Malaysian Business Locations Directory

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Tuesday, March 15, 2011

Engkau lebih dari sekadar  seorang adik 
dan kita lebih dari sekadar saudara kandung

Hari ini adalah 15 March 2011.
Hari ni adalah hari jadi Ngoh.
Hari ni Long hampir luper lagi. 
Dan sebelum ucapkan selamat harijadi, ada beribu-ribu perkataan yang aku nak ucapkan pada adik Long sorang ni.
Tapi Long tak mampu nak cakap. Sebab Long Waja Timur, maklumlah, panglima perang mana cakap bender-bender sentimental ni. Huhuhu.
Apa abang orang lain sama macam Long ker?
Long nak tunjukkan pada Ngoh apa yang baik dan apa yang buruk dalam hidup ini.  Tapi sayangnya Long sendiri masih tak tahu banyak mengenainya.
Long nak bagitahu Ngoh “Jangan melakukan kesilapan yang sama berulang-ulang kali, sebab nanti kita tidak jumpa jalan untuk berpatah balik”
Tapi Long sendiri melakukan kesilapan yang sama juga berulang-ulang kali.
Kalau Long cakap juga, Ngoh nak dengar ker?
Ngoh, Long nak bagi tahu Ngoh, yang hidup ini indah dan menarik.
Tapi Long  tak nak tipu Ngoh, yang hakikat hidup ini sebenarnya sangat kejam dan kasar.
Long nak bagi tahu Ngoh juga, yang kejayaan bermula apabila seseorang itu belajar menghargai peluang. Tapi Long pula sering mengsia-siakannya.
Dan kalau Long cakap semua ni pada Ngoh, Ngoh nak percaya ker?
Long nak bagi tahu Ngoh mengenai rama-rama yang cantik.Dan hidup ini seperti rama-rama.Jika kita genggam ia dengan terlalu kuat akan carik kepaknya, akan mati dia.Tapi kalau kita lepaskan dia terbang. Dia akan hilang arah ditiup badai yang kencang.Dan hidup ini sememangnya seperti rama-rama.Indah dan menarik tetapi singkat.
Hidup ini umpama air yg mengalir, tdk mungkin ia bisa mudik semula kehulu. Dan apabila ia terlalu deras, ia hanya mendatangkan malapetaka, dan menghanyutkan segala yg dilaluannya, namun jika ianya terlalu perlahan, maka dasar dan tebing2nya akan berlumut dan berlumpur pula. Maka berpada2lah dalam setiap langkah itu.
Long juga hendak bagitahu semua tu pada Ngoh, tapi Long takut Ngoh tak moo dengar.Long takut Ngoh bosan.Long takut Ngoh kata aku suka membebel.Sebab Long pernah sambut harijadi yang ke35, pada suatu masa dulu.Cuma waktu itu Long tak punya abang untuk bagi tahu Long semua ini.
Ngoh, banyak yang Ngoh  tahu tentang  Long.Dan bukan sedikit juga yang Long tahu tentang Ngoh.Tapi dalam semua perkara yang Long tahu. Cuma satu perkara yang Long pasti, Ngoh sayang Long.Dan Ngoh tentu maafkan Long kerana hampir lupa lagi hari jadi Ngoh.
Dan Long juga nak Ngoh tahu, yang Long sangat sayang adik-adik Long.Cuma Long tak pandai nak tunjuk.
Ngoh, selamat harijadi yang ke 35. Jangan takut dengan usia yang bertambah, kerana manusia menjadi tambah berkualiti bila ia melalui pengalaman hidup yg banyak. Sebenarnya Long sungguh-sungguh nak cakap tu... Tapi Long sendiri tk dapat lari dari ketakutan tersebut.
Dan aku bahagia ada adik macam kamu.

