Malaysian Business Locations Directory

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Wednesday, November 25, 2009

















Selamat menyambut hari raya korban bagi semua umat Islam. Semoga Allah melimpahkan keberkataan dan pengertian pengorbanan itu disematkan kedalam diri setiap dari kita. Sebenarnya dalam kehidupan yang sangat singkat ini besar atau kecil pengorbanan yang dilakukan itu bukanlah menjadi soal atau ukuran. Tetapi keikhlasan pada setiap pengorbanan itulah yang menjadi ukuran.

Dikatakan, orang yang paling banyak berkorban adalah orang yang paling mengerti dan memahami nilai hidup ini. Dan bergitulah sebaliknya, yaitu orang yang paling mengerti dan memahami kehidupan ini, pasti ianya tidak berat untuk berkorban.

Dan sesungguhnya pengorbanan itu berat bagi yang mencintai dunia ini. Namun ianya manis bagi mereka-mereka yang mengingati mati dan mereka yang mencintai kampong halaman yang kekal. Dan sesungguhnya hidup dan mati itu sangat adil perjalanannya. Dan kita pasti akan diperhitungkan apa yang telah kita lakukan.



Dari setiap nafas aku yang tersisa ini, aku menghirupnya dengan rasa yang amat  takut. Jika melihatkan pengorbanan mereka-mereka yang terdahulu itu. Jatuhlah kehidupan yang aku lalui selama ini hanyalah pembaziran yang nyata. Jalan yang dipilih itu juga adalah jalan yang sia-sia. Sejauh manakah aku telah berkorban untuk Allah dan RasulNya? Untuk agamaNya? Atau terdekat itu, untuk ibu bapaku sendiri? Untuk keluargaku, dan saudara-saudaraku? Jika hendak mengukurnya dengan timbangan, aku tidak pasti sama sekali adakah tersisa diatas dacing.

Sebenarnya, sifat mementingkan diri sendiri itu amat tinggi sekali didalam diri. Perpatah yang pernah aku dengar. “hidup ini ada ketikanya kena juga mementingkan diri sendiri” Benarkah? Bagaimanakah keadaannya kita hari ini jika Rasulullah dan Sahabat-sahabatnya berfikiran sedemikian? Dan dalam membela agama Allah ini adakah mereka menyimpan sedikit bahagian yang diperuntukkan untuk diri mereka sendiri?

Mari kita perhatikan kisah di awal kedatangan Islam itu. Bagaimanakah Khadhijah r.a. telah menghabiskan seluruh hartanya. Aku ulangi, seluruh hartanya. Dan mari perhatikan dialog sewaktu ia menyambut kedatangan pengantin lelaki, yakni Muhammad SAW. “wahai Muhammad, segala yang menjadi kepunyaanku(diri dan harta benda) ini terpulanglah seluruhnya kepadamu untuk diapakan.”

Dan kemanakah semuanya dihabiskan? Tiadalah  semua itu melainkan kejalan Allah dan membela agama Allah itulah. Dan marilah kita menghayati sedikit petikan dari kisah ini. Ianya adalah kisah saat sakratul maut Saidatina Khadhijah r.a.

Dalam keadaan kesakitan yang amat itu, dia mengungkapkan kata-kata yang menyebabkan Jibril juga hiba. Katanya,  “Wahai rasul utusan Allah, tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah. Andai selepas kematianku, tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini”. Rasulullah SAW berasa sayu mendengar semua itu. Jibril naik bertemu Allah. Jibril bertanyakan Allah, adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?

Allah menjawab pertanyaan Jibril – bukan hanya kata-katanya sahaja yang Aku dengari malah bisikannya juga. Allah memerintahkan Jibril menyampaikan salam buat Saidatina Khadijah.

Jibril turun dan memberitahu Rasulullah SAW akan hal itu. Rasulullah SAW menyampaikan salam tersebut kepada isteri tercinta. Turut diceritakan bahawa dalam sesetengah riwayat tangan Saidatina Khadijah seakan bersilang saat menyambut salam itu dan Saidatina Khadijah melafazkan bacaan yang begitu masyhur yang sering kita lafazkan selepas solat.

Allahumma

antassalam- waminkassalam

Wa ilaika ya’uudussalam

Fahayyina rabbana

bissalam

Waadkhilnal

jannataka daarassalam

Tabaa rakta

rabbana wa ta’alaita ya dzal jalali wal ikraam

Ya Allah,

Engkaulah kesejahteraan, dariMulah asal kesejahteraan dan kepadaMu pula kembali kesejahteraan, maka hidupkanlah aku dengan kesejahteraan dan masukkanlah aku ke dalam syurga kampung kesejahteraan. Maha Mulia Engkau ya Allah yang memiliki kemegahan dan kemuliaan.

Dan Nabi SAW juga pernah bersabda "Islam itu tegak di atas harta Khadijah dan Abu Bakar"

Kerdil benar aku ini. Sesungguhnya aku tidak ingin hanya risaukan pada tembolokku sahaja. Tetapi bertapalah susahnya untuk mendidik diri dan meletakkan mereka yang telah mendapat redha Allah itu sebagai tauladan yang perlu dicontohi.

