Malaysian Business Locations Directory

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Monday, December 21, 2009

Sebenarnya semua lelaki dalam dunia ni berkehendakkan isteri  yang cantik dan menawan. Nak tengok isteri yang dia kahwini lima enam tahun dahulu kekal solid, kecik molek. Tak moo ada yang terlebih sudah kat sana sini. Kalau terjadi juga, ramai suami yang merasa hampa. Tidak kurang juga yang memberi galakan yang bukan main lagi untuk isteri mereka menguruskan badan. Ada yang sanggup menghabiskan beratus ringgit untuk surport ubat kurus badan dan sebagainya. Yang si isteri tu pulak. Dek kerana sayangkan suami, tahankan sajalah kerenanya. Telan jugalah memacam ubat yang dibelikan untuk dia. 

Aku suka nak berkongsi pengalaman mengenai bab isteri gemuk ni. Heheheh, bukan aku cakap isteri aku gemuk..herrr “ampun ayangg…!!!” hahahaah, ngamuk bini aku karang kata kan dia gemuk. Hahahah. Gini ceritanya, raya puasa yang lepas aku balik kampong. Selepas sebulan berpuasa, sepatutnya kita nih makin kurus laa kan? Tak pun maintain cam sebelumnya. Tapi ada dalam kes-kes terpencil(hehhehe) berat badan makin bertambah la pulak walaupun dah melalui sebulan puasa. Dan inilah yang terjadi pada isteri aku.

Dan pada pagi hari raya pertama tur. Adalah jiran rumah mak mertua aku nih. Dia nih dah macam keluarga dah pun, dan selalu sangat kalau pagi-pagi dia akan datang rumah. Nak garamlah, nak gulalah. Dan macam-macam lagik ler. Kitorang dah jadi tak heran dah pun. Dan pangai dia nih , dia akan dengan selambanya jer masuk rumah dengan berkemban jer. Dah terbiasa juga la gamaknyer. Dan pagi tur, dengan tak tersengajanya aku cuit bahu isteri aku dan aku dah cakap sesuatu yang tak sepatutnya sama sekali. “Ayang tengok lengan cik Mah(nama samaran) dah nak sama ngan lengan ayang jer” “abang nieyy…!” sambil muncung jer bini aku. Dan aku dengan kejamnya terkekeh-kekeh ketawa.

Nak dijadikan cerita, selepas raya puasa aritu. Aku tak balik kampong 2 bulan lamanya. Aku Cuma balik semula pada raya haji. Aku balik ngan adik aku Dee, dan bila sampai rumah dah pukul 3 pagi agaknya. Bagi salam, dan isteri aku tak terkejut laa sampai pagi-pagi sebab aku dah bagi tau dia awal-awal yang kitorang mungkin akan sampai dalam pukul 2,3 pagi cam tu. Bila aku masuk jer dalam rumah, tengok isteri aku. Wah!!! “Kenapa ngan ayang nieyy?...kurusnya, ayang sakit ker?” Sambil jamah sana-sini. Terkejut sangat aku, dia nampak…. Errr slim. “Ayang diet laaa, kan abang tak suka ayang gemuk”

Yaa Allah… aku rasa bersalah sangat. Pagi tu dia cerita, dia diet sungguh-sungguh. Dan dalam masa sebulan setengah dia turunkan 6kg berat badan dia. Seriously aku tak rasa apa yang sepatutnya aku rasa. Sepatutnya aku suka laa sebab bini aku dah kecik, solid molid semula nih. Tapi rupanya perasaan tur tak datang sama sekali. Apa yang aku rasa ialah sesal, kesal dan sakit hati. Sakit hati dengan diri sendiri. Dan rasa kesal sangat. Sebenarnya seorang isteri ni sanggup lakukan apa saja untuk suaminya. Jadi aku merasakan kritikan aku tentang berat badan dia sebelum ni, sangat melapau sebenarnya. 

Masa dia tidur aku dok nengok jer dia. Rasa hiba sangat. Dan bila aku nilai melalui apa yang aku rasa saat itu. Aku lebih rela laa isteri aku tak seksakan badan nak berdiet untuk aku. Biarlah dia montel, tak per. Janji wongi. Herk herk herk. Itulah, kadang-kadang kita cakap main sedap jer. Dan kita memandang sesuatu tu remeh dan tidak memerhatikannya dengan lebih mendalam. Tapi tanpa kita sedar, ada ketikanya sepatah dua perkataan itu boleh meninggalkan kesan yang sangat mendalam. Jika ianya sesuatu yang positif, Alhamdulillah. Kalau sebaliknya?

Dan sejak dari hari tu. aku berjanji dengan diri aku sendiri. Aku takkan complain dah dia. Biarlah kalau dia nak gemuk ker, nak kurus ke. Aku akan tetap sayang dia seadanya dia. Semua tu sangat memberi pengajaran buat aku. Dan aku teringin nak berpesan kepada teman-teman yang lain. 

“Sayangilah isteri korang seadanya dia, jangan laa merungut dan nyindir-nyindir dia kalau dia sekarang nih dah gemuk. Sebab bila diorang bersungguh-sungguh untuk merialisasikan kehendak korang, korang takkan suka dengan perasaan tu. Korang takkan rasa bahagia bila melihat kesungguhan mereka, malah korang akan rasa sangat sakit dan sedih.”

Posted on Monday, December 21, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Sunday, December 20, 2009


Tahun lepas punya azam belum tercapai lagi, dah masuk tahun baru dah pulak. Sebenarnya tahun lepas aku ada azam. (rahsia laa) tapi tertunai separuh je. Eh tiga suku jer.  Jadinya aku nak menggabungkannya saja dengan azam tahun ni  la kiranya. Dan azam tahun ni pulak. Aku berazam nak dapatkan balik semula apa yang dah hilang dalam kehidupan aku. Sebenarnya, kalau aku fikir-fikirkan semula. Apa yang aku telah miliki, jika Allah tak amek semula. Sebenarnya telah lebih dari mencukupi. Tapi itulah sifat manusia, tidak pernah cukup. Dan selalu lalai untuk bersyukur. Lalu Allah memberi pelajaran dengan mengambilnya semula. Dan barulah aku sedar bertapa beruntungnya aku kerana mempunyai semua yang diidamkan oleh semua lelaki yang waras akalnya.

Isteri yang baik dan cantik, anak-anak yang comel dan bijak. Perniagaan yang boleh dibanggakan. Ibu bapa dan adik-adik yang sangat sayangkan aku. Mertua yang selalu melebihkan aku dari menantu-menantunya yang lain. Malah melebihkan aku dari sesetengah hal dari anak-anaknya sendiri. Apa lagi yang aku hendak dalam hidup ini? Apa yang tidak cukup. Dari sifat meterialnya aku serba mencukupi.

Dan dari segi rohaninya pula. Aku tergolong juga dalam sukatan yang dikelaskan beruntung juga. Hampir kepada sahabat-sahabat yang mengutamakan Allah dan RasulNya lebih dari segala yang lain. Serta juga merasa enak dan manis mengerjakan barang yang diperintahkan Allah. Tetapi itulah sikap dan sifat manusia. Selalu sahaja merasakan yang “dia berhak mendapat lebih dari ini”. Dan bergitulah yang terjadi kepada aku, sehingga aku lalai dalam bersyukur kepada Allah. Dan menjadikan aku seorang yang tamak dan gopoh dalam banyak hal. Bikan saja perlakuan ini membinasakan duniaku, malah ianya membinasakan juga sifat-sifat rohani.

Namun Allah itu Maha Mengasihi hamba-hambanya, dan Dia-lah yang Maha Bijaksana dalam Memberi Pengajaran. Lalu Dia ambil satu persatu semua yang aku miliki. Dan meninggalkan kepadaku sebahagiannya sahaja. Dan barulah aku menyedari, selama ini bertapa beruntungnya aku. Bertapa bertuahnya aku. Dan sedar diri juga yang bertapalah aku ini angkuh dan lalai dalam menunaikan hak-hak Allah itu. Serta lewa dalam menjaganya.

Jadi, tahun baru ini aku cuma berazam untuk  mengusahakannya semula. Dengan sunguh-sungguh untuk mendapatkan apa yang telah aku kehilangan itu. Dan bila aku renung semula kedalam diri aku sendiri, ternyatalah apa yang ada sebenarnya sudah amat kurang jika dibandingkan dengan masa dahulu. Jika dahulu aku seorang yang sangat tabah dan tidak  mengenal erti putus asa. Tapi kini, aku seorang yang sangat sikit tekad dan nekadnya. Sangat mudah berpuas hati dengan apa yang aku kecapi. Secara perlahan-lahan menjadikan aku lelaki yang mundur dan jahil.

Benar, dalam sesetengah hal sangat bagus sifat itu. Cepat bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan. Tapi jika dalam semua hal? Sehinggakan dalam menghimpunkan ilmu dan amal pun kita cepat sangat berpuas hati dengan tahap yang dicapai. Nescaya menjadi manusia yang rugilah kita. Baik didunia, mahupun di akhirat.

Hijrahlah wahai diri. Hijrahlah dari hati yang pengecut dan was-was!!! Namun keberanian yang tidak disertakan kebijaksanaan. Hanyalah sebilah pedang tajam yang ditetakkan ketubuh sendiri. Tiada lansung kebaikannya. Sangat bahaya dan sesungguhnya sangat membimbangkan. Lebih banyak mudharat dari menafaatnya. Jadi keberanian itu perlulah disertakan dengan ilmunya. Dan ilmu itu pada pandangan aku bukanlah untuk menjadikan sesorang itu angkuh dan sombong. Tetapi ilmu yang dikurniakan keberkatan didalamnya, akan membentuk insan itu menjadi seorang yang lebih tawad’uk. Bukan seorang yang akan merasakan dirinya lebih mengetahui dari segolongan yang lain. Dan bukan juga merasakan pendapat dan pandangan orang lain itu sentiasa salah atau tidak tepat. Tetapi merasakan “aku bisa saja  seleweng dari kebenarannya, dan orang lain itu mungkin saja lebih tepat pendapatnya.”

Aku rindukan cabaran. Aku selalu saja mencari-cari ruang untuk itu. Tetapi kini aku menjadi sangat berperasangka kepada sesuatu yang buruk. Dan langkah aku sentiasa saja tersekat-sekat untuk itu. Jika dulu tiada apa atau sesiapa selain Allah sahajalah yang mampu mengubah setiap apa yang aku putuskan untuk diriku sendiri. Tetapi seperti yang aku nyatakan sebelumnya. Jika tidak disertakan dengan kebijaksanaan ianya hanyalah perbuatan dan tindakan yang bakal memudaratkan diri sendiri sahaja.

Aku rindukan ketakutan dulu. Ketakutan yang sengaja aku tempah. Kerana dengan itu menjadikan aku lebih takwa. Kerana situasi demikian menjadikan aku lebih hampir dengan Allah. Menjadikan aku lebih yakin, yang Allah itu Maha Berkuasa pada tiap sesuatu.

Walaupun dilihat kehidupan dahulu itu seperti sebuah perjalanan bersendirian yang sangat sunyi. Tetapi hakikatnya aku berasa sangat hampir dengan Pencipta. Dan tidak sesaat merasa kesorangan. Dan kini aku melalui situasi yang berbeda. Dalam keriuhan, dan keramaian ini , aku sebenarnya sangat sepi dan kesorangan. Sepertinya ditinggalkan oleh kabilah di tengah padang pasir yang tandus. Dengan bekalan yang sangat sedikit, namun dalam waktu yang sama harap kepada ehsan Allah itu sangat tipis dalam hati. Yaa Allah , aku sangat khuatir dengan keadaan ini. Aku sangat mengkuatiri diri sendiri yang jauh ini. Adakah kalian merasakan apa yang aku rasakan ini?

Tetapi dalam satu hal yang aku menyukainya. Ialah perasaan dan usaha dalam memberi pertimbangan yang lebih dalam dan serius kepada perasaan orang lain itu. Tolak ansur dan hati-hati dalam berbicara atau memutuskan sesuatu yang berkaitan dengan orang banyak. Tidak seperti sebelumnya aku hanya memandang perbuatan itu sesuatu yang sangat sedikit kebaikannya. Atau lebih kejam, aku hanya memandangnya dengan pandangan yang kosong dan merugikan. Lalu aku menjadi seorang saudara yang biadab dan tidak berperi kemanusiaan kepada saudaranya sendiri. Seolah seperti ditaktor yang tidak mahu lansung bertolak ansur dengan pandangan orang bawahannya . Yang mana apa saja  yang bertentangan dengan prinsip dan falsafahnya, adalah sesuatu yang mencemarkan. Dan pengabaian itu adalah tindakan yang wajar.

