Mereka
mengalami perasaan kurang keyakinan diri yang tinggi. Dan bukan salah
mereka berperasaan demikian, dan bukan juga salah mereka kerana lahir
dalam dunia yang kejam. Dunia yang tidak menghargai kecacatan dan
kekurangan. Semua tu salah 'kita' kerana tidak mahu menerima kenyataan
yang dunia ini variasi kerana adanya kecacatan disana sini. Dan syukur
'kita' yang cantik semula jadi ni lebih dihargai dan dipandang tinggi
kerana adanya mereka yang tidak cantik semula jadi itu tadi.
Apa
pertanyaan disini timbul kerana apa? Nak mencari-cari puncanya? Jika
itulah, maka secara peribadinya aku berpendapat perbuatan mereka
berpunca dari 'kita' sendri. Dan tak perlu kita nak menghina mereka yang
kita sendiri bentuk itu. Terima saja mereka. Kerana kita yang
melahirkan mereka.
And
for sure this topic ain't funny at all!!! Pindahkanlaaa, pindahkan ke
ruangan "AKU MERASA HERAN KENAPA ORANG BURUK BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH
UNTUK KELIHATAN CANTIK" tidak pun "KALAU DAH BURUK TUR BUAT CARA BURUK
SUDAH!!!" Atau ader pandangan dari sapa-sapa utk kolum yg lebih sesuai?
"SAYA ORANG YANG PALING BERSYUKUR DENGAN KEADAAN SAYA" barangkali? Iya
ker kita ni mcm tur?
Tau
tak kadang-kadang perbuatan kurang cerdik yang kita persoalkan itu akan
kelihatan lebih tolol bagi mereka yang mempersoalkannya.
Macam
sipemandu kereta yang merungut-rungut dan sangat bengang dengan bonggol
yang ada dimana-mana kat atas jalan raya. Bukankah nampak bangang bila
dia mempersoalkan hal tersebut? Sedangkan adanya bonggol tersebut
disebabkan oleh tabiat dia yang suka pandu laju kat dalam kawasan
perumahan?
Restinpeace: bukan nak memandang rendah pada kelemahan atau kecacatan orang lain. cuma terasa tertipu.
contohnya.
kebanyakan orang beli buku car trader adalah untuk mencari kereta
second hand yang sesuai dengan budget mereka. terpandang bada satu iklan
kereta yang masih kelihatan baru dengan warna yang masih berkilat tanpa
sedikitpun kesan luntur dalam keadaan yang begitu sempurna sekali.
malah harga yang ditawarkan juga adalah sangat berpatutan. namun apa
bila pergi melihat sendiri keadaan kereta ternyata jauh sama sekali dari
gambar yang dipamerkan pada ruang iklan sebelum ini. bumper depan sudah
rebeh kebawah. 2 kesan kemek di bahagian pintu sebelah pemandu. dan
warna nyata telah luntur seperti telah terdedah pada hujan dan panas 4,5
tahun. the fact is... owner kereta memang meletakkan gambar kereta
tersebut tetapi gambar ketika keadaan kereta masih baru dan bukannya
dalam keadaan terkini.
keikhlasan
dalam berkawan ni mesti datang dari mula. jika dia sendiri dah
memulakan dengan satu pembohongan, maka tak boleh nak salahkan orang
lain jika yang cuba berkawan dengan dia tadi semata-mata atas dasar
kecantikan yang cuba dipamerkannya.buruk, buat cara buruk. dan kalau
masih ada yang sudi terima kita, nyata dia telah menerima kita seadanya.
ker guanner?
contohnya.
kebanyakan orang beli buku car trader adalah untuk mencari kereta
second hand yang sesuai dengan budget mereka. terpandang pada satu iklan
kereta yang masih kelihatan baru dengan warna yang masih berkilat tanpa
sedikitpun kesan luntur dalam keadaan yang begitu sempurna sekali.
malah harga yang ditawarkan juga adalah sangat berpatutan. namun apa
bila pergi melihat sendiri keadaan kereta ternyata jauh sama sekali dari
gambar yang dipamerkan pada ruang iklan sebelum ini. bumper depan sudah
rebeh kebawah. 2 kesan kemek di bahagian pintu sebelah pemandu. dan
warna nyata telah luntur seperti telah terdedah pada hujan dan panas 4,5
tahun. the fact is... owner kereta memang meletakkan gambar kereta
tersebut tetapi gambar ketika keadaan kereta masih baru dan bukannya
dalam keadaan terkini.
