Borang
permohonan BR1M 3.0: Pendaftaran Pemohon baru bantuan rakyat 1malaysia 2014
Seperti yang diketahui umum, Bantuan
Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah salah satu insentif kerajaan yang terkandung
dalam teras kelima bajet 2014 iaitu “Mensejahtera Kehidupan Rakyat”
Bantuan Rakyat 1Malaysia pada tahun
ini juga lebih dikenali sebagai BR1M 3.0 yang merujuk kepada sudah tiga
kali kerajaan memberi insentif ini kepada rakyat yang berkelayakan
Permohonan dan Pendaftaran BR1M 3.0
Jadi pada tahun ini, rakyat Malaysia
yang berkelayakan terus menikmati nilai bantuan BR1M mengikut kriteria yang
telah ditetapkan. Menariknya untuk BR1M 3.0 turut diperluaskan dan dinaikkan
nilainya
Berikut adalah informasi mengenai
syarat kelayakan BR1M 3.0 sepertimana yang ditetapkan
Isi
Rumah
|
Syarat
|
Bantuan
RM650
|
|
Isi
Rumah
|
Syarat
|
Bantuan
RM450
|
|
Definasi Isi Rumah
Adalah
seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang
tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
- Berkahwin
- Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
- Bujang (Janda,Duda)yang mempunyai tanggungan dan warga emas (sebatang kara)
Selain itu, caruman Insuran Takaful
Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 diberi kepada semua
penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000
kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal
Individu
(Bujang) Termasuk Balu atau
Janda mahupun duda
|
Syarat
|
Bantuan
RM300
|
|
Menurut maklumat awal, penerima
sebelum ini tidak perlu lagi mendaftar untuk kali ketiga. Mereka telah layak
secara automatik
Selain itu, Penerima BR1M
sebelum ini perlu mendaftar semula (kemaskini maklumat) jikalau
bertukar alamat atau kematian ketua isi rumah untuk
membolehkan mereka menerima bantuan
Borang
boleh di dapati secara percuma menerusi
- Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
- Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
- Jabatan Pembangunan Persekutuan
- Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
- Online di laman sesawang www.hasil.gov.my
Pemohon baru yang memenuhi kriteria yang seperti telah dinyatakan boleh mendaftar mengisi borang bersertakan antaranya
- Salinan kad pengenalan (MyKad) | Kad Polis | Kad Tentera (Jika memohon secara manual)
Untuk tahun sebelumnya pendaftaran
BR1M turut boleh dibuat secara dalam talian (online)
Sebagai makluman, setakat ini
pendaftaran mahupun borang permohonan belum dibuka mahupun dikeluarkan, orang
ramai diminta bersabar
Artikel ini adalah tentang
penyebaran maklumat awal sahaja, penulis akan mengemaskini ruangan ini lagi dan
akan memaklumkan info selanjutnya sekiranya pihak yang terlibat telah
mengumumkan tarikh permohonan BR1M 3.0 dibuka
Sila ikuti ruangan dibawah bagi
mendapatkan maklumat terkini mengenai BR1M 2014
Tarikh
|
Penerangan
dan Pemberitahuan
|
13November
|
Permohonan
BR1M 3.0 dijangka akan dibuka pada bulan Disember 2013
|
18
Disember
|
Permohonan secara manual dan dalam
talian (online) BR1M 3.0 tahun 2014 akan dibuka mulai 23 Disember ini (Isnin)
sehingga 31 Januari 2014
Seperti maklumat yang diberitahu
sebelum ini, penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu
mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga
dan akaun bank jika terdapat perubahan
Untuk pemohon baru pula boleh
mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang
permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh berkenaan
Bagi mendapatkan borang
permohonan, boleh rujuk informasi di atas
Pembayaran akan dibuat kepada yang
layak bermula Februari 2014
Sebarang maklumat lanjut, orang
ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23
Disember ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang
Informasi seterusnya seperti muat
turun (download) borang permohonan dan pautan (link) bagi pendaftaran BR1M
3.0 secara online akan disertakan dalam ruangan ini
|
23
Disember
|
Untuk permohonan baru ataupun
membuat kemaskini maklumat daripada BR1M 2.0 yang terdahulu boleh di buat
secara dalam talian (online) ataupun secara manual dengan mengisi borang
Permohonan BR1M 2014 secara online
ataupun untuk memuat turun (download) borang adalah dengan meng-klik butang
merah dibawah
Bagi mendapatkan panduan
permohonan baru ataupun kemaskini maklumat sila klik butang biru dan merah di
bawah
Panduan permohonan untuk pemohon
baru menggunakan sistem dan talian (online) Panduan kemaskini maklumat
permohonan secara online
Nota
lain
Kepada yang membuat permohonan
baru ataupun kemaskini maklumat secara manual dengan menggunakan borang,
sila dihantar borang berkenaan ke mana- mana cawangan LHDNM berhampiran
Pemohon dinasihatkan melayari
sistem online permohonan atau kemaskini maklumat BR1M 3.0 tahun 2014 bukan di
waktu puncak, kerana laman berkenaan mungkin sukar diakses disebabkan capaian
yang dibuat keatas laman itu pada satu-satu masa adalah terlalu tinggi
|
0 comments :
Post a Comment