Assalamualaikum kepada para pembaca sekelian. Tujuan aku menulis artikel ini adalah ingin menjelaskan sebarang kemusykilan yang telah timbul. 

Ada yang pernah memberi komenter kepada aku, katanya. “bro, kalau tak silap aku ini artikel dari blog si ‘fulan’, kalau kau copy dan publishkan kat blog kau kenapa tak show some credit pada penulis asal.”

Baiklah ini sebabnya. Pertama-tama sekali aku nak jelaskan. Kebanyakan artikel yang aku republish dalam blog aku adalah artikel yang berbentuk keagamaan. Dan setelah aku selidik dengan teliti(sekadar kemampuan aku) yaitu sumber dan keshaihannya. Serta aku mengetepikan pendapat-pendapat peribadi yang pada penilaian aku adalah berat sebelah. Atau kurang tepat. Barulah aku republishkan.

Dan dalam melakukan yang sedemikian aku berpegang pada satu kefahaman. Iaitu, “tangan kanan yang memberi, tidak perlu tangan kiri pun ikut sibuk nak tau” Iaitu dalam konsep memberi dan memanjangkan kebaikan. 

Aku rasa tidak timbul soal kenapa aku tak bagi credit pada penulis asal. Sebab dalam hal membuat kebaikan ini, kita bukan nak manusia tahu kita ini jaguh dalam mengerjakannya. Apa yang lebih penting adalah Allah itu Maha Mengetahui. Dan IA tidak mungkin sama sekali berlaku tidak adil dengan mengabaikan setiap amal kebaikan hamba-hambaNya.

Aku tidak nafikan ada sesetengah perkara yang aku perlu juga mengembalikan kepada orang yang mempersoalkannya, sepertinya dalam masalah hukum-hukum sesetengah perkara. Dalam mengetengahkan pendapat-pendapat yang tidak popular tetapi pada pendapat dan penilaian aku yang cetek ilmu agama ini ianya munasabah. Dengan berpandukan rujukan-rujukan yang lebih shahih, lalu aku republishkan semula dan ketengahkan pendapat mereka itu dengan sokongan-sokongan dalil yang lebih shahih yang telah aku jumpa.
Jika dalam keadaan itu, maka akan aku sediakan back link-nya kepada yang bertanggungjawab dalam mengutarakan pendapat tersebut. Kerana pada perkiraan aku , dialah yang lebih berhak menjawab segala komenter-komenter yang diutarakan.

Jika ianya berkaitan dengan masalah hukum dan persoalan yang telah ada sejak dulu. Dan dari segi hujah dan dalilnya telah lahir sejak dari zaman terbaik. Sedangkan ulama terkemudian ini, atau ustaz-ustaz, atau siapa saja, mereka hanyalah mengulas akan pendapat dan usul yang telah sangat popular itu, maka tidak perlulah aku menyediakan back link-nya. kerana telah sedia maklum akan permasalahan itu telah lama diselesaikan, dan tidak ada percanggahan lagi diantara mereka(alim-ulama).

Dan aku harap selepas ini, tidak ada lagilah yang mempersoalkan kenapakah aku tidak memberi credit kepada web-web atau mana-mana blog yang aku ambil artikel mereka dan republish-kan semula di blog aku. Kerana aku bersangka baik kepada mereka yang mana pada pendapatku mereka membuat kebajikan dan amal kebaikan dengan niat yang sangat ikhlas. Dan mengharapkan keredhaan Allah, bukanlah sanjungan dan pujian makhluk manusia ramai ini. Dan aku tidak ingin menjadi racun perosak yang merosakkan amalan mereka-mereka yang ikhlas ini. 

Jauh sekali niat untuk mengambil kesempatan dari artikel-artikel mereka yang berrmutu itu demi kepentingan diri aku sendiri. Kerana sepertinya sangkaan baikku kepada mereka berkenaan amalan mereka itu, bergitulah juga harapan aku terhadap amalanku sendiri. Supaya mendapat redha Allah semata-mata, dan ramai yang senang juga memanjang-manjangkan sesuatu perkara yang baik, yang datang daripadaku. Maka aku tegaskanlah disini, jika ada diantara kalian yang mengambil apa-apa artikel sekalipun dari blog aku ini. Tidak inginlah sama sekali disediakan nota kakinya, ucapan ribuan terima kasih atau sebagainya kepada aku.

*Bebaskan diri dari bangga diri dan harapkan balasan dari makhluk!!!