Posted on Tuesday, March 15, 2011 by wirajiwa Faintallah

No comments

Monday, March 14, 2011

Cerita pasal DOTA lagi. 12/03/2011 bersamaan dengan hari sabtu malam minggu lepas. Telah berlansung perlawanan persahabatan diantara SPnet Team A,B,C dan Adini Team A,B,C(campuran Team A dan B) serta turut dimeriahkan dengan kehadiran IBA Team.
Program tak sepenuhnya lawan Dota jer. Ada makan-makan sikit. Ada buat BBQ.
Disini AbgLong ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf atas kekurangan yang terdapat dipihak penganjur. Baik dari segi penyedian makanan atau sewaktu game. Terlalu sempit ruang masa untuk pengaturan. Program dirancang hanya dalam masa 5 hari. Tidak ada perancangan yang teliti. Dan semua sedia maklum juga kemampuan PC di SPnet. Bagi yang dah biasa denagn PC lag, org kata(alah bisa tagal biasa). Bagi yang tak biasa, alamat kena stun jerlah memanjang. Tak pun mati kat tower.
Pada awal perancangan, ada majlis suai kenal diantara SPnet Team dan Adini Team. Namun oleh kerana SPnet Team sendiri tidak organize, 3 orang ada, 2 orang hilang, datang lagi 3 orang, yang 3 orang tadi pulak yang hilang. Sangat tidak disiplin. Hahahahaha. Jadi tak dapat nak buat acara suai kenal antara satu sama lain. (Objektif asal= Mengeratkan hubungan silaturahim, nampaknya hanya tercapai 45% sahaja barangkali)
Kerana ada diantara mereka yang datang, hanya untuk bermain, bersalam dengan tetamu-tetamu undangan pun tidak. Tak payah abgLong cakap itu siapa, ini hanya sekadar teguran. Ingat: “DOTA IS NOT JUST A GAME” . Kalau sekadar datang nak game, “it’s better u all just login to gg. It’s fun to play, nvm 2 bully n it’s ok to b rude!”
Sebenarnya aku suka menganjurkan majlis-majlis silaturahim macam ni. Tidak perduli bersandarkan apa. Game, makan-makan, apa saja. Pokoknya majlis silaturahim. Jangan salah mengerti kecenderungan aku. Bukan DOta jadi tajuk utama. DOta hanya sekadar aset dan sandaran untuk dijadikan alasan untuk mengumpulkan kalian. Supaya kalian dapat mengambil kesempatan ini untuk beramah mesra dan bersilaturahim.
Aku tidak ingin melihat atau ambil tahu bertapa pro korang main. Bertapa expert korang ‘last hit’, bertapa terer korang kill,ks,gb. Nvm at all. Yang penting kita kenal kawan baru. Kita mesra kawan lama. Dan kita dapat berlajar apa itu silaturahim. Apa itu hormat, rendah diri, besar hati, tolak ansur. Dan supaya kita dapat belajar apa itu ikhlas. “DOTA IS NOT JUST A GAME”
Namun, pada keseluruhannya. Korang sporting. Dan rasanya patut juga AbgLong tulis kat sini. Malam tu semua orang tidak mencarut dan menyumpah-nyumpah. Satu keanehan yang positif dalam DOta. Aik? Excellent attitude!!! Err kerr terlalu tertekan untuk menang? Atau mungkin kita patut gamaknyer latih diri untuk tidak mencarut-carut ni? Bukan aper, buruk sangat tengok orang lawa-lawa, smart-smart, muka bersih ‘jambu’ jer. Sekali , kejap-kejap C&^ai!! Kejap, F**K, B*bi, WTF dan sebagainya.
Kenapa? Tak suka abgLong tegur? Anggap saja aku orang tua yang dah tak relivent dengan bahasa orang muda sekarang. Tapi yang jadi masalahnya, perkataan-perkataan ni hanya keluar masa main DOta. Sedangkan sehari-harian kita tak guna pun bahasa tu. Jadi? Patut kita tinggalkan jer lah. Sekadar nak ‘membakor’ =(noob, supernoob, u better leave la..) rasanya tak jadi masalah. Ingat “DOTA IS NOT JUST A GAME”
Kat sini aku Cuma letak sekeping jer gambar pada malam tu. Boleh tengok gambar-gambar pada malam tersebut di facebook. Link : http://www.facebook.com/album.php?id=1275974253&aid=116523
Selebihnya, sempat bincang dengan Along Fendi (Adini Team) Nampaknya, insyaAllah bulan april ni jadi kot tournament di Nilai.
*Note: Terima kasih kepada penaja dan penyumbang pada malam tersebut. Tidak kira dalam bentuk material, kewangan atau tenaga serta masa. Pengorbanan anda semua sangat-sangat dipandang tinggi (nama-nama dirahsiakan oleh pihak editor untuk menjaga amalan mereka).

