Malaysian Business Locations Directory

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Sunday, August 15, 2010

Kalau kita, mereka, atau semua manusia dalam dunia ni pandai menghargai orang lain, baik hati, tak buruk lidah, tak memandang rendah pada kelemahan, atau kecacatan org lain. Atau juga semua orang ikhlas dalam berkawan. Mereka tak buat benda2 mcm tu.

Mereka mengalami perasaan kurang keyakinan diri yang tinggi. Dan bukan salah mereka berperasaan demikian, dan bukan juga salah mereka kerana lahir dalam dunia yang kejam. Dunia yang tidak menghargai kecacatan dan kekurangan. Semua tu salah 'kita' kerana tidak mahu menerima kenyataan yang dunia ini variasi kerana adanya kecacatan disana sini. Dan syukur 'kita' yang cantik semula jadi ni lebih dihargai dan dipandang tinggi kerana adanya mereka yang tidak cantik semula jadi itu tadi.

Apa pertanyaan disini timbul kerana apa? Nak mencari-cari puncanya? Jika itulah, maka secara peribadinya aku berpendapat perbuatan mereka berpunca dari 'kita' sendri. Dan tak perlu kita nak menghina mereka yang kita sendiri bentuk itu. Terima saja mereka. Kerana kita yang melahirkan mereka.

And for sure this topic ain't funny at all!!! Pindahkanlaaa, pindahkan ke ruangan "AKU MERASA HERAN KENAPA ORANG BURUK BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK KELIHATAN CANTIK" tidak pun "KALAU DAH BURUK TUR BUAT CARA BURUK SUDAH!!!" Atau ader pandangan dari sapa-sapa utk kolum yg lebih sesuai? "SAYA ORANG YANG PALING BERSYUKUR DENGAN KEADAAN SAYA" barangkali? Iya ker kita ni mcm tur?

Tau tak kadang-kadang perbuatan kurang cerdik yang kita persoalkan itu akan kelihatan lebih tolol bagi mereka yang mempersoalkannya.

Macam sipemandu kereta yang merungut-rungut dan sangat bengang dengan bonggol yang ada dimana-mana kat atas jalan raya. Bukankah nampak bangang bila dia mempersoalkan hal tersebut? Sedangkan adanya bonggol tersebut disebabkan oleh tabiat dia yang suka pandu laju kat dalam kawasan perumahan?

Restinpeace: bukan nak memandang rendah pada kelemahan atau kecacatan orang lain. cuma terasa tertipu.

contohnya. kebanyakan orang beli buku car trader adalah untuk mencari kereta second hand yang sesuai dengan budget mereka. terpandang bada satu iklan kereta yang masih kelihatan baru dengan warna yang masih berkilat tanpa sedikitpun kesan luntur dalam keadaan yang begitu sempurna sekali. malah harga yang ditawarkan juga adalah sangat berpatutan. namun apa bila pergi melihat sendiri keadaan kereta ternyata jauh sama sekali dari gambar yang dipamerkan pada ruang iklan sebelum ini. bumper depan sudah rebeh kebawah. 2 kesan kemek di bahagian pintu sebelah pemandu. dan warna nyata telah luntur seperti telah terdedah pada hujan dan panas 4,5 tahun. the fact is... owner kereta memang meletakkan gambar kereta tersebut tetapi gambar ketika keadaan kereta masih baru dan bukannya dalam keadaan terkini.

keikhlasan dalam berkawan ni mesti datang dari mula. jika dia sendiri dah memulakan dengan satu pembohongan, maka tak boleh nak salahkan orang lain jika yang cuba berkawan dengan dia tadi semata-mata atas dasar kecantikan yang cuba dipamerkannya.buruk, buat cara buruk. dan kalau masih ada yang sudi terima kita, nyata dia telah menerima kita seadanya. 
ker guanner?

contohnya. kebanyakan orang beli buku car trader adalah untuk mencari kereta second hand yang sesuai dengan budget mereka. terpandang pada satu iklan kereta yang masih kelihatan baru dengan warna yang masih berkilat tanpa sedikitpun kesan luntur dalam keadaan yang begitu sempurna sekali. malah harga yang ditawarkan juga adalah sangat berpatutan. namun apa bila pergi melihat sendiri keadaan kereta ternyata jauh sama sekali dari gambar yang dipamerkan pada ruang iklan sebelum ini. bumper depan sudah rebeh kebawah. 2 kesan kemek di bahagian pintu sebelah pemandu. dan warna nyata telah luntur seperti telah terdedah pada hujan dan panas 4,5 tahun. the fact is... owner kereta memang meletakkan gambar kereta tersebut tetapi gambar ketika keadaan kereta masih baru dan bukannya dalam keadaan terkini.

Yang pertama persahabatan bukan perniagaan yang boleh kita samakan. Mungkin kiasannya bergitu, tapi hakikatnya tetap juga tidak sama. Mungkin saja Restinpeace tak setuju dengan aku sebab pada pandangan dia manusia perlu jujur dan ikhlas sejak dari mula. Pertelingkahan disini bukan kerana aku membela perbuatan menipu atau mempamerkan yang tidak seperti kenyataannya. Apa yang lebih aku tekankan dalam komen aku sebelum ni adalah penyebab keadaan demikian. 

Aku quote balik.

Wirajiwa: Apa pertanyaan disini timbul kerana apa? Nak mencari-cari puncanya? Jika itulah, maka secara peribadinya aku berpendapat perbuatan mereka berpunca dari 'kita' sendri. Dan tak perlu kita nak menghina mereka yang kita sendiri bentuk itu.  Terima saja mereka. Kerana kita yang melahirkan mereka.
(bisa baca ngak?..)

90% daripada komen sebelum2nya.

Encik AMM: huhu.. biasa ar tricks camnih..
ramai sgt pompuan2 aku jumpe & membe2 zaman sekolh dulu wat camnih menipu semata2 nak nampak cantik & menarik.. hehe.. 

Apakah perbuatan atau usaha seseorang itu untuk kelihatan lebih baik adalah satu penipuan?

Sebenarnya, dalam hal ni, samajer org yang badan dia jenis berbau longkang tapi suka sgt pakai minyak wangi. Adakah itu satu penipuan? Atau dia kena redha dan pasrah jer lah yang badan dia jenis yang berbau busuk lalu dia tak berusaha melakukan sesuatu supaya kelemahan tersebut diperbaiki. Atau orang yang dilahirkan 'pendek' dari pada org lain, dan dia mengenakan sepatu yang bertumit 2 inci lebih untuk mengimbangi 'kependekkan' dia. Adakah itu penipuan? Jika demikian, kejujuran yang kalian tuntut itu sangat besar. Dan hampir pupus sudah manusia yang mampu melakukannya jaman sekarang

Cheri Biru : lau pic full tak nmpak sgt dianye face..tu dia crop tu..takat nak letak lam profile jew..xkan nak letak full body kot..yg penting ikhlas..

Aku tak pasti maklum balas yang begini terkeluar kerana apa, tidak pasti dengan pendirian sendiri mengenai sesuatu hal, atau memandang setiap hal yg berlaku depan mata itu remeh atau tidak penting

Plash: chubby kan...............................z 

Betul tak apa yang aku katakan tadi? "ini yang  kita katakan PUNCA"

Matsam: huk aloh..... ha3.....

Aku sebenarnya tak faham apa yang melucukan dalam isu ni, atau matsam merasa lucu dengan diri sendiri barangkali?

Restinpeace: ada lagi ramai yang edit gambar dalam photoshop buang jerawat la, licinkan pipi la etc. ahaks~!

Sekali lagi aku nak bertegas, sebelum melihat perbuatan jelek mereka, mari kita lihat penyebab kepada gejala berkenaan. Dan aku degil dalam memegang pendapat aku mengenai yang satu ini.

Serius aku cakap, korang melihat perbuatan tersebut dalam konsep yang sangat keras. Tidak ada lansung toleransi pada kenyataan hidup yang manusia ni(umumnya)sangat terbatas kesempurnaannya, dan sifat manusia itu sendiri menerima ketidak sempurnaan mereka juga sangat terbatas. Sedang rasa ingin dihargai dan disukai sangat tinggi.

Dan sedikit 'touchup' sana-sini demi utk menarik sedikit perhatian org lain untuk mengenali  mereka. Aku rasa usaha mereka tidak melampau sama sekali sehingga boleh kita jadikan isu untuk mempertikaikan kewajaran mereka.

Mungkin yang menjadi pertikaian kita disini adalah kerana aku melihat keikhlasan itu perlu mantap kepada kita yang menerima orang lain seadanya mereka. Sedang korang melihat yang keihlasan itu lebih dahulu sepatutnya terpikul kepada yang memberi. Dan jika mereka memberi sesuatu yang tidak seperti apa yang sebenar, lalu dengan kasar kita melabelkan mereka rendah dari segi moralnya. Kejujuran dan keihklasan mereka ini juga menjadi pertikaian hebat diantara kita.

Dan aku bukan sekadar menzahirkan satu kenyataan, yang aku ini kononnya tidak bersetuju dengan kebanyakan dari kamu. Tidak! Malah lebih jauh dari itu. 

[ Sambungan minggu kedua perbahasan ]

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh ahli panel sekelian. Sebelum aku menyambung perbahasan yang tertunda ini. Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada umat Islam sekelian. Berbalik kepada kepala surat. 

Sebenarnya aku menghampiri keinginan untuk beserta dengan pendapat-pendapat yang dikemukakan. Tetapi mungkin saja aku melihat perbuatan tersebut dari sudut yang berlainan. Maka aku hanya mampu mencapai ketahap ‘toleransi’ diatas hujah-hujah diatas. 

