Status dari Facebook: “Maka
apabila jika kamu berkuasa , kamu akan membuat kerusakan di muka bumi
dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah org2yg Allah laknat.
Allah akan menulikan pendengaran dan membutakan penglihatan mereka .
(QS. Muhammad: 22-23). Ibnu Katsir berkata : Ayat ini mengandung
larangan berbuat kerusakan bumi secara umum dan larangan memutus
silaturrohim secara khusus.
Quote=Hafiz Kadir: “bro
jgn terlalu byk kitab sgt...yg penting sekali...kitab al quran dan
hadis yg paling besar...terletak pada rukun iman.itu percaya
dahulu...kitab2 lain tu hanya kamus jer...allah mana ada sifat2
laknat...rujuk balik pada alquran...rasulullah berkata setelah beliau
wafat...mana ada kitab lain lagi selain alquran...kalau ada maka
sesatlah...askum berhatihati..wira jiwa..kita ikut alquran dan hadis
bukan ikut jin dan syaitan..”
Quote=wirajiwa:
“Assalamualaikum Saudara Hafiz Kadir. CUba detailkan teguran anda,
supaya aku boleh mengambil menafaat daripadanya. Tolong kemukakan 'satu
baris ayat sesat yang dipanjangkan oleh aku' supaya aku bisa
memperbetulkan diri aku yang salah.
Kalau kamu berkata : Quote= Hafiz Kadir[ "bro
jgn terlalu byk kitab sgt...yg penting sekali...kitab al quran dan
hadis yg paling besar...terletak pada rukun iman.itu percaya
dahulu...kitab2 lain tu hanya kamus jer...allah mana ada sifat2
laknat...rujuk balik pada alquran...rasulullah berkata setelah beliau
wafat...mana ada kitab lain lagi selain alquran...kalau ada maka
sesatlah...askum berhatihati..wira jiwa..kita ikut alquran dan hadis
bukan ikut jin dan syaitan.."]
Dan
kebetulan komen anda dibawah topik yang salah. Kenapa? salahkah aku
mengemukakan Terjemahan ayat Al-Quran beserta tafsir Ulama Tafsir(Tafsir
Ibnu Katsir)? Atau Saudara Hafiz Kadir seorang yg layak memahami
Al-Quran tanpa perlu kepada tafsir mana-mana kitab tafsir?”
Secara
keseluruhannya, aku menerima dengan hati yg terbuka peringatan dari
Saudara Hafiz. Cuma aku musykil, kritikan, teguran itu tidak disertakan
faktanya.
Seperti telah aku katakan sebelumnya: Quote=wirajiwa:["Tolong kemukakan 'satu baris ayat sesat yang dipanjangkan oleh aku' supaya aku bisa memperbetulkan diri aku yang salah."]
Bukan bermaksud aku degil dengan kesalahan dan kejahilan aku. Tidak sama sekali, demi Allah tidak!
Quote=Kairul Amri: “Hrmm…tang mane plak silap bro wirajiwa ye hafiz? bukankah dia ambik dari ayat al-quran seperti dijelaskn diatas???
cuba
saudara jelaskan terperinci maksud laknat tuh? orang2 yang wat
kerosakan, zalim dan wat maksiat seperti kisah Firaun, Kaum nabi Luth,
Kaum Ad yg membina bangunn tinggi2, org2 munafik dan lain2 lagi seperti
yg terdapat dlm al-Quran… Adekah mereka itu tidak mendapat
Azab,Binasa,Celaan dan Laknat dari Allah Swt?”
Quote=Hafiz Kadir:
“Allah tidak penah melaknatkan ciptaan nye...cuma Allah memberikan
petunjuknye..sudah kah kita menyucikan roh dan jasad kite sendiri..kita
jgn terlalu jauh..renungkanlah diri kita...askum”
Assalamualaikum Saudara Hafiz Kadir. Disini aku kemukakan hujah terakhirku. Bacalah dengan perlahan dan berulang-ulang kali.
Bismillah.
Sesungguhnya Allah Maha Pengasih, Allah Maha Pengampun lagi Maha
Mengasihani. Dan Haq segala kebesaran itu terpulang kepada ALLAH. Dan
keseluruhannya : ALLAH ITU MAHA BESAR.!
Segala kesempurnaan itu milik Allah.
Pertama-tama.