Posted on Monday, March 14, 2011 by wirajiwa Faintallah

No comments

Friday, March 11, 2011

Manalah ultraman n power ranger n doreamon dlm saat2 genting tsunami di jepun....[Twitter=Fizz Fairuz]
Ini apa punya jenis lawak? Biadap dan tidak punya kasih sayang dan keperihatinan punya manusia!!! Ini jenisnyer nk dijadikan idola?Maaf, aku tak mampu(ilang kesabaran) untuk mengulas dengan lebih panjang lebar tentang sikap manusia yang macam ni.


Published on 12 March 2011

Posted on Friday, March 11, 2011 by wirajiwa Faintallah

No comments

Wednesday, February 16, 2011

Ar-Rahnu –transformasi demi pelanggan MUDAH, selesa, telus dan murah. Itulah maklum balas spontan pelanggan tetap Ar-Rahnu Bank Rakyat. Ia terbukti dan berasas dengan peningkatan prestasi pengeluaran pinjaman bagi produk pajak gadai Islam itu, setiap tahun. Skim itu ditawarkan 6 tahun lalu, menerusi lima cawangan Bank Rakyat di seluruh negara. Perkembangan drastik Ar- Rahnu adalah selari dengan transformasi dalam system penyampaian produk mikro kredit ini sejak is dilancarkan sehingga kini. Pelbagai inovasi terhadap system penyampaian produk itu dilaksanakan selaras dengan tuntutan untuk memenuhi keperluan dan keputusan bilangan pelanggan yang semakin meningkat. 
Produk Ar-Rahnu itu membuktikan betapa seriusnya Bank Rakyat dalam usahanya untuk memesrakan pelanggan terhadap produk ini sekali gus membuktikan Bank Rakyat tidak meminggirkan pelanggannya. Penambahbaikan system komputer meningkatkan Iagi kecekapan di dalam proses penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Kepantasan urusan selainjaminan keselamatan ke atas barang gadaian menyumbang kepada peningkatan tahap mkeyakinan pelanggan.

Peningkatan jumlah pinjaman maksimum daripada RM50,000 kepada RM100,000 adalah bagi memenuhi keperluan pelanggan terutama dikalangan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang melihat skim Ar-Rahnu sebagai sumber dalam perolehan modal pusingan perniagaan mereka.

Selain itu, lanjutan tempoh pinjaman yang lebih fleksibel selama enam bulan tanpa had, memberikan keselesaan pelanggan di dalam merancang kewangan peribadi mereka. Langkah memfrancaiskan produk Ar-Rahnu, dilihat satu usaha mendekatkan saluran perkhidmatannya kepada orang ramai.

Sehingga kini ada 14 rangkaian jenama Ar-Rahnu X Change di seluruh Negara yang menjalankan operasi skim itu secara professional berlandaskan kepakaran dan pengalaman Ar-Rahnu Bank Rakyat sejak 1993. Sistem operasi perniagaan dan ciri-ciri produk Ar-Rahnu X Change adalah seperti yang ditawarkan 120 cawangan Bank Rakyat sedia ada.

Bank Rakyat sentiasa memfokus bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengena kepelbagaian fungsi Ar-Rahnu sebagai salah satu instrumen kewangan. Pelancaran produk Ar-Rahnu Genius sekali gus menawarkan alternative kepada pelanggan untuk menggadai barang kemas yang dimiliki kepada bentuk simpanan secara tunai. la secara langsung mempelbagaikan cabang fungsi Ar-Rahnu kepada produk tabungan dan pelaburan.

