Sedar
tidak sedar akan tiba kembali Ramadhan Al-Mubarakh. Binalah
bergunung-gunung azam kerana ianya tidak merugikan. Dan cadangkanlah
ruang dan peluang untuk diri sendiri bersama-sama Allah, kerana ianya
melazatkan. Bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang penuh pengampunan.
Bulan yang merantai dan membelengu iblis. Tetapi membebas dan melepaskan
umat manusia dari azab dan siksa.
Marilah
kita besama-sama memakmurkannya dengan memperbanyakkan amal ibadat. Dan
murahkanlah hati untuk memberi kepada yang lain. Serta sambunglah
ikatan silaturahim yang renggang dan terputus itu.
Bukan
bermakna Ramadhan ialah bulan mengerjakan kebaikan, dan bulan-bulan
lain itu bulan mengerjakan kemaksiatan. Tetapi Ramadhan adalah bulan
yang mana penambahan amal kebaikan itu sangat menguntungkan. Malah
keuntungannya berlipat kali ganda melebihi kepatutan.
Ramadhan
ini juga ibarat medan bursa saham. Yang mana saham yang dijual
didalamnya telah dijamin keuntungan yang berganda-ganda. Teragak-agak
lagikah kita untuk melipat gandakan perlaburan kita didalam bursa saham
yang telah dijamin ini. Terlebih pula yang menjaminnya adalah Allah
sendiri.
Dan
sesungguhnya Ramadhan itu adalah bulan untuk melatih diri menjadi lebih
tertib dan sempurna. Bulan yang menahan lidah dari perkataan yang
sia-sia dan merosakkan. Bulan yang memelihara mata dari pemandangan yang
jelek dan menjijikkan. Bulan yang menahan telinga dari halwa yang
menghayalkan. Dan bulan yang menahan hati dari niat yang serong.
Peliharalah jasmani dan rohani kita. Kerana itu adalah sebaik-baik
perlaburan dibulan ini.
Berikut adalah jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia
Tahun 1431H/2010M
Tahun 1431H/2010M
Penghargaan kepada Amri. Sebab aku dapat link ni pun dari blog dia.
0 comments :
Post a Comment