Sifat-sifat Allah itu tidak boleh dirujuk kepada sifat-sifat makhluk.
Jangan sekali-kali memperbandingkan sifat Allah itu kepada sifat
makhluk. Sedia menyentuh beberapa hal. Perkataan sifat=
Murka dan Marah. Dirujuk kepada Haq-Haq Allah, adalah melambangkan
kebesaran Allah. Bukan kebesaran Allah itu disempurnakan oleh Kemarahan
dan KemurkaanNYA. Tetapi Berhaq Allah untuk Marah dan untuk Murka kepada
perbuatan dan golongan yang mengingkariNYA. Adakah Saudara Hafiz Kadir ‘MENAFIKAN’ Haq Allah ini? Hanya kerana sifat-sifat Tetap Allah yang lain?
Allah
itu mempunyai sifat-sifat yang tetap dan sifat-sifat yang sementara.
SEMENTARA bukan bermaksud ‘IA tidak Sempurna’. Tetapi sementara,
bermaksud sifat Allah itu tidak kekal demikian. Seperti sifat Murka.
Allah itu tidak kekal Murka. Tetapi pada ‘ketika dan golongan tertentu
sahaja’. Sedangkan sifat-sifat Tetap Allah, contohnya: sifat Maha
Penyayang: Sifat ini diratakan kepada seluruh makhlukNYA, dan sifat ini
kekal, tidak hanya pada ketika-ketika tertentu. Contohnya : Tidak ada
satu atau seorang yang terlepas dari diberi Allah rezeki. Hatta iblis
dan syaitan(musuh kamu yang nyata) . Demikianlah contohnya.
Berbalik kepada LAKNAT dan sifat MELAKNAT itu semula. Ianya bukanlah sifat-sifat Allah yang kekal demikian. Tetapi ianya pada ketika tertentu. Dan itu adalah Haq Mutlak Allah. Dan itu adalah Kebesaran Allah. Seperti
Allah itu Takbur, Allah itu Membesar dan Membanggakan DiriNYA. Adakah
perbuatan itu buruk? TIDAK bagi ALLAH. Kerana berHAQ IA untuk yang demikian!!!!
Namun berbeza jika sifat itu dimiliki oleh makhluk maka ianya buruk dan
terkeji, tetapi sebaliknya Kepada ALLAH. BERHAQ KEATAS ALLAH UNTUK
TAKBUR, MEMBESARKAN DIRINYA ATAU MEMBANGGAKAN DIRINYA. Kerana Allah itu
MAHA BESAR DARI SEGALA KEBESARAN!
Aku Quote semula apa yang Saudara Hafiz Kadir tulis sebelumnya (dengan sedikit pembetulan ejaan) : Quote= “Allah tidak penah melaknatkan
ciptaan nye...cuma Allah memberikan petunjuknye..sudah kah kita
menyucikan roh dan jasad kite sendiri..kita jgn terlalu
jauh..renungkanlah diri kita...askum”
Nasihatku.
Kembalilah semula anda kepada Al-Quran dan Hadits. Disini aku kemukakan
dalil-dalil qat’i yang menyatakan Allah itu ‘MELAKNAT’. Serta dalil-dalil yang menceritakan para Malaikat dan Manusia itu juga beserta dengan Allah Melaknat golongan yang Dilaknat oleh ALLAH.
Maksud laknat dari sudut bahasa
Perkataan laknat diterjemah daripada kalimat Allah, la'ana dan la'nah di dalam al-Qur'an. Kamus Dewan mengertikan laknat kepada "
1. kemurkaan Allah dan jauh drpd petunjuk dan rahmat-Nya, kutukan: ....
2. terkutuk, keji, hina, celaka." Dan frasa laknatullah
pula diertikannya kepada "dikutuk Allah". Sambil pengertian daripada
al-Qur'an didapati agak berbeza sedikit dengan ditambah azab
daripada-Nya, atau manusia, ke dalam maksud perkataan tersebut.
Allah melaknat
Al-Qur'an, selaku sebuah kitab petunjuk yang lengkap, telah menjelaskan perkara laknat
dengan cukup. Ayat-ayat yang mengandungi kalimat itu memberi jawapan
kepada soalan-soalan yang berbangkit. Misalan, sebab-sebab manusia dilaknati
Allah. Sebabnya banyak, dan disenaraikan di sini menurut kronologi
ayat-ayat tersebut. Enam belas sebab utama telah dikesan, seperti
berikut:
1. Tidak percaya kepada ayat-ayat Allah.
Firman-Nya,
"Tidak, tetapi Allah melaknatkan mereka kerana ketidakpercayaan mereka;" (2:88).
