Nama aku WIRAJIWA. Lahir tahun 1974. Kira tua juga la dah. Sempatlah
aku rasa zaman rock kapak, pakai seluar getah ngan kasut Aliph Search.
Korang budak2 sekarang nih aku rasa tah pernah dengar ketidak nama kasut
tuh.
Pendidikan aku sampai takat SPM jer. Entahlah, aku
tak taulah masa sekolah dulu aku nih jenis yang bengap sangat ker, atau
jenis yang pemalas. Tapi apa yang aku belajar dari pengalaman hidup aku,
jangan sekali2 melakukan kesilapan yang sama berulang-ulang kali. Sebab
bila sampai satu masa kita tak akan mampu nak membetulkan kesilapan
kita tur. Bukan maksud aku hidup aku SUCK sangat. Tak, aku tak maksudkan
macam tu.
Aku telah berkahwin. Aku bersyukur kerana dikuniakan
oleh Allah seorang isteri yang sangat baik. Seorang isteri yang paling
sedikit permintaannya bagi aku bukanlah satu perkara yang mudah.
Aku sambung dari mula semula. Aku mempunyai keluarga
yang besar. Anak pertama dari 8 adik beradik. Tapi aku dibesarkan dalam
keluarga yang kecil. Aku tinggal dengan Tok(nenek).
Tok Aki aku meninggal waktu aku berumur 5 tahun. Terlalu sedikit Memori
tentang dia untuk aku ceritakan di sini. Memadai kalau aku katakan dia
seorang Atuk yang penyayang.
Aku mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan
Bukit Bota Chenor, Pahang dari tahun 1981 sehingga 1986. Seorang
kanak-kanak kecil yang pendiam tetapi sangat lasak.
Aku seorang yang berani. Memang dari kecil aku
berani. Aku tak takut hantu. Aku tak takut bergaduh dengan teman-teman
sebaya aku kalau aku tak puas hati. Mungkin kesedaran yang aku tak ada
sapa-sapa nak bela aku membuatkan aku macam tu.
Aku mendapat pendidikan sekolah menengah di 4 buah
sekolah. Dari tahun 1987 sehingga 1990 aku telah bersekolah di Sekolah
Menengah Tengku Ampuan Afzan Chenor, Sekolah Menengah Chini, Sekolah
Menengah Kebangsaan Palo Hinai dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar
Baru Bangi. Susah aku nak ceritakan satu-satu kenapa banyak sangat
sekolahnya.
Tak dapat melanjutkan pelajaran kemana-mana IPTA.
Kelayakan tak cukup. Zaman tur mana ada kolej2 swasta macam sekarang
nih. Institud kemahiran pun cuma ada IKBN je (Intitud Kemahiran Belia
Negara) entah ada ketidak lagi sekarang nih, tak ambil pusing.Tak perlah
dah tak ada rezeki. (Aku tak pernah kecewa dengan semua tu)
Aku seorang yang tak ramai kawan. Senang didekati
tapi payah untuk dikenali. Dan kebanyakan kawan2 aku yang tak ramai tur
semua dah meninggal dunia. Tinggal entah berapa kerat jer dah. Aku pun
tak tau kenapa Allah pendekkan umur mereka. Cuma yang aku tahu mereka
semuanya orang-orang yang hebat2 peribadinya. Seorang sahabat yang
setia, seorang sahabat yang sentiasa memberikan inspirasi kepada aku.
Agaknya orang yang macam ni memang Allah sayang sebab tu lah dia ambil
cepat.
Sebenarnya kisah perjalanan hidup aku terlalu penuh
dengan perkara-perkara yang terlalu hardcore' nak diceritakan kat sini.
Mungkin kalau korang pernah tengok cerita 'Young and Dangerous' mungkin
korang dapat figure dia sikit-sikit.
