Orang buat jahat dan zalim pada kita. Jika termampu, maafkanlah. Kerana memaafkan seorang saudara sesama Islam itu seumpama kita memaafkan seluruh umat Islam diatas muka bumi ni.
Semoga kita dan keluarga serta sahabat² sentiasa berada didalam taufiq dan hidayah Allah, dipelihara rohani(iman/Agama/Akhirat) dan jasmani(kesihatan/dunia/kerjaya dsb.). Manusia tidak menjadi baik dalam masa sehari.
Bersabarlah dengan dugaan dari Allah.
"Kezaliman yang ditaburkan kepada kita menjadikan kita lebih hampir kepada Allah, dan sentiasa berdoa dan ingat kepadaNYA."
Dan beruntunglah kepada mereka-mereka yang sentiasa berdoa dan ingat kepada Allah.
Firman Allah Ta'ala: "Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku". [AL-QURAN SURAH Al-Baqarah, : 152].
Manusia selalu lupa Allah, lebih-lebih lagi bila dalam kesenangan, lalu Allah campakkan sedikit kesusahan berupa kesempitan keperluan, kemerosotan kesihatan, pengkhianatan dari orang yang kita sayang dan bermacam-macam lagi untuk memberi peringatan kepada kita, agar kembali kepada Allah. Hiduplah dengan penuh syukur dan kesabaran.
Namun terlalu sedikit daripada kita yang melihat semua itu dari sudut yang positif.
0 comments :
Post a Comment