Malaysian Business Locations Directory

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Saturday, January 30, 2010

Percintaan yang ikhlas itu adalah percintaan yang tidak mengharapkan balasnya. Yang tidak melewati batas-batas tertentu, yang tidak membawa padah dan kebencian. Sesungguhnya percintaan itu adalah penawar yang memberi kesembuhan dan bukanlah racun yang membawa kerosakan dan kepedihan. Dan percintaan itu menuntut pengorbanan, kerana kemanisan itu datang dengan sedikit kepayahan. Namun janganlah engkau bersangka buruk kepadanya.
Dan cinta itu juga datang dalam berbagai-bagai rupa. Ada yang indah seperti pelangi ada pula yang kelam dan suram seperti tengkujuh di pertengahan musim. Namun dalam pencarian itu janganlah engkau perdulikan sangat pada setiap kesusahan yang ditempuh. Sesungguhnya ia hanyalah setitis hempedu di tengah lautan madu. Tidak engkau rasakan sakit sama sekali, jika pun maut datang menjemput …nescaya ianya lazat dan nikmat.

Takut lagikah engkau pada rupa yang telahku bayangkan?
Engkau manis sang puteri, serta pria idaman, putera kayangan. Hulurkan tangan kalian, dan berpautlah kepada tali-tali cinta yang kuhulurkan. Dan putuskanlah tambatan-tambatan dari rasa kebencian dan persengketaan. Tepislah tangan-tangan yang penuh kebencian itu. Janganlah engkau ikut beserta dengan mereka.

Posted on Saturday, January 30, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Friday, January 29, 2010

Aku melihat mereka menetakkan mata-mata yang berkilat itu keleher-leher kaumnya sendiri. Tanpa ia menghiraukan darah pekat merah yang mengalir umpama sungai nil. Lagaknya seperti serigala lapar dan buas tidak dengan sedikit pun pertimbangan waras. Mereka memamah sehingga ketulang-tulang rusuk tetangganya. Mereka tidak perduli pada rintihan anak kecil disebelah mereka, malah menjadi semakin bernafsu.
 
Mereka mencarik-carik dan meranapkan segala macam kesejahteraan diatas muka bumi ini. Dengan tidak mempertimbangkan sudut hati yang paling dalam itu. Dengan mencemari maqam-maqam yang lebih rendah dari maqam an-nafs itu, dan sesungguhnya hati mereka tidak terkilan walau sedikitpun. Dan mereka tidak juga kuatir dan gentar pada peringatan-peringatan bagi yang berlaku zalim dan kejam. Sesungguhnya hati-hati mereka hitam pekat seperti malam yang gelap tanpa bintang.

Lalu menjadi jauhlah harapan hati ini kepada sebuah kedamaian. Seperti tetangga yang saling mengasihi tetangganya. Adakah ia hanya sebuah mimpi yang mustahil menjadi nyata? Atau kita sangat membenci perlakuan itu juga? Lalu kita membalas perbuatan mereka dengan perlakuan yang lebih melampaui batas? Tidak wajar sama sekali hendak dirungutkan kesengsaraan ini. Jika engkau yang dikejami itu juga menzalimi orang lain.

Jangan jadi seperti itu. Dan jangan membalas perbuatan zalim mereka melebihi yang sepatutnya. Kerana kelak engkau tidak kurang sama sahaja seperti mereka. Dan jangan pula menyamakan kebodohan mereka itu dengan kebijaksanaan engkau. Kerana tidak pantas lembu-lembu peliharaan tinggal sekandang dengan harimau-harimau buas. Jika ada diantara mereka itu yang senang menjadikan diri mereka sendiri seperti anjing yang menyalak-nyalak. Tidak perlulah engkau menjadi ayam jantan yang berkokok pula. Dan jika ada diantara mereka yang tampil dengan dalil-dalil yang menyesatkan akal dan fikiran. Usahlah diperdulikan mereka itu. Jangan sesekali beserta dengannya.

Mereka itu adalah sekumpulan bubuk yang hanya menjadi perosak kepada sebuah istana yang megah. Mereka menjadikan ia lemah dan reput didalam. Sedang pada luarannya ia kelihatan sangat kukuh. Mereka inilah yang menjadikan amal-amal mereka itu jambatan-jambatan kesenangan dunia dan menghimpunkan dinar-dinar emas itu bersama keringat-keringat orang lain kedalam satu benjana. Dan tidak segan dan silu mereka menaburkan berita-berita palsu berkenaan dengan kesusahan yang bakal tiba.

Sepertinya khazanah yang dilangit itu dalam tilikan mereka, seolahnya mereka tembus mata pada yang terkandung di luhmahfuz itu. Sehingga mereka dengan sangat berani memberitakan kepada haiwan-haiwan ternakan mereka yang dunia ini sesungguhnya telah kekurangan gandum. Maka berlari-larilah ayam-ayam belanda itu dengan risaunya kepada sang helang yang berbulukan ayam jantan.


Posted on Friday, January 29, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Thursday, January 28, 2010


Aku memang pantang kalau macam ni. Suka-suka hati memijak kepala orang. Tak perduli orang tengah buat  kerja atau tengah melepak-lepak. Nak pulak kalau depan-depan kastemer’ dengan selamba jer engkau lepak kat atas meja casher, dan kadang-kadang kat riba aku. Tapi yang aku paling bengangnya ialah engkau dengan selamber jer meletakkan kaki engkau diatas kepala aku. Apa punya biadab dan kurang hajar engkau ini?!!!

Harrrr!!!! Apa engkau tidak pernah sekolah? Dan mak bapak engkau tak hajar engkau? Atau mak bapak engkau pun bangsat macam ni juga perangainya?!! Aku rasa macamtur laa kot.

Kalau dengan dak negro tak per laa kau buat macam tur, sebab diorang tak rasa apa-apa pun, mungkin diorang dah biasa kau pijak-pijak kepala diorang macam tu agaknya. Tapi dengan aku tak boleh la, ensel pintu betullah. Disebabkan sikap biadab engkau tu, aku selalu jer kena perli dengan kastemer aku. Macam-macam diorang cakap kat aku. Yang aku tak tahan tur bila diorang bisik-bisik sama-sama diorang. Diorang cakap aku tak mandi ker haper gamaknyer. Celaka betul engkau ni.

Yang aku peliknyer engkau masuk dari mana entah. Sedar-sedar kau dah ada jer kat dalam. Bukan ker cc ni ekon, cermin tutup semer. Heran betul aku. Tapi yang pastinyer engkaulah benda yang paling aku bengang dalam dunia nih.

Hilang sabar sungguh aku bila engkau menganjing-nganjing depan aku, dan tetiba engkau hinggap atas hidung aku……harrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!! Bangsat betul ini. Aku memang tak suka dengan lalat. Tapi aku rasa binatang ni ada self educated la. Sebab bila aku bawak botol redset yg warna merah tur. Semua ilang entah kemana. Agaknya dia tau benda tur racun, dan boleh buat dia mati. Dan hari ni aku beli shieldtox pulak. Hah..dengan selamber jer lagi engkau lending kat depan aku yerr..? memang sah engkau tak kenal botol warna biru nih. Engkau ingatkan minyak wangikann.. emmm nakkk  HAMBEKKKKK koRRR!!! Kojol kat situ.

