Sungguh sangat terkejut
dengan berita yang aku baru kejap tadi tau. Dari tadi sebenarnya aku
tengah nak numpukan nak siapkan kerja aku ada sikit lagi. Jadi aku tak
on-lah YM, sebab tau jerlah aku ni kalau nyampuk-nyampuk berborak ni.
Terus tak jalan kerja. Dan bila aku on jer YM, Am massage.
khai_am2000:
al-fatihah utk arwah papa nish yg selamat pulang ke rahmatullah..Semoga
arwah dicucuri rahmat & dimuliakn disisi Allah swt..
wirajiwa: Inna lillah hiwainnalillah hirojiun..eh bila am? baru nih ker?
khai_am2000: nish sms saye tadi..
wirajiwa: tima kasih Amm, sebab bg tau..
khai_am2000: mlm tadi nish eksiden nak balik kg.. erm..sepatutye dia balik naik train..
wirajiwa: hah!!?
khai_am2000: mlm tadi..
wirajiwa: dia ngan papa dia?
khai_am2000: x.. dia sorang kot.. coz papa dia ade kat kg sakit..rasanye mase dia balik kije..
wirajiwa: abis tur? dia mcm mana? dan tak sempat laa jumpa arwah?
khai_am2000:
erm.. 2 ar sy kol dia xangkat.. xtau cane.sebenarnya camni bro..minggu
lepas ar.. ayah dia kena heart attack mase duk KL..pehtu doktor kate klu
kena sekali lagi papa dia mungkin xde..erm
wirajiwa: yaa Allah...
khai_am2000: aku soh nish kuatkn semangt, ingat tuhan& doa
Itulah
antara keratan YM aku dengan Amm tadi. Dan aku tak mahu mengulas
panjang-panjang tentang perkara ini. Sepertinya semua tahu sesuatu
kematian itu adalah fardu kifayah bagi yang tinggal. Dan pendapat aku
fardu kifayah tersebut bukanlah berkaitan dengan menguruskan jenazah
tersebut semata-mata. Malah letakkanlah kifayah itu kepada diri kita
sendiri meliputi dalam mendoakan keampunan dan rahmat bagi yang telah
pergi menemui Tuhannya.
Semoga
Anish, tabah dalam menghadapi dugaan Allah. Sesungguhnya Allah bila IA
mengasihi seseorang hambaNya itu, maka IA akan mengunjinya dengan
cobaan-cobaan dalam hidup ini dengan berbagai-bagai rupa bentuk. Dan
akan IA turunkan penyakit dan kesempitan-kesempitan. Sesungguhnya ia
adalah sedikit bagi yang menyerah diri kepada Tuannya.
Dan
kepada sahabat-sahabat aku yang kebanyakannya adalah kawan-kawan kepada
Anish juga. Marilah kita sama-sama mendoakan ‘kesembuhan’ buatnya. Dan
hadiahkanlah Al-Fatihah buat Allahyarham Papa dia. Al-Fatihah
0 comments :
Post a Comment