Aku tidak perduli
engkau siapa padaku. Jika engkau salah tetap engkau salah padaku. Tidak
sama sekali aku bersekutu denganmu dalam perkara itu. Jika sekali engkau
sahabatku, nescaya sahaja akan aku menasihatimu, atau pula engkau
saudara-saudaraku, atau engkau paman-pamanku, pasti aku menegur
kesalahan itu. Atau engkau orang-orang yang tidak sehaluan dengan aku?
Tetaplah akan aku kritik juga.
Dan
aku menyedari kadang-kadang lidahku terlalu tajam dalam sesetengah hal.
Dan kadang-kadang juga ianya manis dalam beberapa hal. Maka selamilah
rahsia yang terselindung disebaliknya. Sesungguhnya aku mengelak dari
berkata yang sia-sia. Cuma saja cara dan bahasa aku tidak sama dengan
mereka yang lain itu. Jika itu membuatkan engkau rasa tidak mudah?! Maka
tinggalkan. Muntahkan segala rasa kelat, masam dan pedas itu. Tidak
mengapa sama sekali.
Kerana
aku tidak membutuhkan sanjungan dan sukaramai dari tulisan-tulisanku.
Jika itu yang menjadi hajatku, nescaya aku mengusahakan
kumpulan-kumpulan nasyid dan café-café kuliah yang manis-manis belaka
isinya. Biar semua mabuk kepada lidahku. Biar semua mengeletek
pangkal-pangkal punggungku dengan puji-pujian. Kerana aku mengerti
manusia ini ada bidangnya. Sedangkan setengah dari mereka itu ahli dalam
bidangnya, dan sebahagian yang lain pula ahli dalam bidang yang lain
pula. Dan aku menerima kekuranganku dengan mengambil menafaat dari
kelebihan orang lain. Tidaklah aku katakan hendak hati ini supaya
sombong dengan kebodohan sendiri. Kerana itu tidaklah patut sama sekali
pada pemikiran dan perbuatan.
Namun
dalam mencari hala tuju pada penulisan ini. Aku tidak dapat lari juga
dari sela-sela waktu terperangkap dengan material-material yang berputar
disekitar halaman rumah, percutian dan resepi-resepi masakan sahaja.
Kisah-kisah putus cinta. Kisah-kisah perkahwinan yang hancur. Bukanlah
aku menterjemahkan ini kepada makna yang remeh. Dan aku tidak meremehkan
sama sekali. Cuma aku menuntut diri ini kearah yang lebih serius dan
berat.
Sesuatu
yang perlu diulang-ulang supaya dapat kefahamannya. Bukan sesetengah
perkara yang bila engkau lihat gambar sahaja engkau telah mengerti akan
duduk perkaranya. Tidak perlukan kupasan-kupasan lanjut. Dan aku
meletakkan diriku tidak ditangga yang dikatakan benak dan terkurung.
Lalu
mengubah tulisan-tulisan aku tidak lagi sesuai untuk dibaca oleh
golongan-golongan ibu. Yang mana pada perkiraaan aku mereka ini tidak
membicarakan berkenaan sesuatu yang merumitkan diri sendiri. Dan mereka
memberi komen-komen yang sejenis sahaja. Mereka lari dari kebencian
manusia. Mereka meraih pujian dan kata-kata manis. Lalu mereka lena, dan
aku juga lena. Dan sajian-sajian nikmat yang dilalui oleh orang lain
itu telah membuatkan kita semua menjadi tidak bersyukur dengan nikmat
yang berada dipangkuan sendiri.
Larilah..larilah
wahai diri. Lari jauh dari semua ini. Dan aku telah lari dari bahan
bacaan yang sedemikian. Dan aku juga melarikan diri dari corak penulisan
yang ringan dan senang itu. Maka jika kalian mengharapkan hidangan yang
manis-manis disini. Jawapannya tidak lagi, nescaya resepi masakanku
kali ini akan bercampur aduk dengan segala macam rasa.
0 comments :
Post a Comment