Dari arkib Speedfinger Protal topik oleh cherry_ijau

ARKIB : 14/02/2010

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

azran.rahim@utusan.com.my

KUALA KRAI 13 Feb. – Sepanjang minggu ini sudah ada empat kes buang bayi.Tetapi yang berlaku hari ini paling kejam dan meruntun perasaan.Dengan tali pusat yang masih segar dan uri melekat di tubuhnya, bayi lelaki berkulit cerah ini dicampakkan ke dalam tong sampah!Di atasnya diletak timbunan rumput, kayu dan kepingan zink.Paling memilukan, si kecil yang dipercayai baru berusia beberapa hari ini dibakar!Badan bayi ini separuh rentung. Kakinya pula bercerai daripada badan.Cuma yang tidak dapat dipastikan adakah bayi yang cukup sifat itu masih hidup ketika dibuang atau pun dibakar hidup-hidup.Bayi malang itu ditemui dua petugas Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK), Mohd. Zain Pa'Su, 57; Mohd. Hilmi Rosli, 26, dan Abdul Rahman Hussin, 28, semasa hendak memungut sampah di bandar ini.Mohd. Zain berkata, mereka memulakan tugas seperti biasa untuk memungut sampah dengan lori tetapi merasa pelik apabila melihat sebuah tong MDKK di Jalan Tengku Zainal Abdidin di sini, terbakar kira-kira pukul 11 pagi ini.Katanya, selain itu, tong sampah tersebut turut dipenuhi rumput, kayu dan zink yang seolah-olah disusun secara bertingkat untuk menyembunyikan sesuatu.

 “Jarang tong sampah itu terbakar tetapi kami tidak mengesyaki apa-apa. Disebabkan susah untuk mengangkat sampah kerana tong itu terbakar kami terpaksa memunggah.“Namun alangkah terkejutnya apabila menemui mayat bayi lelaki dengan separuh badannya terbakar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Abdul Rahim Che Ghani berkata, berdasarkan siasatan, tong sampah itu dipercayai dibakar sejak pagi semalam.“Tetapi disebabkan semalam bukan waktu untuk memungut sampah tiada siapa menemui bayi malang itu sehingga kakitangan MDKK itu menjalankan tugas mereka pagi ini.“Mereka kemudian membuat laporan kepada dua anggota polis bermotosikal yang melakukan rondaan di kawasan tersebut kira-kira pukul 11.25 pagi.

“Kita mengesyaki suspek sengaja membakar tong sampah ini untuk menghapuskan bahan bukti kerana bimbang ia akan diketahui umum,” katanya. pihak polis sedang menunggu laporan bedah siasat dari Hospital Kuala Krai untuk mengetahui punca kematian bayi ini.Kata beliau, pihaknya juga percaya perbuatan itu dilakukan oleh remaja di sekitar bandar ini kerana tidak mungkin orang luar akan ke lokasi tersebut untuk membuang bayi.

“Saya memohon kerjasama orang ramai untuk melaporkan kepada polis sekiranya mempunyai maklumat mengenai kejadian ini.

“Kita juga meminta kerjasama dari klinik swasta sekiranya menerima kes melibatkan kelahiran atau sakit selepas melahirkan bayi,” katanya.

Tambah beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Rabu lalu, seorang bayi yang masih bertali pusat ditemui mati di atas lantai di tepi pintu pagar sebuah masjid di Kampung Permatang Duyong Melaka. Ketika ditemui bayi itu dihurung semut.

Sehari sebelum itu, mayat bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan Isnin lalu, seorang bayi ditinggalkan di hadapan rumah seorang pegawai polis di Kedah.

Permulaan Diskusi: 

Berkenaan dengan topik yang diutarakan diatas ni. Sebenarnya aku pernah jawab kat dalam satu blog.(yg artikel dia berkenaan dengan buang bayi ni lah juga) Dan aku rasa baik aku pastekan saja apa yang telah aku tegaskan disana. Kerana tidak ada perubahan apa2 dalam pandangan aku.

Ringkasan tulisannya bergini. Dia(penulis blog berkenaan) adalah salah seorang pelajar Malaysia yang belajar di UK. Tetapi seorang yang sangat prihatin dengan perkembangan tanahairnya. Lupakan soal itu. Ini pertanyaannya kepada permasalahan ini.