Namun  seperti kenyataan yang lain juga. Terpaksa saja menerima yang hakikat kebangkitan semula itu lebih payah dari penghijrahan yang pertama. Mencari kekuatan disebalik kejatuhan lebih sengit saingannya dari pada perjuangan di medan perang yang paling dasyat. Nekad dan ketabahan yang diperlukan adalah berjuta-juta kali ganda lebih tinggi diperlukan. Tetapi syukur kepada Allah yang mengurniakan aku kekuatan baru ini. Kekuatan yang datang dari nekad yang sungguh-sungguh. Nekad yang disertakan dengan keberanian yang sangat tinggi. Yang satu waktu dulu aku kekurangan rencahnya. Kesungguhan yang disertai dengan kesabaran. Keberanian yang datang dengan kebijaksanaan.

Aku akan mengutip yang tercicir itu. Dan aku akan menghimpunnya dengan penuh kesabaran. Biar pun aku hanya mampu mengutip sebutir  dari segunung pasir yang banyak itu. Tetap jugalah tidak akan aku kecewa dan berputus asa kali ini. Jauh sekali sengaja mencari-cari kesalahan orang lain dalam keterlibatan mereka demi untuk dijadikan sandaran dan alasan supaya aku bisa berundur dari perjuangan ini. Aku ingin merasa bangga dengan diri sendiri, seperti yang pernah aku rasai lewat satu waktu dahulu. Bukan maksudku aku mencari ujub dan takbur. Aku ingin mengecapi kepuasan. Merasa puas dan berbaloi dengan diri sendiri dan pencapaiannya. Aku sangat merindui perasaan itu. Aku pernah melalui zaman itu. Namun kesilapan telah meragut semuanya. Dan aku tidak akan sekali-kali melakukan kesilapan tersebut sekali lagi. Tidak sama sekali!!!

Pernahkah antara kalian merasa terhina? Atau merasa diperkecilkan? Atau dipandang remeh oleh orang lain? Kadang-kadang pada hakikatnya tiada sesiapa pun yang menghina, atau memperkecilkan diri kita. Kadang-kadang perasaan tersebut datang dari dalam diri sendiri. Sebenarnya ini lebih menyakitkan. Dan kesakitan ini mendatangkan kesan yang sangat dalam. Sangat memenatkan untuk menghindarkannya. Dan perasaan itu lebih menyedihkan.

Aku telah bebas dari belenggu tersebut. Jika sekalipun tidak secara keseluruhannya. Sekurang-kurangnya, ia telah lebih dari separuh. Dan hari demi hari kedewasaan itu semakin menghampiri kematangan. Dan aku melihat kekurangan serta kesempitan itu sesungguhnya satu tarbiah yang sangat berkesan. Semoga Allah menambahi aku dengan rasa syukur dan tawakal. Syukur dengan kesederhanaan yang tidak mengurangi aku pada setiap keperluanku. Dan tawakal pada setiap ruang yang sempit yang kadang-kadang akal melihat pada penyelesaian yang hampir tiada pada jalan tersebut.

Sangat membahagiakan perasaan tersebut sebenarnya. Satu rasa yang nyata, yang anda tidak lagi dibelenggui oleh kelemahan yang datang dari perasangka dan rendah diri yang merugikan. Tawaduk’ itu sesungguhnya perlakuan yang sangat mulia dan pegangan yang benar. Dan benar-benar sesungguhnya ia adalah kebenaran yang menguntungkan. Tetapi merasa rendah diri pada kelebihan orang lain adalah merugikan.

Sesungguhnya seorang yang bijak dan berakal dalam kebijaksanaannya akan hanya merasa rendah diri dari kelebihannya sendiri. Merasa kekurangan apa bila dia melebihi orang lain. Bukan kerana tamak dan rasa tidak cukup, tetapi melindung hati dari memandang hina pada yang lain itu dengan merasakan diri sendiri ini lebih. Merasa jahil bila dia lebih mengetahui sesuatu itu dari seseorang yang lain. Itulah tawaduk’ yang sepatutnya. Dan itulah rendah diri yang positif itu.

Namun dalam banyak hal, rendah diri yang terpancar dari dalam diri seseorang itu hanyalah sifat yang merugikan yang tidak sepatutnya sedemikian darjat amalan tersebut. Maka aku telah melepaskan gengaman tangan-tanganku daripada berpaut pada dahan-dahan yang meranting dan rapuh.

Yaa Allah. Tambahilah aku dalam mengusahakan sesuatu kebaikan. Dan mudahkanlah dunia ini kepadaku. Kerana aku ingin memenafaatkannya untuk akhiratku. Dan dengan itu aku melihat hanya dengan jalan takwa kepadaMu. Namun ia tidaklah semudah menyebutnya. Dan sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui tingkatanku. Dan Engkau lebih mengenali seseorang hamba itu dari dia mengenali dirinya sendiri. Maka aku meletakkan yang diriku ini sesat dalam mencari hala tuju perjuanganku. Aku juga sesat dalam memilih bilangan yang manakah hendak didahulukan. Maka Engkaulah Sebaik-Baik Pembimbing. Maka inilah aku. Yang telah engkau serahkan kepadaku, lalu aku mengembalikannya kepadaMu semula. Kerana aku lebih yakin dengan takbirMu dari diriku sendiri. Kerana diriku ini pastilah akan leka semula. Dan terpedaya juga kepada segala tipu daya itu andainya tiada Perlindungan dan Pembelaan dariMu.

Dan telah aku tinggalkan keluh kesah itu. Keluhan kecewa pada sesuatu ketentuan. Dan risau resah pada hari esok yang telah ditentukan. Dengan ini aku melihat jalannya adalah dengan syukur dan redha. Menggunung juga penyesalan pada setiap nafas yang tersia-sia. Pada kudrat yang terbazir dalam mencari keutamaan dan kelebihan dunia. Sedang ianya telah tersedia dan terhidang untukku. Maka kenapakah wahai diri,…engkau merasa sangat risau kepada khazanah yang banyak itu? Tidakkah engkau mendengar peringatan. “Jika seluruh hambaKu berdoa kepadaKu dan memohon kepadaKU, dan AKU menunaikan seluruhnya. Maka ianya tidak sedikitpun mengurangi khazanahKU”

Dalam memahami perkara yang satu ini. Tidaklah aku meletakkan sikap berpeluk tubuh itu adalah sama menafaatnya dengan yang bermati-matian dalam mengusahakan sesuatu kebaikkan itu. Andai saja kedua-duanya dikurniakan dengan kurniaan yang sama rata sesuai dengan ketentuan yang telah ditentukanNYA. Namun ingatlah dan halusilah ini. “Diantara hambanya yang bermujahadah itu dengan yang berlazat-lazat, yang manakah lebih disenangi oleh Allah dalam Memberi itu tadi? Dan jika menilaikan pula kurnia Allah itu dengan KecintaanNya kepada hambaNya, yang manakah lebih utama pula?”

Dengan itu syukur dan redha itu adalah tindakan yang sia-sia jika ianya dilakukan dengan pengertian yang dungu dan jahil. Malah lebih merugikan pula bila pengertian yang bodoh itu tadi dikeraskan kepada diri sendiri dan ditegaskan kepada orang lain sebagai perlakuan yang benar dan haq.

Selamat Menyambut Ma’al Hijrah. Hijrah-lah wahai diri dalam erti tafsirnya.


Posted on Sunday, December 20, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Thursday, December 17, 2009

Tadi aku nengok citer omputih, tajuk dia the Street Fighter - The Lagend of Chun Li. Secara keseluruhannya mengisahkan perjuangan seorang anak untuk menyelamatkan ayahnya yang kena tangkap dek orang jahat. Tapi bukan itu yang aku hendak ceritakan disini. Aku Cuma tertarik pada satu pengisian dalam cerita tersebut. Iaitu mengenai kasih sayang seorang ayah kepada anaknya. Sehingga dia sanggup menjadi boneka yang diperalatkan oleh orang jahat demi menjamin keselamatan anaknya.

Secara kebetulan orang jahat tur pun seorang ayah juga. Aku tertarik pada moral yang pengarah nak tunjukkan kat dalam filem nih. “setiap ayah mempunyai kelemahan yang sama, iaitu mereka sangat sayang pada anak mereka, dan sanggup lakukan apa saja untuk keselamatan anak mereka”

Aku rasa sangat benar apa yang dikatakan. Sebab aku adalah seorang ayah. Walau sejahil mana pun seorang ayah itu, dia tetap tidak rela anaknya menjadi orang yang jahil. Atau sejahat mana sekali pun seorang ayah itu. Namun dia tetap akan menginginkan anaknya menjadi orang yang baik-baik. Ini fenomena biasa. Janganlah kemukakan kepada aku apa yang luar biasa pula. Sebab ada juga jenis ayah yang merosakkan anaknya sendiri. Tapi bilangannya sangat kecil(walaupun bilangan yang kecil ini sangat merosakkan sebenarnya, sangat merosakkan himpunan baik yang banyak itu). Tapi kali ini aku tidak ingin membicarakan kumpulan yang sedikit itu.

Janganlah ada pula yang membandingkan kasih seorang ayah dan kasih seorang ibu kepada seorang anak itu. Itu tidak adil, kerana ibu dan bapa adalah dari dua dunia yang sangat berbeza. Kerana seorang bapa tega menyakiti anaknya demi untuk kebaikan anak itu, sedang dari pihak ibu, aku berpendapat mereka kurang kekuatan untuk melakukannya. Dan bapa juga adalah orang yang rela dibenci anak-anak demi meletakkan anak itu disiplin dan dalam melaksanakan undang-undang yang baik  demi masa depan anaknya. Dan aku  juga berpendapat golongan ibu tidak mungkin tega untuk melihat anaknya menjauhi dia kerana tidak puas hati dengan ketegasannya.

Apa rasanya bila melihat anak kita sakit? Aku bertanya kepada seorang bapa. Kerana telah aku jelaskan pandangan aku mengenai ibu dan bapa ini. Mereka dari emosi dan golongan yang berbeda. Apa perasaan kalian? Sakit sama? Atau sedih hiba? Atau bersalah.

Sebenarnya aku baru saja menghayati perasaan ini lewat minggu lepas, bila anak aku yang bongsu sakit. Demam panas. Aku hanya mampu melihat kerana aku bukan doctor. Dan satu malam, ketika panasnya melebihi kemampuannya(aku kira) sehingga badannya tersentak-sentak. Aku panik sangat. Doctor kata basahkan badannya sentiasa. Jangan biarkan badannya kering kalau terlampau panas. Sampai pukul 8 pagi aku berjaga. Macam-macam fikiran buruk berlaku. Bagaimana kalau-kalau Allah nak mengajar aku redha kali ni? Apakah aku telah kuat? Yaa Allah, sesungguhnya hambamu sangat lemah.

Dan yang aku tak tahan tur, dalam suara yang dengar dan tak dengar dia kata. “Appa anji nak eli kek ari adi adek.” Yaa Allah, “iya papa janji sayang, papa janji. Sebab tu adik kena cepat baik demam yer..?” Uwaaaa…………. Anak aku yang ni pulak kalau dia demam, katakan 3 hari, maka 3 harilah dia tak meragam, tak menangis, tak merengek-rengek. Senyap jer. Kalau dia pandang tur, dia pandang jer tak berkelip-kelip mata dia. Dan sedih sangat bila lihat dia bersungguh-sungguh untuk sembuh dari demam. Bila dia Tanya. “ubat adek aner…” Dan dalam demam tur, kalau dia nak pergi bilik air, atau nak minum air mineral yang aku letakkan sebelah tempat tidur dia(sebab aku selalu cakap kat dia “orang demam kena banyak minum air masak kalau nak cepat baik”). Dia akan bangun dengan huyung hayang. Tak sikit pun dia merengek mintak nak itu ini. Kalau tak tahan sangat sakit agaknya, Cuma air mata dia jer yang meleleh keluar, sedangkan suara dia sikit pun tak der.
Dalam debar dan ketidak tentuan emosi itu aku terfikir, jika orang dewasa mendapat sakit dan musibah. Itu adalah kifarah buat mereka. Kerana mereka banyak melakukan kesalahan dan dosa. Tetapi bagaimana pula dengan anak-anak kecil ini? Mereka tidak punya dosa. Jika ada kesalahan mereka sekalipun Allah memaafkan mereka, dan tanggungjawab itu pula tidaklah ditimpakan keatas mereka. Kerana mereka masih belum berakal. Lalu aku seakan mendengar suara yang berkata. “Itu adalah kifarah buatmu, sesungguhnya anak-anak itu memohon kifarah buat ibu dan bapa mereka, lalu mereka memohon. Yaa Allah, engkau bagilah saya sakit, supaya dapat menjadi kifarah(denda, penghapus dosa) buat ibu bapa saya.”

