Bismillah hirrohmanirrohim…
Segala puji bagi ALLAH yang Maha Terpuji dan Maha Tinggi. Serta selawat serta salam kepada jungjungan besar Muhammad SAW. Juga kepada Sahabat dan keluarga Baginda.
Hari ini adalah hari terakhir Bumicyber CC beroperasi. Selepas pukul 12 tengah malam ini dengan rasminya CC ini telah diberhentikan operasinya. Dan mungkin ini adalah artikel aku terakhir yang di posting dari mainPC Bumicyber.
Terlalu banyak yang tercalit dan tercoret disebalik penubuhannya, operasi dan penyelengaraannya sehinggalah aku menjadi sebahagian dari warganya. Banyak kenangan, pelajaran yang bakal tersimpan dalam arkib memori.
Kepada teman-teman yang pernah sentiasa hadir surport, laypark kat sini. Tidak ada perkataan yang mampu aku ucapkan. Mungkin suatu hari aka nada ruang serta peluang yang baru.
Hampir 2 tahun aku disini. Banyak yang aku belajar. Disini Allah ajar aku sabar, Allah ajar aku syukur, Allah ajar aku tawakkal. Dan Allah ajar aku kasih sayang dalam erti kata dan definasi aku. Dan disini juga aku belajar bagaimana menjadi saudara yang baik, sahabat yang membela. Dan kini aku mengerti mengenai mengenai perkara-perkara itu. Walau pun tidak keseluruhannya.
Aku pasti rindukan semua ini. Aku pasti rindukan bunyi bising bengkel motor sebelah itu setiap pagi. Aku pasti rindukan kerusi plastic yang aku duduk hari-hari tu. Aku pasti rindukan katil bujang aku yang aku tidur sejak hampir 2 tahun.
Pasti juga ada lagu rasmi bagi setiap ruang memori tertentu dalam hidup aku. Yang pasti lagu Bye Bye Beautiful’ dari Nightwish pasti akan buat aku rasa syahdu dimasa akan datang.
Yaa aku rindukan semua tur, aku rindukan Team Dota, yg melepak sampai pagi setiap malam jumaat, sabtu dan malam minggu. yaa.. aku pasti rindukan korang. Dan sangat jauh dari kemungkinan untuk dapat jumpa korang lagi.
Buat semua kawan-kawan. Bumicyber Dota Team dan all Tekad student, Budak-budak Bidari Skill 2009 dan 2010. Twintech Student 2009 (budak2 Africa yang kamceng ngan aku), Kagumas 2010 (budak2 tahun 2009 aku tak rapat sgt).
Semoga korang sukses, walau apa korang buat, ingat ALlah, ingat ibu bapa yang besarkan korang. Semua orang pernah buat salah, dan semua orang pasti akan buat salah. Tidak mengapa itu, cuma jangan pernah lupa balik kepangkal jalan bila korang terlajak.
Sewaktu korang disini , kita kurang bersembang...tapi percayalah, selepas u all's, tak pernah ada student yang se-sporting dan funny, friendly and great atitude, loving and carring. Tidak pernah ada selepas korang, dan pastinya tidak mungkin lagi ada utk aku jumpa(sebab CC Bumicyber sudah tidak ada lagi).
p/s: Aku kembali menjadi penganggur.
0 comments :
Post a Comment