar selagi menyatakan yang cawan itu adalah satu dan letaknya diatas meja. Yang mana lebih benar, bertangkai atau tidak usahlah kita sengketakan! Kerana ia tetap merujuk kepada cawan yang diatas meja itulah juga.
Apakah kalian akan menentangku juga kali ini? Maka jika demikian, pukullah mata-mata pedangmu kedadaku. Sedang aku sedikitpun tidak akan menentang kalian. Dan jika pula kalian semua berbai’at denganku dalam perkara ini. Sesungguhnya aku berlindung dengan Allah dari tafsiran yang salah.

0 comments :
Post a Comment