Ayat yang pertama itu kemudian disokong oleh ayat yang berikut:
"Allah melaknatkan orang-orang yang tidak percaya, dan menyediakan untuk mereka yang Menyala," (33:64).
2. Ingkar kepada ayat-ayat Allah.
Ayat
di bawah mengisahkan orang zaman dahulu yang didatangi Kitab Allah
tetapi mengingkarinya. Mereka juga dikatakan tidak mempercayainya.
Firman-Nya,
"Apabila
datang kepada mereka sebuah Kitab daripada Allah yang mengesahkan apa
yang bersama mereka, .... maka apabila datang kepada mereka apa yang
mereka mengenali, mereka mengingkarinya; maka laknat Allah ke atas orang-orang yang tidak percaya." (2:89)
Tentu dilaknati-Nya juga orang-orang zaman ini yang mengingkari ayat-ayat-Nya.
3. Menyembunyikan ayat-ayat Allah.
Firman-Nya,
"Orang-orang
yang menyembunyikan bukti-bukti yang jelas, dan petunjuk yang Kami
menurunkan, setelah Kami memperjelaskan kepada manusia di dalam
al-Kitab, mereka dilaknati Allah ...." (2:159)
4. Tidak percaya sesudah beriman.
Firman-Nya,
"Mereka itu (yang tidak percaya sesudah beriman lalu menjadi zalim), balasan mereka ialah bahawa ke atas mereka laknat Allah ...." (3:87)
5. Mengelirukan makna-makna perkataan dalam agama.
Orang-orang
(agama) Yahudi zaman dahulu telah mengelirukan makna perkataan,
memutarbalikkan lidah mereka, dan memfitnah agama Allah. Sebenarnya,
mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Allah. Firman-Nya,
"Sebahagian
daripada orang-orang Yahudi mengelirukan perkataan-perkataan daripada
makna-maknanya, dan mereka berkata, 'Kami dengar dan kami menentang',
dan 'Dengarlah, dan jadilah kamu tidak mendengar', dan 'Peliharalah
kami', memutarbalikkan lidah mereka dan memfitnah agama. Sekiranya
mereka mengatakan, 'Kami dengar dan kami taat', dan 'Dengarlah', dan
'Awasilah kami', tentulah itu yang lebih baik bagi mereka, dan lebih
tegak; tetapi Allah melaknatkan mereka kerana ketidakpercayaan mereka," (4:46).
Jangan
pula menyangka apa yang dilakukan oleh orang agama di kalangan Yahudi
dahulu tidak dilakukan oleh orang agama dalam Islam. Penyakit manusia
sama antara kaum.
Selain
mengelirukan makna-makna perkataan, mereka juga memecahkan perjanjian
mereka, dan melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka. Firman-Nya,
"Maka kerana memecahkan perjanjian mereka, Kami melaknatkan
mereka, dan menjadikan hati mereka keras. Mereka mengelirukan
perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan mereka melupakan
sebahagian daripada apa yang mereka telah diperingatkan;" (5:13).
6. Melanggar larangan Allah.
Seperti larangan pada hari Sabat bagi kaum Bani Israil. Firman-Nya,
"Wahai
orang-orang yang diberi al-Kitab, percayalah kepada apa yang Kami
menurunkan, yang mengesahkan apa yang bersama kamu sebelum Kami
menghapuskan muka-muka, dan memusingkannya di atas belakangnya, atau melaknatkan mereka sebagaimana Kami telah melaknati orang-orang Sabat, dan perintah Allah adalah dibuat." (4:47)
7. Mengambil sebahagian sahaja daripada al-Kitab.
Orang-orang
yang diberi Allah hanya sebahagian daripada Kitab, atau yang mengambil
sebahagian daripadanya sahaja (atau yang tidak berpegang pada seluruh
Kitab), didapati berpegang pada, seperti Jibti dan Thagut, yang telah
dipegang oleh sesetengah orang zaman dahulu. Mungkin pada hari ini di
kalangan orang Islam namanya lain pula.
