Sebenarnya isu ni dah lama(mungkin bagi ‘kita’
tidak bagi keluarga mangsa). Tapi aku sangat terpanggil untuk
menyiarkannya semula. Dan semua yang aku paparkan disini adalah apa yang
pernah dibincangkan di Speedfinger Portal. Jadi aku sangat teruja untuk
berkongsi pula dengan pembaca-pembaca di Bilik Kunfu.
Pertama, tajuk postingnya berbunyi. Polis tembak mati pelajar selepas kejar-mengejar.
Permulaan diskusi: SHAH ALAM - Seorang
remaja lelaki disyaki penyamun mati ditembak selepas kereta dipandu
suspek itu didakwa cuba merempuh anggota polis peronda di Jalan 11/2G,
Seksyen 11 di sini semalam.
Ketua
Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, dalam kejadian pada
pukul 2 pagi itu, dua kereta peronda polis bersama empat anggota
dikatakan bertembung dengan kereta jenis Proton Iswara Aeroback dinaiki
dua lelaki yang berada dalam keadaan mencurigakan di Jalan Tarian 11/2
di sini.
"Anggota
polis meminta pemandu kereta itu berhenti namun kereta itu dipecut laju
menyebabkan polis melepaskan tembakan ke arah tayar kereta tersebut.
"Kereta itu kemudian terbabas di bahu jalan di Jalan Makyong," kata beliau di sini semalam.
Menurut
Khalid, seorang daripada lelaki itu dapat keluar dari kereta dan
melarikan diri menyebabkan dua anggota polis mengejar lelaki itu.
Dua
lagi anggota polis yang cuba memeriksa keadaan kereta itu terkejut
apabila mendapati kereta tersebut mengundur dan cuba melanggar polis.
Qoute = Ro0ney : no komen bout dis..but kakak budak nih xpuas ati cz polis tembak adik die..
Quote = AmrixX : Adik sepupu aku keje polis sendiri cakap byk polis sesuka ati guna pistol ditempat awam.. walhal itu satu kesalahan coz walau apepun terjadi hendaklah mendapat arahan dari pihak atasan..erm.. kita bukan negara polis..
Qoute = Anish : ati seorang ibu maner yg boleh terima apabila anak yg di lahirkan dan di besar serta dididk dgn sempurna tup2 penjenayah huhu...erm..ntahla kesahihan pun belum ada nak sakap bdk ni penyamun so biarla kita ckp arwah jer kan. memang tak mustahil tp biarlah sahih then br kita ckp coz kena gak pk ape perasaan family arwah kalo terbaca statement kita ni kan?
Qoute = Ono : aku xnak komen.. tp persoalan knapa bdak ni masih bermain2 di luar sedangkan jam sudah lebih pukul 12 ? ni laporan dr sahabat yg kena tembak mati tu. http://perisik-rakyat.com/2010/04/laporan-polis-sahabat-arwah.html
Quote = AmrixX : Adik sepupu aku keje polis sendiri cakap byk polis sesuka ati guna pistol ditempat awam.. walhal itu satu kesalahan coz walau apepun terjadi hendaklah mendapat arahan dari pihak atasan..erm.. kita bukan negara polis..
Qoute = Anish : ati seorang ibu maner yg boleh terima apabila anak yg di lahirkan dan di besar serta dididk dgn sempurna tup2 penjenayah huhu...erm..ntahla kesahihan pun belum ada nak sakap bdk ni penyamun so biarla kita ckp arwah jer kan. memang tak mustahil tp biarlah sahih then br kita ckp coz kena gak pk ape perasaan family arwah kalo terbaca statement kita ni kan?
Qoute = Ono : aku xnak komen.. tp persoalan knapa bdak ni masih bermain2 di luar sedangkan jam sudah lebih pukul 12 ? ni laporan dr sahabat yg kena tembak mati tu. http://perisik-rakyat.com/2010/04/laporan-polis-sahabat-arwah.html
perbezaan laporan media
Dan
aku tertarik pula dengan home work yang dibuat oleh Ono ni. Berkenaan
dengan perbezaan cerita dari ketiga-tiga sumber besar maklumat masa
kini.
Utusan : Remaja maut ditembak ketika cuba rempuh polis
SHAH
ALAM 26 April - Seorang remaja lelaki, Aminulrashid Amzah (gambar)
berusia 15 tahun yang disyaki penjenayah mati ditembak setelah cuba
merempuh anggota polis peronda ketika mahu memberkasnya di kawasan
perumahan Jalan 11/2G, Seksyen 11, di sini awal pagi ini.