“Dan sesungguhnya pengorbanan mereka-mereka itu sangat tinggi nilainya disisi Allah. Malah, andai aku memiliki dunia dan seisi-isinya ini sekalipun, dan aku belanjakan kesemuanya kejalan jihad kepada Allah. Ianya masih lagi tidak menyamai satu bahagia dari seribu bahagian yang mereka telah belanjakan.”

Posted on Wednesday, November 25, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Tuesday, November 17, 2009

Dalam 2,3 minggu kebelakangan ni, memang boleh dikatakan hari-hari hujan. Sebenarnya aku ni suka sangat dengan hujan. Kalau boleh aku nak rumah kat tempat kadar hujan yang paling tinggi sekali kat dunia ni. Kalau kat Malaysia nih kadar purata hujan yang paling tinggi ialah di sekitar Bayan Lepas yaitu melebihi 413.9 mm dan kedua di Sibu yaitu lebih kurang 405.0 mm. Hah ! Kalau aku nak beli rumah atau tanah untuk dibuat rumah , tempat nilah yang aku akan cari. Hehheheeh…tapi kena beli rumah atas bukit lah, sebab aku sukakan hujan tur bukannya banjir. Kalau tidak kena berumah atas rakit ler.

Sebenarnya aku tak suka cuaca panas. Berpeluh-peluh, melekit-lekit, meleh-leleh peluh, ayo yo. Pernah aku berimaginasi yang nak buat rumah aku berupa peti ais yang besar. Sebesar bangunan 2 tingkat tur misalnya. Dan aku binalah rumah dalam dia. Huihh tentu lah bes, sejuk dingin jer. Tapi aku terpikirlah pulak. “mampus nak membayar bil letrik” Satu masalah lagi ialah, bila mana TNB ni blackout. Hah tak ker haru aku ngan anak bini semer. Dah la gelap, panas pulak. Heyyy…tak bley2. tak jadilah buat rumah dalam peti ais.

Setiap orang ada minat dan kecenderungan pada sesuatu, itu yang membentuk kepada hobi atau sebagainya. Macam aku nih, aku suka sangat dengan lampu picit (lampu picit yang mentol dia diot’ tu. How to spelling? Entah laa aku tak tau betul ketidak ejaan tur) tapi yang lampu mentol banyak-banyak turlah. Sampai kalau berenti kat kedai 2 engget, itu lah benda yang aku akan cari dulu. Macam adik aku yang no 2,Ngoh pulak dia nih suka sangat dengan besi berani. Dari kecik dia mengumpul besi berani, sampailah dah tua-tua ni pun dia suka ngumpul bender tur lagi. Kalau jumpa ngan hardisk yang rosak , habis dikecai-kecaikannya. Semata-mata sebab nak amek besi berani dalam tu. Hahahahha. Kalau adik aku yang no 3 pulak,Dee, dia ni obsess ngan barang-barang pertukangan nih. Macam mesin ketam papan, drill, dan bender-bender seangkatan dengannyalah. Aku minat juga tapi aku lebih minat dengan mender-menda yang menyala. Satu lagi lighter. Huih hhihihi, pantang laa jumper bender nih, memang aku suka sangat dengan lighter, tapi minat ni dah berkurangan dah. Tak macam dulu. Kalau dulu, bila balik dari travel kemana-mana misti 2,3 bijik lighter yang aku bawak balik. Dalam simpanan aku sampai 2,3 kotak lighter. Macam-maca jenis.

Kita tinggalkan cerita pasal tu. Kita berbalik pada berumah dikawasan yang paling tinggi kadar hujan semula. Dulu, dulu laa, lama dulu ada orang pernah cerita ngan aku. Dia pernah tinggal kat Setiawan Perak. Katanya hari-hari hujan. Bila petang jer, hujan, bila petang je hujan. Tapi bila aku try google tak der pulak cerita yang Setiawan nih tinggi kadar hujannya. Sedang aku dah terpikir-pikir, kalaulah aku dapat beli rumah kat sana, tak pun beli tanah dan buat rumah kat kawasan nih. Hah! Bapok laa besyer. Kalau nak gi mana-mana kena pakai kasut boot yang getah tu. Kena pakai baju hujan, dan kereta dah tak sesuai, kena pakai 4X4. adehhhh bes gilerrrrrrrrr!!! Anak-anak aku tentulah suka sangat main hujan hari-hari cuti sekolah. Hari sekolah tak bley laaaa, teruk laa bini aku nak membasuh baju penuh ngan lumpur hari-hari. Tapi sebenarnya untuk suasana macam ni, kalau rumah bandar tak bes sebenarnya. Aku rasa susana kampong tur lebih syok lagi. Dengan pokok-pokok kelapa yang tinggi-tinggi. Sawah , hutan belukar. Adoi, sebenarnya aku rindukan zaman aku kecil-kecil la kot.

Posted on Tuesday, November 17, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Thursday, November 5, 2009


Posted on Thursday, November 05, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Malaysian Business Locations Directory