Beberapa inovasi yang berlaku terhadap sistem dan ciri-ciri produk mikro kredit ini adalah seiring dengan perkembangan perniagaan Ar-Rahnu Bank Rakyat selaku pendahulu pasaran. Kepelbagaian tujuan gadaian dan pertambahan segmen kumpulan pelanggan adalah transformasi di dalam industri pajak gadai Islam kepada satu dimensi yang baru.

Ar-Rahnu bukan lagi dilihat sebagai produk kelas kedua yang hanya disasarkan kepada pelanggan Melayu, berpendapatan rendah dan luar bandar. Kehadiran pelanggan bukan Bumiputera dan ahli perniagaan yang semakin bertambah saban hari menuntut Bank Rakyat dan Ar-Rahnu X Change meningkatkan tahap perkhidmatan yang benar-benar profesional.

Sehingga 30 Jun 2009, jumlah pengeluaran pinjaman Ar-Rahnu Bank Rakyat melebihi RM625 juta. La secara tidak langsung memperlihatkan penerimaan Ar-Rahnu Bank Rakyat standing dengan produk mikro kredit yang lain seperti Pembiayaan Peribadi, Kad Kredit dan seumpamanya. Program pengiklanan dan produk secara bersepadu menerusi pelbagai saluran media bertujuan menyampaikan mesej yang jelas bahawa Bank Rakyat mempunyai satu produk yang cukup sempurna dalam memenuhi keperluan tunai segera.

Apa yang penting adalah sejauh mana masyarakat menilai dan menghargai usaha Bank Rakyat serta rangkaian Ar-Rahnu X'Change dalam menyediakan alternatif bagi kemudahan tunai segera yang adil, telus, bebas riba, murah dan profesional.

DEFINASI AR-RAHNU

Definisi dari sudut syarak:

Ar-Rahnu dari sudut syarak merujuk kepada satu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.

Definisi dari sudut bahasa:

Ar-Rahnu dari sudut bahasa bermakna mantap dan berkekalan. Misalnya, keadaan yang mantap ataupun ia bermakna tahanan, seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya............."(Surah al-Muddaththir 74:38)

PENGERTIAN , HUKUM DAN RUKUN AR-RAHNU

    *PENGERTIAN

    Ahmad Azhar Basyir - mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai "menjadikan suatu benda yang bernilai menurut pandangan syara" sebagai tanggungan hutang dengan adanya benda yang menjadi tanggungan itu seluruh atau sebahagian hutang dapat diterima"

    H.M Arsjad Thalib Lubis - mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai "menjadi suatu barang yang berupa harta dan ada harganya jadi jaminan hutang dan ia akan dijadikan pembayarannya jika hutang itu tidak dapat dibayar"
    Abdul Rahman Al-Jaziri - menerangkan bahawa Ar-Rahnu menurut syara’ bererti " menjadikan barang yang ada harganya menurut pandangan syara’ sebagai jaminan kepercayaan hutang piutang. Dalam erti seluruh hutang atau sebahagiannya dapat diambil, sebab sudah ada barang jaminan tersebut.

    Kesimpulannya - Ar-Rahnu boleh ditakrifkan sebagai keadaan di mana penghutang atau penerima pinjaman menyandarkan barangan kepunyaan sebagai jaminan kepada hutang atau pinjaman yang diterima daripada pemiutang atau pemberi pinjaman

    * HUKUM

    Firman Allah SWT - "Dan jika kamu sedang dalam perjalanan (lalu kamu berhutang) dan tiada memperolehi penulis, maka boleh diserahkan sahaja jaminan yang dapat dipegang (Al-Baqarah : ayat 283)
    Dalam sebuah Hadis - "Bahawasanya Nabi saw menggadaikan (Rahn) diran (baju besi) kepada seorang Yahudi yang bernama Abusy Syahmi atas pinjamannya sebanyah 30 sha gandum untuk keluarganya." (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

    Dalam sebuah Hadis - "Dari Aisyah r.a yang bermaksud Nabi s.a.w  pernah membeli makanan dari seorang yahudi dengan harga yang dihutang.  Sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi s.a.w menyerahkan baju besinya"(HR. Al-Bukhari)

