Kedudukan aurat ipar duai, biras
Sumber : HARAKAH 16-30 Jun 2008
Ruangan : Fikra
Kemusykilan Agama bersama Ustaz Abd Ghani Shamsudin
ADIK beradik isteri saya ramai, saban tahun kami balik ke kampungnya untuk berhari raya. Apa yang menjadi masalah, bilik tidur dan bilik salin pakaian terhad. Berkaitan isu aurat, betulkah Islam membenarkan saya sebagai sebahagian ahli keluarga melihat kepala ipar perempuan yang tidak bertudung? Selain itu ada memakai kemeja-T berlengan pendek. Harap pihak Ustaz memberi penjelasan mengenai persoalan aurat.
A HALIM JAMINGAN,
Semenyih.
ISLAM agama realistic, menyedari manusia dibekalkan oleh ALLAH naluri dan dorongan seks yang kuat untuk mengekalkan kesinambungan generasi manusia. Naluri ini sangat sensitive dan mudah terpesona dan menyimpang kalau tidak dididik dan dikawal dengan saksama.Dari kesedaan yang tuntas tentang kejadian manusia. Islam menggariskan system kemasyarakatan dan akhlak pergaulan serta batas-batas syarak dalam pergaulan ipar duai dan hubungan antara mahram dan bukan mahram. Beruntunglah manusia yang peka dan sentiasa mematuhu garis dan normal syarak. Sebaliknya celakalah manusia yang mensia-siakannya.
Untuk menghindari persekitaran yang boleh menjebak seseorang kepada zina Islam menegaskan larangan berikut:
Merenung dan memandang ghairah kepada wanita bukan mahram. Allah berfirman dalam Surah an-Nur ayat 30-31 yang maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)n dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya: dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka: dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka , atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam,atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang laki-laki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan: dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka: dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman. Supaya kamu berjaya.”
Masuk kerumah orang lain tanpa izin dan bergaul bebas dengan perempuan bukan mahram. ‘Aqabah bin Amir mereiwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Awas kalian: jangan berleluasa bergaul bebas dengan perempuan (bukan mahram). Seorang lelaki Ansar bertanya: Ya Rasullullah bagai mana dengan keluarga suami. Baginda menjawab. Keluarga suami lagi musibah (mati).”
Imam Nawawi menjelaskan bahawa ahli ilmu sepakat mengatakan bahawa ‘Hamwu atau Ahma’ adalah saudara mara suami seperti ayah, bapa saudaranya, saudara kandung, anak saudara anak pamannya dan sebagainya. Tegas beliau: maksud hadis ini adalah saudara-mara lelakinya: kecuali bapa dan anak suami (kerana mereka dikira mahram bagi isteri) jadi mereka tidak boleh dipanggil sebagai musibah (maut). Menurut beliau biasanya orang awam bermudah-mudah dalam hal ini, sehingga seseorang lelaki itu boleh dibiarkan bersendirian dengan isteri abang atau adiknya. Ini adalah situasi yang dianggap bermusibah dalam hal ini. Sebab itu ia adalah suasana yang boleh menimbulkan fitnah yang dilarang.
Manayangkan aurat perempuan bukan mahram dan perhiasannya yang tersembunyi kepada lelaki ajnabi. Allah berfirman yang maksudnya: “Jangan kaum wanita memaparkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya.”Perbuatan mendedahkan aurat dan menimbulkan kegiuran lelaki lain daripada suami sudah pasti suatu dosa dan perbuatan yang dibenci Allah.
Menurut ulama aurat terbahagi kepada dua jenis:
Aurat Solat dan Aurat Ru’yah. Aurat Ru’yah tidah sama dengan Aurat Solat yang wajib ditutup sebagai satu daripada syarat sah solat. Aurat Ru’yah biasanya lebih luas daripada Aurat Solat. Aurat Solat bagi wanita ialah seluruh tubuh selain muka serta dua tapak tangan serta dua tapak kaki menurut setengah mazhab.
Manakala Aurat Ru’yah wanita bagi mahramnya adalah bahagian-bahagian selain muka, kepala, leher, dua tangan dan kaki. Dan Aurat Ru’yah wanita bagi suami adalah tidak ada. Suami harus melihat dan menyentuh seluruh tubuh isteri tanpa kecuali. Begitu juga sebaliknya.Bahagian yang bukan aurat walaupun pada asalnya harus dilihat namun ada pengecualiannya.
Pada asal keadaan tertentu bahagian yang bukan aurat juga haram dipandang. Harus atau haram melihat anggota seseorang bdalah bergantung sama ada
boleh mendatangkan fitnah, membangkitkan syahwat atau tidak. Justeru lelaki yang tidak dapat mengawal syahwatnya tidak harus memandang muka wanita yang bukan mahramnya sekalipun muka itu bukan aurat.Dia juga haram melihat wajah lelaki tampan atau lelaki lembut sekiranya pandangan itu meransang syahwatnya.
Jumhur ulama berpendapat bahagian yang harus dilihat sesama mahram adalah anggota yang biasa terdedah ketika bekerja atau pakaian yang biasa dipakai ketika berada di dalam rumah. Mereka menyebut beberapa anggota seperti, muka, kepala, leher, dan dua tangan hingga ke siku dan dua kaki hingga ke lutut. Selain daripada anggota tersebut tidak harus dilihat kerana tidak ada keperluan untuk membukanya. (Lihat huraian lanjut dalam Kitab al Mufassal Fi Ahkami al Mriah oleh Dr Abdul Karim Zaidan Juz 3 halaman 148-234. Terjemahan huraian mengenai aurat daripada kitab tersebut sebahagiannya dapat dibaca dalam link berikut: http://zaadut-taqwa.blogspot.com
Seperti mana yang dimaklumi, mahram bagi seorang wanita dan lelaki adalah orang yang dia haram bernikah dengannya secara ta’bid (haram berkekalan atau selamanya), sama ada disebabkan nasab, atau susuan atau Mushaharah ( persemendaan) seperti, ibu isteri seseorang. Bagi mereka yang status persemendaannya bukan bukan atas dasar ta’bid sudah pasti tidak masuk dalam kategori mahram yang dimaksudkan. Kakak atau adik ipar yang masih dara mungkin boleh dikahwini andai kata seseorang suami itu menceraikan interinya yang merupakan adik / kakak kandung kepada kakak atau adik isterinya.
Masuk kebilik atau ruang tidur orang dewasa tanpa lebih dahulu meminta izin pada waktu-waktu yang ditegah seperti sebelum fajar, waktu qailulah dan selepas isyak. Allah berfirman dalam Surah Annur 58-59 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa(iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak, itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (yang menjelaskan hokum-hukum-Nya),dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

0 comments :
Post a Comment