Yaa Allah, tak tertahan-tahan air mata aku saat itu. Jika dikatakan kasih ibu bapa kepada anak-anak mereka sehingga sanggup berkorban nyawa. Bagaimana pula kasihnya anak-anak itu kepada ibu bapa mereka? Tanpa kita sedari sebenarnya dalam menjalani kehidupan yang rencahnya adalah tipu daya ini, kita sering melakukan kesilapan(dosa). Dan kita lalai dalam mengakui kesilapan tersebut(taubat). Sehingga anak-anak menjadi galang gantinya.

Renungkanlah, apa engkau berkira engkau boleh berlaku enak dengan melalaikan Allah dan hak-hak-Nya? Jika saja tiada doa anak-anakmu?

“Wahai anak-anakku, aku tidak pernah walau sedikit merasa hampa atau jauh sekali menyesal menjadi ayah kalian. Menjadi ayah kepada anak-anak yang hebat seperti kamu adalah saat yang paling indah dan membanggakan dalam hidupku. Dan jika aku mempunyai kuasa menentukannya, aku ingin hidup dengan lebih lama didunia ini dan dikurniakan kesihatan rohani dan jasmani. Kerana aku ingin melihat engkau membesar dan berdikari. Aku ingin menjadi rujukanmu saat engkau keliru, aku mahu menjadi pedomanmu saat engkau tersasar. Namun semua itu bukanlah daya kudrat hamba. Semuanya terletak didalam ketentuanNya. Entah aku sempat melihat kalian dewasa atau tidak. Namun aku memilih untuk bersangka baik dengan Allah itu. Apa saja yang Ia tentukan buat kita , itu adalah yang terbaik, kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.”

Posted on Thursday, December 17, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Aku tak menanti lama selepas peristiwa hari kelmarinnya itu(minggu sudah). Sekarang aku baru sedar, yang masa tidak pernah menanti kita. Dan peluang kedua tidak juga selalu ada dalam hidup kita ini. Aku bawak semua anak-anak aku gi KFC beli aper yang patut, bawak gi pantai. Aku cakap kat diorang, “ari nih kita picnic”. Sebenarnya permintaan anak-anak ni bukan tinggi sangat. Bukan perlu gi jauh-jauh, takyah sampai ke Genting, tak perlu juga nak sampai ker Langkawi atau Bali. Diorang  nengok pantai laut Hawai ngan pantai laut kat Teluk Kemang tur sama jer. Pantai laut juga. Dan budak-budak ni cukup ngan kita bawa diorang pergi main kat taman-taman permainan perumahan tur jer. Itu pun dah buat diorang happy sangat dah. Cuma kita ni saja, bila berfikir nak bawak jalan-jalan, misti nak kena ada plan. Misti nak kena ada budget. Sebenarnya untuk menggembirakan anak-anak bukan perlukan kos yang tinggi pun.

Jadi aku belilah kek harijadi untuk anak aku yang bongsu tur. Walaupun dia masih lagi tak berapa kuat nak berdiri(masih goyang-goyang badan dia) tapi kegembiraan tu aku rasa satu terapi yang sangat mujarab juga. Disebabkan tepi laut, nak juga dia jamah makanan. Nak juga dia minum. Dan Alhamdulillah kondisi kesihatannya semakin baik.

Aku ni bukanlah dari golongan yang bebas dari beban kewangan sebenarnya. Hidup serba cukup sahaja. Tapi aku berlajar sesuatu dalam hidup ini. Yang mana kita tidak memerlukan kos yang terlalu tinggi untuk mencari kebahagiaan, cuma saja kena bijak memenafaatkan apa yang ada disekeliling kita. Dan setiap detik dan saat yang dilalui bersama keluarga itu adalah saat manis. Dan kenangan itu abadi selamanya. Tidak ada harganya. Dan tiada yang boleh menggantikan saat itu.

Aku selalu cakap pada isteri aku(bila dia teruja sangat nak nengok bilalah anak aku yang bongsu ni boleh berjalan(nih dua tahun dulu laaa) masa anak aku tu masih lagi dok merengek sentiasa nak berdukung). Aku cakap pada dia. “tak per biarlah dia nak selalu berdukung jer, sebab bila anak-anak dah besar nanti mereka tidak mungkin akan kembali kecil”

“selamat harijadi anakku Seri Puteri Indera Wasih. Semoga engkau menjadi hujahku dihadapan Allah kelak. Amin”

Sayang tak banyak gambar yang aku snap, kebanyakan moment semua aku  record, dan aku tak reti la pulak macam mana nak amek part-part tertentu untuk jadikan file 'jpeg'. Kalau dulu zaman windows 98 dan windowsME boleh juga guna VCD cutter. Sekarang ni aku tak tau orang pakai software apa untuk buat semua tu. Walau macam manapun pesanku …..  "Utamakan keluarga dan hargailah saat bersama mereka."

Posted on Thursday, December 17, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Thursday, December 10, 2009

Wahai sahabat,

Jika engkau pernah merasa kecewa, maka aku merasa sangat hampa kerana tidak berkesempatan untuk berkongsi kekecewaanmu. Jika engkau pernah merasa marah, akulah juga yang merasa terkilan. Kerana aku tidak sempat memadamkan api kemarahanmu itu. Dan tidak sempat membimbing tanganmu kearah taman bunga-bungaan yang indah supaya marahmu reda. Supaya ceriamu kembali. Supaya wajahmu kembali seri.

Lantaran aku tau, luka hatimu berdarah kembali. Namun aku lalai dengan kesibukanku. Lalu engkau pergi dalam kesejukan pagi dengan tiada baju membalut tubuh. Aku tahu engkau tidak pernah minta dikasihani, namun akulah yang merasa kasihan pada diri sendiri kerana meminggirkan persahabatan itu. Kerana menjadi lelaki yang rugi dalam hidupnya. Entah apalah harganya bagi kutebus dosa ini.

Aku tidak meletakkan engkau sahabat yang terbaik. Kerana terlalu singkat waktu kita berkenal. Namun aku sangat memerhatikan engkau. Dan menyayangi persahabatan yang pendek itu. Kerana aku melihat persamaan yang sangat banyak diantara kita. Yang mana engkau dan aku adalah dua insan yang memiliki sangat banyak kelemahan. Namun engkau tidak pernah melihatnya sebagai kekurangan, malah engkau melihat kelemahan aku juga sebagai sebuah keunikan, dan bergitu jugalah engkau itu pada pandanganku.

Dan aku sedar tidak sedikit yang tidak menyukai engkau. Biarkan mereka. Biarkan mereka dengan curiganya. Namun ada diantaranya yang sebenarnya ikhlas denganmu, cuma kadang-kadang engkau juga selalu berperasangka. Sedang aku sendiri berada dengan dada yang terhimpit kedinding-dinding itu. Yang mana mereka yang berlaku tidak baik kepada mu itu juga sahabat-sahabat aku. Namun selalu aku bisikkan padamu. “Hiduplah dengan penuh kemaafan, dan hidup ini lebih indah bila  kita hanya tahu berkasih sayang.” Aku tidak pasti adakah ianya mendatangkan pelajaran bagimu ataupun tidak. Tetapi itu bukanlah menjadi soal kepadaku, kerana aku menerimamu beserta dengan sifat yang lemah itu.

Setiap perkara yang berlaku itu hanya Allah yang lebih mengetahui hikmahnya. Kerana sesungguhnya tiada sesuatu yang Allah tentukan dan laksanakan itu sia-sia. Kerana Allah itu Maha Bijaksana.

Al-Fatihah Buat Mohammad Hanif bin Abdullah

Posted on Thursday, December 10, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Thursday, December 3, 2009

Memang aku nih jenis yang pelupa ataupun jenis yang tak sensitive, entahlah. Bulan lepas aku lupa pasal peperiksaan SMU anak aku, minggu ni pulak aku lupa pasal adik aku ‘acik’ yang ngambik SPM. Adeh. Sori sangat-sangat acik, Long lupa. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Amin

Posted on Thursday, December 03, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Wednesday, November 25, 2009

















Selamat menyambut hari raya korban bagi semua umat Islam. Semoga Allah melimpahkan keberkataan dan pengertian pengorbanan itu disematkan kedalam diri setiap dari kita. Sebenarnya dalam kehidupan yang sangat singkat ini besar atau kecil pengorbanan yang dilakukan itu bukanlah menjadi soal atau ukuran. Tetapi keikhlasan pada setiap pengorbanan itulah yang menjadi ukuran.

Dikatakan, orang yang paling banyak berkorban adalah orang yang paling mengerti dan memahami nilai hidup ini. Dan bergitulah sebaliknya, yaitu orang yang paling mengerti dan memahami kehidupan ini, pasti ianya tidak berat untuk berkorban.

Dan sesungguhnya pengorbanan itu berat bagi yang mencintai dunia ini. Namun ianya manis bagi mereka-mereka yang mengingati mati dan mereka yang mencintai kampong halaman yang kekal. Dan sesungguhnya hidup dan mati itu sangat adil perjalanannya. Dan kita pasti akan diperhitungkan apa yang telah kita lakukan.



Dari setiap nafas aku yang tersisa ini, aku menghirupnya dengan rasa yang amat  takut. Jika melihatkan pengorbanan mereka-mereka yang terdahulu itu. Jatuhlah kehidupan yang aku lalui selama ini hanyalah pembaziran yang nyata. Jalan yang dipilih itu juga adalah jalan yang sia-sia. Sejauh manakah aku telah berkorban untuk Allah dan RasulNya? Untuk agamaNya? Atau terdekat itu, untuk ibu bapaku sendiri? Untuk keluargaku, dan saudara-saudaraku? Jika hendak mengukurnya dengan timbangan, aku tidak pasti sama sekali adakah tersisa diatas dacing.

Sebenarnya, sifat mementingkan diri sendiri itu amat tinggi sekali didalam diri. Perpatah yang pernah aku dengar. “hidup ini ada ketikanya kena juga mementingkan diri sendiri” Benarkah? Bagaimanakah keadaannya kita hari ini jika Rasulullah dan Sahabat-sahabatnya berfikiran sedemikian? Dan dalam membela agama Allah ini adakah mereka menyimpan sedikit bahagian yang diperuntukkan untuk diri mereka sendiri?

Mari kita perhatikan kisah di awal kedatangan Islam itu. Bagaimanakah Khadhijah r.a. telah menghabiskan seluruh hartanya. Aku ulangi, seluruh hartanya. Dan mari perhatikan dialog sewaktu ia menyambut kedatangan pengantin lelaki, yakni Muhammad SAW. “wahai Muhammad, segala yang menjadi kepunyaanku(diri dan harta benda) ini terpulanglah seluruhnya kepadamu untuk diapakan.”

Dan kemanakah semuanya dihabiskan? Tiadalah  semua itu melainkan kejalan Allah dan membela agama Allah itulah. Dan marilah kita menghayati sedikit petikan dari kisah ini. Ianya adalah kisah saat sakratul maut Saidatina Khadhijah r.a.

Dalam keadaan kesakitan yang amat itu, dia mengungkapkan kata-kata yang menyebabkan Jibril juga hiba. Katanya,  “Wahai rasul utusan Allah, tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah. Andai selepas kematianku, tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini”. Rasulullah SAW berasa sayu mendengar semua itu. Jibril naik bertemu Allah. Jibril bertanyakan Allah, adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?

Allah menjawab pertanyaan Jibril – bukan hanya kata-katanya sahaja yang Aku dengari malah bisikannya juga. Allah memerintahkan Jibril menyampaikan salam buat Saidatina Khadijah.

Jibril turun dan memberitahu Rasulullah SAW akan hal itu. Rasulullah SAW menyampaikan salam tersebut kepada isteri tercinta. Turut diceritakan bahawa dalam sesetengah riwayat tangan Saidatina Khadijah seakan bersilang saat menyambut salam itu dan Saidatina Khadijah melafazkan bacaan yang begitu masyhur yang sering kita lafazkan selepas solat.

Allahumma

antassalam- waminkassalam

Wa ilaika ya’uudussalam

Fahayyina rabbana

bissalam

Waadkhilnal

jannataka daarassalam

Tabaa rakta

rabbana wa ta’alaita ya dzal jalali wal ikraam

Ya Allah,

Engkaulah kesejahteraan, dariMulah asal kesejahteraan dan kepadaMu pula kembali kesejahteraan, maka hidupkanlah aku dengan kesejahteraan dan masukkanlah aku ke dalam syurga kampung kesejahteraan. Maha Mulia Engkau ya Allah yang memiliki kemegahan dan kemuliaan.