    Dalam sebuah Hadis - "Dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang bermaksud ketika Nabi s.a.w. wafat, baju besinya masih dalam keadaan menjadi tanggungan hutang 20 sha’ (+ 50 kg) bahan makanan yang dibelinya untuk nafkah keluarganya"(HR. Tirmidzi)

    *RUKUN

    Hukum Ar-Rahnu mengandungi 5 perkara:
       1.Penggadai atau orang yang menggadai; iaitu orang yang berhutang
       2. Penerima gadaian atau pemegang gadai; iaitu pihak yang memberi pinjaman
       3.barang gadaian; iaitu barang yang berharga yang dipunyai dan dalam kawalan penerima pinjaman
       4. Tanggungan gadaian; iaitu jumlah yang berhutang
       5. Sighah atau perjanjian; iaitu perjanjian berkaitan pinjaman/ hutang dan gadaian

KELEBIHAN AR-RAHNU DIBANDING PAJAK GADAI KONVENSIONAL

SENARIO SEMASA

Antara Senario masa kini yang wujud di dalam penawaran perkhidmatan kewangan (pinjaman mikro kredit) di negara ini:

    * Terdapat banyak perkhidmatan yang tidak selaras dengan undang-undang dan bercanggah dengan akhlak Islam sedang memenuhi jurang penawaran perkhidmatan kewangan kepada masyarakat dalam kelompok berpendapatan rendah.
    * Terdapat bilangan yang agak substantial mendapatkan perkhidmatan yang illegal bagi tujuan yang dianggap produktif terutamanya bagi keperluan perniagaan. Keadaan ini wujud di sebabkan oleh masih terdapat jurang yang agak ketara di antara penawaran perkhidmatan kewangan (khususnya secara Islam).   
    * Pada umumnya skim-skim pinjaman yang illegal  ini mengenakan caj yang terlalu tinggi, berlaku manipulasi dalam urusan emas dan terdapat kes immoral.

    KELEBIHAN AR-RAHNU

Antara kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional ialah:

   1. Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba)
      Perbezaan utama antara Ar-Rahn dan Pajak Gadai Konvensional adalah pada perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri. Dalam perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah (interest) iaitu riba di mana riba diharamkan oleh Islam, berbanding Pajak Gadai Konvensional yang menjadikan faedah sebagai sumber hasil kepada pemberi pinjaman dan ianya diharamkan oleh Islam.

   2. Nilai Gadaian Tidak Merosot
      Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak merosot dan tidak berubah serta tidak berlaku penyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah di mana barang kemas seperti rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek sedikit daripada sebelum digadai.   

   3. Wang Lebih Gadaian Dipulangkan
      Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan diberitahu atau dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Sekiranya harga jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai pinjaman adalah jauh lebih rendah dari nilai barang gadaian.

   4. Barang Kemas Yang Disimpan Selamat
      Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Di mana, penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangan kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Dengan ini, pemberi gadaian tidak perlu risau dengan masalah pemeliharaan dan penjagaan barang kemas mereka sepanjang ia berada di pihak penerima gadaian. 

   5.Caj perkhidmatan Yang Rendah
      Ar-Rahn menawarkan caj perkhidmatan yang rendah. Semua pengurusan di Ar-Rahn melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan dengan Pajak Gadai Konvensional. Pajak Gadai Konvisional menawarkan caj perkhidmatan yang tinggi dan ada juga sebilangan pemegang atau tauke Pajak Gadai Konvensional yang menerima atau meminta wang pendahuluan dari penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut.  
  
   6. Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan.
      Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku semasa timbangan dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsur penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkan kepada pemberi gadaian. 

   7.Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah
      Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan pelanggannnya berkaitan dengan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam. Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima pakai oleh semua pihak. Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang kadangkala meminta wang tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian ingin melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman mereka. 

   8. Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara Lelongan
      Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telah habis. Dengan ini pihak pemberi gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masa membayar balik yang diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan dilelongkan. 

   9. Memberi Nilai Gadaian Yang Sepatutnya
      Perkara ini sering berlaku dalam Pajak Gadai Konvensional. Ia berlaku kerana Akta Pemegang Pajak Gadai tidak menetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai gadaian berkenaan. Dalam Ar-Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang sepatutnya dengan barang gadaian yang digadai oleh penggadai.

