Beza antara berdebat dan berdiskusi, kenapa debat dilarang ?

Perdebatan ialah apabila kita dipihak yang benar dan ingin menjatuhkan pihak yang bathil dengan hujah. Debat hanya terjadi kalau kita sudah yakin bahawa kita dipihak yang benar dan pihak lawan berada di atas kebathilan.

Manakala dialog/diskusi ialah apabila kita mahu mencari kebenaran dengan saling bertukar hujah dan berbincang mencari pendapat yang benar. Maknanya kita belum yakin bahawa kita atau pihak yang lain itulah yang benar.

Perdebatan adalah dilarang sesama Muslim kecuali dalam perkara yang sudah qat'ie dan diyakini kita berada dipihak yang benar serta wujud keperluan yang mustahak kerana ia akan menjatuhkan pihak lawan dan bukan untuk mencari kebenaran.

Firman Allah SWT : janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik.' [Al-Ankabuut: 46]

Islam ialah agama yg benar, maka diharuskan berdebat dengan ahli kitab (yahudi &nasrani) untuk menzahirkan kebenaran Islam dan mendedahkan kebathilan mereka.

Sedang dalam hal yang tidak qat'ie, seperti dalam soal khilaf atau ijtihad maka perdebatan adalah sia-sia dan merosakkan kerana ia hanya akan menjatuhkan pihak lawan, saling bermusuhan dan membawa perpecahan. Ini bertepatan dengan hadith yang diriwayatkan oleh Amr bin Shuaib dari bapanya dari datuknya yang berkata : Nabi salallahualaihiwassalam mendengar sebahagian orang berdebat lalu baginda pun bersabda : “Sesungguhnya telah binasa golongan sebelum kamu kerana hal ini. Mereka saling menggunakan kitab Allah untuk berlawan dengan Kitab Allah. Sesungguhnya diturunkan kitab Allah adalah untuk membenarkan antara satu sama lain dan janganlah kamu mendustakannya satu sama lain (menggunakan ayat Allah untuk menolak ayat Allah yang lain) Maka apa yang kamu pelajari daripadanya maka nyatakanlah dan apa yang kamu jahil tentangnya maka rujuklah kepada orang yang lebih mengetahui.” [riwayat Ahmad dan Ibn Majah]

Manusia tidak perlu berdebat untuk mencari kebenaran, mereka hanya perlu merujuk kepada orang yang lebih alim kerana disebut oleh Imam Hasan al-basri : “Tidaklah ada orang yang alim melainkan atasnya ada lagi orang yang alim.”

Perdebatan hanya berlaku dalam hal yang kita 'confirm' benar bagi melawan orang yang 'confirm' salah dan bathil !

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang bermaksud: “Tidak ada satu kaum yang tersesat setelah mendapat petunjuk, melainkan karena mereka suka berjidal (debat untuk membantah).” Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca ayat: “Mereka tidak memberikan perumpamaan itu kepadamu melainkan dengan maksud membantah saja, sebenarnya mereka adalah kaum yang suka bertengkar. [Az-Zuhruf: 58]” (At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad)

Haram berdebat apabila masing² guna al-Quran dan menghentam satu sama lain dengan ayat Allah dan hadith² Rasulullah saw, ayat Allah saling bertembung dan mendustakan satu yg lain . Itu yg dilarang oleh Islam.

Ikut al-Quran dan sunnah tak perlu debat, kalau tak faham, khilaf maka rujuk yg alim. Kalau yg alim pun khilaf juga maka pegang pendapat yg paling kita yakin benar dan jangan jatuhkan/debat dgn org yg berbeza. WA