Dan Nabi SAW juga pernah bersabda "Islam itu tegak di atas harta Khadijah dan Abu Bakar"

Kerdil benar aku ini. Sesungguhnya aku tidak ingin hanya risaukan pada tembolokku sahaja. Tetapi bertapalah susahnya untuk mendidik diri dan meletakkan mereka yang telah mendapat redha Allah itu sebagai tauladan yang perlu dicontohi.

“Dan sesungguhnya pengorbanan mereka-mereka itu sangat tinggi nilainya disisi Allah. Malah, andai aku memiliki dunia dan seisi-isinya ini sekalipun, dan aku belanjakan kesemuanya kejalan jihad kepada Allah. Ianya masih lagi tidak menyamai satu bahagia dari seribu bahagian yang mereka telah belanjakan.”

Posted on Wednesday, November 25, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Tuesday, November 17, 2009

Dalam 2,3 minggu kebelakangan ni, memang boleh dikatakan hari-hari hujan. Sebenarnya aku ni suka sangat dengan hujan. Kalau boleh aku nak rumah kat tempat kadar hujan yang paling tinggi sekali kat dunia ni. Kalau kat Malaysia nih kadar purata hujan yang paling tinggi ialah di sekitar Bayan Lepas yaitu melebihi 413.9 mm dan kedua di Sibu yaitu lebih kurang 405.0 mm. Hah ! Kalau aku nak beli rumah atau tanah untuk dibuat rumah , tempat nilah yang aku akan cari. Hehheheeh…tapi kena beli rumah atas bukit lah, sebab aku sukakan hujan tur bukannya banjir. Kalau tidak kena berumah atas rakit ler.

Sebenarnya aku tak suka cuaca panas. Berpeluh-peluh, melekit-lekit, meleh-leleh peluh, ayo yo. Pernah aku berimaginasi yang nak buat rumah aku berupa peti ais yang besar. Sebesar bangunan 2 tingkat tur misalnya. Dan aku binalah rumah dalam dia. Huihh tentu lah bes, sejuk dingin jer. Tapi aku terpikirlah pulak. “mampus nak membayar bil letrik” Satu masalah lagi ialah, bila mana TNB ni blackout. Hah tak ker haru aku ngan anak bini semer. Dah la gelap, panas pulak. Heyyy…tak bley2. tak jadilah buat rumah dalam peti ais.

Setiap orang ada minat dan kecenderungan pada sesuatu, itu yang membentuk kepada hobi atau sebagainya. Macam aku nih, aku suka sangat dengan lampu picit (lampu picit yang mentol dia diot’ tu. How to spelling? Entah laa aku tak tau betul ketidak ejaan tur) tapi yang lampu mentol banyak-banyak turlah. Sampai kalau berenti kat kedai 2 engget, itu lah benda yang aku akan cari dulu. Macam adik aku yang no 2,Ngoh pulak dia nih suka sangat dengan besi berani. Dari kecik dia mengumpul besi berani, sampailah dah tua-tua ni pun dia suka ngumpul bender tur lagi. Kalau jumpa ngan hardisk yang rosak , habis dikecai-kecaikannya. Semata-mata sebab nak amek besi berani dalam tu. Hahahahha. Kalau adik aku yang no 3 pulak,Dee, dia ni obsess ngan barang-barang pertukangan nih. Macam mesin ketam papan, drill, dan bender-bender seangkatan dengannyalah. Aku minat juga tapi aku lebih minat dengan mender-menda yang menyala. Satu lagi lighter. Huih hhihihi, pantang laa jumper bender nih, memang aku suka sangat dengan lighter, tapi minat ni dah berkurangan dah. Tak macam dulu. Kalau dulu, bila balik dari travel kemana-mana misti 2,3 bijik lighter yang aku bawak balik. Dalam simpanan aku sampai 2,3 kotak lighter. Macam-maca jenis.

Kita tinggalkan cerita pasal tu. Kita berbalik pada berumah dikawasan yang paling tinggi kadar hujan semula. Dulu, dulu laa, lama dulu ada orang pernah cerita ngan aku. Dia pernah tinggal kat Setiawan Perak. Katanya hari-hari hujan. Bila petang jer, hujan, bila petang je hujan. Tapi bila aku try google tak der pulak cerita yang Setiawan nih tinggi kadar hujannya. Sedang aku dah terpikir-pikir, kalaulah aku dapat beli rumah kat sana, tak pun beli tanah dan buat rumah kat kawasan nih. Hah! Bapok laa besyer. Kalau nak gi mana-mana kena pakai kasut boot yang getah tu. Kena pakai baju hujan, dan kereta dah tak sesuai, kena pakai 4X4. adehhhh bes gilerrrrrrrrr!!! Anak-anak aku tentulah suka sangat main hujan hari-hari cuti sekolah. Hari sekolah tak bley laaaa, teruk laa bini aku nak membasuh baju penuh ngan lumpur hari-hari. Tapi sebenarnya untuk suasana macam ni, kalau rumah bandar tak bes sebenarnya. Aku rasa susana kampong tur lebih syok lagi. Dengan pokok-pokok kelapa yang tinggi-tinggi. Sawah , hutan belukar. Adoi, sebenarnya aku rindukan zaman aku kecil-kecil la kot.

Posted on Tuesday, November 17, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Thursday, November 5, 2009


Posted on Thursday, November 05, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Monday, October 26, 2009

Pukul lapan malam tadi anak dara aku yang no dua ada call. Dek kerana aku tak kenal no publik kat asrama dia. Jadi dengan selamba jerlah aku jawab. “Yup ello! Saper nih?!” Adeh... kicik ati anak aku gamaknyer. Hehehehe sorry sayang. Papa tak pasan. Kebetulan pulak tengah layan lagu Nightwish. Kuat sikit pulak tur aku pasang. Jadinya tak cam suara dia.

“Papa sihat?”

“Sihat Alhamdulillah. Angah?”

“Angah sihat. Papa sibuk ker?”

“Tak..papa tak sibuk.”

“Sebenarnya angah nak bagi tau papa, esok angah start peksa.”

“Iyer kerr..? Okey selamat berjaya yerp?” Hisk rasa bersalah laa pulak aku. Boleh tak ingat aku yang dia nak start peksa esok. Dah lah untuk percubaan ari tur aku tak ucap tahniah pada dia sebab dapat pangkat 1 untuk percubaan SMU dia. Dan lebih menyedihkan ucapan tahniah dari aku tak juga sampai bila dia dapat pencapaian markah yang paling tinggi diantara calon-calon SMU disekolahnya. Nih aku lupa lagi.
Gambar Anak Aku Yang No 2

Gambar Anak Aku Yang No 2

Aku pernah kata pada seseorang, kononnya nak mengingatkan dia, tapi dalam waktu yang sama aku sendiri yang terlupa pada banyak perkara. Dan terlepas saat-saat emas itu.

[“Dalam mencari kesenangan dunia yang sementara ini, manusia sering terlupa dan tertinggalkan sesuatu yang penting di tengah-tengah perjalanan itu. Perasaan dan perhatian mereka yang menyayanginya sering terabai. Janganlah engkau mencari kesempurnaan dalam dunia ini, kerana ianya tidak mungkin sama sekali. Ucapkanlah terima kasih kepada yang memberi, maafkanlah pada yang bersalah. Dan ringankanlah pada yang susah. Sesungguhnya manusia yang paling baik diantara kamu itu ialah yang paling banyak memberi menafaat kepada orang lain. Aku, engkau, dia dan mereka, atau siapa saja. Mungkin pernah terluka, mungkin pernah kecewa. Namun janganlah berputus asa dengan kebahagiaan. Dan kebahagiaan itu juga bukanlah datang dengan satu rupa. Kadang-kadang ianya berupa airmata, kadang-kadang ia berupa gelak tawa. Kadang-kadang ianya datang dengan sedikit kesakitan dan kepedihan. Maka bersabarlah. Dan semoga Allah menambah kebaikan kepada kita semua.

Ada yang bertanya kepadaku “ untuk apa engkau merepek-repek ini wahai orang yang tidak aku kenal? “

Maka jawabku, "Salahkah aku hendak berkata yang baik-baik yakni memberi peringatan kepada diri aku sendiri? Dan aku memahami sesuatu, yang engkau itu adalah aku , dan aku ini adalah kamu."]

Dan ini pula kata-kataku dahulu.

[“Aku umpama kemarau yang rindukan tengkujuh. Dan bila tiba musimnya,  maka berakit-rakitlah dengan gembira diarusnya. Sangat berharga saat itu. Dan sangat berbaloi kepenatannya. Jika dipanjangkan umurku mengikut sukatan umat Muhammad SAW. Maka maknanya hanya tinggal separuhlah ia. Dan aku tidak sama sekali ingin ianya di penuhi dengan perselisihan dan dendam yang merugikan. Bukan pada golongan yang tertentu, tetapi kepada sesiapa sahaja. Aku ingin mengisinya dengan kasih sayang sahaja, tiada yang lain selain dari itu. Dan aku juga berusaha kearah itu dalam membentuk hatiku.

Hakikatnya, pergaduhan dan perselisihan dahulu itu lebih indah dari ketenangan secara bersendirian ini.

Tetapi sekali lagi waktu menjadi musuh. Tidak mungkin kita mengundurkan masa lalu.”]

Sungguh beruntung mereka yang tahu menghargai masa. Dan menfaatkannya untuk sesuatu yang baik. Dan berkongsi sama dengan orang lain. Tidak lokek pada kebahagiaan dan sabar dengan penderitaan. Tidak mengeluh-ngeluh pada ujian yang diturunkan. Dan aku kuatir aku tidak tergolong didalam golongan itu. Aku risaukan diri yang selalu lalai dengan warna-warna indah dunia.

Seperti aku pernah katakan. Dan ianya menjadi pegangan hidupku.
[“Aku tidak mencari kesilapan dan kelemahan orang lain, dan aku juga tidak mengumpul kejahatan mereka, jadi aku tidak berminat utk mencari dan melihat pada kejelekan itu. Yang aku cari dan aku lihat cuma kebaikannya sahaja . Dan itu lebih bermakna dari segalanya.”]
Dan demi Allah, itu benar. Bukan perkataan aku itu benar, tapi pengakuan aku itu benar. Dan aku berusaha kearah membentuk hatiku dan perlakuanku kearah itu. Namun aku juga manusia biasa. Yang lahir dihujung zaman yang kacau bilau. Selalu  saja  terlepas pada apa yang digengam. Sedang pada perkiraanku aku telah menggenggamnya dengan sangat erat.

Warkah buat anakku.

Wahai anakku, aku ayahmu ingin berpesan. Janganlah engkau leka dengan dunia yang sangat mencabar ini. Janganlah engkau melihat Agama itu dari sudut yang mereka lihat. Yang mana mereka memudahkan sesetengah perkara yang diberatkan. Dan jangan pula engkau memandang ringan pada keinginan orang lain. Bukan aku memberatkan engkau supaya bersangka buruk. Tetapi aku tidak mahu engkau meringankan dalam perkara menjaga dirimu.

Aku adalah ayahmu dan aku sangat keras dalam perkara ini. Kalian adalah anak-anakku. Dan kalian mengetahui kemahuanku dan pendirianku. Aku tidak sehaluan dengan mereka yang berpandangan Agama ini sangat menyusahkan. Pandanganku jelas!! Yang Agama ini adalah Islam dan Islam itu sangat indah. Takwa dan tawakal itu berat bagi yang tidak meletakkan Allah itu di Maqam yang sepatutnya. Dan jangan engkau sekali-kali berserta dengan mereka yang tidak berserta denganku dalam perkara ini.

Aku melihat Agama itu suatu yang sangat penting. Dan aku hanya yakin kejayaan manusia ini hanya didalam Agama.

Ingatlah anak-anakku. Ilmu yang kalian tuntut bukanlah untuk soalan-soalan peperiksaan didunia ini. Tetapi ianya jawapan kepada soalan-soalan didalam kuburmu. Dan sesungguhnya aku ayahmu tidak menyediakan dunia bagimu. Kerana bagi orang-orang yang memiliki Agama didalam hidup mereka, dunia akan datang dengan sendirinya. Dan dalam hal ini mereka juga tidak sependapat denganku. Maka pilihlah kalian. Antara hidup yang kepenatan menghimpun dunia yang tidak pernah cukup ini atau ketenangan hidup yang sederhana didalam Agama Allah.