Posted on Thursday, January 28, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Thursday, January 21, 2010

Aku tidak perduli engkau siapa padaku. Jika engkau salah tetap engkau salah padaku. Tidak sama sekali aku bersekutu denganmu dalam perkara itu. Jika sekali engkau sahabatku, nescaya sahaja akan aku menasihatimu, atau pula engkau saudara-saudaraku, atau engkau paman-pamanku, pasti aku menegur kesalahan itu. Atau engkau orang-orang yang tidak sehaluan dengan aku? Tetaplah akan aku kritik juga.

Dan aku menyedari kadang-kadang lidahku terlalu tajam dalam sesetengah hal. Dan kadang-kadang juga ianya manis dalam beberapa hal. Maka selamilah rahsia yang terselindung disebaliknya. Sesungguhnya aku mengelak dari berkata yang sia-sia. Cuma saja cara dan bahasa aku tidak sama dengan mereka yang lain itu. Jika itu membuatkan engkau rasa tidak mudah?! Maka tinggalkan. Muntahkan segala rasa kelat, masam dan pedas itu. Tidak mengapa sama sekali.

Kerana aku tidak membutuhkan sanjungan dan sukaramai dari tulisan-tulisanku. Jika itu yang menjadi hajatku, nescaya aku mengusahakan kumpulan-kumpulan nasyid dan café-café kuliah yang manis-manis belaka isinya. Biar semua mabuk kepada lidahku. Biar semua mengeletek pangkal-pangkal punggungku dengan puji-pujian. Kerana aku mengerti manusia ini ada bidangnya. Sedangkan setengah dari mereka itu ahli dalam bidangnya, dan sebahagian yang lain pula ahli dalam bidang yang lain pula. Dan aku menerima kekuranganku dengan mengambil menafaat dari kelebihan orang lain. Tidaklah aku katakan hendak hati ini supaya sombong dengan kebodohan sendiri. Kerana itu tidaklah patut sama sekali pada pemikiran dan perbuatan.

Namun dalam mencari hala tuju pada penulisan ini. Aku tidak dapat lari juga dari sela-sela waktu terperangkap dengan material-material yang berputar disekitar halaman rumah, percutian dan resepi-resepi masakan sahaja. Kisah-kisah putus cinta. Kisah-kisah perkahwinan yang hancur. Bukanlah aku menterjemahkan ini kepada makna yang remeh. Dan aku tidak meremehkan sama sekali. Cuma aku menuntut diri ini kearah yang lebih serius dan berat.

Sesuatu yang perlu diulang-ulang supaya dapat kefahamannya. Bukan sesetengah perkara yang bila engkau lihat gambar sahaja engkau telah mengerti akan duduk perkaranya. Tidak perlukan kupasan-kupasan lanjut. Dan aku meletakkan diriku tidak ditangga yang dikatakan benak dan terkurung.

Lalu mengubah tulisan-tulisan aku tidak lagi sesuai untuk dibaca oleh golongan-golongan ibu. Yang mana pada perkiraaan aku mereka ini tidak membicarakan berkenaan sesuatu yang merumitkan diri sendiri. Dan mereka memberi komen-komen yang sejenis sahaja. Mereka lari dari kebencian manusia. Mereka meraih pujian dan kata-kata manis. Lalu mereka lena, dan aku juga lena. Dan sajian-sajian nikmat yang dilalui oleh orang lain itu telah membuatkan kita semua menjadi tidak bersyukur dengan nikmat yang berada dipangkuan sendiri.

Larilah..larilah wahai diri. Lari jauh dari semua ini. Dan aku telah lari dari bahan bacaan yang sedemikian. Dan aku juga melarikan diri dari corak penulisan yang ringan dan senang itu. Maka jika kalian mengharapkan hidangan yang manis-manis disini. Jawapannya tidak lagi, nescaya resepi masakanku kali ini akan bercampur aduk dengan segala macam rasa.

Posted on Thursday, January 21, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Wednesday, January 20, 2010

Makin menjadi-jadi ini. Makin tidak dimengerti orang lain dia ini. Bukan mainlah ‘kerek’nya, dan bukan mainlah perkara yang dimain-mainkannya itu. Nak katakan kecil, besar juga. Nak katakan besar tidak pula memberatkan bahu ini. Atau kita tidak memikulnya? Hanya melihat bangla-bangla itu yang kesusahan. 

Hah pakailah kain palikatmu yang paling cantik itu. Dan tunggang terbalik pula engkau mencari syurga buat dirimu sendiri. Pada pikir engkau ianya boleh dimasuki secara bersendirian? Dan terlepas engkau akan setiap sesuatu itu bakal dipertanggung jawabkan juga kepadamu? Maka biarkan sajalah saudaramu itu bergelumang dengan nanah dan lendir-lendir busuk. Dan perkiraanmu ianya tidak mengganggumu sama sekali. Jauh sekali menjejaskan lebai putihmu itu.

Tidak juga tersangkut pada hati-hati mereka akan peringatan-peringtanku. Tentang kedatangan kambing bermata satu, yang ada pisau disebelah tangan kanannya. Dan ada halwa kundur disebelah tangan kirinya. Lalu disuapkannya ketika engkau sedang lena. Bagai bayi yang disuapkan tetek ibunya. Engkau menjilat-jilat bibirmu kerana kesedapan. Lalu disembelihnya engkau dan mengelupurlah disitu. Walau mengalir darah putihmu. Tidaklah ada yang ingin beserta denganmu dalam merasai sengsara itu. Dan ketipu dayaan itu engkau tanggunglah dengan sendirinya, selayaknya engkau menjilat keenakan itu tadi juga dengan sendiri tidak berkongsi dengan sesiapa.

Dan didatangkannya bala yang dipimpinnya. Dengan gerakan dari kaki-kaki yang tapak kasutnya dari rantai besi yang paling keras dan kasar. Mengilis tidak kira batu atau tanah, pinggan nasi atau katil pengantin. Tidak belas pada si tua atau bayi. Dan si badwi itu dengan jubah labuhnya menutup pintu-pintu gerbang mereka agar habuk cemar tidak bisa masuk. Celakanya dia sedang bercanda dengan bininya yang no empat itu. Sambil bersuap-suapan. Dan si isteri mendesah-desah diraba sana sini. Lagak unta betina yang dipalu cemeti.

Entah kemana hendak diadukan kegilaan ini. Entah kemana hendak dilarikan diri ini. Hendak mengendong anak kecil ini? Si tua itu merayu-rayu dengan hiba pula. Maka lemparkan saja botol-botol penuh minyak itu? Yang peletupnya diri-dirimu sendiri? Kafir kata mereka. Mereka yang tidak melihat dari matamu. Mereka yang melihat dari mata sang serigala itu. Jahanam sungguh pak lebai yang bersekutu dengan musuh-musuhnya sendiri ini. Jadi tebang saja pohon-pohon tiga segi itu dulu. Yang tergantung dipucuknya bintang-bintang enam. Namun beliungnya ditangan si pelahap kepak nyamuk ini. Bagaimanakah hendak membalasnya?