Dalam
kejadian kira-kira pukul 2 pagi, remaja terbabit yang memandu kereta
Proton Iswara, mati akibat terkena tembakan sementara rakannya berjaya
melarikan diri.
Ketua
Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, sebelum kejadian, dua
anggota polis peronda terserempak dengan kedua-dua suspek dalam keadaan
mencurigakan.
Beliau
berkata, kedua- duanya kemudian diarahkan anggota polis supaya
memberhentikan kereta namun mereka enggan, sebaliknya memecut laju.
Katanya,
ekoran itu, dua anggota polis terbabit bertindak mengejar mereka dengan
bantuan sebuah lagi kereta peronda yang dinaiki dua anggota.
"Sejurus
tiba di tempat kejadian, anggota polis itu telah melepaskan tembakan ke
arah tayar kereta remaja tersebut bagi memaksa mereka berhenti. Kereta
itu kemudian terbabas ke bahu jalan.
"Selepas
terbabas, rakan remaja itu membuka pintu kereta lalu melarikan diri dan
dikejar dua anggota polis peronda," katanya ketika dihubungi di sini
hari ini.
Khalid
berkata, dua lagi anggota polis peronda kemudian memeriksa keadaan
remaja itu tetapi terkejut apabila suspek tiba- tiba mengundurkan kereta
dan cuba merempuh anggota polis berkenaan.
"Terkejut
dengan tindakan suspek untuk mempertahankan diri, anggota polis
berkenaan melepaskan tembakan ke arah suspek di dalam kereta," katanya.
Harian Metro: 'Adik Bukan Penjenayah'
KLANG:
“Saya tak tahu bila adik tahu bawa (memandu) kereta. Walau apa pun saya
tak puas hati dengan apa yang berlaku,” kata Nor Azura Amzah, 39, kakak
sulung kepada Aminulrasyid, 15, yang mati terkena tembakan ketika cuba
melarikan diri daripada polis di Seksyen 11 di sini, awal pagi semalam.
Nor Azura berkata, adik bongsu daripada lapan beradik itu bukan seorang penjenayah sehingga perlu ditembak mati.
“Adik
saya bukan penjenayah. Mungkin dia panik dan tak tahu apa nak buat
selepas lihat rakannya lari menyebabkan dia bertindak sedemikian.
“Walaupun
sukar menerima kejadian ini, ia sudah berlaku dan saya pasrah,” katanya
ketika ditemui di perkarangan rumah mayat, Hospital Tengku Ampuan
Rahimah (HTAR) di sini, semalam.
Aminulrasyid mati di tempat kejadian selepas terkena sedas tembakan di belakang kepalanya...
Harakah Daily: Bunuh juvana: Khalid minta polis lindungi saksi
SHAH
ALAM, 27 April: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta polis
supaya melindungi dua saksi utama kes bunuh juvana, Aminul Rashid
Hamzah, 15, yang membabitkan empat pegawai polis, pagi semalam.
"Salah
seorang saksi utama adalah anak polis sendiri, saya harap pihak polis
beri jaminan dia ini dilindungi," jelas beliau di Pusat Khidmat
Masyarakat di Parlimen Shah Alam, di sini pagi tadi.
Beliau
turut meminta polis supaya tidak melakukan sebarang inisiatif untuk
mengubah laporan kedua-dua saksi terbabit supaya selari dengan dakwaan
polis sebelum ini iaitu mangsa ditembak kerana suspek kumpulan samun
bersenjata.
"Jangan
ada usaha-usaha nak mempengaruhi saksi ini supaya ubah atau mereka-reka
cerita (supaya) sealiran dengan polis," jelas beliau sambil memberitahu
media bahawa beliau sendiri bertanggungjawab membawa saksi utama
terbabit pergi membuat laporan polis.
"Dengan
laporan yang dibuat (oleh saksi utama) semalam, memadai dan jauh lebih
benar berbanding kenyataan pihak polis di beberapa media."
Dalam
pada itu, beliau mempertikai tindakan polis menembak Aminul Rashid di
kepala dari belakang sedangkan kereta yang mereka naiki tersebut tidak
dapat dipandu dengan laju akibat tayar bocor.
