Ar-Rahnu
–transformasi demi pelanggan MUDAH, selesa, telus dan murah. Itulah
maklum balas spontan pelanggan tetap Ar-Rahnu Bank Rakyat. Ia terbukti
dan berasas dengan peningkatan prestasi pengeluaran pinjaman bagi produk
pajak gadai Islam itu, setiap tahun. Skim itu ditawarkan 6 tahun lalu,
menerusi lima cawangan Bank Rakyat di seluruh negara. Perkembangan
drastik Ar- Rahnu adalah selari dengan transformasi dalam system
penyampaian produk mikro kredit ini sejak is dilancarkan sehingga kini.
Pelbagai inovasi terhadap system penyampaian produk itu dilaksanakan
selaras dengan tuntutan untuk memenuhi keperluan dan keputusan bilangan
pelanggan yang semakin meningkat.
Produk
Ar-Rahnu itu membuktikan betapa seriusnya Bank Rakyat dalam usahanya
untuk memesrakan pelanggan terhadap produk ini sekali gus membuktikan
Bank Rakyat tidak meminggirkan pelanggannya. Penambahbaikan system
komputer meningkatkan Iagi kecekapan di dalam proses penyampaian
perkhidmatan kepada pelanggan. Kepantasan urusan selainjaminan
keselamatan ke atas barang gadaian menyumbang kepada peningkatan tahap
mkeyakinan pelanggan.
Peningkatan
jumlah pinjaman maksimum daripada RM50,000 kepada RM100,000 adalah bagi
memenuhi keperluan pelanggan terutama dikalangan usahawan Industri
Kecil dan Sederhana (IKS) yang melihat skim Ar-Rahnu sebagai sumber
dalam perolehan modal pusingan perniagaan mereka.
Selain
itu, lanjutan tempoh pinjaman yang lebih fleksibel selama enam bulan
tanpa had, memberikan keselesaan pelanggan di dalam merancang kewangan
peribadi mereka. Langkah memfrancaiskan produk Ar-Rahnu, dilihat satu
usaha mendekatkan saluran perkhidmatannya kepada orang ramai.
Sehingga
kini ada 14 rangkaian jenama Ar-Rahnu X Change di seluruh Negara yang
menjalankan operasi skim itu secara professional berlandaskan kepakaran
dan pengalaman Ar-Rahnu Bank Rakyat sejak 1993. Sistem operasi
perniagaan dan ciri-ciri produk Ar-Rahnu X Change adalah seperti yang
ditawarkan 120 cawangan Bank Rakyat sedia ada.
Bank
Rakyat sentiasa memfokus bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengena
kepelbagaian fungsi Ar-Rahnu sebagai salah satu instrumen kewangan.
Pelancaran produk Ar-Rahnu Genius sekali gus menawarkan alternative
kepada pelanggan untuk menggadai barang kemas yang dimiliki kepada
bentuk simpanan secara tunai. la secara langsung mempelbagaikan cabang
fungsi Ar-Rahnu kepada produk tabungan dan pelaburan.
Beberapa
inovasi yang berlaku terhadap sistem dan ciri-ciri produk mikro kredit
ini adalah seiring dengan perkembangan perniagaan Ar-Rahnu Bank Rakyat
selaku pendahulu pasaran. Kepelbagaian tujuan gadaian dan pertambahan
segmen kumpulan pelanggan adalah transformasi di dalam industri pajak
gadai Islam kepada satu dimensi yang baru.
Ar-Rahnu
bukan lagi dilihat sebagai produk kelas kedua yang hanya disasarkan
kepada pelanggan Melayu, berpendapatan rendah dan luar bandar. Kehadiran
pelanggan bukan Bumiputera dan ahli perniagaan yang semakin bertambah
saban hari menuntut Bank Rakyat dan Ar-Rahnu X Change meningkatkan tahap
perkhidmatan yang benar-benar profesional.
Sehingga
30 Jun 2009, jumlah pengeluaran pinjaman Ar-Rahnu Bank Rakyat melebihi
RM625 juta. La secara tidak langsung memperlihatkan penerimaan Ar-Rahnu
Bank Rakyat standing dengan produk mikro kredit yang lain seperti
Pembiayaan Peribadi, Kad Kredit dan seumpamanya. Program pengiklanan dan
produk secara bersepadu menerusi pelbagai saluran media bertujuan
menyampaikan mesej yang jelas bahawa Bank Rakyat mempunyai satu produk
yang cukup sempurna dalam memenuhi keperluan tunai segera.
