Berhati-hatilah  didalam setiap tindak tanduk kita sehari-harian jika mahu menjadi insan yang hebat disisi Allah.

Terlalu cenderung membaca kisah indah hidup orang lain.

Apabila  membaca atau melihat kisah perjalanan hidup orang lain yang ternyata lebih baik dari kita. Maka jadikan peransang kepada diri sendiri. Di mana lainnya amalan hidup mereka itu dari kita, sehingga mereka menikmati kehidupan yang sangat bahagia. Supaya kita bisa usahakan kearah itu juga.

Bukan membiarkan diri kita tertipu dengan merasa cemburu atau lebih merugikan. Bila kita merasakan kita ini tidak seberuntung dia. Hidup dia sangat gembira, sedang kita tidak. Hidup mereka sangat tenang, sedang kita sangat kacau-bilau. Bukankah lebih baik jika kita memikirkan penyebabnya? Tentu ada yang lebih baik dalam amalan hidup mereka yang kita, sehingga Allah melebihkan mereka.
Jadilah muslim dan muslimah yang menjadi contoh kepada orang lain


“Tidak ada yang membezakan seorang hamba itu dengan seorang yang lain disisi Tuhannya, melainkan ketakwaan.”

Adakah itu yang menjadikan mereka lebih beruntung dalam kehidupan mereka?  Maka, mari kita kerjakan dengan lebih baik daripada mereka.

Sebenarnya bahan bacaan sedemikian juga bukanlah seluruhnya buruk. Malah ianya juga baik, jika kita mengertikan kebaikan tersebut. Pendeknya boleh juga menjadi penjana semangat yang lebih produktif(hamboii ayat…bapok skema)

Terlalu cenderung membaca kisah hitam seseorang.

Jika  selalu sangat pula membaca cerita dan kisah-kisah yang tragis(terlebihnya kepada pengalaman buruk "zaman hitam" seseoarang pula) boleh membuatkan kita menjadi seorang yang merasa diri best dan membelagakkan diri.

Dengan merasakan, "aku ni kira jauh baiknyer dari dia ni…".

Hah!!! kok bahaya juga deh?

Aduss...habis apalah yang kita perlu buat ni sebenarnya yerk? Usah membaca gamaknyer...? Kita pakat nengok gambar jerk? Nengok gambar katak, gambar beruk, gambar kucing. Hisk, cukupkah untuk santapan rohaninyer tu? dengan sekadar itu?

Tidaklah,..apa pun yang kita buat. Selalu saja ingat kepada Allah. Dan berfikiran positif. Serta jangan mencampurkan telur yang sudah direbus kedalam mee goreng anda..(aik? ...kemana la pulak aku nih). Semula..

Dan berhati-hati ketika membaca  tulisan kisah  yang buruk, sejarah hitam seseorang. Zaman-zaman jahiliahnya, yang ditulis dalam corak  yang salah. Maksudnya  seolah-olah kemaksiatan yang pernah dilakukan mereka itu sebagai sesuatu yang cool.

Atau saja mereka menyesali perbuatan mereka yg buruk , tetapi meriwayatkannya dengan riwayat yang terlalu berlebihan. Sehingga orang yang membacanya merasakan pengalaman buruk(maksiat) tersebut satu perkara yang cool juga.

Ini juga bahaya, boleh menyebabkan kita ingin mencuba. Atau jika saja kita membencinya, awas! jangan sampai kita merasakan diri kita berada didalam situasi yang selesa kerana tidak pernah melakukan perbuatan jahat tersebut. Kerana itu adalah salah satu ketipu dayaan iblis untuk menyesatkan manusia.


Atau lebih bahaya merasakan diri lebih baik dan mulia. Dan sesungguhnya itu tergelincir kepada riak, sedangkan riak itu adalah syirik disisi Allah.

Hah sudah…tak boleh jugak bahan bacaan yang sebegini?

Bukan tidak boleh, tetapi persiapkan diri dengan kecermatan yang tinggi. Halus didalam membuat setiap kesimpulan, dan tarbiah hati supaya menjadi  seorang yang meletakkan kesederhanaan itu satu kemuliaan. Justeru akan membuatkan kita menjadi lebih bersyukur dengan kesederhanaan yang kita miliki.

Juga tarbiah hati untuk menjadikan kisah-kisah buruk itu sebagai pendorong yang lebih kuat bagi membentuk diri yang bebas mungkar, dan hati yang bersih dari kecenderungan kearahnya. Letakkan diri kita seorang yang sangat beruntung kerana dipelihara Allah dari perbuatan-perbuatan tersebut. Lantas menjadikan kita seorang hamba yang lebih berterima kasih kepada Tuhannya. Serta menjadikan kita seorang yang lebih bertakwa.

insyaAllah. Semoga Allah mengurniakan ketenangan dan kesabaran kedalam hati-hati setiap hambanya. Amin.

(diolah semula dari komen pada artikel di marliani - chirpy_chummy Smile To The World)