Alkisah seekor gajah yang tidak ketahui
6 orang sahabat yang dilahirkan buta selalu suka berhujah siapa yang ada cerita terhebat. Pada satu hari, mereka berhujah mengenai binatang besar iaitu gajah.
Mereka pernah mendengar gajah dalam banyak cerita yang diceritakan, tapi mereka tidak pernah melihat kerana buta. Oleh kerana 6 orang sahabat itu bertekad untuk melihat seekor gajah, mereka telah menggaji seorang penggembara bernama Ismail untuk membawa mereka ke hutan dan mencari gajah.
Setibanya di hutan, Ismail membawa mereka berjumpa dengan seekor gajah yang agak jinak. Keenam-enam sahabat cukup teruja dan ingin menyentuh gajah untuk melengkapkan imej gajah yang sering bermain di minda.
Disebabkan mereka buta, tiada yang dapat melihat gajah secara keseluruhan.
“Wahai sahabatku sekalian,” kata lelaki pertama. “Ana rasa jawapan ini secerdik ana – gajah ini bagaikan lumpur yang terkering di bawah matahari terik.
“Sekarang sahabatku sekalian,” kata lelaki kedua dengan yakin. “Ana boleh beritahu gajah ini macam lembing.”
Sahabat-sahabat lain tidak percaya dengan jawapan tersebut.
Orang ketiga pula berkata gajah ini seperti tali manakala yang orang yang keempat itu berkata gajah ini seperti ular.
Orang kelima lebih angkuh dan ketawa terbahak berkata, “Jangan kamu lawan kecerdikan ana. Gajah ini bentuk dia macam kipas.”
Orang keenam pula berkata gajah ini seperti batang pokok. Jawapan ini langsung tidak dipercayai oleh lima sahabat yang lain.
Setibanya di kampung, 6 sahabat ini bergaduh lagi sama-sama mempertahankan versi bentuk gajah mereka adalah jawapan paling tepat kerana semua merasai diri sendiri betul kerana telah menyentuh gajah tersebut.
Semua jawapan mereka separuh betul, walaupun semuanya silap kerana saling hanya menyentuh gajah pada ruang yang kecil sahaja, iaitu telinga, gading, kaki, mulut, belalai dan ekor.
Wahai anakku,
Setiap manusia mempunyai pandangan sendiri yang bergantung penuh pada pengalaman sendiri. Pengalaman itu adalah seperti sentuhan jari keenam-enam pada badan gajah. Jangan kamu cepat menidakkan satu pandangan tatkala kamu sendiri tidak mendapat gambaran penuh seperti orang buta di atas.
Adakalanya wahai anak kesayanganku, kulit, mata dan telinga kamu merasakan sesuatu yang bermain di minda kamu itu betul, tapi sebenarnya ia hanya separa betul yang tersilap secara keseluruhannya. Ia umpama orang buta tadi meneka bagaimana rupanya seekor gajah tanpa seorang pun daripada mereka yang dapat menyentuh gajah itu secara keseluruhannya.
Wahai anakku,
Aku bimbang engkau menghukum semata-mata berdasarkan rentetan peristiwa dan bukannya bukti yang nyata lalu aku nukilkan cerita di atas. Aku cukup bimbang kamu gagal mengawal mindamu yang mudah bersangka buruk itu yang mudah mengaitkan sesuatu peristiwa yang tidak disukaimu dengan peristiwa yang lain untuk dijadikan sebagai bukti untuk menghukum seseorang walaupun realitinya dua rentetan peristiwa itu tidak berkaitan.
Jangan kerana kamu terpegang gading gajah, lalu kamu simpulkan bahawa bentuk gajah seperti lembing seperti orang buta di atas. Elakkan sedemikian untuk menjauhi dosa menfitnah yang bakal menghumbanmu ke neraka.

Artikel oleh : Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)
0 comments :
Post a Comment