Assalamualaikum Puan Vanida Imran.
Nama saya wirajiwa, saya adalah salah seorang peminat lakonan-lakonan Puan. Secara individunya saya mengkagumi setiap watak yang Vanida sanggupi. Dan bagi saya juga anda juga adalah seorang wanita yang berkarisma, serta seorang isteri yang baik.

Namun setelah melihat lakonan anda dalam ‘Akhirat’, saya sangat kecewa. Bagi saya penghayatan sesuatu watak didalam lakonan itu perlulah ada batas-batasnya. Bagi saya lakonan Puan dalam babak ranjang antara suami isteri itu sangat tidak patut sama sekali. Sebagai seorang wanita Islam, tambahan seorang isteri. Babak tersebut bagi saya sangat menyedihkan. 

Bukanlah maksud saya lakonan tersebut tidak menjadi atau kaku. Tetapi bagi saya babak tersebut sangat keterlaluan. Sebenarnya tidak perlu sama sekali melakonkan sehingga ketahap itu. Malah kekecewaan saya terhadap perkara ini, tidak hanya meliputi pendokong watak tersebut. Ianya merangkupi juga, pengarahannya. Penulis skripnya. Dan seluruh produksi yang menjayakan film ‘Akhirat’ ini.

Ke-profesional-lan anda sekelian tidak bernilai sama sekali dalam menyelitkan moral-moral yang baik kedalam masyarakat. Anda mencipta keunikan sesebuah karya anda (demi untuk dikagumi dan diingati) kedalam bentuk yang sangat jelek dan jijik. Sekali lagi saya tegaskan kekecewaan saya.

Kepada Puan Vanida Imra khususnya, dan kepada seluruk produksi film-film melayu amnya. Saya harap anda lebih peka kepada hal ini. Dan dalam mencari keuntungan serta kesenangan sementara ini, tidak perlulah kita menggadaikan sedikit maruah yang masih tersisa didalam diri kita.

Mungkin bagi pelakon-pelakon, atau mereka-mereka yang terbabit dalam perusahan ini. Babak yang sedemikian tidak menjadi keganjalan, kerana anda melihat ramainya orang sekeliling ketika babak tersebut dilakonkan. Tetapi cubalah letak diri anda sebagai seorang penonton. Seorang penonton yang berumur 12 atau 13 tahun. Adakah mereka melihat situasi itu seperti yang anda lihat? Mereka hanya melihat anda berdua yang sedang berada diranjang. Dan suasana itu dirasai dengan tidak beserta walau sedikit kebaikkan sekalipun.

Saya harap teguran saya ini tidak menjadikan anda berkecil hati dalam berkarya. Tetapi saya mengharapkan, sesiapa sahaja yang terbabit dalam dunia film ini menjadi seorang yang lebih bertanggung jawab. Dan sesungguhnya, ditangan anda terdapat sebilah pedang yang andalah penentunya, sama ada hendak menjadikannya aset kemudaratan atau kemenafaatan.
Sekian terima kasih