Selanjutnya
mereka mengatakan mereka lebih mendapat petunjuk daripada orang-orang
yang percaya kepada ayat-ayat Allah seluruhnya. Ini sedang berlaku.
Firman Allah,
"Tidakkah
kamu merenungkan orang-orang yang diberi sebahagian al-Kitab
mempercayai Jibti dan Thagut, dan mengatakan kepada orang-orang yang
tidak percaya bahawa mereka lebih mendapat petunjuk pada jalan daripada
orang-orang yang percaya. Mereka itulah orang-orang yang Allah melaknatkan, dan sesiapa yang Allah melaknati, kamu tidak akan mendapati baginya sebarang penolong." (4:51-52)
8. Membunuh orang mukmin.
Firman-Nya,
"Dan
sesiapa membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah
Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan Allah murka padanya dan
melaknatkannya, dan menyediakan bagi mereka azab yang besar." (4:93)
9. Menyangka Allah lokek.
Orang-orang
yang disebut dalam ayat di bawah telah direzekikan Allah, namun, mereka
merasa tidak cukup lalu Allah dikatakannya lokek. Firman-Nya,
"Orang-orang Yahudi berkata, 'Tangan Allah terbelenggu.' Yang terbelenggu ialah tangan-tangan mereka, dan mereka dilaknati
kerana apa yang mereka mengatakan. Tidak, tetapi tangan-Nya terjulur;
Dia menafkahkan sebagaimana yang Dia mengkehendaki." (5:64)
10. Munafik.
Orang-orang
munafik adalah mereka yang mengatakan percaya kepada ayat-ayat Allah
tetapi sebenarnya tidak percaya. Mereka dikategorikan sama dengan
orang-orang yang tidak percaya (kafir). Firman-Nya,
"Allah
menjanjikan orang-orang munafik lelaki, dan orang-orang munafik
perempuan, dan orang-orang yang tidak percaya, dengan api Jahanam, di
dalamnya tinggal selama-lamanya. Cukuplah itu bagi mereka; Allah melaknatkan mereka, dan bagi mereka, azab yang kekal." (9:68)
Dalam
ayat berikut pula, orang-orang munafik disebut bersama orang-orang yang
menyekutukan, dan yang bersangkaan buruk terhadap Allah, sebagai
golongan yang dilaknati Allah seterusnya. Firman-Nya,
"Dan
supaya Dia mengazab orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik
perempuan, dan orang-orang lelaki yang menyekutukan dan orang-orang
perempuan yang menyekutukan, dan orang-orang yang bersangkaan dengan
sangkaan buruk terhadap Allah; terhadap merekalah giliran yang buruk.
Allah murka pada mereka, dan melaknatkan mereka, dan menyediakan untuk mereka Jahanam - satu kepulangan yang buruk!" (48:6)
11. Berdusta terhadap Allah.
Mereka juga dianggap zalim. Firman-Nya,
"Dan
siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta
terhadap Allah? Mereka itu akan dikemukakan kepada Pemelihara mereka,
dan para saksi berkata, 'Mereka itulah orang-orang yang berdusta
terhadap Pemelihara mereka.' Ingatlah, laknat Allah adalah ke atas orang-orang yang zalim," (11:18).
Sekiranya kandungan kitab al-Qur'an tidak difahami bagaimana pula hendak mengenali orang-orang yang berdusta terhadap Allah!
12. Memecahkan perjanjian, memutuskan apa yang harus dihubungkan, dan membuat kerosakan di bumi.
Firman-Nya,
"Dan
orang-orang yang memecahkan perjanjian setelah diikatkan dengan teguh,
dan yang memutuskan apa yang Allah memerintahkan untuk dihubungkan, dan
yang membuat kerosakan di bumi - bagi mereka adalah laknat, dan bagi mereka, tempat kediaman yang buruk." (13:25).
13. Menuduh wanita-wanita mukmin yang berkahwin melaku kesumbangan.
Firman-Nya,
"Sesungguhnya orang-orang yang membalingkannya kepada wanita-wanita yang berkahwin, yang lalai tetapi mukmin, akan dilaknati di dunia dan di akhirat; dan bagi mereka, azab yang besar." (24:23)
14. Menyakiti Allah dan Rasul-Nya.
Tentu
sekali orang-orang yang dimaksudkan itu adalah yang tidak mengikuti
ayat-ayat-Nya. Atau ingkar, dan sebagainya. Firman Allah,
"Orang-orang yang menyakiti Allah dan rasul-Nya, merekalah yang Allah melaknatkan di dunia dan akhirat, dan menyediakan bagi mereka azab yang hina." (33:57)
Tidak mungkin orang-orang yang mengikuti ayat-ayat-Nya baik dianggap sebagai "menyakiti Allah dan Rasul-Nya."
