Assalamualaikum kepada
para pembaca sekelian. Tujuan aku menulis artikel ini adalah ingin
menjelaskan sebarang kemusykilan yang telah timbul.
Ada yang pernah memberi komenter kepada aku, katanya. “bro,
kalau tak silap aku ini artikel dari blog si ‘fulan’, kalau kau copy
dan publishkan kat blog kau kenapa tak show some credit pada penulis
asal.”
Baiklah
ini sebabnya. Pertama-tama sekali aku nak jelaskan. Kebanyakan artikel
yang aku republish dalam blog aku adalah artikel yang berbentuk
keagamaan. Dan setelah aku selidik dengan teliti(sekadar kemampuan aku)
yaitu sumber dan keshaihannya. Serta aku mengetepikan pendapat-pendapat
peribadi yang pada penilaian aku adalah berat sebelah. Atau kurang
tepat. Barulah aku republishkan.
Dan dalam melakukan yang sedemikian aku berpegang pada satu kefahaman. Iaitu, “tangan kanan yang memberi, tidak perlu tangan kiri pun ikut sibuk nak tau” Iaitu dalam konsep memberi dan memanjangkan kebaikan.
Aku
rasa tidak timbul soal kenapa aku tak bagi credit pada penulis asal.
Sebab dalam hal membuat kebaikan ini, kita bukan nak manusia tahu kita
ini jaguh dalam mengerjakannya. Apa yang lebih penting adalah Allah itu
Maha Mengetahui. Dan IA tidak mungkin sama sekali berlaku tidak adil
dengan mengabaikan setiap amal kebaikan hamba-hambaNya.
Aku
tidak nafikan ada sesetengah perkara yang aku perlu juga mengembalikan
kepada orang yang mempersoalkannya, sepertinya dalam masalah hukum-hukum
sesetengah perkara. Dalam mengetengahkan pendapat-pendapat yang tidak
popular tetapi pada pendapat dan penilaian aku yang cetek ilmu agama ini
ianya munasabah. Dengan berpandukan rujukan-rujukan yang lebih shahih,
lalu aku republishkan semula dan ketengahkan pendapat mereka itu dengan
sokongan-sokongan dalil yang lebih shahih yang telah aku jumpa.
Jika
dalam keadaan itu, maka akan aku sediakan back link-nya kepada yang
bertanggungjawab dalam mengutarakan pendapat tersebut. Kerana pada
perkiraan aku , dialah yang lebih berhak menjawab segala
komenter-komenter yang diutarakan.
Jika
ianya berkaitan dengan masalah hukum dan persoalan yang telah ada sejak
dulu. Dan dari segi hujah dan dalilnya telah lahir sejak dari zaman
terbaik. Sedangkan ulama terkemudian ini, atau ustaz-ustaz, atau siapa
saja, mereka hanyalah mengulas akan pendapat dan usul yang telah sangat
popular itu, maka tidak perlulah aku menyediakan back link-nya. kerana
telah sedia maklum akan permasalahan itu telah lama diselesaikan, dan
tidak ada percanggahan lagi diantara mereka(alim-ulama).
Dan
aku harap selepas ini, tidak ada lagilah yang mempersoalkan kenapakah
aku tidak memberi credit kepada web-web atau mana-mana blog yang aku
ambil artikel mereka dan republish-kan semula di blog aku. Kerana
aku bersangka baik kepada mereka yang mana pada pendapatku mereka
membuat kebajikan dan amal kebaikan dengan niat yang sangat ikhlas. Dan
mengharapkan keredhaan Allah, bukanlah sanjungan dan pujian makhluk
manusia ramai ini. Dan aku tidak ingin menjadi racun perosak yang
merosakkan amalan mereka-mereka yang ikhlas ini.
Jauh
sekali niat untuk mengambil kesempatan dari artikel-artikel mereka yang
berrmutu itu demi kepentingan diri aku sendiri. Kerana sepertinya
sangkaan baikku kepada mereka berkenaan amalan mereka itu, bergitulah juga harapan aku terhadap amalanku sendiri. Supaya mendapat redha Allah semata-mata,
dan ramai yang senang juga memanjang-manjangkan sesuatu perkara yang
baik, yang datang daripadaku. Maka aku tegaskanlah disini, jika ada
diantara kalian yang mengambil apa-apa artikel sekalipun dari blog aku
ini. Tidak inginlah sama sekali disediakan nota kakinya, ucapan ribuan
terima kasih atau sebagainya kepada aku.
*Bebaskan diri dari bangga diri dan harapkan balasan dari makhluk!!!
0 comments :
Post a Comment