Yang
pertama persahabatan bukan perniagaan yang boleh kita samakan. Mungkin
kiasannya bergitu, tapi hakikatnya tetap juga tidak sama. Mungkin saja
Restinpeace tak setuju dengan aku sebab pada pandangan dia manusia perlu
jujur dan ikhlas sejak dari mula. Pertelingkahan disini bukan kerana
aku membela perbuatan menipu atau mempamerkan yang tidak seperti
kenyataannya. Apa yang lebih aku tekankan dalam komen aku sebelum ni
adalah penyebab keadaan demikian.
Aku quote balik.
Wirajiwa:
Apa pertanyaan disini timbul kerana apa? Nak mencari-cari puncanya?
Jika itulah, maka secara peribadinya aku berpendapat perbuatan mereka
berpunca dari 'kita' sendri. Dan tak perlu kita nak menghina mereka yang
kita sendiri bentuk itu. Terima saja mereka. Kerana kita yang melahirkan mereka.
(bisa baca ngak?..)
90% daripada komen sebelum2nya.
Encik AMM: huhu.. biasa ar tricks camnih..
ramai sgt pompuan2 aku jumpe & membe2 zaman sekolh dulu wat camnih menipu semata2 nak nampak cantik & menarik.. hehe..
Apakah perbuatan atau usaha seseorang itu untuk kelihatan lebih baik adalah satu penipuan?
Sebenarnya,
dalam hal ni, samajer org yang badan dia jenis berbau longkang tapi
suka sgt pakai minyak wangi. Adakah itu satu penipuan? Atau dia kena
redha dan pasrah jer lah yang badan dia jenis yang berbau busuk lalu dia
tak berusaha melakukan sesuatu supaya kelemahan tersebut diperbaiki.
Atau orang yang dilahirkan 'pendek' dari pada org lain, dan dia
mengenakan sepatu yang bertumit 2 inci lebih untuk mengimbangi
'kependekkan' dia. Adakah itu penipuan? Jika demikian, kejujuran yang
kalian tuntut itu sangat besar. Dan hampir pupus sudah manusia yang
mampu melakukannya jaman sekarang
Cheri Biru :
lau pic full tak nmpak sgt dianye face..tu dia crop tu..takat nak letak
lam profile jew..xkan nak letak full body kot..yg penting ikhlas..
Aku
tak pasti maklum balas yang begini terkeluar kerana apa, tidak pasti
dengan pendirian sendiri mengenai sesuatu hal, atau memandang setiap hal
yg berlaku depan mata itu remeh atau tidak penting
Plash: chubby kan...............................z
Betul tak apa yang aku katakan tadi? "ini yang kita katakan PUNCA"
Matsam: huk aloh..... ha3.....
Aku sebenarnya tak faham apa yang melucukan dalam isu ni, atau matsam merasa lucu dengan diri sendiri barangkali?
Restinpeace: ada lagi ramai yang edit gambar dalam photoshop buang jerawat la, licinkan pipi la etc. ahaks~!
Sekali
lagi aku nak bertegas, sebelum melihat perbuatan jelek mereka, mari
kita lihat penyebab kepada gejala berkenaan. Dan aku degil dalam
memegang pendapat aku mengenai yang satu ini.
Serius
aku cakap, korang melihat perbuatan tersebut dalam konsep yang sangat
keras. Tidak ada lansung toleransi pada kenyataan hidup yang manusia
ni(umumnya)sangat terbatas kesempurnaannya, dan sifat manusia itu
sendiri menerima ketidak sempurnaan mereka juga sangat terbatas. Sedang
rasa ingin dihargai dan disukai sangat tinggi.
Dan sedikit 'touchup' sana-sini demi utk menarik sedikit perhatian org lain untuk mengenali mereka. Aku rasa usaha mereka tidak melampau sama sekali sehingga boleh kita jadikan isu untuk mempertikaikan kewajaran mereka.
Mungkin
yang menjadi pertikaian kita disini adalah kerana aku melihat
keikhlasan itu perlu mantap kepada kita yang menerima orang lain
seadanya mereka. Sedang korang melihat yang keihlasan itu lebih dahulu
sepatutnya terpikul kepada yang memberi. Dan jika mereka memberi sesuatu
yang tidak seperti apa yang sebenar, lalu dengan kasar kita melabelkan
mereka rendah dari segi moralnya. Kejujuran dan keihklasan mereka ini
juga menjadi pertikaian hebat diantara kita.