Dan mencari-cari kelemahan isi-isi perbahasan yang dibentangkan oleh ahli panel lain dengan tujuan untuk membena keutuhan kepada hujah dan pendirianku? Pada perkiraanku itu tidak adil. Mungkin saja sebelumnya aku teremosi dengan peganganku. Sehingga aku kelihatan membentak kasar kepada pendirian orang lain. Sebenarnya untuk memahami apa yang orang lain fahami itu kita seharusnya menjadi pendengar yang setia, atau pembaca yang teliti. Mengulang-ulang coretan pendapat-pendapat mereka. 

Maka itulah yang aku lakukan. Tetapi seperti yang telah aku nyatakan diatas. Aku hanya mampu mencapai ketahap ‘toleransi’. Sebenarnya tidak ada salahnya dengan pendapat-pendapat  tersebut. Dan bukanlah maksud aku pendapatku lebih tulen kebenarannya. Tetapi kita melihatnya dari sudut yang sangat berbeza. Aku sedang memperkatakan kecantikan warna kereta berkenaan. Sedang kalian membicarakan kecantikan bentuknya. Sebenarnya tiada yang lebih betul daripada yang lain pun. 

Bila aku katakan. “inilah warna kereta yang paling cantik, dan sepatutnya inilah pilihan semua pengusaha kereta.” 

Dan bila kalian katakan pula. “Inilah bentuk kereta yang paling menawan, dan sepatutnya inilah pilihan semua pengusaha kereta.”

Dan hakikat daripada kedua-dua kenyataan diatas. Adalah, kedua-duanya benar. Tetapi dalam konteksnya yang tersendiri. Kebenarannya terletak pada apa yang diperkatakan dan mengenainya. Namun ianya bukanlah kebenaran yang menyeluruh. Yang merujuk kepada kereta tersebut (hal yang dibincangkan disini )

Berbalik kepada topik:
Atau kita pergi kepada ‘kewajaran’ atas perlakuan tersebut. Ianya masih juga terikat kepada penyebab-penyebab perbuatan itu. Atau kita perkatakan soal keikhlasan. Tapi sayangnya pembicaraan kita yang satu itu juga dari sudut yang berbeza. Aku tidak maksudkan ‘keikhlasan’ perlu juga ada bila berdepan dengan penipuan. Kerana itu adalah tidak wajar atau sesuatu yang sangat sukar dilakukan. Tetapi apa yang menjadi maksudku adalah, apabila berdepan dengan keadaan itu, atau apa saja keadaan yang tidak sepatutnya demikian. Mari kita fikirkan sejenak tentang hal-hal yang ‘menyebabkan’ situasi demikian. Atau apa yang aku maksudkan disini adalah ‘adil’. Ya, mungkin itulah perkataan yang lebih tepat dalam menunjukkan kesungguhan aku membela golongan tersebut. Yaitu, sebelum perbuatan mereka itu kita lihat sangat tidak wajar, kita haruslah adil dengan tidak menolak segala kemungkinan-kemungkinan yang berlaku ini, tidak kira apa saja pasti ianya bermula dari situasi kebiasaan masyarakat yang kita sendiri terlepas pandang.

Dan aku menyedari  kadang-kadang lidahku terlalu tajam dalam sesetengah hal. Dan kadang-kadang juga ianya manis dalam beberapa hal. Maka selamilah rahsia yang terselindung disebaliknya. Sesungguhnya aku mengelak dari berkata yang sia-sia. Dan aku tidak membutuhkan sanjungan serta sukaramai dari sekelian pembaca-pembaca tulisan aku. Jika itu membuatkan engkau rasa tidak mudah?! Maka tinggalkan. Muntahkan segala rasa kelat, masam dan pedas itu. Tidak mengapa sama sekali. 

Kerana aku mengerti manusia ini ada bidangnya. Sedangkan setengah dari mereka itu ahli dalam bidangnya, dan sebahagian yang lain pula ahli dalam bidang yang lain pula. Dan aku menerima kekuranganku dengan mengambil menafaat dari kelebihan orang lain. 

Bukan juga aku menterjemahkan ini kepada makna yang remeh. Sehingga aku ‘tolerasi’ membuta tuli  dengan yang lain dalam memperkatakan sesuatu hal kususnya hal ini, yaitu salah satu dari hal yang aku berpegang kuat dengan pendirianku.  Sungguh aku tidak meremehkannya sama sekali. Cuma aku menuntut diri ini kearah yang lebih serius dan berat. Dan jauh dari hendak hati ini supaya sombong dan degil dengan kebodohan sendiri. Kerana itu tidaklah patut sama sekali pada pemikiran dan perbuatan.

Mungkin kita boleh pergi lebih jauh dari sekadar memperkatakan kewajarannya. Sejauh yang mungkin barangkali? Kerana setiap yang berlaku itu nescaya ada menafaatnya bukan? Atau maksudku disini, ‘sepositif’ yang mungkin.

Seperti contohnya kehadiran manusia-manusia yang tidak berilmu itu sebenarnya adalah menafaat bagi umat jelata. Kerana dengan fenomena itu lahirlah golongan yang mempunyai kesedaran untuk menuntut ilmu. Dan golongan yang jahil ini juga adalah anugerah. Anugerah kepada golongan yang berilmu. Kerana dengan adanya mereka ini membuatkan golongan yang berilmu ini lebih dihargai. Dan ilmu mereka menjadi lebih berguna. Dapat diamalkan serta sampaikan dan dipanjangkan. Bayangkan jika semua manusia ini bijaksana. Maka tidak ada bezanya diantara orang yang alim itu, kerana mereka sama saja.

Atau dalam satu contohan yang lain. Dalam kita menyanjungi tokoh-tokoh Islam yang banyak memberi sumbangan dalam menyambung lidah kenabian. Abu Hurairah ra, Ibnu Umar ra dan ramai lagi yang menjadi sangat panjang jika hendak dibilang satu persatu disini. Tidakkah hadits-hadits yang mereka panjangkan itu lantaran terjadi kerana ujudnya orang-orang yang tidak memahami agama ketika itu? Orang-orang yang mungkin lemah kesungguhannya dari yang lain dalam mencari kefahaman tersebut. Lantas terus sahaja bertanya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW menjawab kemusykilan tersebut. Cuba bayangkan jika tidak ada mereka, maka pertanyaan-pertanyaan tersebut tidak akan terjadi. Dan Rasulullah SAW tidak bersabda dengan sabdaan yang menerangkan kemusykilan tersebut. Sampai kepada umat ini? Maka kesempurnaan umat yang terdahulu itu lantas menjadi mala pertaka kepada yang terkemudian dari mereka.
Inilah yang aku maksudkan sebenarnya. Yang pertama sesuatu yang baik itu kadang-kadang penyebab kejadiannya lantaran dari kelemahan atau keburukan sesuatu atau seseorang. 

Dan yang kedua, sesuatu yang buruk itu terjadi pula kadang-kadang lantaran dari kesempurnaan dan keelokan sesuatu atau seseorang. Dan dalam hal yang kedua inilah yang menjadi inti perbincangan kita disini. Dan inilah yang kita katakan ‘fitnah-fitnah’. Yaitu kebaikan dan keelokan itu menjadi mudharat dalam sesetengah hal. 

Namun aku sendiri amat terhad ketelitiannya dalam sesuatu permasalahan itu. Sehingga hujah-hujah ku sebelum ini tampak lebih menekan kepada ‘kewajaran’ perbuatan tersebut. Sehingga dalam perenggan-perenggan tertentu lebih kelihatan menyokong secara halus kepada perbuatan mereka. Seperti yang aku katakan sebelumnya, aku teremosi dalam memberi hujahku. Dan aku menarik semula segala bidasan-bidasan yang kasar itu.

Mari kembali kepada komenter aku  yang pertama, perenggan ketiga.
Apa pertanyaan disini timbul kerana apa? Nak mencari-cari puncanya? Jika itulah, maka secara peribadinya aku berpendapat perbuatan mereka berpunca dari 'kita' sendiri. Dan tak perlu kita nak menghina mereka yang kita sendiri bentuk itu.

Sebenarnya inilah yang aku hendak tekankan. Dan inilah permulaan dari saranan: Mungkin kita boleh pergi lebih jauh dari sekadar memperkatakan kewajarannya. Mungkin sejauh yang mungkin? Kerana setiap yang berlaku itu nescaya ada menafaatnya bukan? Atau maksudku disini, ‘sepositif’ yang mungkin. 

Inilah yang aku maksudkan sebenarnya. Yang pertama sesuatu yang baik itu kadang-kadang penyebab kejadiannya lantaran dari kelemahan atau keburukan sesuatu atau seseorang. Dan yang kedua, sesuatu yang buruk itu terjadi pula kadang-kadang lantaran dari kesempurnaan dan keelokan sesuatu atau seseorang. Dan dalam hal yang kedua inilah yang menjadi inti perbincangan kita disini. Dan inilah yang kita katakan ‘fitnah-fitnah’. Yaitu kebaikan dan keelokan itu menjadi mudharat dalam sesetengah hal.

Tetapi sebaik sahaja kita mampu menerimanya melangkaui kebiasaan penerimaannya. Maka kemudharatan tersebut akan bertukar kembali kepada kebaikan. 

Katakan saja aku memulai perbahasan ini dengan kontrovasi. Demi menarik perhatian dan mencetuskan ketajaman minda para panel forum. Walaupun hanya mampu menarik dua orang yang serius dalam memperbincangkannya (Saudara Amrix dan Saudara Restinpeace). Itu memadai. Kerana sekurang-kurangnya, dua orang ini tidak sekadar ‘quote’ balik apa yang aku tulis dan tulis “aku setuju dengan kenyataan ni”. Atau qoute balik dan balas “aku tak setuju lansung dengan kenyataan ni”. Tanpa apa-apa kenyataan susulan yang menyokong sokongannya, atau yang menyokong bangkangannya. Jadi kesimpulannya kontrovasi yang dicetuskan hanyalah sekadar menarik perhatian. 