15. Zalim (sila rujuk Siapa sebenarnya orang zalim.)
Firman Allah,
"Pada hari apabila alasan-alasan mereka tidak bermanfaat kepada orang-orang yang zalim, dan bagi mereka laknat, dan bagi mereka, tempat tinggal yang jahat." (40:52)
16. Tidak merenungkan al-Qur'an.
Ayat
terakhir, tetapi mungkin menjadi ayat atau perkara utama bagi tajuk
(seperti difahamkan dalam penulisan Arab), menyebut mengenai al-Qur'an,
yang tidak direnungkan manusia lalu dilaknati-Nya manusia itu. Firman-Nya,
"Mereka itulah orang-orang yang Allah melaknatkan,
lalu menjadikan mereka pekak, dan membutakan mata mereka. Apa, tidakkah
mereka merenungkan al-Qur'an? Atau, adakah adanya kunci pada hati
mereka?" (47:23-24)
Mereka
yang dimaksudkan di situ adalah yang berpaling, dan membuat kerosakan
di bumi serta memutuskan pertalian darah. Mereka ditanya sama ada mereka
telah merenungkan al-Qur'an. Benar, al-Qur'an menjadi punca manusia dilaknat pada hari ini.
Allah, malaikat dan manusia melaknat
Bukan sahaja didapati Allah melaknatkan orang-orang yang wajar dilaknati tetapi para malaikat dan manusia turut berbuat demikian. Orang-orang yang dilaknati
mereka, dan Allah, adalah yang menyembunyikan ayat-ayat Allah, yang
mati dalam ketidakpercayaan kepada ayat-ayat Allah, dan yang menjadi
tidak percaya sesudah beriman. Ayat-ayat berikut menjelaskannya dengan
lebih lanjut:
"Orang-orang
yang menyembunyikan bukti-bukti yang jelas, dan petunjuk yang Kami
menurunkan, setelah Kami memperjelaskan kepada manusia di dalam
al-Kitab, mereka dilaknati Allah, dan mereka dilaknati para pelaknat," (2:159).
"Tetapi orang-orang yang tidak percaya dan mati dengan tidak percaya, ke atas merekalah laknat Allah, dan para malaikat, dan manusia kesemuanya," (2:161).
"Mereka (tidak percaya sesudah beriman lalu menjadi zalim) itu, balasan mereka ialah bahawa ke atas mereka laknat Allah, dan para malaikat, dan manusia, kesemuanya." (3:87)
Nabi Daud dan Nabi Isa telah melaknati kaum mereka, Bani Israil, yang tidak percaya, ingkar, dan mencabul. Firman-Nya,
"Telah dilaknati
orang-orang yang tidak percaya daripada Bani Israil oleh lidah Daud,
dan Isa putera Mariam; itu adalah kerana keingkaran mereka, dan
pencabulan mereka." (5:78)
Laknat Boleh Dipohon
Laknat
Allah ke atas seseorang boleh dipohon, misalan dalam tuduhan melakukan
kesumbangan. Ayat-ayat berikut menjelaskan bagaimana tuduhan itu
dilaksana, dalam kes suami menuduh isteri:
"Dan
orang-orang yang membalingkan kepada isteri-isteri mereka tanpa
saksi-saksi, kecuali diri-diri mereka sendiri, maka kesaksian seorang
daripada mereka ialah menyaksikan dengan Allah empat kali, bahawa dia
termasuk orang-orang yang benar.
Dan yang kelima, bahawa laknat Allah adalah ke atasnya, jika dia termasuk antara pendusta-pendusta.
Ia akan menghindarkannya (isteri) daripada azab, jika dia menyaksikan dengan Allah empat kali bahawa dia (suami) adalah antara pendusta-pendusta.
