Jangan malu buat dakwah kerana kurang ilmu, jangan takut jatuh miskin kerana bersedekah, jangan liat buat ibadat kerana sibuk kerja, jangan tangguh taubat kerana masih muda, jangan lengah solat kerana masih awal, jangan suka mengumpat(sebab sedap), jangan simpan dendam, jangan sombong pada Ibu Bapa. InsyaAllah anda akan menjadi orang yg bahagia didunia dan di Akhirat.
Menganjurkan kebaikan, dan mencegah kemungkaran harus ada dalam peribadi setiap individu. Tidak boleh mengharapkan orang lain sahaja yang melakukannya. Seperti contohnya : "alah, biarlah ustaz-ustaz itu sahaja yang berbuat dakwah, kita bahagian dengarnya saja."
Haiyo… mungkin harus kita ubah pendirian yang sebegitu. Perbuatlah sesuatu untuk kebaikan sesuai dengan kemampuan kita. Sedangkan kita ini lebih dari sekadar pendengar. Sampaikan apa yang anda dengar, walaupun sebaris ayat, walaupun kepada orang yang berada disebelah anda sahaja. Dah tak mampu sangat nak pergi lebih jauh sebab anda 'OKU' , maka memadailah dengan ahlimu didalam rumah. Itupun tidak punya upaya untuk kita nak buat? Bapak sedara aku selalu cakap {Apa punya koman engkau ni, itu pun tak mampu nak buat? Hah!! berhenti jadi oranglah engkau}
0 comments :
Post a Comment