Dan intipati kepada intisari sebelumnya adalah didalam komenter aku yang ketiga ini. 

Aku tidak berhak sama sekali memaksa orang lain untuk bersetuju dengan pegangan aku. Tetapi jika ada diantara kalian yang membacanya dengan teliti dan berulang-ulang kali. Dan setelah ketegasan aku ini jelas berdasarkan apa sebenarnya. Tidak keterlaluan jika aku meminta kelongaran dalam ‘hukuman’ kepada golongan yang dikatakan bersalah itu.

Aku toleransi kepada pendapat yang membidas golongan ini adalah kerana berdasarkan ‘kewajaran’ yang dipersoalkan

Tetapi aku tegas membela mereka pula bedasarkan pendapat aku yang sebelum ini, yaitu : Yang pertama sesuatu yang baik itu kadang-kadang penyebab kejadiannya lantaran dari kelemahan atau keburukan sesuatu atau seseorang. Dan yang kedua, sesuatu yang buruk itu terjadi pula kadang-kadang lantaran dari kesempurnaan dan keelokan sesuatu atau seseorang. Dan dalam hal yang kedua inilah yang menjadi inti perbincangan kita disini. Dan inilah yang kita katakan ‘fitnah-fitnah’. Yaitu kebaikan dan keelokan itu menjadi mudharat dalam sesetengah hal.

Tetapi sebaik sahaja kita mampu menerimanya melangkaui kebiasaan penerimaannya. Maka kemudharatan tersebut akan bertukar kembali kepada kebaikan. 

Voice from wirajiwa: “aman tanpa sengketa dan dendam”

Perbincangan penuhnya disini : KLIK

Posted on Sunday, August 15, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Wednesday, August 11, 2010

 

 
Dari arkib Speedfinger Protal topik oleh cherry_ijau

ARKIB : 14/02/2010

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

azran.rahim@utusan.com.my

KUALA KRAI 13 Feb. – Sepanjang minggu ini sudah ada empat kes buang bayi.Tetapi yang berlaku hari ini paling kejam dan meruntun perasaan.Dengan tali pusat yang masih segar dan uri melekat di tubuhnya, bayi lelaki berkulit cerah ini dicampakkan ke dalam tong sampah!Di atasnya diletak timbunan rumput, kayu dan kepingan zink.Paling memilukan, si kecil yang dipercayai baru berusia beberapa hari ini dibakar!Badan bayi ini separuh rentung. Kakinya pula bercerai daripada badan.Cuma yang tidak dapat dipastikan adakah bayi yang cukup sifat itu masih hidup ketika dibuang atau pun dibakar hidup-hidup.Bayi malang itu ditemui dua petugas Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK), Mohd. Zain Pa'Su, 57; Mohd. Hilmi Rosli, 26, dan Abdul Rahman Hussin, 28, semasa hendak memungut sampah di bandar ini.Mohd. Zain berkata, mereka memulakan tugas seperti biasa untuk memungut sampah dengan lori tetapi merasa pelik apabila melihat sebuah tong MDKK di Jalan Tengku Zainal Abdidin di sini, terbakar kira-kira pukul 11 pagi ini.Katanya, selain itu, tong sampah tersebut turut dipenuhi rumput, kayu dan zink yang seolah-olah disusun secara bertingkat untuk menyembunyikan sesuatu.

 “Jarang tong sampah itu terbakar tetapi kami tidak mengesyaki apa-apa. Disebabkan susah untuk mengangkat sampah kerana tong itu terbakar kami terpaksa memunggah.“Namun alangkah terkejutnya apabila menemui mayat bayi lelaki dengan separuh badannya terbakar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Abdul Rahim Che Ghani berkata, berdasarkan siasatan, tong sampah itu dipercayai dibakar sejak pagi semalam.“Tetapi disebabkan semalam bukan waktu untuk memungut sampah tiada siapa menemui bayi malang itu sehingga kakitangan MDKK itu menjalankan tugas mereka pagi ini.“Mereka kemudian membuat laporan kepada dua anggota polis bermotosikal yang melakukan rondaan di kawasan tersebut kira-kira pukul 11.25 pagi.

“Kita mengesyaki suspek sengaja membakar tong sampah ini untuk menghapuskan bahan bukti kerana bimbang ia akan diketahui umum,” katanya. pihak polis sedang menunggu laporan bedah siasat dari Hospital Kuala Krai untuk mengetahui punca kematian bayi ini.Kata beliau, pihaknya juga percaya perbuatan itu dilakukan oleh remaja di sekitar bandar ini kerana tidak mungkin orang luar akan ke lokasi tersebut untuk membuang bayi.

“Saya memohon kerjasama orang ramai untuk melaporkan kepada polis sekiranya mempunyai maklumat mengenai kejadian ini.

“Kita juga meminta kerjasama dari klinik swasta sekiranya menerima kes melibatkan kelahiran atau sakit selepas melahirkan bayi,” katanya.

Tambah beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Rabu lalu, seorang bayi yang masih bertali pusat ditemui mati di atas lantai di tepi pintu pagar sebuah masjid di Kampung Permatang Duyong Melaka. Ketika ditemui bayi itu dihurung semut.

Sehari sebelum itu, mayat bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan Isnin lalu, seorang bayi ditinggalkan di hadapan rumah seorang pegawai polis di Kedah.

Permulaan Diskusi: 

Berkenaan dengan topik yang diutarakan diatas ni. Sebenarnya aku pernah jawab kat dalam satu blog.(yg artikel dia berkenaan dengan buang bayi ni lah juga) Dan aku rasa baik aku pastekan saja apa yang telah aku tegaskan disana. Kerana tidak ada perubahan apa2 dalam pandangan aku.

Ringkasan tulisannya bergini. Dia(penulis blog berkenaan) adalah salah seorang pelajar Malaysia yang belajar di UK. Tetapi seorang yang sangat prihatin dengan perkembangan tanahairnya. Lupakan soal itu. Ini pertanyaannya kepada permasalahan ini.

Quote:

1) Saya telah berada di UK utuk tujuan belajar setelah sekian lama. Disini tidak ada perkara yang sedemikian ini terjadi, adakah kerana kebanyakan mereka di UK ni tiada pegangan agama ataupun very open minded, maka rata-rata family mereka lebih terbuka dalam hal 'bayi luar nikah?'

2) adakah kerana di Malaysia, tekanan dan pandangan buruk terhadap 'bayi luar nikah' terlalu tinggi sehinggakan mereka lebih rela memperjudikan nyawa bayi-bayi yang langsung tak berdosa demi takut maruah diorang terjejas?

Inilah dua persoalan yang dia ajukan. Lalu dibawah ini adalah komenter aku kepada persoalan tersebut.

Aku setuju dengan salah satu kemungkinan sebab musababnya di UK atau Negara lain yang lebih terbuka dalam hal ini kurang, atau hampir tiada masalah buang bayi ni. Tapi itu tidak bermakna kita kena membukakan fikiran kita seluas fikiran mereka dalam hal ini. Kerana kita memilih batasan syariat Al-Quran yang lebih baik dari hujah akal semata2. Atau ada diantara kita yang telah liberal, atau moderate? Jawab tidak utk akidah dan pandangan yang sangsi ini.

Balik pada ‘kepala surat’, apa yang terjadi ialah, mereka memakai kerudung , tetapi tidak melihat ianya satu tambah nilai kepada mereka, sebaliknya merasakan itu satu bentuk undang2 yg sangat remeh, dan menyulitkan. Mereka membaca Al-Quran , tetapi tidak memahami maksud yang terselindung, sebaliknya mereka menterjemahkan agama itu kedalam bentuk yang semahunya. Mereka mengetahui halal dan haram, tetapi mereka tidak menegaskan kepada diri sendiri untuk berpegang kukuh kepadanya.

Dan setiap perbuat yang pincang didalam sesebuah masyarakat itu sebenarnya bermula dari dalam sebuah keluarga, dan kepincangan dalam keluarga itu bermula dari dalam diri individu itu sendiri. Jadi perlu rasanya kita titik beratkan kepada diri sendiri atau orang yang dibawah pengaruh kita untuk melihat kepentingan ‘kefahaman’ kepada sesuatu perkara itu. Jangan sekadar kata ‘jangan’ Tapi tidak terangkan kenapa tidak boleh, dan kenapa perlu bergini atau bergitu. Walaupun anak kecil itu tidak mengerti apa yang kita bicarakan, tetapi memori mengenainya telah kita sematkan sejak dari mula. Dan bila tiba masanya nanti apa bila mereka telah memperoleh ‘akal’ mereka akan mengertinya dengan baik.

Dan dalam setiap usaha kita kearah kebaikan ini juga , perlu, jangan terlalu meletakkan harapan yang sangat tinggi pada sejenis ikhtiar. Tidak mengapa sama sekali jika ia melahirkan hasil yang tidak seperti yang kita harapkan. Tetapi sekurang2nya, ia telah melangkah setapa dari tapaknya yang lama itu. Dan sesungguhnya ‘dakwah’ itu disampaikan dalam keadaan berperingkat-peringkat. Tidak mendatangkan menafaat sama sekali jika hanya melihat keburukan mereka tetapi kita tidak cuba mengubahnya. Jika tidak kepada mereka, sekurang2nya kepada diri kita dan orang yang hampir kepada kita terlebih dahulu.

InsyaAllah aku sangat beserta denganmu dalam memikirkan kerisauan ini. Tidak berniat utk membidas sesiapa. Tetapi lebih kepada tangan yang dihulur kepada tali-tali pintal yang hendak di sauhkan itu.