Sangat sempit dunia ini. Sangat mahal sepeha ayam itu. Sangat enak dan emput tilam beralas bulu biri-biri itu. Atau lacurkan saja anak-anak perempuanmu? Atau lacurkan saja isteri-isterimu? Atau lacurkan saja adik-adik perempuanmu? Atau lacurkan saja ibumu? Maka engkau akan dapat segantang beras siam yang paling elok mutunya. Dan legalah meja makan sela waktu engkau menanti kuburmu!
 Anda mungkin berminat membaca

Posted on Wednesday, January 20, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

7 kali lebih besar, 7 kali lebih penting, 7 kali lebih utama. Dari mendahulukan kantung-kantung sendiri. Engkau lebih sediakan orang lain atas keperluaannya. Maka kenyanglah mereka-mereka itu dalam kemalasan mereka. Dan engkau katakan kepada mereka , “tidak apa bergitu, tidak mengapa sama sekali”
 
Menjadi rosak dan binasa sama sekali keadaan ini. Bagi yang menyalah ertikan pemberian. Mereka menganggap ianya umpama buah-buahan yang tumbuh sepanjang tahun. Dan musim-musimnya tidak pernah akan putus. Kecelaan atas perlakuan ini mencelakakan dirinya sendiri dan mencelakakan orang lain. Sehingga mereka yang dipinggir itu melihat perbuatan yang baik itu seperti memeluk seekor babi betina sudahnya. Sangat jijik keadaannya. Dan sangat menyedihkan kefahaman mereka.

Lalu datang pula puak-puak yang membawa mata kail dihujung tali-tali janji mereka. Dengan umpannya madu yang melenakan. Lantas tembuslah bibir-bibir tebal si bebal itu. Tidak cukup dengan bibir yang terpancing, ditindik pulalah hidung-hidung mereka. Dan mereka menonong seperti sekawan kerbau yang sangat laparkan garam. Tidak mengapa menepuk-nepuk punggung mereka yang gempal itu. Tidak mengapa sama sekali, mereka tidak akan marah. Malah mereka mengemarinya.

Jahanam sungguh perlakuan ini. Dan mereka itu mensilangkan kaki kirinya di atas kaki kanannya. Serta melihat majlis-majlis tari menari yang meriah pestanya. Dan meneguk anggur peraman itu. Setengah sahaja mata-mata mereka terbuka. Yang mana kelopaknya digantungi dunia yang telanjang bulat. Api itu aman bagi mereka ini. Dan firdaus itu entah benar entahkan tidak.

“Harrrrr mari!!!!, mari menepuk punggung padat saya ini!!! Saya tidak marah sama sekali” Jeritnya kepada duta-duta yang pelahap itu. Dan mereka menjamah hidangan daging-daging mentah yang hanyir  dengan sangat berselera. Sangat gelojoh dan tamak mereka kepadanya sehingga mereka berkelahi sesama sendiri.
Terjelir lidah diantara mereka, yang mana sebahagiannya pula terkangkang luas tanpa ragu pada cerancang tajam yang menanti didubur-dubur mereka. Sialannya mereka menarik yang lain, mereka mengcangkukkan keruncing-keruncing mereka pada belikat-belikat yang berkecuali ini tadi. 

Lemparkan!!! lingkupkan!!!! Kesemua belanga-belanga yang penuh babi itu! Kerana tiada menafaat bagimu untuk menyimpannya. Malah tidak pula engkau kebulur, kelaparan dan mati, jika tidak memakannya. Namun engkau mengesilkan juga pipi-pipimu kepada pelepah-pelepah kelubi itu? Nah!!! Rasakanlah bedebah! Kerana inilah yang engkau tempah untku dirimu!


Posted on Wednesday, January 20, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Tuesday, January 19, 2010

Satu ketika dua temanku telah berkelahi sesama mereka dan tidak bertegur untuk sekian waktu. Sewaktu ketiadaan ku salah seorang dari mereka telah pergi 'dijemput Penciptanya'.

Lalu aku tanyakan kepada temanku yang seorang lagi itu..."Apakah perasaanmu?" lalu dia menyerahkan kepada ku satu coretan yang bertajuk "in the graveyard someone is your enemy" (............)

Lalu aku membacanya dengan teliti. Dan aku mengerti apa yang hendak dia sampaikan. Iaitu, “sebenci mana sekalipun engkau pada seseorang itu, namun setelah ketiadaannya, hanya kebaikanlah yang engkau dapat lihat. Tiada lagi benci dan sakit hati, hanya cinta dan kasih yang melimpah-limpah, namun telah tiada lagi tempat untuk engkau tumpahkan”.

Lantas aku mengambil iktibar akan peristiwa itu. Dan aku serukan kepada seluruh manusia sekelilingku agar, berkasih sayanglah antara kalian. Jauhkanlah sengketa, namun jika ianya terjadi juga, maka ringankanlah tangan-tanganmu untuk memohon maaf. Dan lapangkanlah hati-hatimu untuk memberi kemaafan.

Perhatikanlah mereka yang didalam kerugian itu, mereka yang sengaja melemparkan bara api kerumah-rumahnya sendiri. Mereka bertikai atas nama bangsa dan suku-suku. Mereka berkelahi kerana kepercayaan masing-masing. Bukankah telah Allah ingatkan kepada kita : 
“… Allah-lah Tuhan kami dan Tuhan kamu, bagi kami amalan-amalan kami dan bagi kamu amalan-amalan kamu. Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu. Allah menghimpunkan antara kita dan kepadaNya lah kita kembali.” (Asy-Syura : 15)

Tidakkah kita terasa sayang pada keamanan ini? Sungguhpun kita berbeza budaya dan kepercayaan. Tapi kita punya tujuan yang sama saja. Menjalani liku-liku kehidupan ini dengan penuh ketenangan dan semangat setia kawan. Sedang umur manusia ini sangat pendek dan kesempatan untuk menikmatinya telah disia-siakan pula. 

Tidakkah kita lihat matahari yang sama yang menerangi dimana saja bumi yang kita pijak ini. Dan ia  tidak pernah pilih kasih untuk memancarkan cahayanya. Salahkah, atau berat benarkah untuk kita menerima hakikat perkongsian ini tidak merugikan mana-mana pihak?

Atau saja dunia ini pada perkiraan mereka sangat kecil dan sempit. Dan terlalu sedikit bahagiannya sehingga kita perlu berebut kerananya? Dan bersengketa, lalu yang menang menjadi arang dan yang kalah menjadi abu? Dan yang beruntungnya adalah serigala-serigala lapar yang berada diantara kita. Yang menanti peluang dan ruang untuk mengambil kesempatan. Tidakkah kita lihat dengan jelas yang ini adalah tali-tali boneka yang ditambatkan keleher-leher diantara kita semua?

Jauhkanlah persengketaan, dan sambungkanlah tali persahabatan. Setiakawan itu pula pada pendapat dan penilaian aku tidak menuntut nilai yang terlalu tinggi. Hanya sedikit toleransi. Namun bukanlah maksudnya sudi dipijak dan diinjak kepala-kepala mereka pada setengah golongan yang lain. 

Kadang-kadang sesuatu yang besar itu datangnya dari satu hal yang sangat kecil. Masih belum melibatkan kain sesiapa yang terselak pun. Tetapi oleh kerana sikap yang tidak suka mendengar penjelasan orang lain, atau juga kerana tabiat yang suka mencelelah saat orang lain tengah bercakap itulah menyebabkan kefahaman yang kita dapat itu selalunya lain dari yang hendak disampaikan kepada kita.

Kita keras dalam menyatakan pendapat kita. Lagi dan lagi sehingga hati ini berasa puas dan yakin yang orang lain telah mendengarnya dan memahaminya. Sedangkan kita tidak ingin mendengar pendapat orang lain, lagi dan lagi sehingga kita memahami apa yang hendak ia sampaikan. Apakah sikap ini adil? Atau layakkah kita menepuk-nepuk dada dengan bangga dengan sikap bongkak dan degil yang kita miliki?