Quote:

1) Saya telah berada di UK utuk tujuan belajar setelah sekian lama. Disini tidak ada perkara yang sedemikian ini terjadi, adakah kerana kebanyakan mereka di UK ni tiada pegangan agama ataupun very open minded, maka rata-rata family mereka lebih terbuka dalam hal 'bayi luar nikah?'

2) adakah kerana di Malaysia, tekanan dan pandangan buruk terhadap 'bayi luar nikah' terlalu tinggi sehinggakan mereka lebih rela memperjudikan nyawa bayi-bayi yang langsung tak berdosa demi takut maruah diorang terjejas?

Inilah dua persoalan yang dia ajukan. Lalu dibawah ini adalah komenter aku kepada persoalan tersebut.

Aku setuju dengan salah satu kemungkinan sebab musababnya di UK atau Negara lain yang lebih terbuka dalam hal ini kurang, atau hampir tiada masalah buang bayi ni. Tapi itu tidak bermakna kita kena membukakan fikiran kita seluas fikiran mereka dalam hal ini. Kerana kita memilih batasan syariat Al-Quran yang lebih baik dari hujah akal semata2. Atau ada diantara kita yang telah liberal, atau moderate? Jawab tidak utk akidah dan pandangan yang sangsi ini.

Balik pada ‘kepala surat’, apa yang terjadi ialah, mereka memakai kerudung , tetapi tidak melihat ianya satu tambah nilai kepada mereka, sebaliknya merasakan itu satu bentuk undang2 yg sangat remeh, dan menyulitkan. Mereka membaca Al-Quran , tetapi tidak memahami maksud yang terselindung, sebaliknya mereka menterjemahkan agama itu kedalam bentuk yang semahunya. Mereka mengetahui halal dan haram, tetapi mereka tidak menegaskan kepada diri sendiri untuk berpegang kukuh kepadanya.

Dan setiap perbuat yang pincang didalam sesebuah masyarakat itu sebenarnya bermula dari dalam sebuah keluarga, dan kepincangan dalam keluarga itu bermula dari dalam diri individu itu sendiri. Jadi perlu rasanya kita titik beratkan kepada diri sendiri atau orang yang dibawah pengaruh kita untuk melihat kepentingan ‘kefahaman’ kepada sesuatu perkara itu. Jangan sekadar kata ‘jangan’ Tapi tidak terangkan kenapa tidak boleh, dan kenapa perlu bergini atau bergitu. Walaupun anak kecil itu tidak mengerti apa yang kita bicarakan, tetapi memori mengenainya telah kita sematkan sejak dari mula. Dan bila tiba masanya nanti apa bila mereka telah memperoleh ‘akal’ mereka akan mengertinya dengan baik.

Dan dalam setiap usaha kita kearah kebaikan ini juga , perlu, jangan terlalu meletakkan harapan yang sangat tinggi pada sejenis ikhtiar. Tidak mengapa sama sekali jika ia melahirkan hasil yang tidak seperti yang kita harapkan. Tetapi sekurang2nya, ia telah melangkah setapa dari tapaknya yang lama itu. Dan sesungguhnya ‘dakwah’ itu disampaikan dalam keadaan berperingkat-peringkat. Tidak mendatangkan menafaat sama sekali jika hanya melihat keburukan mereka tetapi kita tidak cuba mengubahnya. Jika tidak kepada mereka, sekurang2nya kepada diri kita dan orang yang hampir kepada kita terlebih dahulu.

InsyaAllah aku sangat beserta denganmu dalam memikirkan kerisauan ini. Tidak berniat utk membidas sesiapa. Tetapi lebih kepada tangan yang dihulur kepada tali-tali pintal yang hendak di sauhkan itu.