Published on 16 February 2011

Posted on Wednesday, February 16, 2011 by wirajiwa Faintallah

No comments

Saturday, January 29, 2011

Rata-rata surat khabar memaparkan kisah berkenaan. Tidak kurang juga blog isu semasa yang menerbitkan artikel-artikel berkaitan dengannya.
Apa perlu buat? Tambah jawatan ketua kampong disetiap kampung-kampung? 

Wanita perlu menjaga dirinya sendiri. Tidak boleh bersikap leka dan lepa. Tidak boleh sambil lewa dalam memerhatikan situasi-situasi yang bakal mengundang kepada perlakuan cabul dan rogol. Dan tidak boleh mengharapkan semua pemandu-pemandu teksi yang mereka naiki itu jujur dan berakhlak mulia. Aik…? Apa kena mengena dengan cerita asal ni tadi?

Balik ke topik asal. Sebenarnya, bermacam-macam usaha yang dilakukan oleh semua pihak. Tok Imam surau, pendakwah bebas, menteri, cikgu sekolah rendah dan bermacam-macam lagi badan-badan NGO yang terbabit. Memberikan ceramah sana sini berkenaan kesedaran supaya masyarakat lebih bertanggung jawab kepada wanita-wanita disekeliling mereka. Tidak kurang yang memberikan tips-tips untuk mengelakkan kejadian mangsa cabul dan rogol. Dan bukan sejenis atau dua jenis doa yang Ustaz-Ustaz ajarkan dan sarankan untuk diamalkan bagi menjaga diri dari kejadian yang tidak diingini.

Tetapi kalau  diri sendiri(wanita) tidak menjaga kelakuan, pergaulan, pemakaian, tutur kata. Amalkanlah berapa gantang ilmu dan doa sekali pun.

"seperti seorang lelaki yang berkata, "....aku takutkan zina!" . Tetapi dia dengan berani dan selamber 'bersenang lenang' dirumah-rumah pelacuran."Adakah membawa apa-apa erti kepada perkataan ‘...aku takutkan zina.’ yang ia lafazkan itu?

Merujuk kepada komen aku sebelumnya diatas. Bermaksud, usaha yang berbentuk jasmani dan Rohaniah dari semua pihak-pihak tertentu itu tidak akan membawa kesan yang maksima jika tidak disertakan tindakan jasmani yang selaras dari individu itu sendiri. 

Jangan sekali-kali berkata "Allah tidak memperdulikan aku, sedangkan aku telah berdoa kepadaNYA"
Sedangkan Nabi saw bersabda: "...tambatlah untamu, kemudian bertawakkal.."

Apa yang anda lahirkan dalam bentuk perbuatan itu perlu selari dan tidak bertentangan dengan amalan rohaninya.

Bukankah ganjil ada orang yang berkata. "Saya takutkan serigala itu, kerana ia binatang yang ganas lagi buas," Tetapi dalam waktu yang sama. Orang yang berkata2 itu tidak menyediakan persedian walau sedikit. Malah  ia tidak menghindarkan diri dari  berada ditengah-tengah kawanan serigala itu.

Dan bergitulah halnya dengan kejadian rogol ini pula. Bukankah menghairankan seorang wanita yang berkata : “Aku takut dicabut, aku kuatir dirogol” Namun dalam masa yang sama , mereka tidak memperlihatkan usaha kearah penghindaran kepada kejadian tersebut. Masuh mengenakan pakaian yang menjolok mata. Masih bebas berada ditengah lelaki yang bukan muhrim, malah lebihmenyedihkan sehingga larut malam.
"...tambatlah untamu, kemudian bertawakkal.."

Jagalah tingkah laku, pergaulan, pakaian...InysaAllah doa akan menampakkan kesan yang maksima. Dan sentiasalah bersangka  kepada Allah dengan sangkaan-sangkaan yang baik-baik. kerana, Allah itu seperti mana yang hamba-hambaNYA sangkakan.