Apa
yang penting adalah sejauh mana masyarakat menilai dan menghargai usaha
Bank Rakyat serta rangkaian Ar-Rahnu X'Change dalam menyediakan
alternatif bagi kemudahan tunai segera yang adil, telus, bebas riba,
murah dan profesional.
DEFINASI AR-RAHNU
Definisi dari sudut syarak:
Ar-Rahnu
dari sudut syarak merujuk kepada satu barang yang berharga dijadikan
sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar
dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.
Definisi dari sudut bahasa:
Ar-Rahnu
dari sudut bahasa bermakna mantap dan berkekalan. Misalnya, keadaan
yang mantap ataupun ia bermakna tahanan, seperti firman Allah S.W.T.
yang bermaksud:
"Tiap-tiap
diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat)
yang dikerjakannya............."(Surah al-Muddaththir 74:38)
PENGERTIAN , HUKUM DAN RUKUN AR-RAHNU
*PENGERTIAN
Ahmad
Azhar Basyir - mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai "menjadikan suatu benda
yang bernilai menurut pandangan syara" sebagai tanggungan hutang dengan
adanya benda yang menjadi tanggungan itu seluruh atau sebahagian hutang
dapat diterima"
H.M
Arsjad Thalib Lubis - mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai "menjadi suatu
barang yang berupa harta dan ada harganya jadi jaminan hutang dan ia
akan dijadikan pembayarannya jika hutang itu tidak dapat dibayar"
Abdul
Rahman Al-Jaziri - menerangkan bahawa Ar-Rahnu menurut syara’ bererti "
menjadikan barang yang ada harganya menurut pandangan syara’ sebagai
jaminan kepercayaan hutang piutang. Dalam erti seluruh hutang atau
sebahagiannya dapat diambil, sebab sudah ada barang jaminan tersebut.
Kesimpulannya
- Ar-Rahnu boleh ditakrifkan sebagai keadaan di mana penghutang atau
penerima pinjaman menyandarkan barangan kepunyaan sebagai jaminan kepada
hutang atau pinjaman yang diterima daripada pemiutang atau pemberi
pinjaman
* HUKUM
Firman
Allah SWT - "Dan jika kamu sedang dalam perjalanan (lalu kamu
berhutang) dan tiada memperolehi penulis, maka boleh diserahkan sahaja
jaminan yang dapat dipegang (Al-Baqarah : ayat 283)
Dalam
sebuah Hadis - "Bahawasanya Nabi saw menggadaikan (Rahn) diran (baju
besi) kepada seorang Yahudi yang bernama Abusy Syahmi atas pinjamannya
sebanyah 30 sha gandum untuk keluarganya." (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam sebuah Hadis - "Dari Aisyah r.a yang bermaksud Nabi s.a.w pernah membeli makanan dari seorang yahudi dengan harga yang dihutang. Sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi s.a.w menyerahkan baju besinya"(HR. Al-Bukhari)
Dalam
sebuah Hadis - "Dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang bermaksud ketika Nabi s.a.w.
wafat, baju besinya masih dalam keadaan menjadi tanggungan hutang 20
sha’ (+ 50 kg) bahan makanan yang dibelinya untuk nafkah
keluarganya"(HR. Tirmidzi)
*RUKUN
Hukum Ar-Rahnu mengandungi 5 perkara:
1.Penggadai atau orang yang menggadai; iaitu orang yang berhutang
2. Penerima gadaian atau pemegang gadai; iaitu pihak yang memberi pinjaman
3.barang gadaian; iaitu barang yang berharga yang dipunyai dan dalam kawalan penerima pinjaman
4. Tanggungan gadaian; iaitu jumlah yang berhutang
5. Sighah atau perjanjian; iaitu perjanjian berkaitan pinjaman/ hutang dan gadaian
KELEBIHAN AR-RAHNU DIBANDING PAJAK GADAI KONVENSIONAL
SENARIO SEMASA
Antara Senario masa kini yang wujud di dalam penawaran perkhidmatan kewangan (pinjaman mikro kredit) di negara ini:
*
Terdapat banyak perkhidmatan yang tidak selaras dengan undang-undang
dan bercanggah dengan akhlak Islam sedang memenuhi jurang penawaran
perkhidmatan kewangan kepada masyarakat dalam kelompok berpendapatan
rendah.
