Soalan: Bang macam mana halnya jika seorang perempuan yang sudah berkahwin masih mengingati bekas kekasihnya.?

Jawapan:

Ini hanyalah sekadar pandangan peribadi aku yg cetek pengetahuan agama.

Realitynya manusia tidak mampu mengawal akal dan fikirannya utk tidak mengingati sesuatu atau seseorang. Seperti manusia tidak mampu mengawal khusyu’ ketika sembahyang.

Ingatan/maksudnya mengingati seseorang lelaki atau wanita. Yang bukan muhrimnya, pada dasarnya harus dan tidak berdosa. Tapi jika disusuli oleh angan-angan, impian, hayalan-hayalan. Maka hukumnya haram.

Daripada Abu Hurairah .a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”

Tak payah nak tunggu dia tur wanita yg sudah jadi isteri org. Kalau dia itu wanita yg belum bersuami sekalipun, hukumnya tetaplah berdosa juga. Apa yang perlu dilakukan adalah cepat2 beristigfar jika keadaan itu berlaku.

Tetapi jika dia sendiri yang menyubur-nyuburkan ingatan tersebut. Serta menambahi dengan rencana-rencana, maka dia telah melewati batasan yg didaruratkan (manusia itu bersifat lemah dan lalai). Dan jika dirinyalah yang sengaja mengenang-ngenang dan menambahi dengan angan-angan mengikut kehendak nafsunya. Maka dia melakukan kesalahan yang sangat besar. Segeralah bertaubat. Sesungguhnya Allah itu maha Penerima Taubat. (Jangan hampiri zina)

Ikhlaskanlah hati dengan qada’ dan qadar yg telah ditentukan Allah. Ikhlaslah dengan jodoh yg telah Allah tentukan. Kerana itu adalah sifat-sifat orang yang beriman. Apa bila dia dikurniakan niqmat, dia syukur, bila ditimpa musibah , dia sabar. Dan apa bila ditentukan sesuatu keatasnya, dia redha.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”[ Al-Baqarah(2) ayat 216:]