Dalam teori kedua itu tadi pula. Aku rasa tidak salah kita mengekalkan tekanan berkenaan , bertapa buruknya kejadian ini.(anak luar nikah) Dan bertapa jeleknya jika budaya ini berterusan berleluasa. Tetapi seimbangkan tekanan itu dalam hal menjauhinya. Seimbangkan juga dalam menguatkan , bertapa budaya dan kefahaman masyarakat Islam hari ini kepada hiburan dan pergaulan antara lelaki dan perempuan yang tidak punya ikatan perkahwinan itu sangat bahaya. Perlukan ketegasan dalam setiap individu itu sendiri mengenainya. Boleh saja mengatakan aku ini kolot atau kampong dalam membicarakan hal ini. Tetapi aku melihat menafaat yang sedikit, malah mudharatnya yang lebih jelas dari kemenafaatannya dalam hal ini.

Dan kebetulan nengok TB3 mlm td(sebenarnya aku jarang sangat nengok siaran nih, kecuali time cerita merlin jerk) . Aku tak ingat pasal aper, tp agaknya pasal buang bayi nih la juga kot. Takkan la pulak pasal air longkang tersumbat atau jalan berlubang, Dia kata... "Masyarakat kita selalu keras dalam mendidik anak2 perempuan, dalam memberi kesedaran kepada mereka berkenaan menjaga kesucian. Tetapi melepas bebaskan anak2 lelaki berbuat sesuka hati mereka. Kenapa tidak terapkan sama, kepada anak2 lelaki ini, tentang kesedaran pentingnya mereka menjaga maruah wanita itu". Jadi aku merasa kebenarannya dalam apa yang dia katakan tersebut.Mereka adalah lelaki, dan lebih panjang akalnya. Tetapi digunakan akal itu untuk melepaskan diri bila melakukan penganiayaan keatas orang perempuan.

Secara peribadinya aku setuju dengan kenyataan ini. Dan juga saranan itu rasanya boleh mengurangkan masalah sosial yg satu ini. Jika tidak dalam jangka masa terdekat, tetapi insyaAllah 10 atau 15 tahun lagi. Sebab melalui pengalaman sendri, di besarkan dalam keluarga yang besar, dengan 3 adik beradik lelaki, 5 adik2 perempuan. Aku melaluinya sendiri, yang mana org tua tidak mengambil pusing sangat dengan tingkah laku anak lelaki. Bagi mereka "alah dia lelaki, taulah dia menjaga diri". sedangkan adik2 perempuanku, sangat ketat ditentukan itu ini.

Sebenarnya tugas seorang lelaki bukan sekadar menjaga dirinya sendiri. Tetapi lebih kepada menjaga orang lain juga. Kerana perempuan itu dilahirkan berserta dengan keinginan yang tinggi,(supaya mereka boleh mewarnai dunia ini) Sedangkan lelaki dilahirkan beserta dengan tanggung jawab yang lebih besar, supaya mereka boleh mendidik dan membimbing wanita. Memelihara dan menjaga keselamatan mereka. Namun fenomena yang terjadi adalah sebaliknya pula.keinginan wanita yang melebihi keinginan lelaki di manipulasikan oleh lelaki dalam memuaskan tuntutan nafsu bejad mereka.

Dan apabila terjadi sesuatu kecelakaan didalam sosial masyarakat ini ,tidak sepatutnya menjadi soal "pihak inilah yang salah, pihak itu lah yang menjadi puncanya".tetapi perlu terlebih dahulu, atau memikirkannya dengan serius ,berkenaan menitik beratkan dalam memberi kesedaran dan pendidikan kepada anak2 lelaki ini, yang mereka mempunyai tanggung jawab yang sangat besar kepada kaum perempuan. Supaya mereka lebih menghormati kesucian diri sendiri dan org lain. Serta bertindak sopan dalam pergaulan.

Jgn pula dikatakan. Harapkan sokong, sokong membawa rebah, harapkan pagar, pagar yang memakan padi. Sesungguhnya semua ini bermula dari setiap individu. Dan dosa mereka itu adalah dari kelalaian kita yang meletakkan diri sendiri ini kononnya baik dan mulia, tetapi sedap lena ditilam empuk sendiri tanpa memikirkan org lain. Sungguh celakalah org yang demikian.

naim750 wrote:

dalam berita semalam kementerian nak tubuh intitusi "buang bayi' maksudnya lebih kurang... kalu tak betul tegur ya..... ( jika sesape nak buang / kalu dah takder aroh leh ato kat situ) cam jaga kebajikan ore.....bagi aku cam menggalakkan lagi... isu ni nie serius....maaf la kalu mengundang salah faham

Dari satu sudut. Benar, ianya seperti satu pengalak. Tapi setiap jalan penyelesaian yg kita cuba usahakan bagi sesuatu permasalahan, pastinya ada pro dan kontranya.

Hanya dalam keadaan ini, kita kiaskan saja kepada ubat tahan gian bagi penagih2 dadah itu. Bukan bermaksud menggalakkan mereka menagih dengan tanpa rasa risau dan kesal(kerana dah ada ubat utk berenti) tapi untuk membantu bagi mereka yang tidak mampu utk berenti dengan sendiri.

Dalam hal rumah kebajikan utk anak2 (seperti berkenaan) sama sajalah. Bukan banefit utk ibu bapa mereka yang melakukan kesalahan itu. Tetapi ruang yang mana nasib mereka(anak itu) terbela. Dan ini hanyalah nilai tambah bagi mereka(perempuan dan lelaki) yang telah melakukan kesilapan itu.(jangan benda ni pun nak dipolitikkan utk meraih sokongan dan sanjungan sesetengah pihak sudahlah)

Tapi berbalik kepada pro dan kontra sesuatu perlakuan itu tadi. Pasti saja berlaku. Biarlah. Sekurang2nya sikap suka dipuji mereka itu memberi menafaat kepada segelintir golongan terinaya.

Secara keseluruhannya aku tidak punya bangkangan dalam hal ini. Walaupun sokongan2 nagetif itu juga kuat. Tetapi aku melihat dari sudut yang menjadi mangsa(bayi) itu. Bukan dari sudut punca yang menimbulkan suasana demikian. Tetapi usaha dalam memberi kesedaran itu patutlah ditambahkan. Seperti pendapat aku yang sebelumnya.

Bagus menitik beratkan kepada anak2 gadis berkenaan menjaga kehormatan mereka, tetapi tambahi dengan kesedaran kepada anak2 lelaki juga.

Benar, dalam Al-Quran mendahulukan perempuan dari pada lelaki dalam hal berkenaan zina ini. Tetapi lelakilah yang meluluskan kehendak itu. Kerana perempuan tidak akan bisa melakukan yang demikian ke atas lelaki dengan cara paksaan, berbeza dengan keadaan lelaki yang bisa saja dia memaksa seseorang perempuan utk berzina dengannya.

Dalam hal2 lain, aku melihat seolah-olah telah diusahakan segala cara untuk membendung gejala sosial yang sangat menyalahi Al-Quran dan fitrah manusia berakal ini. Tetapi tambahan nilai moral kepada anak2 lelaki itulah yang tidak aku lihat sejak dulu, sekarang. Dan semoga akan datang masyarakat ini lebih memandang penting untuk menekankan kepada anak2 lelaki masing2 supaya mereka membesar dengan kefahaman yang benar. Dengan sikap tanggungjawab yang tinggi. Dengan kesopanan yang lurus.

Gentleman = lelaki yang bersopan santun. (Bukan lelaki yang lemah lembut dalam memujuk rayu)

Mari berbalik kepada nilai moral bertanggungjawab diatas lelaki itu td juga. Tidak mungkin sama sekali terjadi kejadian BUANG ANAK ini bila saja lelaki itu sanggup bertanggungjawab di atas perlakuan mereka. Yang telah berlaku tidak mungkin ada jalan balik utk memperbaiki kesilapan itu. Tetapi itu adalah pengajaran dan sempadan buat siapa saja utk tidak memanjangkannya kepada kesalahan2 yang berikutnya.

Aku tidak bersimpati dengan mereka dalam hal zina ini. Dan aku juga tidak memandang perbuatan mereka itu ringan sehingga aku memberi pendapat yang sangat bertolak ansur. Tetapi jika kita tidak mampu menyekat sesuatu kerosakan itu daripada berlaku, sekurang2nya kita menyekatnya dari terus merebak kepada perbuatan yang lain.

Ingatlah. Dosa dari perbuatan zina itu adalah dari desakan nafsu. Dan dosa dari perbuatan nafsu ini lebih mudah Allah memberi pengampunan dari pada dosa yang dilakukan oleh sifat zalim dan kejam. Dan sesungguhnya membuang bayi2 yang tidak bersalah itu adalah sifat yang tidak berperi kemanusiaan sama sekali. Jika diumpamakan kasih sayang Allah kepada hambaNya itu dengan merujuk kepada 10X melebihi kasih seorang IBU kepada anaknya. Maka ibu2 dan bapa yang membuang anaknya ini tidak dapatlah hendak diumpamakan dengan kejadian apa sekalipun. Nauzubillah! dan hidayahlah hendaknya...

“Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a., berkata bahawa beberapa orang tawanan dihadapkan kepada Rasulullah s.a.w. Seorang wanita di antara tawanan itu mencari-cari, ketika dia menemukan seorang anak (bayi) di antara para tawanan itu, dia ambil dan dia dakapkan keperutnya untuk disusui. Melihat keadaan itu, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada kami (para sahabat), ‘Adakah kalian berpendapat wanita ini sampai hati melemparkan anaknya ke dalam api ?’ Kami menjawab, ‘Tidak, demi Allah, sedangkan dia mampu untuk tidak melemparkannya.’ Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Sungguh, Allah lebih menyayangi para hamba-Nya, berbanding wanita tersebut terhadap anaknya.” (HR Muslim)(auqomakhola Nabi SAW)

Aku setuju dengan kata Amm itu tadi, dalam memilih dosa mana yang lebih sedikit murka Allah. Dosa adalah tetap dosa juga. Jgn ditimbang yang mana lebih kecil utk melegakan hati dan diri dari taubat kepada Allah. Dengan itu kita akan sentiasa melengah-lengahkan taubat itu.