Janganlah engkau menjadi seperti orang-orang yang menjunjung dunia ini diatas kepala-kepala mereka. Sedang Agama itu mereka hanya gengam dengan sambil lewa. Dan apabila kepentingan dunia mereka terancam, mereka melepaskan Agama yang digenggam itu dan menyelamatkan dunia yang terjunjung diatas kepala. Wahai anakku, janganlah engkau menjadi seperti keldai-keldai ini.

Yang Benar Aku Ayahmu

Posted on Monday, October 26, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Tuesday, October 20, 2009

Sesungguhnya orang yang tidak mahu berdoa kepada Allah itu adalah orang yang menyombongkan diri, dan orang yang berdoa kepada Allah tetapi tidak mahu berusaha itu pula adalah orang yang bodoh.

Aku telah jauh berjalan, dan aku telah ramai berteman. Satu ketika dua teman ku telah berkelahi sesama mereka dan tidak bertegur untuk sekian waktu. Sewaktu ketiadaan ku salah seorang dari mereka telah pergi 'dijemput Penciptanya'.

Lalu aku tanyakan kepada temanku yang seorang lagi itu..."Apakah perasaanmu?" lalu dia menyerahkan kepada ku satu coretan yang bertajuk "in the graveyard someone is your enemy" (............)

Dalam jarak waktu yang berlainan pula, aku telah berkata kepada seorang dari sahabat ku yang bernama Rusli.

"wahai sahabat, mahukah engkau bersama denganku, kita berdua berdoa. Yakni aku berdoa akan kehendakku dan engkau meng'aminkannya. Dan selepas itu engkau berdoa akan kehendakmu, dan aku meng'aminkannya. Seperti yang pernah dilakukan oleh dua orang sahabat r.a. Yang akhirnya mereka memperoleh syahid(salah seorang) dan kemenangan di medan perang(salah seorang darinya)seperti kehendak doa masing-masing itu."

Lantas ia bersetuju, dan aku pun berdoa kepada Allah, agar dikurniakan segala kebaikan didunia dan di Akhirat, mohon keampunan atas segala dosa2 ku, segala dosa kedua ibubapaku, saudara2 ku dan sahabat-sahabatku. Lalu dia meng'aminkannya. Dan apabila tiba gilirannya, dia berdoa dengan sangat perlahan, sehingga aku tidak mendengar apakah yang didoakannya. Tetapi aku tetap meng'aminkannya.

Lalu selepas itu aku berkata kepada dia. “Andai kata seorang dari kita kelak akan pergi dahulu, maka dialah yang akan tahu lebih dahulu adakah doanya dimakbulkan atau tidak oleh Allah. Dan andai aku yang pergi dulu sebelummu, maka engkau ingatlah akan perkataanku pada hari ini. Dan jika engkau yang mendahului aku dalam perkara ini. Maka aku pastinya tidak akan melupakan peristiwa ini.”

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina" (Al Mu'min:60)

Selang beberapa bulan sahaja, aku menerima berita kepergian sahabatku yang bernama Rusli itu. Yakni sehari terlewat dari tarikh kematiannya. Dan aku berkata-kata sendirian . “Sekarang tahulah engkau wahai sahabat, apakah doa ‘kita’ dahulu itu telah Allah terima atau tidak. Sedang aku masih lagi tertanya-tanya  akan jawapannya.”

Yaa Allah, dimanakah letaknya amalanku disisiMu? Dimanakah pula letaknya doaku? Adakah ianya memberatkan timbangan kananku? Atau ianya seringan debu-debu yang melayang sahaja.

Rasulullah SAW bersabda, ''Doa seorang hamba Allah tetap dikabulkan selama ia tidak berdoa untuk suatu perbuatan dosa atau memutuskan silaturahim atau tak terburu-buru segera dikabulkan.'' Seorang sahabat bertanya, ''Wahai Rasulullah, apakah maksud terburu-buru?'' Rasulullah menjawab, ''Ia mengatakan, 'aku telah berdoa tapi aku tidak melihat doaku dikabulkan', sehingga ia mengabaikan dan meninggalkan doanya itu.'' (HR Muslim).

Aku bicarakan mengenai perkara ini bersama Poksu ( adik iparku ). Kadang-kadang sampai semalaman kami berbicara. Dari hal dunia dan hal-hal akhirat. Dan juga hal-hal yang diantaranya. Maka aku ceritakan peristiwa mengenai aku dan arwah sahabatku Rusli ini kepadanya. Dan sangat dalam iktibar yang kami perolehi dari kejadian itu. Dan aku juga berkata kepadanya. “Andainya salah seorang dari kita ini pergi bertemu Allah mendahului dari yang seorang lagi. Maka yang tinggal itu nanti pastinya teringatkan saat ini, seperti aku teringatkan saat aku berdoa dan berkata-kata demikian bersama arwah sahabatku Rusli.”

Aku pendekkan ceritanya. Senggang 4 bulan dari waktu itu. Poksu juga pergi dijemput Ilahi. In na lillah hi wa in na lilla hirojiun. Maha Suci Allah yang Maha Tinggi lagi Bijaksana. Sesungguhnya hanya dialah yang lebih Mengetahui akan yang tersirat disebalik yang tersurat itu.

Ada ketikanya selepas itu aku sangat mengingati mereka. Sehingga aku rasakan mereka hadir diantara kesepian malam. Seolah mereka berkata-kata kepada aku. “Hentikanlah perbuatan yang sia-sia, tambahilah bekalmu selagi engkau masih berpeluang. Sedang kami telah berserah kepada belas ehsan Allah seluruhnya.”

Dan perkara ini juga aku ceritakan kepada Tengku Bongsu( salah seorang adik angkatku ) Lebih tinggi ilmu pengetahuannya dari aku, lebih luas pula pengalaman hidupnya dari aku. Sedang umurnya juga jauh melebihi aku sebanyak enam tahun. Aku tidak pasti kerana apa ia mengangap aku lebih kanan darinya. Dan sentiasa memperkenalkan aku ini adalah abangnya.

Dan November 2007 Allah telah menjemput juga sahabat aku yang seorang ini. Dan demi Allah, aku sangat-sangat mengingati mereka saat ini. Aku sangat rindukan mereka. Sokongan mereka saat sayapku patah. Teguran mereka saat aku terlupa akan bumi dipijak. Demi Allah yang Maha Besar, sesungguhnya mereka jauh lebih baik dari aku dalam sesetengah perkara. Malah dalam banyak perkara. Sedang tempat mereka itu tidak juga aku pasti dimana. Dan aku yang tertinggal ini lebih beruntung didalam sesetengah hal. Namun masih juga aku tidak menafatkan keberuntungan ini.

Posted on Tuesday, October 20, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Monday, October 12, 2009

Saat-saat yang sempat aku rakamkan. Rumah terbuka dirumah Dee , aidilfitri 2009

Bertapa kita tidak sedar sebenarnya masa saban saat, saban hari terus-terusan meninggalkan kita semakin jauh. Semua kenangan yang menyakitkan itu tidak lagi benci untuk dikenang, malah ia telah menjadi kenangan manis yang mendewasakan. Dan kenangan-kenangan manis itu pula umpama penawar duka lara pada kekalahan hari ini. Bertapa kita senangnya bercerita semula bersama adik-beradik, saudara mara dan teman-teman rapat mengenai sejarah silam. Bertapa hati kita yang hiba rasa terhibur dengan memori-memori lalu itu.

Pernahkah kita terfikir kenapa kita lebih ghairah bercerita saat dan ketika, yang kita lalui bersamanya? Sekian lama tidak ketemu, kenapakah  tidak bertanyakan apa cerita perjalanan hidup mereka yang kita terlepas? Itulah kenyataan yang perlu dihadapi, kita sebenarnya sangat menghargai antara satu sama lain. Itulah hakikatnya, pergaduhan dan perselisihan dahulu itu lebih indah dari ketenangan secara bersendirian ini. Tetapi sekali lagi waktu menjadi musuh. Tidak mungkin kita mengundurkan masa lalu.

Saat aku dan kalian sama-sama meneroka kehidupan ini dengan cara yang tidak dilakukan oleh mereka yang lain. Saat kita mencetuskan evolusi pemikiran yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa sebelum dari kita. Dikalangan mereka cuma sedikit yang menolak, dan sangat kecil golongan yang menentangnya. Besar dari mereka terpegun dengan falsafah kita mengenai kehidupan dan persaudaraan. Kemanakah waktu lalu itu? Adakah ianya telah menjadi angin lalu? Yang tidak mungkin akan kembali, atau ianya hanya tertanam sebagai memori? Aku sangat rindukan waktu itu. Aku sangat rindukan keghairahan mudaku. Semangatnya, kekuatannya, kesepakatannya.

Setelah sekian waktu berjalan secara bersendirian, hanya satu yang aku sangat sesal. Dan hari demi hari kekesalan itu semakin menebal. Ku kesal kerana kita semakin renggang antara satu sama lain. Aku menjadi asing kepada kalian, dan kalian menjadi sangat sukar untuk dikenali. Aku semakin susah didekati dan kalian semakin sulit difahami. Sedang berdiri diantara dua waktu itu adalah mereka yang sudah sangat bebeda.

Aku teringatkan waktu dulu. Waktu kita bersama meredah arus kehidupan ini. Sedikit benar hidangan tersaji, namun menjamah dengan penuh nikmat dan syukur.  Berbangga aku pada yang berusaha kearah membaik pulihkan semua itu. Demi Allah aku akan turut sama. Biar bertapa payahnya mempertahankan sebuah hubungan ini atau membaikinya. Aku tetap akan turut serta. Tidak sekali-kali aku hanya berpeluk tubuh kali ini. Dan aku juga harap kalian akan berbai’at denganku dalam perkara ini.

Dahulunya kita menyanyi dalam nada yang sama tiada yang sumbang. Menari dalam rentak yang serupa tiada pincang. Dan kini biarlah kita melagukan lagu yang bebeda antara satu sama lain. Dan melaungkan falsafah hidup yang berselisihan. Namun penganglah satu kata. Yang persaudaraan itu berharga. Dan persahabatan itu nyata indahnya.

Rumah terbuka Dee yang lalu membuatkan aku sedar bertapa dia berusaha kearah itu. Mencontohi mereka yang terdahulu dari kami dalam memelihara hubungan keluarga itu. Dan berusaha kearah menjaga tali persahabatan. Maka aku juga terasa akan hasilnya. Walaupun tidak banyak, tetapi itu sangat memadai. Dan tidak mahukah lagi kita sama memikul yang berat dan menjinjing yang ringan itu?

Aku umpama kemarau yang rindukan tengkujuh. Dan bila tiba musimnya, maka berakit-rakitlah dengan gembira diarusnya. Sangat berharga saat itu. Dan sangat berbaloi kepenatannya. Jika dipanjangkan umurku mengikut sukatan umat Muhammad SAW. Maka maknanya hanya tinggal separuhlah ia. Dan aku tidak sama sekali ingin ianya di penuhi dengan perselisihan dan dendam yang merugikan. Bukan pada golongan yang tertentu, tetapi kepada sesiapa sahaja. Aku ingin mengisinya dengan kasih sayang sahaja, tiada yang lain selain dari itu. Dan aku juga berusaha kearah itu dalam membentuk hatiku.

Aku lihat Ibuku yang telah memutih rambutnya. Aku teringatkan kakekku yang tidak sempat aku berbakti kepadanya. Maka aku tidak akan mempersia-siakan masa yang tersisa itu. Dan tidak akan aku ulangi kelalaian ini. Akan aku cuba dengan sedaya upaya untuk memberi  kebahagiaan kepadanya.

Bilamana bertemukan pamanku yang telah lanjut usia itu, membuatkan aku tersedar bertapalah Abah lebih tua dari itu. Dan bertapa sedikitnya peluang aku untuk melakukan perananku sebagai seorang anak kepadanya. Janganlah kalian lihat pada hasil yang sedikit itu. Tapi lihatlah pada kesungguhanku mendukung falsafah ini.

Sebenarnya aku ingin memanjangkan bicaraku kali ini. Biar ianya menjadi peringatan kepada diriku sendiri dan kepada orang lain. Yang bertapa berharganya masa itu. Bertapa bermaknanya persaudaraan dan persahabatan. Tidak ternilai walau dengan segunung emas sekalipun. Tetapi entah kenapa aku hilang perkataannya. Aku hilang ilhamnya. Kerana mungkin semua ini tidak bisa untuk diungkapkan dengan kata-kata. Atau ianya bukanlah angan-angan yang diilhamkan oleh minda.

