Manusia ini
sesungguhnya tidak mungkin bisa sama sekali lari dari tanggung jawab.
Permasalahan-permasalahan yang sulit itu sesungguhnya tidak sahaja lewat
sepintas lalu dihadapanmu. Kadang-kadang ianya menuntut lebih dari
sekadar fikir risau. Dan keperihatinan kita didalam sesuatu masalah itu
sebenarnya lebih dari itu.
Dan
keperihatinan yang disertakan simpati kita didalam sesuatu hal yang
timbul lantaran dari kesilapan dan kepincangan sesuatu keputusan yang
dibuat. Bukan beerti kita beserta dengan keputusan salah
yang telah mereka buat. Tetapi lebih kepada kerisauan supaya kesilapan
itu tidak berlanjutan kepada kesilapan yang lebih serius. Tetapi didalam
situasi ini juga dirisaukan keputusan itu. Adakah ianya wajar? Adakah
pertolongan itu terlepas dari kaitan bersubahat dengan kejahatan yang
mereka lakukan?
Aku
tidak mengerti aturan-aturannya. Aku tidak juga arif dalam mendahulukan
yang mana satukah. Celaan-celaan keatas kesalahan-kesalahan mereka itu,
atau nasihat-nasihat agar mereka memohon keampunan. Semoga Allah
menghadiahkan mereka dengan tekad yang tinggi untuk berubah. Dan tidak
melewati dosa-dosa tersebut sekali lagi. Ya Allah engkau peliharalah
mereka. Dan Engkau jauhkanlah aku dari keputusan yang salah kerana
bersimpati dengan mereka. Sesungguhnya aku menyakini yang sesungguhnya
orang-orang yang taubat dan kesal itu ada tempat yang mulia disisimu.
0 comments :
Post a Comment