Hadits mengenai Jaafar bin Abi talib ra. Juga menari sambil memuji² Allah dihadapan Nabi saw.

" Daripada Hani' bin Hani', daripada Ali -radiyallhuanhu- berkata : Aku telah datang kepada rasulullah saw bersama Ja'far dan Zaid – radhiyallahu'anhum- , maka baginda berkata kepada Zaid : ( Kamu adalah 'maula'ku (kekasih), maka zaid pun melompat. Dan baginda berkata kepada Ja'far : Allah menjadikan rupa parasmu dan akhlakmu seiras dengan Allah menciptakan daku, lalu Ja'far pun melompat di belakang Zaid. Dan rasulullah berkata kepadaku (Ali) : Kamu sebahagian dariku dan aku sebahagian darimu. Maka, aku pun melompat di belakang Ja'far".

Jawapan

Pertama :

Hadis diatas mempunyai dua kecacatan :

1. Diriwayatkan oleh Hani' bin Hani' perawi yang "Jahalah hal" iaitu tidak diketahui keadaannya. Hadis yang diriwayatkan oleh perawi sebegini secara bersendirian adalah lemah dalam ilmu penilaian hadis.

Ibn Hajar Al-Asqalani berkata :

"Ibn Saád meletakkan beliau pada tabaqoh pertama di kalangan ahli Kufah, lalu berkata : Mempunyai unsur-unsur syiáh, manakala Ali Al-Madini berkata : Majhul (tidak diketahui keadaannya dalam periwayatan hadis), dan Harmalah memberitahu bahawa Imam Syafií berkata : Ulama-ulama hadis tidak mengetahui keadaannya maka mereka tidak mensabitkan hadis-hadisnya oleh yang demkian itu".

2. Tadlis Ibnu Ishak Al- Sabi'i. Hadis-hadis yang di riwayatkan oleh Ibnu Ishak secara tadlis adalah lemah.

Jadi, kesimpulannya hadis yang menyatakan bahawa sahabat melompat pada riwayat ini adalah lemah menurut ulama hadis.

Kedua :

Dalam hadis sahih tentang kisah diatas yang diriwayatkan Imam Bukhari , tidak disebutkan perkataan melompat (hajal) yang difahami oleh sebahagian orang sebagai menari seperti dalam riwayat ini.

Ketiga :

Kalaulah dikatakan bahawa hadis ini sahih sekalipun, hadis ini tidak menjadi hujah kepada orang-orang yang berzikir secara menari. Lafaz hadis hanya menunjukkan bahawa sahabat-sahabat tersebut melompat gembira dengan mengangkat kaki sebelah seperti yang dilakukan oleh orang habsyah (Hajal), kerana terlalu girang mendengar pujian rasulullah s.a.w kepada mereka. Melompat gembira dengan cara begini sememangnya harus di sisi syara' selagi tidak mengurangkan adab seorang muslim. Jadi, dimanakah hujahnya bahawa boleh berzikir secara menari atau berjoget?

Keempat :

Didalam riwayat tersebut, Jaafar bin Abi talib menari(mengikut sebahagian tafsiran) sambil berzikir memuji Allah swt kerana kelazatan kata² Rasulullah saw.

Bukan Jaafar ra. menari dan berzikir kerana mencari kelazatan didalam zikir. Besar perbezaannya tu.

Tetapi mereka yang membolehkan zikir sambil menari ini menjadikan tarian itu sebagai medium utama untuk mendapatkan kelazatan berzikir.

Agak² kalau sahabat ra. dahulu menari setiap kali nak berzikir, Rasulullah saw setuju kaa dak? Dan kalau mereka(sahabat² ra.) faham hadits mengenai Jaafar ra. menari sambil berzikir tersebut seperti yang org sekarang faham (sunah takririyah, dan hukumnya sunat berzikir sambil menari) kenapa tidak ada diriwayatkan sahabat² beribadat dengan cara demikian? melainkan peristiwa Jaafar ra.