Dalam teori kedua itu tadi pula. Aku rasa tidak salah kita mengekalkan tekanan berkenaan , bertapa buruknya kejadian ini.(anak luar nikah) Dan bertapa jeleknya jika budaya ini berterusan berleluasa. Tetapi seimbangkan tekanan itu dalam hal menjauhinya. Seimbangkan juga dalam menguatkan , bertapa budaya dan kefahaman masyarakat Islam hari ini kepada hiburan dan pergaulan antara lelaki dan perempuan yang tidak punya ikatan perkahwinan itu sangat bahaya. Perlukan ketegasan dalam setiap individu itu sendiri mengenainya. Boleh saja mengatakan aku ini kolot atau kampong dalam membicarakan hal ini. Tetapi aku melihat menafaat yang sedikit, malah mudharatnya yang lebih jelas dari kemenafaatannya dalam hal ini.

Dan kebetulan nengok TB3 mlm td(sebenarnya aku jarang sangat nengok siaran nih, kecuali time cerita merlin jerk) . Aku tak ingat pasal aper, tp agaknya pasal buang bayi nih la juga kot. Takkan la pulak pasal air longkang tersumbat atau jalan berlubang, Dia kata... "Masyarakat kita selalu keras dalam mendidik anak2 perempuan, dalam memberi kesedaran kepada mereka berkenaan menjaga kesucian. Tetapi melepas bebaskan anak2 lelaki berbuat sesuka hati mereka. Kenapa tidak terapkan sama, kepada anak2 lelaki ini, tentang kesedaran pentingnya mereka menjaga maruah wanita itu". Jadi aku merasa kebenarannya dalam apa yang dia katakan tersebut.Mereka adalah lelaki, dan lebih panjang akalnya. Tetapi digunakan akal itu untuk melepaskan diri bila melakukan penganiayaan keatas orang perempuan.

Secara peribadinya aku setuju dengan kenyataan ini. Dan juga saranan itu rasanya boleh mengurangkan masalah sosial yg satu ini. Jika tidak dalam jangka masa terdekat, tetapi insyaAllah 10 atau 15 tahun lagi. Sebab melalui pengalaman sendri, di besarkan dalam keluarga yang besar, dengan 3 adik beradik lelaki, 5 adik2 perempuan. Aku melaluinya sendiri, yang mana org tua tidak mengambil pusing sangat dengan tingkah laku anak lelaki. Bagi mereka "alah dia lelaki, taulah dia menjaga diri". sedangkan adik2 perempuanku, sangat ketat ditentukan itu ini.

Sebenarnya tugas seorang lelaki bukan sekadar menjaga dirinya sendiri. Tetapi lebih kepada menjaga orang lain juga. Kerana perempuan itu dilahirkan berserta dengan keinginan yang tinggi,(supaya mereka boleh mewarnai dunia ini) Sedangkan lelaki dilahirkan beserta dengan tanggung jawab yang lebih besar, supaya mereka boleh mendidik dan membimbing wanita. Memelihara dan menjaga keselamatan mereka. Namun fenomena yang terjadi adalah sebaliknya pula.keinginan wanita yang melebihi keinginan lelaki di manipulasikan oleh lelaki dalam memuaskan tuntutan nafsu bejad mereka.

Dan apabila terjadi sesuatu kecelakaan didalam sosial masyarakat ini ,tidak sepatutnya menjadi soal "pihak inilah yang salah, pihak itu lah yang menjadi puncanya".tetapi perlu terlebih dahulu, atau memikirkannya dengan serius ,berkenaan menitik beratkan dalam memberi kesedaran dan pendidikan kepada anak2 lelaki ini, yang mereka mempunyai tanggung jawab yang sangat besar kepada kaum perempuan. Supaya mereka lebih menghormati kesucian diri sendiri dan org lain. Serta bertindak sopan dalam pergaulan.

Jgn pula dikatakan. Harapkan sokong, sokong membawa rebah, harapkan pagar, pagar yang memakan padi. Sesungguhnya semua ini bermula dari setiap individu. Dan dosa mereka itu adalah dari kelalaian kita yang meletakkan diri sendiri ini kononnya baik dan mulia, tetapi sedap lena ditilam empuk sendiri tanpa memikirkan org lain. Sungguh celakalah org yang demikian.

naim750 wrote:

dalam berita semalam kementerian nak tubuh intitusi "buang bayi' maksudnya lebih kurang... kalu tak betul tegur ya..... ( jika sesape nak buang / kalu dah takder aroh leh ato kat situ) cam jaga kebajikan ore.....bagi aku cam menggalakkan lagi... isu ni nie serius....maaf la kalu mengundang salah faham

Dari satu sudut. Benar, ianya seperti satu pengalak. Tapi setiap jalan penyelesaian yg kita cuba usahakan bagi sesuatu permasalahan, pastinya ada pro dan kontranya.