Aku seorang yang optimis. Selalu bersangka baik pada
setiap perkara yang berlaku. Kelemahan aku pula, aku cepat sangat
melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir 2x. Maknanya aku nih seorang
yang gopoh. Gopoh ! bukan gelojoh.
Aku seorang yang sangat sensitif. Perihatin. Tetapi
kadang-kadang menyusahkan. Sifat aku, permikiran aku sukar diramal.
Kadang-kadang aku seorang yang sangat penyabar. Kadang-kadang pula aku
seorang yang sangat pemarah. Tapi yang pasti aku seorang yang sangat
penyayang.
Aku seorang lelaki yang tak malu untuk menangis di
hadapan temannya sewaktu ia putus cinta. Tapi aku juga lelaki yang akan
cepat menyayangi seseorang yang lain pula pada keesokan harinya.
Aku secara keseluruhannya adalah pemalu. Tetapi tidak
bermakna aku sombong. Aku tidak sombong, aku sangat peramah. Sangat
murah dengan senyuman.
Aku selalu melakukan sesuatu perkara dengan
besungguh-sungguh. Tapi sayangnya aku kekurangan kecekalan. Contohnya
kalau berlari tu, aku akan berlari dengan sangat laju... tapi aku akan
cepat berhenti bila menyedari yang aku dah berada di hadapan. Sebab
tulah aku nih payah berjaya dalam apa saja yang aku usahakan.
Aku pernah jatuh cinta, dan aku juga pernah kecewa.
Bukan maksud aku , aku tak bahagia dengan perkhwinan aku selama ni. Itu
satu perkara yang lain. Itu adalah aku yang di dalam Aku itu. Hehehe...
hapoo punya ayat dah nih.
Aku pernah melakukan perkara yang sangat aku
banggakan. Dan aku juga pernah melakukan perkara yang aku sangat
menyesal seumur hidup aku.(tak mungkin untuk aku ceritakan kepada
sesiapa pun, biarlah Allah saja yang tahu)
Aku juga seorang yang tidak kedekut. Tetapi aku
seorang yang sangat berkira apabila pemberian aku tidak dihargai. Pada
amnya semua orang pun macam tu kan. Sapa tak bengang bila bagi sesuatu
tapi tak dihargai.
Aku seorang yang sangat suka pada benda yang baru. Suka belajar. Tapi tak suka bertanya.(bodo sombong laa).
Aku juga seorang yang sangat mudah untuk memberi
tunjuk ajar dan nasihat. Tapi aku sendiri sangat susah untuk menerima
nasihat. Kadang-kadang aku suka termenung. Aku suka berangan. Aku
seorang yang tidak pandai berjimat cermat. Aku seorang yang lemah dalam
matematik. Malah aku sangat tak suka pada angka. Sehinggakan aku tak
ingat no telifon isteri aku, hari jadi anak2 aku, hari jadi adik beradik
aku. No telifon aku sendiri pun aku tak ingat.
Aku seorang yang sentiasa bernasib baik. Tapi aku
juga seorang yang tidak pandai serik. Aku seorang yang degil tapi
mempunyai hati yang sangat lembut.
Huihhh... panjang giler dah mengenai aku nih. Kiranya
dah habis dah rahsia2 dan segala kelemahan aku bukakan ni. Sebenarnya,
sebelum ni aku rasa tak bersedia nak berkongsi dengan sesiapa tentang
diri aku. Tapi sekarang aku rasa lebih matang dan lebih terbuka. Bagi
aku kini tiada apa yang perlu di rahsiakan sangat. Biarlah orang
menerima kita seadanya kita. Bukan kita yang berpura2 jadi orang yang
sebegini kononnya, sebegitu kononnya.
Secara keseluruhannya hidup aku terbilang dalam golongan orang2 yang gagal dalam kerjaya, tetapi bahagia dalam keluarga.
