Al-Quran mengizinkan suami memukul isterinya jika mereka tidak taat(sudah terjadi), atau dikuwatiri tidak taat(belum terjadi).

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar." [QS. Surah An-Nisa’ : 34]

Ibn Kathir berkata : “ayat ini mengenai wanita yang kamu kuwatirkan akan tidak taat kepada suami mereka.Dan ketidaktaatannya bertambah, wanita yang tidak taat adalah wanita yang melawan suaminya, mengabaikan keperluannya, dan yang membencinya.”

Salah satu tanggungjawab suami adalah mendisiplinkan isterinya jika dia tidak taat. Taat disini adalah perintah yang diperintahkan syara’ dan hak-hak suami yang telah ditentukan syara’. Tidak dikira nusyuz seorang isteri yang tidak mentaati perintah suaminya yang bertentangan dengan syara’, dan haram pula bagi suaminya memukuli isteri jika isteri menolak untuk taat pada yang bertentangan dengan syara’.

Pukulan disini bukanlah pukulan yang kuat dan menyebabkan cedera, lebam, bengkak, luka dan sebagainya. Tidak dipukul di muka dan kemaluannya.

Ada sebahagian Ulama berpendapat, pukul dengan kain basahan, ada sebahagiannya memberi gambaran tahap pukulan itu, mengunakan kayu sugi (berus gigi).

Atha’ rahimahullahu berkata: "Aku pernah bertanya kepada Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, “Apakah yang dimaksudkan dengan pukulan ghairu al-mubarrih?” Ibnu Abbas ra menjawab, “Memukul dengan siwak/kayu sugi dan yang seumpama dengannya.”

Anda sekelian boleh membayangkan setahap manakah pukulan dengan berus gigi? Demikianlah adanya. Dan bukanlah dipukul isteri yang tidak taat itu sampai lebam dan bengkak sana sini.

Walaupun yang demikian(Islam membolehkan memukuli Isteri yang tidak taat). Tetapi ang terbaiknya adalah bersabar dan memaafkan mereka. Serta bersikap hikmah dengan mereka.

Sesuai dengan Sabda Nabi SAW. Diriwayatkan dari Aisyah ra., beliau berkata: Rasulullah saw. Bersabda: " Sesungguhnya diantara kesempurnaan iman orang-orang Mukmin ialah mereka yang paling bagus akhlaknya dan bersikap lemah lembut terhadap keluarganya". (HR. Tirmidzi, shahih namun tidak diketahui apakah Abi kilabah mendengarnya dari Aisyah, sumber: Sunan Tirmidzi hal: 2612).

{Ada sebahagian Ulama berpendapat, pukul dengan kain basahan, ada sebahagiannya memberi gambaran tahap pukulan itu, mengunakan kayu sugi (berus gigi).}

http://www.youtube.com/watch?v=mtpowSvVf7w