Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya manusia itu benar-benar didalam kerugian. Bagaimanakah tidak dikatakan manusia itu sangat didalam keadaan yang merugikan. Apabila ia tidak memikirkan keberaaannya di atas muka bumi ini adalah diatas Kehendak Siapa.

'Dan (ingatlah) Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.'(Surah az-zariat:56)

'Sesungguhnya telah berjaya orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, orang yang menjauhkan diri daripada perbicaraan yang tidak berguna.' (Surah al-Mukminun : 1-3)

Adakah kita tidak merasa malu, atau takut dan gentar kerana kelalaian ini? Meletakkan yang lain mendahului Allah SWT? Melengah-lengahkan segala Perintah-PerintahNYA? Dan mengambil mudah kepada Larangan dan Peringatan-PeringatanNYA.

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar didalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”[ Surah: Al-'Ashr (Masa) Q 103 : 1-3]

Beruntunglah bagi mereka-mereka yang mengerjakan alam-amal yang soleh. Yang mengusahakan kebaikan didalam hidupnya. Dan sesungguhnya usia(masa) itu berkat buat mereka. Tetapi masih juga ini dikatakan manusia yang rugi. Jika saja ianya tidak merugi keseluruhannya. Tetapi masih juga tetap dalam kerugian.

Kerana sesungguhnya ilmu itu adalah bertujuan untuk diamalkan dan disampaikan. Maka orang yang mengamalkannya tanpa menyampaikannya. Adalah orang yang hanya menunaikan sebahagian amanahnya sahaja. Sedangkan sebahagiannya lagi masih tergantung. Dan dia adalah orang-orang yang masih dalam kerugian. Mungkin saja kerugiannya tidak secara total. Tetapi pokoknya masih lagi tidak sepenuhnya beruntung.

Dan apakah jawapan dihadapan Allah kelak, apabila Allah menyoal. “Apa yang telah engkau perbuat dengan ilmu yang Aku bagi padamu?” Dan sesungguhnya ilmu itu adalah amanah. Dan tentu sekali tidak harus menunaikan sebahagian amanah, lalu sebahagiannya lagi di abaikan.

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar didalam kerugian, kecuali orang-orang yang beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran. Namun, mereka yang telah beramal soleh dan menyampaikan dakwah yang benar kepada orang lain itu juga masih lagi didalam kerugian. Kerana mereka tidak melakukannya dengan sabar.

Mereka mudah berputus asa. Mereka tidak istikhomah dalam melakukannya. Sama ada salah satu dari dua perkara tersebut (beramal soleh atau berdakwah). Atau kedua-dua perkara tersebut.

Mungkin saja ia sabar dan istikhomah dalam mengerjakan amal-amal soleh, tetapi ia tidak sabar dan tidak istikhomah didalam menyampaikannya. Atau dalam hal yang kedua itu. Ada ketikanya pula ia sabar dan istikhomah dalam menyampaikan peringatan-peringatan yang baik-baik itu. Tetapi sayangnya dia sendiri tidak sabar dan istikhomah didalam mengerjakannya.

Manusia itu dua Golongan

Pada dasarnya manusia ini tergolong didalam dua golongan. Golongan yang pertama adalah manusia yang rugi. Dan golongan yang kedua pula adalah manusia yang beruntung.

Dan telah Allah nyatakan bagaimana manusia itu bisa tercampak kelembah kerugian itu, yakni golongan yang pertama itu tadi. Mereka mengabaikan 3 perkara.

1.Tidak beramal soleh.

'Dan (ingatlah) Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.'(Surah az-zariat:56)

'Sesungguhnya telah berjaya orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, orang yang menjauhkan diri daripada perbicaraan yang tidak berguna.' (Surah al-Mukminun : 1-3)

2.Tidak memberi (dakwah). Iaitu galakan kepada  orang lain berkenaan dengan perintah-perintah Allah. Serta peringatan kepada larangan-laranganNYA.

3.Tidak sabar dalam mengerjakan dua perkara tersebut. (Tidak istikhomah)

Dan sesungguhnya beramal dan berdakwah itu akan tiba kepadanya kemanisan dan kelazatan. Namun sebelum mendapat kemanisan dan kelazatan itu. Mereka haruslah menempuhi ujian yang berupa kepayahan yang berbagai-bagai.

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?”[ Al 'Ankabuut : 2]

Menurut Ibnu Abbas r.a: tidak ada suatu ayat pun dalam al Quran yang diturunkan kepada Rasulullah yang lebih berat baginya dari ayat ini. Dan diriwayatkan dari Al Hasan: ketika ayat ini turun, Rasululah menjadi sangat serius dan tidak pernah terlihat beliau tertawa.

Dan golongan manusia yang beruntung itu pula adalah yang mengerjakan sungguh-sungguh akan tiga perkara ini.

1.Sentiasa beramal soleh.

Dan sesungguhnya amal ibadat yang Allah terima itu adalah amalan yang mengikut amalan Rasulullah saw (sunnah). Bukanlah amalan yang diada-adakan.

Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda Artinya :

"Aku wasiatkan padamu agar engkau bertakwa kepada Allah, patuh dan ta'at, sekalipun yang memerintahmu seorang budak Habsyi. Sebab barangsiapa hidup (lama) di antara kamu tentu akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Karena itu, berpegang teguhlah pada SUNNAHKU dan SUNNAH KHULAFA'UR RASYIDIN yang (mereka itu) mendapat petunjuk. Pegang teguhlah ia sekuat-kuatnya. Dan hati-hatilah terhadap setiap perkara yang diada-adakan, kerana semua perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah, sedang setiap bid'ah adalah sesat (dan setiap yang sesat tempatnya di dalam Neraka)." (Hadits Riwayat An-Nasa'i dan At-Tirmidzi, ia berkata Hadits Hasan Shahih)

2.Sentiasa memberi peringatan(dakwah). Mengajak manusia membuat kebaikan dan menegah manusia daripada berbuat kemungkaran.

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah…” [Ali Imran :110]

3.Sabar dalam beramal dan berdakwah. (Istikhomah)

"Dan untuk memenuhi perintah Tuhanmu maka bersabarlah".[Al-Muddatstsir : 7]

Dan istikhomah itu pula adalah salah satu dari ciri-ciri orang yang sabar.

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap istiqamah, maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada pula berduka cita. Mereka itulah penghuni-penghuni surga, mereka kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan”. ( Q.S. Al-Ahqâf/46: 13-14.)

 “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Rabb-nya di pagi dan senja hari, dengan mengharap keredhaan-Nya. Dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini. Dan jangan-lah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.” (Qs. Al-Kahfi: 28)

“Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan kami...,” (QS at-Thur [52]: 48)

Dan ada ketikanya peringatan dan dakwah yang kita sebarkan itu tidak memenuhi kesukaan nafsu orang lain. Lalu ia mencerca dan membalas kebaikan itu dengan perbuatan yang keji. Atau dengan perkataan-perkataan yang melukakan hati. Namun yang demikian, janganlah merosakkan hati kita dengan membalas kebodohan mereka itu dengan kebodohan juga.

“Sesungguhnya Kami mengetahui bahwasanya apa yang mereka katakan itu menyedihkan hatimu, (janganlah kamu bersedih hati), Karena mereka Sebenarnya bukan mendustakan kamu, akan tetapi orang-orang yang zhalim itu mengingkari ayat-ayat Allah.” (QS al-’An’am : 33)

“Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhi mereka dengan cara baik,” (QS Luqman [73]: 10).

Dari itu. Fikirkanlah dengan sedalam-dalamnya. Sedangkan usia dan masa tidak pernah menanti kita, atau berhenti, atau lengah dari berlalu. Sesungguhnya masa itu sentiasa beredar meninggalkan kita. Dan manusia yang hidup telah dipertunangkan dengan kematian yang bakal tiba. Sedang saat dan ketikanya adalah sebentar sahaja lagi.

Barang siapa yang mengira kematian itu jauh daripadanya. Maka sesungguhnya dia sedang berada diambang yang sangat bahaya. Jika ia selesa dengan kelalaian itu. Maka akan tiba kepadanya hari yang mana diberitakan bahawa perniagaannya didunia(sewaktu hayatnya) adalah rugi. Dan permodalan yang dipinjamkan berupa, umur yang sihat, ilmu dan harta sewaktu didunia dahulu telah ia sia-siakan.

Lalu meraung dengan raungan yang sangat dasyat, dan merintih dengan rintihan yang sangat kecewa. ....."Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin."[As-Sajdah :12]

Namun sayangnya. Telah tiba pada hari tersebut yang mana penyesalan tidak ada guna dan harganya lagi. Jika didunia setitis airmata yang gugur kerana takutkan Allah bisa memadamkan api neraka yang mahu membakarnya di Akhirat. Tetapi kini selaut air mata itu tidak mungkin menjadi penyelamat buatnya. Malah hanya menambah seksa dan derita, apabila ianya menjadi lautan yang menenggelamkan mereka-mereka yang lalai kepada Allah sewaktu didunia.

“Kalaulah….” Apa yang hendak dikalaukan lagi? Dan penyesalan ini tidak bermakna sama sekali kepada mereka.

Maka tiada gunanya sesal itu lagi…

Demi Allah aku berpesan kepada diriku sendiri dan kepada saudara-saudaraku. Janganlah hadir pada hari tersebut  dengan wajah yang kelam dan suram di Hadapan Allah(kerana menyesal dengan kelalaian sendiri). Bersegeralah menuju kejayaan. Berimanlah kepada Allah, beramallah cara Rasulullah. Dan sampaikanlah peringatan kepada orang lain. Serta bersabarlah dalam mengerjakannya. Sesungguhnya orang-orang yang berjaya itu adalah orang-orang yang Tuhannya Redha kepada mereka, dan mereka juga redha kepada Tuhannya.