 
Published on 29 January 2011

Posted on Saturday, January 29, 2011 by wirajiwa Faintallah

No comments

Wednesday, January 26, 2011

Bismillah hirrohmanirrohim…
Segala puji bagi ALLAH yang Maha Terpuji dan Maha Tinggi. Serta selawat serta salam kepada jungjungan besar Muhammad SAW. Juga kepada Sahabat dan keluarga Baginda.
Hari ini adalah hari terakhir Bumicyber CC beroperasi. Selepas pukul 12 tengah malam ini dengan rasminya CC ini telah diberhentikan operasinya.  Dan mungkin ini adalah artikel aku terakhir yang di posting dari mainPC Bumicyber.
Terlalu banyak yang tercalit dan tercoret disebalik penubuhannya, operasi dan penyelengaraannya sehinggalah aku menjadi sebahagian dari warganya. Banyak kenangan, pelajaran yang bakal tersimpan dalam arkib memori.
Kepada teman-teman yang pernah sentiasa hadir surport, laypark kat sini. Tidak ada perkataan yang mampu aku ucapkan. Mungkin suatu hari aka nada ruang serta peluang yang baru.
Hampir 2 tahun aku disini. Banyak yang aku belajar. Disini Allah ajar aku sabar, Allah ajar aku syukur, Allah ajar aku tawakkal. Dan Allah ajar aku kasih sayang dalam erti kata dan definasi aku. Dan disini juga aku belajar bagaimana menjadi saudara yang baik, sahabat yang membela. Dan kini aku mengerti mengenai mengenai perkara-perkara itu. Walau pun tidak keseluruhannya.
Aku pasti rindukan semua ini. Aku pasti rindukan bunyi bising bengkel motor sebelah itu setiap pagi. Aku pasti rindukan kerusi plastic yang aku duduk hari-hari tu. Aku pasti rindukan katil bujang aku yang aku tidur sejak hampir 2 tahun.
Pasti juga ada lagu rasmi bagi setiap ruang memori tertentu dalam hidup aku. Yang pasti lagu Bye Bye Beautiful’ dari Nightwish  pasti akan buat aku rasa syahdu dimasa akan datang.
Yaa aku rindukan semua tur, aku rindukan Team Dota, yg melepak sampai pagi setiap malam jumaat, sabtu dan malam minggu. yaa.. aku pasti  rindukan korang. Dan sangat jauh dari kemungkinan untuk dapat jumpa korang lagi. 
Buat semua kawan-kawan. Bumicyber Dota Team dan all Tekad student, Budak-budak Bidari Skill 2009 dan 2010. Twintech Student 2009 (budak2  Africa yang kamceng ngan aku), Kagumas 2010 (budak2 tahun 2009 aku tak rapat sgt).
Semoga korang sukses, walau apa korang buat, ingat ALlah, ingat ibu bapa yang besarkan korang. Semua orang pernah buat salah, dan semua orang pasti akan buat salah. Tidak mengapa itu, cuma jangan pernah lupa balik kepangkal jalan bila korang terlajak.
Sewaktu korang disini , kita kurang bersembang...tapi percayalah, selepas u all's, tak pernah ada student yang se-sporting dan funny, friendly and great atitude, loving and carring. Tidak pernah ada selepas korang, dan pastinya tidak mungkin lagi ada utk aku jumpa(sebab CC Bumicyber sudah tidak ada lagi).
p/s: Aku kembali menjadi penganggur.