Disebabkan itu, beliau mempersoal tindakan polis memukul salah seorang juvana terbabit, sebelum juvana tersebut melepaskan diri.
Beliau turut mempersoal pertimbangan polis menembak juvana yang terbabit sedangkan mereka masing-masing tidak bersenjata.
"Polis
hanya boleh menembak apabila nyawa mereka sendiri terancam atau apabila
nyawa orang awam terancam (sedangkan) di dalam kereta tidak ada walau
sebilah senjata seperti yang didakwa polis sebelum ini," ujarnya.
Bercakap
pada sidang media yang sama, Yaakub Sapari, Exco Kerajaan Selangor yang
juga Adun Kota Anggerik turut menyuarakan rasa kecewa dengan insiden
yang membabitkan rakyat di Dun beliau.
Dengan
berlakunya peristiwa tersebut, seakan mengulangi insiden tembak rambang
yang membabitkan seorang ibu tunggal, Norizan Salleh, Oktober tahun
lalu.
Manakala,
Monaliza Mokhtar Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 7
pula menganggap beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai
suspek kumpulan samun sebagai suatu fitnah.
Beliau
turut menjelaskan bahawa keluarga mangsa serta dua saksi utama sedang
membuat pertimbangan akhir untuk mengambil tindakan kepada pihak
berwajib yang terbabit memutar belit bukti sebenar berhubung juvana
terbabit.
Beberapa media arus perdana sejak semalam melaporkan bahawa juvana terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun.
Ketua
Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan, dilaporkan
tidak menolak kemungkinan bahawa mereka yang terbabit terlibat dalam
kegiatan menyamun.
Tuntas
dari tembakan di kepala yang membabitkan juvana dari Sekolah Menengah
Seksyen 7, di sini tersebut, implisitnya mencalar kredibiliti Polis
Diraja Malaysia (PDRM) dalam memelihara keselamatan rakyat dan negara.
Qoute = Matsan : izinkan aku memberi pendapat aku pulak....dari segi kaca mata budak tu.... of coz la dah salah sebab pandu curi kete akak, tanpa lesen n etc... dahla cuak, terlanggar kete org, then kwn org 2 kejar, tjatuh plak... then sure2, cuak, cuak,cuak.. pastu plak polis kejar... huhuh... mau x mencicit lari....dari segi kaca mata polis tu,.... dah tengok dak 2 bwk laju gle, then musti nampak @ tau pasal eksiden moto 2 (@ kengkawan dak moto 2 stil kejar kete 2), mulalah terbayang filem omputeh... terus nak jd hero... yg herannye... tayar dgn cermin belakang, dekat ke?? huhu... sndri mau pk la.. heheh....mana pergi saksi2 lain, mcm dak2 moto 2 n etc....moral of the story... klo nampak polis lalu je (even xtahan kite pun), berhentilah ke tepi... klo xnak kene tembak.. muhahahahahahaha.... pesanan utk polis...
Sebenarnya banyak lagi pendapat-pendapat dari forumer-forumer SP yang lain yang aku tak quote-kan disini.
Quote = wirajiwa :
Sebenarnya isu ni dah lama sangat, dan dah tak dengar pun
perkembangannya. Ada sesapa yang buat followup tak? Atau ada sesiapa
yang ada info terbaru pasal kwes nih?
Bagi
aku para wartawan di Malaysia ni pun satu. Cuma kejar berita yang
sensasi dan tengah panas sahaja. (Cuma untuk kepentingan profit semata)
Bukan niat diorg nih nak tolong membongkar sesuatu yang tidak patut
berlaku.
Atau
dah ada yang kena ugut atau apa? Mana laa tau kan. Kot ada badan2
politik yang dah campur tangan, dan tak moo bg berita ni diselongkar
sampai kedasarnya. Dan semua tur akan mencalitkan arang ke Jabatan Polis
Malaysia.
Harap sapa2 yang ada perkembangan terkini, sila publish. Mungkin ramai juga yang tertanya-tanya pasal ni.