Kes menari sambil berzikir ni samalah macam bab baca yassin malam jumaat tur,. Tak salah baca yassin malam apa pun, tapi yg salah adalah i'ktikad bahawa sunat baca yasin malam jumaat. Memang sunnat baca yassin, tapi bukan khusus malam jumaat.

Dan dalam hal berzikir sambil menari ni,, saya setuju, apabila merasa lazat dan zuk ketika berzikir sehingga menyebabkan badan seseorang bergerak dan beralun² sama ada berdiri atau duduk itu adalah harus saja. Tetapi tidaklah disunatkan untuk berzikir dalam keadaan demikian. Cuma jika berlaku pergerakan seperti menari, lantaran dari kerana kelazatan berzikir maka ianya tidak mengapa.

Tetapi yang salahnya, adalah i'tikad "perlu menari² untuk mencari kelazatan tersebut". Kalau tak menari ketika berzikir, maka takkan jumpa kelazatannya.

Dan salahnya juga "memahami hadits mengenai Jaafar ra. dari sudut yang kurang tepat"

Kesimpulan peribadi.

a. Tidak salah selagi tidak keterlaluan. Tidak bercampur aduk dengan lelaki dan perempuan. Tiada pergerakan² yang tidak senonoh. (Perlu diingat, tarian bukanlah sesuatu yang tidak senonoh disisi Islam, dengan syarat ianya tidak melewati batas syarak, zaman Nabi SAW juga ada tarian, dan tidak dibantah oleh Nabi. Tetapi Nabi SAW tidak pula mengikut menari sama. Ini bermaksud, menari itu tidak salah, tetapi perbuatan yang 'warak' adalah tidak melakukannya.

b. Tidak salah selagi tidak menganggap ianya sunnah. Aggaplah sekadar hiburan. Sebab orang dulu²   Ulama² Sufi' cuba mencipta sedikit hiburan buat masyarakat tetapi berkonsepkan Agama, bukan hiburan yang berkonsepkan la'gha. Lalu mereka mencari dan menampilkan dalil² yang seperti diatas. Bukanlah mereka bermaksudkan 'zikir harus dikerjakan seperti itu' tetapi lebih kepada maksud, ' Ianya boleh dilakukan seperti itu (“bersangka baik kepada mereka”).' Cuma orang terkemudian daripada mereka(para Ulama Sufi) salah tafsis kepada perbuatan mereka menampilkan dalil² itu. Sebenarnya apa yang mereka tampilkan itu bukanlah bermaksud 'perintah' supaya dilakukan seperti itu. Tetapi bermaksud 'ianya boleh dilakukan seperti itu'.

c. Yang terbaik adalah meninggalkan perbuatan yang tidak pasti dengan jelas hakikatnya.

   i . Yang tidak disanggah oleh Nabi adalah perbuatan menari itu (yakni sesuatu perbuatan yang mengambarkan kegembiraan dan bergembira). Tetapi jika tarian itu diertikan sebagai ibadah, adakah Nabi SAW akan merestuinya? Maksudnya adakah masih lagi didiamkan oleh Nabi SAW ketika itu?

  ii. Akhir² ini perbuatan  berzikir sambil menari itu dianggap ibadah. Sedangkan hanya zikir itu yang ibadah. Pergerakan tarian itu bukan ibadah.

   iii. Pada asalnya perbuatan itu adalah hiburan yang diolah dalam bentuk yang lebih baik. Tetapi akhirnya telah dimengerti oleh masyarakat selepas mereka(Ulama² Sufi itu) sebagai ibadah. Lebih rosak lagi, ada diantara mereka yang menganggap ianya adalah ibadat yang sunnah (kerana ianya ditakrir yaitu"dibenarkan oleh NABI SAW dengan mendiamkan perbuatan itu" )

wallahu 'a lam

rujukan : http://mujaddid2010.blogspot.com/2010/11/bantahan-hujah-keharusan-menari-ketika.html