7 kali lebih besar, 7 kali lebih penting, 7 kali lebih utama. Dari mendahulukan kantung-kantung sendiri. Engkau lebih sediakan orang lain atas keperluaannya. Maka kenyanglah mereka-mereka itu dalam kemalasan mereka. Dan engkau katakan kepada mereka , “tidak apa bergitu, tidak mengapa sama sekali”
 
Menjadi rosak dan binasa sama sekali keadaan ini. Bagi yang menyalah ertikan pemberian. Mereka menganggap ianya umpama buah-buahan yang tumbuh sepanjang tahun. Dan musim-musimnya tidak pernah akan putus. Kecelaan atas perlakuan ini mencelakakan dirinya sendiri dan mencelakakan orang lain. Sehingga mereka yang dipinggir itu melihat perbuatan yang baik itu seperti memeluk seekor babi betina sudahnya. Sangat jijik keadaannya. Dan sangat menyedihkan kefahaman mereka.

Lalu datang pula puak-puak yang membawa mata kail dihujung tali-tali janji mereka. Dengan umpannya madu yang melenakan. Lantas tembuslah bibir-bibir tebal si bebal itu. Tidak cukup dengan bibir yang terpancing, ditindik pulalah hidung-hidung mereka. Dan mereka menonong seperti sekawan kerbau yang sangat laparkan garam. Tidak mengapa menepuk-nepuk punggung mereka yang gempal itu. Tidak mengapa sama sekali, mereka tidak akan marah. Malah mereka mengemarinya.

Jahanam sungguh perlakuan ini. Dan mereka itu mensilangkan kaki kirinya di atas kaki kanannya. Serta melihat majlis-majlis tari menari yang meriah pestanya. Dan meneguk anggur peraman itu. Setengah sahaja mata-mata mereka terbuka. Yang mana kelopaknya digantungi dunia yang telanjang bulat. Api itu aman bagi mereka ini. Dan firdaus itu entah benar entahkan tidak.

“Harrrrr mari!!!!, mari menepuk punggung padat saya ini!!! Saya tidak marah sama sekali” Jeritnya kepada duta-duta yang pelahap itu. Dan mereka menjamah hidangan daging-daging mentah yang hanyir  dengan sangat berselera. Sangat gelojoh dan tamak mereka kepadanya sehingga mereka berkelahi sesama sendiri.
Terjelir lidah diantara mereka, yang mana sebahagiannya pula terkangkang luas tanpa ragu pada cerancang tajam yang menanti didubur-dubur mereka. Sialannya mereka menarik yang lain, mereka mengcangkukkan keruncing-keruncing mereka pada belikat-belikat yang berkecuali ini tadi. 

Lemparkan!!! lingkupkan!!!! Kesemua belanga-belanga yang penuh babi itu! Kerana tiada menafaat bagimu untuk menyimpannya. Malah tidak pula engkau kebulur, kelaparan dan mati, jika tidak memakannya. Namun engkau mengesilkan juga pipi-pipimu kepada pelepah-pelepah kelubi itu? Nah!!! Rasakanlah bedebah! Kerana inilah yang engkau tempah untku dirimu!