Hanya dalam keadaan ini, kita kiaskan saja kepada ubat tahan gian bagi penagih2 dadah itu. Bukan bermaksud menggalakkan mereka menagih dengan tanpa rasa risau dan kesal(kerana dah ada ubat utk berenti) tapi untuk membantu bagi mereka yang tidak mampu utk berenti dengan sendiri.

Dalam hal rumah kebajikan utk anak2 (seperti berkenaan) sama sajalah. Bukan banefit utk ibu bapa mereka yang melakukan kesalahan itu. Tetapi ruang yang mana nasib mereka(anak itu) terbela. Dan ini hanyalah nilai tambah bagi mereka(perempuan dan lelaki) yang telah melakukan kesilapan itu.(jangan benda ni pun nak dipolitikkan utk meraih sokongan dan sanjungan sesetengah pihak sudahlah)

Tapi berbalik kepada pro dan kontra sesuatu perlakuan itu tadi. Pasti saja berlaku. Biarlah. Sekurang2nya sikap suka dipuji mereka itu memberi menafaat kepada segelintir golongan terinaya.

Secara keseluruhannya aku tidak punya bangkangan dalam hal ini. Walaupun sokongan2 nagetif itu juga kuat. Tetapi aku melihat dari sudut yang menjadi mangsa(bayi) itu. Bukan dari sudut punca yang menimbulkan suasana demikian. Tetapi usaha dalam memberi kesedaran itu patutlah ditambahkan. Seperti pendapat aku yang sebelumnya.

Bagus menitik beratkan kepada anak2 gadis berkenaan menjaga kehormatan mereka, tetapi tambahi dengan kesedaran kepada anak2 lelaki juga.

Benar, dalam Al-Quran mendahulukan perempuan dari pada lelaki dalam hal berkenaan zina ini. Tetapi lelakilah yang meluluskan kehendak itu. Kerana perempuan tidak akan bisa melakukan yang demikian ke atas lelaki dengan cara paksaan, berbeza dengan keadaan lelaki yang bisa saja dia memaksa seseorang perempuan utk berzina dengannya.

Dalam hal2 lain, aku melihat seolah-olah telah diusahakan segala cara untuk membendung gejala sosial yang sangat menyalahi Al-Quran dan fitrah manusia berakal ini. Tetapi tambahan nilai moral kepada anak2 lelaki itulah yang tidak aku lihat sejak dulu, sekarang. Dan semoga akan datang masyarakat ini lebih memandang penting untuk menekankan kepada anak2 lelaki masing2 supaya mereka membesar dengan kefahaman yang benar. Dengan sikap tanggungjawab yang tinggi. Dengan kesopanan yang lurus.

Gentleman = lelaki yang bersopan santun. (Bukan lelaki yang lemah lembut dalam memujuk rayu)

Mari berbalik kepada nilai moral bertanggungjawab diatas lelaki itu td juga. Tidak mungkin sama sekali terjadi kejadian BUANG ANAK ini bila saja lelaki itu sanggup bertanggungjawab di atas perlakuan mereka. Yang telah berlaku tidak mungkin ada jalan balik utk memperbaiki kesilapan itu. Tetapi itu adalah pengajaran dan sempadan buat siapa saja utk tidak memanjangkannya kepada kesalahan2 yang berikutnya.

Aku tidak bersimpati dengan mereka dalam hal zina ini. Dan aku juga tidak memandang perbuatan mereka itu ringan sehingga aku memberi pendapat yang sangat bertolak ansur. Tetapi jika kita tidak mampu menyekat sesuatu kerosakan itu daripada berlaku, sekurang2nya kita menyekatnya dari terus merebak kepada perbuatan yang lain.

