Hari ini adalah 28 july 2010.
Hari ni adalah hari jadi adik.
Hari ni aku luper lagi.
Dan sebelum ucapkan selamat harijadi, aku nak mintak maaf dulu dengan adik.
Dan sebelum nak ucap harijadi, aku nak cakap dengan adik.
“usia 17 tahun tidak hadir 2X”
Tapi aku tak mampu nak cakap.
Sebab aku rasa jauh dengan adik.
Malah dengan semua adik-adik aku.
Bukan jauh tapi janggal dalam melahirkan rasa hati.
Apa abang orang lain sama macam aku ker?
Aku nak tunjukkan pada adik apa yang baik dan apa yang buruk dalam hidup ini.
Tapi sayangnya aku sendiri masih tak tahu banyak mengenainya.
Aku nak bagitahu adik :
"Jangan melakukan kesilapan yang sama berulang-ulang kali, sebab nanti kita tidak jumpa jalan untuk berpatah balik”
Tapi aku sendiri melakukan kesilapan yang sama juga berulang-ulang kali.
Kalau aku cakap juga, adik nak dengar ker?
Adik, aku nak bagi tahu adik, yang hidup ini indah dan menarik.
Tapi aku tak nak tipu adik, yang hakikat hidup ini sebenarnya sangat kejam dan kasar.
Aku nak bagi tahu adik juga, yang kejayaan bermula apabila seseorang itu belajar menghargai peluang.
Tapi aku juga sering mengsia-siakannya.
Dan kalau aku cakap semua ni pada adik, adik nak percaya ker?
Aku nak bagi tahu adik mengenai rama-rama yang cantik.
Dan hidup ini seperti rama-rama.
Jika kita genggam ia dengan terlalu kuat akan carik kepaknya, akan mati dia.
Tapi kalau kita lepaskan dia terbang. Dia akan hilang arah ditiup badai yang kencang.
Dan hidup ini sememangnya seperti rama-rama.
Indah dan menarik tetapi singkat.
Aku hendak bagitahu semua tu pada adik, tapi aku takut adik tak moo dengar.
Aku takut adik bosan.
Aku takut adik kata aku suka membebel.
Sebab aku pernah sambut harijadi yang ke17, 18 tahun dulu.
Cuma waktu itu aku tak punya abang untuk bagi tahu aku semua ini.
Adik, banyak yang adik tidak tahu tentang aku.
Dan sangat sedikit yang aku tahu tentang adik.
Cuma satu yang aku tahu, adik sayang aku.
Dan adik tentu maafkan aku kerana lupa lagi hari jadi adik.
Dan aku juga nak adik tahu, yang aku sangat sayang adik.
Cuma aku tak pandai nak tunjuk.
Adik, selamat harijadi yang ke 17.
Dan aku bahagia ada adik macam Adik.
Aku Abangmu.
0 comments :
Post a Comment