Aku tertarik pada kata-kata ‘Sings’ dalam cerita “Seniman Bujang Lapok”. “Dia punya rezeki dia makan, lu punya rezeki lu makan, apa salah makan sama-sama?” Mungkin disini perkataannya adalah rezeki, tapi aku melihatnya dari sudut yang lebih luas lagi. Ianya lebih kepada kesenangan bersama, atau lebih besar daripada itu. Salahkah kita berkongsi bersama-sama? Berkongsi dalam ertikata bagiku ialah memberi hak sendiri kepada orang lain. Berkongsi dengan mereka. Bukan berkongsi dalam ertikata merampas dan mengambil bahagian orang lain. Benar itu juga perkongsian, tetapi perkongsian yang engkau tuntut dari orang lain terlebih dahulu, sedang engkau sendiri sangat berkira dan lokek dengan bahagianmu!!!  

Sebenarnya bertolak ansur itulah yang paling payah untuk dilakukan. Tak perlu kita pergi terlalu jauh. Muhasabah diri sendiri cukuplah. Seperti contohnya dalam mendokong sesuatu prinsip yang kita yakin ianya adalah yang paling tepat sekali. Bolehkah kita bertolak ansur dengan orang lain yang tidak sehaluan dengan kita? Senangkah untuk menerima kritikan? Atau tidak melenting sama sekali jika ada diantara mereka yang dengan lantang  menentang apa yang engkau perjuangkan selama ini?

Jangan bandingkan pendapatku kali ini dengan pendapat-pendapat aku yang telah lepas itu. Kerana hujah-hujah yang dulu itu adalah berkaitan dengan peganganku berkenaan dengan Agamaku. Dan tidak ada tolerasi sama sekali dalam meninggikan Allah dan RasulNya serta membela iman agar tidak sesat. Sedang yang diketengahkan disini, intinya adalah berkenaan dengan makan dalam pinggan yang sama itu. Tidak akan membuatkan kita kenyang lebih lama jika kita memakannya dengan sendirian. Dan  tidak pula akan lebih cepat laparnya jika kita berkongsi hidangan tersebut.

Dan dalam senario ini. Aku juga faham, sangat senang dan mudah untuk memberi sebuah kritikan. Atau mencela sesutu perlakuan. Hanya katupkan bibir bawah dan bibir atasmu dan jelir-jelirkanlah lidah itu, maka keluarlah bunyi yang dihajatkan dari dalam ‘perut’mu. Jika baik isi perutnya, maka enak dan merdulah kedengarannya. Tetapi jika angkuh dan gelojoh isinya, maka busuk dan pedih pulalah bagi yang ditujukan. Kritikan itu adalah senang disuarakan, tetapi melahirkan kritikan itu kedalam bentuk bahasa yang paling jujur dan bijaksana itu yang sukar.

Jujur pada pendapatku bukanlah lepaskan saja apa yang terbuku itu tanpa prajudis atau berselindung-selindungan, atau juga kias berkias. Tetapi jujur itu adalah adil dalam memberi kritikan. Dalam keadaan memberi , dirinya sendiri berlapang dalam menerima. Dan bijaksana itu pula adalah bijak menyeimbangkan kekurangan sesuatu perkara itu dengan kelebihannya.

Atau ada saja yang tidak setuju. Yah silakan, ada satu ucapan yang aku pernah baca dari satu tulisan orang lain. “Kalau saya tidak suka dikritik dan tidak suka ditegur, atau tidak berlapang hati, saya tidak menulis berkenaan isu-isu sebegini. Saya akan menulis sahaja cerita-cerita para Sahabat r.a.” Dan  aku bersetuju  dengan ucapan itu. Dan aku sendiri tidak pernah menutup pintu diskusi. Dan ruang komenter dalam blog aku ini sendiri  tidak ‘approve by admin’ pun. Tidak pernah dulu, tidak pernah sekarang, dan insyaAllah tidak akan sama sekali. Sesiapa saja bebas meluahkan pendapat mereka. Tidak ada sekatan dan tidak  ada tapisan sama sekali. Jika saranan yang sampai itu baik pada penilaian aku.maka aku akan mengusahakannya. Jika pula kritikan itu pedas dan bertentangan dengan pendirian aku. Maka akan aku muhasabah diri sendiri agar menjadi lebih bermenafaat  kepada golongan yang aku pimpin.

Ayuh kita membuang sangkaan-sangkaan buruk kepada orang lain. Lemparkan jauh-jauh, “rasa diri ini lebih dari banyak sudut”. Dan mudahan juga Allah melembutkan hati kita dalam menerima peringatan. Kerana aku melihat kacau bilau dunia ini sesungguhnya hanyalah berpunca dari sifat yang satu ini. Iaitu sifat merasakan diri sendiri betul dan lebih betul dari orang lain yang betul. Alah-beralah itu diketepikan sama sekali. Malah merasa hina dan jijik jika ada sifat yang demikian di dalam diri.

Sehingga lama kelamaan, ianya melalut-lalut kearah politik dan perkauman. Tersentuh sana-sini berkenaan agama dan kepercayaan kepada tuhan masing-masing. Yang mana segala perkara yang tidak sepatutnya timbul. Dan dua persengketakan telah menjadi satu hal yang sangat merosakkan. Serta merugikan.  Sebaliknya kerugian itu terpukul kepada diri kita sendiri. Dan berkait-kaitanlah perkara yang satu itu kepada dua, kepada tiga. Dan dari sekecil-kecil hal sampailah kepada sebesar-besar isu. Tidak adalah mendatangkan menafaat melainkan kemudharatan. Sama sekali tidak ada kebaikannya. Melainkan kepada serigala-serigala lapar yang berada diantara kedua pihak ini.

Serigala yang tidak memandang sama sekali kepada kehidupan selain dari kehidupan dunia ini. Dan sesungguhnya mereka itu sesat yang nyata. Dan tidak berpaling kepada peringatan-peringatan selain dari haloba dunia semata. Dan memandang agama itu dari sudut logik akal-akalnya sahaja. Tidak berpegang dia dengan tali-tali kebenaran yang hanya dapat dilihat dengan jelas dari hati-hati yang diterangai hidayah dan tidak riak. Maka inikah perilaku contoh yang hendak kita jadikan sebahagian dari kaki tangan dan anggota jasmani dan rohani kita? Katakan tidak sama sekali. Biarkan mereka bergendang mengikut rentak alunan yang mereka sukai. Jangan kita sesekali menari-nari kerana rentaknya. Biarkan mereka menghujankan kemanisan dari janji-janji dusta itu. Jangan sama sekali juga kita menjilatnya. Dan sesungguhnya tipu daya itu sangatlah halus dan terancang. Dan perbuatan-perbuatan keji mereka itu dihiasi dengan pemandangan yang sangat indah pada halwa nafsu. Maka nescaya lenalah pada yang tidak teguh pegangannya.

Dapatkah kita menentangnya jika sekelian dari halaman yang sama ini bersengketa sesama sendiri?