*
Terdapat bilangan yang agak substantial mendapatkan perkhidmatan yang
illegal bagi tujuan yang dianggap produktif terutamanya bagi keperluan
perniagaan. Keadaan ini wujud di sebabkan oleh masih terdapat jurang
yang agak ketara di antara penawaran perkhidmatan kewangan (khususnya
secara Islam).
* Pada umumnya skim-skim pinjaman yang illegal ini mengenakan caj yang terlalu tinggi, berlaku manipulasi dalam urusan emas dan terdapat kes immoral.
KELEBIHAN AR-RAHNU
Antara kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional ialah:
1. Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba)
Perbezaan
utama antara Ar-Rahn dan Pajak Gadai Konvensional adalah pada
perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan
pada gadaian itu sendiri. Dalam perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi
tidak dikenakan faedah (interest) iaitu riba di mana riba diharamkan
oleh Islam, berbanding Pajak Gadai Konvensional yang menjadikan faedah
sebagai sumber hasil kepada pemberi pinjaman dan ianya diharamkan oleh
Islam.
2. Nilai Gadaian Tidak Merosot
Nilai
gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak merosot dan tidak
berubah serta tidak berlaku penyelewengan. Tidak berlaku sebarang
masalah di mana barang kemas seperti rantai emas apabila ditebus
didapati kurang berat atau pendek sedikit daripada sebelum digadai.
3. Wang Lebih Gadaian Dipulangkan
Sekiranya
pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang
ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan
diberitahu atau dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual.
Sekiranya harga jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan
dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai pinjaman adalah jauh lebih rendah
dari nilai barang gadaian.
4. Barang Kemas Yang Disimpan Selamat
Semua
barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Di mana,
penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke
atas barangan kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Dengan ini,
pemberi gadaian tidak perlu risau dengan masalah pemeliharaan dan
penjagaan barang kemas mereka sepanjang ia berada di pihak penerima
gadaian.
5.Caj perkhidmatan Yang Rendah
Ar-Rahn
menawarkan caj perkhidmatan yang rendah. Semua pengurusan di Ar-Rahn
melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan dengan Pajak
Gadai Konvensional. Pajak Gadai Konvisional menawarkan caj perkhidmatan
yang tinggi dan ada juga sebilangan pemegang atau tauke Pajak Gadai
Konvensional yang menerima atau meminta wang pendahuluan dari penggadai
walaupun akta melarang kegiatan tersebut.
6. Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan.
Pemberi
gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering
berlaku semasa timbangan dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan
berlaku sebarang unsur penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai
timbangan yang jelas akan ditunjukkan kepada pemberi gadaian.
7.Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah
Ar-Rahnu
juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur
dengan pelanggannnya berkaitan dengan tempoh membayar balik wang
pinjaman yang telah dipinjam. Tempoh membayar balik yang dikenakan
adalah munasabah dan boleh diterima pakai oleh semua pihak. Tidak
seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang kadangkala meminta wang
tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian ingin
melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman mereka.
8. Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara Lelongan
Pihak
penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya
barang gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik
untuk mereka telah habis. Dengan ini pihak pemberi gadaian akan
mengetahui bahawa tempoh masa membayar balik yang diperuntukkan untuk
mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan dilelongkan.
9. Memberi Nilai Gadaian Yang Sepatutnya
Perkara
ini sering berlaku dalam Pajak Gadai Konvensional. Ia berlaku kerana
Akta Pemegang Pajak Gadai tidak menetapkan nilai tara atau kriteria
untuk menilai gadaian berkenaan. Dalam Ar-Rahnu, penerima gadaian akan
memberi nilai gadaian yang sepatutnya dengan barang gadaian yang digadai
oleh penggadai.
Published on 16 February 2011
0 comments :
Post a Comment