Posted on Monday, October 12, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Thursday, October 8, 2009

Ceritanya mula bergini. Macam biasa aku buka Bumicyber. (kener citer awal2 bender nih, hihihi kalau tak mau sekali lagi terkanjat giler Dee mbaca posting nih karang, hahahaahaha) Tak ada yang menarik sangat berlaku yang nak aku kongsi. Kecuali satu hal yang buat aku kelam kabut sekejap. Bengang pun ada. Pertama sekali aku nak ulang balik tajuk kat atas tu. Bumicyber terbakarlah pulak. Maksudnya bukan cc nih terbakar, tapi wayar kat fius yang kat bawah meter dia tur yang terbakar.

Yerlahkan dah bender tur bukan dok dalam kedai kita nak perasan. Jauh, tepi tangga blok kedai ni. Tukang cek meter api ni pun satu. Tak nak dia tolong adukan kerosakan tu. Nasiblah budak Myamar (pak guard Twintech nih yang bagi tau). Dengan dia tak reti cakap melayunya. Aku cakap omputih pun dia tak paham. Jadi dia bercakap Myamar, aku pulak cakap melayu. Hah!! Bantai la aku kata. Sudahnya dia tarik jer tangan aku pegi ke fius yang terbakar tu.

Sepatutnya, kedai ni hak Bidari Ehsan Sdn. Bhd. Jadi dialah sepatutnya selesaikan masalah ni. Aku panas hati betul dengan Hj…. (hj aper entah aku pun tak tau namanyer,  aku panggil hj tak jadi jer). Sepatutnya dialah yang call TNB, sebab aku tengok pada bil ni nama dia. Nama Bidari Ehsan. Bukan aku kesah sangat nak call tur. Senang jer. Tapi Hj ni menyakitkan hati aku. Dia siap cakap omputih ngan aku.. ‘tis is yor resporn’ siberliti” kata dier… uwekkkk!!! Nak muntoh aku ndengornyer. Dia ingat aku nih cikai sangat gamaknyer kalau takat skeping’ dia tu. “huihh Hj…. 5 tahun laaa pengalaman aku dalam perhotelan, mungkin speling aku hancur, tapi aku nyer pronounce’ dan broket’ jauh laa lebih baik dari engkau.

gerun juga bila nengokkannya...

Sakit hati aku pasal paip tandas pecah hari tu pun belum ilang lagi. Ni sampai satu lagi hal. Hj ni memang laaa. Aku cakap, “bukan ker Bidari Ehsan sepatutnya ambil tindakan untuk maintanen’ setiap kedai dia? Apa yang susah sangat nak call TNB nak buat aduan nih?!!” Sambil aku jegil-jegilkan mata ke dia. Geram benor dah. Dah laa tadi pagi dia nak ngepau rokok aku. Selamba jer aku cakap “sori, tak der, tinggal dalam kedai” huh!! Malu jer dia masuk balik opis dia. Lepas tur dia keluar semula, agaknya dia tak puas ati la dengan aku, dia keluar semula ugut aku pulak dah. Kata dia “u oll just had 2 mun je lagi ni, nanti we should’ had a new agremen” Kampang betul!!! Itu jer lah modal dia. Hai Hj… baru jerr lepas Raya kita ni(eceli tak abih Syawal pun lagi, engkau dah nak bergaduh ngan aku)

Nak dipendek kan cerita, aku call TNB. Tak harap aku ke Bidari Ehsan ni. Karang bergelap Bumicyber. Jadi TNB kata dia akan hantar orang dia untuk baiki benda tu. Mintak-mintak tak la lama kalau dia repair tu. Janganlah sampai kena tutup pulak Bumicyber. Sale? kaver? adehh..... Dee pulak tak respon aku nyer msg lagik. Aku ni jenis payah sangat nak buat call ni.

Posted on Thursday, October 08, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Friday, October 2, 2009



Hari ini dah terjadi satu yang sangat menggemparkan. Satu yang aku akan ingat seumur idup aku. Giler betul pengalaman ni. 

Mula-mula cam biasa aku buka Bumicyber. Tengaharinya waktu makan tengahari aku pun keluar. Biasanya aku akan makan yang berat-berat Cuma sekali sehari jer. Dalam pukul 6 petang. Sebelum tu aku makan jelah benda-benda yang ringan-ringan. Nak diet laa konon. Hihihi. Tapi hari ni rasa macam nak makan nasik sangat lapulak. Aku pun pergilah. Oleh kerana kedai makan Cuma kat sebelah, dan tengahari ni user yang login cuma ada sorang. Jadi aku tinggalkan jerlah. Selalunya diorang nih tunggu aku, tak pun dia akan cari aku kat kedai sebelah. Tapi itu kebiasaannya. Manalah tahu hari ini nak jadi yang luar biasa pulak.

Lebih kurang10 minit aku pun siap makan dan aku pun balik Bumicyber. Punyerlah terkejutnya aku tengok keadaan dalam Bumicyber. Dengan 2,3 bijik LCD tergelempang jatuh, dengan cash mesin terjatuh kat lantai dan terbuka. Huih!!! Giler. Aku pandang kiri-kanan dalam Bumicyber. Lengang, cuma ader sorang budak. Memang budak nil ah yang aku tinggalkan tadi. Mulut dia tolopong, mata dia terbeliak cam terkejut sangat. Pintu belakang pulak terbuka. Hisk, macam mana boleh terbuka ni. 

Aku Tanya pada dia. “Kenaper nih!!!?”

Dia tak boleh nak bercakap, agaknya fobia sangat. Dia Cuma geleng dan tunjuk kearah pintu belakang yang terbuka. 

Aku Tanya lagik. “Kenaper ni??!!”

Dengan tergagap-gagap dia bercakap. “Perompak, dia, dia, lari ikut be, belakang.”

Aku pun tak menunggu lama, terus aku berlari kebelakang. Aku nampak duit singgit2 bertaburan. Sampai kepintu belakang, aku tengok ada kemah-kemah expo dibuka dengan banyaknya. Dan dah ada orang yang berniaga pun. “Hiskk…mana boleh jadi gini nih, bukan ker belakang Bumicyber nih hutan kelapa sawit?”
Aku dah heran, tapi dek kerana masih panic ngan kejadian rompakan itu tadi semua perasaan tur aku abaikan.

Tiba-tiba muka aku jadi pucat lesi bila teringatkan sesuatu. Jantung aku berdebar kuat. Aku teringatkan duit collection minggu ni. Dee belum ambik lagik, adalah dalam 7,8 ribu(nilai tu ditokok tambah laa nak nyedapkan cerita) Sudah!!! Aku terus meluru ketempat aku simpan duit tu (tak leh cakap kat mana karang kantoi laa) Bila aku buka, Alhamdulillah…syukur ader tak bersentuh. Fuh!!

Aku keluar ikut pintu depan. Niat nak pergi kekedai Abey(kedai makan mek siam) Nak mintak tolong dia hantarkan aku kebalai polis. Aku nak buat report. Tiba-tiba. “lirikan matamu menarik hati, oh senyumanmu manis sekali..”

Hiskk..alarm HP aku bunyik. Laa, aku mimpi rupa-rupanya. Huih, real giler. Cepat-cepat aku keluar bilik, tengok Bumicyber. Oke jer. Memang sah lah aku bermimpi. Dengan Hp masih di tangan, aku pun gi toilet dulu. Sekali, jlup!!!... uwaaaa..Hp aku jatuh dalam tandas la pulak. Perghh…dosa aper pulak dah kali ni. Sabor je la.

Posted on Friday, October 02, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Tuesday, September 29, 2009

Rasa-rasanya aku antara orang yang terakhirlah gamoknyer yang post artikel hari raya nih.  Sebenarnya ini pun bukanlah artikel raya melainkan cuma gambar2 raya jer.
 Ni Gambar keluarga sebelah mertua aku. 
  1. Tengku Osman (Beras aku 'pakteh', laki makteh) 
  2. Aku (wirajiwa)
  3. Seri Puteri Indera Wasih (Anak aku yg bongsu)
  4. Mohd Amir Firdaus (Anak aku no 3)
  5. Nur Amalina (Anak aku yg kedua)
  6. Nurashikin (anak sulung aku)
  7. Moha Zamri (Adik ipar aku 'uncle')
  8. Nur Balqis ( Anak aku no 5)
  9. Nur Diyana (Isteri tersayang aku)
  10. Tengku Zaharah binti Tengku Hitam (Mak Mertua aku)
  11. Noor Mala (Adik ipar aku 'makteh')
  12. Mohammad Hakimi alias Seri Indera Putera (Anak aku no 6)
  13. Untie (Isteri 'uncle, adeh..aku tak tau laa nama Beras aku yang ni)
  14. Tengku Iskandar(Anak 'Makteh' sulong)
  15. Tengku Anis Ayuni (Anak 'Makteh' yg no 3)
  16. Mohd Zakuan (Anak 'uncle' yg sulong)
  17. Atirah (Anak 'uncle' yg no2)
  18. Errr... (Anak 'uncle' yg no3, aku tak ingat nama dia, adeh)
  19. Nur Aqilah ('kakak' anak aku yang no 4)
  20. Tengku Ani Awani (Anak 'makteh'yg kedua)
 Ini Pulak Gambar Raya Kerabat Diraja Seri Naga


  1. Adi Nor ('Dee' Adik aku no2)
  2. Yanie (adik ipar aku isteri 'Dee')
  3. Nur Diyana(Isteri aku)
  4. Seri Puteri Indera Wasih (Anak aku yang bongsu)
  5. Nurain ('acik' adik aku yg no7)
  6. Nur Amalina (anak aku yg no2)
  7. Murni (adik ipar aku isteri 'ngoh')
  8. Damia Farisha (anak 'ngoh' satu2nyer)
  9. Shamsul Nizam ('ngoh' adik aku yang no2)
  10. Aku (wirajiwa)
  11. Rosnita ('andak' adik aku no 5)
  12. Suraini (Adik aku yang buncu)
  13. Rabiah (Emak aku yang tersayang)
  14. Faris ( anak 'dee' yang kedua)
  15. Mohammad Hakimi alias Seri indera Putera (anak aku yang ke 6)
  16. Jaffar ('tenno gelap' Abah aku la tur)
  17. Mohd Amir Firdaus(anak aku no 3)
  18. Nur Addeyla ('tang' adik aku no6)
  19. Nur Aqilah (anak aku yg ke 4)
  20. Nurashikin (anak aku yang sulung)
  21. Nur Balqis (anak aku yang kelima)
  22. Danis (anak 'dee' yang sulung)
Wira Tempur, wira Tempur dalam Kerabat Diraja Seri Naga
 Puteri-puteri dan permaisuri Penyeri Keluarga Kami

Keluarga kecil dalam Kerabat kami
Dibawah Gambar keluarga kecil aku (hiskk...tak laa kecil jugak sebenarnya, hehehe)
 Keluarga Kecil Ngoh
 Keluarga Kecil Dee
 
Dan last sekali bonus untuk hari Raya pertama. Birthday Damia anak ngoh.  

Posted on Tuesday, September 29, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Wednesday, September 16, 2009

Hanya sekelip mata Ramadhan hampir meninggalkan kita. Dan menjelang tiba Syawal indah dan hiba. Bertapa aku rasa beruntungnya. Dengan puasa yang tidak pernah tidak dua tiga juadah berbuka. Dengan bersahur yang tidak sekali-kalinya makan hidangan semalam. Dan santap ala raja-raja Mesir. Sampai terkangkang kekenyangan. Maklumlah, bersahur pula kerana takutkan lapar bila berpuasa esoknya.

Jauh benar penghayatan puasa aku dari yang dituntut oleh Islam. Dan apabila berpuasa tidak pula aku menahan mataku dari melihat yang ‘singkat-singkat’. Tidak juga telinga aku selamat dari perkataan-perkataan yang dusta dan sia-sia. Juga lidah aku tercela dengan perkataan-perkataan dan syair-syair yang merosakkan. Ya Allah, dimanakah letaknya puasaku disisiMu? Adakah ia tergantung di gerbang-gerbang Syurga atau tercampak kedasar-dasar neraka?

Dan ketika malamnya, ketika Engkau memerintahkan Malaikat-MalaikatMu turun ke dunia. Dengan membawa keberkatan-keberkatan Ramadhan yang Engkau telah janjikan. Aku dengan tiada rasa rugi lena diulit mimpi-mimpi dunia. Dengan hangat dipeluk isteri cantik. Tidak aku memberatkan yang wajib keatasku, dan tidak juga aku melebihkan yang disunatkan. Melainkan aku meringankan yang diharamkan dan menyukai yang dibenci olehMu.