Posted on Tuesday, January 19, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Saturday, January 16, 2010

Sungguh sangat terkejut dengan berita yang aku baru kejap tadi tau. Dari tadi sebenarnya aku tengah nak numpukan nak siapkan kerja aku ada sikit lagi. Jadi aku tak on-lah YM, sebab tau jerlah aku ni kalau nyampuk-nyampuk berborak ni. Terus tak jalan kerja. Dan bila aku on jer YM, Am massage.

khai_am2000: al-fatihah utk arwah papa nish yg selamat pulang ke rahmatullah..Semoga arwah dicucuri rahmat & dimuliakn disisi Allah swt..

wirajiwa: Inna lillah hiwainnalillah hirojiun..eh bila am? baru nih ker?

khai_am2000: nish sms saye tadi..

wirajiwa: tima kasih Amm, sebab bg tau..

khai_am2000: mlm tadi nish eksiden nak balik kg.. erm..sepatutye dia balik naik train..

wirajiwa: hah!!?

khai_am2000: mlm tadi..

wirajiwa: dia ngan papa dia?

khai_am2000: x.. dia sorang kot.. coz papa dia ade kat kg sakit..rasanye mase dia balik kije..

wirajiwa: abis tur? dia mcm mana? dan tak sempat laa jumpa arwah?

khai_am2000: erm.. 2 ar sy kol dia xangkat.. xtau cane.sebenarnya camni bro..minggu lepas ar.. ayah dia kena heart attack mase duk KL..pehtu doktor kate klu kena sekali lagi papa dia mungkin xde..erm

wirajiwa: yaa Allah...

khai_am2000: aku soh nish kuatkn semangt, ingat tuhan& doa

Itulah antara keratan YM aku dengan Amm tadi. Dan aku tak mahu mengulas panjang-panjang tentang perkara ini. Sepertinya semua tahu sesuatu kematian itu adalah fardu kifayah bagi yang tinggal. Dan pendapat aku fardu kifayah tersebut bukanlah berkaitan dengan menguruskan jenazah tersebut semata-mata. Malah letakkanlah kifayah itu kepada diri kita sendiri meliputi dalam mendoakan keampunan dan rahmat bagi yang telah pergi menemui Tuhannya.

Semoga Anish, tabah dalam menghadapi dugaan Allah. Sesungguhnya Allah bila IA mengasihi seseorang hambaNya itu, maka IA akan mengunjinya dengan cobaan-cobaan dalam hidup ini dengan berbagai-bagai rupa bentuk. Dan akan IA turunkan penyakit dan kesempitan-kesempitan. Sesungguhnya ia adalah sedikit bagi yang menyerah diri kepada Tuannya.

 
Dan kepada sahabat-sahabat aku yang kebanyakannya adalah kawan-kawan kepada Anish juga. Marilah kita sama-sama mendoakan ‘kesembuhan’ buatnya. Dan hadiahkanlah Al-Fatihah buat Allahyarham Papa dia. Al-Fatihah

Posted on Saturday, January 16, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Friday, January 15, 2010

pakcikli00, di Januari 14th, 2010 pada 8:22 pm
“ Blog Dengan Nama Islam Menghina Islam”
Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokaatuhu,
Ada sebuah blog yang benar-benar tidak pantas untuk dibaca (berisi pelecehan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad shallallaahu ‘alaihi wasallam).Bapak Ibu kaum muslimin wal muslimat yang di rahmati Alloh silahkan buka blog yang menghina ajaran Islam di : (telah di sensor)
 
atau: http://( telah disensor)
 
Banyak artikel yang menghina ajaran Islam dan Nabi Muhammad SAW
Oleh karena itu, mari kita melaporkannya agar blog itu di tutup dengan cara sebagai berikut :
 
Pertama buka alamat http://en.wordpress.com/report-spam/
Lalu isi data-data yang diperlukan:… Lihat Selengkapnya
Your Email : email Anda
http://(telah disensor )
 
Why : isi dengan ” BLOG SPAMMING and that blog was insulting religion islam. “[/quote]
semakin banyak yang melapor semakin cepat blognya ditutup.
semoga kita terhindar dari hal2 yang bisa melemahkan iman kita dan semoga kita selalu ada dalam ridha dan lindungan-Nya…
 
Amin
 
Syukran. Jazakallah khoiran katsira. Allahu Akbar.
 
dikirim ulang dari grup Kajian Keilmuan bagi Aktivis dakwah
Wassalamu’alaikum warohmatullahi wabarokaatuhu  — era muslim

Rasanya isu ini telah pernah diketengahkan oleh  SDKD dalam artikelnya, tapi memusing-musing lapulak aku mencari artikel tur tak jumpa. Cuma sekarang aku terpanggil untuk mengulasnya semula kerana telah terbaca oleh aku pesanan yang diatas masa merayau kat “Cahaya Ketenanganku

Waalaikum salam Pakcikli00....
Secara kasarnya aku paham akan maksud  dan niat pakcikli00 ni. Dengan niat supaya blog atau web tur ditutup. Tetapi tidakkah dengan secara tidak lansung Pakcikli ni telah memanjangkan link web yg tidak baik itu? Tidakkah juga pakcikli00 telah menjadi promoter tidak bergaji kepada musuh-musuh Islam ini? 
 
Andai kata yang masuk ke link tersebut hanyalah untuk 'spam' web tersebut, syukur Alhamdulillah, tapi bagaimana pula jika ada dari mereka itu yang membaca artikel-artikel didalamnya. (kerana dakwaan itu tidak boleh menjadi benar kecuali dengan bukti, lantas mereka merasakan mereka perlu baca dulu untuk membuktikan kesahihan tuduhan tersebut)

Bayangkan jika ada diantara mereka yang cetek ilmu agamanya, merasa "eh betul jugaa apa yang dia ni tulis" atau lebih halus dari itu , namum masih juga bahaya akhidahnya "ada laaa betulnya, tapi kita orang Islam, kita tak bolehlah ngikut dia" (bukankah perkataan itu telah meletakkan Islam itu dalam kesangsian, atau tidak bebas dari kekotoran? Bukankah juga ayat yang tidak bermaksud merendahkan Islam itu tadi telah meletakkan setingkat lebih rendah dari usul yang lain darinya?

Golongan orientalis, fremeson, iluminati ini sebenarnya bukanlah hendak menyesatkan manusia dengan mengajak mereka(umat islam) beriman yang tuhan itu tiada, atau Muhammad itu sangsi kerasulannya. Cukup dengan meletakkan, "eh betul juga pendapat dia tu" sepertinya ada perkataan yang pernah aku dengar, lalu aku melahirkan pandanganku. [Dalam membuat contoh bertapa buruknya dajal itu , sifat dan tabiatnya. Sehingga 'org' itu berkata, "sesatnya dajal itu lebih sesat dari iblis. sekurang-kurangnya iblis itu ada juga "baiknya" kerana dia tidak mengaku dirinya tuhan. Sedangkan dajal itu mengaku dirinya tuhan. Dan iblis itu tidak menyuruh manusia ini menyembah dia, tapi dajal itu menyeru manusia itu menyembahnya.” Sebenarnya secara tidak lansung akidah bagi yang berkata demikian telah jatuh rosaklah dia. Kerana kasar atau halusnya, dan dibandingkan dengan siapa atau apa sekalipun iblis itu tidak adalah sama sekali kebaikannya atau lebih baik sedikit, kerana telah Allah batalkan segala bentuk kebaikan itu untuk dikaitkan dengan iblis itu.]

Pakcikli00, aku tidak berniat sama sekali untuk menunjukkan bertapa betulnya aku dalam hal ini. Aku Cuma berharap kita sama-sama dapat memikirkan adakah perbuatan ini banyak menafaatnya.Juga dalam ketika menilai bertapa tingginya kebaikan pada perbuatan kita itu, marilah kita lihat pula bertapa mudharatnya pula. Dan ada ketikanya dalam melakukan sesuatu itu lebih utama jika kita memilih ‘pilihan mana yang lebih kurang mudharatnya’.