Posted on Wednesday, January 26, 2011 by wirajiwa Faintallah

No comments

Monday, December 20, 2010

Alhamdulillah, program yang dianjurkan oleh Bumicyber pada 18hb 12 baru-baru ini, berjalan dengan sangat memberansangkan. Terima kasih kepada semua yang hadir. Sebenarnya penganjuran kami sangat terburu-buru. Mungkin kita mendapat sedikit pengalaman dalam punsingan yang pertama ini.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada para hadirin. Saudara mara yang sudi hadir, sahabat handai. Kerana sudi melapangkan masa untuk hadir beramah mesra. Dan ada dikalangan mereka yang hanya dikenali melalui talian-talian maya. Kesudian kalian sangat kami pandang tinggi. Dan diharap janganlah dipandang kepada ukuran majlis tersebut. Anggaplah itu adalah langkah pertama untuk pergi kepada penganjuran yang lebih berpengisian dimasa akan datang.
Juga ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang bersungguh-sungguh mahu menghadirinya, namun oleh sebab-sebab tertentu, mereka ini tidak dapat hadir. Dan kami sangat terharu menerima panggilan telifon daripada kalian yang jauh. Ada yang dari Penang, dari Pahang dan sekitar KL, yang melahirkan kekesalan kerana tidak dapat hadir.
Dan kami menerima banyak ucapan-ucapan selamat yang dihantarkan ke YM, Email di Facebook daripada mereka-mereka yang tidak dapat hadir ini. Korang memang support.
Untuk Dota BC Team pulak. Wau!!!. You all da bes!! Kami tidak mempunyai perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perasaan gembira, terharu saat itu. Kesanggupan korang datang dari Johor, Melaka, Sekincan, Subang Jaya, Shah Alam, Kelang dan Negeri Sembilan sangat luar biasa. Bumicyber tidak menyediakan cenderamata atau sebagainya bagi tanda penghargaan kepada semua. Tapi keikhlasan dan ikatan ini benar-benar meninggalkan kesan yang positif dalam diri kami.
Dan kami berharap, perkenalan ini bertukar kepada persahabatan yang akrab, dan persahabat itu bertukar kepada persaudaraan yang erat.
Disini juga kami ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Team NR yang sudi jadi player import untuk BC Team = Team C. Dan korang sangat baik, walaupun baru dua kali join game BC Team. Tapi kemesraan itu terpapar dengan jelas. InsyaAllah dimasa akan datang. Untuk penganjuran yang lebih teratur dan berpengisian, pasti NR Team akan dialu-alukan hadir serta. Siapa tahu kita boleh anjurkan tournament diantara BC Team vs NR Team pula? Hehehehe…ada berani? :P
Dan kepada SP Team. Korang sangat sporting, fun, friendly. Dan apa yang pasti , SP Team adalah lawan yang sangat ‘mengerunkan’. Namun disebabkan oleh kekurangan yang terdapat pada pihak penganjur (Bumicyber). Jadi sukar untuk mengambil prestasi pada malam tersebut sebagai penentu kemampuan sebenar kedua-dua belah pihak. Kita akan nantikan penganjuran daripada Speedfinger CC pula pada bulan April 2011 insyaAllah. Dengan PC yg lebih power dan mencukupi. Mungkin kita boleh aturkan perlawanan yang lebih sistematik. Dan kemampuan BC Team serta SP Team boleh dinilai pada waktu tersebut.
Dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yanie dan Rosenita (isteri Abg Cik Eddie Bumicyber dan adik kami) Kerana bersusah payah menguruskan makanan-makanan pada malam tersebut. Kira ‘hutang’ aaa. Hehehehhe.
Dan di bawah adalah gambar-gambar pada malam tersebut. Sangat menduka citakan kerana juru foto rasmi majlis juga tidak diatur awal-awal. Kesilapan yang bakal tidak berlaku lagi akan datang. Tak ada guest book, tak ada ucapan alu-aluan dan sebagainya. insyaAllah next time semua akan diambil kira. Anggaplah ini adalah salam pengenalan daripada kami.














Dan inilah pula orang yang memberikan kometmen yang sangat tinggi untuk mempastikan makanan dan minuman pada malam tersebut.

Note: Sebenarnya kami pernah terlibat dalam penganjuran program yang lebih besar daripada malam tersebut. Tetapi sejarah yang telah lama itu membuatkan kami lupa dan tidak lagi peka kepada keperluan-keperluannya. Jadi, sebarang kekurangan yang terselit didalamnya sangat-sangatlah kami kesali. Dan  janganlah korang serik untuk kali yang akan datang hendaknya. See you all next year tournament on April, yeyy!!! Dengan kemungkinan yang sangat besar disertai oleh. BC Team, SP Team, NR Team, SP NET Team dan ADINI Team.

Posted on Monday, December 20, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Malaysian Business Locations Directory