Aku tak pernah menjadi pekerja yang berjaya. Dan aku
juga pernah melalui kejatuhan dalam perniagaan yang aku bina dengan
adik2 aku.(ngoh dan Dee)
Dan sekarang aku kembali semula kepada permulaannya.Kali ini aku tidak
perduli berapa payah, atau berapa panjang perjalanan untuk berjaya itu.
Yang aku tahu. KALI INI AKU TIDAK AKAN SEKALI2 BERPUTUS ASA.
Aku seorang yang penuh adventure, perjalanan hidup
yang aku lalui, aku rasa terlalu sedikit dari kalian yang melaluinya.
Tapi sayangnya pengalaman itu TIDAK bermenafaat untuk aku bawa ke
kehidupan yang sebenar. Tiada juga menafaatnya untuk diceritakan.
AKU ADALAH SEORANG PERSALAH YANG SANGAT
MENYESAL. AKU ADALAH SEORANG KEKASIH YANG SANGAT KECEWA. AKU ADALAH
SEORANG TEMAN YANG SANGAT KESUNYIAN. AKU ADALAH SEORANG SUAMI YANG
SANGAT SEPI. AKU ADALAH SEORANG AYAH YANG SANGAT BIMBANG. AKU ADALAH
SEORANG LELAKI YANG SANGAT BERUNTUNG. BERUNTUNG KERANA MENDAPAT PELUANG
YANG KETIGA INI.
DAN KINI AKU SEDAR HIDUP SEBENARNYA SANGAT
INDAH. DAN AKU SEBENARNYA BUKANLAH SEORANG YANG GAGAL. AKU SEBENARNYA
ADALAH SEORANG YANG HEBAT DAN AKU JUGA BERUNTUNG KERANA PERNAH DAN
SEDANG DIKELILINGI OLEH ORANG2 YANG SANGAT HEBAT DALAM HIDUPKU.
Assalamualaikum Para Pembaca yang dirahmati Allah .
Tujuan
saya menulis artikel ini adalah bertujuan untuk memperbetulkan kesalah
fahaman sesetengah pihak yang tidak mengenal saya. Pertama-tama sekali,
saya bukanlah ustaz seperti yang sesetengah pembaca sangkakan. Saya cuma lelaki jahil yang pernah belajar mengaji dengan Pittam Tauhid di hulu
kampung saya. Dan pernah mendengar dia membacakan kitab-kitab agama.
Saya
juga cuma lelaki yang suka mendengar dan membaca sesuatu berkaitan
dengan Islam, dan cuba untuk menulis serta memanjangkan tulisan-tulisan
yang sedemikian.
Saya
rasa penting untuk saya jelaskan disini, supaya tidak tersalah paham
kepada yang lain. Saya bukanlah seorang yang ahli dalam hal-hal feqah,
jauh sekali untuk beristijhad. Pendapat saya, serta hujah-hujah saya
adalah panjangan dari hujah-hujah ulama-ulama yang telah disepakati.Saya
Cuma memanjangkan sahaja. Cuma dalam menyokong sesuatu pendapat dan
bertakhlik dengan sesebuah fatwa itu, saya cuba sedaya upaya
menghalusinya . Yang manakah paling sesuai dipraktikkan, sesuai dengan
masyarakat kita disini.
Bukanlah
bermakna saya keberatan berkongsi maklumat dan pengetahuan yang saya
ada. Cuma dalam sesetengah hal yang membabitkan permasalahan baru yang
saya tidak jumpai rujukannya(bukan saya katakan tiada). Jika demikian
halnya, maka saya memilih berhati-hati dalam memperkatakannya.
Bagi
sesetengah hal yang telah sedia ada rumusan para ahli dalam bidangnya.
Maka insyaAllah saya akan memanjangkan(jika kebetulan saya menjumpai
bahan rujukannya).