Dan yang kelima, bahawa kemurkaan Allah adalah ke atasnya jika dia (suami) termasuk orang-orang yang benar." (24:6-9)
Bagi yang dituduh, mereka memohon kemurkaan Allah bukan laknat Allah. Adakah dengan itu Allah memberitahu kita bahawa laknat-Nya itu adalah juga kemurkaan-Nya?
Iblis dan Syaitan
Seperti dalam pengetahuan umum, Iblis dan Syaitan telah dilaknati Allah. Mereka dilaknati hingga ke Hari Pengadilan. Firman-Nya,
"Yang dilaknati
Allah. Ia (Syaitan) berkata, 'Sungguh, aku akan mengambil untukku
sebahagian yang ditetapkan daripada hamba-hamba-Mu,'" (4:118).
"Ke atas kamu (Iblis) laknat hingga Hari Pengadilan." (15:35)
Laknat di dunia dan Hari Kiamat
Beberapa ayat al-Qur'an menyebut mengenai laknat di dunia dan Hari Kiamat, atau akhirat. Pertama disebut mendapat laknat di dunia dan Hari Kiamat adalah Ad, iaitu kaum Hud (11:60), dan kemudian, Firaun dan pembesar-pembesarnya (11:99).
Ayat
seterusnya ialah ayat 24:23, yang telah diturunkan. Ayat itu menyentuh
mengenai orang-orang yang membuat tuduhan ke atas wanita-wanita mukmin
yang berkahwin. Mereka menerima laknat dunia dan akhirat.
Akhir
sekali, ialah orang-orang yang menyakiti Allah dan rasul-Nya (33:57),
yang juga telah terlebih dahulu disebut, turut menerima laknat-laknat tersebut.
Laknat di dunia
Contoh laknat
di dunia, selain daripada kemusnahan kaum (seperti ke atas kaum Ad) dan
ditenggelamkan di laut (bagi Firaun dan pembesar-pembesarnya), ada juga
laknat berbentuk lain, misalan, manusia dijadikan-Nya beruk dan babi, atau yang bersifat seperti dua haiwan tersebut. Firman-Nya,
"Katakanlah,
'Bolehkah aku memberitahu kamu, sebagai ganjaran di sisi Allah, yang
lebih buruk daripada itu? Sesiapa yang Allah melaknatkan, dan padanya Dia murka, dan menjadikan antara mereka beruk dan babi,'" (5:60).
Dan, ada pula laknat
itu di tangan manusia, seperti terhadap orang-orang yang membuat
tuduhan ke atas wanita-wanita mukmin yang berkahwin, tetapi lalai
(24:23), yang baru disebut lagi. Oleh kerana ayat itu tidak menjelaskan
dengan tepat rupa laknat
di dunia daripada-Nya, maka hukuman sebat maksima lapan puluh sebatan
seperti yang tercatat pada ayat 24:4 adalah difikirkan wajar dikenakan
sebagai laknat di dunia, tetapi dilaksanakan oleh manusia pula. Namun, ia hanya pendapat penulis sahaja.
Ke atas orang-orang munafik pula, laknatnya jelas, iaitu mereka dibunuh apabila mereka tidak berhenti daripada membuat kegemparan di kota, sebagai laknat di tangan manusia. Firman-Nya,
"Mereka (munafik dan hati berpenyakit) dilaknat, dan di mana sahaja mereka dijumpai, mereka diambil dan dibunuh, dibunuh." (33:61)
Bersama
orang-orang munafik di situ adalah orang-orang yang hatinya
berpenyakit, macam yang ragu-ragu terhadap ayat-ayat Allah. Mereka juga
diambil dan dibunuh di mana sahaja mereka dijumpai apabila mereka tidak
berhenti daripada membuat kekecohan.
Memohon di akhirat
Di akhirat pun sesetengah manusia akan memohon laknat Allah ke atas orang lain. Mereka adalah orang-orang yang sesat, yang memohon dilaknatkan dengan laknat
yang besar atau dua kali ganda, ke atas ketua-ketua dan
pembesar-pembesar mereka, dalam agama, yang dituduhnya sebagai
orang-orang yang telah menyesatkan mereka. Firman Allah,
"Mereka
berkata, 'Wahai Pemelihara kami, kami telah mentaati ketua-ketua kami
dan pembesar-pembesar, dan mereka menyesatkan kami daripada jalan. Wahai
Pemelihara kami, berilah mereka azab dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang besar!'" (33:67-68)