Ingatlah. Dosa dari perbuatan zina itu adalah dari desakan nafsu. Dan dosa dari perbuatan nafsu ini lebih mudah Allah memberi pengampunan dari pada dosa yang dilakukan oleh sifat zalim dan kejam. Dan sesungguhnya membuang bayi2 yang tidak bersalah itu adalah sifat yang tidak berperi kemanusiaan sama sekali. Jika diumpamakan kasih sayang Allah kepada hambaNya itu dengan merujuk kepada 10X melebihi kasih seorang IBU kepada anaknya. Maka ibu2 dan bapa yang membuang anaknya ini tidak dapatlah hendak diumpamakan dengan kejadian apa sekalipun. Nauzubillah! dan hidayahlah hendaknya...

“Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a., berkata bahawa beberapa orang tawanan dihadapkan kepada Rasulullah s.a.w. Seorang wanita di antara tawanan itu mencari-cari, ketika dia menemukan seorang anak (bayi) di antara para tawanan itu, dia ambil dan dia dakapkan keperutnya untuk disusui. Melihat keadaan itu, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada kami (para sahabat), ‘Adakah kalian berpendapat wanita ini sampai hati melemparkan anaknya ke dalam api ?’ Kami menjawab, ‘Tidak, demi Allah, sedangkan dia mampu untuk tidak melemparkannya.’ Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Sungguh, Allah lebih menyayangi para hamba-Nya, berbanding wanita tersebut terhadap anaknya.” (HR Muslim)(auqomakhola Nabi SAW)

Aku setuju dengan kata Amm itu tadi, dalam memilih dosa mana yang lebih sedikit murka Allah. Dosa adalah tetap dosa juga. Jgn ditimbang yang mana lebih kecil utk melegakan hati dan diri dari taubat kepada Allah. Dengan itu kita akan sentiasa melengah-lengahkan taubat itu.

Namun dalam takut dan risau akan dosa dan kesilapan yang telah berlaku itu, marilah bersangka baik pula kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat.

"Barangsiapa yang bertaubat sesudah melakukan kezaliman dan berbuat kebajikan, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Maidah: 39).

Dalam hal dan isu ini. Benar setiap kesalahan itu ada hukumannya. Dan barang siapa yang mencari redha Allah hendaklah dia berbalik kepada hukum2Nya yang telah dia tetapkan kepada hamba2Nya. Tetapi, dalam waktu kita sibuk nak menghukum orang itu, orang ini. Kenapa kurangkan sibuk kepada pencegahan dan penjagaan kepada buah yang masih belum rosak?

Jangan provokasikan kenyataan aku ni. Aku bukan mempertikaikan hukuman2 yang dijalankan. Seperti telah aku nyatakan diatas, “Barang siapa yang mencari redha Allah, berbaliklah kepada hukum2Nya”. Yang aku pertikaikan, dan persoalkan adalah sikap masyarakat (aku sendiri laa tur) tentang nilai2 pendidikan dan nilai2 morality. Kenapa tidak menerapkan kedalam mentality anak2 lelaki ini bertapa mereka itu adalah pembimbing dan pemimpin kepada perempuan. Yaa benar…sekarang mereka membimbing juga, mereka memimpin juga…tetapi kearah mana gamaknyer?

Bukan semuanya busuk, dan seperti adat biasanyalah juga. Yang buruk dan busuk didalam raga itu tiadalah lebih ramai bilangannya dari yang baik dan elok2. Cuma dalam hal ini(persetubuhan haram yang membawa kepada gejala mengandung tanpa nikah dan membuang anak yang dilahirkan). Sebolehnya kita tidak mahu walau satu kes sama sekali. Kerana yang 1 itu bisa saja adik2 perempuan kita. Atau anak2 perempaun kita. Atau saudara2 perempuan kita. Kerana tiada manusia selain Muhammad SAW yg maksum, dan kita ini sama sekali tidak berhak dan layak dengan angkuh dan kasar berkata kepada org lain “Aku tidak mungkin dalam keadaan itu sama sekali” Ianya boleh terjadi kepada keluarga siapa sahaja.

Bagi para pembaca yang teringin membaca keseluruhan perbincangan berkenaan topik berkenaan bolehlah ke link ini.  

http://speedfinger.org/html/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=782&postdays=0&postorder=asc&start=0