Sebenarnya
tujuan saya menulis kenyataan ini, kerana timbul kerisauan saya kepada
hal-hal yang berkaitan dengan hukum-hukum ini. Benar, ada ketika dalam
membahaskan serta mengutarakan sesuatu isu atau hal yang berkaitan
dengan agama. (Ada ketika) Pendapat serta hujahan saya mendahului
mereka-mereka yang lebih mengetahui dan mahir. Ini bukanlah bermakna
ilmu pengetahuan saya melebihi mereka, atau sebanding dengan mereka,
atau sedikit sahaja kurangnya dari mereka. Malah sangat jauhlah bezanya.
Jika diumpamakan mereka para alim ulama itu tinggi umpama bintang,
sedang saya hanyalah seperti semut-semut yang melata ditanah itu sahaja.
Jadi saya
kuatir, saya tidak mempunyai hujah dihadapan Allah kelak. Jika ramai
diantara pembaca-pembaca tulisan saya yang berhimpun dengan saya dalam
memegang sesuatu berkaitan dengan agama ini. Anggaplah tulisan-tulisan
saya berkenaan dengan sesuatu itu adalah pencetus minda untuk mencari
kebenaran semata-mata. Janganlah meletakkan ianya ketingkat ‘nyata
kepastiaannya’. Letakkanlah saja di tahap ‘mungkin ada benarnya’.
Perlu
juga saya jelaskan kekeliruan dalam sesetengah hal. Ada ketika saya
tampak lantang secara bersendirian dalam menentang sesuatu. Sebenarnya
yang demikian itu terjadi jika tidak ada dalil-dalil qath’i yang
melarang dalam hal yang saya pertikaikan(atau lebih tepat jika saya
katakan, saya tidak menjumpai dalilnya). Atau ada ketika pula saya
kelihatan tegas secara bersendirian dalam mengangkat sesuatu pendapat.
Dalam hal yang demikian, saya tidak hanya memilih untuk bersependapat
dengan sesetengah golongan sahaja. Malah keterbukaan saya lebih besar
dari yang tampak dalam tulisan-tulisan saya. Cuma saja kebetulan saya
lebih banyak memilih pendapat-pendapat dari setengah golongan, dan
menolak yang setengah itu lagi. Yang demikian itu terjadi, bukanlah
pendapat yang saya tidak beserta dengannya itu bermaksud salah. Cuma
saya mengira yang sebahagiannya lagi itu lebih sesuai dengan masyarakat
disini. Dan sesungguhnya benar sungguhlah seperti yang disabdakan oleh
Rasulullah SAW: “sesungguhnya peselisihan(pendapat) dikalangan umatku itu adalah rahmat”.
Saya
sangat mengalu-alukan pertanyaan, supaya saya bisa sama-sama belajar.
Dan semoga Allah memilih saya dan kita semua kemaqam yang lebih baik
dari ini. Dan saya juga mengalu-alukan kritikan dan teguran. Ada yang
pernah bercakap, di blog saya orang tidak boleh meninggalkan komen
kerana saya alahan kepada teguran dan kritikan. Itu tidak benar sama
sekali. Malah telah saya tegaskan dahulu, saya tidak akan menapis sama
sekali komen-komen yang anda hantarkan pada setiap artikel-artikel yang
saya siarkan.
Baiklah,
berbalik kepada soal yang ingin saya sentuhkan. Saya harap, selepas
ini, setelah mendapatkan pandangan saya mengenai sesuatu yang berkaitan
agama ini. Janganlah menganggapnya ‘pasti benar’. Sehingga anda tidak
berasa sangsi sama sekali. Letakkanlah ianya di tangga ‘mungkin ada
benarnya’ dan seterusnya carilah orang yang tokoh untuk diajukan
persoalan itu. Jika ketemu pendapat yang lebih jelas dan terang
kebenarannya. Maka saya juga tidak sama sekali berkeras dan degil dalam
mengangkat pendapat saya.
Dan
saya harap dengan keterangan yang berikut ini tidak ada lagi dah yang
salah faham dengan status saya. Sehingga ada yang memanggil saya ustaz
dan sebagainya.
0 comments :
Post a Comment