Malaysian Business Locations Directory

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Sunday, April 18, 2010

kereta MPV Toyota Estima yang dipandu Achik hangus dijilat api
kereta MPV Toyota Estima yang dipandu Achik hangus dijilat api

Semoga Allah mencucuri rahmatNYA keatas Allahyarham. Dan takziah buat seluruh ahli keluarganya.
SEREMBAN: Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini, petang tadi.

Allahyarham yang berusia 27 tahun tidak sempat menyelamatkan diri daripada kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang terbabas setelah melanggar papan tanda.

Pegawai Turut Trafik negeri ASP Abd Halil Hamzah berkata kejadian berlaku pukul 6.15 petang apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki penyanyi itu bersama seorang rakan lelaki yang belum dikenali dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda.

Keluarga Allahyarham artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin berada di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban
Keluarga Allahyarham artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin berada di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban
Achik meninggal dunia di tempat kejadian sebelum api marak membakar kereta MPV yang dipandunya ekoran kejadian malang itu

"Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan yang dipandunya itu melanggar papan tanda selepas melepasi kawasan Rawat dan Rehat (R&R) dekat susur keluar ke Pajam," katanya di sini.
Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan.

Allahyarham dikatakan tercampak keluar dari kenderaan, yang kemudiannya terbakar dan meletup. Mayat Achik dan rakannya yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban.
Sementara itu Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat dari Mantin, Hamizin Khaidir berkata, penyanyi berkenaan tercampak keluar dari MPV dan orang ramai cuba menyelamatkannya sebelum dia meninggal dunia.

Achik merupakan penyanyi utama kumpulan Spin yang popular sekitar tahun 2002. Difahamkan Achik dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Ampangan selepas menjayakan rakaman Program Gah1 di RTM.
"Saya terlelap sepanjang perjalanan. Tiba-tiba saya terdengar satu dentuman kuat," jelas rakannya Mohd Salihin Shah Mohd Salleh yang turut bersama-samanya ketika kejadian tetapi sempat menyelamatkan diri. Mayat Allahyarham dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini, malam tadi untuk dibedah siasat.

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Taman Desa Rose, Ampangan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Ampangan, hari ini.

Achik berkahwin Rose Zaitul Suriani pada 2005 dan dikurniakan tiga cahaya mata, bagaimanapun anak sulung mereka Puteri Rania meninggal dunia pada tahun 2007 kerana demam panas. Achik yang popular dengan lagu Janji Kita juga terlibat dalam bidang penerbitan bersama abangnya di bawah syarikat Spire Spin Sdn. Bhd.

Syarikat yang menjalankan pelbagai urusniaga penerbitan buku itu kini mempunyai cawangan di Seremban dan Johor Bahru.

Posted on Sunday, April 18, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Wednesday, April 14, 2010

Sabar, pedih , pilu, sepi sendirian. Sangat sakit ini. Sangat menyiksakan tawa org lain itu. Manja, senda gurau mereka menjadikan kita insan yang penuh kegeraman. 

Jauh dikaki langit terlihat seorang lelaki yang dikatakan gila, bertelanjang tubuhnya, menyusur  gigi air. 
Dan bertanya segala yang lintas di hadapannya. “kenapa engkau demikian?” 

Lalu jawab lelaki gila itu, “ aku ingin melepaskan segala yang menjadi milikku agar aku bisa bebas dari segala belenggu ini”

Lalu gila itu  pula yang bertanya, “kenapa engkau demikian?”

Jawab mereka yang sebelum ini bertanya, “Apakah maksudmu?”

Lalu lelaki gila itu berkata dengan perlahan, “Apa kiramu, membalut diri dan hati dengan kecantikan dunia yang berwarna-warna itu menjadikan engkau insan yang lebih elok? Atau sekurang-kurangnya sama tara dengan orang-orang yang baik dan elok-elok itu?”

Lalu mereka diam, dia  diam. Dan aku juga terdiam …

Posted on Wednesday, April 14, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Malaysian Business Locations Directory