Umur tidak semakin panjang, malah ia
semakin pendek. Kita Nampak dengan jelas peralihan usia yang terjadi.
Dulu kulit gebu mulus, tapi kini dah mula kering dan ada tanda kedutan.
Dulu pinggang ramping jer, sekarang dah banyak lemak sana sini(itu tanda
metabolisma dah turun bila usia bertambah). Dulu badan sihat, makan apa
pun tak jadi masalah, sekarang badan selalu sakit-sakit, makan
sejuk-sejuk sikit tak boleh nanti lenguh betis dan sebagainya.
Tapi semua tanda-tanda ni ditutupi oleh keinginan nafsu yang tidak pernah tua dan puas. Sungguh kita ini tertipu. Dan lena dalam penipuan ini. Wahai Allah, kasihanilah kami.
Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?. [AL-QURAN SURAH Al-Jathiyah: Ayat 23]
0 comments :
Post a Comment