Namun dalam takut dan risau akan dosa dan kesilapan yang telah berlaku itu, marilah bersangka baik pula kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat.

"Barangsiapa yang bertaubat sesudah melakukan kezaliman dan berbuat kebajikan, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Maidah: 39).

Dalam hal dan isu ini. Benar setiap kesalahan itu ada hukumannya. Dan barang siapa yang mencari redha Allah hendaklah dia berbalik kepada hukum2Nya yang telah dia tetapkan kepada hamba2Nya. Tetapi, dalam waktu kita sibuk nak menghukum orang itu, orang ini. Kenapa kurangkan sibuk kepada pencegahan dan penjagaan kepada buah yang masih belum rosak?

Jangan provokasikan kenyataan aku ni. Aku bukan mempertikaikan hukuman2 yang dijalankan. Seperti telah aku nyatakan diatas, “Barang siapa yang mencari redha Allah, berbaliklah kepada hukum2Nya”. Yang aku pertikaikan, dan persoalkan adalah sikap masyarakat (aku sendiri laa tur) tentang nilai2 pendidikan dan nilai2 morality. Kenapa tidak menerapkan kedalam mentality anak2 lelaki ini bertapa mereka itu adalah pembimbing dan pemimpin kepada perempuan. Yaa benar…sekarang mereka membimbing juga, mereka memimpin juga…tetapi kearah mana gamaknyer?

Bukan semuanya busuk, dan seperti adat biasanyalah juga. Yang buruk dan busuk didalam raga itu tiadalah lebih ramai bilangannya dari yang baik dan elok2. Cuma dalam hal ini(persetubuhan haram yang membawa kepada gejala mengandung tanpa nikah dan membuang anak yang dilahirkan). Sebolehnya kita tidak mahu walau satu kes sama sekali. Kerana yang 1 itu bisa saja adik2 perempuan kita. Atau anak2 perempaun kita. Atau saudara2 perempuan kita. Kerana tiada manusia selain Muhammad SAW yg maksum, dan kita ini sama sekali tidak berhak dan layak dengan angkuh dan kasar berkata kepada org lain “Aku tidak mungkin dalam keadaan itu sama sekali” Ianya boleh terjadi kepada keluarga siapa sahaja.

Bagi para pembaca yang teringin membaca keseluruhan perbincangan berkenaan topik berkenaan bolehlah ke link ini.  

http://speedfinger.org/html/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=782&postdays=0&postorder=asc&start=0 

Posted on Wednesday, August 11, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Tuesday, August 10, 2010

Sedar tidak sedar akan tiba kembali Ramadhan Al-Mubarakh. Binalah bergunung-gunung azam kerana ianya tidak merugikan. Dan cadangkanlah ruang dan peluang untuk diri sendiri bersama-sama Allah, kerana ianya melazatkan. Bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang penuh pengampunan. Bulan yang merantai dan membelengu iblis. Tetapi membebas dan melepaskan umat manusia dari azab dan siksa.
 
Marilah kita besama-sama memakmurkannya dengan memperbanyakkan amal ibadat. Dan murahkanlah hati untuk memberi kepada yang lain. Serta sambunglah ikatan silaturahim yang renggang dan terputus itu.

Bukan bermakna Ramadhan ialah bulan mengerjakan kebaikan, dan bulan-bulan lain itu bulan mengerjakan kemaksiatan. Tetapi Ramadhan adalah bulan yang mana penambahan amal kebaikan itu sangat menguntungkan. Malah keuntungannya berlipat kali ganda melebihi kepatutan. 

Ramadhan ini juga ibarat medan bursa saham. Yang mana saham yang dijual didalamnya telah dijamin keuntungan yang berganda-ganda. Teragak-agak lagikah kita untuk melipat gandakan perlaburan kita didalam bursa saham yang telah dijamin ini. Terlebih pula yang menjaminnya adalah Allah sendiri.

Dan sesungguhnya Ramadhan itu adalah bulan untuk melatih diri menjadi lebih tertib dan sempurna. Bulan yang menahan lidah dari perkataan yang sia-sia dan merosakkan. Bulan yang memelihara mata dari pemandangan yang jelek dan menjijikkan. Bulan yang menahan telinga dari halwa yang menghayalkan. Dan bulan yang menahan hati dari niat yang serong. Peliharalah jasmani dan rohani kita. Kerana itu adalah sebaik-baik perlaburan dibulan ini.


Penghargaan kepada Amri. Sebab aku dapat link ni pun dari blog dia.

Posted on Tuesday, August 10, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Wednesday, July 28, 2010

Hari ini adalah 28 july 2010.
Hari ni adalah hari jadi adik.
Hari ni aku luper lagi.
Dan sebelum ucapkan selamat harijadi, aku nak mintak maaf dulu dengan adik.
Dan sebelum nak ucap harijadi, aku nak cakap dengan adik.
“usia 17 tahun tidak hadir 2X”
Tapi aku tak mampu nak cakap.
Sebab aku rasa jauh dengan adik.
Malah dengan semua adik-adik aku.
Bukan jauh tapi janggal dalam melahirkan rasa hati.
Apa abang orang lain sama macam aku ker?
Aku nak tunjukkan pada adik apa yang baik dan apa yang buruk dalam hidup ini.
Tapi sayangnya aku sendiri masih tak tahu banyak mengenainya.
Aku nak bagitahu adik :
"Jangan melakukan kesilapan yang sama berulang-ulang kali, sebab nanti kita tidak jumpa jalan untuk berpatah balik”
Tapi aku sendiri melakukan kesilapan yang sama juga berulang-ulang kali.
Kalau aku cakap juga, adik nak dengar ker?
Adik, aku nak bagi tahu adik, yang hidup ini indah dan menarik.
Tapi aku tak nak tipu adik, yang hakikat hidup ini sebenarnya sangat kejam dan kasar.
Aku nak bagi tahu adik juga, yang kejayaan bermula apabila seseorang itu belajar menghargai peluang.
Tapi aku juga sering mengsia-siakannya.
Dan kalau aku cakap semua ni pada adik, adik nak percaya ker?
Aku nak bagi tahu adik mengenai rama-rama yang cantik.
Dan hidup ini seperti rama-rama.
Jika kita genggam ia dengan terlalu kuat akan carik kepaknya, akan mati dia.
Tapi kalau kita lepaskan dia terbang. Dia akan hilang arah ditiup badai yang kencang.
Dan hidup ini sememangnya seperti rama-rama.
Indah dan menarik tetapi singkat.
Aku hendak bagitahu semua tu pada adik, tapi aku takut adik tak moo dengar.
Aku takut adik bosan.
Aku takut adik kata aku suka membebel.
Sebab aku pernah sambut harijadi yang ke17, 18 tahun dulu.
Cuma waktu itu aku tak punya abang untuk bagi tahu aku semua ini.
Adik, banyak yang adik tidak tahu tentang aku.
Dan sangat sedikit yang aku tahu tentang adik.
Cuma satu yang aku tahu, adik sayang aku.
Dan adik tentu maafkan aku kerana lupa lagi hari jadi adik.
Dan aku juga nak adik tahu, yang aku sangat sayang adik.
Cuma aku tak pandai nak tunjuk.
Adik, selamat harijadi yang ke 17.
Dan aku bahagia ada adik macam Adik. 

Aku Abangmu.

Posted on Wednesday, July 28, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Saturday, July 17, 2010

Yehhh!!, nampaknya selepas siri ‘CHUCK’ inilah satu-satunya siri )TV yang mampu buat aku bersusah payah mendownlot’ dengan kadar speed yang sangat teruk  dari TM ni. Tapi macam yang kita sedia maklum, kalau dah sukakan sesuatu, tentu saja sanggup untuk susah payah.

Okeys, cerita ni tajuk dia Life Unexpected. Baru season 1. Dah berapa siri main kat HALLMARK 702?, entah, aku sendiri tak tau, sebab aku tak follow pun. Aku Cuma tertengok iklan dia, dan terasa cam bes, terus donlot. Dah berapa siri main kat US? Pun aku tak tau juga. Apa yang aku tahu, aku baru habis donlot siri 6, dan baru habis tengok siri 5. Jadinya, komen aku hanyalah berdasarkan sekitar lima siri ini sahaja.

Tapi apa yang pasti adalah. Arrrrrr!!! Tak sabar nak tengok siri 6.

Kisah dia macam ni lebih kurang.

Lux Cassidy, lakunan Britt Robertson. Seorang remaja berumur 16 tahun. Diserahkan oleh ibu kandungnya (Catherine "Cate" Cassidy lakunan Shiri Appleby. Alah… yang jadi Liz Parker dalam Roswell. Top dia nih) Dia serahkan baby dia pada jabatan kebajikan masyarakat .