Qoute = lord-e : ntah
la...kalo kes babit angota keselamatan slalunya diam cam 2 ja....ssh
cket nk bongkar...hohoho...kena tgu pembangkang bangkit isu nie..or pru
depan..byk rahsia akan terbongkar....ketua polis pon da jd cam ahli
politik...mmg xleh pakai...semua nk bekup sesama sendiri...xmao mengaku
kesalahan...hancur negara kalo cam nie...sbb persepsi org kt polis da jd
lain...(contoh cam polis indon(kaki paw))
Qoute = Amrix : mestilah ada laporan... Very Happykes nih masih lagi dalam siasatan dan pelbagai karenah polis utk mengaku tidak bersalah dalam hal nih!!
polis skg nih memaksa saksi utama yakni kawan arwah aminul supaya cam polis yg terlibat lagi dgn kawad cam..
Ape
kebodoh punya polis soh wat kawad cam sedangkan org yg menembak arwah
dah dikenalpasti!! sepatutnya soal siasat je ar polis pembunuh dan tanye
sape suspek2 lain yg terlibat sekali!!
Kes nih silap besar ar nak kelentong rakyat coz abang saksi yakni mohd azamuddin tahu selok belok perundagn dan ayahnya seorang pegawai Polis.. Smile
Quote= Homework Amrixx:
KUALA
LUMPUR, 13 Julai: Kaedah siasatan polis ke atas saksi utama kes
Aminulrasyid Amzah, Mohd Azamuddin Omar menimbulkan rasa tidak puas hati
keluarganya.
Mohd
Haafizuddin Omar, 24, abang saksi utama pagi tadi mempersoal tindakan
polis mengarahkan adiknya, Azamuddin melakukan kawad cam ke atas
beberapa suspek pembunuh Aminulrasyid, 15, Selasa lepas.
"Kita
nak tahu, kenapa nak buat kawad cam lagi sedangkan pegawai yang
menembak kawan adik saya itu sudah dikenal pasti..Menurut beliau,
sepatutnya pihak berwajib boleh mengenal pasti beberapa pegawai polis
lain yang terbabit dengan terus menyiasat suspek terbabit.
"Kenapa
tak siasat terus dan polis sudah ada suspek bukan," tegas beliau yang
juga kakitangan di Jabatan Perkhidmatan Undang-Undang, TNB.Tambahnya
lagi, kaedah siasatan polis itu turut dipertikai oleh bapa kepada saksi
utama sendiri, yang kebetulan seorang pegawai polis.
"Takkan
dia (suspek) seorang saja terlibat, kereta polis yang kejar-mengejar
pun ada dua (kereta), logikkah seorang saja yang terlibat," ujar beliau
memetik kenyataan bapanya, Omar Jamaluddin.
Melihat
layanan yang dialami oleh saksi utama, beliau menganggap pihak polis
tidak berniat memberi keadilan hak kepada keluarga Aminulrasyid serta
adiknya sendiri.
Qoute = wirajiwa:
Ingat tak pada kes sabu bernilai 2 juta ringgit yg hilanbg dari stor
simpanan polis hari tur? Apa jadi pada saksi kes tur? Mati bunuh diri
katanya.
Kes
altantuya, dan banyak lagi kes2 lain, dan ada yang mati dalam tahanan
polis. Sapa nama india tur? Dan semua saksi kes2 ni juga mati, hilang
tak dapat dikesan dan mcm2 lagi. Tp yang pastinya diorg akan dihalang
utk naik kemahkamah untuk jadi saksi. sEbenarnya sebab nak melindungi
kepentingan-kepentingan individu penting tertentu.
Dan
dalam kes ni, aku rasa perlu ada penglibatan tokoh2 politik. Tapi tidak
sesuailah pergi kepada parti keadilan, sebab jabatan Polis masih dalam
kuasa dan pengaruh Barisan Nasional. Nanti perkara ni akan lebih
disensasikan dari sudut politik semata-mata.
Pergi
kepada sayap2 Barisan Nasional, atau sayap2 UMNO. Pemuda UmNO
contohnya, atau Wanita Umno. Mereka juga perlukan publisiti. Dan mereka
juga 'garang' dalam sesetengah hal (pernah satu masa).Dan tidak salah
rasanya gunakan sentiment tersebut untuk meraih peluang komitmen dari
mereka(tokoh politik itu).
Ketepikan
sementara prinsip anda dalam politik. Soal kepercayaan anda lebih
kepada parti mana, itu juga tidak timbul disini. Apa yang penting
adalah, penyebab kematian tersebut mendapat pengadilan yang sewajarnya
terlebih dahulu. Bukan maksud aku , kita meragui ketelusan
pihak 'keadilan' menghulurkan bantuan mereka. Tapi , kelihatan tidak
banyak yang mereka mampu lakukan selain dari mensensasikan isu tersebut.
