Engkau lebih dari sekadar seorang adik dan kita lebih dari sekadar saudara kandung |
Hari ini adalah 15 March 2011.
Hari ni adalah hari jadi Ngoh.
Hari ni Long hampir luper lagi.
Dan sebelum ucapkan selamat harijadi, ada beribu-ribu perkataan yang aku nak ucapkan pada adik Long sorang ni.
Tapi Long tak mampu nak cakap. Sebab Long Waja Timur, maklumlah, panglima perang mana cakap bender-bender sentimental ni. Huhuhu.
Apa abang orang lain sama macam Long ker?
Long nak tunjukkan pada Ngoh apa yang baik dan apa yang buruk dalam hidup ini. Tapi sayangnya Long sendiri masih tak tahu banyak mengenainya.
Long nak bagitahu Ngoh “Jangan melakukan kesilapan yang sama berulang-ulang kali, sebab nanti kita tidak jumpa jalan untuk berpatah balik”
Tapi Long sendiri melakukan kesilapan yang sama juga berulang-ulang kali.
Kalau Long cakap juga, Ngoh nak dengar ker?
Ngoh, Long nak bagi tahu Ngoh, yang hidup ini indah dan menarik.
Tapi Long tak nak tipu Ngoh, yang hakikat hidup ini sebenarnya sangat kejam dan kasar.
Long nak bagi tahu Ngoh juga, yang kejayaan bermula apabila seseorang itu belajar menghargai peluang. Tapi Long pula sering mengsia-siakannya.
Dan kalau Long cakap semua ni pada Ngoh, Ngoh nak percaya ker?
Long nak bagi tahu Ngoh mengenai rama-rama yang cantik.Dan hidup ini seperti rama-rama.Jika kita genggam ia dengan terlalu kuat akan carik kepaknya, akan mati dia.Tapi kalau kita lepaskan dia terbang. Dia akan hilang arah ditiup badai yang kencang.Dan hidup ini sememangnya seperti rama-rama.Indah dan menarik tetapi singkat.
Hidup ini umpama air yg mengalir, tdk mungkin ia bisa mudik semula kehulu. Dan apabila ia terlalu deras, ia hanya mendatangkan malapetaka, dan menghanyutkan segala yg dilaluannya, namun jika ianya terlalu perlahan, maka dasar dan tebing2nya akan berlumut dan berlumpur pula. Maka berpada2lah dalam setiap langkah itu.
Long juga hendak bagitahu semua tu pada Ngoh, tapi Long takut Ngoh tak moo dengar.Long takut Ngoh bosan.Long takut Ngoh kata aku suka membebel.Sebab Long pernah sambut harijadi yang ke35, pada suatu masa dulu.Cuma waktu itu Long tak punya abang untuk bagi tahu Long semua ini.
Ngoh, banyak yang Ngoh tahu tentang Long.Dan bukan sedikit juga yang Long tahu tentang Ngoh.Tapi dalam semua perkara yang Long tahu. Cuma satu perkara yang Long pasti, Ngoh sayang Long.Dan Ngoh tentu maafkan Long kerana hampir lupa lagi hari jadi Ngoh.
Dan Long juga nak Ngoh tahu, yang Long sangat sayang adik-adik Long.Cuma Long tak pandai nak tunjuk.
Ngoh, selamat harijadi yang ke 35. Jangan takut dengan usia yang bertambah, kerana manusia menjadi tambah berkualiti bila ia melalui pengalaman hidup yg banyak. Sebenarnya Long sungguh-sungguh nak cakap tu... Tapi Long sendiri tk dapat lari dari ketakutan tersebut.
Dan aku bahagia ada adik macam kamu.
0 comments :
Post a Comment