Dan hari kemenangan yang bakal tiba ini adalah untuk siapa sebenarnya? Untuk akukah? Untuk aku yang hanya mendapat lapar dan dahaga semata-mata? Sesungguhnya benarlah yang “Manusia itu benar-benar didalam kerugian”

Kemana hendak aku adukan nasib malang yang ditempah oleh diri sendiri ini?

Yaa Allah, Yaa Rabbi, Yaa Rahman, Yaa Rahim. Sesungguhnya aku sangat takut bila mengingati mati. Tetapi tidak juga aku menghindarkan diri dari yang sia-sia. Dan merapatkan diri kepada yang dikatakan saham-saham Syurga. Masih juga aku cintakan perkataan-perkataan manis dunia yang sementara. Dan asyik dengan belaian-belaian fitnah yang indah pada kulitnya tetapi berulat didalamnya.

Ramadhan ini juga tidak menjadikan tangan-tanganku ringan kepada yang tidak bernasib baik. Mereka menadahkan tempurung-tempurung kosong mereka, namun aku berpaling darinya. Dan tidak lembut hati ini, kerana sedikitnya tadarus. Rugi benar wahai diri yang rugi.

“Keluarlah engkau dari jerami-jerami batil yang menyesatkan. Pergilah engkau ke danau-danau Firdausi. Dan teguklah susu dan madu dari sungainya yang mengalir itu. Tanggalkanlah pakaian-pakaian duniamu yang berupa kelazatan dan kesukaan sementara. Dan redhalah yang Allah hummala aisya illa i’ shul akhiroh.”

“Wahai diri yang lalai. Berpeganglah engkau pada tali-tali Allah, janganlah engkau mencari tempat bergantung selain dariNya. Dan ingatlah, yang engkau itu, kun tum khoirat ukhmatin ukhrijat linnass, ta’ muru nabil makruf, watan hau na’anil mungkar, watu’ minu nabillah.”

Dan janganlah menjadi orang yang rugi di dunianya dan rugi pula di akhiratnya. Berbaik-baiklah sesama kamu dan saling memberi dan menerimalah. Juga jauhkan sombong dan bongkak kerana dengan itu iblis menjadi kafir selamanya. Tidakkah engkau menggambil iktibar?”

“Dan cintailah Allah melebihi engkau mencintai takhta-takhtamu. Cintailah Rasulullah SAW itu melebihi rintik-rintik hujan atau juga air dilautan. Letakkanlah tangan di dadamu. Dan rasakanlah zikirnya. Dengan itu tidakkah engkau takut akan Allah? Dan tidakkah engkau malu bertemuNya dalam keadaan telanjang bergini? Sesungguhnya umat ini menerima limpah rahmat dan nikmat yang melebihi dari umat-umat yang terdahulu. Dan janji-janji Allah keatas umat ini juga lebih utama kedudukannya dari umat-umat lain. Tidakkah engkau wahai diri yang leka merasa lembut hati dan belas kepada dirimu sendiri?”

Ucapan Untuk Kalian:

“Sesungguhnya aku adalah pesalah kalian. Kecelaan pada perkataan dan perbuatanku terhadap kalian selama ini, mungkin tidak mendapat redhamu. Maka ampunkanlah aku seandainya masih terdapat belas ehsanmu. Kerana aku tidak mungkin mampu untuk memikul beban ini di atas bahuku di sana nanti. Dan tidak juga aku akan mampu membayar hutangnya dengan amalku yang hanya setitik air dilautan. Dan andai ada kecelaan tersebut di pihak kalian. Demi Allah aku menghalalkannya. Dan aku memaafkan kalian. Dan aku berdoa semoga Allah menukarkannya kepada kebajikan yang berpanjangan hingga ke akhir alam ini. Dan akhir kata. Selamat menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.”



“voice from wirajiwa”

Posted on Wednesday, September 16, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Wednesday, September 9, 2009


Hari ni aku nak publis' satu kisah hidup kawan yang aku baru kenal(aku dapat kebenaran dari tuan ampunya kisah yer untuk siarkan). Sebenarnya selepas mendengar cerita darinya aku sedar yang aku sangat beruntung namun masih juga aku sentiasa merungut-rungut akan kehidupan ini. Dan aku juga percaya, ramai di antara kita yang mempunyai sejarah hidup yang lebih baik dari itu tetapi dalam waktu yang sama masih juga lagi  berkeluh kesah dengan nasib diri sendiri. Sedangkan kita adalah salah seorang yang terbilang beruntung di kalangan mereka. Semoga semua ini akan menjadi iktibar kepada kita supaya lebih bersyukur.

Dan aku tidak mengubah apa-apa didalamnya. Baik jalan ceritanya, mahupun gaya bahasanya. Dan aku juga tidak memperbaiki ejaan-ejaannya. Harap maklum.

Assalamualaikum.

Mak  ina dh lama meninggal since 2001...breast cancer...ina 6 beradik... anak yg tua...yg lain sekolah lagik?tgl yg bongsu je....tgktn 4...adk no 2 keje ngan JPS.... 3- staff nurse ky HUKM  4- tgh cri keje... hehehe  5- blajar kt MIAT

Ibu meninggal ms tu, ina bru start keje kt airport KLIA...arwah yg b'ia2 suruh ina g...sdgkn masa tu, dia dh mula x leh jln...adik ddk ngan abh ina. 3 bln lps ina msk keje, dia pun meninggal...sorg pun x jmpa, sbb mak pergi dr umah m.long ina kt ulu langat...masa tu, dia bru kuar spital...ina lah org yg paling t'kilan....

2 mgu mak kt spital KL tp ina x g tgk pun...ina org bru, x tau cmne nk g...nk amk cti pun ina x tau...ms tu ina dh mula keje kt kaunter check-in....ptg sblm mak meninggal, ina tpon dia kt umh m.long. dia srh ina dtg jmpa dia, tp masa tu ina tgh keje...dia ckp, bdn dia rs pns, ina igt sbb ubt kemo  n ubat mkn yg dia amk ina srh dia byk minum air....

sblm tu, ina yg jg dia kt spital...b'bln2 ina ddk dgn dia kt spital KL...ina ckp ngan spupu ina, srh mak minum air lebih...mgkn sbb bertukar ubat baru....klu ina tau dia tgh nazak masa tu.......itulah saat2 yg paling ina xkn lupa....klu ina dpt jmpa dia ms tu, msti byk bnda yg dia nk smpaikan pada ina....ina cuma ckp kt dia, yg ina dh mntk cuti seminggu..dan ina akn balik pd ari yg sama dia sampai kg....

 mmg ina blk pd ari yg sama ngan dia....tapi untuk tgk mayat dia je...bla ina teringat ttg tu..... ina rs kesal sgt....

Awak tau.. dulu ina ni x rapat dengan mak...dr kecil ina slalu d pinggir...mak n keluarga yg lain sentiasa lebih kan adk2 ina yg lain....lbh2 lg adk idk lelaki ina yg no. 2ina rasa yg ina ni bukan ank dorg......

ina sntiasa di cari kesalahan untuk mereka jadikan sebab untuk marah2....x kira lh... sbb adk2 atau sepupu ina.... setiap kesalahan mereka, ina akan dijadikan punca.......dr kecik, ina slalu pikir untuk lari dr rumah....ina rasa xde sapa yg suka ngan ina.....klu ina wt satu perkara. nmpk buruk pd pndangan dorg...tapi klu org lain yg buat. elok saja....bertahun2 hati ina sakit....

dulu masa skolah, ina dpt bantuan yayasan... adk ina yg lelaki tu pun dpt...tapi duit ina tu, mak guna untuk beli brg2 skolah adk...ina hanya guna brg skolah yg lama.. walaupun beg skolah ina tu dh brapa kali ina jahit...

lps ina abs skolah, ina hanya ddk umah...satu ari, adk ina wt kes kt skolah n dibuang skolah...mak ina dtg mengadu kt ina....tapi ina ckp mcm2 kt mak...nape mak nk mntk tlg ngan ina, sedgkan dia adlh ank kesaygan mak slama ni....mak yg wat dia jd mcm tu....mak bebas kan dia, mak murah kn dia ngan wit ringgit.....dulu ina ngadu mcm2 kt emak psl diakt skolah...sbb ms tu, ina pengawas... tapi mak x percaya.. mak ckp, ina yg saja wt cite....

lepas je, ina ckp mcm2 n luahkan rs ati ina.... mak nangis....ina rs berdosa sgt....tapi ati ina jd tenang lps tu...sejak dr tu, mak rapat ngan ina... segala hal mak akn ckp ngan ina....ina adalah org yg paling rpt ngan mak....mak msk spital pun, dia hanya nk ina yg jaga...berbulan2 ina ddk ngan dia kt spital....

ina yg uruskan dia dr mkn minum, mandi smpai jmpa doktor pakar....awk tau.....ina dpt migrain yg teruk ms ddk kt spital....

ina berjanji dlm diri ina... ina xkn menangis depan mak...awk bygkn lah... saya sorg yg kna berdpn dpn doktor2 pakar...mcm2 yg dorg ckp pasal penyakit mak...klu ina asyik manangis je... msti mak x kuat nk hadapi semua...mak lak, tiap kali pakar jmp kami, dia bkn tgk muka pakar tu, muka ina yg dia pndg...jd ina kna kna tahn je...

ina akn menangis bla ina g tpn mak sdara atau ina g surau...masa tu, ina dh x malu untuk meraung...hanya Allah yg tau perasaan ina masa tu....awk tau.... ina menangis dgn teruk sgt, masa ina dpt tau mak meninggal...

tapi... bila mayat mak depan ina....xde setitik pun air mata ina yg nk kluar.....ilang rs sedih.....bla abis je kebumi, ina rasa kehilangan yg teramat sgt.....airmata ina x berhenti keluar....skrg ni pun, bila ina teringat atau bercakap ttg mak.... air mata ina x leh nk d thn...adk pompuan ina ada ckp..... ina yg plg beruntung sbb dlm rmi2 ank, ina yg ada peluang untuk jg mak....

bla igt ttg tu... ina syukur sgt..... ank yg paling jauh hati adalah ank yg plg dekat dgn dia....sejak dr tu, ina x lagi d sisih oleh fmly...dorg respek ngan ina.... sbb ina yg bersusah payah jg mak ms sakit....banyak masa dan perhatian ina bg pd mak......walau pu dr abh ina sndiri....

ia adalah sebahagian dr perjalanan idup ina...ina hanya mampu terima dengan senyum dan air mata...

kan setiap manusia ada kelebihan n kekurangan...ina pun mcm tu...ina pun bkn slamanye baik....ada juga jht nye...tapi..........idup ina mesti kna terus....masih byk lagi ranjau idup yg ina kna tempuh....ina rs b'syukur... sbb ina d temukan dgn kwn yg mcm awk....dapt juga ina meluahkn rs yg terbuku dlm ati...sblm ni, ina hanya luahkn pd spupu ina yg sakit...

ina xnk tmbh lagi bbn yg dia tanggung...org tua awk msh ada lg ke...ina pun semenjak jg mak sakit, bru adk2 rapat ngan ina....klu x, ina benci sgt dgn dorg....iyalah..... kerana mereka, ina yg akan menanggung...skrg ni, dorg lbh suka klu b'bincang ngan ina dr abh ina....

abh ina bukan lah sorg yg sempurna......dia kasar ngan ank2.... ( ni dr pndangan mata ina )dia x pndi nk amk ati ank2...sbb slama ni... urusan kami, mak yg buat....dia cuma tahu, cari duit.... yg lain mak yg urus....abh ina dulu sorang yang bengkeng ngan ank2...sapa yg x pernah kna pukul ngan dia....kecuali 2 adk ina yg last....yg plg teruk kna pukul... ina lah......

ina dulu bkn jenis yg  leh kuar g jln2 ms skolah....awk tau, ina brani naik bs sorg2.... ms ina lps skolah....hehe... dulu ina tkt naik bs, sbb ina rs sume org tgk ina pelik je....skrg ni, walau ina ank jati melaka... ina mmg x tau selok belok jln melaka..klu ada org tny cara nk g jln2 kt melaka... ina angkt tgn serender dulu...nti x psl2 dorg sesat lak...

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Yaa Allah...tabahkanlah dia. Dan gandakanlah hatinya agar dia bisa menanggung segala kesunyian dan kepahitan hidup.

Ina sabarlah ..semua itu ada hikmahnya...dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar dan bersyukur.Dan semua itu telah berlalu, dan tetap juga akan meninggalkan kita semakin jauh. Jadi langkahlah untuk hari esok dengan lebih tabah.Sesungguhnya di dunia yang sanagt sunyi ini engkau tidaklah kesorangan. Masih ramai yang bersedia bersamamu , berakit kehulu atau berenang ketepian.