Berbalik pula kepada tujuan asal penyebaran link-link yang tidak baik ini. Tujuannya adalah supaya kita sama-sama masuk dan spamkan web tersebut? Takkanlah Pakcikli00 tak tahu bertapa sekejapnya nak create web atau blog baru, yang isinya sama seperti web yang telah di-banned. Hanya ‘select all’ backup dan paste-kan semula kat html blog baru. Tak sampai 5 minit encik Pakcikli00. Adakah kita telah Berjaya menyusahkan dia? Berbanding dengan kemudharatan yang terjadi kerana penyebaran link ini.

Aku bersetuju dengan jalan memberi peringatan itu. Tetapi cukuplah jika peringatan kepada bahayanya melawat blog-blog dan artikel-artikel yang bahan-bahannya mengelirukan. Tidak perlulah kita detail-kan alamat dan sebaginya. Seperti kita melarang umat Islam dari pada mengunjungi tempat-tempat maksiat, club-club malam dan sebagainya. Cukuplah sekadar kita melarang mereka dari pada pergi ketempat-tempat maksiat seperti itu. Tidak perlulah kita berkata “janganlah engkau pergi ke tempat-tempat maksiat, seperti The B&^% di Jalan Bla bla bla..” Bukankah cukup sekadar kita berkata “Janganlah engkau pergi ketempat-tempat hiburan yang mana pasti terdapat banyak maksiat didalamnya.”

Apa kata kita mencegah perbuatan mungkar itu dengan menganjurkan amal kebaikan dengan lebih banyak. Atau menjauhkan manusia ini dari amalan yang buruk dengan menceritakan kepada mereka kebaikan dan kelebihan sesuatu amal baik itu. Ceritakan fhadhilatnya bila dia melakukan, bukan menceritakan hukuman dan dosanya jika dia meninggalkannya. Bukanlah aku bermaksudkan memberi sebahagian keterangan dan menyembunyikan sebahagian yang lain. Tetapi umat islam lewat kini sangatlah lemah imannya, jika dibanyakkan ketakutan itu dari harapnya , aku khuatir  ia hanya meletakkan jiwa-jiwa mereka dalam keadaan berputus asa. Malah ketakutan itu tidak diperolehi kebaikan didalamnya. Lantaran dari itulah, pada bahagian-bahagian tertentu  kita lebihkan dalam membicarakan fadhail-nya.

Sebenarnya sering aku tegaskan dalam setiap tulisan-tulisan aku yang lain-lain dalam memperkatakan sesuatu isu. Tidaklah aku mengharapkan tidak boleh tidak orang lain perlu bersekutu denganku dalam meninggikan sesuatu pendapatku. Tetapi marilah kita fikirkan dengan sedalam-dalamnya. Dan renungkan dengan sehalus-halusnya pada setiap tindakan. Janganlah kita hanya melihat pada niat semata-mata. Kerana sesuatu yang baik itu jika dilakukan tidak dengan kesederhanaannya, melainkan mudharatlah yang menanti pada kesudahannya.

Quote : Quote:
pakcikli00, di Januari 17th, 2010 pada 12:30 am :

Asalamualaikum

Dengan izin, saya suka menjawab komentar wirajiwa terhadap komentar yang saya titipkan di atas sebelum ini, komentar itu adalah komentar yang telah dititipkan diruangan komentar weblog saya dan minta disebarkan sebagai ingatan kepada pelayar server mengenai keaiban weblog tersebut. Saya rasa tidak salah jika saya turut membantu menyampaikan peringatan kepada sesiapa yang memerlukan peringatan.
.
Memandangkan weblog saya cuma menerima lebih kurang 3 hingga 4 ribu kunjungan sahaja sehari, saya rasa tidak salah jika peringatan ini dipanjangkan ke weblog ini supaya dapat ditatapi oleh khalayak. Begitu juga dengan notis memohon derma diatas adalah kerana ada pihak yang minta pertolongan saya. Dan tidak terniat pula dihati saya meminta ganjaran atau gaji dengan pertolongan itu. Saya telah banyak dikecam untuk melaksanakan bantuan tersebut. Kepada tuan punya weblog ini saya mohon maaf mengenai notis saya diatas. Saya harap komentar saya bolehlah dilupuskan jika ianya tidak menyenangkan.
.
Terima kaseh salam hormat.
.
wirajiwa, di Januari 17th, 2010 pada 1:30 am :
.
Waalaikum salam pada Pakcikli00 dan Assalamualaikum pada yang lain.
.
Pertama sekali aku nak memohon maaf dulu. Demi Allah aku tidak berniat memandang rendah pada usaha baik Pakcili00. Apa yang aku tulis itu cumalah pandangan dari aku(secara peribadinya semata-mata). Tidak mewakili sapa-sapa atau mana2 pihak. Dan aku sangat kesal jika tulisan aku terlihat merendahkan pandangan org lain dalam sesetengah hal.
.
Sebenarnya tidak lebihlah daripada pecetus minda agar kita sama2 dapat memikirkan jalan yang lebih baik untuk kita sama2 laksanakan. (Bukan juga maksudku perbuatan orang lain itu salah, cuma dalam perkara 'yang baik' itu bukankah ada yang 'lebih baik' atau dalam perkara 'buruk' itu ada pula yang 'lebih buruk'?)

Sebenarnya itu saja, dan mungkin kita dapat menemuinya dalam perbincangan2 yang terbuka. Tidak perlu 'melebihkan' atau 'mengurang'kan kredebilti sesiapa. Jika kredebiliti aku dipersoalkan dalam melayakkan aku mengkritik sesuatu perbuatan yang pada pandangan aku lebih banyak mudharat dari menafaatnya. Maka benarlah, aku ini jauh dari kelayakan tersebut. Jika juga 'koleksi' amal kebajikan yang jadi ukurannya untuk melahirkan sesuatu teguran. Juga aku ini tersingkir jauh juga.

Aku faham, sebahagia dari kita beranggapan 'Hidup perlu Optimis' Mendahulukan menafaat pada setiap perbuatan. Cuma apa yang ingin aku utarakan pada tulisan aku yang lepas. Salahkan ,sesekali, pada waktu tertentu, ketika dan keadaannya, kita 'memikirkan apakah keburukannya' dahulu pada satu-satu tindakan kita?

(cuma aku sedikit heran, apa kena mengenanya dengan notis 'derma' tu? Sedang aku tidak menyetuhnya sama sekali, dan aku tidak berniat mencampur adukkan sesuatu yang baik itu bersama dengan sesuatu yang sia-sia kedalam satu hidangan) ***Atau dalam memberikan kritikan dan pandangan pada sesuatu yang aku rasakan lebih banyak kemudharatannya dari kebaikannya(pen dirian aku semata2) adakah perlu aku menyertakan pujian keatas usaha2 baik seseorang itu(yang disepakati oleh aku) ?

Sebenarnya tulisan aku yang sebelum ini, bukanlah bertujuan mengkritik keperibadian. Atau juga mempertikaikan ketokohan. Dan jauh juga dari mengangkat diri sendiri lebih benar dari orang lain. Mungkin cara penulisan aku tidak bijaksana. Jika itu silapnya , sekali lagi aku mohon beribu-ribu maaf jika tulisan aku yang lepas dan mungkin juga kini telah mencederakan hati Pakcikli00.