Dan
aku bukan sekadar menzahirkan satu kenyataan, yang aku ini kononnya
tidak bersetuju dengan kebanyakan dari kamu. Tidak! Malah lebih jauh
dari itu.
[ Sambungan minggu kedua perbahasan ]
Assalamualaikum
warahmatullahiwabarokatuh ahli panel sekelian. Sebelum aku menyambung
perbahasan yang tertunda ini. Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada umat Islam sekelian.
Berbalik kepada kepala surat.
Sebenarnya
aku menghampiri keinginan untuk beserta dengan pendapat-pendapat yang
dikemukakan. Tetapi mungkin saja aku melihat perbuatan tersebut dari
sudut yang berlainan. Maka aku hanya mampu mencapai ketahap ‘toleransi’
diatas hujah-hujah diatas.
Dan
mencari-cari kelemahan isi-isi perbahasan yang dibentangkan oleh ahli
panel lain dengan tujuan untuk membena keutuhan kepada hujah dan
pendirianku? Pada perkiraanku itu tidak adil. Mungkin saja sebelumnya
aku teremosi dengan peganganku. Sehingga aku kelihatan membentak kasar
kepada pendirian orang lain. Sebenarnya untuk memahami apa yang orang
lain fahami itu kita seharusnya menjadi pendengar yang setia, atau
pembaca yang teliti. Mengulang-ulang coretan pendapat-pendapat mereka.
Maka
itulah yang aku lakukan. Tetapi seperti yang telah aku nyatakan diatas.
Aku hanya mampu mencapai ketahap ‘toleransi’. Sebenarnya tidak ada
salahnya dengan pendapat-pendapat tersebut. Dan bukanlah
maksud aku pendapatku lebih tulen kebenarannya. Tetapi kita melihatnya
dari sudut yang sangat berbeza. Aku sedang memperkatakan kecantikan
warna kereta berkenaan. Sedang kalian membicarakan kecantikan bentuknya.
Sebenarnya tiada yang lebih betul daripada yang lain pun.
Bila aku katakan. “inilah warna kereta yang paling cantik, dan sepatutnya inilah pilihan semua pengusaha kereta.”
Dan bila kalian katakan pula. “Inilah bentuk kereta yang paling menawan, dan sepatutnya inilah pilihan semua pengusaha kereta.”
Dan
hakikat daripada kedua-dua kenyataan diatas. Adalah, kedua-duanya
benar. Tetapi dalam konteksnya yang tersendiri. Kebenarannya terletak
pada apa yang diperkatakan dan mengenainya. Namun ianya bukanlah
kebenaran yang menyeluruh. Yang merujuk kepada kereta tersebut (hal yang
dibincangkan disini )
Berbalik kepada topik:
Atau
kita pergi kepada ‘kewajaran’ atas perlakuan tersebut. Ianya masih juga
terikat kepada penyebab-penyebab perbuatan itu. Atau kita perkatakan
soal keikhlasan. Tapi sayangnya pembicaraan kita yang satu itu juga dari
sudut yang berbeza. Aku tidak maksudkan ‘keikhlasan’ perlu juga ada
bila berdepan dengan penipuan. Kerana itu adalah tidak wajar atau
sesuatu yang sangat sukar dilakukan. Tetapi apa yang menjadi maksudku
adalah, apabila berdepan dengan keadaan itu, atau apa saja keadaan yang
tidak sepatutnya demikian. Mari kita fikirkan sejenak tentang hal-hal
yang ‘menyebabkan’ situasi demikian. Atau apa yang aku maksudkan disini
adalah ‘adil’. Ya, mungkin itulah perkataan yang lebih
tepat dalam menunjukkan kesungguhan aku membela golongan tersebut.
Yaitu, sebelum perbuatan mereka itu kita lihat sangat tidak wajar, kita
haruslah adil dengan tidak menolak segala kemungkinan-kemungkinan yang
berlaku ini, tidak kira apa saja pasti ianya bermula dari situasi
kebiasaan masyarakat yang kita sendiri terlepas pandang.