Hokeh, permulaan kisahnya. Lux Cassidy telah mencari ibu bapa kandungnya. Dengan tujuan untuk mendapatkan tanda tangan mereka. Sebab esoknya dia akan berumur 16 tahun already. Dan mengikut undang-undang Amerika, individu yang berumur 16 tahun bebas untuk tidak tinggal dibawah jagaan penjaga. Sama ada pejaga tersebut adalah keluarga angkat (yang sangat teruk seperti keluarga angkat Lux Cassidy dalam cerita ni) atau pun keluarga kandung mereka sendiri. Dan mahkamah akan tanya macam-macam. Ada pendapatan tetap atau tidak. Ada simpanan untuk pelajaran, sara hidup. Ada rumah untuk tinggal atau tidak. Dan semua tu bukanlah sekadar pertanyaan, tapi diorang siasat gila-gila punya. Dan inilah situasi yang Lux nak lepas darinya. Dan dia nak hidup berdikari, dia tak moo lagi tinggal bersama dengan keluarga angkatnya. Errr, aku dah bagi tau tak yang anak lelaki keluarga angkatnya yang berumur, errr 10 tahun barangkali, selalu sangat mengintai dia mandi dan sebagainya. Satu lagi, bapak angkat dia selalu mabuk pada malam hari , selalu pukul dia.(babak ni tak ada, ianya cuma cerita dari Lux pada kawan dia)

Okeh dipendekkan cerita permohonannya tidak diluluskan. Lalu dia terpaksa pulang semula kerumah keluarga angkatnya, yang mana dirinya sudah sangat-sangat tidak dialu-alukan. Sehinggakan semua barang-barang Lux sudah dimasukkan kedalam beg dan… welcome to go.

Berbalik kepada cerita. Cate dan Baze ni nak mengambil tanggung jawab sebagai ibu bapa Lux, yang selama ini mereka abaikan. Dan diorang rasa sangat menyesal, atau mungkin juga, diorang ni tak moo lagi terlepas sesuatu yang sangat berharga dalam hidup mereka seperti yang mereka telah lakukan satu masa dahulu.

Aku sangat tertarik dengan beberapa emosi yang mereka cuba tonjolkan dalam Life Unexpected. Pertama, walaupun Lux adalah seorang remaja yang tidak pernah mendapat kasih sayang seorang ibu dan ayah, dan dia sangat merindukan semua itu. Tetapi seperti remaja biasa, dia tetap juga gopoh dalam mengexpresikan emosinya. Sehingga kelihatan dia seolah-olah tidak menghargai sesuatu yang menjadi impiannya selama ini. Yaitu keluarga. Tapi apa yang sangat menariknya ialah, Life Unexpected benar-benar sinonin dengan tajuknya. Walau seburuk mana sekalipun kejadian tersebut, sentiasa saja ada ruang untuk mengakui kesilapan tersebut, memperbaikinya dan memohon kemaafan. Dan bergitu juga dari sebelah pihak yang lain, sentiasa saja punya ruang dan waktu untuk memberi kemaafan dan peluang kedua kepada orang lain.

Bagaimana pula dengan keadaan , seorang wanita berkejaya (sebagai seorang DJ radio popular) Cate? Yup, she smart, suwit and funny. Ouwwww…seorang yang sangat bertanggung jawab dengan dirinya, kerjayanya dan orang disekitarnya(ini dia cakap sendiri laaa...hahhaha) . Tapi,… ,,mother things? Maybe just 3 from 10. Tapi sebenarnya itulah yang nak di tonjolkan dalam Life Unexpected. Kita akan sentiasa tidak putus asa untuk mencuba yang terbaik walupun kadang-kadang yang terbaik pada pendapat kita itu adalah yang paling buruk sekali. Tapi mencuba itu bukankah satu kejayaan yang besar sudah? Ouw, luper nak bg tau yang Cate ni sudah bertunang dengan Ryan Thomas lakunan Kerr Smith (peminat siri Dawson's Creek mungkin kenal sangat dengan dia ni). Tapi sangat respect dengan Ryan Thomas ni, dia kelihatan sangat menerima Cate sebagai orang yang akan menjadi pasangan hidupnya dengan tetiba tau dia bakal ada anak tiri yang berumur 16 tahun? Hoooo man, bukan calang-calang lelaki yang tidak akan cabut lari dari situasi tu.Tapi sayang pula bagi Cate ni. Dia macam ibu bapa lain juga. Yang selalu bagi tahu anak-anak diorang, "hidup perlu jujur, kasih sayang yang berlandaskan penipuanpasti tidak akan kekal. Dan jika kamu menyayangi seseorang itu, mesti berani untuk bercakap jujur dengannya. Jangan takut untuk kehilangan dia kerana 'kita' berhak untuk mendapat yang lebih baik" Tapi hakikatnya? Yaa, mereka hanya berani berkata demikian kepada anak-anak mereka dengan harapan anak-anak mereka menjadi lebih dewasa dan bertanggung jawab, sedangkan disebaliknya. Mereka ini juga sering tidak bercakap benar demi takut kehilangan seseorang yang mereka sayangi.

Okey, kita pergi pula kepada watak Baze, lakunan Kristoffer Polaha. Sebenarnya aku tak pernah lihat lakonan dia dalam mana-mana movie sebelum ni. Pelakun barukah dia? Atau aku yang tersangkut dengan film-film tahun 80an dan 90an? Dan ketinggalan zaman untuk memberi sebarang komen masa kini tentang dunia perfileman masa kini? Mungkin juga. :P. Baze ni seorang yang tidak punya hidup yang sukses (jika dinilai dari segi materialnya) tapi sayangnya disini, pandangan mengenai kehidupan antara ‘kita’ dan Baze ni sangat berbeza. Baginya hidup to have fun and to do someting that yer lov to do. Tak perlu berpura-pura dalam hidup. Tak perlu bangun pagi-pagi demi mengejar beberapa puluh ribu dolar pendapatan untuk sebulan. Mungkin kelihatannya hidup lelaki seperti ini sangat menyeronokkan, jauh dari tanggung jawab dan sifat-sifatnya. Tapi sebenarnya terdapat permulaan dari sikap yang sedemikian. Dan keseronokan dalam berpegang dengan prinsip hidupnya musnah sama sekali dengan kemunculan Lux, anak kandungnya yang berumur 16 tahun itu. Dan mempunyai seorang ayah yang berkarektor sedemikian? Yaaaa.. adakalanya merasakan anda bebas, tapi jauh dari sudut hatinya membuatkan remaja berkenaan memberontak dalam keadaannya yang tersendiri.

Jika mahu disatukan kembali Baze dan Cate? You got to be kidding me. Mustahil sama sekali, nevah!! Tapi… damd!!! Love is complicated! And in Life Unexpected? Life is Unexpected!!! Try laaa.

Sebab apa yang aku komen kat sini tidak capai 1% dari keseluruhan cerita tersebut. You guys gonna lovit.

Posted on Saturday, July 17, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Thursday, July 15, 2010

Sebenarnya isu ni dah lama(mungkin bagi  ‘kita’ tidak bagi keluarga mangsa). Tapi aku sangat terpanggil untuk menyiarkannya semula. Dan semua yang aku paparkan disini adalah apa yang pernah dibincangkan di Speedfinger Portal. Jadi aku sangat teruja untuk berkongsi pula dengan pembaca-pembaca di Bilik Kunfu.
Pertama, tajuk postingnya berbunyi. Polis tembak mati pelajar selepas kejar-mengejar

Dan diatas adalah gambar kereta terbabit. Wahai para pembaca sekelian. Anda rasa, masih berkemungkinan lagikah  kereta tersebut diundurkan setelah terbabas dan terperesuk sebelah tayarnya(depan dan belakang) kedalam longkang? Atau ada berlakunya'tindakan tanpa pertimbangan yang profesional'?
Dan diatas adalah gambar kereta terbabit. Wahai para pembaca sekelian. Anda rasa, masih berkemungkinan lagikah kereta tersebut diundurkan setelah terbabas dan terperesuk sebelah tayarnya(depan dan belakang) kedalam longkang? Atau ada berlakunya'tindakan tanpa pertimbangan yang profesional'?
Permulaan diskusi: SHAH ALAM - Seorang remaja lelaki disyaki penyamun mati ditembak selepas kereta dipandu suspek itu didakwa cuba merempuh anggota polis peronda di Jalan 11/2G, Seksyen 11 di sini semalam.


















Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, dua kereta peronda polis bersama empat anggota dikatakan bertembung dengan kereta jenis Proton Iswara Aeroback dinaiki dua lelaki yang berada dalam keadaan mencurigakan di Jalan Tarian 11/2 di sini.

"Anggota polis meminta pemandu kereta itu berhenti namun kereta itu dipecut laju menyebabkan polis melepaskan tembakan ke arah tayar kereta tersebut.

"Kereta itu kemudian terbabas di bahu jalan di Jalan Makyong," kata beliau di sini semalam.
Menurut Khalid, seorang daripada lelaki itu dapat keluar dari kereta dan melarikan diri menyebabkan dua anggota polis mengejar lelaki itu.

Dua lagi anggota polis yang cuba memeriksa keadaan kereta itu terkejut apabila mendapati kereta tersebut mengundur dan cuba melanggar polis.

   Qoute = Ro0ney : no komen bout dis..but kakak budak nih xpuas ati cz polis tembak adik die..

  Quote = AmrixX : Adik sepupu aku keje polis sendiri cakap byk polis sesuka ati guna pistol ditempat awam.. walhal itu satu kesalahan coz walau apepun terjadi hendaklah mendapat arahan dari pihak atasan..erm.. kita bukan negara polis..

   Qoute = Anish : ati seorang ibu maner yg boleh terima apabila anak yg di lahirkan dan di besar serta dididk dgn sempurna tup2 penjenayah huhu...erm..ntahla kesahihan pun belum ada nak sakap bdk ni penyamun so biarla kita ckp arwah jer kan. memang tak mustahil tp biarlah sahih then br kita ckp coz kena gak pk ape perasaan family arwah kalo terbaca statement kita ni kan?