Okey Pakcikli00? Hehehehe…jangan laa marah dah yerk.? Meh peluk sikit. :D (kita sama lelaki tak per, tak haram , hahahha)

***Quote from the first article
[Seperti kita melarang umat Islam dari pada mengunjungi tempat-tempat maksiat, club-club malam dan sebagainya. Cukuplah sekadar kita melarang mereka dari pada pergi ketempat-tempat maksiat seperti itu. Tidak perlulah kita berkata “janganlah engkau pergi ke tempat-tempat maksiat, seperti The B&^% di Jalan Bla bla bla..”

Bukankah cukup sekadar kita berkata “Janganlah engkau pergi ketempat-tempat hiburan yang mana pasti terdapat banyak maksiat didalamnya.”

[Pandanganku sahaja]Cukuplah jika peringatan kepada bahayanya melawat blog-blog dan artikel-artikel yang bahan-bahannya mengelirukan. Tidak perlulah kita detail-kan alamat dan sebaginya.]

Posted on Friday, January 15, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Wednesday, January 13, 2010

Assalamualaikum kepada para pembaca sekelian. Tujuan aku menulis artikel ini adalah ingin menjelaskan sebarang kemusykilan yang telah timbul. 

Ada yang pernah memberi komenter kepada aku, katanya. “bro, kalau tak silap aku ini artikel dari blog si ‘fulan’, kalau kau copy dan publishkan kat blog kau kenapa tak show some credit pada penulis asal.”

Baiklah ini sebabnya. Pertama-tama sekali aku nak jelaskan. Kebanyakan artikel yang aku republish dalam blog aku adalah artikel yang berbentuk keagamaan. Dan setelah aku selidik dengan teliti(sekadar kemampuan aku) yaitu sumber dan keshaihannya. Serta aku mengetepikan pendapat-pendapat peribadi yang pada penilaian aku adalah berat sebelah. Atau kurang tepat. Barulah aku republishkan.

Dan dalam melakukan yang sedemikian aku berpegang pada satu kefahaman. Iaitu, “tangan kanan yang memberi, tidak perlu tangan kiri pun ikut sibuk nak tau” Iaitu dalam konsep memberi dan memanjangkan kebaikan. 

Aku rasa tidak timbul soal kenapa aku tak bagi credit pada penulis asal. Sebab dalam hal membuat kebaikan ini, kita bukan nak manusia tahu kita ini jaguh dalam mengerjakannya. Apa yang lebih penting adalah Allah itu Maha Mengetahui. Dan IA tidak mungkin sama sekali berlaku tidak adil dengan mengabaikan setiap amal kebaikan hamba-hambaNya.

Aku tidak nafikan ada sesetengah perkara yang aku perlu juga mengembalikan kepada orang yang mempersoalkannya, sepertinya dalam masalah hukum-hukum sesetengah perkara. Dalam mengetengahkan pendapat-pendapat yang tidak popular tetapi pada pendapat dan penilaian aku yang cetek ilmu agama ini ianya munasabah. Dengan berpandukan rujukan-rujukan yang lebih shahih, lalu aku republishkan semula dan ketengahkan pendapat mereka itu dengan sokongan-sokongan dalil yang lebih shahih yang telah aku jumpa.
Jika dalam keadaan itu, maka akan aku sediakan back link-nya kepada yang bertanggungjawab dalam mengutarakan pendapat tersebut. Kerana pada perkiraan aku , dialah yang lebih berhak menjawab segala komenter-komenter yang diutarakan.

Jika ianya berkaitan dengan masalah hukum dan persoalan yang telah ada sejak dulu. Dan dari segi hujah dan dalilnya telah lahir sejak dari zaman terbaik. Sedangkan ulama terkemudian ini, atau ustaz-ustaz, atau siapa saja, mereka hanyalah mengulas akan pendapat dan usul yang telah sangat popular itu, maka tidak perlulah aku menyediakan back link-nya. kerana telah sedia maklum akan permasalahan itu telah lama diselesaikan, dan tidak ada percanggahan lagi diantara mereka(alim-ulama).

Dan aku harap selepas ini, tidak ada lagilah yang mempersoalkan kenapakah aku tidak memberi credit kepada web-web atau mana-mana blog yang aku ambil artikel mereka dan republish-kan semula di blog aku. Kerana aku bersangka baik kepada mereka yang mana pada pendapatku mereka membuat kebajikan dan amal kebaikan dengan niat yang sangat ikhlas. Dan mengharapkan keredhaan Allah, bukanlah sanjungan dan pujian makhluk manusia ramai ini. Dan aku tidak ingin menjadi racun perosak yang merosakkan amalan mereka-mereka yang ikhlas ini. 

Jauh sekali niat untuk mengambil kesempatan dari artikel-artikel mereka yang berrmutu itu demi kepentingan diri aku sendiri. Kerana sepertinya sangkaan baikku kepada mereka berkenaan amalan mereka itu, bergitulah juga harapan aku terhadap amalanku sendiri. Supaya mendapat redha Allah semata-mata, dan ramai yang senang juga memanjang-manjangkan sesuatu perkara yang baik, yang datang daripadaku. Maka aku tegaskanlah disini, jika ada diantara kalian yang mengambil apa-apa artikel sekalipun dari blog aku ini. Tidak inginlah sama sekali disediakan nota kakinya, ucapan ribuan terima kasih atau sebagainya kepada aku.

*Bebaskan diri dari bangga diri dan harapkan balasan dari makhluk!!!

Posted on Wednesday, January 13, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Tuesday, January 5, 2010


Ini satu lagi hal gila yang tak sepatutnya dituntut oleh orang yang tidak sepatutnya menuntut. Susah sangat kah nak paham yang nama Allah itu adalah nama KHAS dan bukan nama am bagi tuhan? Seperti kita tahu nama-nama tuhan-tuhan orang hindu seperti krisnan, muniandi, siva, sita dewi, hanuman dan berbagai-bagai lagi. Dan nama tuhan bagi orang kristian ialah jesus, dan nama tuhan bagi orang budda ialah budda, zing, yang dan macam-macam juga lagi. 
Bergitu jugalah bagi penganut-penganut fahaman yang berbagai-bagai fahaman. Kenapalah nak berebut juga mengunakan nama Allah itu? Apakah tujuannya?

Bukan main lagi majlis mahkamah tinggi ni. Dan apalah punya bahalolnya pihak berkuasa ni. Agakkan isu mempertahankan bahasa melayu nak ISA, mengkritik korupsi dan konspirasi  orang-orang besar dan berpengaruh nak ISA. Habiskan isu sekolah agama rakyat pun nak di ISA. Yang ni? Nak rayu aper lagi?
KDN nak kemukakan rayuan kononnya. Sapa menteri KDN? Hishamudin!!! Hishamudin nak setelkan hal ni? Si ‘LEMBEK’ ni?!!! 

 [di kemas kini]

Bila menyebut masalah tertentu, ada yang berkata. “ini masalah besar ni” dan ada pula yang berkata “ini masalah kecil jer ni”. Sebenarnya dalam isu yang berkaitan dengan agama ni  tidak ada yang kecik tidak ada yang sedang dan tidak pula ada yang lain itu besar dari sebahagian yang lain. 

Semuanya besar, dan semuanya penting.  Dan semua kebakaran yang besar itu berpunca dari api yang kecil. Dan tidak mustahil keadaan aman selama ini akan berakhir disebabkan oleh hanya satu isu.