Dan aku menyedari kadang-kadang
lidahku terlalu tajam dalam sesetengah hal. Dan kadang-kadang juga
ianya manis dalam beberapa hal. Maka selamilah rahsia yang terselindung
disebaliknya. Sesungguhnya aku mengelak dari berkata yang sia-sia. Dan
aku tidak membutuhkan sanjungan serta sukaramai dari sekelian
pembaca-pembaca tulisan aku. Jika itu membuatkan engkau rasa tidak
mudah?! Maka tinggalkan. Muntahkan segala rasa kelat, masam dan pedas
itu. Tidak mengapa sama sekali.
Kerana
aku mengerti manusia ini ada bidangnya. Sedangkan setengah dari mereka
itu ahli dalam bidangnya, dan sebahagian yang lain pula ahli dalam
bidang yang lain pula. Dan aku menerima kekuranganku dengan mengambil
menafaat dari kelebihan orang lain.
Bukan juga aku menterjemahkan ini kepada makna yang remeh. Sehingga aku ‘tolerasi’ membuta tuli dengan
yang lain dalam memperkatakan sesuatu hal kususnya hal ini, yaitu salah
satu dari hal yang aku berpegang kuat dengan pendirianku. Sungguh
aku tidak meremehkannya sama sekali. Cuma aku menuntut diri ini kearah
yang lebih serius dan berat. Dan jauh dari hendak hati ini supaya
sombong dan degil dengan kebodohan sendiri. Kerana itu tidaklah patut
sama sekali pada pemikiran dan perbuatan.
Mungkin
kita boleh pergi lebih jauh dari sekadar memperkatakan kewajarannya.
Sejauh yang mungkin barangkali? Kerana setiap yang berlaku itu nescaya
ada menafaatnya bukan? Atau maksudku disini, ‘sepositif’ yang mungkin.
Seperti
contohnya kehadiran manusia-manusia yang tidak berilmu itu sebenarnya
adalah menafaat bagi umat jelata. Kerana dengan fenomena itu lahirlah
golongan yang mempunyai kesedaran untuk menuntut ilmu. Dan golongan yang
jahil ini juga adalah anugerah. Anugerah kepada golongan yang berilmu.
Kerana dengan adanya mereka ini membuatkan golongan yang berilmu ini
lebih dihargai. Dan ilmu mereka menjadi lebih berguna. Dapat diamalkan
serta sampaikan dan dipanjangkan. Bayangkan jika semua manusia ini
bijaksana. Maka tidak ada bezanya diantara orang yang alim itu, kerana
mereka sama saja.
Atau
dalam satu contohan yang lain. Dalam kita menyanjungi tokoh-tokoh Islam
yang banyak memberi sumbangan dalam menyambung lidah kenabian. Abu
Hurairah ra, Ibnu Umar ra dan ramai lagi yang menjadi sangat panjang
jika hendak dibilang satu persatu disini. Tidakkah hadits-hadits yang
mereka panjangkan itu lantaran terjadi kerana ujudnya orang-orang yang
tidak memahami agama ketika itu? Orang-orang yang mungkin lemah
kesungguhannya dari yang lain dalam mencari kefahaman tersebut. Lantas
terus sahaja bertanya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW
menjawab kemusykilan tersebut. Cuba bayangkan jika tidak ada mereka,
maka pertanyaan-pertanyaan tersebut tidak akan terjadi. Dan Rasulullah
SAW tidak bersabda dengan sabdaan yang menerangkan kemusykilan tersebut.
Sampai kepada umat ini? Maka kesempurnaan umat yang terdahulu itu
lantas menjadi mala pertaka kepada yang terkemudian dari mereka.
Inilah yang aku maksudkan sebenarnya. Yang pertama sesuatu yang baik itu kadang-kadang penyebab kejadiannya lantaran dari kelemahan atau keburukan sesuatu atau seseorang.
Dan yang kedua,
sesuatu yang buruk itu terjadi pula kadang-kadang lantaran dari
kesempurnaan dan keelokan sesuatu atau seseorang. Dan dalam hal yang kedua inilah yang menjadi inti perbincangan kita disini. Dan inilah yang kita katakan ‘fitnah-fitnah’. Yaitu kebaikan dan keelokan itu menjadi mudharat dalam sesetengah hal.
Namun
aku sendiri amat terhad ketelitiannya dalam sesuatu permasalahan itu.
Sehingga hujah-hujah ku sebelum ini tampak lebih menekan kepada
‘kewajaran’ perbuatan tersebut. Sehingga dalam perenggan-perenggan
tertentu lebih kelihatan menyokong secara halus kepada perbuatan mereka.