    Qoute = Ono : aku xnak komen.. tp persoalan knapa bdak ni masih bermain2 di luar sedangkan jam sudah lebih pukul 12 ? ni laporan dr sahabat yg kena tembak mati tu. http://perisik-rakyat.com/2010/04/laporan-polis-sahabat-arwah.html
perbezaan laporan media

Dan aku tertarik pula dengan home work yang dibuat oleh Ono ni. Berkenaan dengan perbezaan cerita dari ketiga-tiga sumber besar maklumat masa kini.

Utusan : Remaja maut ditembak ketika cuba rempuh polis

SHAH ALAM 26 April - Seorang remaja lelaki, Aminulrashid Amzah (gambar) berusia 15 tahun yang disyaki penjenayah mati ditembak setelah cuba merempuh anggota polis peronda ketika mahu memberkasnya di kawasan perumahan Jalan 11/2G, Seksyen 11, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi, remaja terbabit yang memandu kereta Proton Iswara, mati akibat terkena tembakan sementara rakannya berjaya melarikan diri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, sebelum kejadian, dua anggota polis peronda terserempak dengan kedua-dua suspek dalam keadaan mencurigakan.
Beliau berkata, kedua- duanya kemudian diarahkan anggota polis supaya memberhentikan kereta namun mereka enggan, sebaliknya memecut laju.

Katanya, ekoran itu, dua anggota polis terbabit bertindak mengejar mereka dengan bantuan sebuah lagi kereta peronda yang dinaiki dua anggota.

"Sejurus tiba di tempat kejadian, anggota polis itu telah melepaskan tembakan ke arah tayar kereta remaja tersebut bagi memaksa mereka berhenti. Kereta itu kemudian terbabas ke bahu jalan.
"Selepas terbabas, rakan remaja itu membuka pintu kereta lalu melarikan diri dan dikejar dua anggota polis peronda," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Khalid berkata, dua lagi anggota polis peronda kemudian memeriksa keadaan remaja itu tetapi terkejut apabila suspek tiba- tiba mengundurkan kereta dan cuba merempuh anggota polis berkenaan.
"Terkejut dengan tindakan suspek untuk mempertahankan diri, anggota polis berkenaan melepaskan tembakan ke arah suspek di dalam kereta," katanya.

Harian Metro: 'Adik Bukan Penjenayah'

KLANG: “Saya tak tahu bila adik tahu bawa (memandu) kereta. Walau apa pun saya tak puas hati dengan apa yang berlaku,” kata Nor Azura Amzah, 39, kakak sulung kepada Aminulrasyid, 15, yang mati terkena tembakan ketika cuba melarikan diri daripada polis di Seksyen 11 di sini, awal pagi semalam.
Nor Azura berkata, adik bongsu daripada lapan beradik itu bukan seorang penjenayah sehingga perlu ditembak mati.

“Adik saya bukan penjenayah. Mungkin dia panik dan tak tahu apa nak buat selepas lihat rakannya lari menyebabkan dia bertindak sedemikian.

“Walaupun sukar menerima kejadian ini, ia sudah berlaku dan saya pasrah,” katanya ketika ditemui di perkarangan rumah mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, semalam.
Aminulrasyid mati di tempat kejadian selepas terkena sedas tembakan di belakang kepalanya...

Harakah Daily: Bunuh juvana: Khalid minta polis lindungi saksi

SHAH ALAM, 27 April: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta polis supaya melindungi dua saksi utama kes bunuh juvana, Aminul Rashid Hamzah, 15, yang membabitkan empat pegawai polis, pagi semalam.

"Salah seorang saksi utama adalah anak polis sendiri, saya harap pihak polis beri jaminan dia ini dilindungi," jelas beliau di Pusat Khidmat Masyarakat di Parlimen Shah Alam, di sini pagi tadi.

Beliau turut meminta polis supaya tidak melakukan sebarang inisiatif untuk mengubah laporan kedua-dua saksi terbabit supaya selari dengan dakwaan polis sebelum ini iaitu mangsa ditembak kerana suspek kumpulan samun bersenjata.

"Jangan ada usaha-usaha nak mempengaruhi saksi ini supaya ubah atau mereka-reka cerita (supaya) sealiran dengan polis," jelas beliau sambil memberitahu media bahawa beliau sendiri bertanggungjawab membawa saksi utama terbabit pergi membuat laporan polis.

"Dengan laporan yang dibuat (oleh saksi utama) semalam, memadai dan jauh lebih benar berbanding kenyataan pihak polis di beberapa media."

Dalam pada itu, beliau mempertikai tindakan polis menembak Aminul Rashid di kepala dari belakang sedangkan kereta yang mereka naiki tersebut tidak dapat dipandu dengan laju akibat tayar bocor.
Disebabkan itu, beliau mempersoal tindakan polis memukul salah seorang juvana terbabit, sebelum juvana tersebut melepaskan diri.

Beliau turut mempersoal pertimbangan polis menembak juvana yang terbabit sedangkan mereka masing-masing tidak bersenjata.

"Polis hanya boleh menembak apabila nyawa mereka sendiri terancam atau apabila nyawa orang awam terancam (sedangkan) di dalam kereta tidak ada walau sebilah senjata seperti yang didakwa polis sebelum ini," ujarnya.

Bercakap pada sidang media yang sama, Yaakub Sapari, Exco Kerajaan Selangor yang juga Adun Kota Anggerik turut menyuarakan rasa kecewa dengan insiden yang membabitkan rakyat di Dun beliau.
Dengan berlakunya peristiwa tersebut, seakan mengulangi insiden tembak rambang yang membabitkan seorang ibu tunggal, Norizan Salleh, Oktober tahun lalu.

Manakala, Monaliza Mokhtar Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 7 pula menganggap beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai suatu fitnah.
Beliau turut menjelaskan bahawa keluarga mangsa serta dua saksi utama sedang membuat pertimbangan akhir untuk mengambil tindakan kepada pihak berwajib yang terbabit memutar belit bukti sebenar berhubung juvana terbabit.

Beberapa media arus perdana sejak semalam melaporkan bahawa juvana terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan, dilaporkan tidak menolak kemungkinan bahawa mereka yang terbabit terlibat dalam kegiatan menyamun.

Tuntas dari tembakan di kepala yang membabitkan juvana dari Sekolah Menengah Seksyen 7, di sini tersebut, implisitnya mencalar kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memelihara keselamatan rakyat dan negara.
Qoute = Matsan : izinkan aku memberi pendapat aku pulak....
dari segi kaca mata budak tu.... of coz la dah salah sebab pandu curi kete akak, tanpa lesen n etc... dahla cuak, terlanggar kete org, then kwn org 2 kejar, tjatuh plak... then sure2, cuak, cuak,cuak.. pastu plak polis kejar... huhuh... mau x mencicit lari....
dari segi kaca mata polis tu,.... dah tengok dak 2 bwk laju gle, then musti nampak @ tau pasal eksiden moto 2 (@ kengkawan dak moto 2 stil kejar kete 2), mulalah terbayang filem omputeh... terus nak jd hero... yg herannye... tayar dgn cermin belakang, dekat ke?? huhu... sndri mau pk la.. heheh....
mana pergi saksi2 lain, mcm dak2 moto 2 n etc....
moral of the story... klo nampak polis lalu je (even xtahan kite pun), berhentilah ke tepi... klo xnak kene tembak.. muhahahahahahaha.... pesanan utk polis...

Sebenarnya banyak lagi pendapat-pendapat dari forumer-forumer SP yang lain yang aku tak quote-kan disini.
Quote = wirajiwa : Sebenarnya isu ni dah lama sangat, dan dah tak dengar pun perkembangannya. Ada sesapa yang buat followup tak? Atau ada sesiapa yang ada info terbaru pasal kwes nih?
Bagi aku para wartawan di Malaysia ni pun satu. Cuma kejar berita yang sensasi dan tengah panas sahaja. (Cuma untuk kepentingan profit semata) Bukan niat diorg nih nak tolong membongkar sesuatu yang tidak patut berlaku.

Atau dah ada yang kena ugut atau apa? Mana laa tau kan. Kot ada badan2 politik yang dah campur tangan, dan tak moo bg berita ni diselongkar sampai kedasarnya. Dan semua tur akan mencalitkan arang ke Jabatan Polis Malaysia.

Harap sapa2 yang ada perkembangan terkini, sila publish. Mungkin ramai juga yang tertanya-tanya pasal ni.

Qoute = lord-e : ntah la...kalo kes babit angota keselamatan slalunya diam cam 2 ja....ssh cket nk bongkar...hohoho...kena tgu pembangkang bangkit isu nie..or pru depan..byk rahsia akan terbongkar....ketua polis pon da jd cam ahli politik...mmg xleh pakai...semua nk bekup sesama sendiri...xmao mengaku kesalahan...hancur negara kalo cam nie...sbb persepsi org kt polis da jd lain...(contoh cam polis indon(kaki paw))
Qoute = Amrix : mestilah ada laporan... Very Happy
kes nih masih lagi dalam siasatan dan pelbagai karenah polis utk mengaku tidak bersalah dalam hal nih!!
 polis skg nih memaksa saksi utama yakni kawan arwah aminul supaya cam polis yg terlibat lagi dgn kawad cam..

 Ape kebodoh punya polis soh wat kawad cam sedangkan org yg menembak arwah dah dikenalpasti!! sepatutnya soal siasat je ar polis pembunuh dan tanye sape suspek2 lain yg terlibat sekali!!

Kes nih silap besar ar nak kelentong rakyat coz abang saksi yakni mohd azamuddin tahu selok belok perundagn dan ayahnya seorang pegawai Polis.. Smile
Quote= Homework Amrixx:
KUALA LUMPUR, 13 Julai: Kaedah siasatan polis ke atas saksi utama kes Aminulrasyid Amzah, Mohd Azamuddin Omar menimbulkan rasa tidak puas hati keluarganya.