Orang kata MELAYU BANGSAT!!!!, Bos kata kita bukan bangsat!, kita penyabar. Jadi kita? Kita pun sabarr jerk laa…. Orang kata MALAYSIA MALING!!!!, Bos kata, kita bukan pencuri, semua itu hak kita juga, kita dari rumpun yang sama. Jadi kita? Kita pun diamm juga laa.. walupun orang lain dah bakar dan pijak-pijak panji-panji kita. 

Sampai pula satu mushibah. Muhammad SAW dikatunkan. Dilukis dalam rupa yang sangat keji. Orang lain dah melompat-lompat. Di seluruh dunia, bukan sikit bangunan kedutaan luar negeri yang terbakar. Bukan sikit hari diorang pakat tak payah pergi kerja, tak payah noreh getah, tak payah pergi sekolah, tak payah semua benda sebab nak protes pasal tu. Tapi kat Malaysia ni, bos kata. “KITA BOIKOT UBAT GG MEREKA, KITA TAK PAYAH BELI PENCUCI MUKA BRAND BELANDA, KITA JANGAN TUANG MINYAK KAT SHELL DAH!!!! BOIKOT SHAMPO RAMBUT DIORANGGGGGGGGGGG!!!!!”

Apa punya bahalol  menteri-menteri kita nih?!! Sampaikan Rasulullah dihina macam tu pun dia boleh ajak kita diam jerk lagi? Ajak boikot shampoo? 

Dalam isu nama ALLAH ni, ada yang berpendapat, apa salahnya orang lain, bangsa lain, agama lain nak menggunakan nama ALLAH untuk agama mereka. Tidak salah? Benar tidak salah mereka menggunakan nama ALLAH jika ianya merujuk kepada ALLAH. Tetapi aku rasa sangat salah jika mereka menggunakan nama ALLAH tetapi merujuk kepada jesus, atau merujuk kepada budda, atau juga merujuk kepada muniandi, siva, sita dewi, hanuman.

[ Alahhh apa ada pada nama. ] Nak keluar lagi  tak perkataan ni? Aku hendak tanyakan satu hal kepada mereka yang sambil lewa dalam hal ini. Mampu ke gamaknyer kita ni mempertahankan agama Allah ni? Mampu ke kita mendaulatkan syariat Islam kalau tidak mampu bertegas dalam perkara yang satu ini.
‘Hanya’ ALLAH. Apa yang kita paham dengan perkataan ‘HANYA’ sebelum perkataan ALLAH itu?
‘HANYA’ ITU BUKANLAH MERUJUK KEPADA REMEHNYA. SAMBIL LEWA, TIDAK BERHARGA SANGAT. ATAU TIDAK BERAPA PENTING. “ALAHHH ‘HANYA’ NAMA”. TETAPI ‘HANYA’ ITU MERUJUK KEPADA ‘TUNGGAL’ ‘MUTLAK’ ‘TIADA SELAIN’!!!!
Aku tidak perduli apa hujah sebilangan dari golongan yang menentang aku dalam hal ini. Mereka alim atau lebai? Mereka ustaz atau tuan guru? Kerana mereka tidak sentiasanya betul dan mereka juga tidak maksum dari kesalahan dan dosa.

PART 1


PART 2
 http://www.youtube.com/watch?v=nSSZL_-RM5o&feature=player_embedded

Datuk Dr Haron Din :

"Kebiasaan sesutau kaum lakukan ajaran Agama mereka biasanya menjadi dominan. Kalau Islam mengunakan Allah ini dari dahulu sampai sekarang, maka boleh orang lain mahu mengunakan Allah. Tetapi beriman(harus mengikut dari sudut kepercayaan Islam)."

"Bagi agama Kristian atau Nasara yg sudah kita faham dari zaman, Isa al-Masih, kira-kira dalam kurun yang keenam, 571 sebelum lahir Muhammad SAW. mereka sudah mengunakan God. Sebelumnya yang saya pernah baca, mereka merujukan Tuhan Mereka dengan perkataan Aluhib ataupun Uluhib.Atau perkataan Rabb, kalu dalam Injil Arab banyak digunakan perkataan Rabb........... Itu yang mereka pakai selama ini, daripada dahulu sampai zaman Muhammad SAW, sampai zaman pertengahan ,sampai kezaman kita, lama bergitu astablis, sekarang timbul masaalah. Kenapa mereka nak ubah kepada Allah?"

"Ada satu kaedah satu sumber hukum dalam Islam dipanggil Sadduzzarii'ah ataupun Sadduzzaraa'iq yang bermaksud, sesuatu yang boleh mendatangkan keburukan jangka pendek atau jangka panjang, mesti dicegah. Sadduzzarii'ah, ini satu kaedah yang kita terima pakai"

Posted on Tuesday, January 05, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Monday, January 4, 2010

Petang tadi aku di kejutkan oleh satu sms. Anak aku yang no 2 hantar. Bunyinya gini.

“Salam Papa, td angah gi ambil result SMA…..” Masage tur tergantung macam tu jer. Tak ada selepasnya. Kebetulan la pulak kredit hp aku abis. Kelam-kabut lari kekedai sebelah, hisk!!! Masa nih juga laaa telco nak tegendala bagai.

Kalaulah no mymode aku tak tertinggal masa balik kampung aritu, tak laa jadi masalah kredit ni. Akhirnya , baru aku teringat. Maybank2u kan boleh beli  topup online. Hah!! Finaly dapat call dia.

“Assalamualaikum..”

“waalaikum salam..” Aku dengar bunyik gelak-gelak, seronok sangat bunyinya. Dan aku yang berdebo nak dengar berita ni beranggapan, berita baik la kot. Kalau tak, takkan laa heppy sangat.

“Papa nak tau keputusan SMA Angah?...”

Aku: “nak laaa..suspen nih”

“Angah dapat pangkat 1 aggregate 8..!!”  Wah….!!! Kaver HP ngan tangan sikit, dan.  “Alhamdulillah!!!” Takleh laa dia tau yang aku happy sangat dengan keputusan dia, nanti karang dia jadi riak pulakkan.  But deep inside, so proud, and thanks God.. Dan rasa tak sabar sangat nak balik kampong.

Yaa Allah, sebenarnya terlalu banyak yang indah terjadi pada aku sepanjang tahun lepas dan lewat hari ini. Firstly pertengahan tahun lepas anak aku yang sulung dapat masuk KIPSAS, dan dianyer final exam 3.8. aku kira keputusan yang boleh kira baik jugak la.

Baru 5 hari lepas aku dapat keputusan permohonan aku nak masukkan anak aku yang no 3 ke sekolah tahfiz Annur telah diterima. Sebenarnya aku memang berharap sangat anak-anak aku terpilih masuk kesekolah tu. Aku teringin sangat nak nengok diorang semua, tak pun salah seorang dari diorang jadi tahfiz .

Dan belum pun reda kegembiraan  tu, hari ni Allah tambah lagi. Maha Kaya Allah subhanawata’ala. Dan setinggi mana kegembiraan aku kerana semua ni. Buat aku makin mengerti bertapa kecewa dan hampanya Mak dan Abah satu masa dahulu bila aku buat perangai dan ambil keputusan tak mau belajar lagi.

Terima kasih anak-anakku. Kerana menghadiahkan kegembiraan ini.

Dan maafkan anak, Mak , Abah. Sebab kekecewaan lalu.

Posted on Monday, January 04, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Malaysian Business Locations Directory