Dan paling2, meraih perhatian dari pihak media(itu pun banyak sangat
yang tak betulnya disiarkan semula)...atau menyebarkannya di blog2
peribadi. Tapi hasilnya dari sudut perundangan?, sangat minima, atau
hampir tiada lansung.
Sebenarnya,
jika sesuatu yang membabitkan Jabatan2 Kerajaan ini, jika tidak
mendapat penglibatan dari ahli2 politik dari parti berkenaan. Entahlah,
sangat tipis aku rasa kejayaan sesuatu usaha tersebut.
Seperti
yang kita sedia maklum, pihak polis ini 'berkhidmat' utk memastikan
rakyat sentiasa dalam keadaan jenayah yang paling minima. Mengambil
tindakan yang 'cepat dan tepat'. Namun dalam setiap hal yang membabitkan
perbuatan manusia tidak mungkin terlepas dari melakukan kesilapan.Dan
ada kesilapan yang mencukupi dengan berberapa baris permohonan maaf.
Tetapi dalam hal kesilapan 'anda' yang membabitkan kemudharatan kepada
pihak lain, lebih-lebih lagi sehingga menyebabkan kematian. Hanya
permohonan maaf dan rasa kesal 'anda' itu tidak memadai sama sekali.
Rasanya
sudah tiba masanya pihak kerajaan membincangkan fenomena "tindakan
pertugas polis diluar batasan" ini dengan lebih serius. Kerana,
kelihatan rakyat semakin hilang kepercayaan kepada Jabatan Polis Negara
ini.
Tidak
perlukan survey secara rasmi. Korang memiliki beberapa org teman rapat.?
Tanyakan kepada mereka, "siapa yang suka kepada polis?" dan siapa yang
tidak suka? Aku yakin sangat, dari 10 orang, 9 orang pasti tidak suka
kepada pegawai polis.
Dan
bila diajukan hal yang demikian kepada angota polis, jabatan, atau
pegawai2 tinggi mereka. Katanya: "kerja kami bukan untuk mencari
populariti dan publisiti"
Betullah tu. Tp kalau dah jabatan tur serupa macam musuh kepada rakyat, mcm mana pula tur?
Aku
cuba imbas kembali 40 tahun dahulu. (Dari cerita-cerita dari arwak
nenek aku ) Pegawai polis sangat dihormati (bukan ditakuti ). Mereka
sangat di alu-alukan kedalam komuniti atau aktiviti-aktivitinya.
Keduri-kedara sebagainya. Tapi sekarang,?
Berapa
ramai ibu bapa yang punya anak gadis, rela anak gadis mereka berkahwin
dengan pegawai polis. Nak buat survey? Tak payah, bukan itu yang kita
nak bincangkan kat sini. Isunya adalah. Jabatan polis tidak lagi sebuah
jabatan yang disegani dan dihormati. Mereka tidak ubah seperti
kumpulan-kumpulan samseng yang 'digeruni dan dibenci' masyarakat.
Jangan
salah ertikan kenyataan tersebut. Itu bukan hasutan, tapi itu pendapat
dan pandangan kepada fenomena ini. Pendapat dan pandangan mengenai
persepsi masyarakat kepada Jabatan Polis Diraja Malaysia 40, 50 tahun
dahulu dan sekarang. Ini kenyataan. Dan tidak perlu kita mengelak dari
kenyataan tersebut. Baik, kita tinggalkan hal tersebut, dan berbalik kepada hal yang berkaitan.
Rasanya
sudah tiba waktunya Jabatan Polis Diraja Malaysia memasang cc kamera
pada tiap-tiap kereta peronda, balai-balai, dan lokap-lokap. Dan
sambungan secara terus kepada pengkalan data atau ada kotak hitam dan
sebagainya, seperti yang dilakukan di Amerika.
Bagi
aku banyak menafaatnya. Mungkin tiada lagi kita dengar, ada polis rogol
suspek sewaktu sesi soal siasat. Ini aper kes?!@! Ayuh, Kerajaan, ayuh
Jabatan Polis Diraja MAlaysia. Naikkan semula kredibiliti kalian dimata
rakyat. Buktikan ketelusan kalian didalam setiap perlaksanaan
dasar-dasar baru.!!!Ada berani?
Published on 15 July 2010
0 comments :
Post a Comment