Seperti yang aku katakan sebelumnya, aku teremosi dalam memberi
hujahku. Dan aku menarik semula segala bidasan-bidasan yang kasar itu.
Mari kembali kepada komenter aku yang pertama, perenggan ketiga.
Apa
pertanyaan disini timbul kerana apa? Nak mencari-cari puncanya? Jika
itulah, maka secara peribadinya aku berpendapat perbuatan mereka
berpunca dari 'kita' sendiri. Dan tak perlu kita nak menghina mereka
yang kita sendiri bentuk itu.
Sebenarnya inilah yang aku hendak tekankan. Dan inilah permulaan dari saranan: Mungkin
kita boleh pergi lebih jauh dari sekadar memperkatakan kewajarannya.
Mungkin sejauh yang mungkin? Kerana setiap yang berlaku itu nescaya ada
menafaatnya bukan? Atau maksudku disini, ‘sepositif’ yang mungkin.
Inilah yang aku maksudkan sebenarnya. Yang pertama
sesuatu yang baik itu kadang-kadang penyebab kejadiannya lantaran dari
kelemahan atau keburukan sesuatu atau seseorang. Dan yang kedua,
sesuatu yang buruk itu terjadi pula kadang-kadang lantaran dari
kesempurnaan dan keelokan sesuatu atau seseorang. Dan dalam hal yang kedua
inilah yang menjadi inti perbincangan kita disini. Dan inilah yang kita
katakan ‘fitnah-fitnah’. Yaitu kebaikan dan keelokan itu menjadi
mudharat dalam sesetengah hal.
Tetapi
sebaik sahaja kita mampu menerimanya melangkaui kebiasaan
penerimaannya. Maka kemudharatan tersebut akan bertukar kembali kepada
kebaikan.
Katakan
saja aku memulai perbahasan ini dengan kontrovasi. Demi menarik
perhatian dan mencetuskan ketajaman minda para panel forum. Walaupun
hanya mampu menarik dua orang yang serius dalam memperbincangkannya
(Saudara Amrix dan Saudara Restinpeace). Itu memadai. Kerana
sekurang-kurangnya, dua orang ini tidak sekadar ‘quote’ balik apa yang
aku tulis dan tulis “aku setuju dengan kenyataan ni”. Atau qoute balik dan balas “aku tak setuju lansung dengan kenyataan ni”.
Tanpa apa-apa kenyataan susulan yang menyokong sokongannya, atau yang
menyokong bangkangannya. Jadi kesimpulannya kontrovasi yang dicetuskan
hanyalah sekadar menarik perhatian.
Dan intipati kepada intisari sebelumnya adalah didalam komenter aku yang ketiga ini.
Aku
tidak berhak sama sekali memaksa orang lain untuk bersetuju dengan
pegangan aku. Tetapi jika ada diantara kalian yang membacanya dengan
teliti dan berulang-ulang kali. Dan setelah ketegasan aku ini jelas
berdasarkan apa sebenarnya. Tidak keterlaluan jika aku meminta
kelongaran dalam ‘hukuman’ kepada golongan yang dikatakan bersalah itu.
Aku toleransi kepada pendapat yang membidas golongan ini adalah kerana berdasarkan ‘kewajaran’ yang dipersoalkan.
Tetapi aku tegas membela mereka pula bedasarkan pendapat aku yang sebelum ini, yaitu : Yang pertama
sesuatu yang baik itu kadang-kadang penyebab kejadiannya lantaran dari
kelemahan atau keburukan sesuatu atau seseorang. Dan yang kedua,
sesuatu yang buruk itu terjadi pula kadang-kadang lantaran dari
kesempurnaan dan keelokan sesuatu atau seseorang. Dan dalam hal yang
kedua inilah yang menjadi inti perbincangan kita disini. Dan inilah yang
kita katakan ‘fitnah-fitnah’. Yaitu kebaikan dan keelokan itu menjadi
mudharat dalam sesetengah hal.
Tetapi
sebaik sahaja kita mampu menerimanya melangkaui kebiasaan
penerimaannya. Maka kemudharatan tersebut akan bertukar kembali kepada
kebaikan.
Voice from wirajiwa: “aman tanpa sengketa dan dendam”
Perbincangan penuhnya disini : KLIK
0 comments :
Post a Comment