Cerita pasal DOTA lagi. 12/03/2011 bersamaan dengan hari sabtu malam minggu lepas. Telah berlansung perlawanan persahabatan diantara SPnet Team A,B,C dan Adini Team A,B,C(campuran Team A dan B) serta turut dimeriahkan dengan kehadiran IBA Team.
Program tak sepenuhnya lawan Dota jer. Ada makan-makan sikit. Ada buat BBQ.
Disini AbgLong ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf atas kekurangan yang terdapat dipihak penganjur. Baik dari segi penyedian makanan atau sewaktu game. Terlalu sempit ruang masa untuk pengaturan. Program dirancang hanya dalam masa 5 hari. Tidak ada perancangan yang teliti. Dan semua sedia maklum juga kemampuan PC di SPnet. Bagi yang dah biasa denagn PC lag, org kata(alah bisa tagal biasa). Bagi yang tak biasa, alamat kena stun jerlah memanjang. Tak pun mati kat tower.
Pada awal perancangan, ada majlis suai kenal diantara SPnet Team dan Adini Team. Namun oleh kerana SPnet Team sendiri tidak organize, 3 orang ada, 2 orang hilang, datang lagi 3 orang, yang 3 orang tadi pulak yang hilang. Sangat tidak disiplin. Hahahahaha. Jadi tak dapat nak buat acara suai kenal antara satu sama lain. (Objektif asal= Mengeratkan hubungan silaturahim, nampaknya hanya tercapai 45% sahaja barangkali)
Kerana ada diantara mereka yang datang, hanya untuk bermain, bersalam dengan tetamu-tetamu undangan pun tidak. Tak payah abgLong cakap itu siapa, ini hanya sekadar teguran. Ingat: “DOTA IS NOT JUST A GAME” . Kalau sekadar datang nak game, “it’s better u all just login to gg. It’s fun to play, nvm 2 bully n it’s ok to b rude!”
Sebenarnya aku suka menganjurkan majlis-majlis silaturahim macam ni. Tidak perduli bersandarkan apa. Game, makan-makan, apa saja. Pokoknya majlis silaturahim. Jangan salah mengerti kecenderungan aku. Bukan DOta jadi tajuk utama. DOta hanya sekadar aset dan sandaran untuk dijadikan alasan untuk mengumpulkan kalian. Supaya kalian dapat mengambil kesempatan ini untuk beramah mesra dan bersilaturahim.
Aku tidak ingin melihat atau ambil tahu bertapa pro korang main. Bertapa expert korang ‘last hit’, bertapa terer korang kill,ks,gb. Nvm at all. Yang penting kita kenal kawan baru. Kita mesra kawan lama. Dan kita dapat berlajar apa itu silaturahim. Apa itu hormat, rendah diri, besar hati, tolak ansur. Dan supaya kita dapat belajar apa itu ikhlas. “DOTA IS NOT JUST A GAME”
Namun, pada keseluruhannya. Korang sporting. Dan rasanya patut juga AbgLong tulis kat sini. Malam tu semua orang tidak mencarut dan menyumpah-nyumpah. Satu keanehan yang positif dalam DOta. Aik? Excellent attitude!!! Err kerr terlalu tertekan untuk menang? Atau mungkin kita patut gamaknyer latih diri untuk tidak mencarut-carut ni? Bukan aper, buruk sangat tengok orang lawa-lawa, smart-smart, muka bersih ‘jambu’ jer. Sekali , kejap-kejap C&^ai!! Kejap, F**K, B*bi, WTF dan sebagainya.
Kenapa? Tak suka abgLong tegur? Anggap saja aku orang tua yang dah tak relivent dengan bahasa orang muda sekarang. Tapi yang jadi masalahnya, perkataan-perkataan ni hanya keluar masa main DOta. Sedangkan sehari-harian kita tak guna pun bahasa tu. Jadi? Patut kita tinggalkan jer lah. Sekadar nak ‘membakor’ =(noob, supernoob, u better leave la..) rasanya tak jadi masalah. Ingat “DOTA IS NOT JUST A GAME”
Kat sini aku Cuma letak sekeping jer gambar pada malam tu. Boleh tengok gambar-gambar pada malam tersebut di facebook. Link : http://www.facebook.com/album.php?id=1275974253&aid=116523
Selebihnya, sempat bincang dengan Along Fendi (Adini Team) Nampaknya, insyaAllah bulan april ni jadi kot tournament di Nilai.
*Note: Terima kasih kepada penaja dan penyumbang pada malam tersebut. Tidak kira dalam bentuk material, kewangan atau tenaga serta masa. Pengorbanan anda semua sangat-sangat dipandang tinggi (nama-nama dirahsiakan oleh pihak editor untuk menjaga amalan mereka).
0 comments :
Post a Comment