Mohd Haafizuddin Omar, 24, abang saksi utama pagi tadi mempersoal tindakan polis mengarahkan adiknya, Azamuddin melakukan kawad cam ke atas beberapa suspek pembunuh Aminulrasyid, 15, Selasa lepas.

"Kita nak tahu, kenapa nak buat kawad cam lagi sedangkan pegawai yang menembak kawan adik saya itu sudah dikenal pasti..Menurut beliau, sepatutnya pihak berwajib boleh mengenal pasti beberapa pegawai polis lain yang terbabit dengan terus menyiasat suspek terbabit.

"Kenapa tak siasat terus dan polis sudah ada suspek bukan," tegas beliau yang juga kakitangan di Jabatan Perkhidmatan Undang-Undang, TNB.Tambahnya lagi, kaedah siasatan polis itu turut dipertikai oleh bapa kepada saksi utama sendiri, yang kebetulan seorang pegawai polis.

"Takkan dia (suspek) seorang saja terlibat, kereta polis yang kejar-mengejar pun ada dua (kereta), logikkah seorang saja yang terlibat," ujar beliau memetik kenyataan bapanya, Omar Jamaluddin.
Melihat layanan yang dialami oleh saksi utama, beliau menganggap pihak polis tidak berniat memberi keadilan hak kepada keluarga Aminulrasyid serta adiknya sendiri.

Qoute = wirajiwa:  Ingat tak pada kes sabu bernilai 2 juta ringgit yg hilanbg dari stor simpanan polis hari tur? Apa jadi pada saksi kes tur? Mati bunuh diri katanya.

Kes altantuya, dan banyak lagi kes2 lain, dan ada yang mati dalam tahanan polis. Sapa nama india tur? Dan semua saksi kes2 ni juga mati, hilang tak dapat dikesan dan mcm2 lagi. Tp yang pastinya diorg akan dihalang utk naik kemahkamah untuk jadi saksi. sEbenarnya sebab nak melindungi kepentingan-kepentingan individu penting tertentu.

Dan dalam kes ni, aku rasa perlu ada penglibatan tokoh2 politik. Tapi tidak sesuailah pergi kepada parti keadilan, sebab jabatan Polis masih dalam kuasa dan pengaruh Barisan Nasional. Nanti perkara ni akan lebih disensasikan dari sudut politik semata-mata.

Pergi kepada sayap2 Barisan Nasional, atau sayap2 UMNO. Pemuda UmNO contohnya, atau Wanita Umno. Mereka juga perlukan publisiti. Dan mereka juga 'garang' dalam sesetengah hal (pernah satu masa).Dan tidak salah rasanya gunakan sentiment tersebut untuk meraih peluang komitmen dari mereka(tokoh politik itu).

Ketepikan sementara prinsip anda dalam politik. Soal kepercayaan anda lebih kepada parti mana, itu juga tidak timbul disini. Apa yang penting adalah, penyebab kematian tersebut mendapat pengadilan yang sewajarnya terlebih dahulu. Bukan maksud aku , kita meragui ketelusan pihak 'keadilan' menghulurkan bantuan mereka. Tapi , kelihatan tidak banyak yang mereka mampu lakukan selain dari mensensasikan isu tersebut. Dan paling2, meraih perhatian dari pihak media(itu pun banyak sangat yang tak betulnya disiarkan semula)...atau menyebarkannya di blog2 peribadi. Tapi hasilnya dari sudut perundangan?, sangat minima, atau hampir tiada lansung.

Sebenarnya, jika sesuatu yang membabitkan Jabatan2 Kerajaan ini, jika tidak mendapat penglibatan dari ahli2 politik dari parti berkenaan. Entahlah, sangat tipis aku rasa kejayaan sesuatu usaha tersebut.

Seperti yang kita sedia maklum, pihak polis ini 'berkhidmat' utk memastikan rakyat sentiasa dalam keadaan jenayah yang paling minima. Mengambil tindakan yang 'cepat dan tepat'. Namun dalam setiap hal yang membabitkan perbuatan manusia tidak mungkin terlepas dari melakukan kesilapan.Dan ada kesilapan yang mencukupi dengan berberapa baris permohonan maaf. Tetapi dalam hal kesilapan 'anda' yang membabitkan kemudharatan kepada pihak lain, lebih-lebih lagi sehingga menyebabkan kematian. Hanya permohonan maaf dan rasa kesal 'anda' itu tidak memadai sama sekali.

Rasanya sudah tiba masanya pihak kerajaan membincangkan fenomena "tindakan pertugas polis diluar batasan" ini dengan lebih serius. Kerana, kelihatan rakyat semakin hilang kepercayaan kepada Jabatan Polis Negara ini.

Tidak perlukan survey secara rasmi. Korang memiliki beberapa org teman rapat.? Tanyakan kepada mereka, "siapa yang suka kepada polis?" dan siapa yang tidak suka? Aku yakin sangat, dari 10 orang, 9 orang pasti tidak suka kepada pegawai polis.

Dan bila diajukan hal yang demikian kepada angota polis, jabatan, atau pegawai2 tinggi mereka. Katanya: "kerja kami bukan untuk mencari populariti dan publisiti"

Betullah tu. Tp kalau dah jabatan tur serupa macam musuh kepada rakyat, mcm mana pula tur?
Aku cuba imbas kembali 40 tahun dahulu. (Dari cerita-cerita dari arwak nenek aku ) Pegawai polis sangat dihormati (bukan ditakuti ). Mereka sangat di alu-alukan kedalam komuniti atau aktiviti-aktivitinya. Keduri-kedara sebagainya. Tapi sekarang,?

Berapa ramai ibu bapa yang punya anak gadis, rela anak gadis mereka berkahwin dengan pegawai polis. Nak buat survey? Tak payah, bukan itu yang kita nak bincangkan kat sini. Isunya adalah. Jabatan polis tidak lagi sebuah jabatan yang disegani dan dihormati. Mereka tidak ubah seperti kumpulan-kumpulan samseng yang 'digeruni dan dibenci' masyarakat.

Jangan salah ertikan kenyataan tersebut. Itu bukan hasutan, tapi itu pendapat dan pandangan kepada fenomena ini. Pendapat dan pandangan mengenai persepsi masyarakat kepada Jabatan Polis Diraja Malaysia 40, 50 tahun dahulu dan sekarang. Ini kenyataan. Dan tidak perlu kita mengelak dari kenyataan tersebut. Baik, kita tinggalkan hal tersebut, dan berbalik kepada hal yang berkaitan.

Rasanya sudah tiba waktunya Jabatan Polis Diraja Malaysia memasang cc kamera pada tiap-tiap kereta peronda, balai-balai, dan lokap-lokap. Dan sambungan secara terus kepada pengkalan data atau ada kotak hitam dan sebagainya, seperti yang dilakukan di Amerika.

Bagi aku banyak menafaatnya. Mungkin tiada lagi kita dengar, ada polis rogol suspek sewaktu sesi soal siasat. Ini aper kes?!@! Ayuh, Kerajaan, ayuh Jabatan Polis Diraja MAlaysia. Naikkan semula kredibiliti kalian dimata rakyat. Buktikan ketelusan kalian didalam setiap perlaksanaan dasar-dasar baru.!!!Ada berani?

Published on 15 July 2010

Posted on Thursday, July 15, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Sunday, July 11, 2010

Tadi aku dapat email forward dari salah seorang kawan. Dan pertama sekali, terimakasih buat beliau. Kerana sudi berkongsi satu coretan yang sangat baik.  Marilah kita sama-sama selami dan hayati . Jangan hanya  memberi pendapat dari sofa-sofa empuk. Mari kita dengar pandangan dari orang yang melaluinya sendiri. InsyaAllah, layannn////

Salam, 

Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yang pergi ke Gaza baru-baru nii, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yang anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat-sekat sebab dia kata dia tak dapat lupakan pengalaman yang dia akan kenang sampai mati. I ada things yang nak share yang buat I tak boleh tido mlm tadi:

Mesir

Razal kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding-dinding masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir ni 14 km long. Kalaulah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran..  "Mesir lebih rela bersempadan dengan Israel daripada bersempadan dengan Hamas!"   Apa punya manusia ni, kata Razali Awang. 

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali bagitau rakyat Palestin yang dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine.

Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dengan pertolongan Allah SWT lepas pulak, tapi perit nya ada yang mintak rasuah, charge naik bas 500 meter is RM70!!!  Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Gaza ( Palestine )

Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah. Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yang ni). Razali kata rakyat Palestine sangat berpegang teguh kepada ajaran Islam dan mazhab Shafie.
Orang Palestine sangat baik dan friendly as compared to other Arabs esp yang kat Mesir tu. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean, boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas

Memang kalangan yang rela mati sebab mati syahid.  Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia orang ucap "Kalau anda datang lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime. 

Tulang-tulang yang melekat kat dinding bangunan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung bila kubur dibedil oleh Israel. Punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil  konon tempat simpan senjata. 

Hamas ada 25,000 orang tak de senjata  canggih tapi yang mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups. 

Isteri kepada  yang mati syahid, hanya ada satu misi, untuk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga. Bagi mereka, kanak-kanak  yang mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yang anaknya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi.

Israel

Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dalam kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia orang tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal. 

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besarlah katakan.

Sedih Razali tengok dia orang rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak-kanak  tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri! 

Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak-budak menjerit-jerit  kesakitan bila kepala di jahit! 

Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yang telah dibedil dengan bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit. 

Razali kata tak der apa yang tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit-sikit here and there. Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write.
Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yang diceritakan oleh beliau. 

Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yang paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana macam kita sokong Israel .
So friend=, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..
Wasalam.











 



Posted on Sunday, July 11, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Malaysian Business Locations Directory