Bukankah dengan itu menjadikan kau lebih tabah? kadang2 kita sangat benci dengan apa yang kita lalui. Tapi setelah masa berlalu, dan semua itu telah  jadi kenangan. Yang pahit dan pedit itu bisa jadi sangat manis utk di kenang.

Sesungguhnya manusia ini sangat mudah membenci, namun hakikat sebenarnya, manusia ini lebih mudah memaafkan dan menyayangi

Besar sungguh pengorbananmu dan besar sungguh hatimu dalam menerima cubaan Allah.
ina, aku sangat bertuah dapat peluang berkenalan dengan orang yang seperti kau ini. orang yang sangat kaya dengan kebaikan. Semoga dapat aku mencontohimu dalam perkara berkorban itu..

Aku tidak mencari kesilapan dan kelemahan orang lain, dan aku juga tidak mengumpul kejahatan mereka, jadi aku tidak berminat utk mencari dan melihat pada kejelekan itu. Yang aku cari dan aku lihat cuma kebaikannya sahaja . Dan itu lebih bermakna dari segalanya. Dan aku pun bersyukur kerana pertemuaan ini. Semoga aku ini dapat memberi menafaat kepadamu, walaupun hanya sedikit.

Dan sesungguhnya aku tidak melalui apa yang engkau lalui itu..merasa tersisih oleh ibu bapaku, dan  juga aku sangat dihormati oleh adik2 ku. Lantaran dari itu aku rasa sangat terharu dengan semua ini. Seorang yang terbentuk dari rasa benci dan kecewa akhirnya menjadi insan yang sangat sarat dengan kasih sayang dan kemaafan....

Posted on Wednesday, September 09, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Sunday, September 6, 2009



az: hai

wirajiwa: haiii... berbuka dengan aper td? J hihihi

az: kurma dgn air soya

wirajiwa: amoihhh sedapnyer

wirajiwa:  J

az: yap, skg nie tgok wayang hantu

wirajiwa: wayang hantu? aper tuh?

az: iya..tgok kat youtube

wirajiwa: ouwhh hihihih

wirajiwa: ingat kt tv laa td

az: hahhah..

az: takut juga tgok sendiri ni

wirajiwa: jaga2 karang dia dtg bawah meja pas turr tarik kaki kauuu!!!

az: hahahahha..jgn mcm tu..lg pon boring nie..

az: az ingat sesorang nie

wirajiwa: ingat saper tur..

az: ingatlah...az sayang kat dia..tp tak tahu lah..az kah yg patut di salahkan

wirajiwa: perasaan sayang, kasih dan cinta bukanlah di dalam kawalan kita... jadi jika merinduinya, riduilah saja...dan jika pedih kerananya, itu buktikanya bertapa kamu sayang dia

az: iya..semua tu az rasa tp kenapa az yg perlu sakit hati??

wirajiwa: kerana kamu memiliki kasih sayang yang melebihi dia..

az: maksudnya? kenapa?

wirajiwa: az, kadang2 percintaan itu tidak adil.... dan kadang2 ianya juga menyakitkan. Tapi walaupun ia datang dengan sedikit kepahitan, tapi masih banyak yang manisnya. Mungkin saja kemanisan itu bukan sekarang atau bersama dia...jadi, jika ianya semakin jauh dari hatimu, maka lepaskanlah ia demi kebahagiaannya..

az: kenapa az yg perlu sedih, az tak kuat nak lalui semua nie. az lebih rela tak ada perasaan dr mcm nie?

wirajiwa: semua orang pernah laluinya az....cuma mereka mungkin lebih kejam terhadap diri sendiri dengan menyembunyikan kesedihan itu, sedangkan kamu seorang yang sangat jujur dengan diri sendiri.. yang mana kau akan tersenyum saat sukamu dan kau akan menangis tika sedihmu...dan aku adalah org yang dengan senang hati utk berkongsi semua itu denganmu..

az: sedihlah az

wirajiwa: tak per... sedihlah hari ini, dan insyaAllah kamu akan gembira dan bahagia pula pada keesokan harinya.

az: az rasa sedih sangat...

wirajiwa:  lapangkanlah hati yer...kerana hati2 manusia ini sangat luas..dan bukanlah tempat utk dua orang sahaja..

az: az pernah fikir nak akhiri hidup az nie.........az dah sanggup nak lalui semua nie, kanapa az tak rasa mcm ong lain yg bahagia

wirajiwa: janganlah bergitu az...janganlah hampa dengan hari esok...hari esok yang engkau sendiri tidak tahu bagaimana sinarnya. Mungkin kau akan bertemu dengan orang yang sangat kaya dengan kasih sayang....dan sanggup berkorban apa saja demi kamu.

wirajiwa: janganlah bertindak tidak adil pada diri sendiri.

az: az rasa sendiri ja kepedihan hati nie...az strees dah

wirajiwa: aku terasa pedihnya, dan aku terasa sakitnya. adakah itu tidak bermakna buat kamu? adakah perhatian dari aku yang kau tidak kenal ini tidak mempunyai erti apa2 bagimu? Tidakkah dengan itu kau merasakan yang dunia ini masih mempunyai kasih sayangnya? Walaupun ianya tidak datang dari seorang yang kau panggil kekasih..

az: iya..tp kenangan tu sentiasa bermain d fikiran az

wirajiwa: Janganlah putus harap pada Allah az..

az: az dah lalui semua tu..az tak nak laluinya lagi

wirajiwa: "sesungguhnya Allah tidak akan membebankan hamba2nya dengan beban yang mereka tidak mampu untuk pikul"

az: terima kasih abng lebih memahami kehidupan

wirajiwa: aku juga orang yang pernah melalui kekecewaan...dan aku juga pernah putus asa.

az: jd sekarang mcm mana?

wirajiwa: tetapi Allah telah menemukan aku dengan mereka2 yang hebat pekertinya sehingga aku menimba pengalaman kehidupan ini dari sudut pandangan mereka2 pula

az: yg tu pic sapa?

az: abng kerja kat mana?

wirajiwa: aku nih kerja kt cc adik aku jer az.. nolong2 dia..

az: oo..baguslah..tak lah boring sangat

wirajiwa: biasa jer az..sebenarnya manusia nih boleh merasa seronok dengan hanya sebijik bola. Dan manusia juga boleh bosan walau dunia dan isi2nyer nih di letakkan diriba mereka. Terpulang kepada mereka untuk menghayatinya

az: hahaha..wahh..first az kenal  orang mcm abng nie tau???

wirajiwa: heheheh

wirajiwa: az kerja aper? kat mana?

az: tak lah..az kerja kat clinic....sabah. mak n ayah jauh

wirajiwa: ooo... jauh? sejauh mana turr..?

az: dlm sabah juga..tp klu nak balik kg.tu ambil masa 8jam

wirajiwa: haii yooo.. jauh giler yer..? hisk kenaper jauh sgt.. (teringinyerlahh nak gi rumah panjang ) kg az ada rumah panjang lagik tak?

az: aikk..umah panjang kat sarawk lah

wirajiwa: oooo..kt sabah tak der ker..?

az: sabah mana ada??

az: hahahha

wirajiwa: adoii buta geografi  aku nih, mana tau bah, ingat sama saja..

az: hahahaha..mana ade..sukukaum pn berbezalah

az: abng dah kahwin ke?

wirajiwa: dah..anak berderet2 dah. hihihihih

Dan bla bla bla.... (panjang juga boraknya kalau aku nak paste kan semua kat sini)

Moral dia kat kisah ni. Kenapalah kita berkira sangat demi untuk mengebirakan orang lain yang sedang berduka. Janganlah kita hidup dalam dunia yang sangat mementingkan diri ini dengan mengikut rentaknya. Campakkanlah sedikit kegembiraaan kita kepada mereka. Dan untuk berbuat kebaikan itu sesungguhnya kita tidak perlu mengenali antara satu sama lain.

Dan di sudut yang lain...

sahabatku: salam...dah bukak kedai long

wirajiwa: salamm sahabat..tok gi terawih kerr mlm nih?

sahabatku: malam ni tak pegi long, ari ni kwn sorang jer kat kedai.berbuka tadi pun kelam kabut masak sorang ,yg sempat goreng ikan jer.

wirajiwa: heheheeh

sahabatku: nasi ,kicap,ikan goreng . syukur sangat dah

wirajiwa: tak perr..poser tahun depan tak sorang laa dah

sahabatku: gone la yerk long org yg susah nak dapat makan kita susah2 pun makan sedap lagik

wirajiwa: itulaa sahabat... kita lapar mentara menanti berbuka.. org yang susah tur.. lapar yang tak ada apa untuk di berbukakan..dan bergitulah mereka itu pada esoknya juga

sahabatku: ye lah ari ni kawan2 di ceni maroh ke kwn.kawan tak balik ke cini.mcm2 dieorg kate ke kwn ni. knp mesti mereka2 tu begitu beria benar mengata ke kwn ni.kwn tak usik pun dieorg.susah2 kwn , kwn tak nyusahkan dieorg.

wirajiwa: mereka JAHIL sahabat.dan bersabarlah dengan kejahilan mereka...

sahabatku: kwn bukan tak nak balik long,tapi kwn tak mampu long

wirajiwa: dan janganlah engkau menyamakan mereka2 itu dengan dirimu sendiri. Jangan pula melakukan kelakuan mereka yang pecah belah itu

sahabatku: tak cukup ke kalau kwn doakan untuk arwah sahabat kite tu? Allah!!! sedih kenapa la kwn2 tak penah nak paham

sahabatku: terima kasih la long sejuk benar hati kwn

wirajiwa: yang bagi kata, kita... yang bagi paham ALLAH..

sahabatku: tiap kali kwn borak dgn aok long,walaupun sikit  terasa senang hati dari dulu lagi dah . kekdang borak takde bertitik pon.

wirajiwa: kalau mereka2 tidak paham dan mengerti dengan ayat cinta yang kita tuturkan, maka akal mereka setakat itu sahajalah...dan jangan lah pula engkau beriri hati dengan kelemahan yang Allah berikan kepada mereka  itu..

sahabatku: kwn tak iri ati sikitpun ,tapi knp dieorg selalu sgt iri ari pada kwn ni. kwn bukan og senang bukan org berada

wirajiwa: iri pada kelebihan tak per sahabat...jangan iri pada kelemahan.

sahabatku: entah la long, ari ni mgkin kwn ilang sabar yg mana member2 mesej ke kwn tadi kwn marah . kwn marah moga dieorg paham bukan nak bermusuh terpulang lah dieorg nak kata ape pon, yg penting niat ngan hati kwn tak seburuk sejahat mcmana dieorg sangka.

wirajiwa: sesungguhnya manusia itu akan terlihat kebijaksanaannya atau kebodohannya apabila ia membuka mulutnya... dan apa yang terkeluar dari mulut2 mereka. Adakah yang memberi menafaat atau yang membawa kerosakan

sahabatku: apa nak jadi dgn kawan2 hamba ni

wirajiwa:  J hihihihih....Allah nak ajar tentang ikhlas tur.

sahabatku: yer la agaknya long tapi yg pelik sangat tu, time ada ape2 je dieorg ni lembut sesangat rajin datang kemari ngadu itu ngadu ini.time ada kesulitan  ya Allah!! tuhan saja yg tahu

wirajiwa: mereka tidak lihat persahabatan itu dari sudut yang engkau lihat, dan mereka tidak nampak dunia ini dari sudut yang kamu nampak. Janganlah salahkan diorang sahabat.

sahabatku: ye lah long,kwn maafkan dieorg  moga allah mengampuni dosa2 sahabat2 ku ini...dilimpahkan rahmat...terima kasih byk la long. tak semena2 kwn mengadu pada aok

wirajiwa: ingatlah akan ceritaku tentang orang yang melihat cawan itu dari sudut yang berbeza2 .... Maka ada yang berkata bertangkal, ada yang mendustakan ia dan berkata , “tidak ia  bulat dan tidak bertangkal!”. sedangkan mereka dua2nya betul..tetapi dari sudut yang berlainan...bergitulah dunia ini pada pendapat kami...

Ada ketikanya kita lihat mereka itu sangat salah, dan pada pendapat mereka pula kita sangat jauh dari betulnya. Tapi sebenarnya manusia itu keseluruhannya sangat jauh dari kesempurnaan. Kerana kelemahan-kelemahan itulah yang menjadikan manusia ini unik. Dan hidup ini tidak hanya dua kaler

Posted on Sunday, September 06, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Malaysian Business Locations Directory